Selasa

Nak kuruskan badan?

Assalamualaikum

 

Semua orang nak bentuk badan menarik. Semua orang suka kalau BMI normal. Tapi berapa ramai yang sanggup bagi effort untuk capai semua tu. Bila tengok suggested post kat Facebook, aku annoying gila bila product menguruskan badan dipromosikan dengan cara yang menyalahi etika. (Tu pun ada orang kata aku berblog dengan tak beretika.kahkahkah)

 

Lima hari turun 10kg

Sapu je, turun 8kg

Suami makin sayang, tak payah senam

 

Berbondong bondong insan 3G yang komen, “PM price”, “Cemana nak order?”.

 

Kesian..

 

Teringat kata kata Albert Einstein – “WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEMS WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM”

Masalah 3G biasanya adalah disebabkan oleh gaya pemakanan tak sihat, makan berlebihan etc etc. So, nak buang balik lemak tepu tu tak semudah tak makan dah boleh dapat bentuk badan berat badan asal. Berat badan asal maybe boleh capai. Tapi bentuk badan tak mungkin.

 

Dengan hanya jaga pemakanan atau kurangkan makan, kita mungkin akan dapat turunkan berat badan dengan cepat. Temporarily. Sebab air keluar dari badan. Tapi otot jugak kecut sebab kita tak senam. Bila otot kecut, possibility nak naik berat semula berganda ganda bila kita stop jaga makan akan jadi lebih tinggi. Aku jumpa sorang makcik makan product XX, mula mula nampak dia agak berisi, jumpa lagi sekali, nampak kurus kecut macam orang sakit tenat. Sampai shujin tanya dia, dia sakit ke. Dia siap promote ngan kami product tu. Katanya berkesan. Aku cakap kat shujin. Kalau jadi kurus rupa camtu takmo la aku. Macam orang ada penyakit je. Huhu..

 

The best adalah dengan makan makanan seimbang dan bersenam untuk build on muscle. Product product ni cuma sebagai booster je. Apa yang penting, amalkan healthy lifestyle.

 

Tak sempat nak senam? Life is about choice my friend. Bila kita pilih untuk tak ada masa, itu bukan salah siapa siapa. Semua orang dapat 24jam. Kalau kerja banyak asyik kena OT, tak sempat nak balik awal. Kita boleh pilih untuk balik awal atau cari kerja lain. Tapi kalau kita tak cari, itu pilihan kita. So, the choice is in your hand. Nak spend duit ratus ratus untuk product yang kononnya “sihat” tapi dalam tu ada gula tinggi pun siapa boleh larang. Duit masing masing kan..

 

Daa

Saya sudah.. Anda?

Assalamualaikum

 

Dalam kekecohan nak pilihanraya ni mungkin ramai yang terlupa atau buat buat lupa. Hari ni dateline nak buat tax filing bagi yang buat manual filing ya. Aku da file kan awal awal lagi. Dah habis pun duit yang dapat tax return tu. Hahaha.

Esok cuti! Yayyy..

Daa

Isnin

Abang dan adik adik

Assalamualaikum

Gambar pose tidur terbaru

Adik tukang sorong. Ibu duk rehat kat tepi.

Rezeki Aisy, hadiah dari Ucu dan gelpren (bakal istri ucu)

Line tenet baru top up. Legaa..

 

Daa

Vacation Club, adakah berbaloi?

Assalamualaikum

Pernah tak dapat call dan di offer penginapan percuma? Tapi kena datang ambik kat Hotel/Resort tu. Datang suami isteri.

Actually ini adalah cara marketing vacation club.

Well. Mana ada benda percuma dalam dunia ni. Nak ambik BR1M pun kena dengar ceramah dulu kan.. Hehehe

So, nak dapat bilik FREE kena lah dengar marketing diorang dulu.

Ini bukan sindiket penipuan. Ini memang vacation club yang wujud dan sahih.

Cuma, aku nak cerita dan kongsi sikit pengalaman aku masa dapat offer begini.

Shujin dapat call dari Gold Coast Sepang Resort last week. Dia mention suh datang ambik voucher penginapan percuma. Shujin pun ajak aku pergi. Masa on the way tu aku baca SMS yang shujin dapat. Dia tulis ada review ke preview ke something like that la. So, aku pun suspicious aku tanya shujin. Preview apa ni?

Shujin tak perasan, so dia kata wait and see lah nanti.

Sampai kat sana, kitorang disuruh pergi kat sales office yang ada tulis Iconic Vacation Club. Ramai orang dalam tu.

Kebanyakannya suami isteri. So, kitorang pun duduk dan dengar penerangan sales person ni.

Rupanya diorang ni jual membership vacation club.

