Jumaat

Akhirnya.. Kisah makan raya

Assalamualaikum

Sebenarnya aku agak segan nak bercerita pasal kisah makan ni. Sebab bukan open house pun. Sekadar menjemput kawan kawan yang menyuarakan hasrat nak datang beraya di rumah kami. Since ibu beranak tiga macam aku ni susah nak keep rumah in order, aku memang tak menggalakkan orang datang buat surprise. Takut ada yang sakit jantung tengok keadaan rumah aku nanti. Hehehe.

So lebih mudah kalau aku khaskan satu hari untuk sesiapa yang nak datang. So, maaf kalau aku tak dapat jemput ramai sebab kapasiti aku sendiri, takut tak dapat nak entertain ramai sangat jemputan. Still.. Kalau ada yang nak datang ke rumah, inform la 2-3 hari sebelum. Insya allah aku sediakan rumah untuk diterjahi. Hehehe..

Makan-makan raya ni aku buat weekend lepas. Hari Ahad. Menunya simple je. Bihun+sup ayam (sambal kicap bagai), specialnya (perasan kan special. Macam la sedap sangat) sebab rempahnya aku tumbuk ngan lesung batu tak guna blender. Perangai macam mak aku jugak. Tak boleh lepas dari lesung batu. Hahaha.. Alhamdulillah ikut perangai mak aku kan. Hopefully aku dapat masak sesedap mak. Dan anak anak bangga nak ajak kawan datang rumah sebab aku masak sedap. Hahaha..Selain tu nak tambah wanginya aku gunakan bawang goreng buat sendiri. Bukan yang dibeli. Habis satu rumah pedih mata masa nak menghiris. Sampai menangis aisy.
Budak yang terabai sepanjang persiapan. Kesian sangat..
Oh sambung cerita menu. Hahaha.. Nasi impit, boleh makan dengan sup, ayam dicarik untuk jadi soto, atau pun makan dengan kuah kacang dan serunding kelapa. Kakak ipar tolong buatkan kuah kacang tu dengan kuih malas (jejemput, atau cucoq sayur). Air sirap je. Hehehe. Serius aku busy gila sampai tak sempat nak ambik gambar menu bagai. Tapi Alhamdulillah. Kebanyakan yang dijemput dan yang kata nak datang, dapat menghadirkan diri. Agak riuh rendah suasana di teratak kecil kami. Sampai nak masuk maghrib baru tetamu terakhir pulang.

Aha.. Antara blogger yang datang.. Kak Aizamia, suami dan dak Nuha~~. Kakak dengan abang tak datang pulak. Ke rumah nenek mereka katanya..
Geram tau tengok. Nak picit je rasa!
Yang tersesat barat dan hampir tak jadi sampai, akhirnya sampai jugak. Hahaha. Thanks Irfa, Hajar, Abam, cik viva dan adik adiknya. Sori ya peminat. Gambar Irfa tak ada. Sebab aku dah nak pengsan masa tu. Hahaha. Kebetulan kakak aku dengan kawannya datang jugak. Tapi diorang tak sempat makan sup aku sebab masa tu tengah top up sup kali ketiga. Aku masak sup dalam high pressure. Untuk tetamu yang sampai petang tu terpaksa tunggu sekejap sebab aku top up masak sup ayam untuk batch terakhir. Tapi perencah dah agak kurang. So kuranglah kicknya tu. Shujin kata sup ayam aku sedap sebab rasa keayamannya dan rempah tu. Mungkin sebab aku masak ayam dalam pressure cooker agak lama untuk keluarkan rasa ayam tu.

Pada peminat aku pulak. Ada la terselit gambar yang aku kidnap dari FB kawan sekolah yang datang. Gaya aku tu ada yang kata aku bergwiyomi tapi bukan aku bergwiyomi. Aku tak pernah tengok pun gwiyomi tu. Cemana gayanya aku pun tatau. Aku memang gedik gaya gitu. So sila maapkan perangai cam budak tak cukup umur tu ya.

Sekian kisah raya di rumah kami.

Pada tetamu yang hadir, terima kasih sudi datang. Maaf kalau ada yang terkurang, kalau makanannya tak memenuhi selera. Layanannya terkurang. Jangan serik datang lagi ya. Pada tetamu yang tak dapat hadir.. Rugi lah tak dapat rasa sup tu. Wakaka (bajet sedap gila kot..Biarla orang lain nak kata apa. Yang penting shujin kata sedap kan..)

