Jumaat

Binaan Mudah LEGO Oleh Budak Lima Tahun

Semua binaan adalah dibina dari Aqil. Buggy dalam masa seminit. Jom tengok.

Ada tiga binaan. Semuanya menggunakan asas yang sama. Bezanya adalah sedikit pengubahsuaian. Bahan asasnya ialah :
1pcs kepingan asas kereta mini
1pcs 6 x 4 Wedge dengan 2 x 2 bahagian terpotong dan 1 x 2 bahagian 1/3 dinaikkan.
1pcs bata 2 x 3
1pcs bata 2 x 2 2/3 yang diubahsuai
1pcs kepingan 1 x 2 dengan pemegang
1pcs kerusi utiliti
1pcs stearing utiliti
2pcs bata 1 x 2 yang diubahsuai
2pcs bata bentuk silinder 1 x 1
2pcs bata bentuk cerun 1 x 1 2/3
3pcs kepingan 1 x 2

Cara membuatnya :









Kereta yang kedua menggunakan 4 bata modofikasi 1 x 1 dengan side stud instead of guna 2 bata 1 x 2 kat sisi kereta. Pada bahagian belakang dan depan kereta pula menggunakan bracket 1 x 2 dengan 1 x 4 side stud. Ini membolehkan bata lain ditambah pada binaan.



Kereta ketiga pula cuma ditambah pada bahagian belakangnya.



Dari mana idea ni terbit, aku pun tak tau tapi binaannya mudah sangat. Sesuai untuk budak umur lima tahun. Tips, pemilihan warna penting untuk merangsang kanak-kanak. Cubalah beberapa variasi anda sendiri. Selamat mencuba...


Sampai jumpa lagi, bye bye...

::: Dari Shujin :::

Cara orang miskin hidup di Malaysia

Assalamualaikum

Hati rasa sayu bila tengok keyword cara orang miskin hidup di Malaysia..

Macam mana agaknya? Berapa pendapatan orang yang masuk kategori miskin di bandar? RM3000? Kalau rendah dari tu? Kategori papa kedana? Tapi terbaca semalam katanya kadar kemiskinan di Malaysia makin rendah. Bagus lah kalau macam tu kan...

Daa

Khamis

Namanya cirit

Assalamualaikum

Ini cirit bukan sebarang cirit aaa..

Daa

LEGO Dalam Pembikinan

::: Dari Shujin :::

Masa dok merongkah LEGO dengan Muhammad Aqil Mubarak semalam, tetiba terdapat ilham nak hasilkan yang baru. Mk-III tak siap lagi, dah nak mula Mk-IV.


Ya, Mk-IV ialah sebuah mecha. Masih dalam bentuk frame. Akan dibuat sebagai model Aggressor jugak.


Saiznya agak memuaskan. Kestabilannya agak baik dan penuh dengan ciri-ciri asas. Sendinya walaupun tak sebaik model Gundam, tapi acceptable. Masih dalam percubaan. Kalau nak teruskan, Mk-III kena dileraikan.

Ini pulak hull atau pusat kawalan untuk Battleship. Jugak masih dalam pembinaan. Yang ni buat sama-sama dengan Aqil.

Battleship ni mungkin ambil masa lebih kurang 2 tahun untuk disiapkan rasanya.

Kadar jenayah meningkat?

Assalamualaikum

Aku tak tau la perasaan aku ke apa.. Sejak dua menjak ni banyak sangat kes pecah rumah, rompak, cubaan pecah rumah berlaku kat kawasan perumahan aku.

Terus terang cakap. Area Kota Kemuning banyak rumah yang guarded dan gated. Dan banyak taman dalam ni yang ada 3-4 CCTV kat guard post tu. Tak tau lah betul betul berfungsi ke tidak kan. Hahaha.. Tapi nak kata.. Area ni boleh kata banyak taman taman orang ada ada. Tak termasuk aku la tu..

