Khamis

Sambungan majlis kahwin adik ipaq

Assalamualaikum

 

Lambat nak bagi habis entry pasal majlis kahwin ni kan..Hahaha..

 

Maklum lah. Event seumur hidup sekali. Nikahnya Jumaat sebelum Zohor. Majlis makan makannya hari Sabtu. Sabtu tu kitorang berarak ke rumah pengantin lebih kurang pukul 2 petang. Lepas tu makan. Bergambar. Kemudian beredar.

 

Shujin ajak menziarahi kawan lama. Maklumlah, dia kan besar di Kedah. Cuma Kaori takde. Pergi Johor sebab majlis kahwin adiknya kat sana. Tapi diorang singgah jugak bermalam di rumah kami hari Ahad & Isnin.

 

Meh layan gambar pengantin selai. Yang lebihnya gambar anak. Hahaha.

Bagai pinang dibelah lapan..sebelah dijemur..sebelah lagi di bleach..haha.. jangan marah naa adik ipaq

 

Muhammad Aisy Thaqif

 

Muhammad Aqil Mubarak

 

Nurul Atiqah Damia

Aku tak bawak henset cap kambing tu. So gambar sekitar majlis ni memang tak banyak. Yang ini pun aku kebas dari FB shujin.

 

Hari ni nak ke Kelantan pulak. Prepare untuk majlis menyambut menantu keluarga mak mertua. Harap semuanya berjalan lancar.

 

Aminn..

 

Daa

Nak duit lebih? KLIK SINI

Nak hadiah iPad? KLIK SINI

 

Like Ourkizuna di FACEBOOK

www.facebook.com/Ourkizuna.Rai

Kenapa Weeclicks?

Assalamualaikum

Melihat pada komen komen di entry sebelum ni, aku rasa ramai Nuffnanger yang setia mengabaikan tawaran dari Weeclicks. Sebagai salah seorang Nuffnanger yang berstatus geligeliati, aku pun taknak hilang status tu. Kira setia jugak lah kononnya.

Tapi..Aku berpendapat, agak rugi juga kalau orang tak cuba Weeclicks ni. Antara sebabnya?
(1)   Weeclicks berfungsi macam gabungan Nuffnang dan Churpchurp. Kalau taknak hilang status gliteratti  Nuffnang, jangan letak kod iklan kat blog. Just promote link untuk referral program saja. Sebab bagi aku, satu referral yang bernilai RM1.20 adalah lumayan.
(2)     Dapat kredit PERCUMA RM10 bila register
(3)     Ada platform untuk promote artikel (entry blog) yang dia akan letak bio kita. Bagus bagi yang nak boost trafik. Aku tak nafikan, banyak platform lain. Tapi biasanya cuma bagi kita promote link, bukan entry dan takde letak bio. So yang ini ada additional sikit. Special? Kottt.. Hehehe..

Aku rasa tak rugi mencuba.
Nak tahu lebih lanjut pasal referral program? KLIK SINI
Nak dapat hadiah iPad? KLIK SINI

Nota kaki : I'm now a Nuffnanger cum Weeclicker~

Like Ourkizuna di FACEBOOK

Daa

Rabu

Selamat Pengantin Baru adik ipaq

Assalamualaikum

 

Haa.. Belum share lagi pasal kisah pengantin baru kita ni. Hihi.. Kitorang bertolak ke Kedah hari Khamis malam, lebih kurang pukul 10:30. Sampai kat RnR Sungai Buloh, anak dah kompelin kebulur. Aiceh. Berenti jap. Makan. Kami bawak bekal nasi jepun, ikan mackerel bakar, timun jeruk dan kimchi kegemaran Aqil.

 

Selesai makan. Bertolak semula. Lebih kurang setengah jam drive. Kami semua mengantuk sebab kenyang. Hahaha.. Since drive dalam keadaan mengantuk adalah berbahaya, kami singgah pulak kat RnR area Sungai Perak tu. Beli asam dengan kuih pau ayam. Aku pulak kroh kroh kejap.

 

Lastnya.. Pukul 7:30 pagi baru sampai kat homestay tempat kami bakal tinggal tu.. Adik ipar nak menikah pukul 10 pagi.

 

Rehat sekejap, lepas tu terus siapkan anak anak.. Layan gambar sebelum akad. Actually semasa dan selepas akad aku tak ambik gambar pun. Kalut ngan Aisy.

