Ahad

What do you think?

Assalamualaikum

Kesian.. Kagum.. Gigih..

Malu kalau jadi orang pompuan bagi banyak alasan takmau susukan anak..

Daa

Jumaat

Kad kredit, keperluan atau kehendak?

Assalamualaikum

Pakai kad kredit? Ada satu ketika dulu, ada orang yang beranggapan orang yang pakai kad kredit ni orang kaya. Lagi banyak pakai lagi kaya. Pernah aku balik kampung, ada sorang pakcik ni tayang kat kredit bersusun dalam wallet.

Depan depan kami, dia bagi tiga keping kat anak dia tiap sorang. Shujin gelak je..

Hakikatnya, ramai orang salah faham pasal kad kredit. Sebab tu ramai yang guna dan kemudian dibelenggu hutang sebab pakai sampai limit dan tak mampu nak bayar.

Rule bila guna kad kredit adalah "do not spend money you don't have"

Pada aku kad kredit memudahkan hidup. Tak payah bawak cash banyak. Swipe je. Especially kat stesen minyak. Leceh nak gi kaunter.

Tapi. Kena pandai manage cashflow la. Spend duit yang kita ada je. Spend jangan sampai limit.

Kalau emergency sekali pun, plan siap siap, macam mana dan berapa bulan kita ambik masa nak settle kan semua. Jangan sesekali biarkan drag lelama.

Bunyinya mudah. Tapi ramai yang tak mampu. Sebab tu ramai yang anggap kad kredit ni tali jerut yang bila bila masa je nak cekik kita. Masalahnya orang tu sendiri yang tak dapat kawal diri.

Aku paling suka bab redeem hadiah sebenarnya. Kalau boleh, kat kedai runcit pun nak guna kad. Balik rumah terus transfer la bayar. Hehe.

Korang guna kad kredit?

Daa

Khamis

Feeling surirumah

Assalamualaikum

Dengan cuti yang berbaki beberapa minggu ni, aku sedaya upaya nak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Konon nak feeling surirumah gitu..

Tekak pulak feeling jepun.. Jadilah menunya begini.

Menu yang simple gila sebenarnya. Nasi beras sumo. Miso soup dengan wakame, japanese mackerel bakar, dill pickle dengan kimchi

Aqil mubarak bertambah tambah.

Sayangnya.. Miso paste da tinggal untuk sekali buat. Mana la nak dapat miso paste halal kat Malaysia ni.

Tangan Damia.

Ada sesapa nak ke Jepun atau Singapore? Nak pesan miso paste. Hahaha..

Daa

Rabu

Blur

Assalamualaikum

Dah lama tak menulis. Blur jadinya aku. Tatau nak tulis apa. Tak sempat nak menulis. Tak terkejar ngan bebudak bertiga ni.

Officially aku da habis pantang. Kalau ikut perkiraan aku ngan mak la semalam. Pantang aku tu bukan pantang sangat pemakanannya. Yang penting makanan berkhasiat. Mak kata ikan tongkol tak boleh makan. Tapi aritu aku termakan jugak. Hihi.

Ayah lagi strict bab pantang makan ni. Udang tak boleh makan. Takut gatal. Aku menghenyam pi tanya. Gatal kat mana? Since aku takde jahit tang tu kan. Ayah kata dalaman. Aku tak argue la. Taat. Takmo jadi anak durhaka. Huhu.

Hari ni habis da pantang. So boleh makan apa saja. Memang aku makan apa saja pun kan..

Tayang sket gambo kekanak tu.

Tido jee

Hitam dah Damia, lepas mandi kolam ngan sepupu dia aritu

Outing Aeon Bukit Tinggi

Gaya tu penting

Mak dia? Hehehe.. Cheq pemaluuu.. Wakaka..

Rindunya ngan kenalan blogger.. Rumah yang baru diduduki ni almost 80% siap dikemas. Ada beberapa benda yang kurang lagi. Kalau ada rezeki lebih, bila siap nanti nak jugak buat housewarming ke.. Tapi rumah kecil tiang seribu la. Ada ke yang sudi nak datang..?

Daa

Khamis

Bottle training

Assalamualaikum

Memandangkan da boleh kumpul stok, aku pun bottle training kan Aisy sekali. Dengan bantuan abangnya.



