Khamis

Kunci kepada vitamin supplement yang baik

Assalamualaikum

Ada terlalu banyak jenama vitamin supplement kat pasaran kan. Tak tau nak pilih yang mana satu. 

Ini just salah satu panduan yang aku baca, maybe orang lain, lain tipsnya..

(1) Pilih food base supplement - Contohnya kalau vitamin C contohnya dia tulis kat bahan bahan tu ada nama nama buah ke. Personally, aku pilih tablet instead of cecair. Sebab cecair lebih mudah rosak. So, nak make sure ianya masih boleh diminum bila sampai ke tangan pengguna dah pastilah memerlukan pengawet. Atau, ianya takkan tahan lama.

(2) Segala proses dari tanam bahan-bahan yang digunakan, tuai, pemprosesan untuk dijadikan vitamin jelas diterangkan. Gunakan bahan mentah yang berkualiti. Dia boleh tunjuk ladangnya di mana. Organik tak organik. Prosesnya macam mana. Dan segala quality controlnya yang ketat.

(3) Berkesan. Cuba pilih company yang ada rekod lama dalam pembekalan product berkualiti dengan kajian klinikal dan publish papers bagai. The best adalah cari pengeluar yang ada sijil sijil ISO 9000, ISO 9001, ISO 17025 atau pengiktirafan oleh NSF dan jugak GMP.

Sekian syarahan saya yang panjang lebar.

Segala info boleh dibaca di laman laman web berikut
Real or synthetic : The truth behind whole-food supplement
Can vitamin shorten your life?
Synthetic vs. natural vitamins
How you get sick
The whole truth about vitamins

Semoga memberikan manfaat pada yang membaca. 


Nota kaki : Kindly note that vitamin supplement bukan ubat, it is not supposed to treat any illness. Dan vitamin supplement bukan replacement untuk balance diet dan healthy lifestyle. Still have to eat 5-9 hidangan sayur dan buah setiap hari ya..

Daa

Vitamin sintetik, natural dan food-base?

Assalamualaikum

Sambung lagi.. Ada banyak sangat persoalan tentang vitamin supplement ni. Aku just kumpul dan olah semula dari bahan yang aku baca. Later aku share sumber sumber tersebut ya..

(3) Apa beza vitamin sintetik, natural dan wholesome food supplement? 
Vitamin Sintetik - Vitamin sintetik biasanya tidak dihasilkan daripada makanan. Macam kata dalam entry sebelum ni, vitamin B dari bahan petroleum. Vitamin D dari radiated oil. Malah mineral pulak datang dari serbuk mineral yang asasnya adalah habuk habuk yang badan tak boleh sintesis pun. Ada pulak vitamin B12 buat dari hati lembu okeh.

Semua vitamin sintetik adalah cuma sebahagian daripada vitamin makanan. Ascorbic acid cuma protective coat pada vitamin c. Makan ascorbic acid katanya sama macam makan kulit pisang dan berharap dapat nutrisi dari pisang :P

real food la kan.. sebab makan jadi kenyang.. :P
Pada tahun 1934, Dr. Casimir Funk menjelaskan bahawa vitamin sintetik adalah toksik dalam kenyataannya
“The synthetic product is less effective and more toxic.”

Haa.. susah sikit nak terangkan bab ni.. tapi lebih 200 kajian sejak dari tahun 1939 menunjukkan perbandingan pengambilan food base supplement dan vitamin sintetik.

Antaranya :-
1998: A British study found that 500 mg of synthetic C promoted free radical damage of DNA; the opposite of the findings with whole food vitamin C, a natural anti-oxidant.

2000: Reuters Health reports a study on men who took 500 mg of synthetic vitamin C daily. Over an 18-month period, they had a 250% increase in the thickness of the inner lining of the carotid artery, a measurement for the progression of atherosclerosis. That is, synthetic vitamin C induced atherosclerosis, even at .5 grams/day. Whole food vitamin C protects and repairs the inner lining of blood vessels and is a preventative against atherosclerosis.

2006: The Journal of the American Medical Association and the Wall Street Journal both reported that synthetic D, E, B, and C were not only ineffective but also dangerous. C and E when taken in frequent megadoses depress sperm motility leading to decreased fertility. Excess D leads to calcium imbalance just like a deficiency. Thiamine (B1) in small doses can alleviate herpes zoster; large doses can exacerbate it. A deficiency of B1 can simulate hyperthyroidism; so can an excess. Most high-potency B is predominately thiamine. The body can only absorb 2-5 mg./day yet most formulas have 50-100mg.

