Khamis

Menurunkan berat badan atau mengurus berat badan?

Assalamualaikum

Siapa taknak bentuk badan cantik menarik. Berat yang ideal, seimbang dengan tinggi.

Tapi...

Siapa yang sanggup put effort yang mencukupi untuk mendapat balasan setimpal.

Impian perempuan normal macam aku adalah.. Nak makan apa yang teringin nak makan. Malas senam. Tidur mau cukup. Tapi berat badan nak seimbang. Curvy mau lawa. Cantik molep pujaan hati kekanda. Kahkahkah..

Hakikatnya.. 

Realiti tak seindah fantasi kan..

Hasil manipulasi tu lah wujudnya segala macam fad diet yang bagi instant effect pada berat. Seminggu turun 5kg. Tidur je tak payah buat apa. Guna product kami. Turun 8kg.

Wahh.. Kalau kat FB berebut yang komen "PM me". :P

Sayang sayang sekalian..
Menurunkan berat badan secara mendadak mempunyai kesan yang berbahaya. Mengurangkan pengambilan kalori secara mendadak boleh memberikan kesan pada kesihatan.

Mungkin bukan sekarang.

Tiada jalan singkat. Magic pill yang boleh membantu kalian di luar sana mendapatkan figure seperti pelakon Hollywood mahu pun Bollywood.

Create a good habit. Eat healthily. Exercise regularly. Supply your diet with good vitamin supplement. Positive attitude. Keep this for at least 21 days to make it as habit.

Trust me. Walau pun mata timbang mungkin tak jauh berubah, tapi you'll get a better shape. Alaa.. Kenapa.. Kawan I tak payah susah payah senam pun. Makan pil je cair lemak keluar kat bontot.

Lemak akan ambil banyak space. Tapi ringan.
Bila bersenam. Badan akan bina otot. Otot berat. Tapi kurang space. So hasilnya. Mata timbang mungkin tak gerak banyak. Tapi bila buat hip to waist ratio, berkurang sedikit sebanyak.
Dan ingat. Turun berat badan mendadak menyebabkan muscle tak tone dengan betul. Kulit nampak menggelebeh. Sangat tak cantik. Macam perut orang yang baru lepas bersalin tu. Well maybe not that bad. But still huduh.

Proses menguruskan berat badan bukan saja tentang nak bagi turun berat. Tapi strategi untuk maintain berat dan bentuk badan yang dah dapat tu. So, create a good habit dengan continuously buat dalam masa 21 hari buatkan kita mudah nak teruskan.
Berkejaran dengan kanak-kanak ini juga membakar kalori

Just my two cents.

Nak dapatkan banyak tips lain dan mengetahui bagaimana nak incorporate supplement untuk menguruskan berat badan? Bagaimana mendapat berat ideal? Consultation percuma melalui whatsapp di nombor 0126894617.

Daa

Rabu

Nanas melawaskan buang air besar?

Assalamualaikum

Di waktu waktu tertentu aku memang mengalami craving pada nanas. Sedap makan cicah garam saja atau sambal kicap. Kicap saja pun okay. Tapi Aqil pun suka makan nanas. Damia boleh tahan, tapi lidah dia cepat lidas.
Nanas morris tanpa mahkota
So, aritu aku pegi Econsave jumpa nanas morris RM1.59 sebiji. Sambar sebiji.

Malam tadi potong separuh makan dengan anak-anak. Aisy pun makan sama.

Tapi biasa lah. Aku yang makan beria sebenarnya. Hahaha.. Habis separuh kat kami berempat. Shujin tak minat nanas.

Bangun pagi sakit perut. Aku masalah sikit nak membuang lately. Feeling tak mari. (Sorry!!)

Pagi tadi dengan happynya.. Semua berjalan lancar. Dan lambat hantar Aqil ke sekolah dan aku pun sampai lambat ke office.

So betul ke nanas melawas buang air besar..?

Agaknya lah. Kalau makan sampai setengah bijik. Hahaha..

Nota kaki : Nanas kaya vitamin C~!

Daa

Selasa

Petua meredakan batuk dengan segera

Assalamualaikum

Musim panas tak hujan dan udara berdebu.. Aqil mudah sikit terkena batuk berbanding adik adiknya. Dah 2-3 hari dia start batuk. Batuk tak berkahak. Mungkin sebab gatal tekaknya. Dia tak demam. So aku takde la risau sangat. Tapi malam tadi batuknya teruk sampai tak boleh tidur dan muntah.

Haish.. Tak boleh jadi ni. 

So lepas cuci muntah dan tukar baju Aqil, aku pun bancuh madu manuka dengan apple cider vinegar (cuka apple) dan dilute dalam setengah cawan air suam. Bagi Aqil minum. Sambil tu aku bagi sesudu virgin coconut oil dan sapukan minyak garlic pada dada dengan belakang badan dia.

Lepas tu suruh dia baring dan tinggikan sikit bantalnya.

Tengok alhamdulillah dapat lena tanpa batuk sampai pagi ni. Baru dengar batuk sekali lepas mandi tadi.

Cuaca panas dengan tak hujan ni agak merisaukan.. Kalau Aqil start kena, takut jangkit dengan adik adiknya pulak. Alhamdulillah petua ni berkesan. Ada jugak aku guna petua bawang dengan madu. Tapi semalam aku malas nak tunggu. So terus bancuh madu dengan ACV. Senang.

Kalau anak demam selesema pun boleh bagi. Cuba lah. Insya allah dapat kurangkan sikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

Daa

Isnin

Terima kasih Nuffnang~!

