Jumaat

Baby Fair di MidValley

Assalamualaikum

 

Nak mengupdate nak memblogwalking pun tak boleh. Tetiba internet problem. Hangin je aku. Terpaksa la submit entry pakai email cam ni. Almaklumlah.. Henset aku tak berapa nak maju nak surfing surfing ni. Hehehe..

 

Dengar kata weekend ni ada babyfair kat Midvalley. Ada team mate bagitau. Aku tak tau la factor usia ke apa. Aku dah tak teruja nak pegi sopping fair bagai ni. Aku tau yang pastinya kalau namanya Midvalley tu payah dapat parking. Kemudian, maha luas sampai jemu mengukur jalan. Weekend sure ramai gila orang. Sesak sesak lagi. Agak rimas walau pun ber aircond.

 

Takpe la. Aku redha sopping barang baby kat Jusco atau GM Klang je. Tak pun K4 tepi rumah pun jadi lah. (Dasar mak pemalas)

 

Okla kan. Dari aku sopping online. Hahaha.. Lagi pun bukan ada banyak benda aku nak kena beli. Baju baju je kot.

 

Barang baby ikut aku

(1)    Baju baju - Kena beli

(2)    Barut, bedung - Aqil dengan Damia punya ada lagi

(3)    Minyak baby - Dapat sekali dengan Set Bersalin Tropical Herbs

(4)    Selimut baby - Tak gaduh sangat nak beli, ada banyak kat rumah

(5)    Tilam - Tengoklah nak beli ke tidak.

(6)    Tikar getah - Kena beli kot

(7)    Botol susu, breast pump bagai - Biasanya aku beli lepas selesai pantang je

(8)    Socks ngan mitten - Beli sekali la ngan baju..grrr

(9)    Mandian, losen, bedak bagai - Kongsi je ngan Aqil ngan Damia punya

(10) Wet tissue, cotton ball bagai memang aku tak guna. Beli pun membazir je nanti

 

Apa lagi? Kalau pergi semata mata nak cuci mata kat Midvalley memang tidak lah aku. Aku kan pemalas. :P

 

Daa

Udah udah la memboikot tu

Assalamualaikum

Kisah boikot memboikot ni da agak kurang kalau tengok kat dinding FB aku. Mungkin sebab sekarang ni gencatan senjata di Gaza, jadi kalau makan McD atau kerja di McD pun da tak kira sebagai menyumbang pada zionis. Gitu ke? Hehehe..

Aku bukan apa menulis tajuk tu. Dari kita bergaduh boikot memboikot ni apa kata kita bagi sumbangan pada tabung Gaza. Ada banyak tabung yang dilancarkan untuk disumbangkan kepada warga Palestin sekarang ni. Sama naik ngan peniaga crepe durian aku nengokkan. Pandai pandai lah pilih tabung yang elok tu ya. Contoh yang aku rasa ok adalah seperti Aqsa Syarif dan Islamic Relief Malaysia. Sambil sambil tu derma dan sedekah untuk orang tempatan yang kurang bernasib baik pun jangan dilupakan. Hari jumaat ni eloklah kita lebihkan sedekah. Semoga diberkati dan dirahmati Allah selalu.

Salam Jumaat.

Daa

Final day untuk Kaching$$

Assalamualaikum

Dengan ini aku nak umumkan, hari ni final day untuk bulan pertama program Kaching$$. Aku akan umumkan tiga referrer paling banyak bagi bulan November hari Isnin nanti.

Bagi yang tak tau, terlupa atau tak perasan pasal program Kaching$$ ni, boleh refer kat page tab kat atas tu ya.

Semua insentif akan dibayar terus ke akaun Maybank pemenang. So sapa sapa yang rasa dia menang tu sila sediakan nombor akaun siap siap. Kalau tak ada, cepat cepat bukak akaun kat Maybank. Hehehe..

Bagi yang baru nak join, bulan December ada lagi. Kalau ok. Next year aku akan sambung. Tapi maybe lepas habis pantang bagai. Tengok pada kelaratan aku. Takut tak larat je nanti. Hehehe..

Daa

Khamis

Penggunaan ubatan semasa mengandung

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai yang dah tau tentang penggunaan ubat ubatan masa mengandung. Malah, kalau ubat atau herba yang dijual pun ada ditulis kalau ianya tak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.

Kalau ada yang tak pasti tentang penggunaan ubat ubatan ni boleh rujuk doktor. Secara umumnya, baik elakkan dari ambil ubat melainkan atas nasihat doktor atau ubat yang kita ada penyakit dah lama. Itu pun kena tanya doktor jugak.

Apa yang aku baru tau dan agak terkezut hari ni adalah tentang penggunaan ubat ubat sapuan ni. Macam minyak angin, vicks dan sebagainya. Biasanya kita tak tanya doktor pun kan pasal ni.