Lepas terangkan itu ini. Panjang lebar. Dia bawak kami pergi tour. Biliknya memang sangat cantik. Dan mahal. Cuma pantai dan lautnya tak cantik la. Sapa nak pi Gold Coast Sepang ni memang nak duduk dalam bilik berehat rehat je. Hehehe. Ko ngadap aku. Aku ngadap ko. Baru baru kahwin boleh la kot :P

Masa ni dia tak bagitau harga lagi. 

Da habis tour, dia panggil manager dia. Baru manager dia bagitau harga membership. Aku kira kira. Memang berbaloi la. Boleh transfer kat orang lain. Nak jual ke bilik tu. Event nak jual membership pun boleh.

Shujin terus tolak. Aku pikir balik. Aku ajak shujin bincang. Lastnya shujin cakap, kitorang nak tempoh berfikir. Mulanya dia tak bagi.

Jenis yang panggil macam ni. Diorang akan suruh korang decide time tu jugak. Dia akan push jugak. Shujin pulak jenis detail. Since kami dah pernah kena dengan gores dan menang satu ketika dulu, impulse buying untuk benda besar macam ni adalah tidak lagi dibenarkan.

So, kitorang push salesperson tu bagi masa kitorang fikir selama seminggu. Otherwise, kitorang taknak. Dia kata tak boleh la itu la ini la. Then dia cakap nak tanya manager. Manager dia agree. So, diberi tempoh seminggu dan kalau kitorang jadi ambik, still dapat harga promosi tu.

Fine. Kitorang pun balik. Google sana sini. Mintak pendapat ramai.

While aku tak kata benda ni tipu. Tapi cara mereka mempromosikan benda ni memang boleh dipersoalkan.
(1) Tak bagitau benda tu review apa. Suh datang dengan janji kata ada penginapan percuma. Semua yg datang tu clueless.
(2) Suruh orang buat keputusan time tu jugak. Bila aku baca, ramai yang terbayar deposit sikit kemudian baru rasa yang terms yang ditawarkan tak menguntungkan diorang
(3) Ada sikit sikit paksa rayu
(4) Ada sikit sikit putar belit ala ala tipu sunat

Nasihat aku. Vacation club ni memang berbaloi. Bagi orang yang rajin berjalan. Jimat banyak. Dan boleh untung sebab boleh transfer pada orang lain. Kira boleh jual la yang mana kita takmo pakai tu.

Its just that, aku sangsi dengan terms and conditionnya. Ye lah. Takut lain dimulut lain di kertas. Satgi, kata boleh. Actualnya tak boleh pun. 

So dalam hal ni. Kalau interested nak, tapi takut rugi. Berkeras mintak tempoh untuk selidik dan mintak pendapat ramai. Kalau diorang berkeras takmo bagi gak. Tolak je. Bukan kita rugi apa. Jangan risau. Sebab dengan orang sales ni kita kena pandai main tarik tali.

Silap silap harga pun boleh rendah lagi. Aku baca pasal Iconic Vacation Club ni kat blog orang lain, harganya sama je. Tapi diskaun tu agak beza beza. Saje dia nak buat kita rasa dia bagi diskaun banyak dah.

Jangan tertipu. Tamak tu memang sifat semula jadi manusia. Tapi kita kena pandai manage ketamakan kita tu. Jangan bila orang offer je terus menggelupur ambik. Lepas tu tercekik sendiri.

Aku? NO. Sebab aku rasa terms nya tak memihak pada aku. Tengoklah dulu. Kalau tetiba jadi, adalah korang nampak aku promosikan benda tu nanti. Kalau takde tu buat buat lupa lah ye. Hehehe..

Nota kaki : Oh, kitorang memang dapat FREE stay 2D/1N kat Gold Coast Sepang tu, tapi tatau la sempat pegi ke tidak. Weekdays sajo..

Gambarnya nanti ambik dari tablet shujin. Henset cap boyo aku abis bateri aritu. Hihi 

Daa

Jumaat

Berat sekampit beras

Assalamualaikum

Masa bawak Aisy pergi check demam tu, aku check up dia sekali. Bukan aku yang check la. Dokter yang check. Hahaha. Ok. Tak kelako. :P

Aku risau berat Aisy turun sebab dia kurang minum susu bila aku start keja ni. Tapi Alhamdulillah. Mungkin da turun jugak kot  sikit. Tapi berat dia still bertambah 700gram dari last check up. Berat pada umur 2.5 bulan, 4.8kg. Nak sama berat ngan sekampit beras plastik kecik. Go go Aisy. Hehe.

Doktor tanya balik decision aku taknak cucuk Aisy. Aku senyum je. Nanti la doktor. Kata aku. Doktor kata, nanti takut tak boleh masuk sekolah tau kalau diorang tengok rekod anak awak ni tak lengkap.

Aku senyum lagi.

