Isnin

Hadiah dari Kak Mulan

Assalamualaikum

Dapatnya dah dekat dua minggu. Peram gambar dalam henpon. Konon konon simpan lama lama boleh tukar jadi ferrari ke kan. Haha.. Okay. Tak lawak.

FM Boomerang dengan beg cantik
Damia awal awal dah cop beg cantik tu. Fine la adik ambik la. FM ibu jangan sapa kacau.

Geram tau.. Koleksi FM aku berebut tempat kat peti sejuk dengan anak-anak. Aku letak FM. Diorang tepek sticker banyak banyak. Mula mula pindah tahun lepas aku dah warning dah. Tak boleh tampal sticker dah.

Sekarang bila lupa. Tengok makin banyak sticker kat pintu tu. FM aku letak atas atas je. Letak bawah sikit kena kidnap. Jumpa balik dalam kotak mainan diorang.

Haih..Tak boleh ibu nak feefeeling koleksi sikit pun ya..

Eh.. Panjang membebel.. Terima kasih Kak Mulan. Bila nak ketemu lagi agaknya ya.. Semoga Kak Mulan dan si dua beradik tu sihat sihat saja.

Daa

Hari terakhir cuti cuti Kedah

Assalamualaikum

Beria kan aku buat separate entry. Bukan informative sangat pun. Hahaha..

Last day. Isnin. Plan asalnya bertolak balik awal pagi atau tengah hari. Tapi sebab aku dah terjanji nak melawat pak menakan husband Kaori yang tinggal kat Laguna Merbok. Ingat tak second day tu aku pergi Sungai Petani. Pak menakan dia yang kami panggil Pak Ndak tu ternampak kami keluar dari perumahan Laguna Merbok. Dia call ajak singgah. Kami tak dapat singgah. Tapi sebab dah kata nak singgah, tak sedapla kan.. Bukan selalu ke Kedah..

So, kami pergi rumah dia. Sebelum sampai tu cari bihun sup utara dulu. Hihihi..
gaya kepochi Damia dalam kereta

Pergi gerai tepi jalan. Patutnya kami tak lapar sangat sebab aku dah makan mi goreng kat rumah. So aku order laksa, shujin order bihun sup. Semangkuk RM3. Kuah laksa agak ceroi. Aku tak ambik gambar pun. Sebab kali ni banyak yang kedai sepatutnya nak pergi tu tutup. So, pergi kedai lain. Bila frust, makan pun malas nak gambo gambo. Hehehe..

Lepas tu sampai rumah pak ndak, diorang jamu makan bihun goreng sedap mak ndak. Takkan aku nak gambokan.. Segan kat tuan rumah. Hihi

Asalnya nak duduk sekejap. Dari pukul 5 sampai dah nak masuk isyak. Siap mak ndak mandikan anak-anak sekali kat situ.
Alisha, Damia, Aqil dengan Amirul

Ammar yang pakai baju kuning, Aisy takde dalam gambar
Seronok tengok bebudak ni berkawan. Bila berpisah nanti tu yang kesian.

So bertolak dari rumah pak ndak lebih kurang pukul 9. Shujin dengan husband Kaori nak tengok tempat belajar diorang dolu dolu. So kitorang pun pusing pusing dulu. Dah pukul 10 lebih konon nak gerak balik. Esok (Selasa) aku kerja weh.. Hahaha.. Sekali dah babai bagai tu. Si Kaori call. "Weh jom makan mee udang". Chiss.. Umpan makanan. Hahaha..

Sekali kedai mee udang tutup daa.. Lastnya makan kat R&R Juru. Aku pun makan nasi goreng je. Huha huha kat situ. Pukul 1 baru gerak. Sampai Shah Alam pukul 6 pagi. 

Aku pun SMS bos mintak sambung cuti. Hahaha..

Sekian percutian kami yang banyak ditaja oleh Kaori dan suaminya. Harapan kami, semoga next time cuti sekolah, Kaori dan ahli keluarga dapat datang ke Shah Alam pula. Kahkahkah..

