Khamis

Bahaya rokok seludup

Assalamualaikum

Selama ni bukan main kan dok promote bahaya rokok. Siap tampal gambar jijik bagai kat kotak rokok. Bila baru baru ni harga rokok naik lagi. Dengan alasan biasa.. Nak mengurangkan perokok... Merokok membahayakan kesihatan..

Then.. Sales rokok menurun 30%.

Hahahaha..

Tiba tiba.. 2-3 hari keluar berita yang sama..Rokok seludup bahaya pada kesihatan.

Whattt??

So sekarang rokok tak seludup dah jadi ubat?

Kahkahkah..

Padan muka..!~

Daa

Me 30th Birthday celebration

Assalamualaikum

This year, unexpectedly.. Birthday aku disambut meriah oleh orang orang terdekat. Alhamdulillah.
Birthday cake sponsored by my boss. Tiramisu. Sebelum tu dah belanja lunch. Hihi.. Gambar ni my opismet yang buatkan..

Balik dari kerja.. My shujin buat surprise party pulak. Sobs.. Terharu. Aku memang tak expect langsung, sebab tahu dia busy semalam…
Birthday cake dari shujin.. Cheesecake strawberry. Siyes tatau nama.. Hahaha..

First attempt shujin buat lasagna. Sedap! Termasin sikit sebab letak parmesan cheese banyak sangat..
Mee goreng by shujin’s makcik.. Untuk juadah makan makan.. hihi..

And then… Another surprise by my besties.. Kaori… Waa.. terharu.. Dan tokey kek Sister’s Cakery telah bersekongkol dengannya untuk bagi surprise birthday cake kat aku..
Bukak je kotak aku terus teringat komen si Kaori semalam. Hahaha..

The sticker..
So.. the whole day aku rasa sangat bersyukur dengan semua wishes dan surprises yang dirancangkan..

Kek last sekali tu aku tak makan lagi sebab dah full gila masa tu. So, balik ni boleh mentekedarah kek lagi. Hoyeh~

Hari ni opis ada organize health day.. Ada check up gula ngan kolesterol. Matiklaaa.. Hahaha..

Daa

Rabu

Sony Xperia Z1 dari Nuffnang

Assalamualaikum

 

Terima kasih Nuffnang.

Daa

The day I turn 30

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Happy birthday to me. Thanks to my mom yang ke hulu ke hilir bawak aku dalam perut selama 9 bulan. Yang bersakit sakit melahirkan aku. Yang mengasuh dan mendidik aku menjadi diri aku pada hari ini. Today I'm 30.

Now that I'm older, I wish I can be wiser in making the right decision for myself, for the children and for everyone around me. I knew that "the right" decision will not always be the best, but I guess that is where I can learn from the mistake. And it is how life should be.


Already received my advance birthday present from shujin. Yang terbaring tu artistry refinishing lotion yang super best. And yang standing bersama kotak tu adalah my special gift to myself sempena tukar nombor siri. It is a cleansing foam from Artistry Youth Xtend. Actually advance jugak sebab dah beli masa weekend aritu. Nanti review pasal cleansing foam ni. Serius best gila. Hahaha..

Also, special thanks to Mark Zuckerberg yang sentiasa mengingatkan my FB friend my date of birth. Without the reminder, none of them wish me today or ever know that today is my birthday. Hahaha.. Anyway.. Aku okay je. Sebab aku pun tak ingat birthday kawan kawan.

Daa

Selasa

Perbandingan harga LEGO

Assalamualaikum

Pengalaman beli lego dari luar negara ni, agak menarik bagi kami. Ada macam-macam jenis kedai. Tak kurang jugak bermacam jenis penjual. Beza harga purata based on country, sepanjang pengalaman kami : 



Singapore, 40% lebih mahal dari Malaysia. 
Australia sama ja harga macam kat Malaysia. 
Kat Malaysia sendiri, kalau nak murah sikit, beli kat Toys R Us. Boleh laa dapat dalam 5%-10% jimat dari eBay Malaysia. China cuma 10% murah dari harga lego kat Malaysia. Tak berbaloi sebab postagenya mahal. 
Indonesia & Hong Kong 20% lebih murah dari Malaysia. Belum pernah beli lagi dari diorang sebab takut charge postage mahal. 
Taiwan lebih kurang 30% lebih murah dari kat Malaysia. Finland, 40%-60% lebih murah dari Malaysia. Harga diorang tak sekata. Postage flat rate ikut berat. 
Thailand, harga lego lebih kurang 50% lebih murah dari Malaysia. Postage lebih kurang 50% dari harga barang yang dibeli. 
North Amerika & German, 70%-90% lebih murah. Postage jugak 50% dari harga belian. Kalau nak paling murah, order terus dari LEGO. Kalau belian melebihi USD100, dia bagi penghantaran percuma. Cumanya, dia support pelanggan kat negara dia bertapak je. 