Dan kakaknya.

Setakat ni, kami memang having so much fun bila tiba saat nak bottle training anak anak. Ambik video saat berharga tu. Masing masing menangis macam nak tercabut tekak. So far semua anak anak takde masalah accepting bottle. Bagi je botol apa pun. Aku cucuh bagi sampai dia nak. Ok. Bunyinya agak kejam. Tapi bukan sekejam bunyinya lah.

First try taknak, kita keep dulu. Second try pulak. Try sampai nak. I dont have much luxury nak try macam macam jenis botol nak bagi dia terima. Apa aku dengan husband cakap masa training adalah, kena jugak belajar terima.botol. Kalau tak nanti lapar, takde susu. Haha..

Aisy ok je. Takde nangis. Which is no fun. Hahaha..


Lepas minum susu dalam botol.

Daa

Rabu

Kesoma Rai; Penulis Ourkizuna bakal disaman

Assalamualaikum

Gara-gara tulisan dalam entry aku yang dikatakan menghina intergriti penjual dan penapis air berteknologi RO, aku akan disaman.

Komen dari seorang pembaca dalam entry : Air yang sihat

Salam semua,
Bila saya baca semua artikel(apa yang dikarang oleh tuan empunya blogger ni)saya terpanggil untuk meletakkan pandangan saya melalui kajian saya(jika pengarang jg mengkaji)mengenai dunia #R.O,#air mineral #kesihatan..
Jika si pengarang mengatakan syarikat atau pengedar water filter yang melakukan ujian terhadap air menggunakan peralatan yang sangat relevan untuk menentukan kualiti air, maka si Pengarang juga amat tidak beretika kerana mengeluarkan hujahan yang tunggang terbalik dan elemen yg sangat tidak kemas (jika pembaca membaca dengan teliti terdapat unsur yang menjatuhkan pihak lain –“silap hari bulan, pengarang boleh disaman” ), si pengarang juga dikatakan tidak beretika kerana mengeluarkan penulisan sebegini yang boleh mengelirukan pengguna atau orang ramai yang tidak membuat kajian sendiri terhadap air.
Sila renung kembali, “Siapakah pengarang?” apakah kelulusan beliau dalam bidang ini? Jika hanya sekadar mengeluarkan penulisan sebegini dalam blog sendiri juga adalah satu perkara yang tidak beretika kerana anda hanya pempengaruhi dan menyampaikan informasi yang tidak tepat dan hanya sesetengah pihak sahaja yang mengetahui jika anda berada di tempat yang benar.
Terdapat beberapa info yang si pengarang sampaikan tidak tepat antaranya mengenai air mineral..air mineral terbahagi kepada 2 jenis ,mineral organik (baik) dan mineral tidak organik (yang terkandung bahan pepejal terlarut). Mineral yang dibotolkan yang dikategorikan sebagai bahaya kerana di Malaysia tidak ada bahan atau machine yang sangat jenius atau canggih spt batang paip yang menyalurkan air dapat mengasingkan mineral baik dan tidak baik!!jadi adalah lebih bijak jika kita hanya mengambil H2O yang sempurna atau air tulen sahaja (wlu bagaimanapun dalam H20 masih terdpt sedikit mineral yang boleh diterima oleh badan)..Air zam-zam pula adalah air ciptaan Allah SWT yang mengandungi kandungan mineral yang sgt tinggi iaitu Magnisum,Kalsium dan Sodium..sudah pasti air zam-zam mengandungi mineral yang organik yang dperlukan oleh badan (Air zam-zam tidak boleh dibandingkan dengan mn2 air di dunia ini)..
Kepada semua pembaca, renungkan perkara ini..”jika kita mengalami masalah tulang yang serius, sudah pasti kita akan rujuk kepada pakar tulang, kerana hanya mereka yang membuat kajian yang lebih spesifik dan saintifik mengenai tulang..jika kita mengalami sakit mata tidak mungkin kita akan berjumpa dengan pakar tulang bukan?”…Begitu juga isu air minum..silalah rujuk kepada pakar air (orang yang membuat kajian berpuluh tahun untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada manusia alaf ini).
Seperkara lagi saya ingin menyentuh jawapan si pengarang bg soalan mereka yang pnh bertanya..si pengarang tergelak apabila si bertanya menyatakan yang Michael R Long adalah pakar air dan menjadi konsultan kepada syarikat Elken si pengarang tak perlu ketawa panjang kerana, Michael R Long sememangnya pakar air yang diiktiraf antaranya adalah dari WQA dan Syarikat Elken pula adalah syarikat yang BIJAK kerana melantik pakar air sebagai konsultan mereka. Produk yang terbaik perlu mendapat pengiktirafan dari mereka yang pakar (jika si pengarang masih tidak setuju, saya rasa elok sekiranya berdebat dengan pemberi pengiktirafan).
Sebagai penutup pandangan saya ini, saya ingin menasihatkan orang ramai perlu lebih peka terhadap apa jua yang dikeluarkan oleh pencipta blog yang sbnrnye mempunyai agenda tersendiri..(Boleh saya tahu jenis water filter ape yang dijual oleh pengarang?)