Dalam hati. Macam pernah baca ayat macam ni.

So, dia suruh aku buat surat kata aku refuse vaccination dan nanti dia akan cop klinik untuk pengesahan. 

Oklah. Next visit kami bawak.

Sebenarnya sejak lahir lagi, Aisy ada masalah lendir kat tekak. Tapi, dia takde demam ke apa. Demam tu pun sebab kurang air. Aku takut nak cucuk, takut nanti keadaan dia makin teruk. Since from the beginning dia bukan 100% sihat. Tapi bukan jugak dia sakit.

Siapa berani jamin yang benda tu tak berlaku?

Kalau berlaku apa-apa bukan doktor yang menanggung. Aku yang menanggung. So aku rasa aku ada hak untuk tentukan sama ada nak cucuk ke tidak. Dan tak pernah aku baca ada undang-undang yang membolehkan sekolah refuse entry anak-anak yang tak vaksin.

Aku akan make sure anak-anak aku sihat dengan cara aku. Insya allah dengan izin Allah.

Penyakit tu ujian dari Allah. Kita cuma usaha kan.. Aku tak condemn ibu bapa yang vaksin anak, so jangan la condemn aku sebab aku tak vaksin anak aku. Apa yang penting, kita buat informed decision.

Kan...

Nota kaki : Takde gamba bonus. Line tenet lembs..

Daa

Bila perlu tukar filter penapis air

Assalamualaikum

Ramai orang beli penapis air dengan harapan dapat menikmati air yang lebih bersih dan sihat kan..? At least tujuan membeli penapis air adalah macam tu.

Malangnya, ada jugak kes ada penapis air, tapi airnya lebih tercemar lagi. Puncanya tak tukar filter.

Menjawab soalan PCL, tentang bila sepatutnya filter perlu ditukar.

Ianya berbalik pada saranan oleh pihak pengeluar. Biasanya adalah Xribu liter atau setahun. Kalau gunakan lebih dari setahun atau lebih dari Xribu liter. Performance penapis air tu dah tak valid lah. Sebab ianya dah dicemari oleh bahan cemar yang tersumbat pada liang filter tu. Atau pun, bakteria dah membiak pada filter.

Ini boleh juga jadi punca penyakit.

Persoalannya.. Macam mana kita nak tau kita da lepas guna berapa liter kan..?

Hehehe.. Sebab tu dicadangkan, beli penapis air yang ada monitoring system. So that kita akan di alert bila dah sampai masa nak tukar filter.

Tapi kalau dah sedia ada filter, cuba at least tukar setahun sekali. 

So, jangan lupa tanda kat kalendar tiap kali tukar filter. 

Daa

Khamis

Fahami label NSF & WQA

Assalamualaikum

NSF dan WQA adalah antara badan bebas yang menjalankan ujian dan pengesahan kualiti bagi produk penapis air. Sekarang dah banyak penapis air di pasaran yang ada seal dari NSF dan WQA. Seal atau sticker NSF dan WQA ni mempunyai format tertentu dan tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Hanya product yang benar benar dapat pengiktirafan saja yang layak menggunakan sticker diorang ni.

So, adalah salah kalau product tu takde pengiktirafan tapi dia ada sticker.

Bagi semua product yang ada sticker, boleh search dalam database kedua website badan tersebut.

Kalau takde. Maksudnya ada dua kemungkinan
(1) Sama ada product tu tak pernah dapat pengiktirafan
atau pun
(2) Product tu adalah product yang di rebrand dari syarikat lain.

Bagi yang pentingkan kualiti barang. Yang nak beli penapis air yang worth diorang punya duit. Better make sure yang seal atau sticker NSF dan WQA yang dipamerkan adalah yang asli.


Ini adalah contoh label NSF dan WQA

Contohnya atas sebelah kiri
Tengok bawah logo NSF : Tested and Proven by NSF International under ANSI/NSF Standard 42 for Ceramic Candle only
Dari apa yang aku baca, maksudnya adalah penapis air ni memenuhi standard 42 (utk bau warna rasa dan klorin) hanya untuk tube seramiknya saja. Bukan the whole system

Begitu juga label yang bawah tu. Standard 61 dan 58. Untuk materials saja.

Standard 58 adalah untuk health effect contaminant. Contohnya macam logam berat, VOC dan sebagainya. Bila search di website NSF, tidak dinyatakan apa yang boleh ditapis. Sebab hanya material saja yang ikut standard, tapi bukan system tersebut.

Manakala yang WQA punya seal tu pulak. Ditulis "Member of WQA year 2006". Member of water association bukan bermaksud,  WQA iktiraf product mereka. Kalau product ni diiktiraf dia akan dapat seal yang menyatakan bahawa ianya "tested and certified".
macam ni

Ini bukan menipu. Tapi dipanggil marketing strategy. So, pengguna zaman sekarang kena lah bijak menilai.