Daa

Khamis

Contest: Family Potret Raya

Assalamualaikum

Dah lama tak join Contest kan. Sesungguhnya aku memang pemalas. Tapi terpandang contest ni terus jatuh hati nak join. Boleh gitu? Hahaha.. Sebab syaratnya senang bangett..
Gambo gedik laki bini. Tak berapa jelas sebab gamba ni Aqil yang ambik aritu. Bukan senang nak tengok kami bergambar berdua. Hihihi..

Jom join reramai yek..

Puh kanan puh kiri.. Mintak mintak gambo ni bertuah. Wakaka..

Daa

Lego dan jenama bricks lain di Malaysia

Assalamualaikum

Lego memang terkenal sebagai pelopor dalam permainan bricks. Memang menjadi kecintaan bukan saja anak-anak, malah orang dewasa. Sampai dah ada kelab bricks dan Lego dan playgroup untuk anak-anak bagi tambah kreativiti. Yang penting ada sejumlah wang. Lego memang terkenal dengan mahalnya. Opkos la kan. Kualiti material yang digunakan pun superb.
Antara kegembiraan orang lelaki bila dah ada anak (read: shujin ai) adalah ada alasan nak main Lego semula. Hahaha.. So, sejak Aqil besar sikit ni. Shujin dah latih dia berkreativiti dengan Lego dan bricks. Aisy pun dah tunjuk bakat. Damia ada minat, tapi agak kurang berbanding yang lelaki.

So apa jenama yang available kat Malaysia? Adakah berbaloi beli jenama lain selain Lego? Ya.. Yang penting ikut tahap ketebalan poket. Tapi, murah tak semestinya tak bagus. Kebanyakan jenama bricks yang lain juga compatible dengan bricks lego sedia ada. Maksudnya boleh guna sekali. So kalau nak beli campur campur pun tak ada masalah.
Ini adalah jenama yang kami guna, selain kre-o. Kre-o agak mahal. Tapi bagi shujin agak tak berbaloi dengan harga kalau tengok pada kualitinya.
Aqil beraksi dengan Lego dan bricks nya. Kami start dengan beli block yang besar tu. Block murahan beli kat Econsave. Mula mula beli memang memerlukan kesabaran tinggi nak ajar dia sambung dan lekatkan satu sama lain. Tapi once dia dah dapat idea nya. Memang mengujakan nak tengok diorang bina apa.
Dah besar dah Aqil kan.. :D

Apa permainan yang korang selalu belikan untuk anak-anak bawah 5 tahun? Share la jugak.

Daa

Cara memilih avocado

Assalamualaikum

Avocado adalah sejenis buah yang dikatakan mempunyai banyak khasiat. Merupakan antara superfood yang sangat sesuai dijadikan makanan pertama bagi bayi. Walau pun avocado ni sejenis buah, ianya kaya dengan lemak mono-tak tepu (mono saturated fat?) yang mudah ditukarkan menjadi tenaga. Ada terlalu banyak kajian tentang kebaikan makan buah avocado ni. Contohnya..

Previous research has found avocado can help optimize cholesterol levels within as little as one week; contains compounds that appear to inhibit and destroy oral cancer cells, and those that protect against liver damage
Meh tengok nutrition facts tentang avocado
Masalahnya kita kat Malaysia ni adalah. Yang pertama.. Buah avocado ni mahal kemain. Sebiji avocado boleh beli sepinggan nasik. Hoho. Dah la nak pilih pun susah. Masa Damia dulu teringin nak bagi Damia makan avocado ni. Salah beli, beli yang belum masak. Keras kemain. Laki bini duk pening. Hahaha.. So bila jumpa cara nak mengenali avocado yang dah masak ni rasa eksaited nak bagi Aisy cuba pulak. Nasib la jadi anak anak ni.. Bahan eksperimen ibu bapanya. Hahaha..

Aku pun tak penah makan avocado ni. Apa rasa agaknya..

Korang penah makan..? Sedap ke? Kalau sedap boleh la cuba buat smoothies bagai untuk abang dengan kakak sekali. Hihi..

Daa

Rabu

Mewarna Lego dan bricks

Assalamualaikum

Lego dan bricks juga boleh diwarnakan untuk memberikan nafas baru dan personal touch. Contoh macam motor ni..


Nombor pada motor dan motor no 3 telah diwarnakan oleh shujin dan Aqil. Warnanya boleh didapati di kedai kedai Tamiya. Kalau nak murah, boleh je guna warna RM5 beli kat DAISO. Tapi yang DAISO tu jual dalam tube. Next time aku share koleksi warna yang shujin ada.

