Isnin

Year End Sales - Stock Clearance

Assalamualaikum

** Sticky Post **

Tinggal berapa hari saja lagi nak masuk tahun baru kan..Sana sini ada buat jualan murah. So sepupu yang jual cheese pun nak ambik kesempatan ni nak buat clearance sales sebelum masuk tahun baru 2013.
Cheese powder yang biasanya dijual dengan harga RM13, kini boleh di dapati dengan harga hanya RM10. Kandungan setiap bungkus adalah 200gram. Rasanya saling tak tumpah macam cheese yang digunakan kat Cheezy Wedges tu. Tawaran hanya sah sehingga 31 December 2012 dan sementara stok masih ada.

Harga tidak termasuk penghantaran.

Bagi yang nak menempuhi tahun 2013 dengan penampilan yang lebih muda. Aku pulak nak tawarkan Artistry Time Defiance Skin Refinishing Lotion dengan penghantaran PERCUMA. Pembeli terawal akan dapat trial pack Artistry Intensive Skincare Renewing Peel. Trial pack ni untuk sekali pakai je la. Tapi memang dah nampak kesan. Sangat sangat best. 

Bagi yang tak pernah dengar pasal Artistry Time Defiance Skin Refinishin Lotion ni boleh baca reviewnya di SINI. Manakala gambarnya pulak kat SINI

Untuk pengetahuan, setiap product Artistry ni datang dengan jaminan kepuasan. Di mana, kalau pelanggan dah pakai dan tak puas hati dengan product boleh dipulangkan semula untuk dapat FULL REFUND. Mungkin ada yang cakap, kalau muka jadi tak elok bukan boleh balik pada asal walau pun duit dipulangkan. Memanglah. Tapi kalau beli jenama lain tak kira mahal ke murah ke, kalau pakai muka jadi gatal gatal pun sama jugak. Dah la tu. Duit pun tak boleh dapat balik. :D

Apa pun, insya allah. Artistry Time Defiance Refinishing Lotion ni dah di sahkan selamat melalui ujian dermatology untuk semua jenis kulit dan boleh pakai kat bawah mata bagi mengurangkan garis garis halus. Sangat sangat berkesan untuk mengecilkan liang roma, melicinkan dan melembutkan kulit. Setiap botol boleh tahan 3-4 bulan (Aku pakai dua kali sehari, since September dan masih ada lagi. Rasanya boleh tahan sampai tengah bulan January nanti)

Kesannya memang dapat dirasakan hanya dengan satu aplikasi. 

Bagi yang tinggal kawasan Shah Alam, Puchong, PJ nak cuba cuba try test boleh inform. Insya Allah boleh janji kat mana-mana nak bagi cuba.

Untuk pesanan atau sebarang pertanyaan boleh email ke kesoma.rai@gmail.com

Harga aku tak letak sini. Nak tau harga kena email. Sorik!

Daa

Nak saman Samsung

Assalamualaikum

Wajar tak aku saman je Samsung punya service center.

Aritu kitorang hantar tablet shujin ke Samsung punya service center sebab lepas update apa tah tetiba bateri takmo cas. Since masih dalam warranty kami hantar la ke pusat service Samsung yang kat tepi Federal Highway tu.

Masa nak hantar tak back up sebab kalau ikut apa yang dijanjikan adalah diorang takkan delete segala bala data dalam tu without our knowledge.

Hari ni. Diorang call. Tablet da siap.

Shujin pergi pick up. Dia call aku. 

"Tablet macam baru, kecuali bateri cuma ada 17%"

Aku supposed nya happy la kan.

Tettt!!

Macam baru tu sebabnya segala data kerja, business dan gambar yang penat lelah shujin dalam tu dah hilang!!

Macam baru sebab segala application yang FREE dan yang DIBAYAR tu dah takde. Tinggal yang basic je.

Aku memang dah rasa macam nak mencarut je dalam telefon. Nasib baik bukan aku yang pergi. Skang ni aku memang berkira kira nak mintak lari pergi sana je. Tolong mengamuk.

Seriously. Kalau takat nak reset balik jadi default punya setting shujin pun reti buat. 

Aku suruh shujin masuk balik pergi ngamuk kat Manager dia. Bangang kan.

Aku memang rasa macam nak saman je.

Boleh tak?

Ingat berita semalam da final challange dah.. T_T

Daa

Final challange 2012

Assalamualaikum

Final day 2012. 

We received a sudden notice from the owner.

Buntu.. Celaru.. Serabut perut. Macam nak terberanak rasanya

Let's at least enjoy the opportunity viewing the rumah tak mampu milik expensive house around this area.. 

Lalala~

Aku  cuba positif. Walau pun perit sikit tapi rezeki baby agaknya nak dapat rumah lain pulak.

