Rabu

Bila Ibu dan Ayah Malas


Assalamualaikum..

Okes cerita pendek. Dua tiga hari ni anak-anak nak makan kek. Ibu ayah sibuk dicampur penat nak buatkan. So, anak-anak ambik initiative masak sendiri. Ibu ayah pun bagi permit. Ditanya satu satu nak masuk apa. Diorang masukkan sendiri tepung, gula, air, susu, garam, dan semua-semua yang lain. Kacau sendiri, masukkan dalam pan sendiri, bakar sendiri. Ibu ayah dia sengeh je dari jauh. Bila dah "kettinggg.."



Ini laa rupa keknya. Perisa pandan. Makan laa tiga beradik dicampur dapur yang comot tu kemudia ibu ayahnya kena bersihkan. Hahahaha.. Rasanya okay laa.. macam kek bakar. Manis sket. Huhuhuu.. apa laa ibu ayah dia fikir? Keh Keh Keh.. Dah.




::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Selasa

Takoyaki party di malam hari *updated*

Assalamualaikum
Ingat tak minggu lepas aku post pasal takoyaki pan yang baru beli tu..

Punya lah seronok kan.. Anak-anak tak pernah makan takoyaki or penah. Tapi diorang pun tak ingat sebab aku rasa amat tak berbaloi takoyaki yang dijual dengan harganya. Huhu. Maaf la ibu korang kedekut..

So, puncanya semalam aku malas masak. Jadilah takoyaki party~~



 Semua orang eksaited termasuk aku. Sorang satu pegang chopstick untuk terbalikkan takoyaki. Hahaha..

Resepi Takoyaki
Bahan-bahan batter
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung atau 1 sudu besar katakuriko
1 sudu kecil serbuk dashi (ada orang guna kiub ayam dan sebagainya.. tapi aku guna konbu dashi)
2 biji telur
3 sudu besar kicap jepun (shoyu brand kikkoman)
2 cawan air 

Bahan inti
Octopus potong bite size (aku pakai tako slice untuk sushi. Kalau tak jumpa boleh je nak ganti dengan benda lain.. ikut kreativiti)
Kobis dicincang halus
Daun bawang dicincang halus
Agedama @ tenkasu (tepung rangup rangup bulat kecik-kecik tu.. aku tak beli.. nak buat malas tak sempat.. tapi next time nak guna)
Beni syouga (halia jeruk warna merah.. pun aku tak masukkan kali ni)

Bahan topping
Bulldog sauce (Ganti takoyaki sauce)
Mayonis (Sedap kalau guna kewpie)
Aonori (sejenis seaweed halus halus, bukan yang buat balut sushi/onigiri tu tau)
Katsuo bushi (ikan katsuo yang diketam nipis)

Cara membuatnya
Campur semua bahan batter dan kacau sebati. Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan 30 minit. Sementara tu sediakan bahan lain.

  Cara masak takoyaki
Panaskan pan takoyaki. Letak minyak. Nak bagi garing garing golden gitu letak lebih sikit. Tapi jangan sampai penuh. Agak agak 1/3 dari tnggi acuan gitu. Bila dah panas, tuang batter ke dalam acuan. Tuang separuh je. Masukkan bahan inti secukup rasa. Tuang batter sampai penuh. Terlebih lebih pun tak apa. 



Gunakan chopstick atau lidi satay untuk tolak tolak bebola tu. Part ni tricky sikit sebab tak boleh tunggu sampai masak terus tepung tu. Nanti batter tak mengalir bila kita pusingkan bebola. So nampak bentuk separuh bulat atau bentuk yang tah apa apa. Paling elok tengok kat youtube cara nak buatnya. Adunan tu kena tolak sikit sikit supaya tepung yang belum masak akan mengalir sikit demi sikit membentuk bulat. Perlukan sedikit latihan la.

Aku pun batch kedua ketiga baru nampak ghope bulat bulat. Kalau tak sebek je. Hahaha..







Bila permukaan bebola semua dah kekuningan. Boleh angkat dan letak topping. Sapukan sos bulldog atau takoyaki sauce. Lepas tu tabur katsuo bushi (bonito flakes). Tuang mayonis dan taburkan aonori. Sebenarnya nak tabur mana dulu pun takpe. Cuma aku suka gaya gini untuk nampak cantik. Hahaha..