Daa

BBQ at teratak Kaori, Bandar Baharu

Assalamualaikum

Balik tu nak diikutkan dah penat. Aqil pun tidur keletihan. Shujin dengan husband Kaori dengan semangatnya ajak BBQ. Sebab? Malam tu rasa panas gila. Nak bukak sliding door takut nyamuk masuk. So, buat BBQ boleh bukak pintu dan halau nyamuk. Boleh gitu punya alasan..? Hahaha

So, sang lelaki pun pergi beli arang dan barang nak bakar bakar.
Dari kiri Aqil, Alisha, Damia, Amirul
Baju oren tu shujin ai, depannya tu husband Kaori
Lepas berBBQ, kami mak bapak pakat main kad UNO. Hahaha.. Anak anak disuruh tengok TV. Aku biasa lah. Saja bagi orang lain menang. Wakaka..

Patutnya kitorang lepak sambil borak borak dan main UNO. Tapi aku ngan Kaori bagi excuse nak susukan anak. Masuk bilik terus pengsan sampai pagi. Hahaha..

So, sampai la ke hari terakhir percutian kami kali ni.. Sob sob..

Daa

Ahad

Berkelah di Air Terjun Ulu Sedim

Assalamualaikum

Hari ni destinasinya dekat je. Bandar Baharu ke Ulu Sedim, Kulim. Menurut sumber, oleh kerana cuaca panas dan dah lama tak hujan, banyak tempat yang airnya kering. So, kami plan ke Ulu Sedim je. Harap-harap ada air. Kalau takde air kita pakat makan tepi air terjun air meleleh. Aqil Damia dan Aisy first time nak pergi air terjun. Sangat eksaited.

Pagi tu kami masak masak dulu makanan untuk berkelah. Masak haiwan sedap yang mahal.
Shujin yang tangkap. Tapi tangkap dalam kolah dia la. Tuan kedai dah pancing siap siap. Sekilo RM60. Sampai rumah tu hidup lagi. Shujin tak bagi aku dekat sebab takut aku terkejut. Aku bukan lah penakut, cuma cepat terkejut. Haha..

So, ini lah bahan juadah kami esok. Pagi-pagi aku dengan Kaori pergi pasar beli santan nak buat masak udang.
Gulai udang galah
Sambal udang galah
Memang terbaiklah. Ni Kaori yang masak. Aku tolong rasa dengan siapkan bahan je. Hihihi.. Gulai udang tu kuahnya cukup lemak, manis udang dengan garamnya.. Sambal tu kami guna tomato puri, so tak pedas untuk anak-anak makan. Si Hantu Udang, Damia makan 2-3 ekor. Ngan kepala udang pun aku ratah. Rakus betul. Hahaha..


Dah selesai makan, anak-anak dah tak sabar nak terjun. Korang bayangkan.. Hari panas beria ria. Masuk air terjun sejuk macam air peti ais. Nak cecah kaki pun aku tak sanggup. Hahaha.. 5-6 tahun tak masuk air terjun. Culture shock aku. Hahaha.. Lastnya banyak duk atas batu dari mandi. Aisy pun masuk. Yang tak syoknya. Tengah aku lepas atas batu, boleh dia yakyak. Hadeh.. Tatau la orang nampak ke tak. Bersepai atas tu. Shujin tolong kutip buang kat tepi. Haish.. 


Kalau ikutkan, husband Kaori nak ajak kami naik ke Tree Top Walk. Tapi sebab anak-anak dah ada yang tertidur keletihan. Terpaksa bertolak pulang je. Balik tu semua lepak. Hahaha..

Tapi malam tu kami sempat BBQ lagi. Gian kan tak dapat BBQ kat air terjun. Buat tepi rumah jadi la.

Next entry pulak ya..

