Khamis

Kesukaran hidup sebagai pelajar di luar negara?

Assalamualaikum

Katanya 13 pains of being A Malaysian student overseas.

Honestly.. Sepanjang 3 tahun aku belajar di Jepun, aku rasa ianya adalah antara pengalaman paling manis dalam hidup aku. Moment yang sentiasa aku nak ingat.

Sejak dari cecah kaki di Narita, Airport. Bermastautin sebulan lebih di guest house sementara menunggu penempatan di sekolah yang kami pilih. Sampai la actually ke sekolah.

Yup. Study memang tak best.

Benda yang paling tak enjoy adalah pergi kelas dan buat assignment. Wakaka..

Anything else. Semua best gila kot.
Aktiviti wajib adalah bergambar depan pokok sakura bersama kawan kawan. 

Aku jatuh chenta dengan segalanya pasal negara matahari terbit ni, termasuk Kimura Takuya. Hehehe.. Oh tak lupa jugak Fujiki Naohito, Otsuka Ai, Pakcik pakcik downtown, Tanaka dengan Endo. Kokoriko.

Dari segi makanan.. Segalanya pasal sushi, onigiri, sashimi, donburi, soba. Aku masak je masa kat sana. Memang sesekali teringin nak makan makanan Malaysia. Tapi dalam masa yang sama, memang aku tak boleh tinggal makanan tempatan sana. Masa fuyu buat nabe bersama kawan kawan. 

Natsu yasumi travel naik train selama 12 jam, naik kapal pergi Hokkaido.

Dengan makcik ni. Hahaha.. Mama kaori.
So 13 kesukaran hidup sebagai pelajar di luar negara bagi kami tu takde apa lah berbanding dengan pengalaman manis yang kami lalui sepanjang di sana.

Kalau boleh nak duduk lama sikit lagi..

Mana negara korang teringin nak tinggal?

Daa

Rabu

Lego Pre-Order : The IDEA

::: Dicatat oleh Shujin :::

Assalamualaikum..

Aku nak bukak pre-order lego set/parts untuk semua. List setnya akan aku post (kalau bukan harini) by latest Khamis ni.


Tujuan aku buat ni adalah supaya semua orang boleh beli set lego pada harga yang murah (up to 1/8 dari harga asal) dengan cara berkongsi cas penghantaran. Bukan selalu ada provider (dari US, which means VAT 0%) yang nak bagi peluang macam ni so aku nak ajak korang rebut sekali peluang ni dengan aku. Set yang dijual oleh provider tu adalah sama ada :

1 - Set yang baru tetapi partsnya tak cukup, biasanya minifig (orang-orangan lego) dan kotak dah tak ada.
2 - Set yang cuma dipasang sekali dan digunakan untuk display kat kedai.
3 - Set yang dipasang sekali, minifig dan kotak tak ada.

Jangan risau sebab keadaan lego tu adalah dalam keadaan sangat baik hampir baru. Paling buruk yang korang boleh expect adalah, ada minor scar (sedikit calar tak dalam) pada permukaan lego. Kebaikan postage tanpa kotak adalah boleh kurangkan kos penghantaran sebab provider boleh masukkan beberapa set dalam satu kotak. Lagipun, ada sesiapa yang main kotak ke? Biasanya kotak akan dibuang jugak kan? Minifig mempengaruhi 50% harga set. Jadi maksudnya, tak ada minifig, harga jadi murah. Minifig boleh beli berasingan. Bagi aku, aku lagi suka kalau anak aku yang pilih dia nak minifig yang macam mana dan biarkan dia bina sendiri. Cara nak bina sendiri akan aku post kemudian, sebelum aku place order.

Cara berkongsi kos penghantaran adalah mengikut berat set yang diorder. Contohnya A order 1200g, B order 800g dan kos penghantarannya RM100, jadi A perlu bayar sebanyak RM60 manakala B perlu bayar RM40 sebagai cas penghantaran. Aku akan cuba se-transparent yang mungkin, so korang boleh check sendiri kat website USPS sebagai rujukan.

Saranan, beli lebih dari satu set supaya kos penghantaran digunakan sepenuhnya. Bayangkan, kalau beli satu set baru dari Malaysia dah berharga RM400. Kalau beli online, satu set yang sama boleh jadi RM50-RM80. Boleh beli 3 (if not 6) plus RM100 postage (if not less). Yes, by the cost of loosing some minifigs, tapi itu boleh dibeli secara berasingan. Untuk permulaan bagi si kecil, jumlah parts amat penting. Itulah sasaran yang sebenar. Untuk si dewasa, format pembeliannya lain laa pulak tak? Kalau korang nak manual extra dari set yang lain, boleh mintak dari aku. Aku akan emailkan terus kat korang.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh email atau tanya terus kat sini..

Selasa

Pengumuman CNY : Penghantaran kimchi ditunda


Assalamualaikum

Aku nak memohon maaf pada yang dah buat tempahan kimchi yang sepatutnya dihantar hari ni/esok. Aku baru tau dari pos malaysia yang last penghantaran sebelum CNY adalah semalam.

So kalau hantar esok, tetap sampai lepas CNY.

Makanya.. Demi memastikan kesegaran kimchi nanti, aku akan tundakan penghantaran ke 3hb Februari.

Segala kesulitan amat dikesali.

Maaf.

Daa

Isnin

Tolong di rumah : Upah atau tidak?