Welcome 2013. Please be nice to me ^_^

Happy new year untuk kengkawan.

Hari ni final day stock clearance ye. Kalau interested sila klik SINI 

Da masuk new year ni Nuffnang takmo bagi BE ke..hehehe..

Daa

Jumaat

Hadiah dari Kak Mulan - Peace love & harmony

Assalamualaikum

Semalam tetiba bos letak surat atas meja aku. Ingatkan surat naik pangkat :P Rupanya surat berdaftar dari kakak blogger tersayang.

Happy sangat bila tengok isi kandungannya..wuhuuu.. Kome kome sekalian jangan jeles ya~

 
Fridge magnet dari Bukit Tinggi. dan uncang yang sangat comel ni. Demi menyelamatkan uncang tu, fridge magnet terpaksa dikorban untuk jadi habuan anak anak. Uncang comel dah selamat dijadikan uncang duit dan henset aku. Comel gilaa.. Best best. Hari ni keluar lunch dengan uncang hadiah orang bagi. Hihi..

Terima kasih banyak ye Kak Mulan.. Hepi sangatt..!

Ni pulak habuan perut pagi tadi. Kuih vadai kot panggilnya. Dah lama teringin nak makan. So buat la sendiri. Baru heaven. Kononnya. Mudah je membuatnya. Sedap pulak tu. Haih.. Puji diri sendiri nampak. Kikikiki.. Jangan jeles..

Daa

Rompakan di jalanan

Assalamualaikum

Semalam shujin berbual ngan seorang kenalan. Rakannya baru lepas kena rompak kat trafik light nak ke Summit (simpang empat tu). Pakai kereta proton lama yang tingkapnya tak ditutup. Tak kunci. Tiba tiba ada dua orang mat motor berenti depan kereta dia. Yang seorang terus berdiri tepi tingkap pemandu dan hunus pisau kat leher. Tiada kecederaan. Tapi wallet, hs, wang dan laptop telah dirembat.

Bagi semua pengguna jalan raya. Hati hati ketika berada di atas jalan. Terutamanya ketika tunggu trafik light. Ni bukan kejadian pertama. Malaysia memang dah tak selamat. Sila terima hakikat.
Daa

Khamis

Sana india juga mari

Assalamualaikum

Ini bukan entry racist.

Aku pernah angkat call dari client yang dari India. Seriously, aku tak paham bahasa inggeris diorang. Aku siap ingatkan mamat tu cakap tamil. Nangis >_<

Tetiba.. baru baru ni ada menteri mencadangkan nak ambik guru bahasa inggeris dari India.

Olosss..

Speechless..

Takut.. Ngeri.. semua ada. Agak agak apa jadi bahasa anak kita.

Apa dah tak cukup ke cikgu kat Malaysia ni yang nak ambik cikgu inggeris dari India..?

Haihh..Doa aku.. Semoga rencana tu tak berjaya.

Ya Allah. Selamatkanlah bahasa anak bangsa ku.

Daa

Membaca amalan mulia

Assalamualaikum

Aqil dengan shujin

Damia
Anak anak terutamanya Damia memang suka dengan buku. Siap bersila dalam Popular belek buku. Mak dia pun sama. Ni masa pergi kedai buku Popular kat Amcorp Mall. Tak rajin aku nak mengharungi kesesakan pergi ke Pesta Buku Big Bad Wolf tu. Rugi sangat sebab tak sambar koleksi buku kegemaran aku. Almost half price masa ni.

Tah bila nak terjah sini lagi. T_T


Daa

Rabu

Burger bakar terbaik?

Assalamualaikum

Actually lama dah aku teringin nak buat burger patties sendiri. Tetiba pulak filamen oven tu nak rosak kan. So terpaksa beli je bunnya. Sopping barang last weekend beli sekali bahan bahannya.

Kebetulan semalam cuti kan.. So tengah hari tu aku mengadun patties untuk burger. 

Sorang satu ye.
Resepi asas nak buat patties ni daging cincang, garam, serbuk roti, black pepper, telur dan serbuk perasa. Nak tambah sos ke kicap ke daun herba herba macam basil ke parsley ke ikut kreativiti masing masing ya. Aku pun tambah ikut dan je.

Masuk semua bahan dalam satu bekas lepas tu gaul sebati dengan tangan sampai macam dah melekat gitu. Fungsi serbuk roti tu adalah nak bagi lekat. Da bentukkan ikut bentuk dan saiz yang dikehendaki, simpan dalam peti sejuk sekurang kurangnya sejam. Nak bagi rasanya tu menyerlah lagi.

Lepas dikeluarkan. Bakar la apa lagi.. Aku tak bakar pakai arang pun. Atas pan je.

