Isnin

Penyelamat doniya


Uryaaa

Hiyarkhhh



Ni resaksanya.. Aummm.. Ganas tak..?

Jumaat

Macam mana makan orange?

Assalamualaikum

Oranges are a great source of vitamins, minerals, antioxidants, phytonutrients and other free radical fighters. What's your favorite way to eat an orange?

Daa

Khamis

Gelagat budak nak besar

Assalamualaikum
Muka bila kantoi sepah CD ayah

Rilek ah ibu.. Jap lagi ibu kemas okay

Tak payah DNA test kan
Mood+idea nak menulis ke laut.. Ada banyak benda nak tulis. Tapi bila bukak blog je rasa blank. Tatau nak susun ayat cemana. Hahaha..

Daa

Rabu

WW : Jom exercise


Selasa

Cubaan mewarna bricks

Assalamualaikum

Bab Lego biasanya shujin yang rajin melayan anak-anak. Aku agak kurang minat. Tapi dengan sedikit desakan (baca : paksaan) haha.. Shujin ajak jugak aku memeriahkan suasana dengan tolong touch up sikit robot anak-anak. Actually, mulanya nak suruh aku warnakan Lego, tapi aku tak berani. First try la katakan.

Robot murahan je yang ni
Bahagian yang akan diwarnakan

Proses mewarna. Ketaq tangan..
 Aku rasa the trickiest part adalah nak bagi warna tu sama rata dan permukaannya smooth tanpa bubble bubble. Dan of course juga supaya warna tak terkeluar dari landasan yang benar. Hehehe.. Hasilnya...? Tungguuuu~~

Stay tune okeh.

Tapi rasanya aku boleh hooked up dengan aktiviti mewarna Lego ni. Da boleh rasa kenapa shujin minat sangat.. Hahaha..

Daa



Isnin

Perkembangan Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Walau pun aku rajin ngapdet gambo Aisy, tapi super malas bila bab nak update pasal perkembangan dia. Usia 7 bulan+.

Pemakanan
Susu ibu masih nombor Satu
Puri pisang, karot, mango, betik
Oat, bubur nasik
Buah apple, pear
Makan dua kali sehari
Semua benda nak test bite
Perkembangan fizikal
Gigi dua batang bawah, 1 batang atas

Perkembangan mobility
Merangkak masa 6 bulan
Boleh duduk dengan agak stabil
Da boleh panjat naik atas tilam (Turun dari tilam kepala dulu T_T)
Mencangkung
Meniti sambil pegang cabinet tv
Dah tau kalau orang panggil nama Aisy.. Kalau panggil Aisy je sengeh sengeh.. Kalau panggil Thaqif muka serius. Hahaha..

Sekarang ada minat yang sangat mendalam pada Lego abang. Asal nampak bilik simpanan Lego tu terbukak je mesti ke sana dulu..

Semoga anak ibu membesar sihat dan kuat.

Daa

Kad selamat hari raya~

Assalamualaikum

 

Yey~~ Akhirnya.. Kad yang aku ingatkan hilang ditengah jalan, rupanya sampai jugak..

 

Handmade by Reitta.. Terima kasih banyak Rietta!

 

Happy happy.. Isnin yang happy walau pun sampai opis lambat. Hahaha..

 

Daa

Khamis

Cara tolong kawan yang ada mulut berbau

Assalamualaikum
Hadiahkan glister mouth spray kat dia masa birthday. Hehehe.. Bagus untuk orang yang merokok dan ada anak kecik. Lepas smoking je terus sembur. Size kecik muat masuk dalam poket. Satu botol kecik ni boleh 250kali sembur. Kalau kurang smoking, tahan lama la. Kalau yang suka makan petai masa lunch pun boleh sembur sebelum jumpa client.

Aku kalau gatal tekak pun guna buat sembur. Best. Hahaha..

Daa

Rabu

WW: Hadiah Birthday Aqil Mubarak

Kapal dan kereta tu semua custom made by shujin

Dari kiri, Ibu, Damia, Aqil, Aisy dan Ayah.

Selasa

Sedikit info tentang imun sistem

Assalamualaikum

Aku perasan yang ramai tanya...Habis, kalau tak vaksin macam mana nak melindungi anak dari penyakit..?