Semalam buat dua adunan. So dapat 4 batch (4x18=72 biji). Untuk makan 5 beranak. Lepas makan Damia dengan Aqil tertidur kekenyangan. Kehkehkeh.. Puas hati..


Takoyaki ni luarnya agak agak kegaringan gitu, dalamnya lembut macam ala ala juicy. Tak keras cam cekodok tau. Kalau suka, boleh tambah cheese jugak. Mungkin sedap. Aku dah tak ingat rasa takoyaki letak cheese. 

Selamat mencuba..

Daa

Lego Custom Design : Aggressor Mk-IV : Stardust

Assalamualaikum..
Sepatutnya entry pasal LEGO pada hari Jumaat, tapi sebab minggu lepas tak sempat nak siapkan jadi kena cover dengan harini.

Baru-baru ni ada global punya pertandingan binaan LEGO mengikut kreativiti sendiri, jadi aku pun turut sekali bertanding. Hahahaha.. dan model yang aku hantarkan bertemakan "Space" dengan model Mk-iv Stardust ni. Ada beberapa lapis round dia, model ni aku bagi pegi dulu..

Sayang tak sempat sediakan backdrop sebab kejar nak siapkan LDD dia. Sticker pun tak sempat print. Apa punya kelam kabut daa..


Actually model ni dibina untuk minifig ibu (Rai). Jadi bentuk dia cam pompuan sket. Sedikit mimic element dari Gundam, Armored Core & Front Mission.


Tempat duduk pilot dia jenis cockpit. Model ni takde lampu LED macam Mk-IV yang lain sebab nak rampingkan bahagian badan terutamanya pinggang robot tu so that curvy tu bentuk pompuan. Dalam bebanyak yang bertanding tu, cuma ada empat model robot pompuan. Model lain kebanyakkannya bangunan dan landmark. Ada yang buat potret Marilyn Monroe (betulkan ejaan aku kalau salah, aku tak fasih pasal actor) guna LEGO.

Ini thruster (pelonjak eh sebutnya dalam bahasa melayu?) kat bahagian belakang. Dah tema space, so kena ada ciri-ciri angkasa. Memula aku buatkan 3 thruster, then fikir balik satu camni dah cukup baik. Pakcik penilai termasuk ramai yang bertanding tu puji thruster aku. Hahahaha.. yatta!!


Articulation robot ni dah hampir macam manusia. Bahagian pinggang robot ni boleh pusing lebih kurang 160darjah. Tangan, jari, kaki dan bahagian lain pun boleh diaksikan.
 
Betis dia pun a kind of tak siap. Hahaha.. lek lu.. tarikh akhir touch-up 30 April. Sempat lagi ni.

Kaki, stabilizer dia cun. Seb baik haritu calculate berat beban dia betul. Kalau tak, asyik-asyik jatuh je. Terima kasih kat Aqil sebab pecahkan prototype Mk-IV Ayah haritu. Kalau tak, mesti dah buat silap.

Tinggi? Errmmm.. tinggi dia lebih kurang bangunan empat tingkat LEGO, atau lebih kurang 130% ketinggian robot saiz besar LEGO Exo-Force.

Hadiah pertandingan tu takde laa besar mana pun. Tempat pertama cuma USD10k, tempat kedua USD7k, dan ketiga USD5k je. Selain tu akan dapat royalty sepanjang terjualnya model yang kita bina. Yang tak bestnya, kalau model kita dipilih sebagai antara model yang layak, kita kena hantar model tu kat diorang. Dalam syarat takde pulak cakap akan dapat balik. Apa pun, ini satu sukan yang baik, menarik dan syoq. Hahahaha..

 
 ::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

Hikmah di sebalik remote kereta rosak

Assalamualaikum

Jumaat minggu lepas aku terpaksa EL sebab tiba-tiba remote kereta tak berfungsi. (Alasan je lebih nak cuti sebenarnya..)

Kebetulan hari sebelumnya dah pos kan miso pesanan pelanggan. So aku kemas-kemas sikit kotak-kotaknya. Sebut kotak-kotaknya sebab miso tu satu kotak 20kg. Masa penghantaran dia lapis dua kotak miso tu. Nanti kemudian korang akan faham kenapa aku cakap gini.

Masa aku tengah lepak-lepak tunggu shujin selesaikan masalah remote kereta yang rosak tu, Aisy dengan Damia duk main kotak miso. Baki miso yang belum packing kitorang dah pindahkan masuk dalam satu bekas lain. Masa anak-anak duk main tu baru aku perasan kotak miso tu!! Brand nya lain dari brand yang aku order!! Gigil terus tangan aku belek invoice dengan kotak.

