Sabtu

Homemade granola bar

Assalamualaikum

Sejak akhir akhir ni aku memang jarang buat breakfast. Tak menyempat sebab pagi pagi mandikan anak anak anak (tiga orang anak). Hahaha. So kalau nak bagi kononnya-healthy-breakfast, granola bar ni adalah option yang baik.


old fashion oat yang nak toast


almond dan walnut nak toast jugak


taraaa.. yang dah siap. rupa huduh. tapi serius sedap gila.

plus.. takde preservative. Shujin panggil energy bar. Tapi tak berapa nak bar sebab crumble sikit. Nak kena improve dulu.

Katanya sedap dimakan dengan yogurt. Nanti lepas ni, nak buat yogurt homemade pulak.

Breakfast apa pagi sabtu ni? (post tergendala)

Daa

Jumaat

Resepi pecal terung isteriku

Assalamualaikum

Yey..~ Jumaattt.. Hehehe..
Okeh. Tajuk entry tak boleh belah kan.. Hahaha.. Ampunnn..

Terung ni mak aku bawak weekend aritu. Terung tanam sendiri. Tiga biji je tapi besar besar. Mak bawakkan sekali cili kampong dengan cekur untuk masak pecal terung. Dedulu shujin tak suka sangat. Tapi sekarang dia pun suka. Sebab tu tajuknya pecal terung isteriku. Kehkehkeh..

Meh layan resepinya sekali lagi..Aritu aku tak letak cekur. Kali ni letak. Since anak anak tak tahan pedas aku modify resepi asal dari mak. Tak bubuh cili. Ganti dengan sambal belacan. Sekali hadap 3 pot beras habis makan. Anak anak pun suka.
Terung yang dipotong dan dibakar atas pan. Kalau shujin dia tak suka bakar. Tapi ikut resepi asalnya, dibakar dan dibuang kulit
Nak lagi umph gunakanlah santan yang diperah. Bukan santan kotak. Penuh kasih sayang gitew~
Taraaa~~ Yang suap dimasak. Yummehhh~

Resepi pecal terung isteriku
Bahan bahan
Terung
*Bawang besar
*Sejemput ikan bilis
*Isi cekur (agak agak 2 biji saiz pemadam kat batang pensel tu.hahaha)
Bahan bertanda (*) tu di blender. Kalau rajin tumbuk. Lagi sedap. Resepi asal tambah cili.
Santan dari sebiji kelapa
Sedikit garam dan gula

Kaedah membuatnya
Terung di potong tiga ke empat bahagian. Kemudian dibakar atas pan.(kalau tak suka bakar potong je kecik kecik sikit, aku tak penah buat. Tapi aku saspek tak sedap..hahaha) Sementara nak masak tu, buat bahan kisar dengan perah santan. Santan yang siap perah terus masukkan dalam periuk, lepas tu masuk bahan kisar. Terung yang dah masak tu buang kulit, kalau tak suka cam encik shujin saya, potong kecik kecik supaya senang makan.

Tenggekkan santan+bahan kisar atas dapur. Masukkan terung dan masak. Bila da ada bubble bubble tu tutup api dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Gula aku buh secubit je.

Kalau ada daun cekur hiris hiris tabor buat hiasan pun boleh. Yang macam ni da cukup sedap. Lebih lebih lagi makan dengan sambal belacan dan ikan goreng garing.

Selamat mencuba~

PS: Ada jugak yang buat asing asing dan kemudian siram kuah atas terung tu. Aku dah cukup suka resepi macam ni tak pernah cuba pulak yang macam tu. Hehehe..

Apa masakan jawa yang paling korang suka?

Daa

Khamis

Terompah mastor

Assalamualaikum

 

Salah satu bisnes pakcik aku. Pernah masuk iklan TV3.. Orang kaya raya di Simpang Renggam rumah 3 tingkat. Slot iklan IKS sebelum pilihan raya dulu. Dalam gambar tu salah seorang anaknya :D

 

Kalau ada yang suka nak berniaga, boleh hubungi nombor yang tertera. Product ni dah sampai ke luar negara. Tak silap ke Jepun pun ada.