Daa

Sabtu

Bandar Baharu ke Alor Setar

Assalamualaikum

Pagi Sabtu kami makan sarapan pagi dan bersiap siap. Takde la awal pagi sangat pun. Pempahan je lah kalau masing masing beranak tiga. Ada 6 songeh. So, dah dekat pukul 10 baru siap keluar rumah. Destinasi hari ni Alor Setar~~.
Bukan ke Menara Alor Setar. Hahaha.. Kaori dengan husband dia pergi buat penghantaran pesanan biskut k-pop. Kami pulak lepak lepak kat Stadium Darul Aman. Apa lagi.. Cari makanan la. Hahaha..

Bukti dah kat depan stadium
Rojak buah sedap RM2 je!!
Rasa cam nak pindah duk Kedah je kan. Hahaha.. Dasar suka makan.. :P Tak pedas.. So bebudak ni pun makan sama..
Sangat over makan rojak tau..
Lepas habis rojak. Bajet nak terjah expo kat tepi stadium tu. Si Kaori call dengan pesanan.. Jangan makan dulu. Diorang nak belanja makan sedap. Hehehe.. Taukey belanja..

Tapi agak kehampaan sebab kedai sedap tu tutup katanya. So kami makan kat kedai lain. Sebab frust. Kitorang makan tak ambik gambo pun. Wakaka.. Alasan kan.. Sebenarnya dah kebuluran nampak makanan tak sempat toleh kiri kanan dah. 

Lepas habis makan, kami nak ke Laguna Merbok, Sungai Petani sebab nak hantar kimchi pada kawan shujin yang tinggal situ. On the way, kononnya nak singgah makan Ais Kacang Salji kat Simpang Empat. Sampai depan kedai, tak sempat keluar kereta pun... Abam kedai tu dah datang bagitau... Ais dah habis!! waaa... kempunan.. Still.. Sapa yang nak pegi.. Kedainya sebelah kanan Balai Polis Simpang Empat.. So masuk simpang ke balai polis tu, belok ke kiri terus. Ada lorong kecik.

Sebelahnya ada kedai wakil insurans. Lupa ambik gambo yang tu
Kedainya takde signboard. Tapi menurut kata Kaori, ada FB Page.. "Kedai Dinalang Ais Kacang Salji". Curlass yu~

Walau pun kuciwa, hidup perlu diteruskan. On the way ke Sungai Petani, lalu depan Gunung Jerai. Berenti kat gerai tepi jalan, beli air nira nipah.
Sebungkus RM2.50. Aku tak pernah minum. So shujin belikan bagi aku cuba. Tapi dah jadi ais sikit. Takla sedap sangat. Tapi yang jadi ais tu aku boleh telan la. Lepas tu aku careless, tumpah dalam kereta. Melekit lekit kereta.

Hantar kimchi kat Laguna Merbok. Kami terus bertolak balik. Malam pun tokey ada penghantaran. So malam lepak kat rumah je. Bebudak pun dah keletihan.

Lepas hantar barang, shujin dengan husband Kaori terus pergi beli haiwan mahal yang sedap buat bahan nak piknik. Hahaha..

Apa tu...? Tungguuuu...

Malam tu shujin pi melepak ngan kawan dia kat Penang sampai pukul 4 pagi. Aku tak tau la depa borak apa. Biasa la orang lelaki kan.. Hahaha...

Daa

Jumaat

Dari Shah Alam ke Bandar Baharu

Assalamualaikum

Sorry for the delay.. Chewah~

Salah satu destinasi percutian wajib kami sekeluarga setiap tahun adalah ke Utara. Dah macam jadi kampung kedua kami. Destinasi yang pasti adalah ke rumah Kaori. Kaori sebenarnya kawan dari sejak masa aku belajar kat kolej dan sama sama melanjutkan pelajaran ke Jepun. Kemudian, dia berjodohan pulak dengan sahabat baik encik Shujin. So berpanjanganlah keakraban kami. Kitorang memang akan berbalas kunjungan sekurang kurangnya sekali setahun.
gambo maknya aku tak ambik.. ni anak dara dia.. dah darjah 1