Renung-renungkan dan selamat beramal

Jawapan aku :
Saudari ni bercakap macam orang politik. Mesti la aku tulis ada agenda. Siapa tulis blog tak ada agenda? Agenda tersendiri aku tulis entry pasal penapis air ni adalah untuk bagi kesedaran pada pengguna tentang penapis air dari pelbagai sudut.

Agenda aku adalah supaya pengguna tak bayar beribu ringgit untuk product bullshit yang cuma nakkan untung. Tujuan aku supaya orang buka mata yang demi duit, manusia sanggup menipu dan bahayakan kesihatan orang lain.

Betapa tak adilnya bila kepercayaan pengguna dikhianati. Ramai orang bayar beribu ribu sampai ada yang berutang dengan harapan nak dapatkan kesihatan yang lebih baik. Paling menyedihkan adalah, lebih dari separuh individu yang dikhianati ni, tak tahu pun pasal bahaya air yang mereka minum tu. Pernah aku tunjukkan report WHO tu pada seorang penjual RO yang pitch aku dengan husband, dengan nada bersahaja dia kata, saya tak peduli sangat pasal product ni, yang penting duit masyuk. Aku tak tipu. Tanya laki aku.

Ya. Aku bukan pakar air. Tapi aku tak payah jadi pakar untuk menulis blog dan buat search kat google pasal bahaya air RO. WHO dah keluarkan report nya. Kenapa aku nak jadi bodoh buang masa buang duit nak buat something yang orang dah sediakan. Bagi orang yang first time baca pasal air RO kat blog aku, boleh google "demineralised water" untuk dapatkan report yang dikeluarkan oleh WHO (world health organization) yang bertajuk Health risk from drinking demineralised water. Aku tak perlu jadi pakar air untuk sampaikan info macam ni. Malah, apa yang aku tulis selama ni pun ada simple science dan logik yang tak memerlukan orang jadi pakar pun. Cuma perlu fikir lebih sikit untuk relatekan semua tu dengan teknologi yang digunakan oleh pengeluar penapis air.

Bare in mind, fungsi nsf.org adalah sebagai third party organisation yang menguji dan mengiktiraf fungsi penapis air, termasuk penapis air berteknologi RO. Tapi, tak ada pun mereka mengatakan bahawa air RO baik untuk kesihatan manusia.

Nak saman? Terpulang. Aku tak pernah secara terangnya mention pasal company mana, product apa. Berpusu pusu peniaga penapis air datang ke blog aku nak menegakkan benang yang basah.

Kalau rasa nak saman, dipersilakan. Insya allah. Aku menulis kebenaran. Aku tulis berdasarkan bukti. Malah, ada beberapa kenalan doktor aku sendiri yang cakap bahawa air RO tak elok untuk kesihatan. Kenapa perlu mineral dalam air?

Maaf hujah dan elemen aku tidak kemas sebab aku bukan penulis profesional. Aku cuma penulis blog picisan.

Bagi penjual product RO, aku takde niat nak jatuhkan sesiapa. Aku menulis pasal fakta tentang air RO secara general. Tujuan aku adalah untuk berkongsi pengetahuan dengan pembaca aku. Terpulang pada pembaca menilai dan memilih.

Daa

Avent Manual tetap dihatiku

Assalamualaikum

Dari sebelum bersalin, sampai la dah sebulan berpantang. Baru aku dapat decide nak beli pam apa. Haha.