Penapis air ni dikeluarkan oleh Kouw Pinnq Enterprise Co LTD. Tak silap aku kat Taiwan.

Syarikat tempatan beli dan rebrand product dia. Kalau nak tau boleh google dan tengok rupa home water treatment system yang diorang jual. Memang saling tak tumpah dengan jenama penapis air tempatan.

Apa nama brand? Lalala.. Nanti kena saman pulakkk..

Ada orang kata semua penapis air sama je..Then aku nak tanya. Kalau semua penapis air sama, why the heck ko nak spend ribu ribu pada benda yang boleh dapat pada harga ratus ratus. Quality sama je. Dah banyak sangat duit nak buang camtu je? Baik derma kat anak yatim.

Nota kaki : Bak kata Nabil.. Lu pikir la sendiri!

Daa

Rabu

Bilikku bau bawang

Assalamualaikum

Hari ni cuti EL. Aisy demam malam tadi. Aku rasa dia demam sebab dehidrat minum susu sikit sangat. Balik dari ambik dia aku tengok dia cuma minum 2 bekas. Tu pun tak habis. So tak sampai 10oz dia minum.

Memang sangat kritikal. Besar ke tidur je. Dia takkan minum unless da lapar sangat. Adeh..

Last week ok lagi. Tak boleh jadi. Hari ni kena pegi cari botol lain ni. Memang pecah tradisi betul Aisy ni. Abang ngan Kakak dia ok je. Takpe lah.

Dah rasa kurus bila pegang, Susah ati aku.

Malam tadi aku terjaga pukul 1+pagi. Rasa badan dia agak panas. Termometer pulak rosak. Aku basahkan ubun ubun dengan air. Bagi susu. Dia merengek. Asyik nak melekap je. Rindu kot. Hehehe.

Tengok lambat sangat turun panasnya. Aku pun pergi hiris bawang. Letak tepi kepala. Pedih mata aku. Satu bilik bau bawang. Hahaha. Lepas tu, ambik beberapa hiris masukkan dalam socks dia. Pakaikan kat kaki dia.

Dalam sejam gitu, panasnya makin kurang. Hebat.. Pagi ni memang dah tak panas.

Still. Aku cuti sebab nak pergi carikan botol susu baru kat budak kecik ni.


Rasanya nak beli botol MAM ke First Year macam akak ngan abang dulu. Harap ok lah.

Daa

Selasa

Harapan GE13

Assalamualaikum

Sempena GE13 ni, harapan aku adalah supaya mana mana pihak yang menang akan meneruskan pemberian 20m3 air percuma. Ya. Saya suka barang FREE. Siapa tidak..? Hahaha..

Bukanlah..

Harapan aku supaya kerajaan baru yang bakal dibentuk tak kira di peringkat negeri atau pusat akan bersungguh sungguh menjaga kebajikan rakyat. Tanpa mengira apakah moneyfesto mereka pada ketika ini.

Pakatan Harapan Rakyat atau Rakyat di dabahulukan?

Pilihan di tangan anda.. Jangan biarkan mat indon dan bangla yang tulong tandakan.

Nota kaki : Last few weeks, Along datang rumah. Katanya sorang kawan dia ejen pekerja asing dah bawak beberapa ratus orang pekerja asing mengundi di Gua Musang sebagai pengundi awal. Betul ke tak betul? Wallahualam. Hanya mereka dan Allah yang tahu.

Nota kaki kedua : Semoga hanya yang benar benar layak menang pilihanraya kali ni.

Daa

Isnin

Lost

Assalamualaikum

Semakin hari aku semakin tak tau apa yang menarik nak dikongsikan dengan pembaca. Actually bukan tak ada yang menarik. Tapi kekangan masa dan jelingan bos telah menjadi halangan. Kat rumah pulak, internet lebih teruk dari siput.

So, untuk sementara waktu ni. Aku mintak maaf banyak banyak kalau benda boring je aku tulis kat blog ni untuk tatapan korang. Hahaha.

Actually, ada satu projek menarik. Buah tangan untuk pembaca setia Ourkizuna yang suka bercuti. Aku dengan shujin tengah usahakan lagi. Insya allah. Hujung minggu ni urusan tu akan dapat diselesaikan. Lepas tu baru aku kongsikan pada semua. Stay tune ya..

Doakan semuanya berjalan lancar.

Daa

Jumaat

Lego menjana minda kreatif anak

Assalamualaikum

Aku bukan suka sangat Lego. In fact, kalau suh aku merekabentuk ngan lego, confirm aku stress sampai boleh menangis. Hahaha.. Lets just say that lego memang bukan bidang aku. Walau pun ada sijil dalam bidang engineering. Eh.. Aku keja kerani kan skang ni. :P

Ni minat shujin ngan anak-anak.
 Cer cer teka.. ada berapa orang lego dalam gambar ni.. Kalau betul takde hadiah la.. Hahaha..






