Rabu

Nama daerah di Johor

Assalamualaikum

Entry ni ditaip masa on the way balik ko Johor aritu. Punya la taknak kena saman. Jenuh kemut bagi tak over limit speed. Hahah..

Melayankan shujin drive sambil mengantuk. Macam macam la dia membebel nak bagi hilang mengantuknya.. Aku da terlelap da sepam padahal..

Mcm mana daerah di Johor mendapat namanya..


Muar
Orang kelantan A : bakpo demo ni
Orang kelantan B : tak tahu la. Serro mua (mual) jah ni

Maka diorg pun panggil tempat tu sebagai muar

Segamat
Orang kelantan A : Berapo ekor gamat demo paka nih
Orang kelantan B : So jah.. Sogamak.

Didengari oleh org kampung tersebut. Lalu diorg pun namakan jadi segamat.

Hehe.. layan je la..

Daa

Senarai bloglist Ourkizuna setakat sekarang

Apa itu program Kaching$$

Assalamualaikum

Macam hebat hebat je kan namanya.. Hehehe. Ringkasnya Program Kaching$$ ni adalah satu cash reward bagi referral Ourkizuna

Syarat nak join cuma jadi follower Ourkizuna. Yang dah jadi follower memang dah automatically join program ni. Tak payah buat entry ke apa. Tapi kalau buat entry dan promote lagi bagus sebab nanti orang akan klik dari entry tu.

Cash reward program ni adalah terbuka kepada sesiapa yang ada blog. 3 blog yang paling banyak refer ke Ourkizuna dalam masa sebulan akan dapat cash reward.

Bagi rewardnya pulak
100 visits yang pertama dapat RM5
Setiap 1 visit yang berikutnya adalah 1 sen.

Contoh paling mudah kalau yang paling banyak tu dia refer 500
So rewardnya adalah RM5 + RM4 = RM9.

Cara nak promote link Ourkizuna tu terpulang dan bebas. Tapi make sure yang dipromote blog tu blog sendiri dan suruh orang lain untuk klik ke Ourkizuna. Antara kaedah nak promote adalah dengan selitkan link entry kat sini kat mana-mana entry yang berkaitan tajuknya. 

Aku akan track referral dan jumlah visit ni guna Google Analytic
Program ni akan berjalan untuk bulan November dan December. Pemenang bulanan akan diumumkan pada 1hb bulan berikutnya. Untuk 2013, aku akan pertimbangkan semula reward dan sambutan. Kalau ada rezeki lebih insya allah ratenya akan bertambah lagi. Doa-doa kan la ya..

Bagi pemenang, aku akan bank in duit ke dalam akaun Maybank. Sori. Buat masa sekarang aku cuma reti bank in ke akaun Maybank je. Yang lain aku tak reti. So sila bertenang dan sediakan akaun Maybank kalau rasa-rasa dah menang tu. 

Buat masa sekarang aku tak sempat lagi nak buat banner. Insya allah aku cuba pujuk-pujuk shujin buatkan banner supaya mudah orang nak tepek tampal kat blog kan..

Kalau ada apa-apa kemosykilan boleh komen atau email terus ke kesoma.rai@gmail.com. Tajuknya letaklah "Program Kaching$$" supaya mudah aku nak tau.

Err.. Ada ke yang berminat.. 

Nota kaki : Tetiba aku realized Google Analytic aku ada masalah. Dia tak track traffic since 19 Oct (Masa aku renovate blog aritu). Aku da install coding dia semula, tapi nak tau ok ke tidak kena tunggu 24-48jam. So, maybe Kacing$$ untuk bulan November akan start 2hb. Instead of 1hb.

Daa

Pakar roti canai - Langkah demi langkah

Assalamualaikum

Roti canai memang satu kepakaran mak. Even mamak sekali pun belum ada yang dapat lawan roti canai mak. Pada aku lah. Menantu dia. Shujin pun suka sangat. Komen terpedas dari shujin aritu.. "Kenapa roti canai akak tak sesedap roti canai mak?" (dalam family aku dipanggil akak.. walau pun aku ni anak no 4)

Of course la kan.. Mana boleh aku nak lawan tokey. Hehehe.. Nak bagitau la kan. Apa yang hebat sangat roti canai mak ni. Rotinya tebal. sekilo tepung tu biasanya cuma dapat 17-18 keping roti je. Tapi makan satu dua keping da kenyang gila. Walau pun tebal, tapi luarnya rangup. Dalam tu jadi macam puff tau. Ada layer layer nipis dan lembut. Atuk aku pun kalau nak makan roti canai dia roger mak suruh buat, since nenek aku da tak larat. Mak cerita, masa dia belajar dulu berkilo kilo tepung dia guna nak dapatkan adunan yang cantik. Fuh!!