Kenapa jadi macam tu? Ringkasnya, vitamin sintetik cuma satu portion daripada food vitamin yang sebenar. Contohnya, asid askorbik cuma protective coat pada vitamin C. Untuk jadikan ia satu bahan yang badan kita boleh gunakan, ia perlukan segala co-factor. Ala.. senang cakap, macam kereta. Kalau kita ada tayar je, macam mana nak jalan. Nak jalan kena bagi jadi bentuk kereta dulu. So kena la curi stereng, pintu, enjin bagai kat tempat lain. So, dia akan curi nutrient dari dalam badan kita supaya ianya boleh digunakan. Lebih kurang camtu lah.

Tapi, kenapa ada orang makan vitamin sintetik nampak perubahan yang baik. Dengan kata lain ianya BERKESAN!

Vitamin sintetik memberikan kesan baik sementara kerana ianya akan stimulate thyroid dan kelenjar adrenal sebagaimana bahan asing lain (yg bukan makanan atau allergenic) tanpa menjadi sebahagian daripada cellular process. So effectnya cuma sementara saja. Macam kanak-kanak yang hyper bila dibagi gula. Tapi gula bukan "real food", so kejap je tenaga tu akan hilang balik. Kesannya macam tu la.

Still.. kenapa vitamin sintetik masih dijual dan hangat dipasaran...? Sebab pengeluar happy, pengguna pun happy. Pengeluar happy sebab kos buatnya murah. Pengguna happy sebab nampak kesan dan dos vitamin sintetik biasanya tinggi (megadose) - Bargain la kan. Telan sebijik dapat nutrient berapa puluh ratus kali ganda dari keperluan :D
 
Natural Vitamin -Natural vitamin pulak adalah vitamin yang terhasil dari sumber semula jadi. Ianya dibuat dengan treat natural food dengan chemicals, solvents, and heat. Proses ini menyebabkan kemusnahan pada hampir seluruh co-factor dan enzim. Sebagaimana vitamin sintetik, vitamin semula jadi juga mengandungi additives, allergens, gula, perisa dan pewarna tambahan. 

Malangnya, pengeluar hanya perlu meletakkan jenis vitamin (bahan keluaran) di label bagi vitamin sintetik dan vitamin semula jadi ni. Kalau macam buat dari hati lembu ke, tar pun..tak perlu letak. Dalam vitamin punya marketing “natural,” “organic,” atau “pure” tak ada makna sangat pun sebab untuk legally dapatkan label natural tu 10% natural pun da cukup (90% sintetik) dan gula jagung dan tar adalah di consider sebagai NATURAL!

Wholesome food vitamin supplement - Atau food base supplement ni adalah dimana dari makanan/tumbuhan tu, cuma air dan fiber dikeluarkan. Prosesnya perlu dilakukan dengan berhati-hati sebab haba yang tinggi boleh memusnahkan enzim dan co-factor dalamnya. 

Berbanding vitamin sintetik dan semula jadi, dosenya biasanya lebih kecil. Tak mengandungi perisa atau pewarna tambahan, bahan additive mahu pun allergen. Tapi harganya lebih mahal sebab proses pembuatan rumit dan penghasilannya memerlukan sumber "real food".

(4) Apakah megadose bagus? 
Tidak semestinya.
Apa yang penting adalah sejauh mana vitamin supplement yang kita ambil tu mampu diasimilasi (digunakan) oleh tubuh. 75mg Vitamin C dari makanan/food base supplement aktif dalam darah selama 9jam berbanding 1000mg asid askorbik yang cuma aktif selama 90 minit.

So, besar tak semestinya lebih baik. Apa yang penting. Efektif. Vitamin C aku makan cuma 250mg je sebiji, tapi alhamdulillah sangat sangat berkesan untuk masalah alahan aku dan batu karang shujin.

Lepas ni aku share cara-cara memilih supplement yang bagus. Insya allah..~

Daa  

Rabu

Vitamin Supplement fakta atau auta

Assalamualaikum

Sambungan dari entry sebelum ni..Kebenaran atau kepalsuan

(1) Adakah vitamin supplement perlu?
Ya
Vitamin supplement perlu memandangkan kandungan nutrisi dalam makanan yang kita makan dah tak macam zaman tok nenek kita dulu. 