Kali ni kami pergi ke rumah baru diorang, di Bandar Baharu. Betul betul dekat dengan Parit Buntar, sempadan negeri Perak. Nyaman rasa udara bersih di sana berbanding debu dan asap jerebu di Shah Alam. Haha.. Nak pulak keluar rumah terus nampak sawah padi. Saujana mata memandang..
Gambar sawah depan-tepi rumah Kaori

Ni bukan rumah Kaori, tapi jiran dia..Takde orang pun duk rumah tu.. Hahaha.. Gambar sumbangan Kaori sendiri..
So, aku start cuti Jumaat (Aqil batuk, so aku suh dia cuti je Jumaat tu. Nampak tak permainan aku kat situ? Hahaha). Plan asalnya nak bertolak malam Khamis tu, tapi sebab rumah masih huru hara, nak tinggal pulak berhari hari, ngemas la dulu. Pulak tu cikgu sekolah Aqil wassap suh ambik kerja sekolah dia nak buat masa cuti sekolah. So, tengah hari jugak la baru bertolaknya.

Dengan mengekalkan jarak selamat dan pemanduan berhemah ikut speed limit, maka pukul 4 lebih kot baru sampai. Hihi. Itu pun asalnya aku gedik nak ajak shujin singgah Ipoh, nak lalu jalan biasa gi sampai Parit Buntar. Padahal masing tak tau jalan. Hahaha.. 
marah dengan penjual pau ayam kat R&R.. ayam dah la kecik je.. kentang dia masuk sekali ngan kulit..grr

Sampai sampai terus makan dulu kat tepi sungai sempadan Bandar Baharu-Parit Buntar. Sebab tak tau mana hala, Pekan Parit Buntar pun tak berapa banyak kedai, kami makan nasi ayam je. Boleh la. Dah order baru tengok meja sebelah duk balun Mee Udang. Cheiss.. Roogii...

Rupanya si Kaori dengan husbandnya pegi ambik stock biskut coklat k-pop Date & Fate. Memang masyuk bisnes diorang. Sebulan beratus carton dijual. Dealer pun ada hampir di seluruh negeri semenanjung. So sapa minat boleh cekidaut kat link atas tu ye. Serius tak nyesal. Sedap murah dan berbaloi baloi. Nak raya nanti boleh buat kuih raya..
deretan kedai makan kat food court stesen bas Parit Buntar, nak hantar pesanan biskut k-pop

Actually, percutian kami ni free and easy trip. Just pergi nak catch up dengan kawan kawan. Jamu jamu selera dan bertukar cerita masa kini dan untuk masa depan. Hehehe..

Oleh kerana kepenatan, dan malam tu pun diorang kalut dengan penghantaran biskut. Kami pun lepak lepak sak kok dulu saja. Menghirup udara nyaman sambil ditemani nyamuk. Huhu..

Habis kisah hari Jumaat.. Haha..

Sabtu buat apa..?

Lekluuu..

Aunty Juliet Kota Kemuning

Assalamualaikum

Sejak balik dari Kedah, Aqil dengan Damia semangat nak makan ABC. ABC murah lagi sedap kat sana. So, semalam nak celebrate aku dah dapat duit cukai terlebih bayar, bawak diorang pergi makan ABC. Dah tak tau sangat nak pergi mana, kami pergi restoren yang dekat dengan rumah je. Aunty Juliet.


Henpon cokia. So tak nampak tulisan Aunty Juliet kat tengah bulat tu. Restoren ni terletak di Kota Kemuning. Masuk main entrance, sampai kat roundabout besar, ambik pukul 3 (kanan), lepas tu nampak McD sebelah kiri, masuk simpang tu. Ada deretan kedai situ satu row dengan Maybank kalau tak silap. Selang beberapa buah kedai dari kedai 100yen.

Lama dah tak makan kat sini sebenarnya. Ownernya baba nyonya. Aunty yang datang ambik order kami. Sangat peramah dan baik hati. 
Muncung aisy dapat tayar

main masak masak
Siap ada toys untuk kanak-kanak.