 

PS : Sedih..lately super duper bizi. Jangan kata nak jenguk blog, nak reply komen, nak blogwalking jauh sekali. Mengejar impian yang satu. Nak jadi full time stay at home mom.

 

Daa

Rabu

Aktiviti masa jerebu?

Assalamualaikum

 

Konon sangat berpesan pesan pada kebenaran. Jerebu jerebu jangan keluar rumah. Tapi atas jemputan kawan baik shujin masa sekolah dulu, kami TERuja dan TERpergi jugak tengok pertandingan power boat ni di Tasik Bandaran (ek? Yang kat Kelana Jaya, dekat ngan Paradigm Mall tu..) Quiet a big event la bagi penggemar power boat ni sebab pertandingan ni international dan disertai oleh peserta dari negara negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia, Brunei, Vietnam, Thailand.. Tak perasan Singapore ada ke tidak..

 

Apa yang pasti. Memang bingit lagi hangitt.. Hehehe.. Akibatnya, kena MC isnin sebab sakit telinga. Aku ingatkan ear infection sebab baru lepas korek telinga. Tapi kata doktor saraf. Dah alang alang doktor bagi je MC. Suh rehat. Kang bingit pulak kat opis. Hihihi..

Ada budak melalak nak main power boat. Hahaha..

Antara boat peserta yang bertanding

Ini pulak boat yang dijual. Kawan baik shujin tu memang buat dan jual power boat ni. Buat part time. Tapi masyuk jugak. Seketul tu RM450++. Material fiber glass. Memang plain je, lepas tu pepandai la design bagi cantik cantik. Tampal sticker bagai. Hehehe.

 

Kitorang tengok sekejap je. Panas. Alhamdulillah setakat ni anak-anak sihat walafiat, takde demam selesema batuk. Alhamdulillah semalam pun dah mula hujan. Harap harap rahmat tu datang lagi hari ni. Aminn..

Budak kecik ni dah 6.2kg. Makin membuas. Dah ada tanda nak seret seret dada. Tangan asyik nak mencapai je. Habiss laaa..

 

Macam mana jerebu kat kawasan lain? Dah makin berkurang ke makin bertambah?

 

Daa

Jumaat

Pesanan pihak penaja

Assalamualaikum

 

Salam jumaat.

 

Index pencemaran udara (API) makin teruk, terutamanya di Johor dan negeri pantai barat. Hari ni dah ada sekolah ditutup. Kakzakie masih pergi kerja ke hari ni? Ayu Citarasa Rinduan masih bukak kedai ke? Diharap semua kawan kawan dalam keadaan baik baik saja. Kurangkan aktiviti luar. Kalau keluar pakai mask penutup hidung. Minum air suam yang mencukupi. Makan makanan yang berkhasiat. Kalau boleh makan la supplement tambahan.

 

Selamat berhujung minggu.

 

Esok adik bongsu konvo di PWTC. Mak mertua pulak balik Kelantan esok malam. Hari ni Ma (mak mertua) ikut shujin jalan jalan hantar barang yang customer order. Semoga semuanya berjalan lancar. (Pesan kat orang jangan main kat luar, shujin sendiri duk main kat luar.. Nak buat macam mana. Barang orang dah tempah kenalah dihantar kan.. Ma pulak boring duduk kat rumah. Bawak la sekali. Hehehe)

Ada yang nak trade in upgrade penapis air ke? Hehe

 

Apa aktiviti korang hujung minggu?

 

Daa

Khamis

Take A Break

Assalamualaikum


Encik shujin tengah prepare Lego untuk birthday Aqil. Semua orang dapat satu karakter mini figure Lego. Untuk aku shujin trim rambut mini figure Lego Harry Potter, Hermoine.

Bagi aku, aku lagi approve mainan Lego ni daripada senapang ke patung ngarut ngarut sebab Lego membina minda. Kot la besaq nanti boleh jadi engineer ke. Hehehe.. Cuma yang tak larat tang bersepah tu je.

Anak korang suka Lego? Cemana cara korang buat supaya barang mainan tak bersepah satu rumah. Any tips?

Daa

Rabu

Dalam vaksin tiada tisu fetus bayi yang sengaja digugurkan

Assalamualaikum

Yaa.. Minggu ni minggu mari belajar tentang vaksin.