Assalamualaikum

Ke tempat kerja dengan kepala sakit. Seret kaki menggagahkan diri sebab tak boleh ambik cuti hari ni. Hahaha.. Gigih aku bulan ni. Semata mata sebab nak ambik cuti dua hari masa cuti sekolah nanti.

Alhamdulillah. Berkat kegigihan dan ketabahan aku. Check Nuffnang ada CPUV baru pulak. Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang berita kan. 

Bukan satu, bukan dua.. Tapi tigaaa.. Rupanya bulan ni ada Sales kat Ikea ya. Baru ku tahu. Terima kasih ya Nuffnang. Baru la sayang camni.

Hahaha..

Tak sabar tunggu monus bulan ni.

Daa

Jumaat

Product 100% berkesan ni kak

Assalamualaikum

Apa story hari Jumaat? Tetiba je nak cerita pasal product kan...Hahaha

Sebenarnya aku terbaca kisah Mar Mansur tentang akibat banyak toksin dalam badan ni. Haa.. Apa cerita sebenarnya, kena pergi terjah baca sendiri.

Sedikit aku nak komen tentang etika perniagaan product kesihatan zaman sekarang. Tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah macam lah dia berkuasa seperti Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu.. Penjual penjual ni kata.. Product ni dijamin 100% berkesan. Confirm kurus. Wajib putih, biar lah asalnya kita hitam mengalahkan dayang senandung mahu pun bontot kuali sekali pun.

Tup tup bila pakai. Eh tak jadi lah.. Penjual pun bagi 1001 alasan. Alaa sebab tak buat gitu. Tak buat gini. Tak ikut aturan la tu..

Soooo~~ bagi yang berminat nak beli product apa apa kan.. Apa kata korang buat perjanjian hitam putih dengan peniaga, "sekiranya saya telah mengikut aturan yang telah diberikan, tapi kesannya tak seperti yang dijanjikan, hendaklah sipolan peniaga ini memulangkan semula semua wang yang telah saya bayar untuk membeli product"

Best tak?

Biar peniaga beringat sikit sebelum nak buat claim bukan bukan.

Dan aku pun nak pesan kat yang suka mencuba product baru ni.. Siasatlah betul betul dulu product. Jangan asal boleh je terus sambar. Asal orang kata berkesan je terus sambar. Tetiba dapat tau ada benda bahaya. Haishh.. Ngeri betul kan..

Rajin makan makanan seimbang, confirm lebih sihat
Yang ini memang ada 100% moneyback guarantee tau
Vitamin aku jual ada 100% moneyback guarantee. Tapi kimchi aku takde la moneyback guarantee laa.. Kalau orang tanya kimchi aku sedap ke tidak, aku akan jawab, setiap individu berbeza. Kebanyakan customer aku kata kimchi aku sedap. Tapi rasanya memang tak sama dengan original kimchi orang korea buat. Hihi..

Daa

Khamis

Organic search bertambah lepas tukar template

Assalamualaikum

Aku kan baru tukar template blog dalam sebulan dua yang lepas kan.. Aku baru perasan. Takde la baru sangat. Tapi perasan yang trafik blog ni bertambah dengan average 100UV sehari lepas aku tukar template.

Trafik blog ni pun bukan banyak pun.. Masih tak sampai 500UV sehari. Tapi lepas tukar template tu bertambah pulak. So happy la kan..



Gambar takde kena mengena :P

Template baru ni aku edit dari template yang ada kat internet. Ubahsuai ikut yang aku suka. Maaf la kalau ada yang rasa agak serabut. Tapi loading tak lambat kan kan.. Hehehe..

Kalau nak kengkawan ngan aku boleh klik kat Get Connected tu. Aku takde insta lagi. Tak reti. So paling aku aktif pun FB je buat masa sekarang.

Jom kengkawan ngan aku

Daa

Selasa

Adakah boleh menyusu ketika mengandung

Assalamualaikum

Pergh..Lama gila kot tak menulis (4-5 hari je padahal)

Aku sedikit tertarik dengan persoalan yang diutarakan oleh Ina tentang tidak boleh menyusu ketika mengandung.

Sendiri pernah mengalami pengalaman menyusukan ketika mengandung. Ini pandangan aku dari pembacaan dan perbincangan dengan doktor.

Persoalan boleh atau tidak adalah disebabkan oleh dua faktor
(1) Selamat untuk bayi dalam kandungan. Sama ada boleh menyebabkan keguguran atau tidak
(2) Adakah ia akan menyebabkan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi sebab badan proses susu untuk kakak/abang.

Biasanya.. Orang yang menghalang akan mengatakan ianya adalah tidak adil untuk adik sebab susu tu untuk adik dan kakak/abang ambil khasiat. Ibu mengandung ini ditakut takutkan dengan, nanti takut anak lahir tak sihat, kurus sebab tak cukup khasiat ketika dalam kandungan.

Setiap individu adalah berbeza. Dalam kebanyakan kes, menyusukan anak ketika mengandung tidak membahayakan kandungan. Bagaimana pun terdapat kes kes yang sedikit jarang berlaku dimana, proses penyusuan menyebabkan kontraksi berlaku. Sekiranya penyusuan diteruskan, janin boleh gugur. Oleh itu, lebih baik sekiranya penyusuan dihentikan ketika mengandung. Tapi sekiranya tiada pendarahan atau kontraksi. Penyusuan boleh diteruskan seperti biasa.