Pasal postage, kami biasa guna USPS Priority International Mail. Sekilo lego lebih kurang RM130.00, 500g lebih kurang RM80. Kalau dari Finland, diorang guna flat rate. Saaangat mahal. Sekilo EUR 35.50, lebih kurang RM152.60 tak termasuk harga kotak. Which jatuh lebih kurang RM180.

Sekarang stok LEGO dah semakin bertambah. Kami ada juga buat jualan parts LEGO murah dari harga pasaran. Kalau ada yang berminat boleh email atau komen dalam entry ni. In future, ada jugak plan nak buat playgroup bagi kanak-kanak 3-12 tahun. Insya allah kami akan update tentang tu kemudian. Ada ke yang berminat nak hantar anak belajar main LEGO dengan kami? Hehehe..


Daa

Isnin

Skill baru : Memanjat

Assalamualaikum

 

Aisy Thaqif kan.. Sangat suka sepahkan koleksi CD ayah dia. Memang tak boleh tengok benda tu tersusun. Mesti nak datang sepah. Lagi kalau nampak ayah dia mengemas. Dan dan time tu jugak nak pergi sepahkan. Tension je ayah. Hahaha..

 

Ni skill terbaru. Panjat pulak. Ayah dah boring kemas. Ayah letak CD tu kat atas meja. Dengan harapan Aisy tak sampai. Budak kecik ni dah level up. Dia elevate diri dia naik atas meja dengan pijak koleksi majalah Amagram ibu. Hahaha.. Yang kelakarnya. Dia stuck pada kedudukan ni. Nak naik tak boleh. Nak turun tak reti. Nangis nangis masa aku ambik gambar ni.

 

Selepas diselamatkan. Ibu gelakkan sambil ambik gambar. Hahaha..

 

Aisy Thaqif tak berapa sihat. Pukul 4 pagi tadi panas badannya. Perut pun agak kembung. Aku urut urut sikit perut. Dia menyusu je. Tak larat agaknya. Pagi tadi sebelum keluar, dia berak. Aku mandikan, nampak da okay sikit. Tapi still panas sikit badannya. Bahana kutip benda tak tentu hala masuk dalam mulut. Adehh.. Sekarang hari hari kena lap lantai sebab dia sibuk menjelajah satu rumah kan.. Hmmm..

 

Semoga cepat sembuh.

 

Daa

Khamis

LEGO® Murah Package

Maaf sebab pembaca kena tunggu. Actually pasal nak letgo lego ni cuma satu post je, tapi cinta hati dah potongkan jadi 3 bahagian sebab katanya panjang sangat. So without delay, ini part 3 terus. Part 2 akan disambung post oleh Rai.
Antara set yang nak di let go :




6205 V-Wing Fighter 114 pieces, 1 minifig, tahun keluaran 2006
Harga terendah eBay : Used - RM104.00 + RM41.19 postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 150.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 100.00



6207 A-Wing Fighter 185 pieces, 2 minifig, tahun keluaran 2006
Harga terendah eBay : Used - RM 117.26 + unknown postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 230.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 170.00
===SOLD===



7256 Jedi Starfighter & Vulture Droid 199 pieces, 1 minifig, tahun keluaran 2005
Harga terendah eBay : Used - RM220.92 + RM57.61 postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 230.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 170.00
===SOLD===



7657 AT-ST 239 pieces, 1 minifig, tahun keluaran 2007
Harga terendah eBay : Used - bid only
Harga terendah carian internet lain +/-RM 240.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 200.00



7658 Y-Wing Starfighter 445 pieces, 2 minifig, tahun keluaran 2007
Harga terendah eBay : Used - RM119.79 + RM88.22 postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 380.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 270.00



7660 Naboo N1 Starfighter & Vulture Droid 266 pieces, 3 minifig, tahun keluaran 2007
Harga terendah eBay : Used - RM157.79 + RM146.30 postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 270.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 240.00

Semua set-set ni ada manual dan lengkap. Yang tak ada cuma kotak. Sapa laa yang simpan kotak kan? Unless orang tu cuma ada kurang dari 10 set. Aqil pun tak pernah main dengan set-set ni sebab yang ni untuk display je. Set 6207 A-Wing Fighter tu letak dekat sangat dengan tingkap, brick yang warna light bluish grey (seakan putih) dia dah macam kekuningan sikit sebab terdedah dengan cahaya matahari. Selain set tu, set lain semua macam baru lagi.