Yang aku da gigit.. tak meriah sangat sosnya sebab shujin yang aturkan

Double cheese ya.. satu balut kat patty satu lagi alas kat bawah
Aku guna daging cincang ramly (400g). Da lepas campur semua sekali dapat la 5 keping patties dengan berat 120g setiap satu. Agak tebal dan not to my shujin punya liking lah pulak sebab dia kata terasa maging sangat. Sebab shujin suka banyak salad dan sayuran.Tapi anak anak suka je. Especially Aqil.
Abaikan background bersepah ya
Pipi makin kembung sebab makan tanpa henti..
Compare dengan burger bakar abang burn mahupun burger bakar kawkaw mungkin tak hebat mana. Tapi as long as suami dan anak anak happy, aku da rasa best. Kehkehkeh..

Daa

C.h.o.i.c.e.s


What we have become today is the result of what we choose yesterday..

Isnin

Takde bomoh dalam MLM

Assalamualaikum

Lumrah dalam dunia perniagaan. Semua orang nak lebih berjaya dari competitor. Jangan kata bisnes besar besar. Bisnes jual pisang goreng tepi jalan pun boleh ada orang dengki.

Tapi, setakat aku dalam bisnes ni. Alhamdulillah. Takde berlaku kes dengki mendengki. Apa lagi bomoh membomoh. Peraturan perniagaan sangat ketat. Bukan tak pernah berlaku kes yang melibatkan kerugian kewangan, tapi diorang yang terlibat ni kena dikenakan tindakan tatatertib. Malah ada yang kena kick dan di ban dari buat bisnes lagi.
Gambar google
Dengan kata lain, sepandai pandai tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah jua. Hehehe..

Malah. Banyak pelajaran percuma atau dengan kos rendah yang boleh belajar kat sini. Especially tentang ilmu perniagaan. Yang selalu aku share pasal kesihatan, pasal kecantikan ke apa dalam blog ni tu, biasanya aku dapat dari kelas-kelas yang diorang buat la. Ada yang FREE ada yang kena bayar. Tapi kena bayar pun dalam belas belas hengget. Biasanya murah dari tu la.. Melainkan kursus formal yang collaborate dengan institusi lain macam Open University atau pun kursus kecantikan dengan Amber Chia Academy.

Yang minat nak berniaga tu, spend sikit masa untuk belajar macam mana diorang manage kewangan, manage masa dan hubungan dengan manusia sekeliling terutamanya keluarga dan kawan-kawan. Attitude. Semua skill ni penting. Especially cash flow management. Ramai peniaga melayu (terutamanya), melingkup sebab tak pandai nak uruskan kewangan. Tak sampai lima tahun berniaga, dah melingkup. Dalam dunia perniagaan yang biasa. Benda ni takkan datang percuma. Kena ikut macam-macam jenis kursus. Ada kursus yang bukan murah. Tapi cuba dekati orang orang yang dah berjaya dalam MLM. Tanya diorang tentang pengurusan kewangan dan masa. Insya allah, kalau kena gaya bertanya.. diorang akan bagitau dengan terperinci.

Setakat ni alhamdulillah. Takde lagi aku jumpa orang orang yang jenis pelekeh orang lain. Ala.. kadang-kadang kat ada kan jenis orang yang bisnes MLM ni yang suka hina orang yang masih bekerja. Takde wawasan la apa la. 

Pada aku mudah je. Aku syukur ramai orang suka jadi cikgu, jadi doktor, jadi nurse. Sebab aku tak layak dan tak mampu jadi semua tu. Cuma, cikgu cikgu, doktor dan nurse kalau boleh, banyakkan pelaburan. Tak kira dalam apa. Buat bisnes part time (kalau mampu la) atau buat pelaburan dalam mana mana pelaburan yang halal. Jangan masuk skim cepat kaya sudah la. Kita tak tau bila kita perlukan duit lebih. So kalau ada pelaburan ni kurang sikit bebanan tu nanti.

Selamat beramal.

Nota kaki : Entry lama berlapuk dalam draft :D

Daa

Christmas special?

Assalamualaikum

Habiskan weekend dengan bershopping adalah benda yang dah lama aku tak buat. Actually bukan sopping apa pun. Sabtu sopping beli barang dapur. Mahalnya kan barang dapur sekarang ni. Kalau dulu setroli tu dalam RM100~150 je rasanya.. Sekarang setroli tu dekat RM300. Bukan ada beli benda ngarut pun. Cikedis tak ambik. Nak dekat dua kali ganda. Rasanya bukan cukup untuk sebulan pun. Lepas tu barang basah kena shopping lain pulak sebab aku beli barang kering je. ** Nangiss..