Ok. Since balik aritu mak buat roti canai, aku pun ambik peluang untuk ambik gambar langkah demi langkah membuat roti canai emak ni.

Marjerin planta

Tepung gandum cap sauh
Nak buat roti canai yang sedap, bahannya mestilah yang terbaik. Mak guna tepung gandum cap sauh dan jugak marjerin planta.

Resepinya sama je dengan resepi yang aku tulis kat SINI - Adunan tepung, telur, garam, gula dan air. Biasanya anggaran tepung adalah 3 cawan setengah ke 4 cawan tepung dengan 1 cawan air. Masukkan 4 cawan tepung ke dalam besen dengan 1 sudu kecil garam, 1 biji telur dan 1 sudu besar gula (garam dan gula ni sebenarnya ikut kesukaan masing masing) 1 cawan air tu masukkan sedikit demi sedikit.. Masukkan setengah cawan dulu. Lepas tu tambah sambil menguli.

Uli sampai masak
Uli sampai masak tu maksudnya kena uli lama dan sampai betul betul lembut.
Sapukan marjerin planta ke seluruh permukaan tepung dan simpan semalaman. Biasanya untuk sarapan pagi mak buat malam dalam pukul 10 gitu. Start canai pukul 6:30.
Dah simpan semalaman.
Canai atas dulang
Mak takde nak canai macam kedai mamak tu. Mak tarik tarik je atas dulang. Tarik jangan sampai koyak. kalau boleh tarik senipis yang boleh. Doh jangan terlalu lembik atau keras, nanti mudah koyak. Susah nak tarik. Dalam buat roti canai part paling susah adalah nak agak kadar kelembutan doh tu. Sebab mak ni jenis pakai resepi dolu-dolu. Semua main agak je. 

Paling senang nak agak adalah, agak-agak lembutnya tu macam doh donat. Simpan jangan terlalu lama nanti lembik kalau awal sangat da canai pulak jadi keras pulak. Serius part ni yang menentukan gebu tak gebu roti tu nanti..
Dah tarik nipis nipis tu lipat dan jadi bentuk camni. Mula mula lipat jadi empat segi. Lepas tu bungkus je. Tapi jangan penyek dulu. Kalau buat kerja cepat boleh la kumpul kumpul macam ni. Kalau jenis aku terkial kial, memang nak kena canai satu goreng satu. Sebab kalau lambat sangat nanti lapisan lapisan tu stick together lepas tu jadi leper je, tak gebu.
Bila nak masak tu, letak marjerin atas pan, lepas tu penyekkan doh tadi. Tapi make sure bahagian tepi tu biar mengelembung sikit. Supaya bila masak dia ada layer layer. Mak kata kalau guna minyak kurang sikit. The whole process mak guna marjerin je. Kalau takde marjerin planta guna cap pelangi je pun takpe.
Jangan sampai hangus pulak. Api jangan kuat sangat.

Tara~~
Roti canai yang dah masak tu terus kepuk ngan tangan. Kepuk tu aku pun tak reti nak terang macam mana. Tapi nak bagi dia nampak gebu camni la. Sedap dicicah dengan kuah dhal. Yummy!!

So lepas ni shujin kata dia pun nak beli 10kg tepung nak suruh aku berlatih buat roti canai biar jadi macam mak punya roti canai ni.

Ye lah tu.. :P


Nota kaki : Lupa nak bagitau. Umur aku cukup 29 tahun semalam. So tahun depan aku join tiga series punya group dah. Ouchh.. Ok la kan. Aku kira-kira.. Nanti masa umur 50 (kalau panjang umur..) yang dalam perut ni cukup 20 tahun. Hmm.. Ok la tu.. Hehehe..