Kalau nak beli semua sekali, kami bagi cuma dengan harga RM750.00 berserta sekalung terima kasih sebab tolong clearkan rumah kami yg kecik ni. Hahaha.. Kalau set 7655 Clone Trooper Battle Pack ada lagi, kami bagi free untuk orang yang beli keempat-empat set, tanda terima kasih sebab tolong kami supaya tak payah drag keja yang seciput. Set tu ada banyak dulu, cuma kena korek. Kalau nak beli sekarang ni, set tu dah harga RM159.99 kat Toys R Us Sunway Pyramid (tengok masa bulan February dulu).



Untuk yang nak beli Lego tapi tak terbeli lagi sebab mahal tu, ambik laa peluang ni sebab harga set baru untuk set-set tu boleh tahan jugak laa. Anggaran kasar (kalau tak silap), harga kat Toys R Us untuk 6 set tu jatuh lebih kurang RM1200 - RM1600. Betulkan aku kalau salah & aku akan pegi check bila ada masa.

Ada 11+ set Star Wars lagi nak jual, semua set besar-besar. Harga masa beli dulu diantara RM400 - RM2400 untuk setiap set. Ya, tu harga dulu. Sekarang? Huhuhu.. Set-setnya akan disenaraikan bila lebih ruang dalam bilik lego diperlukan nanti. Untuk masa sekarang, kami anak beranak tengah nak bina Aggressor Class : Fenrir Mk-III Harap boleh menjangkau 2.5ft lebar x 2.5ft panjang macam dalam perancangan. More info onwards..

Assalamualaikum..

Koleksi LEGO star wars untuk dijual

Assalamualaikum


Antara koleksi LEGO star wars yang ingin dijual. Nantikan detailsnya nanti..

Bagi pengumpul LEGO. Stay tune sebab shujin nak letgo dengan harga yang murah dari harga pasaran. 

Daa

Cara buat perbandingan penapis air

Assamualaikum

Ramai yang inbox tanya tentang penapis air yang baik atau pun senarai penapis air yang baik. Mahu pun terbaik. Baik atau tidak bergantung pada keperluan seseorang. Atau, ia juga boleh didefinisikan dengan baik melalui kaca mata siapa?

Baik bagi penjual? Of course!
Baik bagi pengeluar? Dah tentu!!!
Baik bagi pihak ketiga? (Biasanya untuk tujuan pensijilan) - Belum tentu
Baik bagi pembeli? Kena tau apa keperluan pembeli dan apa yang pembeli mahukan

Pada aku, asas memilih penapis air sangat simple. Berbalik pada tujuan menggunakan penapis air? Nak buat apa ada penapis air? Nak tapis dan rawat air la kan.

Malangnya, banyak penapis air di pasaran missing the point. Banyak product diiklankan dengan pelbagai cara termasuk, penapis air yang boleh merawat kanser! Gila tak gila. People buying! Dan ada juga yang malas nak masak air, dan nakkan penapis air yang boleh dispense panas sejuk. Dispenser panas sejuk bagi aku adalah additional features. Kalau boleh dispense panas sejuk, tapi yang boleh ditapis sikit je.. Hmm.. Terpulang. Hidup kita penuh dengan pilihan. :D

So sekarang, kaedah paling simple nak tau penapis air tu berbaloi dibeli ke tidak adalah dengan membandingkan sejauh mana ianya berfungsi menapis dan merawat air. Check bahan cemar yang boleh ditapis.


Masukkan nama pengilang atau nama model. Kalau tak jumpa, tapi ada seal NSF pada model, tanya pada penjual tentang pengeluar penapis tersebut.

Kalau tanya dengan penjual, penjual akan cakap. Seeeemuaaaa boleh tapis. Tapi betul ke? Hehehe. Hakikatnya, tak ada satu pun penapis air yang dapat menapis semua bahan cemar yang wujud sekarang. Sebab bahan kimia ciptaan manusia sentiasa bertambah. So, pihak ketiga macam NSF ni berfungsi sebagai badan bebas yang check dan keluarkan sijil penapis air yang telah mereka test. Dan, dari situ dia bagi list bahan cemar yang boleh ditapis.