Aku suka tinggal area sini sebab aman, tenteram.. rasa selamat.. Tapi itu dulu.. sekarang dah makin banyak aku tengok diorang update pasal jenayah berlaku. Hampir setiap hari ada. Mungkin sebab komuniti penduduk makin ramai, kes makin banyak berbanding masa aku awal duduk kat sini, penduduk masih sedikit.

Kedai makan kena rompak pukul 10 malam. Kedai Dobi kena rompak pukul 5 petang. 4 motosikal terjah masuk auto-gate sebaik sebelum ditutup dan ugut tuan rumah dengan pisau. Semua cash dan henpon lesap. Kes pecah rumah ketika tuan takde apatah lagi. Kawasan beriadah kat tasik tu pun tak terkecuali. Tengah jogging pagi pagi, ada orang hunus pisau mintak duit. Terjun masuk tasik. Rajin perompak tu bangun pagi subuh kan.. Kan bagus kalau bangun tu solat subuh, buat solat dhuha. Moga Allah murahkan rezeki..

Kereta parking kat area tu sementara jogging kena umpil, termasuk kereta kakak ipar aku..

Serius.. Sampai aku takut nak keluar rumah... Nak ajak anak anak keluar pergi tasik pun takut..

Hidup dalam ketakutan..

Itu pun masih ada yang kata.."Syukur Malaysia masih aman"

Bagaimana dengan tempat tinggal korang?

Daa

Rabu

Wanita Whatsapp

Satu trick bagi aku bila nak pergi poslajukan barang kat Pejabat Pos Besas Shah Alam ialah, pergi pukul 2:00 petang. Kalau pergi sebelum pukul 1:00 petang, ramai jejaka ofis. Rasionalnya adalah lepas pos boleh terus rehat, atau boleh masuk kerja setengah hari je dengan alasan "orang ramai kat pejabat pos bos". Apa pun, semalam kat pejabat pos nisbah lelaki terhadap wanita ialah 1:8. 90% dari wanita-wanita tu, ber-whatsapp. Tersenyum sensorang aku browse kat internet dan terjumpa ni...

Hehehehe.. Setahun dua yang lepas, ramai jejaka menatap henset main game. Semenjak wujud whatsapp, ramai wanita asyik perati henset. Fenomena alam..

Selasa

Lego Star Wars Chess set

Assalamualaikum

Dedulu zaman kekanak suka la main chess. Along aku ajar. Selalu kena buli ngan dia main chess. Hasilnya.. Aku agak tere main chess. Wakil sekolah bagai. Lepas habis sekolah jarang gila main. Chess set yang ada pun entah ke mana mana.

Dah beberapa kali dah shujin menyuarakan keinginan nak main chess berdua. Tapi takde chess set. Oleh itu.. encik shujin ku yang sangat super duper kreatif tu pun buat chess set guna Lego star wars dalam koleksi. Buat apa ada Lego beribu ribu keping kalau tu pun tak boleh buat kan. Hahahaha..

Oren tu team republic yang diketuai oleh Princess Leya dan Luke Skywalker. Team aku la tu. Shujin jadi bad guy. Hahaha. Team imperial dengan diketuai oleh Anakin Skywalker dan Darth Vadder. Aummm..

First match aku menang. Second shujin menang. Dah lama gila kot tak main. Kelabu asap dah. Hahaha..

Aisy asyik nak terkam mini figure tu je. Geramm.. 

Daa

Isnin

Kat atas dah jadi kat bawah. Huish

Aritu janji nak post pasal Aqil nak mengajar lego, tapi tak sempat buat. Hujung minggu haritu jadual penuh. Aqil pun sempat pegang lego semalam untuk 2 jam je. Ayah dia pun penat sangat, langsung tak temankan dia main. Untuk yang menunggu, post tu akan ada jugak. Sabar ya...

Sebelum ni Aqil ada buat kapal terbang warna merah. Dia tak siapkan pun kapal terbang tu. Dia convert jadi benda lain.


Truck. Sebab? Dia terjumpa manual LEGO City Truck. Panjang kemain trailernya.