Nampak tak dia tulis Hikari Shiro Miso (Marukome)
Aku order miso brand Hikari. Dalam invoice dia tulis "Hikari Shiro Miso" tapi ada dalam kurungan Marukome. Nampak tak permainan dia.
Miso brand Marukome tak halal dan mengandungi alkohol
Dan takde kat mana mana bahagian kotak miso Marukome yang sampai kat aku ni tulis Hikari. Dan even gambar asal yang dipamer untuk jualan pun tak cakap brand yang diorang punya tu Marukome. Since diorang lapis kotak ni masa sampai dan kitorang pun percaya kat supplier. Kitorang tak angkat keluarkan kotak miso dari kotak lapis luar tu. Lagi pun 20kg miso sangat berat. Masa packing malam sebelum hantar tu shujin tolong. Dan mata aku pun almost dah separuh terbukak.

Aku call supplier, tapi diorang taknak bertanggungjawab. Aku call/sms/wassap semua customer yang aku dah deliver miso tu dan bagitau supaya jangan makan miso yang kami hantar. Bayangkan betapa kecewa dan malunya aku. Ye la kan. Beria ria kata miso tu halal. Tak sangka jadi macam ni.

Aku dah pesan pada customer supaya buangkan miso yang sampai. Aku akan refund atau gantikan dengan miso baru. Aku tengah tunggu miso dari supplier lain sampai. Kali ni aku mintak gambar kotak miso siap siap.
Hikari Shirokoshi Miso
Nampak tak logo halal warna merah tu. So, miso ni akan sampai esok atau lusa. Aku akan poskan pada yang dah bayar secepat mungkin. Ramai yang email dan bertanya pasal miso halal ni. Ya bukan senang nak dapatkan miso dengan logo halal. In fact, ini satu satunya brand yang ada sijil halal buat masa ni.

Rugi dalam bentuk duit aku boleh cover. Tapi aku takut customer aku hilang percaya pada kami lepas insiden ni. Percayalah.. Aku pun teraniaya. Aku harap yang dah jelaskan pembayaran akan bersabar sementara aku poskan miso yang halal untuk dimakan.

Kesimpulannya.. Aku bersyukur remote kereta kami rosak dan aku terpaksa EL. Kalau bukan sebab tu, mungkin lambat baru aku perasan pasal miso salah hantar. Dan mungkin ada antara pelanggan yang dah termakan miso haram tu. Nauzubillah. Allah pelihara kami daripada melakukan dosa yang aku tak tau. Alhamdulillah. Perancangan Allah yang terbaik bagi kami..

Ada yang nak order miso halal? Boleh email pada kesoma.rai@gmail.com. Tapi kami akan dulukan yang dah tunggu dan jelaskan bayaran dulu.

Harap bersabar.

Daa

Sakae Sushi

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas, selepas pegi buat penghantaran LEGO, kitorang pergi singgah kat IOI Mall, Puchong. Tujuan, nak beli mayonnaise (specific brand), aonori (rumpai laut) dan satu benda lagi untuk buat takoyaki. Actually, ini first time kitorang pergi IOI Mall puchong walaupun jaraknya cuma 20minit dari rumah. Panjang kemain bangunannya. Lepas penat berjalan, anak-anak sound "lapar laa". So, dalam deck, ada laa Nandos, KFC, Italian something something... and lastly, Sakae Sushi. Anak-anak pun pilih Sakae Sushi sebab ada makanan yang dok pusing-pusing kat meja.

 
Ini bukan gambar Sakae Sushi kat IOI Mall Puchong ya. Gambar kedainya tak ambik haritu. Terlupa. Tapi, lebih kurang laa..

 
Antara tarikan yang ada kat dalam kedai yang menjadi perhatian anak kitorang, sushi yang dijaja ala-ala ketapi ke setiap meja menggunakan thread cable. Bebudak..

 
 Sistem pesanan dia perlu dibuat dari meja sendiri menggunakan tablet.

 
Unfortunately masa kami dine-in haritu, systemnya down. So order manual juga. Bukan saja tu, servis dia pun sangat sloppy. Makanan kami di jamu selepas setengah jam menunggu. Pekerja dia kurang friendly except seorang mamat foreign ni, sangat bagus. Gambare...