Aktiviti begini bagus untuk menjana minda kreatif anak anak. Minat boleh dipupuk dari kecik lagi.

Daa

Aisy Thaqif dan kakak

Assalamualaikum

Takde idea sangat nak mengarang sebab nak masuk cerita pasal makan makan raya yang Kak Aizamia dengan Irfa datang aritu, tapi gambar tak masuk lagi pun.. Arghh.. Marah dengan diri sendiri :P

Kemudian.. Pasal Aisy Thaqif da start makan pun belum cerita lagi. His first food adalah kurma. Aku lenyek lenyek dengan tangan je. Tapi Aisy sangat eksaited makan. Kunyah macam nak telan ngan tangan aku sekali. Siap paut bagai. Selain tu sesekali aku calitkan madu manuka kat lelangit dia. So far Alhamdulillah. Najis dia lembut dan takde masalah sembelit bagai. Aku tak intro nasik or any type of grains lagi. Sebab aku nak start intro lepas dia 7-8 bulan. Selepas kurma, aku bagi pisang. Pun dia suka. Baru lepas carrot, apple dengan betik. Apple tu macam ada rasa tangy sikit sebab Aisy buat muka macam benda tu masam gila.. hahaha... So aku stop dulu. Baru try sekali. Ingat nak kena cari apple lain yang lagi manis kot. Aritu beli apple fuji rasanya. Pisang tu aku buh panaskan kejap dalam oven supaya mudah nak lenyek. Patutnya tak payah pun takpe. Saja nak try benda baru. Ngade. Yang carrot aku steam dan blender halus. Tak tapis pun. Tapi make sure takde yang beso lah.

Lepas ni nak beli pear, sweet potato (oren) dengan avocado. Lepas tu baru start barli dengan bubur nasik. Last time, tak reti pilih avocado. Beli yang tak masak. Keras kemain. Hahaha.. Orang kampong katakan. Kat kampong mana ada tanam avocado bagai kan. Hehehe.. Aisy still makan sekali je sehari. Tapi bukan banyak pun dia makan. Susu still utama. Cuma yang merisaukan. Since dia dah pandai merangkak meniti ni sibuk nak main je. Minum susu pun kurang.
Panduan ringkas
So sekarang dah tak exclusive breastfeed baby la Aisy. Hehehe. Tapi masih full. Belum ada campur lagi. Hopefully aku dapat teruskan sampai dia cukup 2 tahun.

Budak kecik tengah main hello kitty kakak.
Daa

Selasa

Bricks and LEGO

Assalamualaikum

Insya allah aku akan post hasil kerja shujin berkaitan Lego dengan bricks dari China ni dari semasa ke semasa. Semoga jadi sumber insprasi ibu bapa berkreatif dengan anak anak masing masing.

Seriously.. Kalau aku yang buat..? Pecah kepala woo..

Daa

Isnin

Pengsan

Assalamualaikum

Bangun lambat (Nasib baik tengah ABC). Keluar lambat. Sampai opis pun lambat.

Tak larattt... Hahahaha..

Semalam buat makan makan sikit. Sikit je pun. Kawan sekolah menengah nak datang rumah. So ajak la kenalan rapat dengan sedara mara. Dah alang alang kan.. Cuma rakan blogger tak ramai yang aku jemput sebab takut tak terlayan. Ye lah. Orang datang rumah bukan nak makan. Tapi nak beramah mesra. So kalau datang tuan rumah tak layan pun tak enak jugak kan. 

Tapi.. penatnya ya Allah.. Serious aku macam nak pengsan je hari ni. Memula nak panggil budak cuci rumah tu. Dengar kata RM30/sejam, terus aku kensel. Dah la pakai barang kita. Puas ati ke tidak tak tentu lagi. Shujin kemas rumah. Makanan semua aku masak. Itu pun plan awalnya nak buat kek la, almond london la. Wakaka. Cita cita tinggi gila..

Ni pun entry ni aku nak tulis sepatah dua kata je, tapi jadi panjang berjela. Ni dah penat gila ni. Nasib baik cuti da sikit. Kalau tak memang aku coti je hari ni.

Entry pasal majlis dan siapa yang hadir nanti aku buat lain.

Ni nak berenti da ni. Hahaha..

Daa

Jumaat

Nunait


Gigih sampai tertido.. Gudnite~



Siapkan ini

Ngantokkkk...

Daa

Khamis

Arghhh~

Assalamualaikum

Email di pagi hari...