Ada pintu kat sisi trailer untuk punggah kotak-kotak kecik. Koyak-koyak kuku jari dia buat cabut LEGO untuk hasilkan trailer ni sebab dia tak jumpa cari seperator. 80% dia buat sorang. Lepas kuku koyak, ayah dia tolong buatkan.


Kat dalam truck ada katil dan TV.


Siap ada cawan lagi untuk driver minum air sambil memandu. Bahaya.. bahaya.. Pam minyak tu idea dia sendiri.

Ini gambar set kat manual tu.


Sekian

Restock kimchi lagi~!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Bisnes tak sengaja kimchi aku mendapat sambutan dari kawan kawan yang berminat dan terliur nak mencuba kimchi versi aku yang aku pandai pandai ubahsuai sikit sikit sendiri. Minggu ni aku buat lagi kimchi sebab nak ganti stock kimchi shujin dan Aqil yang dah dijual aritu. Hahaha..
Bahan untuk buat sedulang kimchi
Sorok kimchi dalam oven untuk diperap. Hahaha..
Yang ini baru siap malam tadi. Insya allah tak ada aral, hari ini atau esok shujin tolong poskan. Ada jugak keinginan nak serius menjual kimchi, tapi tengoklah dulu. Agak penat sebenarnya proses nak membuatnya tu. 

Tapi kimchi yang ini aku rasa lebih sedap dari resepi yang aku buat dulu. Mungkin jugak sebab aku guna korean chilli flake yang sebenarnya made in China. Hahahaha.. Warna pun cantik.

Korang penah makan kimchi?

Daa

Boringnya Membayar



Balik-balik cerita sama, balik-balik ulang tayang. Ini bukan takat secondhand, dah berhand-hand dah. Sepanjang tahun, berapa kali dah keluar benda yang sama? Kadang-kadang terfikir, "Aku dah bayar dah untuk cerita ni sebelum ni, kenapa aku kena bayar lagi untuk cerita yang sama bulan ni? Patutnya percuma laa kan? Sebab dah bayar dah aritu.". Ya, diorang cakap itu siaran percuma tapi, wujud ke benda yang percuma? Asasnya yang percuma dah terkandung dalam bil yang tak percuma. 

Kalau takde kemudahan ni kat rumah, takut tak "up to date", tak "retro", kena label kedekut atau simply miskin. Sebab tu selekeh mana pun rumah, secabuk mana pun kereta, sekopak mana pun poket, berapa bersusun pun hutang, kemudahan ni wajib kena ada kat rumah. Well, itu kata-kata sesetengah pihak.

Bagi aku, ia satu pilihan. Jangan biarkan persekitaran/keadaan mempengaruhi keputusan kita. Adios~!!


::Entry By-Encik Shujin tersayang::

Sabtu

Gelagat Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Merayakan Sabtu. Hahahaha.. Update sikit tentang budak comot 9 bulan ++ ni. Sekarang dah mula berani nak berdiri tak pegang dan successfully melangkah setapak dua sebelum terduduk. Tegar sungguh. Merata rata dia menjelajah sekarang. Pantang tengok pintu bilik Lego dibuka. Hehehe.. Aisy sangat rapat dengan abang Aqil nya. Lepas demam aritu kurang makan dan asyik nak bermanja dengan ibu je.


sebek kena marah sepahkan makanan

kat rumah ayahwe di Inas

Happy main dalam kotak
 
gigi enam batang suka gigit ibu
happy jumpa tingkap disebalik langsir

Seronok kalau boleh jadi fulltime mother kat diorang kan.. Hehehe

Daa

Jumaat

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 3

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 1 

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 2 

Ini bahagian ketiga juga bahagian terakhir pasal Aggressor Mk-II. Cerita kali ni pasal Pod sahaja.