Lego cap cina.. BOLE
Actually, first box je yang betul original LEGO. Yang lepas tu kami jumpa made in China yang jauh lebih murah. Tapi kualiti of course la tak setanding. Ala.. untuk main main camni, beli mahal ke murah ke, kalau hilang sama gak. Hehehe..

Aqil paling minat sekali main LEGO ni. Kalau Damia, banyak pecahkan dari membina. Peringkat umur dia kot. Hehehe.

Aku..? Kalau ajak diorang masak masak boleh la. Ajak main LEGO memang aku tak pandai. Paling paling pun aku tolong diorang susun LEGO tu ikut bentuk supaya senang dia nak cari. Hehehe.

Sepah? Of course. Terpaksa tutup sebelah mata. Aku kan mak yang penyabar.. Aminnn..

Daa

Khamis

Outing dengan si kecik

Assalamualaikum

Sejak Aisy lahir, aku memang agak malas nak jalan-jalan. Ye la. Bawah enam bulan lagi ni, tak sesuai nak expose sangat pada persekitaran. Lama gila tak makan kat kedai. Kalau tak masak pun beli bawak balik makan kat rumah. Nak jaga kakak dengan abangnya lagi. Haih.. Dari stress tak ketentuan baik aku makan kat rumah je. Hehehe..

Nak jadikan cerita. Ada schoolmate aku intro babywearing kat aku. Punya la meracun aku. Siap sanggup pinjamkan ring sling dengan wrap kat aku. Tapi aku belajar ngan Youtube la sebab tak sempat lagi jumpa dia. Ring sling dengan wrap tu pun dia pos je. Sabo je aku.
Ni la wrap.. tapi tak pandai pakai.
 Nampak tak senonoh gila aku pakai. Tak kemas. First time pakai masa ni. Hahaha..
Ketiduran je budak ni

Ni ring sling. Kepochi je muka aku :P
Masih belajar belajar lagi. Shujin kata, lenkali outing dia nak cuba pakai, sebab nak rasa macam mana rasanya pompuan ngandong. Hish.. Mana sama kata aku. Hahaha.
Alolo..Comelnya senyum. Asyik nak ajak borak je.

Susah dah nak blogging sejak kembali bekerja ni. Rutin pam susu 4 kali sehari. Takkan aku nak dilihat berblogging pulak kan. Nampak cam datang opis takde buat apa sangat.. Hahaha..

So, maaf kengkawan. Aku cuba BW waktu malam atau lunch hour. Still nak cuba sesuaikan diri dengan jadual ibu beranak tiga.

Daa

Rabu

Barang perhiasan rumah

Assalamualaikum

Nak tumpang bertanya. Kat mana nak beli langsir ready made yang cantik dan berpatutan eh..? Area Selangor ni. Langsir rumah lama tak muat ngan rumah baru. Daunnya lebih.. Tak cukup pulak.. Nak suruh orang jahit jahit aku pun tak berapa reti. So ready made lagi senang kot.

Ada cadangan..?

Aritu pergi Ikea jumpa kain buat langsir je. Langsir da siap tak jumpa pulak. Ada ke?

Nota kaki : Mode mengemas dan menghias rumah. Masih terbarai lagi. Malu nak tunjuk kat orang. Hahaha.. 

Daa

Selasa

Tips dan petua anak selsema batuk

Assalamualaikum

Alkisahnya bermula si Damia tetiba selesema aritu. Lepas tu berjangkit dengan abangnya. Dah kuarantin jugak budak berdua tu. Tapi biasa la diorang. Kadang kadang dapat jugak dia bergomol jugak dengan Aisy. Naik rimas adik dibuatnya. Lastnya jangkit jugak dengan Aisy. Kesian adik. 


Tapi alhamdulillah, diorang selesema dan batuk tak demam. Cuma Aqil je panas kejap masa malam pertama kena tu. So, aku just bagi diorang extra air dan bagi extra vitamin C. Dan bagi madu.

Aisy pulak aku susukan lebih. Aku bawak jugak jumpa doktor sebab batuknya nampak agak teruk bunyinya. Tapi alhamdulillah semuanya ok je.

Damia dengan Aqil dah kering hingus dan batuk pun almost takde. Tinggal Aisy je. Semalam aku pulak yang macam nak demam. So, risau Aisy jadi lagi teruk bila aku selesema sekali, aku pun cari la macam-macam petua untuk batuk & selesema bayi.







Hasilnya... Jumpa petua gunakan bawang besar dengan madu untuk batuk dan selesema. Dua dalam satu gitu.