 
Ini salah satu rupa set yang diorder. Belum dimakan lagi. Sangat sikit compare to harga yang dibayar. Rasanya pula tak macam makanan jepun. Lebih kepada 30% japanese 70% chinese. Bukannya tak sedap, cuma tak macam masakan jepun. Sangat off. Nasik dia pun sangat sikit dan tak padat macam nasik jepun.


Tak kenyang, aku order lagi satu. Yang ni, makan dulu baru ambik gambar. Hati sudah panas. Huhuhuhu.. Total harga sekali dine-in haritu consider murah laa, bawah RM100. Tapi bila dicampur dengan rasanya yang tak macam makanan jepun dan servis yang teruk, aku rasa tak patut jumlahnya macam tu. Walau apa pun, pengalaman baru tetap manis. Sekali sekala apa salahnya kan?

On top of that, Sakae Sushi ni ada je promosi setiap masa. Jadi, takyah kejar-kejar sangat kecuali ada specific promosi yang korang sendiri teruja.

Kata akhir, mungkin tu kali terakhir kami pergi makan kat kedai tu kot. Hahahaha.. Next time cuba Sakae Sushi kat tempat lain pulak... mungkin. Harap Sakae Sushi baik pulih kekurangan tu dari masa ke semasa. Okes, jya ne..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Ahad

Mana panah?

Assalamualaikum

Semalam borak dengan schoolmates kat wassap pasal belajar memanah. Aku story la kat shujin masa makan. Bajet konon nak bagi Aqil belajar memanah. Tapi kos peralatan macam busur panah dengan anak panah nak cecah RM1k. Sangatlah mahal bagi kami.

So, cerita tu berlalu macam tu je. Tapi si shujin boring agaknya.. Dia pun start merapu. Haha.. Perhatikan dialog dia okeh..

Shujin : Kalau yang batang dengan tali tu kita panggil busur panah, batang batang tu panggil anak panah, orang yang memanah kita panggil pemanah. Semua kata akar panah. Tapi yang mana panah?

Dia tanya aku.. Aku diam jap, pastu aku jawab..

Aku : Cuba awak tanya anak panah. Bapak ko mana? Dah nama dia anak panah, mesti panah tu bapak dia (sambil gelak gelak)
Shujin : Pastu anak panah jawab. Bapak aku dah mati. Anak yatim
Aku : E'eh.. Kau ni anak panah ke anak yatim. Cakap biar betul betul.

Hahaha.. Kitorang pun gelak dengan lawak pagi merapu hasil dari dialog di atas.

Nampak sangat laki bini tengah boring takde topik perbualan. Hahaha..

Happy sunday. Esok Monday jangan biru biru ye.

Daa

Khamis

Tako tako takoyaki~~

Assalamualaikum

Tadaaa~~~

Jom buat takoyaki partayyy~~!! Hehehe...
Takoyaki pan jenama TRIO

Lapan belas lubang derr
Oh.. yang ini bukan untuk dijual.. Aku dah lama ngidam nakkan benda ni. Tetiba Lazada buat sales kan. Cuma RM85.00 Free postage. Zup zap terus aku sambar. Tak nyempat. Hahaha..


So tako slice yang aku beli tu untuk percubaan buat takoyaki lah kekdahnya. Hihi.

Weekend ni boleh buat party kat rumah. Oh.. Bagi yang suka takoyaki. Takoyaki is actually bermaksud sotong kurita bakar. So, specifically untuk bebola yang berintikan sotong kurita saja. Yang jual kat Aeon ada inti udang bagai tu adalah sangat karut. T_T

Lepas ni boleh bukak gerai takoyaki depan rumah. Hihihi..

Daa

Sepatutnya Luar Biasa, Sekarang Biasa. KENAPA??

Assalamualaikum..

Apa yang korang sedang tengok dalam gambar ni adalah benda biasa yang tak habis-habis kita dengar pada masa sekarang. Even baru kejap ni aku nampak segerombolan fog of chemicals in a clear bright, and beautiful day. Plus, after a nice cool rain semalam. Ergghh..



Ni pulak antara benda yang jarang kita tengok dan dengar, DDT - biohazard dan toxicity. Well, panjang kalau aku nak terangkan secara chemicalnya tapi aku nak highlight sikit benda. Exposure kepada DDT secara kerap atau berjadual boleh menyebabkan ketidak suburan lelaki, susu ibu yang tidak sihat, penyakit saraf melibatkan otak, otak jadi lembab, kemusnahan sistem pertahanan badan dan banyak lagi. Though fogging menyelamatkan nyawa, tapi kekerapan berfogging membunuh secara senyap. Fikir sebelum panggil abang2 fogger kita yang hebat ni. Kalau tak panggil diorang, nyawa diorang pun terselamat.