Pernah dengar orang kata dalam vaksin ada sel dari bayi yang digugurkan.

Jangan percaya! Dia tipu. Sebab dalam vaksin memang tak ada benda tu.

TAPI.

Beberapa jenis vaksin menggunakan tisu bayi yang digugurkan untuk membiakkan virus tersebut. Sefahaman aku virus yang digunakan dalam vaksin memerlukan sel hidup untuk membiak. So, sel tisu bayi yang digugurkan (dengan sengaja) ini adalah persekitaran kondusif untuk pembiakannya. Kebanyakan sumber menafikan yang bayi tersebut sengaja digugurkan untuk tujuan penghasilan vaksin. Tetapi ada transkrip yang mengatakan bahawa ada bayi yang digugurkan kerana ibu bapanya merasakan mereka sudah mempunyai ramai anak. Kemudiannya fetus yang digugurkan itu terpilih menjadi bahan dalam penghasilan vaksin.


Janin/fetus yang keguguran (gugur tak sengaja) tak boleh digunakan. Tak pasti pulak kenapa.

Informasi tentang ini boleh juga didapati dari vaksin insert package (kertas info dalam kotak vaksin). Ianya dipanggil human diploid cell culture. Setiap satunya ada kod masing masing yang tersendiri. Contohnya WI 38, MRC-5

WI-38: Originating in the U.S. in 1961, this line came from the lung cells of an intentionally aborted female human fetus of 3 months gestation.
MRC-5: Originating in the U.K. in 1966, this line was derived from the lung cells of an intentionally aborted 14-week-old male human fetus

So..Kesimpulannya, technically dalam vaksin memang takde aborted fetal tissue.Sebab tu hukumnya tak najis. Dan tak haram, sebab virus yang dibiakkan dalam fetus itu kemudiannya diambil dan dicuci dengan formaldehyde. Formaldehyde tu kemudiannya akan dibuang pulak. Bagaimana pun masih ada sesetengah vaksin yang masih mengandungi residue dalam jumlah yang kecil (dikatakan jumlah yang sikit, so tak mengapa)

Formaldehyde digunakan untuk mengawetkan specimen hidup aka mayat

Antara bahan lain yang digunakan sebagai bahan kultur dalam pembuatan vaksin adalah buah pinggang monyet, otak tikus, telur ayam, protein lembu, yis dan kultur sintetik : sumber WIKI

Selain dari vaksin, produk makanan dan kosmetik ada juga menggunakan fetus yang digugurkan untuk tujuan dapatkan perisa yang sedap dilidah :P

Daa

Vaksin. Tak paham!

Assalamualaikum

Mungkin ramai parents yang rasa risau pasal vaksin ni dan tak tau dan tak pasti pasal decision nak cucuk atau tidak.

Ramai yang share kat FB kenyataan dari KKM tentang isu vaksin. Tak salah kenyataan KKM tu. Cuma nasihat aku pada parents. Buat la research sendiri juga. Jangan harap orang suap segala benda. Kalau orang suap makanan sedap sedap bagus la. Kalau orang suap taik?

Anyway. Bagi sesiapa yang nak start membaca tentang vaksin dan taktau nak mula dari mana. Cuba mulakan pembacaan dengan penyakit penyakit yang dilindungi oleh vaksin. Bak kata orang. Kenali musuh kita. So musuhnya sekarang adalah penyakit.

Chicken pox
Measles – campak
Hepatitis
Polio
Rubella

Dan lain lain lagi. Kenali penyakit penyakit ini. Apa punca, tanda tanda, komplikasi yang mungkin berlaku, cara penjagaan dan lain lain lagi. Selepas tu, tengok pulak apa vaksin yang melindungi penyakit tersebut. Tengok kandungannya. Kemungkinan adverse reaction dari vaksin tersebut. Macam mana nak handle kalau berlaku adverse reaction. Dan lain lain research berkaitan. Kemudian. Baru buat keputusan sama ada nak vaksin atau tidak.