Dari segi nutrisi pula. Melalui pembacaan aku. Sebenarnya yang takut tak mendapat nutrisi yang mencukupi tu bukan bayi dalam kandungan. Tapi adalah anak yang sedang disusukan. Ini kerana, hormon yang terhasil ketika mengandung menyebabkan pengeluaran susu berkurangan. Dan menyebabkan si kakak/abang ni tak dapat nutrisi dari susu ibu yang mencukupi. Sekiranya belum start makan, atau terlalu bergantung pada susu ibu, ia boleh menyebabkan kakak/abang mengalami kekurangan nutrisi dan membantutkan tumbesarannya.

Manakala, bagi bayi dalam kandungan. Allah ciptakan badan kita sangat bijak. Bayi sentiasa akan mendapat khasiat yang mencukupi. Tapi perlu diingat. Proses mengandung dan menyusukan anak ini akan mengambil nutrisi dari badan ibu. Sekiranya ibu tak dapat supply makanan berkhasiat yang cukup, badan ibu akan menjadi cepat letih dan kurang bertenaga.

Oleh itu, bagi ibu yang nak meneruskan penyusuan ketika mengandung, perlu consider ambil vitamin tambahan seperti multivitamin, kalsium magnesium dan vitamin B bagi memastikan mereka dapat bergerak cergas.

Pengalaman tandem nursing Aqil dan Damia satu masa dulu sangat sangat membantu proses penyusuan. Rasa macam ada anak kembar pun ada. 

Daa

Buat "MOCK" Dengan Menggunakan LEGO.


Untuk buat mock (tulisan/lukisan/seni) dengan menggunakan lego, ini bahan yang diperlukan adalah seperti:



1 - Baseplate. Aku rekomen dua jenis dengan dua keping setiap satu. Dua keping 48x48 (RM50x2) dan dua keping 16x32 (RM35x2). Baseplate digunakan untuk buat asas dimana tulisan/gambar/seni tu nak diletakkan.


2 - Macarooni. Aku rekomen dua jenis dengan jumlah keseluruhan antara 80-160 keping. Yang bersaiz 2x2 untuk curves pada huruf kecil, dan yang bersaiz 4x4 untuk curves pada huruf besar. Secara kasar menelan belanja antara RM100-RM150. Macarooni ni mahal sebab ia merupakan kepingan yang jarang ada dalam set. Contohnya macam kitorang beli set lego 7665 Republic Cruiser (Limited Edition - with R2-R7) berharga RM1000 dulu, macarooni tu baru ada kurang 20 keping. Supplemental set setahu aku takde part ni. Untuk dapat satu kedai yang jual macarooni ni dengan banyak dan pelbagai warna, bukan mudah juga. Jadi bagi aku, harganya sangat berpatutan.


3 - 1x brick. Yang ni mudah dapat. Gunanya untuk buat garisan huruf yang menegak dan mendatar. Aku tak sebut yang ni murah, tapi mudah dapat. Aku rekomen dalam 200-400 keping.


4 - Plates. Tak perlu banyak plates. Cukup sekadar untuk berdirikan baseplate. Kecualilah kalau nak buat background. Untuk berdirikan baseplate, perlukan dalam 20 keping. Untuk buat hiasan dan background, perlukan lebih banyak.

Well, itu sahaja asasnya.. Secara kasarnya, aku estimate modal yang diperlukan adalah RM500. Kalau nak extra parts :


5 - Liftarms. Boleh gunakan part ni untuk buat garisan yang condong. Kalau gunakan liftarms, 1x1 round plate diperlukan.


6 - Mod brick jenis 1x1 dengan satu stud kat satu sisi. Part ini boleh digunakan supaya baseplate yang nak diberdirikan tu, berdiri dengan lebih kukuh. Mungkin untuk event kat tempat yang lebih terbuka dan berangin kuat.

Extra parts mungkin akan menelan belanja lebih kurang RM100 pada anggaran kasar.

Untuk yang confirm nak beli set untuk buat mock ni, order sebelum 20hb March 2014. Sebab dah ada beberapa yang dah confirm. So, kalau order sekali gus, aku boleh jimatkan kos penghantaran korang. Kalau ada baki dari duit yang korang bayar, aku akan bank in kat korang balik. Semua depend on kos penghantaran tak termasuk pos malaysia/pos laju.

Last sekali, terima kasih kat yang order set mock ni sebab aku pon order satu untuk diri aku. So kita dah sama-sama jimat kos penghantaran yang berjumlah RM324.67 tu. Bila barang sampai, aku akan buat entry pasal tu. Untuk yang order set yang aku post bulan lepas, minggu depan barang korang sampai. Tak sabar. Untuk yang order parts minggu lepas, provider tu dah pos hari jumaat haritu. Dua minggu lagi sampai insya allah.

Ahad

Hujung Minggu Ni

Secara kasar aktiviti hujung minggu kami untuk kali ni (supposedly) :
Sabtu - Pagi swimming (latihan akhir buat anak-anak), tengahari beli barang buat kimci, petang buat kimci, malam main lego dengan anak.
Ahad - Pagi buat persediaan famili nak datang lepak kat rumah, petang beriadah/swimming dengan ahli keluarga, malam rehatkan badan untuk kesibukan hari esoknya.

Apa yang sebenarnya terjadi, pagi tu dah bangun awal. Lepas sarapan dan revise pembelajaran anak semua, turun laa pergi kolam. Skali tengok, masya-allah... Teruknya kolam. Sape laaa pegi lenjan kolam hari sebelum tu. Dari jernih, habis hijau airnya. Macam air tebu, tak nampak dasar. Siap ada sisa makanan dalam tu. Semua orang terkejut. Lepas report kat management, diorang panggil emergency cleaning staff. Kawasan kolam kena tutup dengan tape. So, tak jadi laa swimming pagi tu.