Sebelum sampai hari kelahiran Aqil yang kelima, Aqil memang asyik dengan LEGO Chima (zaman LEGO Ninjago dah lepas, ffuuuhhhh....) Masa menghasilkan Mk-II ni aku nak adakan sedikit rasa Chima supaya tak kempunan sangat hero sulung kami. Jadi belilah sayap pelepah burung dari LEGO Chima. Tak murah jugak walaupun hanya sayap. RM2 sekeping. Lepas dapat pelepah, baru fikir nak bentukkan macam mana podnya. Bentuk akhir pod tu jadi laa macam ni.. Sangat berpuas hati.


Kelebaran cockpit atau tempat duduk juruterbang ialah 6 x6 x 2 1/3. Rasanya cockpit terbesar pernah aku buat. Kerusi juruterbang juga boleh lipat. Ala-ala tempat duduk bahagian depan dalam kereta. Kalau masa buatkan Mk-I dulu, aku gunakan bata yang telah dicetak dengan gambar sebagai monitor dan navigation system tetapi untuk kali ni aku gunakan bata transparent yang kosong. Rekagrafik sebagai navigation systemnya akan dicipta sendiri dan dikongsi pada post akan datang.


Bila dah macam burung, sayap dia mestilah boleh tutup dan bukak. Ini rupanya bila tutup, untuk dimasukkan dekat bay.


Ini pulak rupanya bila sayapnya dikibarkan untuk penerbangan. Ada sendi yang boleh dipusingkan sama ada ke arah depan atau belakang pada bahagian sisi pesawat yang mana digunakan untuk memasukkan pedang/blaster dari LEGO Chima.


Beza saiz antara Pod Mk-II dan Pod Mk-III.

Khamis

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 2

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 1
Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 3

Kenapa nak cerita pasal lego nih? Ceritanya macam ni. Sebenarnya, aku rasa macam "hek ellehh.." bila Rai berkali-kali cakap "Hebatnya suami orang (saya). Bukan semua orang boleh design lego macam ni. Even engineer pun kena berhempas pulas kalau nak dapatkan result macam ni". Aku tak percaya dan rasa macam dimainkan atau itu cuma cakap-cakap isteri yang nak bagi semangat kat suami dia. Tapi bila Rai tunjukkan video kat Youtube, forum dan sumber lain, baru aku tau yang dia bukan buat lawak. Tak puas hati, aku belek lagi kat internet. Ya, ada ramai lagi yang lebih hebat. Manusia bukan dalam bilangan ratus kan? Tapi aku tau haritu yang Rai tak bergurau.


Hatch pada Mk-II sangat kecil. Ini bahagian yang aku paling tak suka dengan rekaan kali ni. Ruangannya ialah 2 x 6 x 4 1/3 dan tak muat untuk isikan armor pun.


Bahagian atas dimuatkan dengan 4 enjin jet. Manakala bahagian belakangnya dipasangkan dengan silinder yang dibuat macam jet jugak. Tapi masa gambar ni diambil, sebahagian besar bata berwarna neon-green yang menjadikan dia nampak macam truster tu, telah aku cabut untuk percubaan Mk-III. Empat enjin jet kat bahagian atas tu laa yang Aqil cakap dia tak tahu guna. Part tu separuh bata biasa, separuh bata teknik.


Disebabkan saiz Mk-II ni besar, jadi sayap pada pesawat ni kami buatkan kepada jenis boleh cabut pasang supaya mudah untuk Aqil nak bawa set LEGO dia pergi main dengan kawan-kawan. Bata teknik ada banyak sangat masa tu dan kami pun tak tau nak buat apa, tetiba terfikir cara ni.