Memilih untuk tak vaksin bukan bermaksud kita sebagai ibu bapa tak sayang anak. Vaksin salah satu alternative yang ada. Ada juga alternative lain lagi untuk melindungi anak anak dari bahaya komplikasi penyakit. Dengan penjagaan yang betul, insya allah komplikasi dapat dielakkan. Kalau pilih untuk vaksin sekali pun, bukan bermaksud kita boleh pandang ringan penyakit penyakit tersebut sebab perlindungan oleh vaksin bukan 100%.

Insya allah dari masa ke semasa, aku share apa apa info untuk semua.

Aku bukan nak menghasut sesiapa ok.

Daa

Selasa

Tentang Vitagen dan Solivite pulak

Assalamualaikum

 

Rentetan dari entry tentang Yakult, ramai juga respond dari mereka yang minum Vitagen dan Solivite. Saja la aku gatal google. Hehehe..

 

Jengjengjeng..

 

So far takde jumpa pulak dari mana diorang dapat bacteria baik dalam tu. Mungkin sumber lain sebab Lactobacillus boleh di dapati dalam kebanyakan fermented product. Even dalam kimchi pun ada tau. Tapi strain berbeza lah.

 

Hehehe. Jemput minum. Cuma careful dengan kandungan gulanya saja buat masa ni ya.

 

Daa

Resepi Apple crumble pie paling sedap

Assalamualaikum

Aku memang peminat apple crumble pie. Cuma ada sikit malas nak membuatnya tu. Walhal bukan susah sangat pun.

Apple crumble pie ni aku buat kononnya sempena hari bapa, hari Ahad yang lepas. Memang terbaik! Mudah je pulak tu. Meh tengok resepinya

Resepi Apple crumble pie (Masa menyediakan 40minit (tak termasuk waiting time bahan kulit), masa memasak sejam)
Bahan bahan kulit
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
6 sudu besar butter/marjerin (aku guna butter)
4-6 sudu besar air sejuk
Campurkan semua hingga sebati. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30minit hingga sejam
Nota : Aku rasa hasilnya macam sikit sangat. Nak selamat baik buat double sukatan ni

Bahan inti
6 biji apple granny smith (aku buat 2 biji apple fuji, 1 biji apple granny smith hijau)
1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil mixed spice
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan gula perang
Sikit tepung jagung
Gaul semua. Letak tepi

Bahan crumble topping
2/3 cawan tepung
1/2 cawan rolled oat (aku rasa letak lebih pun sedap)
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar butter
Campur semua kecuali rolled oat. Gaul dan gentel sampai teksturnya jadi macam serbuk roti. Baru masuk rolled oat.

Cara buatnya
Keluarkan doh kulit dan lenyek dengan rolling pin sampai agak agak setengah inci tebal (aku main agak je) lepas tu letak pada pan pie (aku tak guna pun pan pie sebab tak ada..hehe) Kemudian, masukkan bahan inti apple tu. Kalau ada air kat bawah mangkuk tu jangan pulak masukkan. Da masuk semua letak pulak crumble kat atasnya. Masuk dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 220 darjah celcius selama 20 minit. Lepas tu turunkan suhu ke 180 darjah selama 30-40 minit bergantung pada oven. Aku bubuh je 40 minit.

Enak dimakan begitu saja atau dengan ais krim vanilla (?) Aqil suka gila dan request lagi. Apple dah habis. Nanti la weekend pegi cari lagi.

Daa

Isnin

Suka yakult?

Assalamualaikum

Yakult ni minuman kultur yang mengandungi Shirota strain yang dikatakan sangat baik untuk sistem penghadaman.

Cuma.. satu.. Ianya mengandungi gula yang sangat tinggi. Kalau ikutkan, jumlah gulanya lebih tinggi dari gula dalam minuman berkarbonat yang memang terkenal banyak gula tu.
Gula dalam coca cola adalah 10gram bagi setiap 100gram
Tapi dalam minuman yakult adalah 18gram bagi setiap 100gram
Sumber WIKI

Selain dari tu.. Dalam salah satu kajian di Yakult Institute bakteria baik juga di isolate kan kan dari najis manusia dewasa yang sihat. Sejarah Yakult (baca 2008)

Kalau ikut sumber Wikipedia.. walau pun yakult ni ada kat 31 negara, bacterianya dikulturkan di Jepun sahaja. Dikulturkan dalam medium apa.. Wallahualam.