Yang pakai baju sama tu kembar. Tua setahun dari Aqil

Suka gambar ni

Yang ni pemalu sikit..sebaya Aqil

Mak budak menyelit..sepetnya mata aku..hihi

Bekas pengantin. Kehkehkeh

Pengantin dan adik beradiknya.. 2 lelaki 2 pompuan..Yang nikah ni yang bongsu.

 

Lepas habis majlis akad nikah yang tak ada gambarnya tu..Gambar pengantin pompuan pun takde sbb aku lupa nak transfer. Hahaha.. Haa.. Jeng jeng jeng.. Lawa tau biras aku. Budak baru habis degree.

 

Petangnya takde aktiviti. So shujin bawak kami jalan jalan makan makan. Ape lagi kan..Hoho.. Gambarnya next entry okeh!

 

Daa

Weeclicks - Platform baru jana pendapatan online

Assalamualaikum

Semalam dapat email tawaran untuk iklan Weeclicks di blog. Pengirimnya adalah K.C. Theng, Weeclicks Network Sdn Bhd.

Katanya..
Kami adalah sebuah advertising network. Bolehkah kami letak iklan di blog anda secara CPC, CPM dan CPE? Klien kami mungkin ingin letakkan iklan di blog anda.
Untuk maklumat anda, CPC kami adalah dari RM0.40-RM1.20, CPM kami adalah dari RM4(tambah bergantung kepada prestasi) dan CPE( dari RM7-8 to be confirmed).

Untuk panduan
CPC adalah cost per clicks
CPM adalah Cost Per Thousand Impressions, iaitu setiap kali seorang tengok iklan itu dikira satu impression.
CPE adalah Cost Per Engagement, iaitu setiap kali pengunjung anda berinteraksi dengan iklan online dikira satu engagement.

Tapi aku tak pasti sangat pasal apa beza interaksi (CPE) dengan klik atas iklan (CPC) tu.
Baru daftar. Apa yang menarik adalah..Sebagai promosi, sesiapa yang mendaftar automatically dapat kredit PERCUMA sebanyak RM10.

Bila godeh godeh semalam, aku dapati Weeclicks ni macam gabungan Nuffnang dan Churpchurp. Dapat iklan atau kita boleh promote. Maksudnya orang takde blog pun boleh register dan dapat income. Menarik kan..?

Antara kempen yang sedang berjalan adalah.. Weeclicks referral program
Weeclicks Referral CampaignWe would like you to share about Weeclicks to everyone. We will give you RM1.20 per active sign-up for the first 300 people you refer to us. After that, it is RM 1.60 per sign-up. Just share the unique link generated below. You can refer anyone to join us, as long as he or she is alive and active on any social media sites(facebook, twitter and etc)

Senang cerita, 1 referral = singgit dua kupang. Lepas 300 referral, singgit nam kupang untuk setiap satu referral. Lumayan jugak bunyinya tu kan..

Win iPad, iPad Mini and Cash prizesShare this campaign out to increase your chances of winning the iPad, iPad Mini and Cash Prize!

Nak tahu lebih lanjut pasal referral program? KLIK SINI
Nak dapat hadiah? KLIK SINI

PS : Nuffnanger yang setia maybe kena consider, sebab ada kemungkinan hilang status Geligeliati kalau letak kod Weeclicks ni. Tapi kalau setakat promote kempen insya allah ok je. Anyway.. Benda FREE, tak salah mencuba kan :D

Daa

Isnin

Tragedi

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kami selamat pulang ke Shah Alam pagi semalam. Masih dalam mode penat.

Kisah tragedi berlaku masa kat rumah persinggahan aritu. Yang baik yang menarik share nanti. Bak kata pepatah. Bersakit sakit dahulu. Bersenang senang kemudian. Hehe..

Kisah anak dara sorang la ni.


Lepas menangis


Jatuh tertumus. Nasib baik tak patah gigi kapak


Kesan darahnya.

Panic aku. Dah penat sangat main tapi taknak berenti. Letih sangat sampai terjatuh. Dua kali pulak tu.

Adeh la anak dara sorang..

Apa pun takde cedera parah. Cuma darah banyak je.

Cerita pengantin menyusul kemudian.