Nak jadikan cerita.. Hari ni aku sakit pinggang, bos ku yang baik hati da letakkan yokoyoko kat atas meja. Sebelum aku pakai, ada sorang team mate tegur, katanya jangan pakai. Aku pun heran. So aku check ingredients nya dan google sikit (kata moden kan :P)

Methyl Salicylate : rub-on products containing methyl salicylate may possibly cause problems for the foetus
Camphor : Camphor crosses the placenta and has been implicated in fetal and neonatal death. It has been used to induce abortions.

Bahan ni biasanya ada dalam minyak angin. Aku check, dalam vicks pun ada.

Tak sure la limited untuk pakai kat area perut dan belakang je ke apa. Tapi bila ditulis macam tu, ngeri la pulak rasanya. 

So buat ibu ibu yang mengandung, hati hati ya.


Daa

Bisnes sepupu

Assalamualaikum

Orang lain masuk office pukul 9. Aku masuk pukul 10. Cayalah.. Mengalahkan manager. Seb baik manager pegi site hari ni. Tapi aku da roger dia awal awal la. 

Bangun pagi sakit pinggang. Masa berpusing pusing semalam macam tersalah urat ke tersalah pinggang. Nak pengsan jap aku. Skang ni da kurang. Tapi nak pijak kaki kat lantai pun rasa sakit kat tulang pinggul. Last week ada problem ngan system, so minggu ni kerjanya lebih sikit. Sakit pun nak kena masuk office sebab pe'el aku memang tak suka nak suruh orang lain sambung kerja dan kemudian aku nak sambung balik. Kekdah memasing lain kan.

Sampai ofis, semua orang tanya dengan muka concern. Rasa terhari + bersalah gila!

Pregnant kali ni aku rasa perutnya cam besar je. Dulu 8-9 bulan baru size ni. Ni aku baru nak masuk 7 bulan. Haishh.. Harap harap nak bersalin nanti dipermudahkan..

Eh eh.. Nak cite pasal bisnes sepupu sebenarnya. Sepupu shujin yang tinggal ngan kami tu berjinak jinak jual cheese powder kat sini. Semalam stok baru sampai.

Packaging cantik

Sticker khas
Aku memang suka nak menggalakkan orang berniaga ni. Tapi untuk permulaan ni dia ambik sikit je la dulu. Mula pelan pelan. Semoga perniagaannya berjaya dan bertambah maju.

Nota kaki : Thanks pada yang sudi singgah ya. Sorry yang aku tak sampai sampai lagi BW kat belog kamu kamu.

Daa

Rabu

Bergelora!

Assalamualaikum

Minggu paling stress di bulan kebelakangan ni.

Lepas bergembira lunch dengan shujin, ada satu panggilan masuk.

Setelah ditranslate ke bahasa mudah

Aku : Selamat tengah hari, saya helpdesk. Apa yang boleh saya bantu
Perempuan : Sekejap je (telefon di pass kan kepada seorang lelaki yang suaranya sayup sayup, persis pondan. Nak cakap kuat pun macam takut aku jentik adik dia..)
Lelaki : Password saya hilang
Aku : Baiklah. Boleh berikan nama penuh dan ID encik
Lelaki : $#@%@# (meracau suara perlahan nak mamps)
Aku : Ok (padahal cuma dapat pikap family name je) ID encik?
Lelaki : 00455XXXX (mampus aku. suara mengalahkan nak ajak bercinta..haram aku tak dengar)
Aku : Maaf. Suara encik perlahan sangatlah. Boleh kuat sikit tak. ID encik sekali lagi.
Lelaki : 00455500 (rasa macam nak mencarut aku dengar suara mamat ni)
Aku : Hmm.. Boleh saya tau email address encik
Lelaki : Saya takde email
Aku : Tapi ID encik ni saya tak jumpa lah. 00455500 kan
Lelaki : (Senyap) - (Setan betul..kata aku dalam hati)
Aku : Sekejap ya saya check

Seriously aku da check banyak kali dalam sistem memang takde nama mamat ni.