Bayi dalam perut dilindungi oleh ibunya, sebaik lahir, ia akan dilindungi oleh antibodi dari darah ibu yang masuk ke tubuh bayi melalui tali pusat dalam 3 bulan terakhir di dalam rahim ibu. Ianya dipanggil imuniti pasif. Antibodi ini akan berkurang dan bayi akan mula menghasilkan antibodi sendiri. Teorinya, vaksin adalah untuk stimulate imun sistem bayi untuk menghasilkan antibodi terhadap sesetengah penyakit yang dikatakan berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Malangnya, oleh kerana sistem imun bayi masih belum berkembang, bagaimana respond sebenar imun sistem terhadap vaksin masih belum diketahui sepenuhnya. Lebih lebih lagi sebab tiada data tentang ini dan faktor keselamatan juga perlu diambil kira.

Contoh yg mudah macam ni.. Kalau orang ada lesen, cara dia respond terhadap perkara yang berlaku atas jalan raya, mungkin kita boleh predict. Kalau ada lampu merah, akan berhenti. Kalau simpang kena slow. Tapi bagi orang yang tak pernah bawa kereta, takde lesen. First time naik kereta, dia pun tatau nak respond macam mana.

Sistem imun bayi akan terus berkembang dan mula matang sehingga umur 5 atau 6 tahun. Bagi bayi yang disusukan dengan susu ibu, ia akan mendapat bekalan antibodi ibu melalui susu ibu. Susu ibu adalah vaksin semula jadi. Sebab tu orang barat pun dah mula menggalakkan penyusuan susu ibu sampai umur 2 tahun. Yang menariknya, kalau seorang ibu pernah kena chicken pox, dia akan menyalurkan antibodi terhadap chicken pox pada anaknya. Begitu juga penyakit lain. Tapi... ada satu kajian menunjukkan bahawa, kalau ibu tu mendapat vaksin, jumlah antibodi yang disalurkan pada anak terhadap penyakit tersebut akan berkurang. Still, tak bermaksud ambik vaksin adalah the only choice yang kita ada.

Kajian sendiri menunjukkan bahawa, imun sistem bayi adalah lebih kuat dari yang kita sangkakan. Walau pun artikel yang aku share ni adalah artikel yang menyokong vaksinasi, tapi kalau baca betul betul ianya adalah satu bukti bahawa vaksin adalah tak perlu. Kalau kata secara teorinya vaksin boleh diterima oleh bayi adalah sampai 10,000 vaksin dalam satu masa, kenapa tidak satu atau dua penyakit dalam satu masa?



Sistem pencernaan adalah penyumbang pada imun sistem yang terbesar. Tak silap lebih kurang 70%. Ada juga yang kata sampai 80%. Ada satu pesanan Rasulullah juga ada menyebut bahawa banyak penyakit adalah berpunca dari perut. Dan ianya bukan saja tentang apa yang patut kita makan, tetapi juga apa yang tak patut dimakan. Beri air kosong pada bayi yang baru lahir memusnahkan lining pada perut bayi dan mengurangkan imun sistemnya. Antibiotik dan vaksin juga dikatakan memusnahkan flora dalam digestive track. 
Antibiotic damage to gut flora may be permanent 
Damaged gut flora menyebabkan pelbagai masalah termasuk masalah mental - Gut flora & mental illness

Flora dalam digestive track ni sepatutnya dikekalkan dengan seimbang. Satu case study kontroversi yang dilakukan oleh Dr Andrew Wakefield menunjukkan bahawa, kebanyakan kanak-kanak yang autism mengalami masalah irritable bowel disease. Teorinya ia mungkin disebabkan oleh vaksin. Walau pun ianya belum dibuktikan oleh kajian main stream, namun banyak kajian yang menunjukkan bahawa, gut flora mempengaruhi brain function. Bukan itu saja, imbalance gut flora boleh menyebabkan obesity, asma, ekzema dan imun sistem jadi lemah. So, sedikit sebanyak ianya explain kenapa kes asma, ekzema, autism sangat berleluasa kerana penggunaan ubat moden yang memusnahkan keseimbangan gut flora dan mengganggu fungsi dan perkembangan imun sistem. Dan masih ramai yang blame genetik T_T



So, sekarang kita tau yang menjaga apa yang masuk ke dalam perut adalah sangat penting bukan saja untuk imun sistem, malah penting untuk perkembangan mental seseorang. Yeah, of course fizikal juga. Satu kes yang aku terbaca, orang ni suka makan sayur dan minum air cukup, tapi still kena sembelit. Rupanya gut flora dia tak balance. Aku tak reti nak terangkan how it connect, tapi lepas dia makan probiotic sebagai treatment, simptom tu pun hilang. 