"Good Day HOD and Managers

Group IT is in the process restructuring the internet access for all users. This applies to ALL Business Units.
Please assist to provide list of website URL that you and your team are currently accessing for work.
Example, bank websites, government websites.
By default, all social media websites are blocked. If access is needed, please provide justifications"

ARGHHHHH~~

PS : Ni email forwarded dari bos. Aku bukan bos..

Daa

Rabu

LEGO and bricks collection

 Assalamualaikum

Semuanya custom made by shujin. Aqil pun da pandai buat simple simple thing using his imagination. Last time dia buat shopping cart (troli mcm kat pasaraya) dengan snails. Sangat comel.
Kereta dengan jet fighter pun dia da pandai buat. Kira da ada bentuk la. Shujin nak start buat kelas bricks untuk anak-anak 5 tahun ke atas. Start dengan anak sedara dulu. Setiap kelas, akan dapat satu set bricks. Bukan set LEGO original la. Bricks from China. Tapi features lebih kurang je. Cuma materialnya kureng sikit sebab harga pun lebih murah.

Beginner sampai expert level. Termasuk warnakan, bonding kan bricks. Letak corak bagai. Start dari kenal part bricks dan fungsi nya dulu. Nanti aku share apa yang Aqil da buat.

Daa

Isnin

Mengelak kulit muka kering dan kusam akibat penghawa dingin

Assalamualaikum

Panjang gitu tajuknya. Hahaha..

Kulit aku jenis kulit kombinasi. T-zone ala ala berminyak sikit. Area U-zone (pipi dan dagu) tu jenis kulit normal normal gitu. So, pagi sebelum keluar pergi kerja aku memang cuba mendisiplinkan diri apply toner, skin refinishing lotion dan moisturizer. Kesannya memang sangat ok. Kulit muka terasa lembut licin dan jerawat pun tak naik. Cuma masa raya aritu, gatal pakai foundation sample yang FREE tak cuci betul betul, naik sebiji tanduk kat hidung.

Tapi selain dari masa tu memang takde jerawat dah. Skin complexion aku pun aku rasa da semakin okay. Rasanya nak tambah eye cream kalau ada rezeki lebih nanti. Biasanya lepas solat zuhur, kulit akan jadi kering sikit sebab dah cuci benda yang aku apply tu dengan air wudhu', lepas tu expose pada air cond kan. Nak re-apply semua tu memang tidak lah. Touch make up pun jauh sekali. Eh memang tak pakai pun kan. Hahaha.

Memandangkan aircond kat office ni agak kuat, kulit akan jadi kering sikit. So, solution yang aku gunakan adalah seperti di bawah ni
artistry essential hydrating toner
Hydrating toner ni bekas asalnya besar. So aku masukkan dalam bekas kecik beli kat kedai mekap. Jadikan sebagai penyegar, pelembab muka lepas selesai solat. Just sembur tiga kali pada muka. (Kalau muka lebar sikit maybe kena sembur lebih sikit..hehe) Lepas tu tepuk tepuk manja bagi dia menyerap. Tara... Kulit takkan kering dan hasilnya kulit terasa segar dan lembut sampai petang.

Aku re-apply tiap kali lepas basuh muka (solat). Ianya tak menyebabkan kulit jadi berminyak pun. T-zone aku okay je. Boleh apply untuk apa apa jenis kulit pun. Kulit yang sensitif pun boleh sebab ianya dah diuji keselamatannya.

Aku sentiasa bawak toner ni dalam beg ke mana mana. Kalau muka terasa berminyak, aku basuh muka, lap kering dan kemudian apply. Muka akan kelihatan segar kembali. 

Selamat mencuba.

Bagi yang berminat nak mendapatkan product artistry ini boleh hubungi whatsapp terus ke nombor 0126894617.

Daa

Raya Open House @ teratak mak budak

Assalamualaikum

Hari Ahad yang ditunggu tunggu akhirnya tiba. Yeyy.. Boleh jumpa dak Nuha yang comel.
aum.. tengah minum susu.. sori kak aiza.. gambar maknya tak terambik

Kitorang sampai lebih kurang pukul 3 petang dan disambut ceria oleh tuan rumah Kak Aizamia dan suaminya. Sampai je disuruh makan dulu. Aisy pulak disambut oleh Kak Aiza. Mak dia makan dengan aman. Hahaha.

Rock star!

Abang makan sikit je

highlight! char kue tiau special oleh suami Kak Aiza!

