Rabu

Aku perempuan itu

Assalamualaikum

 

Aha.. Cam tajuk drama tak.. Cuma nak bagitau je.. Penulis Ourkizuna ni seorang gugurl. Walau pun tak berapa nak berjiwa keperempuanan. Serius kalah ngan anak sendiri T_T. Ya.. Shujin kata Damia lebih gugurl dari aku. Waaa.. Tercabar okeh. Hahaha..

 

Anyway.. Aku rasa ramai kot ala ala konpius ingat aku lelaki.

 

Saya mak orang. Anak tiga orang. Umur nak masuk 30.

 

Eceh.. Macam main MIRC zaman dolu kala. ASL please. Wakaka..

 

Anak muda zaman sekarang confirm tak tau MIRC tu nate gapo. Sanggup pi CC bayar RM3 sejam woo nak sembang ngan teman cyber.. Kakaka

 

Oklah. Itu saja pesanan penaja untuk hari ni.

 

Ingat lepas ni kena tulis comel comel macam anak dara sunti supaya orang tak salah sangka lagi. Gitewww.. Bluerghh.. Sooo not me.. Hahaha..

 

Petang ni nak masak apa eh? Eh baru pukul 9 da sembang masak. Lalala..

 

PS : Sangat rindu pada anak anak.. T_T

 

Daa

Ahad

Projek kuih sebelum raya

Assalamualaikum

Cuti tiga hari memang aku manfaatkan dengan baik. Hari Jumaat aku mengemas rumah dengan penuh semangat sampai shujin hairan, mai mana energy aku yang berlebihan tu. Haha..

Hari Sabtu pulak, family belah shujin ajak buka puasa sama. So semua pakat pakat masak dan makan beramai ramai. Menunya nasi kerabu, cucoq jagung, puding roti, mee goreng dan cek mek molek. Sori takde gambar sebab aku sorang blogger, cam poyo pulak nak gambar gambar bagaikan. Haha..

Ahad pulak aku buat kuih raya. Bukan kuih raya sangat kot sebab rasanya sebelum raya da habis. Ingat nak hantar sikit kat kakak ipar ngan adik ipar memandangkan diorang duk dekat. Lepas tu nak bawak balik Johor sikit. Tapi, komennya bila dah siap tadi, sedap sangat. Jadi kudapan sebelum raya lah nampak gayanya. Hehe..





Kuih tak berapa nak kuih pun. Popia nestum je.

Korang buat kuih ke beli je?

Daa

Selasa

Puasa yang yok

Assalamualaikum

Saje nak share gamba budak kantoi nak curik buah betik





Haipp.. Tak cukup umur lagii. Mana boleh makann..

Eksaited gila bila nampak makanan. Aritu ada sorqng ustaz bagitau. Tahnik bukab cuma lepas lahir. Baik kalau diamalkan setiap pagi. Aku pun cuba la bagi sikit kurma hujung jari gitu. Tarik tangan macam nak kunyah sekali ngan tangan. Haha.

Sabo la nak. Tak sampai sebulan tinggal. Kejap da nak 6 bulan kan.

Daa

Isnin

Tiga beradik dan raya

Assalamualaikum

Semangat je pepagi subuh update blog. Belek album gambar anak anak sambil pam susu.

Sepesen je muka tiga beradik ni






Kan.. Aisy paling lain kot sebab belum sampai umur macam kakak dengan abang masa kecik tu.


main lawan lawan kat toys r us


budak tak boleh duduk diam dalam wrap


anak dara sorang yang kuat bergaya.

Salam ramadhan ke-13.

Baju raya da siap? Baju raya kami, mak mertua jahitkan. Untung ada mak mertua pandai menjahit. Hehe

Daa

Jumaat

Sedap bergosip

Assalamualaikum

 

Kecoh kan sejak sejak ni pasal hal rumahtangga sorang retis lelaki tu. Aku bukan nak menumpang trafik sama menulis pasal isu ni, Cuma nak sama sama mengingatkan. Bulan bulan ramadhan ni, jagalah lidah jaga hati. Itu bahagian dia. Kita tak tahu bahagian kita macam mana.