Bila dah tengahari, kemalasan pun secara tiba-tiba melanda. Kami pun lepak je terus kat rumah tanpa rasa bersalah. Lepas ulangkaji buku anak lagi, terus aku layan main lego dengan Aqil. Kereta batman tu Aqil buat ikut manual dengan menggunakan apa yang ada. Kapal terbang hitam tu dia buat ikut imaginasi dia sendiri. Kapal terbang putih tu aku yang buat. Rai, Damia, Thaqif? Tido laa, apa lagi? Hahahaha..

Malam jumaat tu kami dah ada main lego. Aqil buat singa, aku buat burung.

Dah petang, keluar pergi beli barang untuk kimci. Masa Rai dok sibuk-sibuk pilih sayur tu, aku ngan Aqil gi buat perangai. Aqil yang start dulu. Hahahaha... Aku layankan je.




Malam tu, aku boring Rai dok sibuk kutip order kimci kat watsap dia, aku pegi layan Aqil dan Atiqah main lego. Kali ni main perang-perang. Pastu tido..


Ahad pulak, pagi-pagi lagi pakat buat kimci sebab hari outing keluarga dah tukar tempat. Tengahari pergi shopping, pastu terus bertolak ke rumah kakak kat KL. Sampai sana terus masak.
Antara menunya, bihun goreng (of course laa kan?), jus daun teh, popia kambing panjang 5 inci (Stuffy, rangup dan harum), puding roti buttered (lemak berkrim, kurang manis dan banyak walnut), kueh malas, fun fries, bubur ayam.



Masa mandi tu, sebab dah ramai kan, mandi-sejuk-naik-makan-mandi lagi. Ulang-ulang sampai hampir habis Asar. Sempat Rai curik-curik snap. Bagus betul ibu nih..



Quite packed, tapi berbaloi. Bila dah petang, terus balik rumah untuk berehat. In the end, ayah dan ibu je yang extra letih. Anak-anak dah tido dalam perjalanan pulang. Sampai rumah, diorang sambung tido. Ibu dan ayah masih bekerja sampai larut malam.

Roughly, hujung minggu ni takde aktiviti bisnes langsung kecuali Rai punya kimci. Hehehe.. Sesekali bermalas-malasan, tak salah kot. Cuma... rugi laa sihat tak dimanfaatkan.

Jumaat

Review : The LEGO Movie

::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Fakta dan perkongsian
Seperti mana yang dah diketahui, ada dua jenis pengguna lego, Builder dan Master Builder. Terms ni dah lama, sejak tahun 1980. Builder ialah pengguna yang basicly beli lego, pasang ikut manual, dan letak kat tempat khas. Biasanya ada invisible sign "JANGAN KACAU/PECAHKAN" kat lego diorang. Sesetengah builder meletakkan gam kat lego diorang so just for orang lain tak boleh pecahkan/cabut binaan yang telah dibuat. Syarikat lego menyatakan dalam satu kaji selidik bahawa, lebih dari 70% pembeli lego adalah "builder". Dan kumpulan yang lebih ramai dalam builder tu adalah orang dewasa. Master builder pula ialah pengguna yang buat apa sahaja ciptaan yang awesome menggunakan apa sahaja yang ada, dipasang tanpa manual mengikut kreativiti dan logik, dan biasanya sukakan lego dalam keadaan terlerai. Kebanyakkan master builder ni adalah kanak-kanak. Ada banyak lagi kajian pasal lego dan pengguna yang disiarkan. Kita akan kongsi lain kali sebab tajuk entry ni tentang review The LEGO Movie. Cerita The LEGO Movie ni berkisar tentang permasalahan antara builder dan master builder yang biasanya berlaku dibawah satu bumbung sejak berpuluh tahun lamanya.

Sinopsis
Well, watak utama dalam cerita ni ialah Emmet (minifig baru dari lego) yang merupakan seorang builder, yang buat semua benda mengikut instruction manual. Pengembaraannya untuk menyelamatkan dunia-dunia lego dari President Business (satu lagi minifig baru dari lego) bermula apabila dia tersentuh piece of resistance (err.. tudung gam). Dalam perjalanannya, dia banyak mendapat bantuan dari Wyldstyle (minifig baru lagi), Batman, Superman, Wonderwoman dan banyak lagi minifig-minifig lain yang lego pernah keluarkan.

Review
Kalau suruh aku pilih mana yang lebih baik antara Ironman 3 dan The LEGO Movie, aku pilih The LEGO Movie. Animasi 3D yang sangat baik sehinggakan nampak macam Stop-Motion. Siap ada orang ingatkan itu sebenarnya minifig dan bukan 3D. Rendering effect dia cukup cun. Masa scene tengah laut, semua orang kat wayang jerit "wwwwooooooaaahhh". Teknik-teknik modifikasi lego yang takde selindung-selindung, ditunjukkan terus termasuk jenama menunjukkan keterbukaan, sangat mengagumkan. Masa watak dalam cerita ni pasangkan lego-lego tu pun ditunjukkan satu persatu. Sangat hebat. Soundtrack dia sangat catchy, menarik dan berunsur positif, sesuai untuk cerita ni. Takde aksi-aksi cium, so sangat sesuai untuk anak-anak. Tak payah tutup-tutup mata anak lagi. Ada banyak kata-kata pendorong, nilai-nilai moral yang baik, ilmuan, dan unsur-unsur creativity. Bayangkan kalau cakap ayat ni kat orang yang kita sayang/suami/isteri/anak tetiap hari..
"You are the most talented, most interesting, and most exrtaordinary person in the universe. And you are capable of amazing things, because you are special"
...rasanya berapa peratus kasih sayang dia, keyakinan dia, dan pencapaian dia naik? Aku selalu cakap, tapi bukan dalam bentuk ayat sebaik ni. Lepas ni nak ubah guna ayat macam ni. Kalau aku yang rate (sebagai penonton dan bukan penggemar lego) , cerita ni 5 bintang. Highly recommended.