So sila lah check penapis air yang korang gunakan dah dapat pengiktirafan ke belum.

Btw, ini adalah sijil kepada pengeluar. So product rebrand yang pengilang lain jual syarikat lain tak ada ya. Dan ini adalah senarai bagi penapis air dengan teknologi karbon. Kalau guna teknologi RO ada senarai lain. 

Selamat mencuba.

Info lain tentang penapis air : Penapis Air

Daa

Rabu

LEGO murah

Assalamualaikum

Pernah terbaca komen seorang "papa" kat facebook aritu, katanya "Anak aku dah tak main dah benda lego nih. Aku pernah belikan kat dia. Aku buat, dia pecahkan, aku buat, dia pecahkan. Aku tak bagi main, dia hilangkan bahagian lego tu. Sekarang mana pegi pun dah tak tau. Kalau nak belikan mainan pun, dia dah tak ambik lego..". Hehehe.. Sebenarnya lego tu untuk siapa? Dah sebaya bini aku pun, cenggitu lagi.. Hehehe.. 

Biasanya ada dua sebab bebudak jadi TAK NAK dengan lego. Satu, biar dia main sorang-sorang dengan bebata tu, which leads to dia sendiri pun clueless & bosan. 
Dua, bapak main lebih-lebih sampai anak nak buat apa benda pun tak boleh, semua kena ikut apa bapak nak. 

Hehehe.. Lego, bagi aku (personally) adalah mekanisma penjana imaginasi anak-anak, dengan logik bebata yang hampir endless tu. Tapi, semua tu tak jadi kalau ayah & ibu tak duduk sekali & bagi peluang kat anak express apa dalam otak dia. Kalau dia tak tahu macamana nak buat, terangkan & bincangkan. Sama macam belajar membaca atau mengira. Masa tak tahu apa-apa, ibu & ayah kena duduk sekali terangkan & bincangkan. Bila anak dah fasih, baru dia boleh baca sendiri tanpa ibu & ayah dia duduk sekali. -End of lousy intro-

Since ayah, ibu dan anak dok berkecimpung dalam bidang pembinaan nih, makin hari makin banyak progress Aqil. Memacam dah dibuatnya sendiri!!.. Kereta mini, kereta sport, bangunan/kedai (ni feveret dia nih), jet, boat, robot, ergghh.. Memacam.. Brick yang ada pun dah tak sempat nak catch-up dengan progress. Time by time, YES! kami kenalkan dengan brick bentuk baru. Atiqah, masih pemusnah. Hish.. Just sikit-sikit dia tahu buatkan. Lain semua abang tolong buatkan untuk dia. Bila bosan, barai laa jawabnya. Abang pun terjerit-jerit kepiluan. Adiknya belum sampai umur yang sepatutnya.



Bentuk baru yang dikenalkan kat Aqil baru-baru ni... (Engine block (warna baru), exaust pipe & turbo piston)

 Bentuk baru yang dikenalkan kat Damia baru-baru ni.. (Kuali, periuk & pinggan) dapur tu abang buatkan semalam.

Baru-baru ni kitorang order sekilo brick baru dari Thailand. Besorak anak-anak. Ada masa lapang je, balik-balik berkurung dalam bilik lego, balik-balik berkurung dalam bilik lego. Dedulu Aqil tu takut nak duduk sorang-sorang dalam bilik dengan pintu tertutup. Sekarang dah tak takut. Mana laa datangnya keberanian tu ntah? Hahaha.. Stock dari Finland & Texas tak sampai lagi.


Bila dah banyak brick baru masuk, dan Aqil pun tengah meningkat kebolehannya, kami fikir nak keep apa yang dia dah bina, supaya pada suatu masa nanti kami boleh tunjuk kat dia sejauh mana dah progress dia. Satu sebab lagi, untuk kenangan, masa luangan ayah, ibu & anak-anak. Kedepan, LEGO dah makin mahal. Sejak wujudnya Legoland kat Johor nun, harga lego dah hampir cecah 300% harga tahun sebelum-sebelum ni. So, selagi "mampu" lagi beli lego, kami akan giatkan anak-anak kami dengan benda lego nih. Selain belajar, bersukan, otak kanan nak kena gilap jugak. Compare to melukis, mewarna, origami & kraftangan, aktiviti berlego nampaknya yang terbaik untuk Aqil. Mainan pun dah tak payah beli lagi. Nak benda apa, buat je. Dah boring, pecahkan dan buat benda lain.