Contohnya, kandungan zat besi dalam bayam yang kita makan pada hari ini secara puratanya adalah 17% berbanding pada tahun 1948. Menurut majalah Human Mutation, kekurangan mikronutrien dalam diet adalah lebih berbahaya kepada DNA berbanding kesan radiasi atau kimoterapi. Maksudnya, besar kemungkinan, masalah kesihatan yang disebabkan oleh genetik pada hari ini adalah disebabkan oleh diet tak sihat ibu bapa.  

DNA adalah sesuatu yang kita turunkan pada anak cucu kita. So kalau DNA ibu bapa dah tak elok, yang diturunkan tak elok. dan semakin tak elok. Mula mula mak bapak ada asma, bila turun kat anak datang package siap ngan eczema ke. So, no wonder lah kalau orang boleh kata "zaman tok nenek kita dulu takde supplement pun sihat walafiat takde penyakit". Sebab zaman diorang kurang pencemaran, kurang stress, makanan bukan yang diproses dan nutrient dalam sayur pun lebih banyak berbanding yang ada sekarang. Zaman tok nenek kita padi tumbuh setahun sekali dua je. Zaman kita sampai 4 kali setahun, sebab benihnya dah genetically modified.
Pinggan pemakanan seimbang

Walau bagaimana pun, vitamin supplement tidak boleh sama sekali menggantikan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. So no excuse kata 
"i tak makan sayur/buah, tapi i ambik vitamin tablet. mudah je youu~". 

Takde jugak excuse kata, 
"tak sempatlah nak makan "real food"" 
 dan tiap minggu bertandang di kepsi. 

Tambah lagi kalau ada penjual vitamin supplement dan makanan tambahan yang berkata 
"owhh.. never mind..awak tak payah senam..boleh makan apa saja. sekor ayam pun boleh..asalkan tak makan nasi dan ambil product kami".

Sila faham, vitamin supplement adalah untuk mengisi kekurangan nutrisi dari diet kita yang seimbang. Bukan menggantikannya.

(2) Adakah vitamin supplement selamat?
Ya dan tidak. 
Memang ada kajian yang mengatakan bahawa vitamin supplement bukan saja tak memanjangkan umur, malah boleh menyebabkan premature death.

Malangnya, ramai doktor sendiri yang tak setuju dengan kaedah kajian tersebut dijalankan kerana kajian tersebut menggunakan vitamin sintetik. Sebagaimana komen Dr Mercola


The main problem, highlighted by studies such as the one above, is the fact that they are reviewing SYNTHETIC vitamins and supplements, not whole food supplements. Hence the negative results. Your body was not made to process these unnatural agents that pose as equivalents to the real thing. The reality is, they’re frequently not the same and will not provide you with equivalent health benefits. 

Ya. Masalahnya adalah pada vitamin supplement sintetik. Terdapat sesetengah vitamin sintetik di pasaran tidak di derive daripada makanan. Biasanya vitamin B sintetik di derive daripada bahan petroleum atau coal tar. Manakala vitamin C di derive daripada GMO (Genetically modified organism) sirap jagung dengan bantuan asid sulfurik. Ianya menghasilkan ascorbic acid. Tapi, ascorbic acid bukan vitamin C. Ianya cuma sebahagian dari vitamin C. 
  
Facts : Lebih dari 100,000 orang mati sebab prescription drugs setiap tahun!  

Vitamin supplement yang paling selamat adalah yang dihasilkan daripada makanan dan semulajadi. Ianya biasanya dipanggil wholesome food vitamin supplement.

Apa yang buatkan vitamin sintetik tak selamat?

Tunggu next entry ya~

Nota kaki : Kata nak tulis pendek je, sudahnya jadi pannjang berjela macam hape kan :P

Daa 

Kebenaran atau kepalsuan tentang vitamin supplement

Assalamualaikum

Actually ada banyak aspek yang didebatkan tentang vitamin supplement. Sama ada ianya perlu ke tidak, sama ada ambik wholesome food vitamin ke organik ke natural ke sintetik vitamin. Sama ada ianya betul betul berkesan untuk membantu kita hidup dengan lebih sihat dan lebih baik ke tidak.