Hiyarkkhhh

Assalamualaikum

Nampak no takde idea nak tulis... Hahaha

Makkk.. Lambatnya nak pukul 6...

Apa plan korang weekend ni?

Daa

Khamis

Aktiviti re-stock kimchi

Assalamualaikum

Sori ya kalau jemu pasal update re-stock kimchi..

Just nak bagitau. Aku nak re-stock kimchi weekend ni sebab dah ada beberapa pre-order. So dah alang alang tu kalau ada sesiapa yang nak jugak boleh email aku.

Sebalang 400gram/RM10. Postage RM7 (poslaju) bagi semenanjung. Sabah Sarawak RM8.

Kalau ada yang tinggal berdekatan Shah Alam boleh COD di Giant Bukit Kemuning, Aeon Bukit Rimau atau McD Kota Kemuning..

Sebarang kemusykilan atau tempahan boleh email aku kesoma.rai@gmail.com

Nak wassap/sms boleh jugak. Tapi aku tak share no phone kat sini sebab aku ada nombor personal je. So taknak letak sepah sepah sangat. Takut ada yang salahguna nombor telefon aku. Hehehe.. Perasan :P

Daa

Lego movie @ TGV Bukit Tinggi

Assalamualaikum

Semalam dengan bersemangatnya, shujin booking tiket tengok LEGO MOVIE yang baru keluar awal bulan aritu. Tengok trailer macam best. So anak-anak pun tak sabar nak tengok.

Since aku kerja semalam, booking tiket pukul 9:25 malam. Balik rumah, aku mandi jap. Keluar makan dan terus gerak untuk gi ke Aeon Bukit Tinggi.

Antara persiapan yang wajib ada adalah jacket untuk bebudak dan selimut untuk Aisy. Aku beli gegula je. Hehehe..
Bergaya sebelum masuk.. Tengok gaya bebudak berdua ni.. Si abang dengan tangan masuk poket. Damia siap angkat kaki sebelah. Hahaha

teka kepala sapa?

Dah habis cerita baru posing pulak sebab masa nak masuk tu ramai sangat orang.. 

Komen aku pasal Lego Movie ni adalah memang sangat sangat menarik. Kelakar. Kalau nak berjinak dengan Lego sangat sangat bagus untuk tengok cerita ni. Message yang cuba disampaikan mungkin tak terus nampak, tapi diakhir cerita insya allah boleh dapat kesimpulan. Mungkin aku dah biasa dengan shujin dan anak-anak yang suka main Lego, so sedikit sebanyak aku ada idea pasal Lego ni. Tapi bagi yang baru dengan Lego pun jangan risau. Still boleh enjoy cerita ni. Banyak ilmu pasal Lego yang disampaikan secara tak langsung melalui movie ni. 

Kami semua termasuk Aisy sangat enjoy tengok cerita ni. Semua behave sepanjang cerita. Cuma biasa lah budak budak. Bila orang gelak dan dia tak paham dialog tu, diorang akan tanya, dia cakap apa tu ayah.. Dia cakap apa tu ibu..? Aisy pulak berjaya bertahan sampai 1/4 cerita sebelum tertidur lena sampai habis movie. Hahaha.. Aisy memang suka dengan Lego, so dia pun sampai kaku tak berkelip tengok dari start sampai tertidur tu. Hehehe..

Aku rasa puas hati sangat dan mengira yang outing kali ni sangat berjaya, despite of diorang buat perangai masa waktu makan dan dalam kereta masa dah nak sampai ke Aeon tu..

Aqil sangat happy dan bangun pagi ni pun mintak ayah download video pasal Lego Movie.
Damia pulak suka karakter pakcik tua yang jadi hantu tu. Tapi pagi ni dia kata dia takut ngan hantu pulak. Hahaha

So bagi parents yang ada plan nak kenalkan anak dengan Lego, boleh la tengok cerita Lego Movie ni. Insya allah korang akan puas hati.

Untuk review secara teknikalnya aku serahkan pada yang pakar >>> Encik Shujin.

Ada sapa sapa dah tengok atau plan nak tengok Lego Movie ni?

Daa


Rabu

GIVEAWAY By Henrietta Jose

Assalamualaikum

Dengan jayanya telah berjaya menjoinkan diri dalam Giveaway by Rietta ni. Eksaited nak join sebab hadiahnya buku.. Ai kan ulat buku.. Dasar gedik ber ai ai kan..



Owh.. Genre buku kegemaran saya adalah berkaitan dengan self development, pasal kewangan dan tentang kesihatan.. Tak tau mana satu paling minat. Semua suka. Hihi..

Tapi apa apa jenis buku pun suka baca. Even majalah Ujang sekali pun. Majalah mangga aku selak selak je la. Lepas tu muntah tengok bulu ketiak. Wakaka..

Dikesempatan ni nak mengucapkan selamat meneruskan pengajian di second half of second semester. All the best okay.. Dan terima kasih juga sebab mengadakan giveaway yang ohsem ni. 