Aku : Tak ada lah rekod encik dalam ni. Encik call nak password untuk XYZ ke ABC.
Lelaki : ABC
Aku : Encik, sini talian untuk XYZ. Bukan untuk ABC. (Mencarut berkali kali dalam hati..serius aku hangin)
Telefon di pass balik ke perempuan yang dail tadi
Perempuan : Sini untuk XYZ? Tadi saya tekan ikut arahan untuk ABC dah.
Aku : Takpe cik, saya akan suruh pegawai ABC untuk call balik.
Perempuan : Takpe saya call. Awak nak saya cakap english ke japanese.
Aku : (Eh macam celaka kan ko pompuan..dari tadi aku membebel sampai nak kering air liur cakap jepun..ko pura pura macam aku tak reti bahasa pulak skang)
Takpe cik, kalau susah saya mintak pegawai yang call balik.
Perempuan : Announcement tu cakap 1 untuk XYZ, 2 untuk ABC. Saya tekan 2 lah. 
Aku : Eh.. sekejap ya.
Perempuan : Awak pernah dengar tak announcement tu
Aku : (ko ingat aku takde keja nak call diri sendiri..) Kejap ye cik. Saya confirm
Perempuan : Announcement tu slow sangat lah. Takpe lah. Saya call balik
Aku : (oii betina.. dari tadi pun ko dengan jantan pondan tu cakap slow nak mampus. Cair taik telinga aku) Okayyy

Seriously. Aku dah lama tak handle call yang macam ni. Rasa macam nak meletup kepala aku.

Sorry kalau ayat aku kurang sopan. Cakap dalam hati je takpe kan..

Skang baru nak istighfar. Haihh..

Nota kaki : Aku rasa si kecik dalam perut pun protes. Lenguh pinggang aku dia asyik menendang je. 

Daa

Peniaga di karnival MAHA kerugian

Assalamualaikum

Semalam sebab stress setengah hari, di tambah lagi sebab tak boleh nak blogwalking selepas aku bersusah payah berhempas pulas (sangattt) menyiapkan tugasan, aku menelaah internet. Tengok tengok peluang perniagaan. Hehehehe..

Nak jadikan cerita terbaca pasal karnival MAHA tahun ni. Aku tak pernah pergi MAHA ni sebab aku memang kureng sikit tempat karnival karnival ni. Sesak jem. Cukup cukuplah stress jem pepagi nak pegi kerja tu. 

Dari apa yang aku baca MAHA tahun 2012 ni ramai peniaga yang tak puas hati sebab tapak peniaga tahun ni banyak sangat. Dah la jual mahal (of course la kan) Tapi kebanyakannya rugi. Da beli tapak mahal, tapi sebab lambakan peniaga yang terlalu banyak dan tak sistematik menyebabkan diorang susah nak dapat sale.

Ramai yang cuba jual tapak diorang untuk cover balik kos. Yang kesiannya even hujung minggu pun ada yang nak dapat sale RM1k sehari tu pun payah.

Kesian. Bukan sikit duit tau nak dapatkan tapak kat MAHA tu. Ada yang da habis sampai puluh ribu untuk join karnival kali ni sebab kejayaan MAHA tahun lepas.

Sudahnya.. Yang untung penganjur dan penjual tapak. Peniaga yang teraniaya.

Tapi mesti dalam TV tak tayang benda ni. Hehehe..

Yang lawaknya diorang siap predict apa laporan dan orang orang tertentu akan kata pasal karnival MAHA ni..

TV3: Maha 2012 menjanakan keuntungan lumayan kepada peniaga2 kecil.

Najib: Lihat lah, ini adalah kejayaan kita dengan membantu golongan2 peniaga kecil meraih keuntungan berlipat kali ganda.


Muhyiddin: Penggunaan bahasa sempena Maha 2012 akan dibincangkan dalam kabinet.


Noh Omar: Maha 2012 adalah yang terbaek kerana rumput dipotong cantik dan peniaga mendapat tanah yang subur.


Nazri Aziz: Isu peniaga rugi sempena Maha 2012 adalah pembohongan besar dr parti pembangkang.


Utusang: Kerajaan selangor tidak memberi kerjasama sempena Maha2012, menyebabkan peniaga kerugian besar.


Mastika: Misteri tanah haram di Maha 2012 menjadi tanda tanya.

Copied : Majalah.com

Korang pegi ke MAHA?

Daa

Selasa

Iklan : Nak letgo breastpump

Assalamualaikum

Nak beriklan kejap kat sini. Bagi bakal ibu dan ibu baru yang masih mencari cari pam susu dengan harga yang berpatutan dan murah boleh tengok kat SINI.

Autumnz Marvel
Pam Autumnz Marvel ni boleh guna kuasa elektrik dan bateri. Rupanya agak mirip dengan Medela FS. Cuma ianya pam single. Kalau berminat nak tengok review dan tahu lebih lanjut pasal pam ni boleh check kat blog Puan Hanafaza (schoolmate aku).

Pelaburan yang berbaloi bagi ibu-ibu yang bercadang nak menyusukan anak hingga dua tahun.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung ngan Puan Faza di drhana@ymail.com.

Daa

MLM untuk orang takde pelajaran

Assalamualaikum

Bila bercakap soal perniagaan jualan langsung, ramai orang yang anggap perniagaan ni adalah untuk golongan yang berpendidikan rendah. Pernah ada yang kata, susah payah belajar tinggi tinggi, lastnya jadi kuli MLM je.