Ramai yang keliru. Ramai yang ragu. Siapa yang betul. Siapa yang jujur? Sesetengah kajian yang dijalankan mungkin ada kepentingan bagi sesetengah pihak. Bagi yang kondem kata vitamin supplement tak membantu orang sihat kemungkinan adalah mereka yang support drugs industry. Mereka yang kata vitamin supplement bagus, mungkin adalah dari mereka yang menjadi pengeluar vitamin. Setiap satu ada argument masing masing dan point berdasarkan tujuan dan bagaimana kajian dijalankan. Sebab tu perlu jugak kita tahu sedikit sebanyak tentang background kajian yang kita refer dan baca banyak sumber tentang hasil mana mana kajian. Fakta yang betul tak sepatutnya bercanggahan antara satu sama lain. Dan fakta biasanya tak lari dari ilmu asas yang kita belajar.
Aku pun kadang-kadang rasa keliru dengan fakta fakta pasal vitamin supplement ni. Apa yang aku boleh share adalah sedikit pengetahuan. Terpulang pada yang membaca dan menilai. Sebab kita hidup dengan cabaran dan pilihan. Kebebasan memilih adalah satu privilege. Tapi, pastikan pilihan yang dibuat tu berdasarkan pengetahuan dan bukan ikut ikutan.

Yang aku nak share ni adalah pandangan seorang doktor chiropractor dan pandangan Dr Mercola tentang pengambilan vitamin supplement. Aku tulis ringkas ringkas je la ye. Kalau nak baca yang artikel penuh nanti kendian aku bagi link nya ya..

Sambung pulak dah...

Daa


Komunikasi dari depan dan belakang

Salam Rabu~

Btw, Munna & Daddy Ziyyad, encik shujin kata "Maaf la.. koleksi Dragon Ball aka Mutiara Naga not for SALE" hahaha.. Shujin kata lagi koleksi tu tak cukup 8 buku je. Nak baca mai la rumah. Cukup dengan Munna umpan lasagna, Daddy Ziyyad boleh bawak kek ke macaron ke.. Hehehe..  

Daddy Ziyyad, lens tu standard lens. Actually, yang datang dengan body kit Canon EOS Kiss Digital tu. Tapi body rosak. So jual lens je. Nanti saya share spect nya. Rasanya Daddy Ziyyad tak perlu kot. Sebab basic sangat. 

Daa

Selasa

Car boot sale~

Assalamualaikum

Mood nak mengemas memang tenggelam timbul. Semalam ajak shujin kemas barang nak bawak ke hospital, kemas sekali baju anak-anak untuk pindah. Sebab nanti diorang balik pantang dengan aku kat Johor. Balik sini da terus masuk rumah baru. So, ada baiknya kemas siap-siap terus.

Baju yang tak boleh pakai dah banyak yang aku buang je. Yang getah longgar, yang comot takde ubat. Barang-barang shujin pun habis dipunggah sekali. Datang pulak rajinnya kan :P

Aku tak sempat ambik gambar sebab sibuk semalam. Sama sibuk orang yang terboyot boyot ni walau pun dah berkali kali diberi amaran oleh tok laki dia kan.. seb baik takde ngadu sakit pinggang ke apa. Cuma sebab habuk banyak, aku bersin banyak kali. Hari ni macam nak demam selesema pulak.

Memandangkan rumah nak pindah tu saiznya lebih kecik dan takde tempat nak storage. So, banyak la barang nak kena jual atau buang. Barang shujin yang aku dok usha je, tapi tak sampai hati nak buang.. Satu kotak besar koleksi komik Dragon Ball dengan One Piece. Ok. Komik One Piece aku pun sayang. Hehehe.. 

Tertidur kepenatan lepas tolong "mengemas"
Satu kotak besar CD & DVD movie, drama, anime Jepun koleksi dari zaman bujang dia. Tak sampai hati nak suruh jual sebab rare item. Dah minat dia. Walau pun anime Jepun lama-lama tu pun kebanyakannya not my taste, tapi takpe la...Takpe...Takpe... (Dengan hati yang berat :P)

Satu kotak besar koleksi CD game PS2. Segala jenis game termasuk yang aku suka pun ada. Actually PS2 shujin da rosak pun. Dengar kata, board nya rosak. Hantar kedai pun diorang takmo betulkan sebab PS2 shujin tu antara first generation yang tebal tu. Bukan yang nipis macam yang ada sekarang ni. Tahan lama gila. So, kekdahnya.. shujin nak jugak cuba bawak pi kedai letrik untuk tanya sama ada, PS2 tu ada harapan lagi ke tidak.