Daa


Intai sikit

::: Dicatat oleh Shujin :::

Akhirnya sampai hari menonton wayang penuh..



Jumpa di AEON Bukit Tinggi ya..

LEGO malam

Assalamualaikum

Kalau bebudak ni sepah lego, pastu terpijak pulak memalam.. Pergh...~ memang rasa cam nak menyumpah..

Tapi sekarang Lego semua shujin letak kat bilik mainan dan sort dalam bekas. So kes macam terpijak lego masa bangun minum air tu tak berlaku la..

Sorry.. Kurang sihat pulak hari ni. Akan slow slow BW ke rumah kawan-kawan. Jaga diri ya. Sekarang musim panas. Dah lama betul Shah Alam tak hujan. Kurang air, mudahla sakit nak hinggap.

Psstt: Pre-Order lego masih dibuka.. Kalau nak start melego.. Boleh terjah Lego Pre-Order List

Daa

Selasa

Setahun berlalu

Assalamualaikum

Setahun dah berlalu. Yey... Happy born day Muhammad Aisy Thaqif. Lahir seberat 2.77kg tepat pukul 6.45 petang pada 11 Februari 2013.

 First day jumpa ibu.. :D
Ibu ni comel lah.. Macam kita

Ibu.. saya dah pandai gigit

Ambik ambik gambar nak gaduh ke??
Hehehe.. Kebetulan malam tadi dia tak sihat. Aku pun sakit tekak. Hari ni aku kerja. Maybe weekend kot kalau nak buat apa apa sambutan.

Hopefully Aisy cepat sembuh ye nak..

Daa

Isnin

Penapis air tambah aura

Assalamualaikum

Satu ketika dulu, aku penah tuliskan entry pasal b*llsh*t water. Dan ramai pulak tanya aku apa pendapat aku pasal penapis air yang menambah nambah aura. Takmo bagitau brand.

Suka aku mengingatkan dan berkali kali aku nak ingatkan lagi. Fungsi penapis air adalah untuk menapis dan merawat air. Bukan convert air tu jadi ubat. abeh la doktor tak boleh cari makan kalau air boleh jadi ubat segala.. Ianya untuk tapis segala bala bahan cemar dan merawat air dengan merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria bawaan air.

Kalau orang tanya aku, apa penapis air terbaik. Jawapannya mudah.

Air yang boleh tapis paling banyak bahan cemar dan keep mineral baik dalam masa yang sama.

Which is obviously bukan air reverse osmosis.

Dan ramai pulak tanya. Macam mana kalau penapis air tambah aura?

Puhhh..

Soalan aku
(1) Apa study yang menunjukkan aura boleh dimasukkan ke dalam air. Kita tak nampak dengan mata kasar, but there must be a way untuk tunjukkan bahawa ianya wujud dan boleh dipindahkan dari satu objek ke satu entiti lain. Kalau aura tu wujudlah kan. Macam gas, kita tak nampak gas oksigen, gas hidrogen.. Tapi ada eksperimen untuk menunjukkan bahawa gas tu wujud di sekeliling kita.
(2) Mana study yang kata kalau aura dalam air tu kalau ditelan boleh sembuh segala penyakit? Testimoni tak jalan der.. 

Jawab dua soalan ni dulu. Lepas tu datang sembang kat aku pasal penapis air ada aura.

Aku check website pasal penapis air yang bubuh aura ni. Katanya 7 langkah penyembuhan dengan air ada aura dia. 7 langkah tu, kalau tak payah minum air dengan aura pun menjadik bro. Tak caya ko cuba. Unless kalau ko minum air RO la. Kencing banyak tapi badan kering.

Honestly, aku rasa orang kata lebih sihat lepas minum air aura ni semua placebo effect je. Still.. Tak tau la kan.. Ramai orang kata aku bukan pakar air. So apa aku tulis bukan valid pun.

Apa pun.. duit nak spend duit korang.. Kesihatan tu masing masing punya.. Just ingatan dari aku.. Hati hati dengan manipulasi penjual penapis air yang kurang beretika ni..

Terpulangla..

Daa

Jumaat

Aisy hampir setahun

Assalamualaikum

Tinggal lagi kurang dari seminggu sebelum birthday Aisy Thaqif yang pertama..


Adik Thorr

Hello ibu
Remote, kad bank, segala jenis kad yang dia jumpa pun dia letak kat telinga. Kadang kadang dah pandai tekan untuk call juga.

Dah boleh terima arahan ringkas macam jangan/no, meh sini, nak.. Tunjuk dan menegur. Jalan makin mantap. Bila orang baca doa makan dia angkat tangan jugak. Duduk sebelah ibu solat, dia tak kacau. Tapi dia ikut sekali sujud. Alhamdulillah.

Minggu depan birthday yang pertama. Nak sambut ke? Hehehe.. Kakak dengan abang dulu takde sambut sambut pun. 

Rasa rasanya?

Daa

Khamis

LEGO® Pre-Order : List 4

::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Aku mulakan listnya dari yang paling murah. Semua set cuma ada satu sahaja. So, siapa cepat dia dapat. Walaupun kitorang perkenalkan lego kat Aqil masa umur dia 3 tahun dan dia dah boleh buat sikit-sikit through that year, aku cuma nak ingatkan bahawa syarikat LEGO® sendiri menyarankan bahawa lego sesuai dengan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
Formatnya begini,

1 - Nombor set dan nama set.

2 - Butiran mengenai berapa pieces parts yang sepatutnya ada dalam set lengkap, berat set lengkap dan bila set tersebut dikeluarkan oleh syarikat LEGO®.