Thats why kita kena ambil berat apa yang masuk dalam perut anak dalam usia awalnya. Kesannya mungkin kita tak nampak terus, tapi later ia boleh jadi. Sama ada kita sedar atau tidak. So, jangan la buli perut anak dengan bagi macam macam benda sebelum 6 bulan tu. Dan sebaik nak introduce makanan tu, make it slowly. Aku tau sangat exciting tengok anak comot comot makan makanan macam orang dewasa. Tapi make sure kita sebagai ibu bapa kena faham yang budak masih dalam proses belajar.

In case, kalau terpaksa jugak makan antibiotik atau cucuk vaksin. Atau dah tercucuk vaksin. Ada baiknya cuba bagi makan probiotik. Aku tak nafikan minuman kultur macam yakult dan vitagen tu memang mempunyai live bacteria yang bagus untuk penghadaman, tapi aku skeptikal bab ianya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Better beli plain yogurt dan tambah perisa sendiri. At least kita tau berapa banyak gula yang kita masukkan dan boleh control. Lagi bagus kalau makan plain yogurt dengan buah saja. Atau pun makan makanan yang ditapaikan (fermented) macam tempe, kimchi, miso dan banyak lagi..

Avoid processed food, makan sayur dan buah dan variasikan warnanya. Bukan cuma makan hijau. Kuning putih biru ungu oren pun makan jugak. Sebab sayuran berwarna ni kaya dengan phytonutrient dan tinggi antioksidannya. Antioksidan dikatakan contribute untuk menguatkan imun sistem. Perkara sekecil, minum air yang telah ditapis pun boleh mempengaruhi imun sistem tau.

Sebaik mungkin, kurangkan juga penggunakan bahan yang mengandungi bahan toksik berbahaya. Sabun yang digunakan kat rumah pun. Kalau boleh gunakan product yang kurang bahan kimia berbahaya. So far, aku gunakan sabun sabun yang environment friendly. Katanya baik untuk alam, baik untuk kita. 

Aku rasa tak sedikit jugak kot.. Hehehe..
Harap info ni membantu.

Daa

Sabtu

Sambutan ulangtahun Aqil Mubarak

Assalamualaikum

Birthday Aqil kami sambut sederhana. Since takmo delay sambutannya, kami sambut sama kami je. Tanpa sambutan besar besaran. Makanan dan kek buat sendiri.











Kek red velvet deco huduh huduh, cheesy meatball konon ala pizza hut, mac & cheese. Actually ada mille crepe doyan. Tapi tak keluarkan dari peti sejuk lagi.

Yang paling laku adalah cheesy meatball tu. 20bijik tak cukup woo.. Nanti nak kena buat lagi katanya..

Daa

Jumaat

Aisy, imunisasi dan vaksinasi

Assalamualaikum

Pernah aku ceritakan sedikit sebanyak pasal keengganan aku cucuk Aisy dengan vaksin. Aisy cuma sempat dapat HepaBig dengan BCG masa lahir. Lepas tu aku tak continue dengan vaksin yang lain. Entry ni mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan Fara tentang apa yang aku bagi pada Aisy dan anak-anak lain since aku da tak vaksinkan diorang.

Since aku pilih untuk reduce dan seboleh mungkin eliminate penggunaan ubatan untuk kami sekeluarga, proses jadi lebih mudah. Especially antibiotik. Aqil dan Damia dah FREE dari segala ubat demam, batuk selesema sejak lebih setahun. Kalau demam, aku still bawak dia pergi klinik untuk diagnosis, tapi so far diorang berjaya sembuh dengan natural remedies. Alhamdulillah. Aisy dah masuk 7 bulan pun totally FREE dari segala jenis ubat. Demam dua kali, sembuh dengan susu ibu semata mata.