Dalam hidup kita, kita akan lalui banyak turning point. Bagi aku salah satu turning point terbesar dalam hidup aku adalah bila aku decide nak mula aktif dalam network business.

Aku tak tau pasal syarikat lain. Dalam perniagaan ni, takde jalan mudah macam orang kaya boleh beli pangkat atau jadi stokis. Atau orang kurang kaya boleh buat pinjaman untuk naik pangkat. Takde takde. Semua orang melalui fasa yang sama. Tinggi rendah pelajaran bukan ukuran. Takde istilah siapa masuk dulu dia di atas, dia yang kaya. Semuanya adalah bergantung pada usaha masing-masing.

Jujurnya. Aku belum berjaya dapat income yang membolehkan aku tarik nafas lega tetiap bulan. Tapi, insya allah satu hari nanti aku akan sampai ke tahap tu. Semua orang mula dari bawah kan.

Walau pun dari segi kewangannya aku belum berjaya. Banyak yang aku belajar. Banyak sangat development dalam diri aku sendiri. Mungkin orang kata. "Ala..masuk MLM kena brainwash la tu" Hehehe.. Mungkin jugak.

Melalui bisnes ni aku kenal ramai orang, golongan professional yang bukan calang calang orang yang menjalankan perniagaan ni. Believe me. Mereka bukan "takde otak, takde pelajaran" punya orang.

(1) Dr Abdul Aziz Kechil
Neurophysiologist, Vice- President of Malaysian Society for Complementary Theraphies, Speaker and Writer.
Salah sorang yang aku sangat kagum. Pemikiran dia, vision dia, passion dia. Especially bila dia bagi talk berkaitan kesihatan. Setiap hari Sabtu, dia ada buat FREE talk pasal kesihatan kat klinik dia kat PJ. Bukan pasal testimoni testimoni unscientific rubbish la. Mostly update pasal kesihatan kat blog aku adalah hasil dari yang aku belajar dari talk dia. 

(2) Datuk Dr Hamzah Kamarulzaman
Pakar Perunding Bedah Kanan Jantung Hospital Pulau Pinang
Isteri dia doktor pakar kulit. Rasanya sekarang dah jadi fulltime housewife. Yang titlenya doktor doktor ni aku tengok berat sungguh mulutnya nak bercakap. Tapi aku jumpa dia masa travel ke utara aritu sempat singgah rumah dia. Humble je orangnya. 

(3) Dato' Zulkifli Abdul Malek
Ahli perniagaan, Advisors untuk Alumni Look East Policy Society (ALEPS)
Pakcik ni pulak director bagi beberapa belas buah syarikat. Tak silap salah satunya Epson (tak ingat epson mana satu) Bekas student Jepun gak, tapi batch awal-awal dulu. So dia tak kenal aku, aku pun tak kenal sangat dia.

(4) Dato’ Ir. Aishah Dato’ Hj. Abdul Rauf
Ex - Vice President of Tenaga Nasional Berhad’s Distribution Division (retired 2009)
Orang yang sama kan..kan..cis..malu je tayang muka model ubat gigi ni
Tapi kan...dalam tiap kali aku jumpa diorang ni kan. Takde sorang pun yang datang dengan handbag mahal beria ria. Atau pun gelang emas sampai lengan macam mami jarum. Apa lagi tayang kereta BMW bagai.

Dalam ramai ramai ni...yang educated gila ni kan. Takde sorang pun yang boleh lawan income pakcik kat bawah ni.. Takde gambar la tapi..

(5) Charlie Lee Kim Soon
Education - Darjah dua, masa umur 20 tahun da buat 30 jenis bisnes dan pekerjaan. Termasuk sorong cart jual sosej. Tak pandai membaca. Bahasa melayu tau sikit sikit. English pun terabur terabur. 

Sebabnya..pakcik ni paling gigih dalam ramai ramai tu.

Pada aku, sungguh pun aku pada masa ni belum boleh bangga dengan pencapaian aku, tapi seriously banyak sangat perkara yang aku belajar melalui bisnes ni. Bukan setakat copy paste info dari buku panduan yang company bagi atau bukan berdasarkan testimoni semata mata. Sayangnya.. masyarakat melayu kita memang lebih mudah tertarik dengan testimoni berbanding bukti saintifik.

Hak memasing kan..

Nota kaki : Err.. Nampak gayanya aku masih ala ala ketegaq takmo kongsi company mana aku join kan. Hehehe. Sapa yang penah masuk, insya allah dia akan tau company mana yang aku maksudkan. :)

Daa

Supermarket sweep

Assalamualaikum

Sopping.. Kalau tak letak dalam ni habis satu Carrefour dijelajahnya. Bengkok pinggang mak bapak nak kejar :P

Keluar sorang lagi nanti kena bawak dua trolley la. Satu untuk sopping, satu lagi untuk masuk kekanak ni. Hehehe..