Assalamualaikum

Adakah perlu beri gaji atau upah sekiranya anak-anak bantu buat kerja rumah?

Ada dua pendapat dalam hal ini.
(1) Tak perlu : Adalah satu fitrah bagi anak-anak membantu ibu bapa di rumah. Jangan biasakan beri reward, takut nanti semua nak bergaji
(2) Perlu : Bagi anak belajar sistem usaha, dapat duit. Kerja lebih dapat duit lebih. Secara tak langsung bagi bagi diorang belajar yang bukan senang nak dapat duit.

Aku memilih sebagai perlu. Tetapi.. Cuma pada sesetengah tugas. Tugas yang untuk kebaikan diorang sendiri takde upah. Contohnya basuh kasut, iron baju sendiri, kemas toys sendiri, buat kerja sekolah tak ada upah. Tapi kena buat sendiri.

Yang berkaitan dengan hal umum seperti memasak, mengemas, membasuh baju orang lain tu aku plan nak bagi gaji.

Kenapa?

(1) Sebagai motivasi untuk diorang buat kerja
(2) Bagi diorang belajar cari duit sendiri (walau pun dari mak bapak sendiri) Kan anak-anak boleh belajar semuanya dari rumah.
(3) Kita tak ada masalah nak bayar kedai untuk beli makanan, bayar maid atau tukang cuci yang datang kemas rumah. Apa salahnya kalau bayar anak sendiri untuk buat kerja tu. After all, duit tu tak ke mana. Dalam masa yang sama diorang boleh simpan cita cita untuk beli guna duit yang diusahakan sendiri. Membaling 2 ekor burung dalam masa yang sama bukan..?

Yang bagusnya.. Seseorang akan lebih hargai barang yang beli dengan hasil usaha sendiri berbanding kalau kita bagi macam tu saja.

So, thats why aku rasa aku pilih untuk memberikan gaji untuk effort anak-anak buat. Dan semua ada evaluation. Lagi bagus buat, lagi tinggi upahnya. Mungkin sesekali boleh bagi bonus :)

Damia dua tahun, Aqil 4 tahun
Melentur buluh biar dari rebungnya kan..?

Daa

Ajar life skill pada anak dari kecil

Assalamualaikum

Zaman aku kecik dulu, kakak aku banyak bantu aku. Iron baju, basuh baju. Maklumlah. Zaman tu iron baju guna iron arang tu. Mau terbakar rumah kalau bagi aku buat sendiri. Basuh baju pun guna tangan. Memasak pun mak aku tak bagi sangat. Tapi bila dah sekolah rendah tu, iron pun dah guna elektrik, aku gosok sendiri la. Kasut pun basuh sendiri.

Aku bercadang nak bagi Aqil dengan Damia belajar buat kerja kerja rumah asas. Supaya mudah bila dah besar nanti. Lagi pun, dengan diorang bantu buat kerja rumah, diorang akan lebih hargai usaha orang keliling dia buat. Takde la baju dah pakai tu campak campak je sana sini. Dan, aku pun ada plan nak "gajikan" diorang untuk tugas yang diorang buat tu.

So, dari kecik diorang boleh belajar value kerja dan dapat upah tu. Dan bila ada gaji, diorang boleh la plan sendiri duit tu nak digunakan beli apa apa barang yang disukai. Nak gaji lebih, kerja lebih masa. Bila beli something dengan duit hasil usaha sendiri, diorang akan lebih hargai barang tu kan..
Antara senarai kerja rumah yang boleh diperkenalkan ikut umur kanak kanak.

Buat masa sekarang, aku dah ajar Damia dengan Aqil melipat baju. Damia tolong basuh pinggan. Dah start tolong basuh baju dan nak sidai baju. Lap lantai buat dengan aku. Menyapu lepas makan pun aku dah start suruh.

Cumanya.. kena sabar sikit la. Sebab ambik masa kan nak tunggu siap semua tu. Agak susah nak resist rasa nak tolong bagi cepat siap tu. Hahaha..

Insya allah lepas ni nak start bagi diorang cuci bilik air pulak. Nak memasak, aku tak harap sangat diorang main dengan pisau. Aku sendiri pun asyik luka. Lagi kan anak. Tengok dulu masakan yang tak payah potong potong bagai. Hehe..

Belum start bagi gaji lagi. Tapi rasanya masuk bulan February ni dah boleh start buat family meeting untuk tentukan gaji bagi setiap kerja. Kerja susah gaji mahal la kan. Beli tabung untuk duit gaji dulu.

Ada cadangan apa kerja rumah yang sesuai bagi kat anak-anak umur 4 dan 6 tahun..?

Daa

Jumaat

Budak budak sangat simple minded

Assalamualaikum

Lepas aku jumpa cikgu Aqil sebabkan kes tarik rambut aritu nampaknya ada perubahan. Semalam Aqil balik rumah dengan gembira sebab katanya cikgu tak marah atau pukul dia dah.

Balik rumah sangat happy dan kalut nak siapkan kerja sekolah (yang patutnya siap kat sekolah :P) 

Aku balik dari kerja, kalut panggil ajak teman dia buat. Dia habiskan 4 page dalam masa sejam. Sambung titik titik. Page akhir buku tu dia siapkan jugak walau pun kepenatan dan aku suruh berhenti rehat. Lepas habis buat tu, dia ulangkaji bacalah anakku dan buku Iqra'.