Mulanya lepas sopping barang dapur nak beli baju dan keperluan baby sekali. Masing-masing da lenguh kaki, terus balik je. Tak larat T_T

Ahad pulak ada jemputan kahwin ex-officemate kat USJ. Sebelum tu singgah la kat kedai DIY Summit. Sangat heaven pergi kedai tu sebab macam macam benda yang murah berbanding yang jual kat luar. Contohnya..

ichigo, kuma dan usagi chan socks untuk baby
Set lego anak-anak
Lepas tu pegi makan kenduri. Damia makan dengan sangat banyak. Aqil pun sama. Lepas bergambar dengan pengantin, nak balik tu Aqil kata. 

"Ayah, abang taknak makan dah. Nak meletup dah perut abang"

Ok...Patutnya nak pergi tengok baju baby, tapi sebab muka masing masing penat kekenyangan, so cancel la. Nanti diorang buat perangai aku yang hangin.

Balik rumah masing masing pengsan sat sebelum aku kejut diorang sebab adik ipar nak ajak keluar belanja dinner pulak. Bangun tidur masing masing komplen "lapar". Hishh..

Makan lagii..

Paling happy? Pregnant mommy punya tummy la.. 

Thanks pada adik ipar yang belanja kami makan semalam (banyak dia kena pow ngan kami..rasa bersalah pun ada.. Total damage = RM200+) Tahniah sebab bakal bertunang dengan kekasih hati tersayang esok. Dibuat secara kecil kecilan je atas permintaan keluarga di pihak perempuan. Bagus la sebab aku memang kurang berkenan majlis tunang dibuat sambutan macam kahwin. Membazir. Lagi pun bukan ke bertunang tu tak perlu heboh heboh macam kahwin? Entah la trend orang zaman sekarang..

Daa

Jumaat

Resepi asas creamy soup

Assalamualaikum

Actually shujin suka makan roti cicah dengan mushroom soup panas panas. Especially yang jenama Campbell dalam tin tu. Senang kan. Terus panaskan lepas tu cicah je.

Tapi ketahuilah bahawa bini dia yang super kedekut ni dah tertau resepi asas membuat segala jenis creamy soup. So lepas ni rasanya susah la dia nak nampak tin creamy mushroom soup Campbell tu. Hehehe..

Membuatnya teramatlah senang sekali.

Resepi asas creamy soup
Butter
Tepung gandum
Susu (biasanya susu segar/UHT/full cream)

Kekdah membuatnya
Cairkan 2 sudu butter atas pan. Bila dah cukup cair masukkan tepung gandum 4-5 sudu. Kacau seketika. Bila dah sekata, masukkan susu. Kacau hingga rata. Susu tu ikut pekat macam mana kita nak. Kalau suka pekat pekat, letak sikit atau tambah tepung gandum lagi.

Ni adalah asasnya..

Kalau nak buat creamy mushroom soup, tumis bawang dengan butter tadi sebelum masuk tepung gandum. Lepas tu masukkan cendawan butang yang dicincang halus. Masukkan garam dan serbuk perasa (aku guna chicken stock atau kiub ayam) dan sedikit serbuk lada hitam jika suka. Kemudian tutup air. Sejukkan seketika. Blend hingga mushroom hancur. Masuk dalam pan semula, tambah cendawan butang yang dicincang halus lagi kalau nak ada nibs dalamnya.

Nak buat creamy soup yang lain pulak, cuma tukar cendawan tu jadi bahan lain. Contohnya
(1) Tomato
(2) Kentang
(3) Broccoli
(4) Jagung

dan banyak lagi.. Ikut kreativiti masing-masing. Ni cuma resepi asas. Kalau nak tambah perisa lagi tambah bahan-bahan lain lagi ya.

Sedap dimakan dengan garlic bread terbaik ni juga..

Lebih jimat dan sihat sebab takde bahan pengawet kan :D

Daa

Nak oven baru!

Assalamualaikum

Masa shujin pikap aku kat opis semalam, shujin bagi amaran awal.

"Anak-anak ada permintaan"

Hmm..Apakah..Rupanya permintaan nak suh buat roti.

So balik tu terus menguli. (Aku seriously nakkan bread machine T_T)

Kalau dapat multifunction breadmaker + oven ni tak payah dah aku tumbuh muscle nak menguli kan T_T
Paling tak best adalah bila masuk oven, oven tu macam tak cukup panas. Dah la aku ni amatur. Takde termometer nak check oven bagai.

Buat itu ini. Siap jugak roti tu. Tapi dah lambat dan rupanya amatlah OFF. Tension!

Acilah. Makan cicah dengan mushroom soup jenama Campbell.

Still..aku hangin gila sampai terbawak ke alam mimpi pasal oven tak cukup panas tu. Nak oven baru T_T

Daa

Ngeri! Mangsa putus kepala

Assalamualaikum
Nasib baik tak apa apa..

Merisaukan..