Walau pun asalnya aku berkira kira nak pam letrik avent iq uno, tapi setelah berkira dari pelbagai sudut, avent manual jua pilihan hatiku. Murah pun murah. Dasar cheapskate. Hahaha.. RM168 je :p

[image_0]

Baru sampai tadi. Part nya sikit je berbanding avent manual yang lama. Best!

Sebab kenapa pilih manual jugak.

Aku takut nanti baru berapa bulan guna jadi masalah itu ini. Barangan elektrik elektronik ni macam cabutan bertuah jugak. Ada masa, cap ayam pun tahan bertahun tahun. Ada masa, cap mahal mahal, sat je rosak.

So, aku malas nak ambik risiko. Satgi da pakai, tetiba nak kena pi hantar service la apa la. Nak kena ada pam spare pulak. Malass.

Lagi pun, aku tak kisah pam manual pun. Kat mana mana nak pam pun boleh. Takde urgency nak pam double triple bagai. As long as kerja siap, bos aku ok je.

Pasal lenguh. Aku rasa takpe la lenguh sikit. Tak patah pun tangan sebab mengepam. Lagi pun pam avent ni biasanya dalam 5-10minit da dapat penuh 4oz.

Da test pam ni. Tak sabar nak kumpul susu.

Wordless Wednesday -Pau-


pipi kembung

Shape UP challange

Assalamualaikum



Cabaran menurunkan berat berat badan secara berkumpulan selama 10 minggu. Setiap kumpulan mestilah mempunyai 3 peserta.

Pasukan yang dapat menurunkan peratus berat badan paling banyak adalah pemenang. Ada juga hadiah bagi individu yang berjaya menurunkan peratus berat paling banyak.



Hadiahnya adalah berupa voucher product kesihatan, keperluan rumah tangga dan product kecantikan yang bernilai RM6000 (pemenang pertama peringkat pasukan), individu bernilai RM1500 bagi pemenang pertama.

Macam mana nak sertai? Email aku. kesoma.rai@gmail.com.

Tarikh tutup penyertaan 31 March 2013. Pertandingan bermula 9 April 2013.

T&C applied

Jangan lepaskan peluang. Dapatkan tubuh idaman di samping dapat memenangi hadiah hebat..

Daa

Tak puas hati

Assalamualaikum


Saya tak puas hati sebab ibu post gambar bulat saya kat blog.


Ini abang yang gigih belajar


Ini kakak yang gigih.. Err.. Makan.. Hehe..

Kami masih di kampung. Semua rindukan ayah sebab sejak tinggal kami ayah tak dapat datang.

Daa

Ahad

Malaysia ada trillion duit simpanan luar negara

Assalamualaikum

Dikhabarkan bahawa Malaysia mempunyai sejumlah simpanan luar negara yang mencecah trillion di bank bebas luar negara. Bagi mengeluarkan wang tersebut, memerlukan sejumlah wang untuk mencairkannya.

Sesiapa yang menyumbang atau melabur sejumlah wang bagi mencairkan wang tersebut akan mendapat pulangan wang 1000 kali ganda dari pelaburan asal. Kalau bagi RM100. Dapat RM100,000.

Ianya dipanggil bon kerajaan Malaysia.

Sampai sekarang aku tak tau benda ni betul ke tidak.

Yang pasti.

Sampai sekarang, tarikh dapat duit ditunda sejak dari hampir dua tahun lepas.

Yang pasti, bukan main ramai orang yang "melabur" duit dalam tu.

Aku tak tau apa hukumnya.

Tapi, apa yang aku selalu pegang adalah..Pelaburan yang ada secure fixed interest yang ditetapkan macam tu hukumnya haram. Macam swiss cash dulu. Maksud aku haram disisi Islam. Aku tak peduli haram dari segi undang undang ke apa.

Ramai yang da pasang angan angan.

Aku takut angan angan cuma tinggal angan angan.

Dari sejak entry pertama pasal bon kerajaan Malaysia ni aku buat sampai hari ni. Takde lagi yang da dapat duitnya.

Entahla.

Entah entah kelentong. Kalau Malaysia ada simpanan banyak tu, tak payah DS Najib susah payah berutang ngan KWSP kan. Erkk.. Hahaha..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com