Bahagian pilot Mk-II adalah sejenis pod. Bila dah nama POD, mestilah boleh cabut pasang kan? Sebenarnya, ada dua pod yang sama kami buat masa pembikinan haritu. Yang hitam, Pod1, untuk pasangkan kat aggressor dan yang biru, Pod2, untuk pasangkan kat kereta kebal. Dua-dua pod boleh bertukar-tukar tempat pada bila-bila masa dan pod adalah jenis merdeka. Bahagian yang memegang pod terdiri dari octagon 7 dimensi yang kami terfikir sendiri. Lenguh tangan Rai pegang masa aku pasangkan. Hahaha.. Thanks sweetheart! Rasanya tak ada lagi mana-mana set yang LEGO keluarkan guna cara ni. Ini bahagian yang aku paling suka. Aras pada bahagian bay untuk pod diserasikan dengan baik, membolehkan pod boleh dipasang dan dicabut dengan mudah. Pejam mata pun boleh buat.


Mk-II ni ada Speedorz (Motosikal jenis pulley dari LEGO Chima) bay kat bahagian belakangnya. Memang Aqil tengah tergilakan Speedorz sejak bulan April lagi sebenarnya. Sengaja kami tangguh-tangguh sebab harga dia kat kedai bagi kami sangat mahal. Tetiba terjumpa pulak yang murah sebelum birthday dia haritu, terus aku sarbat 4 bijik sekali gus. Dah laa part yang baru, murah, original LEGO pulak tu. Huhuhu..


Tak caya aku cakap? Nah tengok harga dia sendiri. RM10 untuk 4 buah Speedorz. Aku pun terkejut. Padahal sebijik Speedorz ditambah +/-100 bata Toy's R Us jual pada harga RM79.90. Atau 2 bijik Speedorz dengan +/-50 bata pada harga yang sama. Cuma nak tambah sikit, sejak-sejak ni ada iklan LEGO Chima Eagle Interceptor keluar kat TV. Set yang baru, ada kedai jual cuma dengan USD15. Lebih kurang RM49. Postage baru jatuh dalam RM25. Kat Toy's R Us jual pada harga RM159.90. So bagi aku, murah laa. Cuma berkongsi kalau-kalau sesiapa yang ada niat nak beli.

Masa nak buat finishing untuk Mk-II tu bata tak cukup. Jadi beli je dari eBay. Masa tu, tak ada orang lain selain si Richard ni yang ada supply. Walaupun dia ni penjual lego kat eBay di Malaysia yang agak cekik darah, aku sarbat jugak sebab masa tak cukup. 8 keping fuseledge hinge dia jual RM6. Padahal sekeping baru 34sen harga biasa. Tapi itu je part yang aku beli dari dia. Finishing yang lain kena fikir sendiri. Huhuhuhu..

Nota kaki Rai : Serius, lebih separuh dari pengetahuan yang shujin ada ni dah disalurkan pada Aqil. Dan pada umurnya 5 tahun, pada aku, Aqil boleh dikatakan banyak pengetahuan tentang part LEGO. Obviously berbanding aku yang taktau apa ni la kan.. Adeh..

Resepi Kimchi sedap lagi halal

Assalamualaikum

Hahaha. Tak boleh belah kan tajuk tu. Shujin dengan Aqil memang suka sangat "kimchi korea". Memang kalau boleh sentiasa nak kena ada kimchi kat rumah. Oleh kerana kimchi sangat kaya dengan probiotik dan baik untuk kesejahteraan perut, maka aku pun merajinkan diri kerap buat kimchi. Resepi kimchi mudah gila sebelum ni aku belum puas hati lagi dengan hasilnya. Kali ni aku suka sangat..

Kali ni aku alter sikit resepi kimchi. Campur campur dengan resepi kimchi sedia ada kat internet.
Macam sedap je macam sedap je

Resepi kimchi sedap

Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
1 batang Lobak putih (Daikon)
2 batang Lobak merah
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland

Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh. 

Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand Bidan beli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih. Kalau tak ada, guna je serbuk cili cap baba's atau cili paste guna lada kering tu)
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)
* Sebiji bawang besar holland
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup Sos ikan
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air

Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak/air bertapis. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria. Yummehh kata bakteria. Hahaha

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Nak senang gaul dalam dulang. Aku buat ni memang dapat sedulang. Kalau rasa banyak sangat, sila kurangkan lah.