Daa

Khamis

Vitamin dan ubatan yang haram

Assalamualaikum

Sharing dari seorang schoolmate aku dua hari lepas. Aku rasa pasal Centrum ni ada yang dah tau. Tapi tak mustahil ramai yang masih lagi tak tau sebab  dilaporkan bahawa ada je yang masih consume Centrum punya vitamin ni. Walau pun kadang ada diletakkan label bahawa ianya tak halal, masih ada yang tak rajin nak baca dan cuma tau bila ditegur oleh pharmacist.

Centrum
Bawah ni pulak adalah ubat cirit birit. Namanya Imodium. Kapsulnya sebelum ni diperbuat daripada gelatin bovine (lembu) tapi baru baru ni ada perubahan. Ianya diperbuat daripada campuran gelatin bovine dan porcine (babi). Ada keluar di Berita Harian.

So hati-hati ya. Sebelum membeli vitamin supplement terutamanya. Check dulu status halalnya. Jangan main redah-rembat-bayar. 

Daa

Menangani masalah kencing kotor

Assalamualaikum

Semalam MC. Biasa la orang mengandung. Macam-macam alasan dia takmo pi keja. Hahaha.

Kesnya, semalam aku check up. Kebetulan hari sebelum tu kurang minum air. Result protein tak clear. In fact, teruk. Pagi tu ada contraction sikit dan rasa ngilu. Doktor cakap kesan UTI (urinary track infection) memang akan induce contraction dan rasa ngilu kat bawah nun. Dan ia boleh menjadi salah satu punca kelahiran pra-matang

So dia bagi antibiotik untuk clear kan UTI dan bagi MC sehari. Rehat rehat katanya.

Balik rumah. Dengan penuh keinsafan aku terus togok air kosong 500ml. Dan makan vitamin C dua butir. Bagi yang selalu ada masalah kencing kotor ni, vitamin C adalah antara antibiotik semula jadi yang terbaik. Shujin pernah kena batu karang dan kitorang berjaya treat batu batu tersebut dengan vitamin C. Boleh baca kat post : Vitamin C dan batu karang.

Aku makan vitamin C yang ada extract Acerola Cherry :)
Lepas habis 500ml tu apa lagi. Bertubi tubi aku ke toilet :P

Masuk botol kedua, air kencing dah clear. Pagi ni ngilu dah tak ada lagi. Contraction pun dah tak ada. Yeyy~

Aku cakap ngan shujin. Kita skip je la antibiotik tu buat masa sekarang.

Shujin mengangguk. Hoyeh..

Tapi untuk keselamatan, aku masih meneruskan makan vitamin C satu tablet bagi setiap 4-5jam. Dan minum air kosong sebanyak mungkin. (Letih la nak berjalan ke bilik air je hari ni. Padan muka aku..)

Nota kaki : Kat rumah tak boleh putus bekalan vitamin C. Banyak simptom yang aku dapat rawat dengan vitamin C ni termasuk tanda-tanda gatal tekak, nak selesema dan masalah kencing tak lawas bagai. Sangat berguna okeh! 

Kalau berminat dengan vitamin C yang aku amalkan, boleh email ke kesoma.rai@gmail.com untuk memesan.

Daa

Selasa

In shaa Allah VS Insya Allah

Assalamualaikum

Aku just nak share benda ni. Aku rasa ramai orang terbaca dan ramai juga yang share pasal penggunaan In Shaa Allah dan Insya Allah yang kononnya disebut oleh Dr Zakir Naik.

Selepas dari tu, aku tengok ramai yang mula tulis in shaa allah instead of yang selama ni kita guna Insya Allah.

While aku tak kata effort mereka untuk menulis in shaa allah ni salah, aku suka nak bagitau bahawa Dr Zakir naik mengaku kat Twitter yang dia tak pernah ulas pasal sebutan Insya Allah tu. So, please stop sharing info yang salah.

Sebutan Insya Allah juga betul. Baca ulasan kat SINI

Share ilmu yang baik itu bagus. Tapi kalau info yang salah pun tak baik juga.

Daa

Apa saja EPF

Assalamualaikum

Kalau orang kerja kerajaan, kebanyakannya tak perlu risau tentang pendapatan hari tua. Takde lah nak kata tak perlu risau langsung. Tapi dengan adanya skim pencen oleh kerajaan, lega la jugak diorang sebab dah confirm tetiap bulan ada pendapatan. Sikit ke banyak tu belakang cerita. Sebab zaman sekarang ni kalau takat RM3000 memang tak berapa nak cukup kan.. 