Dalam preparation, since ruangan bilik lego tu dah nak penuh, kami nak kosongkan sikit dulu sebahagian ruangnya. Beberapa set lego pun kami nak "let-go". Tapi custom casing kaca dia tak boleh let-go laa sebab nak isi binaan anak-anak. Jangan ada orang tanya pasal ni pulak. Huhuhu.. Tambahan, Aqil dah sampai tahap bina dari imaginasi sendiri, so kami dah tak perlukan set-set yang dibina ikut manual. Stok lego yang kami order sekarang onwards, semuanya parts & bukan set lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat, atau kenal sesiapa yang berminat nak belikan SET untuk anak atau diri sendiri atau dihadiahkan untuk seseorang, belek-belek laa set yang akan kami perkenalkan ni. Semua set yang di let-go adalah LEGO® original, bukan look-a-like atau made in China. Ini dah batch kedua untuk di let-go.


Maaf.. Tunggu entry seterusnya tentang LEGO ya. Hihi..

Nota kaki : Entry ini disumbangkan oleh Encik Shujin. 

Daa

Kisah Aqil dan Aisy pulak

Assalamualaikum

Kalau Atiqah Damia dah pandai request nak pakai tudung dan tolong cuci pinggan. Aqil pulak lain kisahnya. Aqil sejak dari ada adik memang terserlah sifat "keabangannya". Umur dah lima tahun ni, dah boleh harap untuk tengokkan adik adiknya. Adakala kesian jugak sebab dia banyak mengalah dengan Damia yang agak "keras". Aqil lebih mudah bertolak ansur dan dibawak berbincang berbanding Damia yang kalau hitam katanya hitamlah. Takmo kelabu apa lagi putih. Gelagat anak-anak kan. Hehehe.
Gambar personal favourite

Apa yang berlaku semalam. Shujin di rumah menjaga anak-anak. Since ada kerja yang perlu disudahkan. Aqil ditugaskan untuk jaga adik-adik. Shujin pergi buat kerja dalam bilik. So, pesanan pada Aqil adalah tengokkan adik adiknya. Kami belum harap sangat Damia jaga adik. Tapi kalau Aqil, insya allah dia jaga Aisy betul betul.

Nak jadikan cerita. Aqil ketuk pintu bilik dan cakap kat ayah yang Aisy nak susu. Shujin pulak tengah sibuk. Dia suruh Aqil layankan adiknya dulu. Bila shujin keluar dari bilik, tengok Aqil dah ambil susu dari peti sejuk dan pasangkan puting. Tunggu nak dipanaskan bagi kat Aisy minum. Sambil tu dia dah ambil oat dan nak bancuh air untuk suap pada Aqil. Rasa macam nak nangis aku dengar. 

Dalam situasi lain pulak. Shujin sibuk buat kerja kat depan. Aisy merangkak sendiri masuk bilik, cari botol susu dia. Kata shujin lama dia masuk bilik. Tengok keluar bawak botol susu kosong. Baring kat tepi shujin, hisap botol susu kosong. Hahaha.. Macam perli pun ada. Comel tau Aisy ni. (Boleh puji anak sendiri gitu?) Hehehe..
Susah nak dapat gambar bertiga macam ni. Hehehe..

Daa

Selasa

Advance birthday present

Assalamualaikum

Bulan ni aku masuk tiga siri. Yang ni bukan lagi rahsia. Siap bangga announce kat blog. Ko mampu? Hahaha.. Actually, last month birthday shujin. Biasanya kami tak menyambut. Eksaited sambut birthday anak anak je. Tapi kali ni aku bagi sikit surprise kat dia. Awal awal aku prepare hadiah birthday untuk dia. Walau pun barang yang aku hadiahkan tu bukanlah yang dia nak sangat. Tapi dia sangat terharu katanya. Habis celebrate birthday dia (makan makan kat Rakuzen), terus tanya aku. Birthday aku bulan ni nak hadiah apa. Nak makan apa. Hahahaha..

So, secretly dia belikan aku lotion kegemaran aku. Kebetulan lotion tu dah habis. Sayangnya, surprise dia tak menjadi sebab aku memang akan monitor setiap transaction yang dibuat oleh kad kredit sebab aku yang manage kewangan keluarga. So, bila nampak ada transaction such amount. Aku pun check. Of course la dia tak bagitau aku dia dah beli benda tu. Tapi terkantoi gak. 