Anyway.. Dalam bahagian abstract ada disebut bahawa shirota strain was originally isolated from human intestine. hehe..boleh baca di sini. Medium yang digunakan dikatakan untuk tujuan research dan asalnya dari sana. Tapi ntuk mass production guna medium apa tu tak tahu la. Kira mak bapak dia dari tong taik la tapi. Hahaha.. Bakteria tersebut dibasuh beberapa kali dengan sterile distilled water.

Bak kata pepatah, sebusuk busuk daging, di kincah di basuh.. lalu dimakan juga..

Hahahaha.. Apa yang pasti minuman kultur telah di ban kan dari shopping list kami..

Daa

Jumaat

Jangan tanya doktor pasal vaksin

Assalamualaikum

Disclaimer : Artikel ni by no means nak insult profession seorang doktor. Dan aku bukan seorang ibu yang tak percayakan perubatan moden. Jauh sekali percayakan benda khurafat seperti bomoh dan pawang. Artikel ni ditulis sebagai pendapat peribadi penulis dan by no means bertujuan untuk menggantikan pendapat dari mana mana medical professional. Sila lakukan research tentang isu ini, penulis tidak akan bertanggungjawab atas apa apa keputusan yang menyebabkan kerosakan kepada sesiapa. Sila berlapang dada apabila membacanya. Ilmu yang bermanfaat kita kongsikan.

Salam Jumaat.

Terbaca tentang pandangan doktor tentang isu vaksin di blog Athirah aka Bert.

Kebanyakan isi kandungan pandangan tu adalah apa yang aku memang jangkakan dari seorang doktor.
(1) Manfaat melebihi risiko – macam risiko naik kereta
(2) Nak tahu pasal vaksin tanya dengan orang yang pakar
(3) Penyebaran maklumat tak tepat tentang vaksin
(4) Fatwa harus mengambil vaksin

Kenapa aku kata jangan tanya doktor pasal vaksin adalah kerana.. Pernah tak doktor tanya soalan soalan macam ni bila nak cucuk anak tuan/puan yang sedang membaca sekarang ni?
(1) Anak ada alergi pada telur?
(2) Anak ada allergy pada apa apa ubat? Neomycin?
(3) Ada Febrile respiratory illness or other active febrile infection tak?

Tiga soalan ni cukup. Pernah tak?
Kenapa tiga soalan ni? MMR contohnya. Boleh menyebabkan alergi reaction pada yang alergi pada telur
Merck MMR Vaccine Insert – Merck adalah pengeluar vaksin sendiri.

Ya. Aku tak nafikan manfaat “mungkin” lebih dari risiko macam naik kereta. Tapi kalau naik kereta yang dah tentu brek tak makan, rasa rasanya manfaat lebih ke risiko lebih?

The fact adalah, kebanyakan doktor. At least sebelum isu vaksin ni wujud secara meluas. Kebanyakannya tak pernah baca vaksin insert. Selalu ambik mudah pasal langkah langkah keselamatan berkaitan dengan vaksinasi.

Isunya adalah. Aku bukan nak urge semua orang tak vaksin. That is human right. Ko nak vaksin, vaksin la. Tapi aku ada hak untuk refuse if aku rasa ianya tak bawa kebaikan pada aku. Meh kita ambik contoh kereta. Ya. Kemalangan berlaku. Tapi adakah kita akan saja saja suka suka nak naik kereta yang dah tentu tak ada langkah keselamatan. Takde airbag. Takde ABS? (Please take aside masalah kewangan di sini)

Para doktor, please admit that vaccine is not a one-fits-for-all solutions. Ada yang tak boleh disuntik vaksin kerana risiko yang tinggi. So, screening adalah penting. Bertanyakan soalan pada ibu bapa sebelum administer vaksin adalah penting. Since para doktor yang komen isu vaksin suka bagi contoh kereta, aku nak guna jugak contoh kereta. So kereta tu vaksin kan. Kalau dah orang yang naik kereta tu buta, agak agak lagi risiko kemalangan ke tak?