Bagi orang yang kerja swasta macam aku pulak. EPF (employee provident fund) atau nama melayunya KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sumber kewangan selepas pencen nanti. (Harap harap tak bagi aku)

Tapi kan..concern aku sekarang adalah bila duit EPF ni boleh dikeluarkan untuk banyak tujuan. Memanglah bersyarat dan ada peraturan tertentu. Tapi, kan ke tujuan EPF tu untuk simpanan bila pencen. Kalau dah kelonggaran untuk pengeluaran tu terlalu banyak, nanti masa da pencen tinggal apa.
 Bayar rumah, anak nak sambung belajar..baru baru ni, nak pergi haji pun diorang nak bagi keluarkan EPF. Katakanlah carumah pekerja + majikan = RM1k sebulan. Dalam masa 12 bulan RM12k dapat dicarum. Kalau seseorang bekerja dari umur 23 tahun sampai 55 tahun, jumlah carumannya adalah RM384k. Campur dividen bagai, kita bagi la RM500k. Wow.. Banyak kan..

Tapi, kalau nak beli rumah, awal awal da keluarkan. Anak nak sekolah dah keluarkan. Nak pegi haji da keluarkan.. Tinggal apa? Da lepas pencen memang kita boleh nak duk rumah je. Takde nak buat apa. Jimat kos hidup. Tapi jangan lupa. Manusia ni hidupnya adalah "spend their health to gain wealth, later they spend their wealth to gain health". Bila umur meningkat, mula la penyakit itu ini. Duit nak pakai banyak. 

Entah la eh.

Aku rasa bagus la kalau boleh keluarkan untuk kegunaan emergency. Tapi kalau terlalu banyak option yang membolehkan duit tu dikeluarkan aku rasa kat mana yang kata nak simpan untuk hari tua tu?

Daa

Ozon sterilizer bagus?

Assalamualaikum

Aku baru terbaca tentang kegilaan yang tak berapa nak baru actually. Tapi baru tertengok eksperimen yang dilakukan. Tentang mencuci dan menghapus kuman dan bahan cemar menggunakan ozon.

Sebelum tu aku harap tak ada siapa salah faham tentang tujuan aku menulis entry ni. Bukan aku nak tutup periuk nasi sesiapa. Ianya adalah untuk pengetahuan pengguna dan bakal pengguna alat tersebut yang aku taknak sebutkan namanya. Ada banyak brand kat pasaran.

Teorinya adalah, ozon telah lama digunakan dalam industri perubatan untuk mensteril alat alat yang digunakan bagi tujuan perubatan. Menggunakan konsep yang serupa, pengilang produk komersial telah berjaya menghasilkan alat yang dikatakan dapat menghapuskan bakteria dan bahan kimia dari makanan yang kita makan.

Ozon adalah sejenis lapisan yang melindungi bumi yang kita panggil lapisan ozon. Kalau oksigen yang kita sedut tu O2, ozon pulak adalah O3. Iaitu gabungan tiga jenis ozon. Bagaimana pun harus diingat. Lapisan ozon tu walau pun fungsinya melindungi bumi dari sinaran UV matahari, ozon adalah merupakan sejenis gas yang sangat berbahaya dan beracun.

Pengeluar alat ini akan meyakinkan pengguna bahawa alat mereka adalah selamat, dan sekali pun kalau membebaskan gas ozon ke ruang udara, ianya akan segera berpecah sebab gas ozon ni tak berapa stabil. Bagaimana pun, perlu ingat ya. Kita hari hari makan sayur, hari hari masak ikan, ayam daging dan sebagainya. Kalau guna hari-hari, dan hari hari terdedah sedikit demi sedikit pada gas yang beracun ni, sedikit sebanyak ianya akan menyebabkan iritasi pada kerongkong dan paru paru.

Malah, satu kajian yang dijalankan oleh University of Maine menunjukkan bahawa, secara keseluruhannya, penggunaan alat pengozonan ini tidak menambah keselamatan bahan yang diozonkan tu. Baca sini : Do food sterilizer work?

Nak baca tentang safety alat sterilizer ni boleh baca kat blog pakcik ni : Safety and usefullness of ozone as food sterilizer. Panjang lebar gila penerangan dia. Tapi worth reading bagi yang sanggup nak bayar duit untuk beli alat tu.

Personally, aku gunakan cecair pencuci sayuran khas untuk cuci sayur dan buah buahan. Aku tak mampu nak beli sayur organik sebab heran nape tah sayur organik mahal-gila-tahap-tak-mampu beli-sebab-aku-miskin-sangat-kot. Still, aku gunakan pencuci sayuran tu sebagai alternatif. Insya allah pencuci tu selamat digunakan tanpa bahan kimia berbahaya sebab dah dapat cop mohor dari EPA (dfE - design for the environment) Selamat untuk alam, selamat untuk manusia.