Yang kami order
Chicken chop mandalara ke apa tah namanya.. Boleh pilih nak sos cendawan atau black pepper.
Shujin pilih black pepper sauce. Yang ni kalau harga a'la carte RM15. Kalau upgrade jadi set RM18.50. Set sekali dengan air (bawah RM4) dengan desserts.
Untuk anak-anak. Fish & chips. Since diorang nak makan fries. Ada tartar sauce RM16
Aku tak try pun diorang punya fish tu. Sebab...
Mixed grill dengan blackpepper sauce. Ayam, lamb dengan sosej
Harga yang ni RM25. Aku pun upgrade jadi set, so RM29.50. Over kan.. Kenyang gila makan sebab portion besar. Semua well marinated dan cukup rasa. Cuma aku tak berapa suka makan dengan sauce tu. Yang paling sedap adalah grill lamb tu. Tak keras tak terlalu lembut. Sedikit chewy. Ayam tu Damia suka. Sosej aku kureng la..
Yang penting.. Tiada pembaziran.. Hihi


Dessert aku dengan shujin, Shujin ambik cendol, aku ambik puding sagu.

Yang ni ABC special RM6.50.
Lepas kekenyangan makan yang di atas nun, memang kurang terasa nikmat makan ABC ni sebab sangat besar. Actually shujin nak ambik dua satu sorang untuk anak dia tapi aunty tak bagi. Besar tak habis nanti. Bagus betul aunty kan. Hehehe..

Ambik satu ni pun jenuh nak perabih. Last last dah tinggal sikit tu Aisy tarik mangkuk, tumpah atas meja. Masa bayar tu 2-3 kali aku mintak maaf ngan anak aunty. Hahaha..

Total investment RM70.50..
wajah senang hati kekenyangan

Aqil je pandang kamera. haha

Aunty Juliet ni antara kedai makan yang paling lama bertahan kat Kota Kemuning. Melayu dengan Chinese ramai datang makan kat sini. Aku rasa makanannya berbaloi dengan harga. Harga ni tak berubah dari last time kitorang makan 3-4 tahun lepas masa Aqil kecik lagi.

Daa

Khamis

Bayaran balik cukai terlebih bayar

Assalamualaikum

Aku dengan bersemangatnya buat tax filing pada 3hb Mac yang lepas. Tertunggu tunggu jugak surat dari LHDN tapi takde. So tetiba hari ni check Maybank2U tetiba dah masuk.

Weehooo... Memang pantas dan tuntas kerja pegawai pegawai HASIL ni kan..

Alhamdulillah.. Dapat la bayar hutang hutang lapuk hasil berjoli sakan aritu kan. Hehehe..

Korang macam mana..? Dah buat tax filing 2013 ke belum? Kalau belum buat cepat cepat. Tunaikan tanggungjawab pada negara.

Daa

Rabu

Kembali

Assalamualaikum

Selepas lima hari bercuti, terpaksa kembali ke rutin normal..

Nanti update pasal percutian yang ohsem tu. Hihi..

Daa

Sabtu

March.. Bulan jenjalan - Minggu ke 3

Lamanya tak lepak food court. Last time 2003??

Kat stesen bas Bandar Baru, Kedah.

Jumaat

Aisy berjinak dengan LEGO

Assalamualaikum

Aisy dah mula berjinak dengan Lego. Pantang nampak Lego, mula la dia terkedek kedek datang.

Biasanya shujin tak bagi sebab parts Lego kecik kecik, takut dia masuk mulut. Belum age appropriate kan..

Tapi semalam shujin bagi jugak dia main kapal shujin buat. Tapi kena monitor la.


Happy sungguh..

Daa

Khamis

Cara-cara letak link 8Share di blog

Assalamualaikum

Frust dengan Nuffnang? Susah nak dapat CPUV (BE), trafik sikit income lambat naik? Jom promote 8Share.