Obviously.. Aku pun tak sampai hati nak suruh buang. Haihh..Dalam kepala duk ligat pikir nak sumbat mana tiga kotak besar-besar ni...

Barang yang aku nak jual je adalah macam stroller, car seat, lens kamera Canon dan beberapa barang komputer macam RAM dan sebagainya.

Aku nak jual murah murah je. Majalah lama ada jugak. Kabinet dapur tu pun aku ingat nak jual je. Bukan apa. Aku da ukur-ukur. Kabinet tu tak muat nak letak kat dapur nanti. So, baik aku lego kan je. Dari semak mata aku.

Kat mana nak buat car boot sale ni eh?

Hehehe..

Daa

Hari ni mak, esok MIL, lusa kakak, baby?

Assalamualaikum

Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 58 buat bonda kesayangan saya hari ni. Yang jauh di mata tapi selalu dekat dan dirindui selalui.

Aku tak pandai nak bermadah berhelah sangat. Tapi, aku syukur sangat sangat sebab dikurniakan seorang ibu yang sangat sangat penyayang. Jasanya mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan aku takkan dapat aku balas walau dengan apa cara sekali pun. Aku doakan semoga ibu dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera sentiasa. Boleh tengok cucu cicitnya membesar pulak.
Belajar melipat kain dengan wajah serius

Esok pulak hari ulang tahun kelahiran mak mertua kesayangan aku. Sungguh pun aku ni menantu. Tapi mak mertua aku sayang dan layan aku macam anak sendiri. Kadang-kadang lebih dari anak dia (shujin) sendiri. Mak mertua aku sebaya ngan mak aku. Birthday pun sebelah menyebelah. Actually aku rasa mak dengan ma, ada banyak persamaan. Hehehe.

Dedua pun aku sayang.

Lusa, 31hb January pulak birthday kakak aku yang no 2. Aku panggil angah. Happy birthday angah. Semoga bisnes angah success. Akak aku yang paling ayu tapi paling garang dan paling pandai mengemas :D

Suka kalau angah ada kat rumah sebab dia rajin mengemas. Tapi takut gak. Sebab nanti dia garang kalau kitorang buat sepah :P

Err.. Baby bila nak keluar ya? :P

Daa

Isnin

Abang nak dua adik



Aqil Mubarak.. Tengok sepupu yang adik beradik enam orang tu dia datang kat aku dan kata..

"ibu, abang nak dua adik macam haziq tu ibu.. Nanti baby da keluar abang nak dua lagi"

Shujin tersengih keriangan.. Aku cuma mampu kerut dahi.

Pengsan laaa... Dengan hangpa dua orang pun ibu tak menang tangan.

Daa

Ahad

Ditabrak mobil

Assalamualaikum

Actually da seminggu lebih insiden berlaku. Kereta husband kena sondol ngan kereta seorang minah ni kat depan Citta Mall. Situ kan jem teruk petang petang. So semua orang rushing. Minah ni nak cepat agaknya. Follow rapat sangat. Bila kereta depan shujin emergency brake, dia tak sempat nak brake.

Damagenya tak besar. Tapi tau je la. Kereta Honda ni clip pada bumper nya tu sensitif. Bila tersondol sikit pun clipnya patah. Renyuk sikit la.

Sebab nak cepat + hangin. Shujin ambik nombor si minah ni. Janjinya esok dia nak datang settle. Sebab tempat kerjanya dekat je ngan rumah kami.

Esoknya bila call dia takmo datang sebab katanya takde duit. Hangin tak ko. Shujin dah cancel segala appointment + urusan hari tu sebab nak settle pasal kereta. Yang ayah dia pulak, kerja kat Jabatan Perdana Menteri. Awalnya kata nak datang. Lepas tu tak jadi datang pulak.

Diorang suruh pergi pulak kat kedai baiki kereta kat Jan Kebun. Tak silap tu bengkel pakcik dia. Bawak pergi da pukul 2 lebih. Katanya 5 jam baru siap. Terpaksa la shujin set hari seterusnya pulak. Takut tak sempat.