Daa

Birthday Cake

Birthday cake
Assalamualaikum

Birthday celebration semalam. Tetiba cik Manager panggil ke meeting room kan. Gabra je aku. Dia tanya-tanya pasal pregnant aku. Bila nak due bagai. Aku sambil duk pikir apa la salah aku. Takkan dia nak bagi naik pangkat kot kan. Bukan musim dia ni. Hahaha...

Tetiba team mate masuk bawak cake. Cehh!! Tipah tertipooo.. Penat je cuak. Sedap cake ni. Tak manis sangat. Apa tah namanya. Tapi sponge cakenya tu sesame cake lah. Diorang bagi sikit bawak balik kat anak-anak. Happy bebudak tu dapat makan cake ni.

Happy belated birthday jugak buat Muhammad Fiedyan Ziyyad anak Dr Faiz yang share tarikh birthday dengan aku semalam. Sebaya dengan Aqil. Hehehe.. Semoga Ziyyad membesar menjadi anak yang soleh dan taat pada Allah dan kedua ibu bapa..

Daa

Selasa

Dilema

Assalamualaikum

Pejam celik. Kejap je dah masuk nak masuk minggu ke 24 aku pregnant. Cepatnya.

Pregnant kali ni, perut aku still takde besar mana pada pandangan mata kasar. Tapi, kelainannya adalah, awal-awal pregnant perut da "turun".

Bagi orang yang pregnant, perut "turun" tu maksudnya da nak dekat masa nak bersalin. Aku tanya ngan doktor da masa check up aritu. Katanya mostly emak emak yang mengandung anak ketiga akan ada fenomena macam tu. 

Yang menjadi isunya pada aku adalah, bila perut ke bawah ni maksudnya kedudukan baby tu akan tekan pada pundi kencing. So, keraplah nak ke tandas. Dan kalau da terasa tu macam dah tak boleh nak tahan tahan dah. Kalau nak bersin boleh terkucil dibuatnya.

Masa balik kampung, guna tandas duduk. Memang rasa ngeri jugak. Sebab tiap kali pun aku rasa macam dah mula ada bukaan. 

Oh..tajuknya "Dilema" kan.. Dilema ni pasal apa tau..

Sebenarnya dari awal lagi aku bercadang nak bersalin kat sini dan kemudian balik pantang kat rumah mak aku kat Johor. Kali pertama bersalin aku pantang sini sikit sana sikit. Kali kedua aku pantang kat rumah mak aku kejap, lepas tu balik pantang sendiri kat rumah.

Kononnya kali ni insaf dan nak pantang dengan penuh disiplin lah. So aku nak balik pantang 44 hari kat rumah mak aku. Cuma yang dilemanya...

(1) Aku dengan shujin ada bercadang nak daftar Aqil sekolah tahun depan (5 tahun) - Aku rasa takde la rushing nak daftar. Walau pun tau lah kan orang sekeliling, kalau umur 5 tahun tak sekolah lagi tu macam dah lewat benorr dah.. Kalau daftar awal January, lepas tu aku bersalin February. Sepanjang pantang lebih kurang 2 bulan tu dia tak pergi sekolah. Rugi pulak yuran dan silibus nya.
(2) Aqil tak biasa nak uk uk kat tandas cangkung. Masa balik cuti raya haji kali ni, dia menahan sampai nak sembelit. Lastnya dia uk uk kat longkang dan shujin kutip buang. Shujin ada takpe lah dia boleh uruskan. Shujin takde nanti siapa nak buat. 
(3) Anak-anak dan aku sendiri tak pernah jauh dari shujin lebih dari 2 minggu. Masa pantang dulu lah. So risau jugak aku tak boleh nak handle kemanjaan diorang nanti. Lepas tu aku pun stress. Mula la nak jadi resaksa je nanti.
(4) Tapi kalau pantang kat sini nanti kesian jugak kat shujin, kalut dengan urusan dia. Kalut nak masak. Time tu aku takut janji nak pantang dengan penuh disiplin cuma tinggal janji. Hehehe..

Masa tanya mak aku sama ada dia ok ke tidak aku nak mintak dia jaga aku masa pantang nanti dia kata of course lah. Aku tau mak akan cakap gitu. Ye lah. Masa pantang dulu pun dia macam terkilan sebab aku tak pantang lama dengan dia. Tapi aku pun kesian kat mak. Penat dia nak uruskan aku dengan anak-anak nanti. Tau je la budak-budak macam-macam kerenahnya. Mak aku da sibuk nak mengaji, jaga kedai, masak, membasuh lagi..