Ini benda yang baru kita dengar dan nak dibiasakan. Vaksin untuk denggi. Habis segala benda nak divaksinkan. Tak kenal, tak tahu lagi apa kandungan vaksin tu, dah terus nak main cucuk. Kalau tinggal kesan negatif, salahkan orang lain. Satu pihak malas, satu pihak nak ambik kesempatan kutip untung. Isi ilmu didada baru buat pilihan. Make an aware decision! 

Contoh rungutan yang biasa di dengar dan diutarakan:
"Rumah saya byk betol nyamuk..pantang keluar rumah..memang jadi bahan santapan nyamuk2 buat kenduri.. ;D Saya pernah dgr bole panggil org untuk sembur/foging utk kawasan byk nyamuk..ade sesape tau prosesnye mcm mane?"

Masalahnya adalah kenapa sang nyamuk tu datang. Kalau dah tak jaga kebersihan, memanglah benda nyamuk tu datang. Okay, what's in the past is past, so apa tindakan selanjutnya? Kalau aku, cuci laa.. Longkang sumbat, salahkan orang. Kawasan tak selamat, salahkan orang. Harga barang mahal, salahkan orang. Nyamuk kat rumah dia pun, nak salahkan orang. Worst, suruh orang lain betulkan keadaan hidup dia. Betulkan sendiri. In the end, we are who we have. Ajak kejiranan pegi "anti-denggi"kan atau cuci kawasan perumahan. Kalau takde sape yang datang, buat je sendiri. Sekurang-kurangnya, dapat bagi contoh yang baik kat anak-anak dan kenalkan dia dengan nilai-nilai kehidupan. Jiran yang taknak ikut, bia dia malu sendiri. Worst case, bila anak-anak dia tanya "kenapa ayah/ibu/kita tak tolong sekali?". Bukan nak cakap besar tapi, ini sebagai satu contoh. Ada sekali aku bawak anak aku pegi main kat playground area rumah. Nak jadi cerita, bebarang (slide, jongkang jongkit even swing and the rest of instrument) comot, since playground tu jarang ada orang pakai. Cleaner cuma cuci kawasan rumah je. Bahagian lain tak. So, aku ajak Aqil dan Damia pegi cuci. Kitorang angkut baldi berisi air, sabun, sponge dan berus. Anak-anak ada tanya kenapa kita perlu cuci? Ceritanya panjang, tapi conclusion aku adalah mudah. "If we don't, who will?". Anak-anak aku faham dan kami teruskan. Simple mindset macam tu, aku rasa masyarakat kita sangat perlu terapkan. Jangan asyik harap orang lain buatkan. Siapa tak malas? Tapi takde benda yang boleh hidup dalam kemalasan. Itu fakta!

Akhir kata, kalau wabak tu datang dalam bentuk semulajadi, hapuskan dalam bentuk semulajadi. Sekali fogging is okay, kalau jadikan routine akan bawak penyakit lain pulak. Tak suka aku nak rungut panjang-panjang takut jadi maksiat pulak. So, dah..

::: Dicatatkan oleh goshuin-sama :::

Bacaan tambahan. The Health Effects of Pesticides Used for Mosquito Control.
Wiki pun ada cakap pasal DDT. WHO pun ada cakap pasal DDT.

Rabu

Halal Miso paste dah sampai!!

Assalamualaikum

Sorry for the delay.

Kahkahkah..

Miso paste halal sudah sampai..~ Bagi yang ingat ingat lupa miso tu apa boleh check kat "Fakta Miso"

Kanak kanak riang tengok kotak.. Hahaha

Budak kecik bulat bulat baju biru tu siap nak panjat naik lagi

Mentaiko

Tako slice (Sotong kurita)
Bagi sesiapa yang dah booking dan nak meneruskan order halal miso ni boleh emailkan alamat kepada kesoma.rai@gmail.com. Nak sembang kat wassap pun boleh. Nanti mintak no tepon ya.

Harga miso 500gram RM8.00, 1kg RM15.. Aku gunakan poslaju. Postage 500gram RM8.00. Kalau 1kg RM10.00.. Kalau nak self pick up boleh jugak di Giant Kemuning Utama, McD Kota Kemuning atau Aeon Big Bukit Rimau.