Sebelum ni aku memang dah start buat 8Share dah. Apa yang berbeza dengan iklan di blog yang biasa adalah, dengan 8Share, kita kena rajin sikit. Rajin promote link. Yang bagusnya, nak promote tak terhad hanya di blog. Boleh promote di social media. Facebook, twitter, Google+, Linkedin pun boleh! 

Cara-cara nak share di blog? Tiga langkah mudah
Langkah pertama. Login 8Share dan klik pada tab "SPECIAL" di sebelah kanan atas browser. Nanti keluar senarai kempen yang korang boleh kongsikan


Scroll ke bawah untuk senarai media sosial yang korang boleh terus share kempen tersebut. Untuk mudahkan korang faham, sila klik twitter. Pastikan korang ada akaun twitter lah ye.


Akan pop up begini. So korang boleh copy link yang tertera dan gunakan untuk share di blog.

Bagi lain lain platform media sosial pun boleh juga. Tapi korang share dulu. Lepas tu bila dah status dah up, pergi pada status tu, right klik pada link (jangan tekan), lepas tu "copy link location". Paste kan pada blog untuk gunakan link tersebut.

Contoh google plus. Lepas klik button "Share". 
Lepas tu right click pada link yang warna biru tu. Ada satu option "Copy link location". Lepas tu paste pada notepad atau terus di blog.
Nak bagi orang tertarik untuk klik, gunakan ayat ayat yang menarik lah. Tapi jangan sampai lari dari topik kempen. 

Senang je kan. Tapi kena rajin update link tersebut. Sebab setiap kempen ada tempohnya. Maximum kita boleh dapat dari satu kempen adalah RM10. Satu kempen RM10. Kalau dapat 10 kempen. Huhu..

Kalau belum join 8Share, JOM SERTAI 8SHARE dan start kira duit. 

PS:/ Entry buat Uni Aqilah. Thanks menyumbangkan idea untuk entry hari ni. Haha

Daa

Rabu

Mentaliti

Assalamualaikum

Nampak tak dia tulis apa..?

Aku jumpa dalam paper Metro.

"Mohon PBT berkaitan bantu bersihkan longkang di sekitar Kampung Ubi baru yang menjadi tempat nyamuk bertelur"

Aku paling tak suka jenis macam ni
(1) Yang pi buang sampah kat longkang tu pasaipa?
(2) Dah sendiri buang sampah, pandai pandai la bersihkan sendiri

Memang lah boleh kata ianya tanggungjawab jabatan sekian sekian untuk bersihkan. Tapi tanggungjawab penduduk setempat jugak untuk bersihkan. Kan kampung sendiri. Jaga kebersihan kampung sendiri pun satu tanggungjawab penduduk jugak. Kalau dah tau nyamuk membiak, takkan nak tunggu PBT jugak bersihkan. Satgi ada kes denggi bagai ke apa. Salahkan PBT sebab lambat bersihkan. 

Tolong ya penduduk Kampung Ubi Baru. Cepat cepat bersihkan longkang tu sama-sama. Gotong royong sekejap apa salahnya.

Daa

Tak bagi ubat bukan tak sayang anak

Assalamualaikum

Tak mudah menjadi ibu bapa. After all.. Jadi apa yang mudah..? Haiwan pun ada masalah kan.. Hehehe..
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan. Terutamanya dalam hal berkaitan dengan anak-anak. Masa depan mereka dan kesihatan mereka. Lepas Aqil lahir, aku anggapkan, bawa anak ke klinik setiap kali demam dan standby ubat di rumah adalah satu pilihan yang terbaik yang aku boleh lakukan untuk anak.

Tapi sekarang, aku bersyukur sebab setelah ikut macam-macam kelas berkaitan kesihatan dan membaca dari pelbagai sumber. Aku yakin yang mengelakkan pengambilan ubat adalah satu langkah yang terbaik untuk aku sebagai ibu lakukan.