Walau pun progress membaca agak perlahan. Dan kadang kadang masih confuse huruf huruf jawi. Aku rasa dia dah berusaha bersungguh-sungguh buat semua tu.

Siap ajar Damia baca lagi. (Tapi sebenarnya Damia memang dah hafal Iqra' dengan huruf rumi sebab dia dengar aku ajar Aqil) Dan mintak aku ajar dia masa Aqil tidur.

Takde pulak ambik gambar masa diorang belajar sama. Sweet sangat. Terharu. Terserlah keabangan Aqil yang concern nak ajar adiknya, walau pun dia masih belum berapa fasih. Tapi aku anggap tu latihan untuk dia. So that dia rasa tanggungjawab nak kena hafal untuk ajar adiknya pulak.

Nota kaki: Terima kasih atas komen dan kata kata perangsang dalam entry lalu. Sangat dihargai.

Hari ni dah lega sikit. So aku akan jalan jalan ke blog kamu kamu ya.

Daa

Khamis

Perihal anak anak

Assalamualaikum

Semalam aku half day. Emergency leave petang sebab macam macam hal berlaku dan perlu di settle kan. Salah satu darinya..
Anak bertuah ni sangat ligat ke sana ke mari. Lalu terjatuh entah macam mana gaya. Mungkin terkena bucu tin biskut, mungkin tergigit lidah sendiri. Lidahnya cedera lalu berdarah sampai macam ni. Serius nak nangis tengok. 

Alhamdulillah. Dia aktif macam biasa. Menyusu dan makan seperti biasa. Harap cepat sembuh.

Kes abang pulak. Semalam balik dari sekolah. Dengan wajah sedih mengadu pada ayahnya. Cikgu tarik rambutnya sampai nak tercabut rambut. Sakit. Aku pergi jumpa cikgunya bertanya. Bila ditanya sama ada, cikgu ada tarik tak rambut dia, dia tak kata ya. Tapi berdolak dalik kata Aqil tak fokus dan tak buat tugas yang diberi. Kemudian ungkit Aqil lemah berbanding murid lain sebab aku tak sekolah kan Aqil lebih awal.

Dan aku kecewa dengan diri sendiri. Sebab aku tak marahkan cikgu tu sebab buat Aqil tertekan ke sekolah. Selain dari tertekan dengan hal kerja sepanjang pagi semalam, aku agak tertekan sebab cikgu tu suaranya sangat kuat dan nyerit mempertahankan dan mengatakan Aqil bukan pelajar yang baik. T_T Aku takut kalau aku terus berdebat, aku akan keluarkan perkataan yang aku akan regret.

Lepas ni, aku akan serahkan hal ni pada shujin.

Dan salah satu perkara yang aku mintak shujin tanyakan pada cikgu adalah.. "Adakah lepas cikgu tarik rambut Aqil tu, Aqil buat kerja sampai habis?"

Hmm..Sori. Aku ambik masa sikit nak kunjungbalas ke blog kawan-kawan. Sedikit down sejak semalam. Lebih lebih lagi bila Aqil tidur sampai mengigau. 

Mungkin aku patut consider untuk keluarkan dia dari sekolah tu.

Daa

Selasa

LEGO® Pullback Motor - Pantas Dan Mudah

::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Okay.. Kali ni nak kenalkan pullback motor dari LEGO®. Ini bukan parts baru, dah lebih 10 tahun dikeluarkan, cuma baru nak coretkan kat blog.

Yang aku tunjukkan ni adalah pullback motor generasi pertama. Ada 2x5 stud pada permukaan atas yang berkeluasan 3x5. Tingginya 2 2/3. Ada 2x2 stud diatas axle dan pin point pada bahagian depan. Akhir sekali ada 2x1 stud atas axle point pada bahagian belakang. Pada bahagian bawahnya pulak ada 2x5 dan 2x1 stud point pada permukaan 2x8. Jadi secara asasnya, ia senang digunapakai oleh budak kecik sebab point dia semuanya basic to intermediate level.

Pullback motor dari lego setakat yang aku tau berinteraksi dengan tayar jenis axle. Tayar dari jenis LEGO® City biasanya tak boleh sebab dia jenis independant. So, takyah gigih cuba kecuali korang boleh buat modifikasi secara professional.

Ini ialah axle. Batang berbentuk X. Kalau dah guna axle, biasanya kena guna bush untuk pegang supaya barang yang dimasukkan kat batang tu tak bergerak kiri atau kanan. Peringatan, axle-pin tak boleh guna. Nanti tayar tak nak pusing.

Habis pengenalan bahan, jom kita cuba buat satu kereta dalam masa 5 minit. Mudah je..

Sikit lagi..

Dah siap! Jom cuba.

Tarik ke belakang.. dan lepaskan! Tengok dia pergi dengan laju.. Hahaha.. Instead of bagi si kecil main tolak tarik sambil mulut duk bunyi "broomm.. Broomm..", biar dia main yang tarik dan lepaskan pulak. Design? Buatlah dengan sesuka hati. Nak kereta lumba? Monster truck? Classic? Motosikal? Kereta kebal? Ikut suka hati. Harga untuk pullback motor macam yang aku tunjukkan ni biasanya RM5 ke bawah. Murah kan?

Selain dari pullback motor yang aku contohkan, ada bermacam jenis lagi. Ada yang bersuis, yang kelajuan boleh laras, yang boleh memecut dua hala dan yang boleh free gear supaya boleh main tolak tarik macam takde motor atau tarik lepas macam ada motor.