Kimchi ni paling sedap selepas lebih kurang seminggu ke dua minggu dalam peti sejuk. Tapi, sempat ke bertahan sampai lama tu..?
400gm. Ni ada schoolmate aku nak beli
Actually aku takde niat nak jual, tapi bila berborak dengan kawan kawan sekolah kat wassap, ramai pulak yang teringin nak rasa. So aku pun poskan sikit untuk diorang. Aku cuma cas harga pos dengan kos bahan. Sampai shujin dengan Aqil susah hati sebab takut kimchi dalam stock habis. Hahaha..

Shujin kata "jom abang makan kimchi banyak banyak sebelum ibu jual habis semua"

Huhuhu.. Ye lah ye lah.. 

Korang suka makan kimchi? Aku suka yang tak berapa masam. Kalau dah masam tu agak kurang sikit. Yang buat kali ni aku suka ratah je. Haish.. 

Nak order kimchi? 400g RM10, Postage RM8 (Semenanjung)
Whatsapp 0126894617

Daa

Rabu

Aggressor Class Fenrir Mk-II : Bahagian 1

Pada menyambut hari kelahiran Muhammad Aqil Mubarak yang ke 5, kami suami isteri bersetuju nak hadiahkan set LEGO buatan sendiri. Memang memenatkan bila bina sendiri berbanding beli set yang sediabuat (contohnya Star Wars, Chima, Ninjago, Lord of the Ring, Castle dan lain-lain), tapi atas pengamatan dan pembacaan kami, buat sendiri ni lebih kepada pembinaan karakter supaya asas kanak-kanak lebih teguh tentang apa yang dia nak, kenapa dia nak, macam mana dia nak dan bila dia nak. Set tu mengandungi battle tank, recon-craft, mobile station, starfighter, galaxy cruiser, aggressor, explorer, capsules, minifig dan utilities. A two tables full of sets.

Aku agak terkejut jugak dengan hasilnya jadi aku cadangkan nak buat pertandingan. Hadiahnya merupakan satu set LEGO® First Building Blocks yang baru bernilai RM213.00. Syaratnya ialah, peneka perlu meneka jumlah bata yang digunakan berdasarkan berat seluruh set yang diberikan. Jawapannya perlulah dalam +/-20 keping bata dari jawapan yang tepat dan setiap peneka boleh meneka sebanyak 10 kali. Pertandingan akan dibuka selama sehingga ada pemenang. Kenapa aku nak buat pertandingan tu? Because its gonna be fun. Tapi Rai kata pertandingan untuk blog perlu ada masa yang tetap dan hadiahnya kena bagi jugak kepada peneka yang paling hampir walaupun tekaannya tak dalam +/- 20 bata macam syarat aku. Jadi aku batalkan niat. Sebab? Because its not gonna be fun anymore. Huhuhu.. Maaflah sebab ceritakan hal yang lepas. Balik pada tajuk..


Sebagai hadiah, model aggressor ni cuma dibuat oleh suami isteri tanpa penglibatan Aqil. Masa yang diambil untuk siapkan ialah 12 jam, iaitu 3 jam setiap malam dari pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi selama 4 malam berturut-turut. Proses tu termasuklah sediakan concept, lakaran, fungsi, percubaan, pemasangan & finishing. Banyak bata LEGO® yang tak cukup masa tu, nak order stok baru pun dah tak sempat sebab harijadi Aqil dah nak sampai. Jadi kami top-up dengan mock-brick (bata buatan china yang bersesuaian dengan LEGO®). Aku agak tak puas hati kat beberapa bahagian tapi hasilnya masih boleh tahan.


Berat unit ni adalah 1.8kg dan menggunakan 1045 keping bata. Mk-II terdiri dari dua bahagian iaitu aggressor dan pod. Walaupun ada dua bahagian, unit ni cuma muat untuk 1 minifig. Hanya pilot je boleh masuk.