Which one yang doktor kata tak tepat? Adverse reaction is real. Yes. Ianya mungkin jarang berlaku. Sama macam komplikasi dari penyakit. How many people that you know yang mati sebab beguk? Cacat sebab chicken pox? Come on. Lets get real. Chicken pox adalah normal. Vaksin tak vaksin kita akan tetap kena. Cuma kena tahu cara penjagaan yang betul. Even beguk pun. Masa kecik dulu. Mak aku sapu nila ngan cuka je untuk beguk. Rehat banyak banyak. Tak payah pergi sekolah. Makan sedap sedap. Tapi tak sedap jugak la sebab mulut sakit. Hehe..

Ada sebab Allah wujudkan penyakit kan. Setiap sakit ada kebaikannya. Ramai saintis dah mula kaji tentang kebaikan penyakit ni. Contohnya measles

Ya. Kandungan vaksin yang disebut oleh doktor doktor tersebut mungkin suci. Tapi bagaimana dengan kandungan vaksin yang lain. Yang berbahaya? MSG sebagai stabilizer? Antibiotik? Oh..Makan kat mulut tak mahu. Cucuk terus dalam darah takpe? Bukankah dalam Islam, matlamat tak menghalalkan cara. Apa lagi bila kita ada alternative lain yang lebih selamat.
Kandungan vaksin (CDC adalah center of disease control yang dipunyai oleh kerajaan Amerika Syarikat. So takde isu fitnah di sini ya..)
Idea tentang vaksinasi memang dah wujud sejak lama dulu oleh saintis Islam. Tapi tanpa penggunaan bahan berbahaya. Aku dengan gembira cucuk vaksin kat anak anak apabila wujud vaksin tanpa segala bahan tambahan yang berbahaya tu.

Anyway. Aku takde niat nak provoke sesiapa. Ini adalah pendapat aku dari pembacaan aku. Percaya atau tidak terpulang pada individu.

Dan sekali lagi aku katakan. Aku tak darurat untuk mengharuskan vaksin kepada anak anak. Ya, risiko kesan sampingan vaksin mungkin rendah. Tapi, bagi doktor 1 persejuta 1 perlimajuta. Itu adalah nombor. Bagi aku yang Cuma ada tiga anak ni. Aku live with it for the rest of my life. So, please. Let me choose what I think the best for my children and for my family.

Bahan bacaan

Selamat membaca

Daa

Khamis

Shopping

Assalamualaikum

 

Betapa lah mahalnya kan barang zaman sekarang

 

Beli barang banyak ni pun da RM258.50. Ni takde beli susu tepung dengan diapers anak. Kalau beli lagi la kan..

 

Duit Malaysia dah takde nilai kot kan..

 

Kalau DaddyZiyyad suka ostolia, aku pulak suka Jepang. Seingat aku dari 10 tahun lepas sampai sekarang, harga dan saiz onigiri (rice ball) tak berubah. 110g = 105yen beserta GST 5%. Makan kat kedai ada GST je, takde service charge 10%. Tips jauh sekali. Itu pun publish price adalah sekali ngan cukai. Takde la mula ingat cukup duit bila tengok harga makanan. Bila time bayar, cong ceng cong ceng. Dah over budget. Hahaha..

 

Hari ni masuk opis lambat (sampai sekali ngan CEO) kahkahkah..

 

Daa

Rabu

Sambutan birthday Damia

Assalamualaikum

 

Akhirnya.. Sambutan birthday yang dah agak basi. Biar cerita basi, jangan makanan yang basi. Hehe..

Eh birthday siapa sebenarnya ni.. hihi..

Kek tak berapa menjadi by ibu yang diselamatkan oleh ayah

Filling perisa strawberry

Spagetti beef Bolognese dengan parmesan cheese

Topi birthday girl yang lambat interprem dan hadiah hello kitty dari ayah

 

Kakak Damia,

Dah makin besar. Jadi anak yang bertanggungjawab. Tolong abang tengokkan adik Aisy ya. Walau pun tiap tahun ibu Cuma buatkan kek yang tak berapa jadi, bukan kek mahal beli kat secret recipe. Bukan sebab ibu tak sayang kakak. Tapi sebab ibu nak kakak rasa special. Kek yang ibu buat, walau pun tak jadi, takde jual kat mana mana. Hiasannya walau pun tak cantik macam yang orang jual, tapi dari susah payah ayah.