Ini pinggan kedua
Jumpa dengan para blogger, Munn dan opkos budak chubby Aisy Irfan. Tapi dak dobot tu agak tak selesa sebab banyak sangat servis bertukar tangan. Dan insiden paling menggerunkan adalah bila Aisy Thaqif tarik telinga Aisy Irfan. Waa.. Merah telinga Irfan. Rasa bersalah gila. Sori ya Mun&Fendy.

Selain tu sempat jugak jumpa blogger lain.. Che Mid. Rupanya Che Mid memang orang Meru. So next time boleh la beraya ngan Che Mid pulak. Hehe.. Mak Chaq pulak sampai di saat kami dah hampir nak balik. Actually lama kami lepak situ. Dah nak balik, si Damia pulak nak makan semangkuk lagi mi sup. Puas pujuk ajak balik. 

Shujin kata nak ajak pergi rumah kawan shujin lepas ni. Damia tanya "rumah kawan ayah ada banyak makanan tak?" dengan muka innocent. T_T

Aku tak tau la nak gelak ke nak nangis.

Sebenarnya ada sorang lagi blogger yang datang. Aku cuma ingat nama anaknya Amir dan sebaya ngan Aisy. Sori!!! Nanti tanya ngan Mun. 

Terima kasih banyak tuan rumah Kak Aiza dan suaminya yang menyediakan pemakanan yang sedap sedap pada kami. Mai la beraya rumah kami pulak ya kak.

Daa

Jumaat

Kisah Raya Kami - Pre Raya

Assalamualaikum

Raya kami pendek je. Aku start cuti hari Selasa. Lepas kerja balik rumah. Berkemas dari lepas bukak puasa sampai pukul 11 malam. Habis aku  cuci sekali satu rumah. Geleng kepala shujin tengok mode mengemas aku ON.

Kain baju yang berminggu tak dilipat (opss kantoi pulak) pun aku lipat susun dalam almari. Sapu vakum mop semua lantai. Punya la semangat nak balik beraya kan..

Sebelum bertolak, kami singgah salam peluk cium dengan mak mertua dan kakak ipar aku yang tinggal tak jauh dari rumah kami. Tahun ni Ma beraya kat sini dengan kak long sekeluarga. Yang lain semua beraya rumah mertua dulu. Akhirnya pukul 12 baru kami naik highway. Tu pun aku da separa lalok. Anak-anak pulak duk kejap lepas tu lena. Aku siap bawak selimut bantal untuk diorang tidur kat belakang.

Perjalanan smooth je. Mungkin sebab ramai yang dah balik sejak hujung minggu lagi. Cuma kat sesetengah R&R masih ramai orang. Kami berenti sat kat Pagoh untuk sahur dan subuh. Lepas tu teruskan perjalanan sampai rumah mak.

*Sebenarnya gambar diorang semalam
Dah nak start merangkak

sibuk nak main lego dengan abang

Abang aqil

kakak damia

Sampai rumah mak sebelum pukul 8 pagi. Dapat lah aku menghabiskan sisa sisa puasa tahun ni dengan masakan mak. 

Daa

Khamis

Raya kami - Teaser

Hari Raya Kedua baru ada gambar keluarga

Muakhhhsss

Assalamualaikum

Akhirnyaaa~~

Selepas lebih dua bulan tak boleh access ke dashboard, akhirnya hari ni berjaya! Usaha tangga kejayaan kan.. Hahaha..

Tapi.. tetiba FB tak boleh access. Cam hampess kan.

Nanti update cerita raya. Siapkan kerja dengan hati gumbira dulu.

Daa

Jumaat

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

 

Memandangkan ramai yang dah mood raya. Isnin depan pun ramai yang dah mula cuti, so aku nak ambik kesempatan yang ada ni nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf kalau ada kata kata yang menyentuh hati sesiapa. Yang terasa aku cam perli perli dalam entry ke, yang rasa aku ni cakap kasar tak padan ngan pompuan ke. Minta maaf ya.

Aisy Thaqif belajar angkat bontot nak belajar merangkak. Baru dia seret dada aku da tak larat kepung. Hahaha..

Sabo le nak. Buruk beno sampai kotak LEGO pun nak digigitnya. Hahaha.. 11 August ni genap 6 bulan. Nanti ibu buatkan puri pisang ya.

Ini sanggul raya Atiqah Damia. Mak longnya (kakak ipar) hadiahkan. Maklumlah. Anak maklong semua lelaki. Anak sedara pompuan pun sorang je. Damia pulak dapat mak cam aku, tak reti nak menggaya gayakan. Untung la mak long belikan macam macam. Hehe.