Daa

Khamis

Doakan kami

Assalamualaikum

Musim cuti sekolah datang lagi.. Banyaklah jemputan ke majlis perkahwinan kan. 

Ceh.. Formal la pulak..

Anyway..

Kitorang satu family nak ke Kedah malam ni. Esok pagi adik ipar nak bernikah. Majlisnya Sabtu.

Minggu depan pulak nak ke Kelantan untuk majlis sambut menantu family belah kami.

Harap semuanya berjalan lancar.

Amin..

PS : Lepas habis Jumaat, kami mungkin takda aktiviti. Ada ke blogger kawasan Alor Setar. Kecuali Kaori. Aku tau hangpa nak pi Johoq. 

Daa

Rabu

Nak upgrade penapis air?

Assalamualaikum

Berita baik bagi yang berminat nak upgrade sistem rawatan air aka penapis air.
Ada tawaran trade in sampai 31 May ini sahaja. 

Bagaimana memilih penapis air? Baca penapis air terbaik?

Atau email kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut ya.

Daa

Selasa

Saya suka susu

Assalamualaikum
Ibu saya masa dia takde keja. Ni lah hobinya. Ambik gambar anak-anak yang pelik pelik. Gambar bontot saya pun dia nak ambik.

Ibu kirim salam dekat semua. Dia busy hari ni.

Daa

Isnin

Jangan simpan ubat demam

Assalamualaikum

Jujurnya, dulu memang sentiasa ada ubat demam kat rumah. Masa zaman Aqil kecik. Aku trauma sejak tengok Aqil seizure terbeliak bijik mata. Kalau suhu naik over 39 darjah je sumbat ubat bontot (Voren kot namanya) atau pun ubat demam yang syrup tu.
Then, lepas 2010. Aku ada sedikit awareness pasal bahaya terlalu bergantung pada ubat ubatan ni. So, sejak tu aku mula banyakkan bahan bacaan pasal demam, kaedah penjagaan dan sebagainya. Aku mulakan dengan tolak antibiotik untuk Aqil. Sejak tu aku nampak perubahan baik dari segi kesihatan Aqil. Kemudian, bila aku confident sikit, aku buang ubat ubat demam dalam simpanan. Aku bukan menolak perubatan moden. Aku still pergi jumpa doktor untuk kenalpasti symptom dan sakit anak. Ye lah. Doktor lebih tau pasal penyakit kan..

So sekarang, kesihatan aku improve banyak sangat. Kalau kena selesema pun biasanya 2-3 hari dah baik dan tak membawa kepada demam. Resdung almost dah takde rasanya. Shujin pun sama, dulu selalu kena batu karang berulang ulang. Sekarang memang dah tak ada langsung. Anak-anak pun dah bebas dari sebarang ubat-ubatan selama lebih setahun. (Exactly lama mana tak ingat)

Macam aku cakap. Aku bukan menolak perubatan moden. Tapi bila aku tengok dan belek semula sejarah, sejak tak simpan ubat ubatan dalam rumah. Anak anak jarang sakit. Malah, kalau sakit pun takde la lembik layu je. Sakit pun tak lama. Kejap je dah baik.

Ada sorang doktor share ngan aku, jangan suka bagi ubat demam 4jam sekali kat anak.. Demam adalah reaksi badan terhadap jangkitan kuman. Termostat pada hypothalamus naikkan suhu lebih tinggi untuk combat jangkitan. Kalau kita makan ubat untuk turunkan suhu badan, ada kemungkinan jangkitan akan lebih mudah merebak. Dan kita lambat ambik tindakan untuk lawan jangkitan tersebut. Banyak kes yang demam sampai jangkitan pada otak adalah, suhu naik turun. Bagi ubat suhu turun, lepas tu naik balik. Bagi ubat lagi, suhu turun. Pastu naik balik. Ubat demam (Paracetamol) pulak, dalam masa yang sama akan mengurangkan perembesan glutathione dan mengurangkan kebolehan badan melawan jangkitan. Jangan lupa, ubat demam akan mengurangkan symptom panas, tapi bukan merawat punca demam tu.

Katanya lagi, suhu panas yang disebabkan oleh demam takkan menyebabkan kerosakan otak (brain damage). Melainkan kes demam disebabkan oleh surrounding atau heat stroke. So, jangan balut anak ngan selimut kalau demam ya.