 

Kakak jangan notti, dengar cakap ayah dengan ibu. Dengar cakap abang. Kakak anak yang cerdik. Ibu tau kakak boleh tolong ibu tengokkan Aisy bila ibu sibuk atau ibu takde.

 

Happy birthday kakak.

 

-Ibu-

 

Nota kaki : Tetiba aku rasa sayu hati.. Harap dipanjangkan umur untuk tengok anak-anak membesar

 

Daa

Selasa

Zombie

Assalamualaikum

 

Huarghh.. Ngantok gila.. Semalam pukul 12 baru start buat birthday kek Atiqah Damia. Sebiji tak jadi. Buat satu lagi. Ok ok je. Waaa.. Da lama tak buat sponge cake rasa fail gila.. Pukul 4 pagi baru tidur.

 

Hari ni pulak. Bila nak update blog. Jadi cenggini..

 

Mata aku yang menipu ke benda ni memang jadi gini. Wakaka..

 

Mencik nak pergi kerja sebab kek tak berapa jadi. Kalau boleh nak duk rumah sambung buat kek je.

 

Konon nak buat Japanese strawberry shortcake. Jadi bantats shortcake. Grr..

 

Seb baik telur kat Aeon Big murah. Sepapan lapan hengget je (Gred A) Tak cukup. Malam nanti beli lagi. Haha. Confirm shujin jeling jeling manja kat aku khenn..

 

Daa

Isnin

Tenkiu Nuffnang~!!

Assalamualaikum

Perkara yang menceriakan hari Isnin ku. Alhamdulillah~
Takde la banyak mana. Trafik ciput la katakan.

Apa pun. Terima kasih Nuffnang.

Korang sarapan apa pagi ni?

Nota kaki : Terima kasih atas ucapan selamat hari lahir buat anak dara Nurul Atiqah Damia. Belum celebrate lagi sebab shujin kerja sepanjang weekend.

Daa

Ahad

Happy 3rd Birthday kakak

Assalamualaikum


bday girl rajin tolong ibu memasak

Kek stroberi tak siap. Postpone sebab pokok stroberi tak berbuah. Haha.

Sori ye kakak. Ayah kerja hari ni. Nanti kita celebrate.

Daa

Jumaat

Cuti pun sakit hati

Assalamualaikum

Hari ni EL. Kena paksa cuti. Pengasuh anak bercuti.

Bukan sakit ati kat pengasuh. Sakit ati kat orang lain.

Jangan ditanya siapa orangnya. Biar lah rahsia.Grrrr..



Terbalik terbongkang tidur.

Daa

Khamis

Ole ole dari Vietnam

Assalamualaikum

Orang lain berjujuk publish entry pegi Vietnam. Aku tak mampu nak pergi Vietnam, dapat ole ole dari Vietnam pun happy macam dapat Gunung Jerai. Hehe.
Fridge magnet Vietnam

Tak tau panggil apa. Satu aku buat isi telekung. Satu lagi buat henbek kecik
Sapa lagi kalau bukan dari Irfa. Wuuuu.. Macih Irfa. Terharu aku. Harap harap fridge magnet tu tak jadi habuan anak-anak.

Aha.. Kalau nak tau.. Kawan kita ni dah jadi businesswoman tau. Berniaga fabric dan telekung dari Vietnam. Cantik cantik. Aku baru dapat tengok gambar. First batch dah nak sold out katanya. Tak lama lagi nak pergi lagi.

Kalau ada yang berminat nak berniaga jugak, boleh la koling koling atau meling meling Irfa atau tengok kat blog niaganya ni HajarCloset
Telekung HajarCloset
Yang terbaru ada telekung hitam katanya. Hitam tu kan menawan..

Kain cotton Vietnam pun ada. Kalau nak request jubah ke baju ke, boleh terus tanya ngan Irfa. Insya allah berbaloi baloi.

Korang dah tempah baju raya?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com