Lebar unit ni melebihi 52cm dan panjangnya melebihi 41cm. Tingginya pula adalah 18cm. Dengan saiz yang besar, agak susah untuk Aqil main sorang-sorang dengan unit ni. Biasanya budak-budak akan pegang satu mainan (terutamanya kapal terbang) pada satu tangan tapi, kali ni satu mainan dengan dua tangan. Jadi ibu dan ayah dia kena layan sekali bila dia nak main.


Walaupun kena tahan mengantuk masa nak buatkan pesawat ni, bila tengok muka Aqil masa birthday dia... I'm glad we did!! Sayang anak ayah yang sulung nih. Thanks for being my good, smart & dependable son. Daddy & mommy loves you A LOT!! Muahhss..

Aggressor Mk-II : Fenrir - Bahagian 2 
Aggressor Mk-II : Fenrir - Bahagian 3 

Selasa

Binaan Lego budak lima tahun Aqil vs Aggressor Mk-III

Assalamualaikum

Asal aku buat je, Aqil mesti nak buat lebih baik dari aku. Asal aku buat je, Aqil mesti nak buat lebih baik dari aku. Hahaha.. Aku rasa bagus dia ada sikap macam tu. Aku rasa senang hati sebab dia selalu nak lawan cabaran dan jadi lebih baik. Rasa sedih pun ada. Kenapa laa agaknya dia asyik nak kalahkan ayah dia? Akhir sekali, aku rasa takut. Takut bila besar nanti dia asyik nak melawan aku.

Cerita kali ni, Aqil nak lawan Aggressor Mk-III yang aku tengah buat. Masih dalam pembinaan katanya, tapi bila dia datang tunjuk kat aku dan wife semalam, kami terkejut jugak. Bagi kami, ia satu lagi rekaan yang hebat untuk umur dia.



Dia dah sedikit faham pasal konsep warna. Kalau ikut rekod dulu-dulu, dia main bedal je apa warna yang ada asalkan dapat siapkan bentuk yang dia nak. Tapi tak untuk kali ni. Dia pilih merah sebagai asas, kuning sebagai sekunder, kelabu dan putih sebagai warna perinci.


Bumbung pada bahagian awal pesawat pun sangat baik. Penamat yang rapi (clean finnishing) dengan ciri-ciri kebumbungan yang rapi.


Gerudi warna emas pada muncung untuk gerudi pesawat ayah katanya.. hadeii!! Warna kelabu atau perak dah tak ada jadi warna emas digunakan. Masih kombinasi warna yang baik.


Hatch pada bahagian belakang pesawat katanya untuk masukkan kereta. Muat ke? Kecuali saiz buggy kot.


Satu lagi pintu. Dia kata untuk para (penerjun payung terjun) dan buang bom kat ayah. Ishk ishk ishk.. Tong minyak kecemasan. Takut-takut kapal terbang dia habis minyak masa kejar nak gerudi ayah. Lagi, ada dua tong bentuk silinder dengan penutup kelabu kat hujung tu. Dia kata dua tong tu untuk bawak makanan, sebab takut lapar dan dahaga. Ishk! Cemana laa dia dapat pemikiran macam ni?? Kadang rasa comel, kadang rasa tanda soal.


Panel kawalan pun tak kurang. Cockpit pun agak menarik dengan warna biru, cuma aku rasa warna hitam lebih baik. Kena laa hormat pandangan anak.


Aku dah bagi enjin jet, tapi dia kata tak sesuai dan tak tahu nak guna. Jadi dia guna enjin pesawat penumpang. Dua je cukup ke? Dia jawab, sebab tu bawak minyak lebih.

Well, dia kata tak siap lagi. Tengok laa ntah apa benda lagi dia nak tambahkan. Yang jelas, bahagian ekor pesawat je tak siap. Tapi aku rasa dia akan tambah benda lain sebelum tu. Biasa laa.. budak 5 tahun.




Aqil Custom Aircraft vs Shujin Custom Aggressor
Happy building..

Binaan lego mudah kanak-kanak 3 tahun

:: Entry contributed by Encik Shujin

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com