Daa

Isnin

Resepi Kurimu Korokke - Rumit tapi berbaloi

Assalamualaikum

Haa.. Biasa la kan.. Hujung minggu lepas gian masak masak. Bukan masak apa pun.. Sekadar nak bagi suami ngan anak-anak makan special sikit. Hehehe..

Kalau orang lain sibuk gaduh bertumbuk kerana durian crepe. Aku pulak bergaduh (ngan kuali) buat kurimu korokke. Sebelum ni dah penah buat potato kurimu korokke, tapi kali ni aku buat kurimu korokke guna bechamel sauce je.

Kurimu korokke ni sebenarnya asalnya dari Perancis. Cream Croquette. Tapi tak tau la sejak bila dijepunkan. Aku mula mula kenal pun masa belajar kat Jepun. Kalau kita lebih kurang macam bergedel la.. Cuma salut ngan serbuk roti instead of just telur. 

kurimu korokke ni sedap dimakan dengan tartar sauce dan kobis yang diracik halus. Makan gitu je pun sedap.

Jom layan resepinya..

Bechamel sauce
Resepi kurimu korokke
Bahan bahan 
Bechamel sauce
50g butter
1/4 cawan tepung gandum (lebih sikit pun takpe)
2 cawan susu

Isi kandungan lain
1 biji bawang besar di potong dadu
Sedikit lada hitam
Serbuk perasa ayam / kiub ayam
1 biji telur rebus (lenyek)
Ketam/udang/jagung (optional)

Untuk coating
Tepung gandum
1 biji telur kacau
Breadcrumb/panko/serbuk roti secukupnya

Kaedah membuatnya :
Cairkan butter dalam kuali. Bila semua butter cair, masukkan bawang besar. Tumis sampai naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau rata. Jangan sampai hangus pulak. Kacau agak dalam seminit dua gitu. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Nanti jadi likat..


Masukkan isi ketam/udang. Tak letak pun takpe. Sebab aku lupa nak beli. Aku skip je.

Masuk serbuk perasa, lada hitam dengan telur. Kacau sebati. Aku tak masuk garam sebab serbuk perasa ayam tu macam da masin jugak. So aku skip je. Kalau rasa perlu sila tambah ya.

Da agak agak pekat tu tutup api. Sejukkan. Nak cepat. Spread atas bekas yang lebar, lepas tu biarkan sejuk. Bila da agak-agak sejuk. Masuk dalam peti sejuk. Tak masuk pun takpe. Tapi kalau nak mudah baik masukkan. Sebab ianya tak solid. So susah sikit nak bentukkan nanti.

18 ketul kata shujin
Aku sejukkan dalam peti sejuk (paling kurang 20 minit ke sejam) Lepas tu baru start bentukkan. Bentuk tu ikut suka. Tapi aku buat bentuk silinder. Letak tepung dalam pinggan lepas tu ambik sesudu cream yang da sejuk tu bentukkan la ikut suka. Memang agak melekit dan susah nak bentukkan. Tepung gandum untuk coating tu letak banyak pun takpe.

Da habis bentukkan semua, celup dalam telur. Lepas tu guling dalam breadcrumb. Kalau nak selamat buat dua kali coating telur dengan breadcrumb tu. Kalau tak nanti masa goreng crumble pulak.

Lepas tu boleh goreng atau kalau nak simpan dalam freezer pun boleh. Kalau dah frozen kan tu, bila keluarkan tak payah tunggu aisnya cair ke apa. Terus masak. Lagi senang.
Yang da siap goreng

Creamy dalamnyaaa...
Nak goreng minyak tak boleh panas sangat, nanti coating cepat hangit. Tapi tak boleh tak panas. Nanti jadi serap minyak. Lepas tu hancur dalam kuali. Semalam shujin yang gorengkan, sebab dia kesian tengok aku sakit pinggang mengerjakan benda ni. Hehehe..

Hasilnya.. Ada yang meletup lepas tu minyak terpercik kat mata ngan badan. Sian shujin.. Tapi gorengan kali pertama tu, tak sempat habis batch satu lagi Aqil dengan Damia da sapu. 8 ketul untuk dia dua orang je.
Pepura tido lepas kenyang makan kurimu korokke.

Nak menggoreng pun sangat tricky. Kena hati hati. Kalau ada deep fryer tu lagi bagus. 

Memang sedap.. Lain kali boleh buat lagi (yang entah bila la tu kan :P)

Daa

Mencekik

Assalamualaikum

Teringat perkataan dalam cerita P. Ramlee. Mencekik = Makan. Hehehe..