 

Mungkin ada yang kata.. Ewah.. sedap la ko cakap, bukan kena kat batang hidung ko. Bukan kena kat family ko.

 

Ok. Wait.

 

Even kalau kena kat aku, atau kena kat family aku pun. Apa aku boleh buat? Nak menangis? Nak meraung? Nak maki? Nothing can changed the fact that, lelaki tu dah kahwin lagi satu.

 

Listen ladies.

 

Benda macam ni kita boleh cuba prevent, but once it happen. Biasanya nothing much you can do. Blaming and whining doesn’t make our life easier. Semua orang ada masalah. It is how you handle your problem. Susah? Memang susah. Who says life will be easy. From the time janin terbentuk, roh ditiupkan, nak keluar dari perut ibu pun kena usaha tau. Bukan ibu je usaha, bayi pun kena usaha tau.

 

Biarlah diorang uruskan rumahtangga dia. Tak payah la kita bersuara komen lebih lebih pasal rumahtangga orang kat laman social. In the end, apa yang kita mampu buat adalah mendoakan semoga segala kekusutan boleh dileraikan.

 

For me.. Everything happen for a reason. And it is good. Kalau dua dua tangan kita penuh dengan barang, macam mana nak ambil barang lain. Allah akan ambil satu nikmat dari kita sebelum dia berikan sesuatu yang lebih baik. Ya sedih. Siapa tak sedih. Tapi tak payah la komen banyak banyak. Tak baik untuk kesihatan..

 

Daa

Khamis

Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Lama rasanya tak cerita pasal perkembangan Aisy Thaqif ni. Bulan ni dah 5 bulan. Raya nanti dah boleh start makan rendang. Hehehe.

Bulan ni takde check up, so tatau la berat da berapa kilo. Tapi bengkok la jugak pinggang selim ibu dokong kalau jalan jalan sopping.

Perkembangan
Dah meniarap
Bergolek ke sana sini
Mengesot ke depan
Makin kuat mencapai
Paberetnya kertas, digigit dengan penuh geram
Paling suka dengan abang Aqil. Mesti happy je kalau abang layan dia

So far dah dua kali demam, tapi aku tak bagi apa apa ubat dan dia pun boleh sembuh cepat. Selesema 2-3 hari da kering hingus. So oklah tu. Immune sistem tengah belajar.

Semoga membesar sihat dan kuat. Jadi anak yang baik dan taat ya.

Hari ni MC, sakit kaki berdenyut denyut pulak.

Daa

Rabu

Resepi yogurt perisa creamy milky strawberry

Assalamualaikum

Budak budak cepat jemu. Mula mula bagi buah buahan dengan yogurt aritu diorang makan like nobody business. Hahaha. Dalam 3-4 kali jemu lah. So mommy nya ni kena perah otak nak twist kan resepi yogurt tu supaya diorang makan. Kreatip kononnya. Wakaka.

So, terhasil lah resepi dengan barang sedia ada di rumah.
Creamy milky yogurt perisa strawberry

Cara nak membuatnya takde lah susah. Nak guna plain yogurt ready made pun boleh. Kalau nak guna yogurt buat sendiri pun boleh.

Bahan bahannya
Plain Yogurt (Resepi yogurt step by step) – 1 cup
Whipped cream (aku guna Non Dairy, tapi aku saspek anything will do..hehe) – 2 sudu besar
Susu cair/Fresh milk – 1 sudu besar
Strawberry emulco/fresh fruit puree – 1 sudu kecil (kalau pakai puree lebih sikit pun takpe)

Aku buat ikut gerak hati je. Kalau nak lagi sedap dan rajin sikit, pukul whipping cream dengan yogurt, lepas tu baru letak perisa dan susu. Kalau nak yogurt (pekat) letak susu jangan banyak. Sikit je. Tapi kalau nak buat minuman yogurt yang macam kat kedai jual mahal kemain tu. Letak susu banyak banyak la. Nak lagi sedap blend dengan ais. Jadi la yogurt smoothies.