So, kalau anak demam, make sure diorang well hydrated. Bagi minum air secukupnya. Rehat secukupnya. Bagi makanan yang berkhasiat. Minuman yang berkhasiat. Aku guna madu ngan bawang. Air pulak aku bancuh serbuk vitamin C untuk diorang.

Antara symptom bersama demam yang perlu dilaporkan bila jumpa doktor, anak aktif tak aktif, makan ok ke tidak, mulut bibir biru, pucat, sesak nafas dan sebagainya. Jangan ambil ringan symptom symptom ni sebab ia mungkin menentukan apa jangkitan yang sedang dihadapi oleh tubuh budak tu. Jangan ingat bila jumpa doktor, doktor tengok terus tau anak sakit apa, sebab doktor pun bergantung pada symptom yang kita bagitau untuk dia diagnose sesuatu penyakit. Jangan ingat asalkan dapat ubat demam, antibiotik dah ok dah.

Semoga membantu

Bagaimana supplement membantu kami sekeluarga bebas dari ubatan selama hampir 3 tahun? Hubungi kami di whatsapp no 0126894617



Daa

Jumaat

Suntikan Vaksin - Ketahui hak anda

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku melihat fenomena baru baru ni, ramai yang dah mula ada kesedaran tentang vaksin. Tentang baik buruknya. Tentang hak sebagai ibu bapa. Aku sendiri, kalau dulu main serah je peha anak bagi doktor cucuk, sekarang banyak tanya sana sini. Cari cari journal, buku dan bahan bacaan yang membantu.

Mungkin masih ramai yang belum tahu dan belum sedar. Aku bukan nak cakap pasal vaksin tu bahaya, atau nak suruh orang vaksin. Keputusan di tangan ibu bapa. Macam yang aku sentiasa tekankan. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab sepenuhnya pada anak-anak. Bukan doktor bukan nurse. Oleh itu, sebelum membuat sebarang keputusan bagi pihak anak, kita mesti tahu hak kita dan apakah pula tanggungjawab pihak klinik dan hospital yang membekalkan vaksin.
Apa yang mesti diketahui ibu bapa
(1)Program vaksinasi di Malaysia bukan satu program yang WAJIB, bagaimana pun ibu bapa digalakkan membawa bayi untuk disuntik sebagai salah satu langkah pencegahan terhadap penyakit berjangkit.
(2)Ibu bapa mempunyai hak untuk menolak sebarang vaksinasi dengan mengisi borang yang boleh didapati di mana mana Klinik Kesihatan milik kerajaan. (Borangnya macam borang kebenaran nak bedah/ taknak bedah = risiko tanggung sendiri)
(3)Sebelum sebarang suntikan vaksin dilakukan, ibu bapa berhak tau apa jenis suntikan, apa jenis penyakit yang dicegah, apa kemungkinan kesan sampingan yang boleh berlaku.

Apa tanggungjawab pegawai perubatan, doktor dan jururawat
(1)Kena terangkan pada ibu bapa pasal suntikan yang nak diberikan. Bukan main suntik je sebab ada sesetengah orang concern dengan kandungan dalam vaksin. Macam jenis adjuvant yang digunakan, bahan tambahan selain dari virus yang mati sebab vaksin nak kena ada preservative jugak. Ada sesetengah vaksin juga dikatakan mengandungi DNA babi macam rotarix (tak sure sekarang wujud lagi ke tidak.. :D) Kalau tak ada masa nak terangkan, kepilkan vaksin insert pada kad klinik supaya ibu bapa boleh rujuk.
(2)Setiap kali nak suntik kena rekodkan pada buku program vaksinasi budak tu (kad klinik tu la) apa nama vaksin, jenama, batch number, stock number, expiry date dan kepilkan insert vaksin (kertas penerangan yg duduk dalam kotak tu) pada kad tu supaya ibu bapa boleh rujuk kalau berlaku apa-apa kesan sampingan dikemudian hari. Sebab kalau nak buat laporan tentang kesan vaksin nak kena ada semua info tu untuk memudahkan siasatan.
(3)Kalau ada ibu bapa yang datang nak melaporkan tentang kemungkinan kesan sampingan vaksin, jangan tolak, jangan marah atau kata itu semua genetik. Bagi borang untuk mereka isikan. Biarkan pihak atasan yang jalankan siasatan lanjut. Ini penting untuk mengetahui angka yang tepat tentang anak anak yang mendapat kesan sampingan dari vaksin di Malaysia.