Kononnya aku nak buat roti hari Sabtu aritu. Kalau kek macam tak berapa nak laku sangat walau pun kek lagi mudah. Tetiba aku sebut je donat. Si Pencinta Donat aka shujin, terus bersinar je mata dia. Tak sampai hati nak menghampakan. So buatlah donat. Tertunda lagi lah gayanya gralic bread dengan hokkaido milky loaf (resepi kutip dari blog Anamarza)

Ye, aku tau huduh donat ni
Pasal membentuk bentuk ni aku memang fail. Jenuh pujuk shujin belikan penerap donat tu. Haihh.. Sebenarnya tak jumpa lagi.

Donat lembut gebu
Aku rasa tiap kali aku buat donat aku guna resepi lain lain. Hangin je shujin sebab dia kata resepi yang aku guna sebelum ni ok dah. Hehehe.. Sebenarnya aku lupa aku ambik resepi mana masa tu. So tiap kali nak buat kena google. Pandai sangat tak bookmark buat apa tah.. :P

Yang pastinya donat kali ni sedapp.. Tak payah letak gula pun da sedap.
Yang ni untuk simpan
Dapat dua dulang. So sedulang aku simpan untuk frozen. Padahal simpannya tak tara mana pun. Pagi tadi da goreng buat sarapan.

Nyumm..

Daa

Sabtu

Apakah impian anda?

Assalamualaikum

Nak share ni je...

If you don’t have a dream, how are you going to have a dream come true?

So, apa impian korang?

Tapi.. kalau berimpian tapi tak berusaha mencapainya.. impian tu jadi angan angan mat jenin je la..

Selamat berhujung minggu!

Daa

Jumaat

Membantu kanak-kanak ADHD melalui pemakanan

Assalamualaikum

Aku pun tak banyak pendedahan sangat tentang ADHD ni. Tapi ini adalah sebahagian dari info yang aku dapat masa kelas Dr Aziz. Dari aku kepam je info tu dalam buku nota baik aku share kat blog. Semoga ada yang mendapat manfaat darinya.

ADHD adalah singkatan bagi attention deficit hyperactivity disorder. Agak susah juga nak detect masalah ni. Tapi, ibu bapa kena peka dan tengok perkembangan anak-anak. Anak-anak yang ADHD ni biasanya ada masalah nak fokus, susah fokus, kalau buat something tu tak boleh buat benda yang sama lama lama. Cepat jemu la senang kata. Selain dari tu tak boleh nak duk diam.. Boleh baca SINI

Biasanya kanak-kanak ADHD ada masalah dyslexia jugak. Tapi tak semua la.

Kalau tak silap aku punca kedua dua masalah ni tak jelas sangat, tapi antaranya adalah faktor genetik dan pemakanan.

Apa pun. Bukan mudah nak kenalpasti masalah ni. Tapi dengan mengenalpasti masalah ni dari awal lagi ianya akan membolehkan ibu bapa ambil langkah yang sesuai bagi memastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

Bagaimanakah pemakanan yang dapat membantu kanak-kanak ini..?

Ada pendapat mengatakan bahawa makanan yang manis menyebabkan simptom ADHD menjadi lebih teruk lagi. Bagaimana pun, apabila ujian dijalankan, reaksi kanak-kanak ini terhadap gula tidaklah begitu jelas. Perlukan kajian lanjut. Bagaimana pun, oleh kerana kita pun tau yang gula ni tak elok kalau berlebihan. So elok lah dikawal juga pengambilan bagi mereka. Kurangkan snack yang manis manis..

Selain dari tu, makanan yang diproses yang mengandungi bahan tambahan (perasa, pewarna) dan pengawet tiruan sangat sangat perlu dielakkan.

Makanan yang baik diambil pula adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrisi di bawah

(1) Protein - Menurut kajian yang dijalankan oleh George Washington University School of Medicine, pengambilan sarapan pagi dan makanan yang mengandungi kadar protein yang tinggi sangat membantu kanak-kanak yang hyperaktif untuk fokus dan perform lebih baik di dalam kelas. Adakalanya pencapaian mereka yang mengamalkan makanan berprotein tinggi ketika sarapan ini lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak hyperaktif.

(2) Calcium, magnesium and zinc - Calcium dan magnesium adalah terkenal sebagai mineral penenang semulajadi. Kadang-kadang ada budak yang kita tengok dia memang ada masalah nak duk diam, masalah nak fokus. Salah satu sebabnya adalah kerana kekurangan kalsium dan magnesium. Pengambilan calcium dan magnesium pada nisbah yang sesuai membantu kanak-kanak ni lebih tenang. Menurut kajian tisu ke atas kanak-kanak ini, kebanyakan mereka mengalami kekurangan calcium magnesium dan zink juga.