Ini antara set keluaran LEGO® yang menggunakan pullback motor.

Bukan kereta je, motor yang cun-cun pun boleh buat dengan pullback motor nih.

Selamat mencuba..

PS : Aqil duk mintak kereta remote control lego. Kami tak tentukan lagi apa dia kena achieve untuk dapatkan kereta tu. By price, kalau beli complete set yang baru, kebanyakkan set jenis tu berharga tak kurang RM350.00 untuk satu. Kalau used set yang dalam great condition pulak RM200.00. Kalau aku beli parts (electric motor, transmission box, battery box, remote control) baru berharga RM40.00 satu. Hahaha.. Biarkan dia pasang sendiri..

Cikgu janganlah asyik pukul anak saya

Assalamualaikum

Kisah Aqil ke sekolah. First two days ke sekolah, Aqil sangat happy. Kawan baru, suasana baru. Hari Isnin berikutnya. Balik dari sekolah, dia mengadu pada kami, Cikgu ugut nak telefon polis kalau dia lambat siapkan tugasan mewarna. Esok harinya, aku hantar dia ke sekolah, dia melalak lalak takut okay. Takut cikgu panggil polis. Puas pujuk. Lastnya aku terpaksa tinggal dalam keadaan dia menangis.

Dalam masa yang sama, dia bagitau cikgu rotan tangan dia. Aku tengok takde berbekas ke apa. So aku cool pasal tu. Yang aku tak cool adalah sebab dia tak tau/tak diberitahu pun kenapa kena rotan. Hari orang lain pergi beriadah. Dia kena duduk dalam kelas buat tugasan mewarna. So, tak fun. Selama seminggu lebih aku hadapi masalah nak hantar dia ke sekolah. Dan selama start sekolah ni, hari hari aku tanya dia sama ada cikgu rotan ke tidak. Dan dia jawab ya.

Dan yang paling tak cool pasal ni adalah shujin. Shujin sangat sensitip bab anak berbanding aku. Ye lah. Cakap ngarut ngarut kat anak dia. Masa Aqil balik sekolah, dia cakap cikgu kata suh dia balik cium ketiak mak ayah. Serius aku rasa macam nak cili mulut cikgu tu. Apa lah yang dia cuba capai dengan cakap macam tu kat budak umur 6 tahun.

So, aku pun ke sekolah tanya perkembangan Aqil. Luas mulut cikgu tu mengadu kat aku yang Aqil tak fokus dalam kelas. Banyak tugasan yang diberi tak siap. Padahal orang lain dah siap. Orang lain dah siap 4 buku mewarna. Aqil satu buku pun tak siap. Seriously cikgu? Aku check buku tu, satu buku ada dalam belas page. Ada 4 buah buku. Bulan January tak habis lagi. Berapa punya laju budak lain mewarna? Takkan hari hari dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari buat mewarna je? Aku pun tak lalu..

Dan yang aku paling tak boleh tahan adalah membanding bandingkan Aqil dengan budak lain depan Aqil. Aku paling tak suka orang buat macam tu. Tak kira la budak ke orang tua ke. Kau tu bagus sangat ke? Nak aku bandingkan kau dengan cikgu kat sekolah lain depan muka kau?

Sampai satu tahap. Aqil cakap kat cikgu dia. 

"Cikgu, tak baik rotan rotan ni.."

Tak malu ke jadi cikgu?

Bukan besar sangat pun salah dia. Pada aku rotan adalah last solution. Bukan salah sikit rotan. 
Damia tu sibuk mengepoh kat tepi..

Still.. Aku takde lah nak mengamuk ngamuk kat sekolah dia. Aku still monitor Aqil. Walau pun by right takde kerja sekolah. Aku mintak Aqil bawak balik buku mewarna untuk aku monitor dia mewarna kat rumah. Banyak perkembangan memberangsangkan dalam masa lebih kurang 3 minggu ni. Tak payah lah rushing sampai buat budak tension nak pergi ke sekolah.

Cumanya.. Jangan la bagi shujin yang pergi "bincang" dengan cikgu dia. Mau bermandi darah Kota Kemuning nanti. Hehehe..

Tolong jangan komen pasal "kenapa hantar sekolah tu". "Kalau sekolah XYZ, tak macam tu". Apa yang dah berlaku dah. Aku cuma nak fokus pada jalan untuk bantu Aqil rasa pengalaman berseronok di sekolah. So please be helpful dengan aku jugak ya. 

Daa

Isnin

Kimchi sudah sedia

Assalamualaikum

Bagi yang berminat nak mencuba kimchi, aku dah buat stok baru semalam. Penghantaran melalui pos akan dibuat pada hari Rabu (22hb January). Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh email/PM kat FB alamat. 

Bank account details aku tak berani pulak nak bagi kat sini. So email/PM lah ya.

Harga beserta kos poslaju adalah RM17 untuk satu bekas 400gram kimchi.

Sorry gambar recycle
Ini kimchi kobis cina/hakusai/napa cabbage. Dalamnya aku letak radish/daikon, lobak merah, bawang besar (kuning), daun kucai dan daun bawang. 

Nota kaki : Tapi stock limited to 15 bekas. Kapasiti maksimum aku boleh buat setakat sekarang. Kalau tak sempat, kena tunggu next batch lah.