Hari seterusnya. Pukul 10 pagi lagi da sampai situ. Minah tu pulak kata nak datang. Sampai sudah tak datang. Dan buatkan laki kesayangan aku tunggu dia 2jam setengah. Aku pulak hangin. Grr..

Apa pun. Kereta tu da dibetulkan. Then, baru hari ni shujin perasan sensor reverse tu cam rosak. Bila call minah ni, dia kata nanti dia check. Bila telefon ayah dia pulak jawapannya camni..

"Saya pun da rugi"

Punya la hangin shujin. Abis tu pakcik tu ingat kami tak rugi ke. Tapi benda dah jadi. Kena jugak bertanggungjawab. Kita ke yang suruh anak dia pegi sondol kereta kami.

Lepas tu, dengan takde adabnya orang tua tu putuskan talian. Grr..

Aku dengar pun menyirap. Ko pk ko punya rugi. Abis tu aku punya rugi?!!

Aku memang hilang hormat ngan orang macam tu. Benda da jadi. Takde sapa mintak. Tapi kena la bertanggungjawab.

Teruk betul..Like father like doter eh..

Daa

Sabtu

Barang yang tak patut letak dalam peti sejuk

Assalamualaikum

Suka jugak tengok rancangan Dr Oz kat tv alhijrah. Hari ahad malam. Yang dibincangkan selalunya menarik.

Last week aku tengok tips di dapur. Pasal sayur dan barang yang kita tak patut letak dalam peti sejuk. Antaranya adalah...

(1) Kentang - Kentang akan convert kanji jadi gula pada suhu sejuk. Selaib dari merosakkan rasa dan tekstur, bila masak ia akan convert jadi bahan yang berbahaya untuk kesihatan.

(2) Bawang - Reasonnya sama cam kentang

(3) Telur - Kulit telur tak elok letak dalam bahagian pintu peti sejuk. Sebab kulit telur sensitif dengan haba. Kalau letak kat pintu, ia akan serap haba bila kita bukak pintu. Bila tutup ia jadi sejuk balik. Panas sejuk ni menyebabkan telur jadi tak elok.

Yang aku ingat ni je. Huhu.. Kalau nak simpan daging, simpan kat freezer. Bukan kat chiller. Nak simpan telur, baik simpan kat bahagian dalam bukan kat pintu.

Aku memang tak biasa simpan bawang, kentang, telur bagai dalam peti sejuk. In fact, mak aku simpan sayur kat luar je. Macam daun sup mak aku rendam akarnya dalam air dan letak kat tepi sinki. Bila nak guna just ambik situ je.

Sebab not until recently rumah mak ada peti sejuk. Hehe. Kat kedai ada la. Just deep freezer untuk simpan daging, ayam & ikan bagai.

Bagusnya kalau perbanyakkan rancangan macam ni instead of rancangan hiburan je.

Daa

Jumaat

Ambik kesempatan

Assalamualaikum

Hari ni mc lagi. Yey!! Sebenarnya memang sakit pun sejak dari hari isnin. Tapi sebab aku kena siapkan kerja jugak so aku postpone sampai jumaat.

Lower abdomen dengan inner thigh sakit gila. Nak jalan pun cam penguin da aku. Mengandung kali ni perut paling besar sampai shujin da naik risau kalau baby besar sangat. Da tu asyik suruh aku mc je. Last check up aritu pun 33minggu, berat da sama macam berat masa deliver Damia. Saiz perut pun da sangat over besarnya.

Sampai makcik aku yang bakal nak mengasuh baby nanti kata kat shujin, jangan bagi aku makan bayak banyak. Nanti baby besar. Adess..

Aku pulak makan selera je. Da hujung hujung ni pulak banyak je craving nya. Nak donat la. Nak itu la ini la. Bukak FB, blog je orang tayang gambo makanan. Mana taknya. Hahaha..

Kerap da sakit bawah perut, sakit belakang dan rasa contraction tipu tipu. Debar je rasanya. Dua tiga kali shujin nak tukar fikiran nak bawak aku pegi Hospital Serdang sebab takut komplikasi. Haih.. Bila la shah alam nak ada hospital kan. Nak menyampaikan ke serdang tu, sempat beranak dalam keta kot..