Since aku dah tertau. Dia pun bagi je hadiah tu kat aku. Hehehe. Sori shujin. Hadiahnya..?
Advance birthday present. My favorite artistry skin refinishing lotion. Bagi yang tatau lagi pasal lotion ni. Boleh baca review aku di SINI.

Dan aku masih sangat cintakan lotion ni. Thanks for the advance birthday present. Sorry sebab spoiled your surprise. Tapi saya sangat happy :D

Birthday aku hujung bulan.. Hehehe.. Aci tak kalau sendiri buat kek untuk diri sendiri. Hahaha..

Daa

My little girl dah besar

Assalamualaikum

Atiqah Damia.. Satu satunya cucu perempuan my MIL. Kesayangan Mak Longnya yang suka panggil Damia "bunga". Walau pun sedikit ganas, sangat girlish berbanding aku. Hahaha..
Gambar hari sabtu aritu. Nak keluar pegi kenduri kahwin. Request nak pakai tudung dengan letak gincu. Hehehe.
Gaya bergambar tangan cekak pinggang. Sampai rumah kenduri tudung dah ke mana mana. Hehehe.. Takpe lah. Permulaan yang baik. Dia yang request nak pakai macam ibu. 

Aku ajak diorang tolong sikit sikit kerja di rumah. Mop lantai aku tak guna mop. Aku guna kain dan lap. So aku bagi kain sorang satu. Ajak diorang lumba lap lantai supaya bunyinya lebih menyeronokkan. Hehehe. Lepas makan, aku suruh diorang letak pinggan masing masing dalam sink. Alhamdulillah, Damia volunteer nak cuci sendiri pinggannya. Walau pun tak cuci sangat, tapi aku sangat bangga sebab dia mula nak tolong aku buat kerja rumah. Sidai towel pun, aku start ajar diorang letak towel kat penyidai. Aku tak suruh sidai. Aku cuma suruh letak je. Nanti aku sidaikan. Tengok tengok, masing masing gigih belajar nak sidai towel. 
Dengan beg beroda hadiah dari kad kredit Citibank ibu. Hihi..
Gambar bonus Aisy Thaqif posing dengan Aqil Mubarak pukul 12:30 malam. Dah tidur, dia terjaga sebab abang main game bunyi kuat. Lepas tu gelak gelak. Ingat lawak la tu. Ibu dia dah la ngantuk. Hahaha..

Daa

Isnin

Wajib ada di rumah!

Assalamualaikum

Satu insiden berlaku sebaik aku selesai masak makan malam. Tengah sibuk nak menghidang lauk, Aisy datang celup tangan dalam kuah sayur yang baru angkat dari dapur. Baru mendidih! Tertumpah kat kaki aku sekali. Aku pun jerit tengok dia dah nangis sakit. Cepat cepat aku angkat dia dan letak allano lotion.

Aku lumur habis kat bahagian tangan yang kena tu. Sampai lupa nak apply kat diri sendiri. Tak sampai lima minit dia berenti nangis. Tangan pun dah tak merah. Membuas semula.


Tangan yang kena air panas. Da lepas apply.


Budak lepas rasa tangan tak sakit.


Losyen allano penyelamat kami.

Actually tak magic pun losyen ni. Salah satu kandungannya adalah lanolin dan allantoin yang dikatakan membantu untuk heals melecur, luka kecil dan kegatalan. Even bagus untuk ruam lampin dan elak stretch mark. Kalau kena air panas atau api, cepat cepat sapu allano lotion ni kat tempat terkena. Insya allah perit sebab melecur akan hilang serta merta. Kulit pun tak jadi melepuh dan berair. So, parut pun tiada. Hehe. Kalau kena gigit serangga dan timbul merah tu boleh sapu jugak untuk kurangkan gatal dan bengkak.

Lotion ni dalam bentuk foam. Satu botol tu boleh tahan lama. Agak berbulan la baru habis. Harganya cuma RM35. Losyen macam macam guna terutama sebagai first aid kit bila berlaku kecemasan. Berbaloi baloi. Pelbagai guna. Guna untuk urut lepas kemalangan pun bagus kata Kak Zakie.

Kalau ada yang berminat boleh email kesoma.rai@gmail.com.

Sharing is caring kan.

Daa

Resepi mudah makanan bayi

Assalamualaikum

Memasak untuk bayi adalah paling mudah bagi aku. Tinggal rajin ngan malas je. Tak payah fikir nak bagi cukup garam gula rempah bagai pun.

Tengok budak ni. Semangat je nak makan. Haha..