Dilema aku dibuatnya..

Daa

Setahun lagi

Assalamualaikum

Tetiba hari ni glamer kejap kat FB kan. Timeline penuh dengan ucapan selamat. Hehehe.

Umur da bertambah setahun lagi. Badan masih saiz budak sekolah. Anak masuk tiga. Amalan masih terlalu sikit. Apa lagi bekalan untuk bawak dan bekalan untuk ditinggalkan kalau tiba tiba dipanggil mengadapNya.

Alhamdulillah. Masih lagi boleh bernafas menikmati hidup kan. :D

Alhamdulillah hidup aku dikelilingi orang orang yang penyayang.

Alhamdulillah pendirian aku masih teguh dan insya allah walau apa pun cabaran yang datang aku tak berputus asa untuk capai apa yang aku inginkan dalam hidup.

Pada tarikh ni, setahun yang akan datang.. Aku harap aku tak duduk dah di kerusi ni. Dah cukup lama rasanya memanaskan kerusi yang sama. Dikelilingi orang orang yang sama dan suasana yang sama. Dah sampai masanya untuk maju ke depan.

Hari ni.. shujin belum wish birthday aku :P

Aku rasa dia ingat. Tapi dia buat tak ingat. Kalau tak ingat pun takpe. Cuma satu lagi tarikh. Aku bukan nak mintak apa-apa.

....Tapi kalau dia nak belikan Donat kat Big Apple, stadium shah alam aku tadahkan.

Simple je kan hadiah birthday aku.

Dasar kuat makan :P

Pengumuman : 
(1) Bagi yang berminat  untuk mengikuti kelas facial dan make up, peluang masih dibuka. Untuk perhatian, kelas ni bukan untuk tujuan make up beria macam tepung gomak atau macam retis sebab aku pun tak suka. Kelas facial adalah untuk belajar cara-cara penjagaan muka bagi kulit normal, kering, berminyak atau sensitif. Mengawal dan merawat jerawat dan pigmentasi pada kulit. Bagi kelas make up pula, ianya adalah untuk belajar cara mengenakan make up mengikut event. Kalau nak keluar ke pasar takkan kita nak tepek bedak macam hantu cina kan. Hehehe. Bak kata orang less is more. Nampak macam natural beauty gitu..

(2) Program Kaching$$ insya allah akan launch esok. Mungkin ada yang belum sempurna, tapi aku nak launch sebelum masuk bulan 11 supaya boleh dapatkan feedback awal sebelum mula 2013. 

Daa

Khamis

Amaran dari Aqil Mubarak menjelang aidiladha

Assalamualaikum

Shujin report thru SMS pagi tadi..

Aqil : Jangan potong lembu!

Ok..Nampak gayanya nak kena consider sama ada nak bawak dia tengok orang korban atau tak. Maunya melalak kat situ haru nanti.

Maklumlah..Dia kan penyayang. Hehehe..
Budak rajin baca buku
Salam aidiladha semua.

Mood nak BW pun dah ke lautan pacific. 

Nota kaki : Tanda-tanda perut da makin besar adalah gatal kat bekas luka czer..

Daa

Selamat Hari raya aidiladha

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Jalan raya nak ke tempat kerja dah lengang. Harap-harap petang nanti smooth perjalanan pulang ke kampung.

Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua. Bagi yang mengerjakan ibadah korban, aku doakan semoga semua berjalan lancar. Lembu kambing yang nak dikorbankan tak lari sebelum sempat dikorbankan. Hehehe..

Bagi yang baru nak memulakan perjalanan pulang ke kampung, berhati hati memandu. Semoga selamat sampai. Take care.

Aku balik lepas kerja nanti. Harap-harap jalan da tak jem time tu. Hehehe..

Nota kaki : Kakzakie, saya da boleh check email tapi takde pulak email akak. 

Daa

Rabu

Tips : Cara mengeluarkan tauhu lembut dari bekasnya

Assalamualaikum

Korang suka makan tauhu lembut tu tak? Ala.. Yang ini…
Gambar berserabai :P
Ada orang panggil tauhu jepun. Tak kisah la kan.. Aku suka tauhu ni. Kalau zaman kenal tauhu ni aku suka yang sejuk letak daun bawang lepas tu tuang kicap shoyu tu je. Kalau yang panas tu goreng panggilnya agedashi toufu (揚げ出し豆腐). Tak pernah fikir nak buat sendiri. Bila balik sini, teringin nak makan. Beli nak buat sendiri la kononnya.