Cabaran adalah bagaimana meningkatkan sistem imun anak-anak.

Untuk Aisy, of course dia masih full breastfeed. Aku baru start bagi makan masa dia 6 bulan. Makan puree buah buahan dan sayuran. Bubur nasi aku baru nak start bulan ni. Makanan dia tak ada campuran gula dan garam. Insya allah aku cuba sampai at least setahun. Selain tu, kadang kadang aku coletkan madu dan kurma kat mulut dia. Aku sendiri, aku amalkan makan habbatus sauda yang biji biji tu, makan chia seed, supplement tambahan. Aku bukan clean freak dan aku memang tak sempat nak mengemop hari hari. Tapi aku rasa, sedikit exposure pada kecomotan juga membantu melatih imun sistem anak anak. Macam masa kita kecik dulu dok main hujan sesekali kan. Cuma zaman sekarang ni hujan pun agak bahaya, so aku takde la bagi diorang main air hujan.

Jatuh sakit is actually not a bad thing. Demam selesema dapat melatih imun sistem anak. Dengan penjagaan yang betul, ianya bukanlah satu penyakit yang menakutkan. Sama macam chicken pox, demam campak.. Banyak medical advice akan kata "let the fever take it course" Tapi bukanlah bermaksud biar je anak sakit tak buat apa apa.

Nanti ada masa aku share tentang panduan asas untuk meningkatkan imun sistem. Boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Daa

Happy belated birthday Abang Aqil

Kecik kecik main PS2







Birthday Aqil 11 September. Hari Rabu aritu. Aku cuma buat kek dan sikit makan untuk our small family. Takde party beria pun. Tapi tuan punya badan sangat happy sebab dapat hadiah grand dari ayah. Senyum je for the whole day.

Semalam duk dengan ayah. Dia request kata malam nak tidur sendiri. Bila shujin nak keluar pergi ambik aku, dia kata dia da besar, nak tinggal kat rumah dengan Damia. Ayah bawak Aisy je. Puas pujuk ajak ikut sebab tak pernah tinggal pergi jauh. So shujin bawak jugak. Next time bila ibu dengan ayah pergi dekat dekat abang tinggal okay.

Makin besar da anak ibu. Tahun depan nak sekolah dah.. T_T

Happy birthday sayang.

Daa

Khamis

Bagaimana DNA babi boleh wujud dalam vaksin

Assalamualaikum

Just nak share sedikit info yang aku dapat dari group vaksin.
1. VERO cell-sel epitelial buah pinggang monyet hijau Africa. Sel ini digunakan untuk "menternak" (culture/cultivate) virus terutamanya virus mamalia. Virus yang digunakan untuk dijadikan vaccive diternak dalam cell ini menggunakan teknik "Animal Cell Culture atau Kultura Sel Haiwan"

2. Serum-Dalam teknik kultura sel haiwan ini serum yang digunakan mungkin dari lembu atau anak lembu digugurkan (calf feotus serum). Dan vaccine dihasilkan di negara bukan Islam dan oleh syarikat bukan Islam maka status sembelih mereka diragui. Mungkin juga serum digunakan bersumberkan babi. Dalam masa sama serum adalah bersumberkan darah, di mana darah adalah diharamkan makan dan juga najis.

3. Dalam teknik kultura sel haiwan ini, sekiranya sel yang diternak adalah jenis "anchorage dependent cell" maka untuk detach cell tersebut, enzim trypsin akan digunakan. Trypsin utama digunakan adalah babi, dan ada juga trypsin lembu namun adakah lembu tersebut disembelih?

4. Beberapa virus yang digunakan untuk dijadikan vaccine adalah bersumberkan babi contohnya virus rotavirus dan dikatakan juga virus polio

5. Bacteria yang digunakan sebagai vaccine pula (samada sekor hidup, sekor yang dilemahkan , sekor yang dimatikan atau component "badan/isi" bacteria) diternak di dalam media yang mengandungi ekstrak daging, peptone, tryptone, etc yang mana kesemua terbitan protein di atas kebanyakannya bersumberkan haiwan samada lembu, kerbau, kambing, ox, babi, bebiri. Adakah haiwan yang digunakan untuk dijadikan terbitan protein untuk menternak bacteria tersebut disembelih secara syarak? Babi pula macam mana?