3 - Apa yang tak terkandung dalam set yang diorder. Biasanya parts, minifig, aksesori, kotak, manual dan sticker. Apa yang tak ditulis, sepatutnya ada. Contohnya kalau aku tulis "Takde kotak", maksudnya kotak je yang takde. Parts cukup, minifig ada, aksesori ada, manual ada, sticker pun ada laa tu. Untuk yang ada kotak, korang boleh pilih untuk mintak kotak tapi, aku tak galakkan sebab ia akan menambah berat bagi order dan susahkan proses pembungkusan which menyebabkan kos penghantaran korang meningkat. Still, its your choice.

4 - Harga set tak termasuk postage. Postage minimum (250g) untuk traceable package ialah +/-RM50, manakala flatrate box (untraceable) ialah +/-RM30. Aku akan suruh provider muatkan sebanyak set yang mungkin pada kos penghantaran sejimat mungkin mengikut order dan permintaan korang. Ikut pengalaman aku, traceable package ambil masa dalam 2-4 minggu untuk sampai. Flatrate box ambil masa seminggu sahaja. Still, depend on how efficient orang terlibat buat kerja. Untuk maklumat lengkap serta rujukkan sendiri tentang postage, boleh layari web USPS sendiri di http://ircalc.usps.gov/Mobile/Default.aspx. Handling fee ialah USD2.00.

List 1-4 adalah dari kedai yang sama. So, combine shipping is possible.

Seperti yang dijanjikan, ini senarainya :


7665 Republic Cruiser (Limited Edition - with R2-R7)
Set lengkap mengandungi 897pcs, berat 1755g, dikeluarkan pada tahun 2007.
Takde 3pcs (1 Dark Red 1 x 1 dish, 1 Red 1 x 1 Brick with Hole, & 1 Red Locking Hinge Plate with one finger on end), minifig dan kotak.
RM231.22
Aku ada set ni. Mostly partsnya berwarna merah. Set asal ada satu pod (pesawat kecil) kat bahagian depan. Bila ditarik picunya, pod tu akan dilepaskan. Kat bahagian depan set ni pulak ada bridge (bilik kawalan) untuk pilot. Setiap bahagian sisinya boleh dibuka (menggunakan hinge/engsel) untuk access bilik rehat, bilik operator dan bilik senjata. Ada bahagian pemegang (smart carry) kat tulang bahagian atas tengah cruiser supaya mudah dibawa kemana-mana. Binaan Republic Cruiser ni teguh, tak mudah pecah. Panjang set ni lebih kurang 2 kaki dan lebarnya hampir sekaki. Aku rekomen set ni sebab set ni ada banyak ruangan dan ia kukuh. Dan bila nak bina bentuk-bentuk lain, dia ada banyak parts. Parts yang takde pun bukan parts yang penting so, tak beri kesan yang besar pada bentuk asal.


7264 Imperial Inspection
Set lengkap mengandungi 333pcs, berat 804g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde 5pcs (3 boat studs, 1 antenna dan 1 1x1 brick with studs on 2 sides), minifig, kotak dan manual. Sedikit kekuningan.
RM231.22
Takde banyak yang aku boleh cakap pasal set ni sebab aku takde. Yang paling dekat yang aku ada ialah Imperial Landing Craft (kapal pengangkut yang besar dalam set ni) tapi dalam binaan yang diperbaiki. Jujurnya aku suka parts dari set ni. Ada banyak parts bersaiz besar.


7679 Republic Fighter Tank
Set lengkap mengandungi 585pcs, berat 900g, dikeluarkan pada tahun 2008.
Takde minifig dan manual.
RM269.35


7237 Police Station
Set lengkap mengandungi 570pcs, berat 2240g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde 4pcs (White Brick, Round 2 x 2 x 2 Robot Body - with Bottom Axle Holder x Shape + Orientation and 2x Yellow Turntable 2 x 2 Plate, Complete Assembly with Light Bluish Gray Top), minifig dan kotak. Sticker dah dipasang dan dalam keadaan kurang baik.
RM269.35
Satu lagi set balai polis. Set ni kat luar berharga RM960. Kalau beli set baru secara online RM850. Set yang aku post ni set yang dah digunakan. Cuma 4pcs yang takde. Satu brick badan robot starwars (R2-D2), minifig dan dua keping plate boleh pusing je. Dapat dengan harga 1/3 dari set baru dikira murah ke tak? Bagi aku, plenty of good.


7671 AT-AP Walker
Set lengkap mengandungi 383pcs, berat 729g, dikeluarkan pada tahun 2008.
Takde minifig dan kotak.
RM269.35


7260 Wookiee Catamaran
Set lengkap mengandungi 361pcs, berat 946g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde 3pcs (2x Dark Bluish Gray Bricks 2x6, one reddish brown propeller), minifig dan kotak. Manual bukan dalam keadaan baik.
RM269.35


4482 AT-TE
Set lengkap mengandungi 634pcs, berat 1505g, dikeluarkan pada tahun 2003.
Takde 30pcs dan minifig. Muka depan manual terkoyak.
RM269.35


7249 XXL Mobile Crane
Set lengkap mengandungi 518pcs, berat 1832g, dikeluarkan pada tahun 2005.
Takde 6pcs (Dark Bluish Gray Tile, Modified 1 x 2 with Handle, Light Bluish Gray Tile, Modified 1 x 2 with Handle, Trans-Orange Plate, Round 2 x 2 with Rounded Bottom (Boat Stud), Yellow Brick 2 x 2 Corner, Yellow Cone 2 x 2 x 2 - Completely Open Stud, Yellow Technic, Pin Connector Round (Pin Joiner Round)) minifig dan kotak.
RM289.04
Pastinya budak lelaki sukakan set ni. Set ni berharga RM1800 kat LEGO@ Fair hari tu. Dijual dengan harga RM289.04 sebab used dan hilang 6 parts kecik je. Considered sangat murah. Belek-belek haritu, set ni gunakan banyak jugak parts technic. Aku rasa impressive sebab binaan ni dibuat pada skala fit to figure (saiz untuk minifig) yet sangat detail. Sangat baik sebagai perhiasan dalam rumah. Aku sendiri pun teringin set ni. Kalau sebagai mainan, aku rekomen umur 9 tahun ke atas.