(3) Essential fatty acid (Omega 3 dan 6) - Bukan semua kanak-kanak ADHD ni kurang asid lemak dalam badan mereka. Tapi, kebanyakannya memang kekurangan. Asid lemak ni sangat perlu dalam perkembangan otak, sistem saraf dan perkembangan mental seseorang.

Diet normal kita biasanya mudah nak dapat omega 6 tapi bukan omega 3. So dicadangkan ambik supplement bagi mencukupkan omega 3 dalam diet harian. Sebab pengambilan omega 3 dan 6 ni kena balance.

Terapi dengan supplement boleh dilakukan dengan perancangan pemakanan yang betul. Ia mungkin mengambil masa sampai tiga bulan untuk nampak perubahan positif pada kanak-kanak ni. Sebab supplement supplement ni bukan ubat. So ia akan ambil masa untuk bantu mental function kanak-kanak ni. Tapi dengan perhatian dan sokongan dari ibu bapa, perkembangan positif mungkin boleh dapat dilihat seawal dua minggu.

Insya allah.

Sedaya upaya kita usahakan. Ibu bapa kena banyakkan bersabar dengan anak-anak. 

Cadangan Dr Aziz adalah bagi breakfast protein shake setiap pagi dan malam. Ambil calcium magnesium tablet dan Omega 3 sebagai supplement tambahan.

Dose yang diberikan agak tinggi berbanding keperluan biasa, tapi supplement ni insya allah takde side effect (melainkan kalau ada ambil certain ubat tu kena check dulu la).

Daa

Jika kau fikirkan kau boleh

Assalamualaikum

Ingat tak lagu dulu dulu..

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau pasti boleh melakukan

Jika kau ragu ragu
Kau hampiri kegagalan..

Gitu lah kot.. Tak ingat tajuk apa. Lirik pun samar samar je.. Hahaha..

Kesimpulannya.. Sama ada kita boleh (mampu) buat atau tak boleh (mampu) buat sesuatu tu adalah bergantung pada diri kita.

Sebab.. pemikiran kita adalah benda paling powerful sekali. Paling amazing sekali.

So..good luck..You can do it, if you think you can.

Daa

Khamis

Update pasal program Kaching$$

Assalamualaikum

Aku pun tak pandai sangat nak promote program ni sebenarnya. Hehehe.. Takpe takpe. Untuk permulaan. Bagi yang tak perasan pasal Kaching$$ ni boleh klik kat PAGE atas tu atau klik pada perkataan Kaching$$ ni untuk tahu lebih lanjut.

Update referrer terbanyak setakat ni menurut kiraan Google Analytics (1-22 November 2012)

Klik la kalau nak besarkan..

Tiga yang terbanyak setakat sekarang adalahh~~ 

Blog yang memang macam macam ada. Terutamanya gambar makanan yang menggiurkan. Isteri tuan empunya blog juga buat business kek dan macaroon yang sangat tempting rupanya. Sesuai untuk pelbagai acara. Haa.. DaddyZZ..kami tolong pomot ni nanti bagi diskon ye..hahaha.. 

(2) Puan MunnaFendy'
Puan muda ni baru je melangsungkan perkahwinannya dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka. Yang masih belum mendirikan rumahtangga, nak tengok macam macam tips dan DIY untuk majlis perkahwinan sila sila singgah ke blog puan muda ni ya..

Yang ini pulak kira one of the follower terawal Ourkizuna yang setia dan kawan baik yang kenal melalui blog. Sangat ramah dan kelakar. Memang tak kering gusi kalau baca entry dia. Walau pun benda yang ditulis tu serius pun kadang kadang dia tulis tu cam santai je. Jeles okeh! Tempat aku merujuk kalau jiwa kacau. Hihihi..

Sabar sabar.. Jangan panik. Ini belum keputusan muktamad (ceh!!)

Masih ada peluang bagi yang lain ya. Hehehe.. 

Buat masa sekarang program Kaching$$ ni cuma schedule sampai hujung December je. Sebab aku takut tahun depan tak larat. So jom jom rebut peluang ni.

Daa

Duit yang kita kejar tu takde nilai pun

Assalamualaikum

Jujurnya. Masa zaman belajar dulu tak pernah aku terfikir nak meniaga ke apa. Ada degree khenn.. Apa kelas nak meniaga ni. Walau pun ayah aku sendiri meniaga.

Bila da ada anak. Baru kena batang hidung aku. Hati meronta ronta nak duk rumah. Tapi duit tetap mahu kan.. Duk "bandar", mana mampu sorang je kerja. Bukan laki aku tu pemilik syarikat balak. Makanya. Terpaksa la aku berkorban masa dengan anak-anak nak kerja jugak.