6. Extrak daging (meat extract) yang digunakan dalam dalam media penternakan bacteria bagi jenama MERCK menggunakan enzyme pancreatin (porcine source)

7. kemungkinan juga virus HPV diternak dalam HeLa cell (human cervical canser cell), sebelum gene virus diklon dalam yeast untuk penghasilan protein virus rekombinan sebagai vaccine
_copypaste_
Selain itu, sel dari bayi yang digugurkan lebih 30 tahun dulu juga digunakan sebagai tempat membiakkan virus yang digunakan dalam vaksin.  
WI-38 - This line was the first human diploid cell line to be used in human vaccine preparation. Klik pada nama tu untuk keterangan lanjut. Ianya adalah kod nama bagi tisu paru paru fetus yang berumur 3 bulan yang digugurkan. Tak dinyatakan sama ada ianya sengaja digugurkan untuk tujuan penghasilan vaksin atau tidak. Tapi yang pasti, fetus tersebut adalah sihat. Anak omputeh habaq kat hang..
Tambah lagi..dalam kaedah subculturing nya tu ada menggunakan enzim Trypsin EDTA iaitu babi origin.

MRC-5 - Ini pulak adalah tisu paru paru fetus berumur 14 minggu. Caucasion jugak. Dari tahun 1966 beb. Lagi tua dari aku. Jantinanya lelaki. 
Ada satu lagi jenis tisu manusia yang digunakan. Iaitu HeLa cell. Dinamakan sempena nama manusia yang mati akibat kanser serviks. Antara sel yang paling kerap digunakan untuk membiakkan virus yang digunakan dalam vaksin.
Terdapat banyak perdebatan yang menafikan bahawa medium kultur yang digunakan ni masih wujud dalam end product yang dicucuk pada kita. Tapi hakikatnya, telah wujud vaksin yang dicemari dengan DNA babi dan haiwan lain yang digunakan untuk proses penghasilan vaksin tersebut. Contohnya seperti Rotarix.
Why it is dangerous to have various animal DNA in vaccines - cekidaut..
Banyak perdebatan tentang keselamatan dan kebaikan melebihi risiko dalam bab vaksin. Ambil masa dan baca perlahan lahan. Kesan vaksin bukan saja sehari dua atau seminggu dua selepas vaksin. Malah risikonya sepanjang hayat. Tapi, siapa tahu..?
Aku sekadar share. In the end, ibu bapa yang live with the result daripada apa juga keputusan yang dilakukan.
Daa

Rabu

Kelebihan kad kredit Citibank Reward Platinum dan Business Platinum

Assalamualaikum

Dalam rumahtangga, wajib ada salah sorang yang jenis "genggam tak tiris". Maksudnya kalau pegang duit susah nak lepas. Ya. Dalam bahasa pasarnya kita panggil mereka ni kedekut. Hehehe..

Dalam family aku, aku la yang kedekut dan berkira tu. Aku memang monitor perjalanan duit keluar dan masuk. Even transaksi kad kredit shujin pun aku monitor. Just monitor la. Bukan aku control. Just nak make sure dia tak pergi clubbing tanpa pengetahuan aku :P

Nak pi clubbing kena ajak bini okeh.

Dah dah. Melalut. Okay. Actually, kebetulan je aku dapat offer dari Citibank untuk apply kad kredit ni. Shujin da pegang Visa dan AMEX dari Maybank. Memang almost takde outstanding. Aku akan make sure payment clear dalam interest FREE period.

So, bukan aku nak menambah hutang dengan Citibank ni. Tapi offer nya adalah sangat tempting tau.

Citibank Reward Platinum VISA
Annual Fee : FREE for life, tapi reward kategori tu kena bayar RM100 bagi setiap kategori. Kenapa nak ambik reward kategori? Sebab kalau shopping kat tempat yang subscribe tu boleh dapat 5x point setiap RM1 yang kita spent.
Promosi : Kalau spend RM500 dalam masa 60 hari lepas kad tu approved, boleh dapat FREE point 20,000 point. Ohsem!
Plan aku : Kad ni aku nak keep untuk shopping barang dapur je. This year aku dapat subscribe 2 kategori secara percuma. Next year aku nak subscribe satu kategori je. Nak guna untuk beli barang dapur je. 