Bawang besar hiris hiris, letak raw honey.
Aku guna madu asli manuka. Pekat gila. Aku tak ingat kenapa. Tapi macam macam la pantang larangnya. Tak boleh guna sudu besi, kena ambik guna sudu plastik. Tak boleh campur ngan air panas, kena guna air biasa. Suam suam kuku boleh la.



Ok. Petuanya..Hiriskan bawang besar, lepas tu rendam dalam madu. Biarkan 10-15 minit. Nanti akan ada jus bawang bercampur dengan madu tu. Minum sebagai ubat batuk selesema. Sakit tekak pun boleh tau.

Aku baru minum sekali. Nak sakit tekak, gatal tekak, hidung berair.. semua hilang. Rasa pun sedap. Memang berkesan betul. Since Aisy tak boleh minum, aku minum je la. Dengan harapan antibodi tu dapat dibekalkan melalui susu ibu. 

Lagi satu, hirisan bawang besar tu juga katanya boleh melegakan hidung tersumbat. So, hari ni aku hiris setengah biji bawang besar, bungkus dalam tisu, ikat. Pesan kat makcik yang jaga Aisy, letak kat kepala tempat tidur Aisy. Dah macam tangkal pulak. Hehehe..



Ada lagi petua lain macam teh bawang putih, tapi aku tak cuba lagi sebab yang ini dah berkesan untuk aku. Tapi kalau nak cuba teh bawang putih boleh buat. Caranya, ketuk beberapa biji bawang putih dengan pisau (macam kedai mamak buat tu..) Rebus sampai mendidih. Airnya tu agak agak secawan dua. Lepas da mendidih, kecikkan api dan rebus lagi 15 minit. Lepas tu bagi suam, tambah madu dengan cayenne pepper. Kalau suka masam sikit boleh perah lemon ke limau nipis.

Tambahan : Untuk demam dan sakit tekak, boleh juga bagi Apple Cider Vinegar (ACV) di campur madu. Untuk anak kecil, dilutekan dengan air. Letak dalam sippy cup sebagai minuman dia. Kalau boleh beli ACV yang warnanya keruh macam jenama Bragg. Bukan yang jernih tu.

Selamat mencuba.

Daa

Isnin

Catching up kata orang..

Assalamualaikum

Salam Isnin.. Err.. Sehari yang penuh pancaroba. 

Kekdahnya.. 65 hari cuti dah lupa cara nak buat kerja. Tengah baca nota tinggalan sejarah..

Wakaka..

Kat rumah tak dapat nak BW.. Balik kerja nak balas dondam..

Rindu nak baca blog kengkawan..

Daa

Jumaat

Jumaat terakhir

Assalamualaikum

Jumaat terakhir bercuti. Pasni kena pi keja dah..


kesian dak pipi tembun ni


Janganla si notti ni nanes


Rasanya abang ok kot..


takde dah aktiviti masak masak. huuu..

Daa

Sabtu

I'm not anti-vax

Assalamualaikum

"Never overestimate your ability to change others"

Orang.. Kalau dia nak berubah.. Dia akan berubah sendiri. Suruh ke paksa sekali pun, orang takkan berubah kalau dia taknak. Bagi 1001 dalil kat orang yang pro vaccine pun, kalau dia tak buka hati buka mata buka minda, dia tetap akan sokong kata vaksin tu bagus. Begitula sebaliknya.

Melihat perdebatan antara ibu bapa yang memilih untuk menolak vaccination dengan golongan pengamal perubatan di FB.

Bagi yang mengikuti post tersebut boleh baca komen mereka yang terlibat dan terdapat banyak link rujukan yang boleh membantu ibu bapa dan bakal ibu bapa dalam membuat keputusan.

Sebagai ibu, dah tentu kita nak bagi yang terbaik buat anak masing masing. Bagaimana pun, maksud TERBAIK itu sendiri berbeza bagi setiap individu. Peribadinya, aku pada asalnya memilih untuk memberikan semua jenis vaksin pada anak anak sebagai langkah pencegahan. Tapi setelah mengikuti beberapa talk berkaitan dengan vaksin dan membaca buku buku dan baca info dari pelbagai sumber, aku memilih untuk hentikan vaksin untuk anak anak. Aqil Mubarak almost full vaccination, Atiqah Damia sampai setahun dan Aisy Thaqif hanya vaksin sebaik lahir.

Keputusan ini bukan mudah. Sebab kita sejak dari dulu tahu yang tujuan vaccination adalah untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Tapi alhamdulillah. Aku nekad dengan keputusan. Shujin masih agak ragu ragu. Tapi menurut. Dalam masa yang sama, aku minta dia baca tentang info vaksin supaya dia faham tentang risiko yang bakal kami tempuhi.