Nak keluarkan tu ya rabbi..Susah kemain. Tiap kali pun ada masalah nak keluarkan tu. Hancur jadinya. Nak buat Chinese recipe mabo tofu tu boleh la. Nak goreng deep fry tu memang kirim salam la.

So nak jadikan kisahnya.. Aku pun cari la tips tips nak mengeluarkannya. Tetiga tak pernah try lagi nih. Baru jumpa. Tapi kepochi kan aku nak share ngan korang. Hahaha..

Ok..kaedah pertama.. Potong je bekas isi tauhu tu ikut saiz yang dikehendaki. Ceh! Macam tak mencabar kan?

Kaedah kedua pulak… Da buang plastic atasnya tu, sendengkan bekas tofu 90darjah. Lepas tu hentak hentak sikit. Poink.. Akan terkeluar dengan jayanya.. Kalau nak tengok step by step boleh tengok gambar kat SINI

Kaedah ketiga… Buat lubang angin kecik kat belakang bekas tauhu. Lepas tu tolak keluar sikit dengan jadi. Insya allah akan terkeluar dengan cantiknya. Kata dia ni

Sekian tips memasak pada hari ini.. Maaf KA, ganti KA bagi petua pulak hari ni ya…

Serius aku teringin nak makan agedashi toufu skang ni. Heh..

Selamat mencuba & selamat hari raya aidil adha in advance.

Nota kaki : Betapa lah boringnya aku hari ni sebab tak boleh bukak blogspot nak BW.. Irfa.. Aku kata dah aku jangkit ko nih! Ngan email gmail pun tak boleh bukak..

Daa

Mood coti suda mari~

Assalamualaikum

 

Maleh gila nak masuk kerja pagi ni. Korang balik raya hari apa? Aku balik Khamis gak lepas kerja. Tak sabar gila nak balik kampong sendiri. Raya aidilfitri aritu da balik Klate, kampong shujin. Insya allah adik beradik buat korban tahun ni. Untung jugak adik beradik ramai (enam orang) ni. Sekor lembu sorang ambik satu bahagian. Yang tinggal satu tu mak atau ayah aku ambik. Ok la kan.

 

Aqil dengan Damia dah mula menyanyikan lagu lagu keriangan nak jumpa dengan ayahwe nya. Perut aku pun happy sebab nak makan masakan mak. Dah jemu makan yang sendiri masak. Hihihi.. Apa agaknya aku nak order balik kali ni. Antara peberet aku.. Ikan pari/sembilang/baung masak asam pedas, ikan pari salai/bakar masak lemak cili padi, roti canai cicah kuah gulai daging (roti canai mak memang meletopp..), pecal terung, uhhh..baliknya 3-4 hari je. Beria nak mengoder. Kehkehkeh..

 

Kan best kalau boleh sambut birthday kat kampong kannn...

 

Daa

Selasa

Bagi yang mahu cantik bukan seperti polong

Assalamualaikum

Hoho..Tudiaa... Tajuk macam iklan hape je kan. Actually ni ada satu kursus asas penjagaan muka dan make up. Bagi yang ada minat nak menceburi bidang kecantikan atau simply nak jaga kecantikan diri sendiri.

YAYA BEAUTY HOUSE yang beralamat di NO PT 7241, TINGKAT 1, PUTRA POINT FASA 2B, PUTRA NILAI, 71800, NILAI N9 akan mengadakan kursus asas facial dan make up
TARIKH : 01 DAN 02.12.2012 ( SABTU DAN AHAD )
MASA : 09.00 PAGI HINGGA 5.00 PTG ( kelas merangkumi teori dan praktikal ) 
hari pertama Untuk kursus asas penjagaan kulit - FACIAL dan hari Kedua untuk asas solekan diri - MAKE UP ) produk dan nota2 di sediakan.sijil juga akan di berikan.
BAYARAN : Untuk kursus 2 hari harga biasa RM300. sempena pembukaan tempat baru ada tawaran istimewa.. sebanyak 50%. jadi.. kursus 2 hari termasuk mkn 6x, minum pg, mkn tengahari dn minum ptg cuma RM150 SAHAJA.. 

berdasarkan siapa cepat dia dapat, terhad untuk 30 org sahaja

Yang aku nak bagitau adalah. Yang tukang ajar tu bukan makcik yang buat service make up bedak tebal seinci. Dia ambik kursus ala-ala make up artist professional.