Kesan vaksin boleh dilihat sebaik suntikan dilakukan, sehingga ke 12 bulan. Actually ada juga kemungkinan lepas bertahun tahun baru nampak kesan. Antara kesan vaksin yang biasa adalah demam, nangis terjerit jerit sampai tak boleh nak pujuk, eczema.. Ada yang menolak kata autism tak ada link dengan MMR, tapi realitinya ada beberapa kes yang aku tau, progress perkembangan budak ke belakang sebaik lepas vaksin. Dari boleh jalan tak boleh jalan, boleh cakap beberapa perkataan lepas tu langsung tak boleh cakap. Sebelum vaksin boleh dengan orang, lepas tu takut orang. So how do you explain this?

Pada pendapat aku, jangan ambik mudah sangat. Sebab reaksi setiap orang terhadap vaksin berbeza. Syukur kalau takde apa apa kesan sebab kebarangkalian untuk berlaku kesan sampingan adalah kecil. Tapi, sebagai ibu bapa kita kena ingat. Pada doktor, 1 dalam sejuta atau 1 dalam 10juta sekali pun hanyalah satu angka. Statistik. Tapi yang satu tu, kalau berlaku pada anak kita, statistik bagi kita adalah 100%.

Actually, baru baru ni aku baru check balik Aqil kena seizure masa kecik dulu. Bila check kad klinik dia, tarikh dia kena seizure adalah dua hari selepas kena vaksin. Aku langsung tak terfikir dan tak sedar pasal ni sampai lah baru baru ni. Mungkin sebab vaksin tu mungkin sebab lain. Apa pun Alhamdulillah Aqil sihat sampai hari ni, dan tak nampak sebarang kesan selain dari dia lebih mudah jatuh sakit. Aku tak menyalahkan vaksin dalam hal ni sebab memang tak tau punca sebenarnya. Cuma mungkin ia adalah salah satu faktor dari banyak banyak faktor yang lain.

Prosedur nak melaporkan kesan dari vaksin boleh baca kat website kementerian kesihatan Malaysia

Selamat membaca

Daa

Khamis

Toys R US star club member clearance SALES @ Summit USJ

Assalamualaikum

 

Semalam tengah hari shujin forward sms, katanya Toys R US buat clearance sales untuk star club member. Up to 80% off kat Summit USJ. Sibuk la dia carik kad yang dah bertahun tak guna tu. Bila tak jumpa menjajo pegi Toys R US kat Empire Subang nak ambik kad baru. Kena RM15. Hihik..

 

Petang, terus dia balik awal ambik anak-anak siapkan mandi bagai. Ambik aku terus pegi Summit USJ.

Kemain hensem baju..hehe

Lengkap bertopi. Yang ni kalau pasal bergaya..

Tak membuang masa, terus pergi ke tapak SALES tu. Hari pertama. Takde la ramai sangat orang.

Jenama yang diniagakan

Dalam banyak banyak aku paling minat kasut stride rite ni.

Boleh tahan designnya. Tagnya dapat half price. Aqil dah jumpa dah design yang berkenan dan size yang sesuai. Tapi Damia punya takde size pulak. Damia punya kasut lagi la. Harga asal seratus lebih. Jadi RM39.90 je. Adeh. Sayang betul. Kasut yang sesuai untuk Aisy pun ada. Tapi nak buat apa beli kasut budak belum pandai jalan. Membazir je :P Okay. Aku kedekut :P :P

 

Selain dari kasut ada jugak baju semurah RM10++, CD belajar RM3~12. Shujin dok harap LEGO pun masuk senarai. Malangnya nan hado. Cuma ada bekas LEGO yang overprice tu je. Selain dari tu, kitorang kecewa la jugak sebab mostly tag yang 20% je. Half price jarang jumpa. 70% ada satu, soft toys mickey mouse yang macam dah lusuh. Yang tag 80% tak jumpa. Lepas tu yang toys nya memang takde dalam list toys yang akan kami belikan untuk anak-anak. Selain dari tu, ada jugak yang barang sama, tapi harga lain lain. Kena hati hati jugak tu.