Ok. Berbalik pada perdebatan di FB. Bagi aku, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bukan saja kebaikan vaksin, malah perlu juga bagi mereka untuk tahu, apakah risiko yang bakal diambil dan apakah kandungan vaksin. Pada aku, adalah tidak adil bagi ibu bapa yang pergi cucuk anak ikut rutin ni tak diberitahu apa kesan sampingan dan kandungan vaksin tersebut. Sebab kalau berlaku apa apa kesan sampingan, mereka yang terpaksa melaluinya. Dan tidak adil bagi anak anak, kalau ibu bapa tak buat keputusan berdasarkan pengetahuan, hanya dengan kepercayaan bahawa ia mungkin selamat kerana kesan sampingan JARANG berlaku. Ini kerana, segala kesan pengambilan atau tak ambil vaksin yang menanggungnya anak anak.

Ambil atau tidak adalah hak individu. Tujuan aku buat post ni bukan untuk suruh atau larang orang ambik vaksin. Malah, kalau lepas ni ada yang taknak ambik vaksin sebab nak ikut macam blogger Rai Ourkizuna tu tak ambik jugak pun aku tak bagi jugak. Hahaha.. Ok. Tak kelakar. (tiru Irfa :p)
Aku cuma mintak. Ibu bapa.. Sila lah buat keputusan berdasarkan pengetahuan. Ambil tahu. Baca. Tak faham tanya. Bincang. Walau pun link antara autism dengan MMR tak dapat dibuktikan, tapi kejadian kejadian anak menjadi autism, perkembangan kebelakang dari boleh bercakap jadi tak boleh cakap memang berlaku. Ada sesetengah individu yang tidak sepatutnya dapat suntikan MMR. Atau pun lain lain vaksin. Sebab memang ada individu yang alergik terhadap kandungan dalam vaksin. Dan kecacatan kekal atau kematian akibat penyakit berjangkit yang termasuk dalam program vaksin memang boleh berlaku.

Tapi kita kena outweight kedua duanya untuk buat keputusan. Kalau ambil, risiko kesan sampingan. Tak ambil risiko kecacatan. Mind that.. Ada sesetengan penyakit yang dilindungi vaksin yang kita akan kena juga. Tapi, sama ada komplikasinya teruk ke tidak. Bandingkan risiko yang bakal kita ambil.
Aku yakin. Membaca pada feedback yang diberikan oleh pengamal perubatan yang kebanyakannya bakal doktor, ia akan mengukuhkan lagi pendirian ibu ibu tersebut untuk tidak vaksinkan anak mereka.

Jangan ambil vaksin dengan anggapan, kalau vaksin ni tak elok takkan kerajaan tak haramkan
Jangan ambil vaksin dengan anggapan, takkan doktor nak bunuh anak kita

Jangan tak ambik vaksin sebab dengar cakap orang
Jangan tak ambik vaksin sebab orang kata vaksin ni konspirasi yahudi
Jangan tak ambil vaksin sebab ianya mahal atau tak ada masa nak pergi hospital
Susah? Jadi mak bapak memang la susah. Jadi lembu pun banyak masalah bak kata orang tu.

Ibu ibu yang taknak vaksin tu pun, satu masa dulu pro vaccine jugak. Sampai la, berlaku kesan sampingan akibat vaksin yang diambil. Tapi bukan juga buat tuduhan membuta tuli. Sampai spend duit berpuluh ribu untuk hantar sample sampai ke US untuk diagnosis. Bukan jenis tak ada pelajaran, doktor sendiri pun ada.

Malangnya feedback dari sesetengah pengamal perubatan ni sangat mengecewakan. Paling kecewa bila ada yang tulis. "Jangan datang jumpa doktor kalau sakit"
Drama je lebih.

Panjang sangat. Terima kasih bagi yang baca sampai habis.

Daa

Jumaat

Entry terbabas - Check up Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Lupa nak stori mori. Lepas balik sini, aku bawak Aisy pegi check up. Patutnya check up kat klinik desa kat kampung. Tapi misi yang janji nak datang rumah tu tak datang datang. Malas aku jenis orang jji dicapati ni.

So balik sini, baru bawak Aisy check up sebulan. Hari ke 39 sebenarnya. Timbang 4.1kg.


Dumukkss

Sepatutnya kena cucuk Hep B, tapi aku mintak kebenaran ngan doktor untuk delaykan dulu. Aku belum habis baca pasal risiko suntikan hepatitis B pada baby.

Sebenarnya aku ada ura ura nak ban semua vaksin pada Aisy. Tapi kenala buat informed decision. Tak boleh la nak ban semua tanpa tau risiko kalau ambik dan risiko tak ambik. Lepas tu baru boleh outweight kan. Sama ada perlu atau tidak.