Eh, tapi bukan aku nak pomot pencuci sayur tu. In fact, in most cases sebenarnya, kalau nak basuh sayur tu basuh cuci bersih bersih dengan air insya allah ok. Aku tak kata sangat effective, tapi dari merisikokan kesihatan dengan cara kita bayar duit beli alat macam tu, lebih baik basuh bersih sayur dengan air bersih. Kalau dapat cuci dengan air bertapis lagi bagus. Cuma untuk buah berlilin macam apple tu better buang kulit atau guna pencuci jugak la.

Ingat, oksigen adalah sejenis radikal bebas, ozon adalah ejen radikal bebas yang lebih kuat lagi. Pendedahan terhadap radikal bebas banyak menyebabkan kerosakan pada kesihatan manusia. Malah, banyak teori yang kata kanser mungkin disebabkan oleh radikal bebas.

Hati-hati sebelum guna dan beli apa apa alat yang melibatkan kesihatan. Ada yang memang jujur, ada juga yang cuma nakkan profit tanpa hirau keselamatan orang lain. Ada ramai jugak yang tak tau pun apa yang dia jual tu mampu membunuh orang lain.

Jangan sampai kita jadi mangsa keadaan.

Nota kaki : Pada aku, whatever it promise, aku tak berani nak ambik risiko membelanjakan sejumlah duit untuk letak satu alat yang menghasilkan gas yang beracun kat rumah. Seriously.. Apa diorang fikir tentang "safety" aku pun tatau.

Daa

Isnin

Blog Irfa

Assalamualaikum

Nak mintak tolong sikit...

Cuba bukak blog Irfa ni : http://happyirfa.blogspot.com

Aku tak boleh bukak sejak minggu lepas..Kesian kawan aku sorang tu. Aku tak boleh nak komen kat blog dia. Mesti ko rindu ngan komen aku kan Irfa.. Hehehe..

Thanks korang

Daa

Abang yang baik, adik yang comel

Assalamualaikum

Rasa macam lama tak menepek gambar anak-anak kat sini. Bukan apa. Tak ada gambar yang semenggah. Hehehe..

Sesi membaca buku
Aqil memang dari sejak aku pregnant Damia dah menunjukkan ciri ciri ke"abang"annya. Berbanding Damia yang agak merisaukan. Sangat sangat manja. Mungkin sebab dia gugurl kot. Susah sungguh nak ajar dia berkongsi. Sekarang dah boleh lekat sikit ngan ayah (shujin), tapi ada masa kalau dia nak melekat ngan ibu bukan main menyombong lagi.

Semalam gaduh taknak kongsi air dengan Aqil. Shujin ambikkan air lain untuk Aqil lepas tu boikot dia (Damia). Dah sampai menangis tersedu sedu kena boikot baru nak kongsi. Walau pun Aqil dah ada air lain, bila aku suruh Damia kongsi air dengan abang, dia pun play dia punya part. Pura-pura minum air yang adik bagi.

Macam mana ibunya tak terharu? Aqil aku harapkan sifat kepimpinannya tu akan terus  dibawa sampai dewasa. Bimbing adik adik. Sekarang pun dia jaga sungguh Damia. Kalau adik dia jatuh dia tolong bangunkan, tanya mana sakit, tolong gosok tempat yang sakit. 

Part aku pulak.. harap aku jadi ibu yang penyabar yang boleh diorang contohi, sanjungi dan taati. Aku sedar time pregnant ni la cabaran yang besar, time sedar diri takpe lah. Time aku tidur malam, memang banyak aku tak sedar diri, termarah kalau diorang bangun mintak air atau merengek. Hadeh.. Sori ye anak-anak.

Mode : Kerinduan pada anak-anak

Pesanan mereka pada setiap pagi : "Ibu jangan pegi keja banyak banyak ok. Ibu keja sikit je.."

Daa

Review Artistry Skin Refinishing Lotion

Assalamualaikum

Refreshing Monday.. Especially bila bangun pagi tersentuh pipi sendiri rasa macam pipi budak remaja yang belum pernah kena jerawat. Biiiigggg thanks to the skin refinishing lotion + night cream. Seriously, penjenamaan semula kulit muka aku memang membuatkan aku rajin je nak menghadap cermin menempek segala lotion dan cream tu kat muka (which yang aku rasa membazir gila nak spend 10-15minit untuk membelek muka depan cermin). 