Serious lagi sedap dari yogurt kat pasaraya. Nak perisa lain, just tukar pakai emulco lain atau puree lain. Yang biasa sedap dikombinasikan dengan yogurt, mango, pisang, vanilla dan coklat. Ada yang lain?

Nak bagi diorang makan semalam, aku tabor sikit choc chip, choc rice warna warni dengan dried cranberries. Kekacang da habis la pulak. Hehe.

Selamat mencuba.

Weekend ni nak try buat frozen yogurt kononnya.

Daa

Selasa

La Tahzan

Assalamualaikum

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

 

Living well is the best revenge.

George Herbert

 

Daa

Isnin

Sahur dan profile baru

Assalamualaikum

 

Uwaa… Puasa keenam. Tak sahur pagi ni. Semalam petang pergi beli barang dapur. Balik terus kalut memasak dan simpan barang yang dibeli. Ayam mahal kemain. Sekilo RM10.50 di Aeon Big. Aku beli nutriplus sebab ayam biasa tu nampak macam uzur sangat. Ayam biasa tu RM8++ je sekilo padahal. Lepas ditimbang sekor tu RM22+. Takpe lah. Janji anak anak kenyang. Nepal tu potong kecik kemain. Kesian kami bayar mahal dapat ayam potong hancur. Haih. Nasib nasib.

 

Oleh sebab dah kalut. Shujin buatkan coq udang dengan kuah kacang ready made je. Kuah kacang tu tinggal tambah air panas. Tak ingat dah brand apa. Coq udang letak macam macam. Udang, karot, daun kucai, dan bawang besar. Buka puasa makan tu je. Lepas berbuka baru aku sambung masak sayur meranti masak lemak dengan labu, sambal belacan dan ikan pekasam. Tapi oleh kerana konon kenyang dan letih, semua pakat tak makan.

 

Pagi ni tak terjaga pulak sahur. Memang membawak ke buka la lauk pauk yang dah masak semalam. So, petang ni tak payah masak dah. Hihihi. Harap harap bertahan sebab rekod aku tak sahur masa breastfeeding memang menggigil lepas zuhur. Sobs.

 

Oh ya..Pemberitahuan.  Aku da buat profile wordpress sebab aku sakit hati tak boleh komen di blog kawan kawan guna ID google. Tapi aku masih mengekalkan blog kat blogger ni. Tak larat makcik maintain blog banyak banyak. Blog penyusuan susu ibu pun dah lama terbengkalai.

 

Rekod ke PARAM – 0

Rekod tak sahur - 1

 

Korang da berapa hari rekod tak sahur?

 

Daa

Ahad

Kuih raya termurah di pasaran

Assalamualaikum

Walau pun baru minggu pertama puasa, ramai dah kalut cari kuih raya. Maklumlah. Kalau lambat sangat nanti peniaga dah taknak ambil tempahan.

Kuih raya termurah dipasaran tahun lepas tak beroperasi tahun ni. My kakak ipar sibuk sebab anak nombor duanya nak ambil UPSR tahun ni.

So kuih raya termurah dipasaran kami tahun 2013 ni adalah kuih raya kami buat sendiri. Hihi.

Ni pulak kek but sendiri

swiss roll


moist choc cake dengan ganache topping

Topping ni sedap gila sebab tak manis sangat. Lemak berkrim. Shujin yang tak berapa suka coklat pun makan lepas satu slice ke satu slice. Tak sedar dah separuh!

Alhamdulillah. Kami masih berjaya mengelak dari berbelanja di pasar ramadhan. Cukup dengan hidangan lauk pauk yang kami masak. Walau pun biasa biasa je tapi cukup la. Tak membazir. Hihi.

Sahur makan apa pagi tadi?