Mudah kalau nak bagi je. Tapi berlaku kes adverse effect pada baby nanti.. Siapa yang merana?

Baru baru ni, ada sorang kawan lama PM aku tanya pasal journal berkaitan vaksin yang aku post sebab ada anak kenalan dia, suntikan BCG tak menjadi, ada kemungkinan kena operate dan risiko kena jangkitan Tibi. Tak dapat membantu sebab benda tu pun kemungkinannya awal tahun lepas aku post. Aku tak tanya lanjut lagi sebab condition masa tu uncertain. Tapi just nak mention kat sini..

Apa juga decision kita ambik, sama ada bagi atau tak bagi vaksin pada anak kita, kedua duanya ada risiko. Walau pun sekecil kecil risiko. So, buatlah keputusan yang berdasarkan pengetahuan. Jangan ikut ikutan. Sebab in the end, apa yang berlaku adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.

Daa

Khamis

Meniaga donat

Assalamualaikum

Dah lama tak menguli kan. Minggu lepas pegi Daiso Aeon Bukit Tinggi terjumpa benda ni..



Lama dah aku kejelesan tengok donat orang cantik cantik. Nampak benda tu terus sambar.

So, semalam tercapai la impian. Telur takde bukan penghalang. Aku ambik resepi donat suria che mat gebu. Tapi donat aku, aku namakan donat nigeria.

Aku buat satu adunan. Shujin tengok. Dia kata "eh sikitnya.. Tak cukup ni". Buat satu lagi adunan.

Da siap menguli, sementara tunggu donat kembang buat topping coklat. Tapi tak berapa nak menjadi. Ilmu agakla katakan. Terlebih butter.

Donat 40 biji. Separuh untuk sarapan pagi ni, separuh untuk malam tadi. Pakai donat maker pun donat aku tak sama size sebab tebal tak sama. Teruk betul. Hahaha


Donat nigeria


Untuk pagi ni. Goreng sekali lagi nanti..

Korang sarap apa?

Daa

Rabu

Potty train si gadis ayu

Assalamualaikum

Seperti yang kujanjikan pada Damia. Aku potty train dia lepas habis pantang.

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan baik. Hari pertama berlalu tanpa insiden. Hari kedua lupa nak tanya ajak dia pegi toilet. Kebocoran pulak.

Apa pun aku kira sangat success sebab dia da tau rasa nak kencing tu. Malam pulak, mula mula aku tak berani. Tengok da dua malam diapers dia clear. So malam tadi aku tak pakaikan diapers, alas tempat tidur dengan plastik & kain batik. Clear sampai pagi.

Tahniah Damia.. Senang hati ibu..

Cuma masih taknak yakyak kat toilet lagi. Geli kot..


Budak tak sabar nak bercakap

Daa

Mandi garam untuk kulit cantik

Assalamualaikum

Mandi laut bagus untuk kulit. Tapi bukan hari hari dapat mandi laut. Lagi laa kalau duk kat Selangor ni kan. Kalau duk tepi laut pun, kurang sanggup nak sun burn hari hari demi nak mandi laut. Hehehe..

So, kita tak boleh nak ke pantai untuk mandi laut hari hari. Apa kata kita bawak air laut ke rumah kita. Bawak garamla. Bancuh kat rumah. Belanar air keluar dari paip kan.. Hehehe..

Dedulu aku selalu rendam kaki dalam air garam bila lenguh jalan lelama. Aku pun dah tak ingat siapa yang ajar. Tapi agak berkesan buat aku. Lega banyak gak la.

Instead of guna garam biasa, aku guna epsom salt.

Boleh beli kat watson. Lima ringgit lebih kurang harganya..

Selain dari melegakan lenguh lenguh, dikatakan juga membantu proses detox. Aku pun tak pasti betul ke tidak. Especially bagi yang ada masalah kulit atau susah nak tido pun bagus berendam dalamnya. Ada jugak kata ia bantu untuk menenangkan perasaan sebab komponen magnesium dalam garam ni yang menyerap ke dalam kulit masa berendam tu. Pendek kata ada baanyak kebaikan berendam dalam garam epsom ni.

Caranya adalah dengan masukkan secawan garam epsom dalam air panas. Kemudian berendamla dalam tu sekurang kurangnya 20 minit. The best effect, buat 2-3 kali seminggu. Tapi, bagi yang ada masalah tekanan darah rendah kena hati hati bila nak bangun tu. Takut pitam. Kalau nak best lagi boleh titiskan essential oil macam lavender ke untuk soothing effect.

Selain boleh digunakan untuk berendam, boleh juga digunakan sebagai scrub bagi licin kulit.

Epsom salt ni tak masin tau. Pahit.

Rupa kotaknya..


Gambar bonus hari ni..




Abang & kakaknya

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com