4504 Millennium Falcon (Redesign), Blue box
Set lengkap mengandungi 971pcs, berat 2300g, dikeluarkan pada tahun 2003.
Takde 11pcs, minifig, manual dan kotak.
RM346.85
Baik cerita Star Wars, game Star Wars, model Star Wars, aku tak pernah minat Millenium Falcon. Tapi bila set lego Star Wars, aku terpaksa mengaku yang Millenium falcon ni best. Walaupun parts dia tak sebanyak set Imperial Star Destroyer, tapi cukup untuk buat pemilik dia layan main untuk berbulan lamanya. Mixture parts dari pelbagai jenis buatkan combination tak habis-habis. Recommended untuk orang yang baru berjinak dengan lego.


6211 Imperial Star Destroyer
Set lengkap mengandungi 1339pcs, berat 2509g, dikeluarkan pada tahun 2006.
Takde 4pcs (1x Black Slope 30 1 x 1 x 2/3, 1x Black Technic, Axle and Pin Connector Perpendicular Double, 2x Dark Bluish Gray Tile, Modified 1 x 1 with Clip, 1x Light Bluish Gray Plate 6 x 14), minifig dan kotak. Beberapa parts comot.
RM423.94
Aku ada set ni. Sangat besar. Untuk budak 6 tahun macam Aqil, susah nak main angkat-angkat. Dah laa parts dia banyak, besar-besar pulak tu. Harganya kat luar atau online sama-sama tak kurang RM2000. Ya, aku tak salah tulis, dua ribu ringgit malaysia. Fungsi dan partsnya yang pelbagai, si kecil takkan bosan. Sangat best, sangat recommended. Model asal ada bridge (bilik untuk kapten dan pilot kawal Imperial Star Destroyer), sebuah bilik enjin, tempat untuk buang bom yang besar (boleh tarik picu dan bom jatuh), kawasan untuk operator main-main dengan komputer diorang, tempat untuk Darth Vader (ketua jahat Star Wars) berehat dan beberapa ruangan lagi. Beberapa bahagian set ni boleh dibuka (menggunakan engsel/hinge) supaya boleh main-main kat bahagian dalamnya. Kat atas Star Destroyer ada bahagian blaster yang korang perlu jentik dan peluru dia memecut keluar. Ada bahagian pemegang (smart carry) supaya set ni boleh di pindahkan sesuka hati. Selain tu, Imperial Star Destroyer ni boleh membentuk beberapa model lain dari siri Star Wars.

Proses ordernya mudah. Korang bagitau aku korang nak set mana dengan cara komen kat blog, sms atau whatsapp kat nombor aku atau Rai (012-6894617/012-6894317). Bila nilai terkumpul dah hampir RM500, aku akan mintak provider buatkan invoice. Invoice tu aku akan emailkan kat korang bersertakan jumlah bahagian masing-masing. Lepas korang bank-in kat aku jumlah yang korang perlu bayar. Aku proceed dengan order. Tunggu lego korang sampai. Aku pos kat korang atau korang datang pick-up sendiri. Senang?

Bila set sampai, disarankan supaya cuci/sterilize dahulu. Sebab si kecil yang banyak gunakan, plus kita tak tahu apa yang dah dilalui oleh lego tersebut. Untuk kami, even beli barang dari Toy's R Us (which barangnya masih dalam kotak pun), kami akan cuci/sterilize dahulu. Just langkah-langkah keselamatan anak-anak. Kalau nak suruh aku tolong sterilizekan pun boleh (bagitahu aku bila barang sampai), tapi paling baik kalau korang buat sendiri kat rumah.

Sekali lagi aku nak ingatkan, aku cuma menolong komuniti. Sabda nabi "sesungguhnya manusia yang lebih baik itu adalah manusia yang paling banyak membawa kebaikan pada orang lain". Aku bukak pre-order ni sebab ada banyak feedback yang cakap pasal berminat dengan lego tapi harganya mahal dan tak berbaloi beli bila partsnya hilang. Since ada peluang macam ni, aku bukak hanya untuk korang.

Habis. Untuk list 1-4 ni depend kat order dari korang baru aku proceed. So takde dateline lagi. Dengan aku, ada beberapa list lagi. Tapi list tu dari provider yang lain, jadi tak boleh combine shipping. Untuk orang yang dah ada basic binaan lego, biasanya beli parts lebih baik. Sebab dah tahu apa yang diperlukan dan apa yang diorder. Untuk orang yang nak beli dengan lebih murah pun ya jugak. Esok dan minggu depan mungkin aku akan tulis entry untuk sesiapa yang nak beli parts pulak. Aku sendiri ada order dari kedai parts tu dan dah ada pun barang dalam shopping cart. Aku akan proceed order paling lambat 15hb Feb 2014. Kalau ada yang berminat, boleh order sebelum tarikh tu.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com