 

Kalau sempat nak pergi lagi sekali. Mana tau ada pulak stok size kasut Damia tu. Yang tu je la yang aku rasa berbaloi nak beli pun. Hehe..

 

Kalau ada yang berminat nak jenguk jenguk, pegi la. Kena ada kad keahlian dan sekepuk duit untuk membeli belah. Hihi.

Details

Toys R US Members Clearance SALES (up to 80% off)

The SUMMIT Subang USJ

F4th Floor

15th t0 19th May 2013/05/16

 

PS : Kalau yang ada anak kecik tak payah la gaduh bawak stroller mewah mewah sebab sempit. Tau je la tempat sales. Aisy aku gendong je dalam ring sling.

 

Daa

Rabu

Jom support Jualan Amal untuk Adik Danish

Assalamualaikum

 

Aku tak sempat nak tulis banyak. Tapi sedikit info aku nak share pasal adik Danish ni adalah, dia nak menjalani pembedahan mata dalam jangka masa terdekat ni. Puncanya kornea matanya terkoyak sebab tercucuk pensil warna masa main.

 

Blog ni blog ibu dia yang tengah mengumpulkan dana untuk pembedahan Danish. Harap ada yang sudi support dan kalau tak mampu, tolong sebarkan supaya lebih ramai yang dapat membantu. Apa pun. Boleh klik link kat bawah ni untuk info selanjutnya..

 

JUALAN AMAL UNTUK ADIK DANISH

 

Sori. Agak out of hand hari ni.

 

Ps : peplum yang dijual agak murah compare dengan harga pasaran tau. Aku ada gak yang berkenan.. Nanti nak kecek ngan shujin. Lalala..

 

Daa

Selasa

Eh baru tingkatan empat lah!

Assalamualaikum

 

Sapa yang nyampah ngan entry poyo boleh klik close cepat cepat. Hahahaha..

 

Last year timbang, timbang tu tunjuk umur aku 18 tahun.

 

Baru ni timbang lagi sekali.. Tetiba aku 16 tahun.. 16 tahunnn.. Haishh.. Baru tingkatan 4 aku ni. Alamak.. Abisla.. Kena ngaji fizik lagi sekali. (Ok..ngarut. Sila abaikan)

 

Lalalala..

 

Mode mak-budak-masuk-umur-30tahun-tapi-masih-perasan-muda..

Gambar bonus gaya bebudak ni tido

Aritu yang ni kan..

Hahaha.. I’m so gonna miss gaya diorang tido bila diorang da besar nanti. Sobs..

 

Daa

Isnin

Tragedi panggung wayang -Ironman 3

Assalamualaikum

Waii.. Malas gila nak kerja lepas cuti 4 hari kan. Saja je ambik cuti lebih sikit spend masa ngan anak-anak. Basically takde plan ke mana mana sangat pun.

Khamis
Pagi hari lagi shujin dah keluar basuh kereta sampai berkilat kilat. Konon nak ajak anak berjalan jalan petangnya. Pilihannya ke Zoo Negara, Aquaria atau pun ke panggung wayang. Tungciang tungciang. Pukul 2 lebih baru siap semua. Haih.. Apa pun, mintak opinion anak-anak. Aqil tak minat binatang, so bila diberi pilihan. Dia pilih nak pergi tengok Ironman 3. Damia pulak suka binatang, so dia pilih nak ke Zoo Negara. Kedua duanya suka tengok ikan. So diorang pilih ke Aquaria jugak. Tengok jam da dekat pukul 3, kalau ke KL, harus baliknya tu jem ngan orang balik kerja.. Kensel kensel. Tengok tiket Ironman 3.