Daa

Jumaat

Bukan sekadar kangkung

Assalamualaikum

Topik kangkung dah semakin reda. Tapi masih lagi diperkatakan. Yang troll memang ramai. Yang tak setuju PM di troll pun tak kurang. Ada yang kata "soal kecik pun korang nak troll beria ria"..

Small matters katanya..

Pada aku.. Mostly dah fed up. Kebanyakan orang almost tak percaya ayat kangkung tu keluar dari mulut PM. Betapa tak berpengetahuannya seorang pemimpin kita. Betapa pemimpin anggap rakyat ni bodoh sangat sampai tak tau nilai seikat kangkung.

Ye lah. Kangkung salah satu contoh..

Memanglah tak salah bagi contoh kangkung. Tapi sapa heran pasal kangkung. Harga minyak naik. Harga gula naik. Tak isi minyak mac mana nak pergi kerja.

Tapi tak ada orang mati sebab atau tak pergi kerja sebab tak mampu beli kangkung yang boleh je kutip tepi parit.



Betapalah aku rasa kerajaan takde idea pun macam mana nak bantu kurangkan beban rakyat.

Kesian kat orang yang nampak isu kangkung ni sekadar satu isu melawak.

Salam Jumaat & selamat bercoti

Daa

Khamis

Shujin, me and our businesses

Assalamualaikum

Kalau perasan, sejak beberapa bulan lepas ada banyak entry pasal #LEGO. Hampir kesemua entry berkaitan dengan LEGO ni adalah sumbangan dari shujin. Salah satu sebabnya adalah aku rasa ramai yang suka nak bagi anak bermain dengan LEGO tapi ramai yang tak berapa pasti teknik yang betul memperkenalkan anak dengan LEGO. End up, parents rasa ianya satu pelaburan yang membazir, sia sia dan frust sebab LEGO hilang, anak anak pun tak berapa minat dengan LEGO. Main kejap boring. Actually aku sendiri kagum sebab shujin berjaya keep Aqil punya interest terhadap LEGO tanpa jemu selama lebih setahun sejak kami mula belikan Aqil set LEGO pertamanya dulu. Malah, interest Aqil terhadap LEGO makin bertambah dari masa ke semasa. Dan bonusnya.. Kitorang dah tak payah belikan permainan lain. Aqil macam kanak-kanak lain yang dah exposed dengan gadget, still suka main dengan gadget. Tapi, dia boleh give up segala gadget tu untuk main LEGO.

Oleh itu, dari hari ni. Aku officially add shujin sebagai pengarang tetap di Ourkizuna untuk share macam macam idea pasal LEGO.

Selain dari tu, insya allah sebagai support bagi ibu bapa yang ada anak berumur 3 tahun ke atas, yang dah tak masuk benda dalam mulut yang berminat nak kenalkan LEGO pada anak-anak, kami akan perkenalkan Play group LEGO bagi yang tinggal di kawasan Shah Alam. Melalui play group ni, insya allah akan dapat build interest anak-anak kepada LEGO dan dalam masa yang sama, kami akan share tentang LEGO. 


Bagi yang luar kawasan pulak, kami juga menyediakan pre-order untuk set permulaan LEGO. Yang ni aku tunggu feedback dari shujin. Kalau ada ciri ciri dapat harga murah dari harga pasaran, insya allah projek ni akan diteruskan.

Nanti aku akan update berkenaan dengan play group LEGO kalau ada ibu bapa yang berminat nak join dengan anak masing masing. Anak je kena bayar, parents join sekali for FREE.

Dan itu business shujin.

Business aku.

Buat masa sekarang aku baru start jualan Kimchi. Bagi yang berminat nak mencuba, aku buat delivery guna pos laju ke seluruh negara. 400gram/RM10. Postage flat rate bagi semenanjung RM7. Kalau nak COD boleh datang ke Aeon Big Bukit Rimau, Giant Kemuning Utama atau McD Kota Kemuning. Bagi yang blur blur tak pasti kimchi tu apa, boleh tengok resepi kimchi halal dan bayangkan rasanya. Hahaha.. Kalau nak try, boleh datang pick up di COD location. Aku bagi trial pack untuk rasa rasa.

Hari ni ada yang nak datang pick up. So weekend ni aku akan restock kimchi. Bagi yang nak cuba boleh emailkan pada kesoma.rai@gmail.com. Biasanya stock aku akan habis dalam masa dua minggu. So, dua minggu sekali aku akan restock. Tak ada batch yang lama sangat. Insya allah. Any way.. Kimchi tahan lama. Simpan dalam peti sejuk boleh tahan sampai sebulan lebih.

Selain dari tu, insya allah juga aku akan usahakan jualan miso halal bagi penggemar miso sup. Serius susah nak dapat miso halal kat Malaysia. This one. Aku dapatkan miso brand Hikari yang ada sijil halal dari badan halal di Jepun.

Ok.. Projek lain lain aku akan update lagi. Ada satu lagi projek yang agak besar yang mungkin boleh bagi manfaat pada ramai orang.

Doakan aku supaya semuanya berjalan lancar.

Terima kasih atas sokongan semua. Kehkehkeh.. Cam emo plak kan..

Daa

Nak order kimchi?