Aisy start makan bila cukup 6 bulan. Bagi aku perkara paling susah adalah nak mengelak dari orang yang nak bagi "cuba rasa" macam macam makanan yang tak sesuai dengan umurnya.

Mula mula start makan, aku start dengan puri buah dan sayuran. Carrot, pisang, pear, labu, mangga.. Bila da lapan bulan baru aku start yogurt dan bubur nasi. Nak buat bubur nasi hari hari agak leceh kan. Unless kalau guna slow cooker. Malam masuk dalam slow cooker. Pagi dah siap.

Tapi aku tak rajin sangat jugak. So, weekend, aku basuh beras.. Sangai sampai kering dengan api perlahan. Untuk elak dari beras hangit, pastikan sentiasa kacau dengan sudip. Blender kering. Jadi beras untuk bubur instant. Hehe..


Simpan dalam bekas. Bila nak guna, ambil sesudu. Mula mula aku bagi nasi semata mata. Gradually tambah sayur dalam tu. Sekarang aku letak bebola ayam buat sendiri nak bagi ada rasa ayam. Bawang putih dan beberapa biji habbatus sauda.


Yang ni aku letak wakame (seaweed jepun) yang dipotong kecik kecik.

Makan je dak kecik tu. Alhamdulillah so far aku slowly introduce pada makanan dan belum pernah kena sembelit. Aqil dengan Damia dulu pernah gak kena. Harap harap dia terus ok.

Hmm.. Nak beli cauliflower pulak nanti..

Peringatan : Makanan bayi bawah umur setahun tak perlu letak garam dan gula.

Daa

Ahad

Segalanya boleh didapati di Mudah.my

Assalamualaikum

Kawan aku share kat wassap.

Wakaka.. Air tin pun jual kat mudah beb. Ko mampu?

Happy sunday~

Sabtu

Crunchy chewy gooey brownies mudah dan pantas

Assalamualaikum

Lama dah aku teringin nak try buat brownies ni sebenarnya. Nak membuatnya pun sangat mudah. Tak payah keluarkan mixer. Cukup dengan sudip kayu atau spatula.



Choc fudge brownies
Sumber : buku resepi bread and baking.
Bahan
125g butter
175g plain dark choc - chopped
150g tepung, 225g sugar - kurangkan kalau tak suka manis. Aku guna 200g pun maneh
2 tsp vanilla essence
2 eggs lightly beaten

Melt butter & choc guna kekdah double boil. Transfer to large bowl. Biar suam sikit. Masuk gula, vanilla dgn telur. Kacau sebati. Masuk tepung. Kalau rajin sift.. Pastu fold dgn spatula. Masuk dlm bekas. Masuk oven yg dah prehated 180darjah. Bake 30min atau sampai masak.

Toppingnya choc fudge. Tapi aku tak buat. Malas. Hihi.


Happy saturday.

Jumaat

Terima kaseyyy Nuffnang

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Da berapa lama tak jenguk Nuffnang daa.. Walau pun ciput tak sehebat blogger otai. Dapat gak la sesikit. Buat beli jajan anak anak. Alhamdulillah..
Selamat berhujung minggu. Masih ada yang ada program korban ke hari ni..? Hari ni last kan..

Daa

Khamis

Saya tak suka cuti

Assalamualaikum

Sebenarnya bukan tak suka cuti. Tapi tak suka kerja berlambak lepas cuti. Hehehe.. Maklumlah. Kita ni anak tiri. Kerja kena buat sendiri. Orang lain nak cuti ditolong tolong. Sobs..

人生は全くもって甘くありませんな!

Anyway.. Aku cuba ambil masa sikit sikit untuk update dan menjengah cerita kawan kawan. 

Terima kasih sudi datang menjengah membaca kisah tak seberapa aku ni. Sobs..

深く感謝しております。

(Mabuk menyiapkan translation untuk sistem baru T_T)

Daa

Rabu

Nak diet?

The best way adalah.. Divide meals kepada 6 small portion, bila tak terlalu lapar, kita pun tak terlebih makan.. Fokus pada makanan yang berkualiti dan bukan saja pada kuantiti. Jangan berlapar semata mata nak kurus.

Pesanan seikhlas hati dari Nutrilite :D

Take care.

Daa

Khamis

Cara cara memadam corak LEGO

Assalamualaikum

Kalau korang biasa dengan LEGO, kadang2 korang ada kepingan bata lego yang lama yang ada patern/design/printing yang korang taknak. Pastu korang terfikir, "bagusnya kalau aku boleh buang design ni dan buat design aku sendiri". Boleh ke?? Hahaha.. BOLEH! 