Citibank Business Platinum VISA
Masalah ngan bank kan.. Bila kita apply kad kredit, dia mesti nak bagi banyak banyak kad dengan satu kredit limit. Bengong kan. So aku terpaksa ambik kad ni..
Annual Fee : RM200 per annum
Promosi : Tapi sebab promosinya best, so aku keep dulu kad ni.. Antaranya.. 3x swipe dalam masa 60 hari dapat hard case trolley bag, dapat AEON voucher RM50, dan kalau spend RM500 dalam masa 90 hari lepas approve dapat rebate RM200. Tapi, wajib keep kad ni at least 3 bulan lepas habis tempoh promosi.
Plan aku : Aku dah hampir clear kan syarat nak dapatkan promosi rebate RM200 tu. Caranya? Aku kan meniaga. Semua barang niaga tu aku beli guna kad. Hehehe. Gigih jual set bersalin dengan vitamin bulan ni. Hahaha.. Tapi lepas cukup spending untuk promosi tu, aku clearkan semua outstanding amount dan biarkan kad tu tak guna. Cukup 6 bulan aku potong.

So total benefit aku dapat dari dua kad ni, 20,000 point, AEON voucher RM50, rebate RM200 dan trolley bag.

Pada aku tak guna aku keep dua kad ni sebab aku bukan selalu nak travel ke apa. Aku just nak guna untuk shopping groceries je. 

Nak lebih info pasal kad citi platinum reward klik sini. Untuk kad Citi Business Platinum Card klik sini.

Zaman sekarang berjimat je tak guna. Kena berbelanja secara bijak jugak. 

Daa

Selasa

Bayi digigit beruang

Assalamualaikum


Tengoklah gaya tido dia tu.. Haihh..

Sebenarnya dia tidur tepi beruang. Lepas tu dia menyondol nyondol sampai masuk bawah beruang.. Buahs kemain tidur..

Daa

Slot bersama Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Sejak semakin mobile ni, merata rata dia jelajah. Tak larat nak kepung. Kejap kejap sampai dapur. Panjat itu, capai ini.. Aisy aisy..


Da pandai mencangkung. Entah apa dipomennya kat kerusi tu








Lawak pun ada. Nak marah pun tak jadi.

Macam macam..

Daa

Isnin

Nak kerja tapi...

Sapa search ni sila angkat tangan!! hahaha..

Aku pernah mengalami masalah kerisauan gaji tak berkat sebab tak buat kerja. Zaman kerja angkat tepon. Ye lah. Dah takde orang tepon. Mana nak ada kerja. Mak aku kata, bukan kita curi tulang.. Tapi kerja yang takde. Insya allah berkat..

Daa

Pengurusan kad kredit

Assalamualaikum

Aku rasa ramai yang tak nak gunakan kad kredit sebab tak perlu, lebih suka gunakan cash atau tak suka berhutang. Lebih ramai lagi yang tak nak gunakan kad kredit sebab takut overspent, hutang dah terlalu banyak, takut riba' dan sebagainya.

Aku pun tak suka berhutang. Prinsip aku kalau guna kad kredit adalah "Do not spend money that you don't have". Setiap kali nak swipe, aku make sure yang duit nak membayarnya dah ada. Atau pun aku dah ada plan untuk dapatkan duit untuk pembayaran kad tu dalam tempoh free interest.

Actually, aku bukan gunakan kad kredit untuk berhutang. Aku gunakan kad kredit sebab ianya lebih convenient dari cash, dan sebab dapat point. Ada juga promosi yang bagus untuk pengguna.

Setiap kali nak gunakan kad kredit, aku make sure aku bayar terus sebaik ianya di cas ke akaun. Ini penting untuk elakkan daripada kena bayar interest bila tak habis bayar.

In case kalau nak kena buat bayaran pada amount yang agak besar, melebihi bajet bulanan, aku akan cuba sedaya upaya untuk buat bayaran selepas tarikh statement keluar. So that aku ada lebih masa nak jelaskan bayaran sebelum statement seterusnya keluar. Faham tak..?