Perubahan selepas hampir tiga bulan menggunakan artistry skin refinishing lotion. Aku guna dua kali sehari setiap hari. Guna selepas toner, dan lepas pakai lotion tu pakai moisturizer pulak.
(1) Kulit muka rasa licin, halus dan lembut
(2) Sepanjang dua bulan cuma ada sekali break out (atas hidung) dan ianya dapat di atasi dengan segera tanpa meninggalkan parut
(3) T-zone tak rasa berminyak dan walau pun aku pakai berlapis lapis, siap dengan moisturizer bagai, aku still rasa tak terlalu berminyak.
(4) Tone kulit makin sekata
(5) Parut jerawat kat hidung makin kurang jelas. Black heads pun dah makin tak kelihatan

Dalam banyak banyak barang skin care aku, boleh kata skin refinishing lotion ni yang paling aku sayang. Sentiasa ada dalam beg. Walau pun namanya lotion tapi bila sapu kat muka rasanya jadi velvety. Jadi macam pakai bedak gitu. Takde rasa berminyak langsung. So, ever since first time aku guna, shujin memang suka sangat. Once in a while, aku buatkan facial kat shujin, aku tepek sekali. 

Actually, skin refinishing lotion ni adalah untuk exfoliate kulit mati. Sebab tu kulit jadi makin licin. Tapi ianya bukan chemical ya.. Main active ingredientnya adalah hydrolized oat protein, algae dengan gula kalau tak silap. Dan sangat sangat lembut. Takde pengelupasan. Boleh guna untuk apa juga jenis kulit, even kulit sensitif. Saranannya adalah guna dua kali sehari, tapi depends pada reaction jugak. Sebab kulit lain lain kan. Kalau lepas pakai tu rasa macam kulit tak berapa nak agree reduce la pakai sekali je. Yang bagusnya, boleh guna kat area mata jugak. 

Additional value..kurangkan fine line :P

So aku rasa sangat berbaloi guna. Dari segi harga memang agak mahal. Tapi rasanya boleh tahan agak lama (Dah pakai 2 bulan lebih) sebab pakainya sekali dua kali pam je. Maybe cukup untuk sampai bulan 1 nanti. (Aku start pakai around end of September 2012) Berkesan + tahan lama = Puas hati!

Pada aku skin refinishing lotion ni tak kisah nak pakai sendiri dia atau pun dengan toner dan moisturizer. Of course kalau pakai dalam combination lebih lagi effect nya. Tapi kalau pakai dia saja pun boleh nampak kesannya. Sebab dah beberapa orang yang cuba tanpa toner cuma pakai dengan cream pun nampak kesan. Dan ada yang cuma cuci muka, lepas tu guna pun da nampak perubahan. Cumanya, skin refinishing lotion ni tak ada perlindungan matahari (SPF bagai tu), so disarankan kalau nak keluar rumah tu better pakai dengan sunscreen untuk melindungi kulit dari sinar UV.


Apa yang paling best adalah... shujin asyik puji je bila ciom pipi pepagi kan..katanya "Lembotnya pipi bini dia".. Tu la yang paling penting pun kan :D

Bagi yang berminat nak mencuba skin refinishing lotion ni boleh whatsapp terus ke nombor 0126894617

Daa

Jumaat

Mencari penapis air terbaik?

Assalamualaikum

Banyak info dan maklumat aku kongsikan kat blog ni. Insya allah boleh digunakan sebagai panduan bagi sesiapa yang mencari sistem rawatan air.

Senarai entry berkaitan dengan sistem rawatan air.

Kebanyakannya ditulis secara general. So, insya allah boleh dijadikan panduan asas nak memilih penapis air.

Daa

Apa yang lain?

Assalamualaikum

Ramai pulak yang komen kata entry Dilema lelaki tu lain macam. Nak jugak aku tanya..

Apa yang lainnya? Apa yang macamnya?

Hehehe..

Alhamdulillah tak pernah lagi aku mengalami masalah begitu dalam personal level. Kenapa aku confident sangat? Bukan confident. Kalau sesiapa kenal aku dengan shujin kat luar tau la kot. Kitorang, especially shujin belum ada masa dan ruang nak bergelumang dengan perkara begitu. Dia dah cukup sibuk dengan urusan keluarga dan perniagaan.

Itu lah bagusnya tentang perniagaan kami. Secara tak langsung ianya mengeratkan hubungan kami.

Tak tau la masa depan kan. Tapi kalau kewangan dah kukuh, shujin rasa dia mampu nak berlaku adil. Apa salahnya kalau nak menambah cawangan pun. Benda halal dalam Islam. Takkan aku nak menidakkan hukum Allah. Ye dak?

Buat masa sekarang ni dia masih lagi kata "Bini sorang pun tak larat nak bela..nak tambah lagi..? Botak kepala saya"

Bukan aku kata. Dia kata. :P
 
Tau la perangai aku. Sungguh pun tak mintak material, tapi kerenahnya mengalahkan budak dua orang tu. Minum susu protein pun kena shujin ingatkan paksa hari hari. Hehehe.. Katanya macam dia sorang je adult dalam rumah tu. Aku dengan anak anak tu kategori bebudak. Sabo je kan..


Abaikan background bersepah :P
Nota kaki : Eh kenapa dah aku kena susah payah explain benda ni kat entry. Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com