 

Gambar Aqil Mubarak aku tak sempat nak transfer pagi tadi sebab kelam kabut. Apa pun.. Kami sekeluarga nak ucapkan selamat hari raya dan hati hati bagi yang pulang ke kampong tu.

 

Aku cuti selasa rabu. Tapi kerja masih banyak sampai Isnin dan hari Isnin lepas raya tu sambung buat kerja yang banyak tu. Waaaa.. Tak fun gilaaa

 

Daa

Khamis

Aisy the little helper

Assalamualaikum

Sejak dah laju menyeret dada ni, sibuk la ke sana ke mari. Semua benda dia nak explore.
Muka happy gila tengah main ngan abang

Nampak gayanya terpaksa la aku rajin mengemop. Atau pun boleh belikan baju special kat dia kan..
Baju mop
Jadi camni.. jimat tenaga ibu..

Mana nak order? Hahaha
Sementara itu, berita lain… Popia nestum da habis..
Jom pakat gulung popia hujung minggu ni.. Minggu depan nak raya dah.

Kerja aku melambak lambak.. Macam nak nangis rasanya..Waaaa.. Stress mokcik nak oii..

Daa

Kemelut bedak

Assalamualaikum

 

Malaysia adalah syurga peniaga. Jual lah menatang apa sekali pun. Tak payah bukti saintifik. Cukup dengan 2-3 testimoni, berlumba lumba orang beli. Jual taik kambing gentel jadi majun sekali pun, kalau jawapannya boleh kurus, boleh putih, boleh licin, boleh lawa.. Ramai yang akan beli.

 

Aku baru teringat.. Dalam 2-3 bulan lepas. Hype pasal Tabita. Sana sini orang sibuk bertabita. Cantik lah licin lah gebu lah. Kemudian ada sikit sikit yang kata, kulit jadi pedih bagai. Lepas tu keluar berita mengatakan di Singapura, Tabita diharamkan sebab mengandungi mercury. Sekarang da senyap. Ada pun yang tak berapa kenal google search dan tak rajin membaca. Atau pun simply ignorant. Asal bulih kata orang.

 

Sekarang tentang product baru Tanaka pulak. Baru ni ada seseorang yang claim dia seorang pegawai bertugas dalam buat rampasan pada product Tanaka dari Myanmar yang tak berdaftar dengan KKM lagi. Kandungannya? Wallahualam. Biarlah rahsia. Hahaha..

 

Anyway.. Bila keluar kenyataan dari pegawai tersebut, panas vontot la peniaga Tanaka. Tup tup semalam keluar pulak screenshot kata product mereka dah berdaftar di KKM. Then, hari ni aku check balik status pegawai tu, dia ada bagi penerangan pasal product yang “didaftarkan” tu.

 

Pada aku hal macam ni bukan pasal nak tabor pasir pada periuk nasi sesiapa, atau nak tutup periuk nasi atau rampas periuk nasik orang. Eh eh..macam main pondok pondok pulak kan..Tapi, adalah penting bagi pengguna dan pembeli tau yang product Tanaka belum didaftarkan. Mereka baru hantar notifikasi pada 13 July. Ingat prosedur nak dapat kelulusan KKM senang ke? Pernah ada isu pasal satu product supplement yang aku makan, isunya adalah KKM nak check kandungan dan nak pastikan ianya dilabel dengan betul sebagai dietary supplement dan bukan ubat. Product TNA selama 2-3 bulan lamanya hanya sebab tu. Sampai terpaksa repack balik dan sebagainya. Alhamdulillah tak ada masalah. Cuma prosedur biasa, kalau bagi kerjasama prosesnya berjalan lancar.

 

Dan lagi pengetahuan asas.. Product luar negara, kalau nak berdaftar dengan KKM, mestilah menggunakan bahasa tempatan. English atau melayu. Yang aku selalu tengok product Tanaka yang dijual sekarang ni rata rata tulisan Myanmar. So, adakah lepas? Ya. Ianya mungkin ada kelulusan di Myanmar. Tapi mungkin lah. Kalau tak pun siapa tahu. Tanda halal pun orang tipu je. So apa kandungan product Tanaka?

 

Jom belajar bahasa Myanmar kalau nak tau.

 

Aku? Aku selalu play safe. Biarlah keluar bedak lotion cap Unta pun, Artistry tetap dihati.

 

Daa

 

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com