Melihatkan pada insiden yang berlaku baru baru ini. Siapa sangka. Hanya beberapa ml ubat boleh mengubah hidup dan mati seorang bayi. Aku tak salahkan ibu bapa tu. Juga aku tak salahkan doktor. Reaksi terhadap ubat berlaku tanpa siapa pun sangka. Sebagai ibu bapa juga, mereka melakukan sesuatu yang mereka rasakan pilihan terbaik untuk anak. Siapa tak sayangkan anak.

Still.. Ramai marahkan aku sebab masa Aisy demam umur 3 bulan, aku tak bawa ke klinik. Sampai kata kami tak cukup duit, tak sayangkan anak. Ramai yang tuduh aku kejam sebab tak vaksin anak-anak. Tahu ke diorang aku tak bawa ke klinik, tak bagi ubat bukan bermaksud aku biar anak terlantar sakit tak buat apa..

Sekadar peringatan pada ibu bapa yang ada anak kecil, termasuk diri aku sendiri.. Berhati hati bagi ubat pada anak-anak, terutamanya bayi dibawah umur dua tahun. Beza antara dos yang berkesan dan dos yang boleh membahayakan nyawa adalah sangat sedikit. Hanya berikan ubat sekiranya benar benar perlu. Aku tengok trend zaman sekarang, bila anak panas lebih sikit terus sumbat ubat bontot (voren etc). Mungkin ianya jauh dari perut. Tapi tak bermaksud ianya selamat. Begitu juga ubat demam, selesema dan batuk. Macam aku ulang banyak kali dalam entry entry lalu, ubat selesema dan batuk tak berkesan untuk bayi bawah dua tahun. Even ubat demam pun boleh mengurangkan kecekapan imun sistem melawan jangkitan kuman.

Penting bagi ibu bapa banyakkan membaca. Jangan harapkan pada doktor semata mata. Berhentilah anggap yang "oh sebab doktor yang bagi, patutnya ianya selamat lah". Bukan aku kata doktor tak tahu apa dia buat. Cuma, kita perlu juga bertanggungjawab pada diri sendiri dan anak-anak.

Alhamdulillah berkat aku buat pekak telinga dan kedegilan aku. Aisy belum pernah makan ubat. Aqil dan Damia dah hampir dua tahun tak makan ubat. 

Daa

Selasa

Kisah pipi lebam

Assalamualaikum

Apa la punya teruk aku ni kan. Lepas almost 2 minggu kejadian baru update kisah Damia jatuh sampai pipi lebam dan lutut berdarah masa event Cleanpro Express aritu.

Sekarang almost dah baik dah pun. Luka kat lutut pun dah kering. Serius mempunyai tiga orang anak, dengan pelbagai jenis cubaan buat side income memang menyebabkan aku tersangat sibuk. Nak update blog pun susah sekarang..

Ni dah lepas seminggu. Masa awal kejadian tu aku takde sempat nak ambik gambar pun. Kalut dia menangis sampai tersedu sedu. Risau takut retak ke patah ke. Hari kejadian tu kami terus ke KL untuk sambutan anniversary. Alhamdulillah walau pun lutut dua dua luka, pipi lebam, langsung tak memudarkan semangat nak mandi kat bath tub dan makan. Hehehe..

Gambar sensor tiga beradik dalam bath tub ada dalam kamera shujin. Hahaha.. Boleh blackmail diorang bila dah besar nanti kan. :P Keji gila.. Hahahaha...

Nak tayang je. Oven lama rosak. Ni oven redeem dari kad kredit shujin. Baru guna sekali buat kek butter oren masa mak datang weekend baru ni. Hari oven sampai dapat pulak order walnut brownies yang sedap tu.. Tak sempat sempat lagi buatnya.. Nasib baik akak opismet order nak buat makan2 sendiri je..

Kena kuatkan semangat membaking pulak.. Lama tak bakar bakar. Hehe..