Daa

Jumaat

Cabaran sebelum Ramadhan - eksiden pulak~

Assalamualaikum & Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat

 

Hari ni hari ketiga puasa. Macam macam berlaku. Sehari sebelum ramadhan, shujin tersondol bontot Toyota. Since memang salah kami, so shujin ajak dia pergi ke bengkel tempat kami baiki kereta. Betulkan kereta dan kami akan bayar. Actually tak teruk sangat. So memang tak payah nak claim insurans bagai lah. Cina tuan kereta tu perempuan. Bisinglah dia. Tapi dah nama eksiden kan. Bukan kami saja saja nak sondol bontot dia. Kalau bagi suh sondol pun kami tak hingin la.

 

Then dia bising. Dia busy ada appointment bagai. So shujin bagi nombor telefon suruh dia call malam nanti. Kena tu lepas balik kerja. Tunggu punya tunggu, takde pun dia call. Tetiba esoknya husband dia sms mintak RM300. Dia kata dah repair kat pusat servis kereta Toyota dekat dengan tempat kerja dia sebab dia takde masa nak jumpa kami.

 

Aku pun naik hangin la.

(1)    Janji nak call, tak call pun

(2)    Dah kami kata nak repair dan bayar kat tempat kami hantar, dia pandai pandai hantar tempat lain tak bagitau dulu. Tetau dah siap. Mintak receipt pun takmo tunjuk. Mintak gambar kereta pun takmo tunjuk

 

Kereta dia rosaknya tu bahagian bumper. Maybe klip terkehel. Kereta kami pun sama. Kereta kami shujin ketuk ketuk ngan tangan almost 90% da okay. Tak payah hantar kedai pun. So kami suspicious la bila dia kata harga repair tu sampai RM300.

 

So husband delay la nak bayar duit tu. Sebab nak find out dulu betul ke dia dah repair bagai. Tetiba semalam dia sms kata dia dah buat report polis dan dia nak claim insurans kami beli bumper baru.

 

Aku heran. Memang dia ada ambik gambar kereta masa kemalangan tu. Tapi kalau kereta dia dah repair, boleh ke buat report polis..? Lepas tu, kalau dia kata dia dah repair, macam mana nak claim insurans lagi..? Boleh ke dia repair dulu, baru buat report polis (maybe lepas 24jam) lepas tu claim atas insurans kami.

 

Paling aku bengang dia kata kami menipu dalam bulan puasa. Bila masa kami menipu tahnya.

 

So skang aku tak tau aku patut buat atau buat counter police report atau biarkan je dan tunggu insurans call kalau kalau betul dia nak claim insurans kami.

 

Ada sesiapa yang boleh bantu bagi pendapat @ ada pengetahuan dan pengalaman dalam kes macam ni.

 

Thank you in advance.

 

Daa

Rabu

Saranan pemakanan di bulan Ramadhan

Assalamualaikum

 

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ni lebih berkat berbanding ramadhan tahun tahun lalu. Jangan masuk bulan ramadhan je dan dan kena gastric khenn.. Hehehe.

 

Mesti ramai yang bercita cita nak menurunkan berat badan sambil sambil berpuasa ni. Syaitan dah terikat, tinggal kita dan nafsu nafsi je. So, nak apply ke tidak terpulang pada diri masing masing.

 

Berbuka puasa dengan segelas air kosong, satu sudu madu dan kurma untuk tenaga segera.

Kurma kurang manis :D

Makan buah sebelum makan. Kalau makan nasi tu, separuh pinggan adalah sayur, 1/4 nasi dan 1/4 lagi sumber protein. Elakkan atau kurangkan dari makan daging merah (lembu). Cara memasak yang terbaik, rebus, kukus dan bakar. Kurangkan penggunaan minyak masa memasak. Elak dari deep fry bagai ya.

Kurangkan makanan yang diproses.

 

Masa sahur pun sama. Segelas air kosong, satu sudu madu dan kurma.