Malam ni packing.

Daa

Elakkan ubat batuk dan selesema bagi bayi

Assalamualaikum

Siapa tak kesian dengar anak kecil batuk tak henti henti sampai susah nak bernafas kan. Sebagai ibu lagi la.. Risau anak tak selesa tak boleh tidur. Kalau boleh ganti diri sendiri yang dapat sakit tu, memang dah tukar dah. Macam tu lah kasih ibu kan..


Dan ramai ibu bapa yang tak sedar sebenarnya bagi ubat batuk dan ubat selesema pada bayi berumur dua tahun ke bawah bukan sahaja tidak berkesan, malah boleh membahayakan nyawa mereka. Apa lagi kalau beri ubat batuk tanpa nasihat doktor. Boleh jadi overdose. Ada kes overdose ubat batuk dan selesema pada kanak-kanak berumur antara 6 hingga 10 tahun yang dilaporkan kata, budak budak tu mengalami halusinasi. Perghh.. Ngeri okay. Manakala kes bagi ubat batuk dan selesema pada budak bawak 2 tahun boleh menyebabkan jantung mereka terhenti.

Ubat batuk boleh menyebabkan budak tu akan masuk hospital sebab pneumonia jugak tau. Sebab, Allah jadikan batuk tu supaya kahak tu keluar dari paru paru. So kalau rentikan batuk, maka.. kahak akan duduk di paru paru dengan selesanya dan menyebabkan bakteria mudah membiak.
Kalau tak boleh bagi ubat, nak buat apa? Takkan nak biar je??

Aku pernah mengalami situasi di mana Aisy demam pada usia 3 bulan. Aku taknak bawak ke klinik sebab baru few hours dia demam. Aku nak monitor dulu. Ada orang sampai kata aku ni sayang duit, tak sayang anak. 

Tapi aku bukan duduk diam. Jom share sedikit tips yang aku gunakan..

Bagi bayi bawah 6 bulan ke setahun
Just bagi susu ibu sekerap mungkin. Sedikit cabaran bagi bayi yang diberikan susu formula kerana, diketahui susu lembu boleh menyebabkan penghasilan mukus. Jadi takkan nak stop susu kan..? Kalau kahak atau hingus kelihatan pekat dan buat diorang susah nak bernafas, cuba buat steam dan tepuk percussion. Steam tu kalau kat bilik air guna pemanas air, boleh tutup tingkap bilik air dan tutup ruang bawah pintu, biarkan air mengalir 5 minit sampai wap penuh. Masuk dengan baby. Bagi duduk dalam tu dalam 5-10 minit. Supaya hingus dan kahak tu cair dan mudah nak keluar. 

VCO bagus diberi pada anak anak
Nasib la korang dapat emak gigih seperti ibu.. Hehehe
Kalau takde pemanas air macam aku. Masak air, lepas tu masuk dalam bekas. Tiarapkan baby kat kaki. Selit kepala baby kat celah kaki. Tutup dengan kain. Supaya wap terperangkap dalam tu. Jangan lama sangat. Takut lemas pulak baby. Letak garlic oil dalam air tu pun bagus.

Hati hati kalau nak guna bulb syringe untuk sedut hingus sebab penggunaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit dalam hidung. Lepas steam tu, tepuk dada dan bahagian belakang baby (bahagian paru paru). Ini untuk longgarkan kahak yang duduk dalam tu. Sebab kahak yang terkumpul kat situ boleh menyebabkan kuman membiak dan menyebabkan jangkitan pada paru paru pulak.. Selain dari tu. Buat garlic oil dengan cara bakar bawang putih dengan kulit kulitnya sampai hangus. Masuk dalam minyak. Nak guna minyak masak pun boleh. Minyak zaitun dan minyak kelapa dara lebih baik lagi. Sapukan pada dada, belakang, betis dan tapak kaki.

Kalau ada budget lebih, boleh beli humidifier. Yang sembur wap tu. Ada dua jenis tau.. Yang sejuk dan panas. Gunakan cool mist humidifier. Ada je yang murah murah tu.. Tapi kena rajin cuci tau sebab lembab lembab ni bakteria suka.. Kalau tak, hiris hiris bawang besar bungkus dengan tisu atau kain kasa, letak tepi tempat tidur pun membantu sangat tau!!