Daa

Isnin

Pembukaan cawangan ke-100 Cleanpro Express

Assalamualaikum

Ingat lagi tak entry gossip minggu lepas? Sebenarnya, aku berpeluang menghadiri majlis perasmian cawangan ke-100 Cleanpro Express yang terletak di PJ Newtown Outlet pada 8hb March.

Majlis perasmian dihadiri oleh Encik Goh Seng Kiat selaku pengarah urusan Cleanpro Express, Mr Stephen Jacques Senior Commercial Officer dari kedutaan Amerika, Mr Kevin Hietpas Director of Sales dari Dexter laundry, duta produk bagi Cleanpro Express Ms Lee Siad Huey & Farid Kamil dan pasukan pengarah urusan dari Cleanpro Express dan Cleanpro Laundry Holdings. Dan juga wakil media dan blogger.

Majlis bermula dengan rasminya dengan pengumuman ketibaan jemputan khas. Lepas ucapan disampaikan oleh Pengarah Urusan Encik Goh, wakil dari kedutaan Amerika dan Pengarah Jualan dari Dexter Laundry juga menyampaikan sepatah dua kata. Lepas tu gamat sekejap dengan persembahan tarian singa yang anak-anak tunggu. Hehehe.. Aku siap ambik bideo.
Barisan jemputan khas
Singa bergambar dengan pemilik cleanpro express cawangan PJ Newtown
Selepas tu upacara perasmian dengan memotong reben.
Barisan para jemputan khas merasmikan cawangan ke-100
Kemudian, duta duta produk pulak buat sesi demonstrasi untuk menunjukkan betapa mudah dan seronoknya membasuh baju.
Ms Lee Siad Huey dengan Farid Kamil (walau pun mula mula aku tak kenal lelaki itu..haha)


Bagi yang first time dengar, "Cleanpro Express" adalah satu rangkaian pusat dobi layan diri yang dibuka 24jam. Setakat ini ianya mempunyai 100 cawangan di Malaysia dan Singapura. Di setiap cawangan, disediakan mesin basuh baju dan pengering menggunakan syiling. Mesin menukar syiling dan mesin menjual sabun basuh juga ada tersedia, jadi cuma perlu bawa sebakul baju comot dan segenggam duit kertas untuk memulakan operasi. Kalau takut siang hari sesak dengan pengguna lain, boleh datang pukul 3-4 pagi ya. Buka 24jam kan. Hehehe..

Ada instruction cara nak basuh. Nak buat basuhan air suam pun boleh
Model kami :P
Mesin basuh dan pengering ada pelbagai saiz. So, walau pun ada mesin basuh di rumah, tapi malas nak basuh banyak kali, boleh gunakan mesin basuh di Cleanpro Express juga. Saiz mesin basuh paling besar 25kg. Memang puas hati. Hehehe..
Soap vending machine
 Menariknya, di sesetengah cawangan, perkhidmatan kerusi urut dan WIFI turut disediakan.
Kita minum dulu~
Rujuk cawangan Cleanpro Express yang berdekatan dengan anda untuk mengetahui perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan.

Di musim musim catuan air ni, tak perlu risau pasal baju kotor. Cuma ke mana mana cawangan Cleanpro Express dan mula membasuh. Bila tiba musim hujan pulak, boleh gunakan mesin pengering untuk mengeringkan pakaian. Jadi hujan atau panas, Cleanpro Express akan sentiasa berkhidmat untuk masyarakat :D

Goodie bag
Berita baik, bagi yang nak mencuba perkhidmatan mendobi di Cleanpro Express ini, beberapa cawangan Cleanpro Express memberikan percubaan PERCUMA dicawangan mereka. Jangan lupa tandakan di kalendar masing-masing dan pastikan cawangan Cleanpro Express yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat dobi layan diri PERCUMA (Limited time).


Actually perkhidmatan macam ni bagus bagi orang bujang dan student. Maklumlah kan, malas gila kot nak menyental. Lagi lagi kalau budak lelaki. 

Menarik kan perkhidmatan macam ni?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com