Sini aku nak share. 
Barang-barang yang diperlukan : 
1 - The brick (lego tu laa.. Kalau tadak cemana nak buang printingnya) 
2 - Kain yang licin (kain buruk pun boleh asalkan permukaan dia tak kasar. Kalau kasar, brick akan calar.) 
3 - Sebekas air bersih 
4 - Metal cleaner (pencuci tembaga kalau bahasa kampungnya) 

Mula-mula, rendam lego tu dalam air bersih tadi lebih kurang 5 minit. Kalau semalaman lagi baik. Lebih dari semalaman... Korang nak buat apa? Hahaha.. Kemudian, keluarkan lego tu lap sampai takde lagi titisan air yang kelihatan. Kalau permukaannya lembab-lembab gitu, cun arr. Kalau kering kontang, korang kena masukkan larutan yang bagi brick tu serap air. Kalau aku, aku guna LOC je. Kalau korang nak buat banyak keping lego nya, buat sekeping2. 

Jangan buat banyak serentak. Takut nanti legonya kering sebelum korang sempat buat langkah seterusnya. Langkah ketiga, letak metal cleaner pada permukaan kain dan gosok kat printing yang ada pada brick. Kain ya? Jangan guna berus! Apa jenis metal cleaner pun boleh, tapi untuk result terbaik pada aku, guna LOC Metal Cleaner. Kalau guna yang cap murahan sangat tu, takut permukaan brick tu calar. Nanti nak apply printing baru dah satu keje susah pulak. Kalau nak guna metal cleaner murahan pun ada. Nama dia Colgate. Pun boleh, tak calar. Lepas ni sesapa nak cuci jam ke gelang ke, guna Colgate. Serious boleh. Caranya sama. 

Balik pada tajuk, ada beberapa cara lain yang orang lain pernah kemukakan contohnya, guna kertas pasir yang halus, guna thinner dan banyak lagi. Tapi semua tu tak baik pada pandangan aku. Kalau guna kertas pasir, printing akan hilang begitu juga dengan ketepatan brick tadi. Lego is all about percision. Tak tepat? Tong sampah laa tempatnya. Kalau guna thinner, permukaan brick akan melebur macam kena asid. Lego bukan plastik biasa! 


Last sekali, cuci brick tadi dengan air sampai anda yakin yang metal cleaner atau ubat gigi tadi betul-betul dah takde. Sebab kalau ada yang tertinggal, kepingan brick tu akan terhakis dari masa ke semasa bila kita main dengan dia. Biasanya aku rendam dalam bekas air sambil gosok dengan tangan lepas tu aku basuh throughly dengan paip pulak. Lap sampai kering dan biar dia sekejap kat tempat teduh. Siap. 
NOTE : Teknik ni bukan sahaja boleh digunakan pada LEGO dan hobby kit, malah kat kesan kotoran degil pun boleh. Contohnya, pintu peti sejuk, remote control dan lain2 tempat yang ada kesan kotoran degil in which tangan kita tak boleh elak menyentuh.

Sponsored post by Shujin :D

Daa

Resepi sarapan pagi mudah sedap

Assalamualaikum

Kalau semalam aku dah share sarapan sihat dan ringkas, hari ni nak share sarapan pagi mudah sedap, tapi tak berapa nak sihat.. Hehehehe..

Churros.. Bunyinya macam kuros.. Tapi kalau makan sampai sebakul, takde maknanya nak kuros. :P
Ulat gendon.. Hehehehe
Resepi sarapan pagi mudah sedap gaya western. Wakaka..
Bahan bahan
1 cawan air
2 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak

Masak sampai mendidih. Tuang dalam bekas lain. Letak 1 cawan tepung gandum. Adunan agak melekit. Masuk dalam piping bag. Kalau nak cun letak nozel bentuk bintang. Biar rangup.
Share & earn [Klik Di sini]

Pipekan terus masuk dalam minyak panas. Goreng sampai warna keemasan. Dah agak sejuk. Gaulkan dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis. Perghh.. Habis sebakul tak perasan derr..

Bukan saja sedap untuk sarapan pagi. Untuk minum petang dan sebagai kudapan pun sedap. Selamat mencuba.

Nota kaki : Shujin susah ati tengok aku asyik masak je. Sampai gigih bangun buat sarap benda ni. Hahaha..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com