 

Kalau nak incorporate supplement dalam berpuasa. Malam lepas terawikh, minum protein powder+susu. Masa sahur pulak boleh minum protein powder+susu+oat sebelum masuk waktu imsak. Insya allah akan rasa kenyang lebih lama. Dan kalau nak fill in the gap dalam diet boleh tambah multivitamin. Insya allah lebih bertenaga.

 

Kalau selama sebulan amalkan ni insya allah tak terover eating. Badan pun tak terasa berat nak berterawikh sebab kekenyangan terlebih makan kan :D

 

Pagi tadi sahur apa?

 

Daa

Isnin

Cara membuat yogurt langkah demi langkah

Assalamualaikum

Nak share cara cara membuat homemade yogurt sendiri. Dedulu aku ingatkan susah sangat nak buat yogurt ni. Kena ada yogurt maker bagai. Rupanya tak payah pun.

Meh kita tengok cara membuat Yogurt sendiri





Bahan bahan
Susu - Katanya apa jenis susu pun ok. Rasanya akan pelbagai ikut jenis susu yang kita guna. Kalau guna susu rendah lemak, rasa yogurt tu kurang lemak la. So far aku dah guna susu tepung full cream dan fresh milk. Dedua pun jadi. Tapi guna susu tepung, yogurtnya tak berapa pekat. Guna fresh milk memang sangat perfect. Rasanya lemak, tapi sedikit masam. Biasanya aku tak suka sangat plain yogurt. Tapi yang buat sendiri ni suka pulak. Anak anak pun suka

ok. Bahan seterusnya.
Yogurt asli - Plain yogurt. Check bahan dalamnya kena ada live culture. Kalau tak tak jadi. Yogurt berperisa pun tak jadi. Tak payah nak ngada beli yang low fat. Low fat ke full fat ke bergantung pada jenis susu yang digunakan.

Kemudian, nak kena ada bekas. Aku gunakan bekas kaca tebal ni sebab tahan panas. Dan tahan lama. As long as tak jatuh la. Hehe..


Kaedah membuatnya
Mula mula sterilkan dulu bekas kaca dan utensil yang nak digunakan. Fungsinya adalah untuk hapuskan bakteria lain supaya tak timbul masalah persaingan antara bakteria dalam yogurt dan bakteria yang jahat tu. Caranya adalah dengan masukkan air panas mendidih dalam bekas kaca dan rendam sudu selama 5minit. Kemudian buang airnya dan keringkan.

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau perlahan lahan.


sampai keluar bubble kecik kecik macam ni. Terus tutup api dan masukkan dalam bekas kaca yang dah kering tu.


Hati hati jangan sampai terkena tangan

Rendam bekas tu dalam air paip. Sebenarnya, perlukan termometer untuk sukat suhu. Bila suhu mencapai 43drjah celcius, baru boleh masukkan yogurt. Sebab kalau masukkan masa panas sangat, bakteria mati. Kalau masukkan masa dah sejuk, aktiviti pembiakan kurang aktif.

So cara nak tau suhu dah mencapai ke tahap sesuai ke tidak kita gunakan jari kelingking. Kalau celup jari kelingking takde rasa melecur tapi still panas, then da ok dah. Hati-hati masa buat ni. Jangan terus celup. Agak-agak dulu ye.

Yogurt tu suhu bilik. Baru bakteria aktif. Kalau sejuk dia tidur. Ambik sikit yogurt, cairkan dalam bekas asing. Guna susu yang dah panaskan tu la. Kacau perlahan lahan je. Lepas tu tuang campuran ke dalam bekas kaca yang ada susu tu. Kacau perlahan kejap. Lepas tu tutup bekas.



Cara nak membiakkan bakteria tu adalah dengan make sure bekas tu sentiasa suam selama 10-12 jam. Cara aku adalah dengan balut bekas dengan towel.


Nak lagi tahan lama. Masukkan dalam bekas tahan sejuk.