Kalau nak lagi professional ada jugak kursus advance personal make up yang collaborate dengan Amber Chia Acedemy (ala..yang model tu). Tapi ongkosnya agak mahal lah. RM300++ untuk dua hari. Tapi advance personal make up punya kursus tu sangat sangat susah nak dapat seat. Sekarang ni yang tinggal adalah untuk kelas tahun depan je. 

Sesiapa yang berminat boleh email aku untuk keterangan lanjut : kesoma.rai@gmail.com

Nota kaki : Sebelum mintak disayangi, sayangi diri sendiri dulu. Kalau penampilan serebeh nak mintak sayang, silap silap dapat kaki. Huhu..Kejam.. Yang penting hati mau baik kan :D

Daa

Delay gratification

Assalamualaikum

Biasa dengar tak orang tanya..

Kalau makan..ada benda yang kita suka dalam tu. Kita makan benda yang paberet tu dulu ke makan last sekali.

Baru ni terbaca satu artikel kat ABCnews pasal masalah ekonomi masyarakat. Di negara barat, ramai gila orang homeless. Biasanya gereja akan sediakan makanan dan tempat tidur malam untuk diorang. Tapi siapa cepat dia dapat lah. Ada kuota gitu. Sebab terlalu ramai kan.

Quote sikit artikel tu :  

The biggest problem for all of our economic problems is our inability to delay gratification. I want it and I want it now, and I'm going to buy it even if I can't afford it. And not only have people done that, the government's done it.

The only way to get people out of poverty is J-O-B-S. Create jobs. To create wealth, not to subsidize wealth. When you subsidize people, you create the dependency.  You - you rob them of dignity. There are a lot of negative things that happen to us.  Rather, we should be focusing on wealth creation and job creation

Ayat paling aku suka dalam tu :
we've bought things we didn't need with money we didn't have to impress people we didn't even like. 

Bilangan homeless ni bertambah ramai sebab ekonomi makin teruk. Macam yang kita biasa dengar la kan. Orang kaya makin kaya. Yang miskin makin melarat. Jangan sampai Malaysia jadi macam tu sudah la kan. Sebab kalau tengok hari ni pun, kerja makin susah nak dapat. Usia pencen di panjangkan. Peluang pekerjaan bagi orang orang muda yang baru habis belajar makin sikit.

Baru baru ni ada terbaca berita pasal, ramai student nursing yang tak dapat kerja sebab da melambak nurse kat Malaysia ni. Usahawan Melayu, sila lah bekerja keras untuk menyediakan lebih banyak pekerjaan bagi golongan muda nanti. Yang bekerja. Jangan harap pada kerja semata mata. Sentiasa tanam dalam diri yang kita kerja bukan untuk dapat duit, tapi untuk belajar cara buat duit.

Itulah maksud incik Robert Kiyosaki ini.

Contohnya.. Kerja kat bahagian Marketing atau sales, untuk belajar people skill. Macam mana nak berkomunikasi dengan pelanggan. Dia jadi pilot kapal perang untuk belajar jadi leader.

Bukan maksudnya belajar kat university atau untuk dapatkan sijil untuk naik pangkat. Tapi untuk belajar cara-cara untuk hidup.

Ada orang skeptikal dengan business MLM atau network marketing. Tapi actually banyak benda FREE yang kita boleh belajar dari situ. First adalah tentang leadership. Aku bukan cakap pasal MLM yang orang atasnya duduk goyang kaki ya. Ramai orang anggap business network marketing adalah business di mana orang atas goyang kaki dan dapat hasil dari hasil titik peluh orang bawah. Sedangkan hakikatnya tak boleh macam tu. Dan dalam network business yang sebenar tak macam tu.