Kalau hingus still macam teruk sangat. Boleh guna air garam dan titis dalam hidung baby. Ini akan bantu untuk cairkan hingus. Air garam boleh buat sendiri. Tapi make sure guna filtered or purified water. Just letak sikit. Or boleh beli je sterimar kat farmasi. Sterimar tu air laut je. Takde apa.

Semua kaedah ni selamat dan berkesan juga untuk anak-anak yang lebih dewasa. Even sekarang aku sendiri pun titis air garam dalam hidung kalau hingus.

Bagi anak-anak lebih dewasa atau orang dewasa. 
Kalau diorang tak suka minum air suam semata mata, boleh buat air cuka apple campur madu dan tambah air. Masuk dalam botol. Bagi dia minum sepanjang hari. Dan ya.. Baunya memang off sikit. Aisy siap lari kalau aku nak bagi  air ACV kat dia. Hahaha..
ACV braggs

Anak-anak yang batuk selesema demam ni kadang tak selera makan kan.. Buatkan sup ayam. Reneh tulang ayam, carrot, celery, bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang., cengkih dan sebagainya sejam dua. Segala bahan tu sangat bagus untuk combat common cold. Kalau dia taknak makan, just nak hirup sup pun dah dapat protein yang mengalir dari tulang ayam tu kan..

Kenapa penjagaan awal ni semua penting..?

Sebab orang selalu anggap, ala selesema sikit je.. Batuk sikit je... Tak payah bagi ubat. Dan tak payah buat apa-apa. Bila dah teruk baru kalut.

Actually.. Langkah langkah awal ini sangat penting, sebab mukus yang berkumpul dalam hidung dan dalam paru-paru tu adalah tempat paling disukai oleh bakteria. Kalau dibiarkan mukus tu tak dibuang, bakteria akan bermaharajalela.. Itu yang kadang-kadang boleh jadi jangkitan pada paru-paru.. Pneumonia.. Tapi.. Tak elok jugak kalau kita bagi ubat batuk (cough suppressant) sebab batuk tu mekanisme buang kahak dan bendasing dari paru-paru. So, kalau tak batuk, nanti mukus tinggal kat paru-paru.. Jadi la pneumonia jugak.

Semua ni adalah langkah yang aku praktik pada anak-anak. Bukan diorang tak batuk. Bukan tak hingus. Tapi alhamdulillah, diorang tak demam teruk. So, ini salah satu usaha pencegahan yang aku lakukan sebab aku memilih untuk tak cucuk vaksin pneumakokal pada anak-anak. 

Good luck.

Daa

Astagfirullah.. Nak Termuntah...

Aku yang jantan ni tengok pun geli.. 
Seriously, apa laa yang pemakai tu cuba capai?
Dengan gendut-gendut, burui-burui.. hadesh!!

Terms seksi adalah pakaian/posture/aksi yang pakai/dilakukan mengghairahkan orang lain. Terms seksa adalah bila orang buat, dia pun nak buat tapi instead of memberi kesan positif, ia memberi kesan negatif. Terms budus adalah bila cuba nak buat sesuatu yang lain dari lain, tapi kesannya buruk/negatif dan menjadi tomahan orang.

..kalau pun orang lain pakai lawa, tak semestinya kita pakai lawa..

Buat-buat iktibar.. Astagfirullah..

::: Dicatatkan oleh goshujin-sama :::

Selasa

Aktiviti Bersama Anak-Anak..

Assalamualaikum..

Kisah beraktiviti bersama anak kali ni, kami nak buatkan scene tepi pantai untuk main lego. Hahahaha.. Idea ni sebenarnya bermula bila ada banyak sangat kotak kat rumah. Dari terus buang, might as well gunakan dulu. Semua anak teruja, macam-macam dah idea diutarakan. Nak buat kedai aiskrim laa, kerusi santai laa, penjual sosej laa. Hahahaha.. Apa-apa, jom buat dulu.

Of course risiko lantai comot bagai dalam kiraan, tapi apalah sangat bila dapat habuannya bila dah siap karang. Still, precautions dipraktikkan supaya parents tak penat lepas tu. Lagipun, masa Aisy tido ni laa saja peluangnya. Huhuhu..

Pasangan kotak yang dah nak dibuang ialah warna air yang nak dibuang. Jadi, tak kisah apa jadi, anyway nak buang jugak. Tau fakta tu, anak-anak lagi syoq lenjan.