Ada jugak rasa tak sabar nak jumpa baby. Hihi. Nama pun tak confirm lagi. Percaya tak beg hospital pun aku tak kemas lagi. Grr..

Daa

Rabu

Bananana~~

Assalamualaikum

 

Pisang emas kiriman ayahanda untuk cucu cucunya.

Bila tau je mak nak datang hantar air selusuh + bawak adik selesaikan urusan kolejnya. Dengan bertowel tengah hari buta, ayah pegi tebang pokok pisang nak kirim kat Aqil & Damia. Cucu dia yang lain bukan jenis pemakan buah. Cucu dia yang berdua ni, kalau dapat pisang macam menang loteri. Tapi aku pun tak tau la apa perasaan menang loteri. Sebab beli pun tak pernah :P

 

Mak mertua aku pun rajin simpan dan kirim kirim pisang untuk anak-anak. Asal telefon kampong je, umpannya nak ajak balik adalah buah pisang. Hehehe. Lawak pun ada. Tapi memang tiap kali kalau ada pisang masak mesti diorang duk teringat dan sebut sebut anak anak aku.

 

Selamat dah misi kami menghabiskan sebatang kaki kambing yang dibuat sup. Pun ayah kirim jugak. Tak sabar nak balik pantang kat Johor. Tapi kesian ngan shujin. Encik shujin da sedih sedih da sebab kami semua akan tinggal dia sorang sorang nanti. Haihh..

 

Daa

Selasa

Dilema breastpump

Assalamualaikum

Eh..dah nak masuk tiga pun dilemma jugak ke nak beli breastpump. Hehehe..

Masa Aqil dulu, aku beli lepas deliver. Guna avent manual je. Masa Aqil kat hospital, akak ipar aku pinjamkan spectra 3 dia. Tapi aku still prefer avent manual. Lebih cepat let down dan tak sakit. Tangan pun takde la lenguh walau pun manual pump. Masa Damia lahir, aku guna je pam avent tu since keadaannya masih baik lagi.

Skang ni..avent tu da uzur sangat. So nak kena consider beli pam yang baru. Aku suka avent. Tapi rasa macam malas la pulak nak guna manual sebab aku ingat nak pam kat cubicle je. Dasar malas kan.. Ramai suggest beli medela FS. Swing pun not so bad actually. Cumanya.. aku rasa da masuk no tiga ni tak payah la beria nak invest beribu untuk pam. Memang aku tau berapa harga pun masih lagi berbaloi berbanding aku bagi FM. Still..mahal sangat kot untuk aku. Hehehe.

Skang ni aku tengah ala ala dilemma sama ada nak Avent electric 3-in-1 tu ke nak Rumble Tuff. Avent aku da tau aku memang suka suction nya. Cumanya aku membayangnya motor yang duk kat kepala dia tu cam berat je. Haihh. Rumble tuff pulak nampak ringan dan murah dari avent, tapi dari review orang yang da pernah guna avent pulak kurang memberangsangkan.

Aku tak plan nak beli sebelum deliver sebab aku rasa macam nak pegi test drive sebelum beli. Cumanya skang ni tengok avent tengah SALE. Harga pasaraya RM899. Beli kat BBstore dalam RM500+ je. Lebih sikit je dari harga Rumble Tuff.

Macam macam dilemma orang pompuan ni kan. Sure encik shujin jeling jeling aku kalau dia baca entry ni :P

Apa pun, aku risau guna pam bermotor ni sebab takut aku ni careless bab bab penjagaan.

Daa

25 perkara tentang saya

Assalamualaikum

 

Telah ditag oleh Cik Adik manis Rietta aritu. Setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak siapkan list ni.

 

25 perkara tentang diri saya

(1) Rai adalah nama panggilan oleh encik shujin dari zaman kenal kenalan dulu. Terus adopt jadi nick sendiri. Jadi kalau cari kat FB tu tak jumpa la nama "Rai" ye..

(2) Anak ke-4, isteri pertama, ibu kepada sepasang budak comel dan seorang lagi budak yang dah tak sabar sabar nak keluar melihat dunia

(3) Dengan bangganya nak masuk 30 tahun pada 2013 (Bangga sebab timbang masih tunjuk body age 18 tahun :D)

(4) Tak pandai main ngan budak budak. Aqil dengan Damia da tau dah, kalau bab nak bergurau bermain, diorang gi kat ayah dia. Kalau bab makan, mandi, tidur datang kat aku.