Assalamualaikum

Sepanjang aku start buat kimchi dan ada kawan kawan yang beli ni, ada juga yang menggalakkan aku start business kimchi. So aku saja test market kat Mudah.my. Ada dapat beberapa order melalui mudah.my. Seronok jugak kalau berniaga kimchi kan.. Irfa dengan abam pun kata sedap. Dah repeat order pun. Hehehe.
So katanya sangat sedappp.. Kalau aku bukak order, ada yang nak beli ke? Kehkehkeh..

400gram/RM10.00. Postage RM7.

Berminat? Kalau nak tester boleh datang rumah la pick up.

Daa

Rabu

Ayah pergi bercuti

Assalamualaikum


Ayah aku. Bukan shujin. Hehehe..



Rupa rupanya minggu lepas ayah dengan cik wan (adik ayah) dan beberapa orang sahabat diorang pergi bercuti pusing Malaysia. Dari Johor menuju ke utara kemudian ke pantai timur sebelum balik ke Johor. Happy sangat dia. Mak aku agak moncong. Maklumlah tak boleh ikut.


Dengar kata ada perancangan nak ke Indonesia pulak. Hahaha..


Sedikit gambar yang aku culik dari FB pakcik aku (Cik Wan). Nampak gayanya hampir setiap negeri mereka singgah. Dan yang menariknya, di kebanyakan persinggahan mereka singgah tidur di rumah kenalan/saudara mara dan bukan tidur di hotel. Sambil bercuti dapat juga mengeratkan silaturrahim. Seronok tengok senyuman ayah.
 
Ayah penat bekerja selama ni. Ayah aku peneroka FELDA. Tapi dia berniaga ikan dan kedai. Sejak banjir besar di Kota Tinggi 2-3 tahun lepas, ayah dah berhenti dari meniaga ikan. Kedai pulak dah diuruskan oleh adik lelaki aku. Ayah dengan mak bantu sikit sikit jugak sebab kedai tu sebelah rumah je. Cawangan kedai diuruskan oleh adik. Ayah sebagai penasihat. Tapi bukan bermaksud ayah duk lepak saja. Sekarang dia beli lori dengan lembu. Macam macam jenis bisnes yang dia ceburi. Memang tak terkira. Yang rugi ada. Yang untung pun ada. Biasa la kan.. Tapi ayah tak penah putus asa.. Aku harap aku pun tak putus asa macam ayah. Jadi ahli perniagaan yang berjaya.
Close up ayah kita
Kat Kedah ni rasanya.. Tak pernah aku pegi dapat merasa tengok padi masak!
Ni tak tau kat mana. Sakan diorang bergaya kan. Boleh tahan.. Hahaha
Pakcik aku yang pakai topi cowboy tu. Businessman berjaya jugak. Ada company sendiri. Banyak projek dia buat. Salah satunya kontrak papan iklan. Aritu product terbaru Terompah Mastor. Masuk TV3 dan sokkabo.

Aku tak tau nak kata aku ni anak ayah ke apa. Tapi aku rapat dengan keduanya. Ayah sangat penyabar dengan aku. Masa nak fly sambung belajar dulu ayah yang susah payah dan terlebih risau ajar aku memasak. Resepi yang ayah ajar, ikan masak asam pedas. Seingat aku menu ayah yang paling sedap adalah nasik ayam. Tapi biasalah. Ayah jarang sangat masak. Lebih suka biar mak yang masak.

Sekarang aku risau jugak kesihatan ayah. Mak kata ayah kurang selera nak makan. Dah semakin berusia ni, dia suka makan yang goreng goreng je. Susah nak makan yang berkuah beria ria macam dulu. Tapi sup kaki lembu memang paberet sepanjang tahun. Hehehe..

Semoga ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Rindu dengan ayah ngan mak.

Daa

Engkau aku, kita semua pentingkan diri sendiri

Assalamualaikum

Yeahh.. Terasa seperti Isnin, tapi bukan Isnin. Terasa seperti esok Jumaat tapi bukan Jumaat kan.. Hahaha.. Minggu ni paling best!

Hmm..

Manusia memang sejenis makhluk yang pentingkan diri sendiri. Engkau aku, kita semua pentingkan diri. Apa yang membezakan kita adalah, adakah sikap pentingkan diri kita sendiri tu menyusahkan orang lain atau tak. Menyusahkan sikit ke banyak.

Pada aku manusia yang paling tak guna dalam dunia ni adalah manusia yang suka menyusahkan hidup orang lain. Tabur fitnah sana sini. Berhutang tak bayar. Sendiri malas nak berusaha, rampas harta orang lain. Sama ada secara orang sedar atau tak sedar.

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Janganlah kita jadi orang orang yang rugi. Mati tak tunggu tua. Malaikat maut takde main cop cop. Jangan jadi orang yang muflis di akhirat kelak. Dalam game anytime kita boleh revive. Tapi realitinya. Hidup cuma sekali. Segala usaha kebaikan kita mestilah bersandarkan bahawa kita akan mati satu hari nanti. Cari duit sebanyak mungkin untuk buat amal dengan harta, dermakan untuk bekalan akhirat. Sayangi anak dan didik sebaik mungkin supaya anak tu boleh sedekahkan sekurang kurangnya al fatihah bila kita dah tak ada.

Semua orang tahu, mati tu pasti. Hari pembalasan tu pasti. Tapi bab beramal, hubungan sesama manusia. Kita kadang kadang leka pada hasutan syaitan dan nafsu. Terlupa yang buat baik dibalas baik. Buat jahat kalau Allah tak balas di dunia, akhirat nanti balasannya pasti datang. Sebab mahkamah dunia kita boleh lepas. Di hari akhirat, hakimnya adalah Allah yang maha adil lagi bijaksana.