Lastnya ambik tiket petang kat TGV Aeon Bukit Tinggi. Bawak diorang pergi makan & melawat mak mertua yang bertandang rumah kakak ipar aku. Baru pergi. Sampai je. Aisy berak pulakk.. Tukar diapers dia dulu la pulak. Oh..Aisy aku bawak je sekali, sebab aku rasa tak adil pulak nak tinggal dia. Huhu..
Cantik kan nursing room kat Aeon Bukit Tinggi ni. Individual room siap langsir lagi. Selesa dan bersih.
Lepas tu terus boleh masuk wayang.. Sejak kahwin, first wayang kami tengok. Selepas dekat 7 tahun kot tak tengok wayang. Hahaha..
Apa apa hal posing dulu. Pakai sweater siap dah.
Dah masuk
Masuk tu wayang kosong lagi. Aku ngeri pulak sebab gelap gila kan. Hahaha.. Si Aqil da bising. Dah lepas a few minutes baru orang masuk. Tu pun tak sampai separuh. Hari bekerja kan.. Kitorang seat belakang sekali. Bila Ironman start, tak lama lepas tu Damia kroh kroh tido. Sabo je aku. Aisy pulak memang tidur manjang. Dah nak dekat peak, tetiba shujin tepuk aku.
“Yang.. Damia nak berak. Bawakkan pi toilet”
Aku pun bagi Aisy kat shujin nak bawak Damia. Pegang-pegang. Ini bukan nak berak. Ini dah berak. Grr.. Budak ni boleh terberak dalam tidur. Hehehe..

Alahai anak. Awat la hang pi beghak kat panggung wayang. Dah satu kerja aku kena bawak dia basuh bagai. Dah basuh tu, aku balut motot dia ngan sweater je.

Sambung tengok cerita jap. Aqil pulak nak kencing. Ayah dia pulak pi bawak.

Maapla pada kengkawan yang rajin ke wayang. Anak aku memang tak sengaja. Kalau korang pi tengok wayang kat TGV Aeon Bukit Tinggi, elakkan wayang 7, seat double no 6. Damia terkucil kat seat tu la aritu. Hehehe.. Beraknya takde la jatuh kat situ. Ok. Sori ya.
Gambar Aisy tak ambik aritu. Ni gambar 2 hari lepas. Kepochi kan..
Sibuk nak hisap ibu jari
Sekarang dah mula pandai nak mencapai dan menggenggam. Kalau tak dapat capai ngan tangan. Dia nak kuis ngan kaki. Memang teramat peramah. Kalau rajin melayan, dia senyum dan gelak je. Paling suka main ngan abang dia la.

Eh.. kesimpulannya, Ironman 3 best pada kitorang. Terselit unsur unsur kelakar jugak. Kalau nak tengok lagi pun aku ok je. Hihi..

Daa

Khamis

Kimchi yummy yummy

Assalamualaikum



Kimchi yang dah diperah


Bahan utk paste kimchi dalam mangkuk pink


Dah siapp..


Cili korea. Lepas habis batch ni boleh beli serbuk cili ni pulak.

Untuk resepi kimchi boleh check previous post.

Resepi kimchi sedap lagi halal

Daa

Resepi kimchi

Assalamualaikum

Resepi Kimchi
Bahan 
Napa cabbage - sapu ngan garam kat seluruh batang ngan daunnya. Letak dlm mangkuk. Tindih ngan benda berat. Aku letak tutup periuk. Atasnya letak lesung batu. Biar 4 jam. Nanti keluar air semua. Lepas 4 jam tu. Buang airnya. Kobis tu bilas 3 kali. Perah macam perah kain basah. 
Bahan tambahan - lobak putih potong2 size batang mancis, daun bawang potong2 panjang seinci dua. Kalau nak letak carrot pun ok. Potong size btg mancis gak

Buat paste (sementara tunggu 4jam tu)
Potong2 & rebus cili kering sampai masak. Blender ngan sikit air.
Blender sebijik bwg besar holland yg kuning tu, sebiji pear korea buang kulit (kulit coklat) dgn sebiji apple merah buang kulit
bawang putih ditumbuk 3 sb
halia ditumbuk 1sb
Sos ikan ( tak kisah cap apa)
Agak agak sesudu dua.

Cili kering tu kalau nak pedas letak lebih. Tapi nanti da jadi takde la pedas sgt pun.

Campur semua bahan utk paste. Lepas tu sapu pada setiap permukaan kobis. Campur bahan tambahan sekali. Biar semua bercampur rata dlm paste. Masuk dlm bekas kedap udara. The best pakai bekas kaca. Simpan dlm tempat gelap 24 jam. Lepas tu da boleh makan. Masuk dlm peti sejuk. Kalau suka lagi masam, biar kat luar lama sikit.

Slamat mencuba.

Resepi kimchi yang lebih sedap

Gambar kemudian ya.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com