Jangan kacau (ganggu) selama 10-12 jam.


jeng jeng jeng.. Dah jadi. Yang ni aku tambah dua sudu besar susu tepung lagi supaya pekat lagi. Kalau nak tambah susu tepung, tambah sebelum letak campuran yogurt tu. Caranya sudukan dua sudu susu tepung. Biar susu tu tenggelam sendiri, lepas tu baru kacau. Kalau tak nanti bergumpal pulak.


Dimakan dengan fresh fruits. Granola dah habis.


Kanak kanak riang makan yogurt homemade mak dia buat sendiri

Selamat mencuba.

Daa

Khamis

Menternak bakteria di dapur

Assalamualaikum

Lepas buat granola bar aritu, aku buatkan yogurt pulak untuk anak anak. Untuk dimakan dengan granola tu la kononnya.
Buat sikit je, cukup untuk sekali makan anak beranak. Tapi aku buat hari hari jugak la sebab membuatnya takde la susah pun..
Kali ni tambah perisa sikit. Yang kuning tu mango puree. Aku letak jugak mango chunk dalamnya. Tapi tenggelam pulak. So tak nampak la.

Seronok tengok anak anak dapat makan makanan fresh yang aku buat. Walau pun rasanya mungkin tak seberapa, still shujin puji puji granola aku sedap kemain. (Macam la kami pernah beli granola bar yang commercial tu kan..haha)

Pada pendapat aku, homemade yogurt ni rasanya memang saling tak tumpah dengan rasa yogurt yang ada di pasaran. Tapi, tricky part masa nak membuatnya adalah ianya agak cair. So aku kena strain airnya. That’s why jadi air yang dalam bekas berpenutup hijau tu. Tu yogurt drink perisa mango yang aku da tambah protein powder. Tak sama la ngan rasa yogurt drink yang ada kat pasaran. Tapi sebab mak buat kan.. Layankan je la anak-anak.

Apa yang pasti…breakfast kini nampak lebih sihat. Malah yogurt buat sendiri lebih jimat dari beli kat kedai :P Wakaka..

Ingat weekend ni nak cuba buat froyo (frozen yogurt). Agak agak boleh lawan tutti frutti tak. Kehkehkeh..

Daa

Rabu

WW : Shujin's

Assalamualaikum

Biasanya aku cerita benda yang aku buat kan.. Kali ni share yang my shujin pulak buat. Other than the business la.

Ini adalah Lego anak sedara. Actually bukan brand Lego pun. Dia beli yang satu kotak RM5 kat depan sekolah. Legonya plain sangat. So, shujin pun tolong touch up sikit. Sooo cantek one (kata my Chinese colleague)

Coming up this September adalah Lego yang dia buat khas untuk birthday Aqil Mubarak. Mak dia mampu buat kek je la. Hehe..

Tapikan.. Apa agaknya hadiah menarik nak bagi kat shujin? Birthday dia pun September. Any idea?

Daa

Selasa

Suam suam kuku

Assalamualaikum

 

Mood nak berblog sekarang memang suam suam kuku. Ditambah dengan kerja pengekeranian yang bertambah tambah.. Badan pun rasa sakit satu macam je. Bak kata mak aku, tinggal semangat je. Kalau tak memang aku da pengsan tengah jalan.

 

Nanti lah. Bila diizinkan, aku share cerita lagi. Lately banyak je aktiviti aku. Malam tadi buatkan granola bar satu batch lagi untuk anak anak. 2 hari lepas buat yogurt. Aku ni semua nak homemade. Gigih sangat. Tak sedar diri kudrat tak berapa nak ada.

 

Balik rumah memasak, basuh baju, lipat baju, mengemas. Itu pun puas shujin larang. Kalau tak, roti kek biskut..semua aku nak buat. Hmm… da lama teringin nak buat donat dengan pau. Resepi dah ada.

 

Selamat tengah hari. Nak pegi makan pulak.

 

Kepala dah wengweng.

 

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com