Jauhkan diri dari sifat mazmumah. Banyakkan berzikir memohon keampunan Allah. Semoga Allah berkati hidup kita sehari lagi.

Maafkan aku kalau ada salah dan silap yang menyusahkan korang korang semua.

:: Jangan lupa beli kangkung. Baik untuk kesihatan!

Daa

Isnin

Perkembangan si Thaqif

Assalamualaikum

Lama tak cerita pasal perkembangan si bongsu. Maklumlah anak no tiga. Tak cerita bukan sebab tak excited dengan perkembangan dia. Tapi tak menang tangan melayan kerenah tiga beradik. Lagi la masing masing dah ada perangai tersendiri.

Si kakak dengan manja dia yang suka berkepit dengan ibu. Si abang dengan perangai abang yang suka berkepit main Lego dengan ayah. Si Thaqif sekarang dah pandai main dengan kakak. Tapi kadang-kadang kesian jugak sebab dia pandai main sendiri. Mak aku selalu marah sebab dia nampak aku macam tak layan sangat si Thaqif. Masa dalam pantang pun Thaqif tak buat perangai sangat. So bergolek golek je tidur sendiri. Huhu.

Sekarang umurnya dah 11 bulan. Sejak awal 10 bulan aritu dah mula bertatih dan melangkah satu dua tapak. Sejak minggu lepas, dia dah mula memanjangkan langkahnya. Berjalan dari dapur ke depan TV tanpa jatuh. Peelnya pun dah makin boleh tahan. Kalau makanan dia taknak, dia ketap je mulut buat tak tau. Tapi dah semakin manja. Bila nampak kakak Damia himpit ibu, dia pun datang menyempit sambil tolak tolak kakak.
Orang marah jangan panjat, dia buat muka comel tau
Yang merisaukan.. Dia makin tak makan saman ngan aku. Berbekalkan senyuman yang manis. Bila aku marah, dia pun boleh senyum senyum lagi tau. Grrr.. Kadang kadang aku terpaksa sorok muka supaya dia tak nampak aku senyum. Tapi bila aku betul betul marah. Mulut cebik, kening terus jadi macam kening angry bird. Hahahaha. Pun comel gila tau. Nanti aku tunjuk gambar beza muka dia senyum dengan masa nangis kena marah atau tak puas hati. 

Vocabulary baby word dia pun dah banyak. Dan bila kami baca doa makan sebelum makan, dia pun angkat tangan jugak. Tapi bukan angkat tangan macam orang berdoa. Dia angkat tangan tepuk tangan sambil sengih sengih. Geram okay!

Hahaha..

Daa

Binaan Mudah LEGO® Budak 6 Tahun - Speedboat

::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Lepas setengah jam pilih-pilih lego, isikan dalam bekas, minggu ni bagi Aqil buat speedboat pulak.


Sambil-sambil sibuk nak tengok Boboi Boy, di pun buat sikit-sikit. Memula aku budget dia siapkan sebelum mandi. Tapi sebab dah lama tak tengok cerita tu, dia siap lambat.


Aisy dan Atiqah pun tak kurang nak membina.


Lepas seketika, Aisy tidur dan Atiqah pergi sambung mewarna.


Dah 7:30 malam, masa untuk mandi. Muka tak puas hati sebab tak sempat siapkan. Huhuhu..


Masa dia pergi mandi, aku curi-curi ambil gamba binaan dia.


Speedboat dah mula menampakkan rupa.


Lepas mandi sambung balik.


Masa ni dah sibuk bercerita dia nak letak apa atas boat bila dah siap nanti.


Lebih kurang jam 8:00 malam, speedboat siap. Terus ajak nak pergi main dalam bilik air tapi aku tak bagi. So, lepas balik sekolah harini baru boleh main. Still aku fikir okay laa, sebab dia ada something to look for bila balik sekolah karang.


Ini rupa bila dah siap. Budak Aisy dah bangun dan bersedia nak menyerang. Overall speedboat tu cantik. Saiznya agak besar so agak berat. Aku doubt ia akan terapung.

Daging bakar dalam pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Daging bakar ni shujin yang buat. Aku tukang ambik gambar je. Hihihi..

Resepinya kena tanya dia sebab aku tatau.. Hahaha.. Tapi basic je.. Daging kalau lembut empuk, bubuh dengan apa pun sedap.

Tak perlu masak lama pun. Dan sangat juicy serta lembut. Seolah olah cair dimulut..
Kalau ada bahan tambahan macam potato dan bawang besar lebih sedap ni. Aritu aku buat ayam bakar dengan kentang dan bawang, bawang tu memang sangat manis. Makan sambil pejam pejam mata.

Nak resepi? Basic je..
Bawang putih, halia, herba rosemary, garam dan juga lada hitam.

Selamat mencuba.

Daa

Sabtu

Mengira dalam jepun

Hahahaha~

Teringat bideo rancangan Gaki no tsukai (ガキの使い).. Rindu gila tengok lawak bengong Endo ngan Tanaka.. Hahaha..

Jumaat

Sort - Types - Category - Arrrgghhh!!! Part 1

::: Catatan oleh Shujin :::


Last time ada cakap pasal simpan lego ikut kategori. Setakat ni, Lego ada 195 kategori jadi agak mahal kalau nak sediakan bekas yang "mudah capai" sebanyak tu. Jadi aku akan kongsikan "bagaimana" aku susun atau simpan. Kita mula dengan "kenal lego" kemudian "cara aku susun lego".