(5) Berangan nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa yang berduit. Mohon shujin tunaikan impian saya ni :D

(6) Pendiam dengan orang tak kenal, tapi bila da kenal tak reti diam

(7) Ada sedikit angan angan nak sambung belajar dalam bidang berkaitan kesihatan

(8) Tak ada lesen memandu

(9) Lahir di Kulai, Johor

(10) Sangat rebel masa sekolah rendah. Pernah hantar surat tak puas hati dengan cikgu, sebab cikgu ketuk kepala ngan pembaris. Dan pernah tumbuk seorang budak lelaki yang saiznya tiga kali badan aku sebab dia main nama bapak (kes macam cite p ramlee)

(11) Berat badan masa sekolah rendah darjah satu tak sampai 20 kilo.

(12) Suka makan _______ (isi tempat kosong dengan - nasi, donut, masakan mak, Japanese food, kek, coklat, makanan FREE, kuih muih melayu etc etc)

(13) First time belajar masak masa umur 17 tahun, diajar oleh ayah (dan bukan mak. Sebab mak aku kata, ala nanti pandai la tu.. :P)

(14) Sangat garang kalau diganggu masa tidur malam

(15) Influenced by encik shujin untuk menyukai game, lagu iron maiden, metallica, dan lagu lagu yang agak "keras"

(16) Pernah main game tanpa henti selama 36jam (berhenti Cuma untuk perkara wajib buat - makan solat buang air :P )

(17) First time makan kue tiaw umur 18 tahun. Masa kecik mak kata "tu makanan cina"

(18) Tak pandai berenang

(19) Sangat clumsy. Selalu jatuh sendiri sendiri dan kemudian menangis takut kena marah ngan shujin sebab jatuh masa pregnant

(20) Tak pandai bergaya

(21) Skang aku da tak tau nak tulis apa

(22) Esok shujin suruh MC

(23) Tapi kerja belum siap lagi sebab duk sibuk karang entry :P

(24) Aku ada satu rahsia

(25) Aku tatau nak tag siapa :P Korang semua buat okeh!

 

Daa

Isnin

Teh hijau untuk mengempiskan perut

Assalamualaikum

Jom minum teh.
Teh hijau organic
Best sebab tak kelat.. Tak payah tambah gula untuk kebaikan paling optimum
Teh hijau organic ni memula aku belikan kat akak aku. Mula mula dia beli dua kotak. Lepas tu dia order 5 kotak. Da habis 5 kotak dia buat bisnes terus kat bebudak opis dia. Hahahaha. Katanya sangat lawas. Bebudak ofis dia pun, dia promote bagi cuba satu uncang pun ramai yang terus order. Kemain lagi akak aku bisnes lawan tokey. Lepas 7 kotak (lebih kurang 7 bulan) dia minum ni, shujin kata akak aku nampak makin slim dan jeragat makin kurang. Yang bagusnya akak aku ni rajin bab-bab ni. Setiap hari kat opis, dia guna satu uncang untuk minum sepanjang hari. Aku minum jugak. Tapi aku ni takde la istiqamah sangat. Perasan kononnya perut da cukup kempis :P

Teh hijau memang terkenal sebagai minuman yang kaya dengan khasiat. Sebagai anti oksidan semulajadi yang kuat. Ada kajian yang mengatakan bahawa ianya membantu mengurangkan risiko kanser. Walau pun mungkin tak ramai suka minum teh hijau ni sebab rasanya yang agak kelat dan tak dicampur gula, sebenarnya teh hijau juga membantu dalam menguruskan berat badan. Tengok perubahan kat akak aku, aku rasa convince sikit kot. Tapi, teh hijau ada jugak kafein. So bagi yang sensitive dengan kafein kena la hati-hati sebab teh hijau mengandungi kafein jugak.

Bagi yang kurang lawas atau nak turunkan kadar kolesterol dan kempiskan perut. Mungkin boleh cuba. Just gunakan satu uncang teh, refill air berkali kali.

Jangan lupa baca tentang Kebaikan teh hijau

Rasanya dalam pantang nanti kena istiqamah minum nak bagi elak sembelit..Hihihi..



Daaa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com