Ini gambar masa mula warnakan.

Ini gambar halfway through. Proses terpaksa diberhentikan sebab si kecik dah terjaga. Hahahaha.. Kantoi. Kena sambung lain kali.

::: Dicatatkan oleh goshujin-sama :::

Nasi goreng jepun ringkas dan sedap

Assalamualaikum

Sebenarnya beria je letak nama. Tak jauh beza sangat dengan nasi goreng kita. 

Nasi goreng jepun atau nama asalnya Salmon and seaweed fried rice ni aku bawak bekal untuk hari ni. 

Kaedah membuatnya pun teramat senang..

Salmon and seaweed fried rice

4 ulas bawang putih

2 biji bawang besar
Kicap shoyu jenama kikkoman
Seaweed aonori
Nori seaweed (yang guna buat balut sushi atau onigiri tu) di carik halus
Garam dan lada sulah
Nasi
Satu kelar ikan salmon di bakar atas pan

Cara membuatnya
Tumis bawang putih dengan bawang besar yang dah dipotong halus sampai naik bau. Masukkan kicap shoyu, lada sulah dan garam. Ikut suka nak letak banyak mana. Aku letak setengah cawan jugak sebab nasinya banyak. Masukkan nasi. Kacau sebati dan masukkan salmon yang dah dipecahkan jadi kecik dan akhir sekali seaweed.

Gaul sampai sebati dan boleh tutup api.

Kiranya masuk dan gaul je la semua bahannya..

Tapi hasilnya sedap walau pun rupa kurang memberangsangkan..

siap isi dalam bekas nak bawak pi kerja
Tak pedas sangat. So kalau tekak melayu dan jawa macam aku ni kena la tambah cili potong. Hahaha..
mainan baru atiqah damia.. Sambung sambung buat rantai dan gelang.. Happy sangat
Siap ada buatkan satu gelang untuk ibu.. Huhu..

Selamat mencuba.

Daa

Isnin

LEGO 6205-1 V-Wing Fighter

Salam Isnin.. cerita pasal original LEGO.

Minggu ni pasal Set No: 6205-1 V-Wing Fighter.

Untuk yang tak berapa fasih pasal Star Wars, V-Wing ialah pesawat pejuang tentera elit pasukan Empire atau penjahat. Pesawat ni kecik dan muat untuk seorang juruterbang dan sedijik droid/robot. Pesawat ni dapat nama V-Wing disebabkan bentuk muncungnya yang runcing macam huruf V. Set LEGO untuk V-Wing ada 114pcs dan didatangkan dengan satu minifig. Dikeluarkan pada tahun 2006 dan beratnya hampir 200g. Instruction manual dia berbentuk buku bersaiz A6+. Pemasangannya pun tak susah dan ambil masa yang singkat. Baik untuk beginner.

Bagi aku, set ni best sebab saiz dia kecik (panjang lebih kurang 20cm, tinggi dan lebar sama-sama lebih kurang 10cm). Disebabkan saiznya yang macam tu, dia tak guna banyak ruang sebagai display.

Well, cuma ada satu part je kat set ni yang aku kurang suka. Windscreen dia tak boleh bukak tutup, instead dia kena cabut dan pasang. Selain dari tu, semua aku suka.

Dari belakang, boleh nampak dua thrusters atau pemecut? dan kepingan sayapnya yang berbentuk unik. 

Set ni memang agak femes dan ramai peminat. Selain klasik, ia juga cool. Hujung minggu lepas, ada sorang akak cun tu order set ni untuk buat display kat ofis dia. Sure gempak. Huhuhuhu.. Biasanya harga set ni boleh di beli dengan harga RM80 ke atas. Used set pulak separuh harga.


Selain V-Wing versi ni, ada satu lagi versi V-Wing yang LEGO keluarkan. Set 7915-1 Imperial V-Wing Starfighter berwarna hitam. Saiznya agak besar sedikit. Kitorang tak pernah beli lagi, tapi aku percaya dengan jumlah brick yang ada kat rumah, kami mampu bina sebijik dua. Lepas bina, aku akan reviewkan. Owh sebelum terlupa, ada provider nak jual Imperial V-Wing tu yang used tapi complete dengan harga yang sangat murah. Bawah RM30. Kalau aku terbeli untuk diri sendiri dulu, aku akan share. Kalau tak, aku review je. Hahahahahaa..

Okay.. Selamat membina..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-Sama :::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com