Contoh..
Statement keluar pada tarikh 8hb. Aku gaji 25hb. Nak kena bayar insurans kereta rm1k pada bulan Ogos. Ianya melebihi bajet bulanan. So, buat bayaran pada 9hb Ogos. Dan jelaskan bayaran sebanyak yang mampu dalam bulan tersebut (guna gaji yang dapat pada 25hb July). Amount yang tinggal tu cuma akan keluar pada statement yang dikeluarkan pada 8hb September. So tarikh akhir bayaran baki duit insurans kereta tu adalah pada 28hb September. So sempat 2x gaji (gaji 25Ogos & 25sept) untuk jelaskan bayaran sebelum dikenakan apa apa penalti.

Tapi make sure settle kan statement amount sebelum tarikh bayaran yang ditetapkan. Iaitu 20 hari selepas statement keluar. Dalam contoh aku tu 28hb la.

Aku sangat suka gunakan kad kredit sebab banyak benefit dan promosi. Contohnya 5x point utk setiap seringgit yang kita spend. Kalau Amex diorang ada buat sampai 8x point tau. Kejap je banyak point. Selain tu ada jugak promosi sempena baru register kad bagai. Kalau boleh segala benda aku nak bayar dengan kad kredit. So far, bil letrik, bil telefon, internet semua aku bayar ngan kad kredit. Shopping groceries lagi la.. Kecuali beli diapers Aisy sebab beli kat kedai runcit. Lebih murah.. RM29.90 saja utk petpet M80. hehehe..Bukan apa. Supaya cepat boleh redeem benda. Kejap kejap belek redeem catalog tengok point da boleh redeem apa. Hahaha..

Kad kredit kalau diuruskan dengan baik memang akan memudahkan kehidupan dan memberi bamyak manfaat. Tapi kalau tak mampu nak kawal nafsu baik guna cash je. Still, aku rasa adalah sangat rugi bagi orang yang suka berbelanja tak ada kad kredit.

Dan aku rasa tak perlu ada banyak kad dalam satu masa. Satu jenis kad pun cukup. Especially kalau kad tu berkongsi kredit limit. Membazir je nak kena bayar annual fee dengan tax banyak banyak.

Kad kredit bank mana yang korang pakai yang best? Share lah.

Notakaki : Aku pun bukan tere bab duit ni. Tapi kalau dah nama pompuan mata duitan tu kan, kena la tau sesikit bab ni.

Daa

Aktiviti sihat dengan anak

Assalamualaikum

Selain dari ajak anak anak tolong memasak, mengemas rumah, lap lantai dan melipat baju, aku jugak ajak diorang tanam sayur.

Pasu dengan tanah aku beli kat daiso je.Comel kan..

Tapi sebelum tanam dalam pasu ni, benih nak kena semai dulu. Benih tu semai dalam kotak je.


Buat ngan kotak je tapak semaiannya sebab sarang telur yang aku simpan tu shujin da buang. sobs.


Benih lettuce beli kat Econsave je. Serbajadi katanya. Kalau tak jadi saman je Econsave. Hehehe..

Harap menjadi. Aqil hari hari tanya, bila pokok nak tumbuh. Hehehe..

Daa

Ahad

Are you happy today?


Air yang tenang jangan disangka takde buaya..

Buaya pun ada masalah.

hihi

Jumaat

Alat menjimatkan minyak

Assalamualaikum



Jangan marah aa..

Daa

AIF

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Its friday. Minggu ni memang agak memenatkan bagi aku. Macam macam benda. Yang happy yang stress. Tapi semuanya consume banyak energy. Apa pun. Hari ni dah jumaat. Yayy~


Update sikit pasal Aisy. Dah tumbuh gigi sebatang. Dah makin aktif memanjat sana sini. Jatuh pun sama banyak. Asyik merangkak pegi dapur je. Asyik nak capai semua benda masuk mulut. Badan da mula nampak macam turun sikit sebab banyak sangat main.


Balik dari sambut birthday shujin. kepenatan dan kekenyangan


Coming soon birthday abang.. Nanti ibu buatkan kek okay.


Hasil jualan set bersalin dan vitamin. PWP hand vacuum Lebensstil. Boleh vacum basah dan kering. Best!

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com