Time tu lah aku start menanam minat nak berniaga.

Bila ada member tunjuk peluang dalam bisnes MLM, terus aku cakap dengan shujin. Sama-sama dengar dan teliti. Kitorang cuba.

Belum berjaya. Tapi insya allah aku akan cuba tanpa putus asa.
Bila dah ada anak ni kan. Macam-macam jenis kebimbangan menghantui diri aku. Aku tatau la orang lain. Kebimbangan aku

(1) In case of kalau apa apa jadi kat aku. Macam mana nasib anak-anak. Kalau aku dengan shujin ditakdirkan sehidup semati ke kan. Adik beradik pun ada komitmen masing masing. Kalau takde reta nak tinggalkan, siapa nak sara. Silap silap duk kat rumah anak yatim

(2) Diorang besar nanti nak masuk university ke kolej bagai. Aku tak suka meminjam dan kalau boleh taknak meminjam. Aku dengan shujin sama sama takde pinjaman pelajaran, dan tengok fenomena PTPTN ni ngeri aku. Taknak nanti bebankan anak-anak. Baru nak start hidup, da kena meminjam pulak..

(3) Nak spend sebanyak masa dengan anak-anak. Kerja aku memang tak berat. Tapi travel pergi dan balik memang sangat memenatkan. Balik rumah pun kadang-kadang aku da terlalu penat nak spend masa yang sikit dengan diorang tu nak main ke ajar diorang. Ya, aku bukan ibu yang baik. Kerap jadi monster instead of mother. T_T

(4) Nak jaga sendiri, nak hantar ambik sendiri, nak masak sendiri anak-anak. Maklumlah, macam macam kes kita dengar sekarang ni. Kalau boleh aku nak sentiasa ada dekat dengan diorang. Paling dekat yang aku nak jadi orang pertama yang tolong diorang dalam apa-apa hal. 

Lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya.

So far buat benda ni aku takde terfikir nak berhandbag mahal atau nak baju designer yang harga 5-6ratus sepasang. Tak tau la masa depan kan. Tapi so far dalam bisnes ni, aku tengok kakak, makcik makcik yang da berjaya tu takde pulak diorang tayang handbag macam sesetengah MLM tu. Yang bestnya memasing low profile je. Bukan sebab income sikit atau tak mampu. Tapi ntah eh. Bukan budaya kat company yang ini kot..
Pikir pikir balik.. Betul jugak cakap mamat mata sepet ni. Memula tu memang tujuannya sebab duit, tapi in time aku faham yang bukan semata mata pasal duit..Bagi aku duit sepuluh ribu sekali pun takde makna dan takde nilai kalau kita spend kat sportrim keta. Tapi sepuluh hengget pun sangat besar maknanya kalau dapat spend untuk anak-anak atau pun untuk orang yang kita sayang.

Cam Kak NenetPenne kata, takat Audi tu apa la sangat. Takat ni takde yang aku tengok tayang takat audi. Takat tayang handbag LV ke Coach ke.. Yang jenis nak tayang tu, dia tertayang naik private jet ke heli ke ada la.. Dah kata alang alang nak tayang kan..

Nota kaki : Alhamdulillah. Terlibat dalam perniagaan ni aku tak perlu labur atau pinjam duit beribu ribu. Aku tak ajak orang lain buat begitu. Tak pernah berhajat dan takkan buat..
Daa

Ibarat mencanai roti

Assalamualaikum

Aritu Aqil Mubarak mengigau nak kek coklat. Kali ni Damia pulak menggagau nak roti canai. Aku kan mak mithali. Uli jugak la sekilo tepung demi anak dara sorang..


Sekilo tepung, aku buat besar besar macam mak aku buat. Dapat 18 biji je. Makan sebiji kenyang kot. Berketul lengan nak mengulinya. Maklumlah.. Manual je.

Pagi tadi, lepas solat subuh terus aku canai. Jenuh jugak la berkejar.

Roti canai ni agak tebal, tapi aku canai sampai nipis betul. So, rangup rangup kat luar. Dalamnya berlapis lapis gitu.

Sebenarnya undang undang (citt) kat rumah aku, kalau nak request roti ranai, cuma boleh request weekend je. Tapi tak sampai hati pulak bila shujin bagitau semalam. Damia mintak roti canai. Nak beli..heh..tau je la perangai aku ni kan. Gigih kononnya..

Hmm.. Nasib baik diorang tak kenal crepe durian ke tiramisu bagai lagi. Jenuh aku menggagau nanti. Tapi kalau aku buat tu maksudnya aku sendiri la yang mengigau. Hihihi..

Korang sarapan apa hari ni?


Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com