Cara LEGO® Dikenal Pasti.

Kat atas brick biasanya ada bonjol-bonjol yang dipanggil "stud". Kat bawahnya pula biasanya ada lubang yang di reka untuk masukkan stud. Nama setiap brick datang dari warna, lebar, panjang, tinggi(berbanding brick) dan jenis. Contohnya bila aku sebut "dark red, 4x2x2 brick", itu maksudnya seketul lego berwarna merah gelap bersaiz 4 stud lebar dan 2 stud panjang dengan ketinggian 2 brick, jenis "brick". Kalau aku cakap "yellow, 1x1x2/3 slope", itu bermaksud lego berwarna kuning, lebar 1 stud, panjang 1 stud dan tinggi 2/3 berbanding seketul brick, dan ianya adalah dari jenis slope. Senang faham kan? Kalau jenis lego yang takde stud, kita ukur ikut lubang bawah atau tepi dia. Kalau yang takde stud dan takde lubang, dia ada nama khas. Tapi jumlah yang begini biasanya sikit je. Bagi tayar pulak, ia dinamakan mengikut diameter (mm) x tebal (mm) bersama jenis. Untuk rim tayar, dinamakan sama macam tayar tapi disertakan dengan jumlah pin dan axle point pada rim.

Jenis-jenis LEGO®.


BRICK
Ini bentuk asas merangkap antara bentuk terawal lego yang rasanya semua orang kenal. Aku susun brick dengan membahagikan kepada 3 kategori. Sekurang-kurangnya setakat sekarang. Kategori pertama bersaiz ?x1. Kategori kedua bersaiz apa-apa sahaja selagi dia bukan ?x1 atau "Mod Brick". Kategori ketiga ialah mod brick. Mod brick tu adalah jenis modifikasi, brick yang datang dengan special features. Ada bermacam-macam jenis mod brick dan biasanya kita tak gunakan pada jumlah yang banyak. Jadi aku humbankan semua dalam satu bekas.


PLATE
Bentuk plate biasanya sama dengan brick. Bezanya ialah pada ketebalannya. Plate wajib mempunyai ketebalan 1/3 dari brick. Kalau dah ada brick, kenapa kena ada plate? Disebabkan ketebalan plate ialah 1/3 brick, jadi kita boleh isikan beberapa fungsi kat ciptaan instead of biar dia kosong je bila guna brick. Pada peringkat baru kenal lego, mungkin kita gunakan banyak dari bentuk brick. Tapi bila kita semakin advance, plate akan lebih diperlukan. Cara penyusunannya sama seperti brick. Tapi disebabkan ada terlalu banyak jenis mod plate, end up memerlukan lebih banyak bekas.


TILE
Tile ialah plate tanpa stud. Ia digunakan untuk membuat finishing, fungsi tambahan dan dekorasi. Aku ada banyak sangat tile, jadi aku susun ikut kepanjangan. 1x1, ?x2, ?x4, ?x6, ?x8, ?x10, mod tile, mod tile, mod tile... Dan seterusnya.


SLOPE
Bentuk yang sendeng sikit ni dipanggil slope. Aku bahagikan kepada cuma dua kategori. Slope dan inverted slope. Tapi jangan salah sangka ya? Slope ada banyak saiz dan jenis. Jenis slope dinamakan mengikut kecondongan slope tersebut. Bagi aku, dua kategori dah memadai asalkan disimpan didalam bekas yang lebar. Kegunaan slope adalah.. ermm.. untuk buat slope? Sedikit creativiti boleh jadikan slope sebagai monitor, panel dan banyak lagi.


CURVE
Beza curve dari slope ialah curve takde bucu. Or at least tak berbucu pada bahagian yang curve. Lagi, curve biasanya datang dengan "cut-out". Jadi ia mampu memegang kepingan lego dengan lebih baik. Sama macam slope, aku bahagikan kepada dua kategori jugak.


WEDGE
Kalau korang biasa makan K.F.C, korang mesti tak asing dengan potato wedges. Dalam dunia lego ia tak begitu berbeza. Wedge bermaksud sesuatu bentuk yang mempunyai lebih dari satu sudut potongan. Kegunaannya adalah untuk membuat bentuk yang lebih advance (kalau tak, jadi kotak-kotak je). Aku susun wedge dalam bekas yang lebih besar dan bahagikan kepada dua kategori sahaja. Wedge dan inverted wedge. Setakat sekarang tak ada lagi mod wedge. Saiz wedge biasanya besar.


ARC
Aku tak ada banyak arc. Arc biasanya digunakan untuk membuat senibina bangunan. LEGO® Castle selalu guna bentuk ni. Ermm.. aku bukan peminat bentuk ni kot. Pendapat aku ialah, zaman sekarang secara umumnya orang dah tak guna bentuk ni dalam rumah. Macam, bentuk yang dah lapuk. Kalau LEGO® keluarkan inverted arc, mungkin aku suka. Disebabkan aku takde banyak, so aku lambakkan dalam satu bekas je.


Oppss.. Entry dah terlalu panjang. Aku sambung lagi di kemudian hari. Gambar kat atas menunjukkan beberapa jenis lego. Cuba korang namakan? Pandaii.. Hahaha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com