Belajar macam mana nak bercakap sebagai seorang leader. Belajar manage kewangan. Untuk manage orang dan masa. 3 jenis skill yang paling penting bagi seseorang yang nak berjaya adalah
(1) People management skill - Many people only manage people they feel smarter than and they have power over, such as subordinates in a work situation. Many middle managers remain middle managers, failing to get promoted because they know how to work with people below them, but not with people above them. The real skill is to manage and pay well the people who are smarter than you in some technical area. (kopipes yg ni)
(2) Cash flow management
(3) Time management skill (Personal time dengan masa untuk keluarga)

Bila dah dapat kuasai tiga benda ni. Insya allah. Mudah untuk berjaya dalam banyak bidang.

Orang kata, orang MLM - meniaga larut malam sampai takde masa untuk family. Aku rasa aku tengok banyak orang kerja OT sampai hujung minggu sampai jauh malam. Masalah nak manage masa. Personal choice. Bukan sebab apa yang diorang buat.

Pesanan aku : Keep your daytime job, be a great hard-working employee, but keep building that asset column.

Good luck.

Daa

Clear Guard Final Episode : The Clinical Study

Assalamualaikum

Bercinta gila nak menghabiskan pasal Clear Guard ni. Clinical study ni adalah benda paling exciting, yet paling aku tak reti nak simplified. So bagi yang super rajin nak baca macam mana clinical study ni dijalankan dan detail sedetail do'oh punya result.

Boleh terus ke >> Clinical and biochemical effects of a combination botanical product (ClearGuard™) for allergy: a pilot randomized double-blind placebo-controlled trial

Secara ringkasnya (ringkaskan..jangan tak ringkaskan..haha)

Untuk memastikan keberkesanan product Clear Guard ni, 20 pesakit yang ada masalah alergi (seasonal allergic rhinitis) telah dipilih untuk menjalani ujian klinikal ini. Kaedah yang digunakan adalah double blinded crossover design (ya..aku pun tak paham.. :P) Apa yang pasti, subjek akan mengambil product atau loratadine 10mg atau placebo. Placebo ni adalah sebagai negative control. Untuk memastikan bahawa kesan pengambilan ubat bukan sekadar kesan random atau dipanggil placebo effect.

By the way, kajian klinikal ni bukan dijalankan secara suka suka ya. Ianya mestilah dapat kelulusan pihak berkuasa. Study protocol was approved by Coast IRB (Colorado Springs, CO) dan dijalankan mengikut Declaration of Helskinki. Dimana setiap subjek yang mengambil bahagian telah diberikan penerangan tentang ujian yang dijalankan ke atas mereka. Ujian ini dijalankan dari Julai hingga Ogos 2005, di Allergy Research Foundation, Los Angeles California.

20 orang subjek yang terpilih adalah asymptomatic (pernah sakit tapi tak ada simptom pada ketika ujian dijalankan) tetapi mereka mempunyai sejarah sekurang kurangnya 2 tahun alergi (seasonal allergic rhinitis) ketika musim bunga, panas dan/atau musim luruh). Subjek adalah mereka yang tidak merokok berumur 18 hingga 65 tahun dan perlu positif ketika skin prick test.

Skin prick test adalah kaedah biasa yang digunakan bagi ujian klinikal. Positif tu maksudnya responsnya mengeluarkan bintat (bintik merah) dengan diameter 3mm. Mestilah alergi kepada debunga dan bulu binatang, tak ada simptom alergi ketika ujian dijalankan dan sihat tubuh badan. Tak ambil apa apa medication, dietary supplement seperti vitamin, mineral dan apa apa makanan atau minuman herba dalam masa seminggu sebelum ujian tersebut dijalankan. Ada penyakit kronik macam kanser, diabetes, blablablabla termasuk orang yang minum arak, mengandung, menyusukan anak dan yang dah join ujian klinikal yang lain tak dibenarkan jadi subject.

Dengan kata lain, yang terpilih tu memang dah melalui syarat syarat yang sangat ketat bagi memastikan hasil ujian tersebut tak terganggu oleh perkara lain.

2 jenis ujian klinikal yang dijalankan adalah.
(1) Skin prick test - cucuk allergen ke lengan. Tiga tempat. Tengok simptom bintat
(2) Nasal challange - Guna spray bottle. Sembur allergen masuk dalam lubang hidung (seksa gila kan bunyinya) kemudian diorang akan disuruh rekodkan simptom bersin, gatal, hidung tersumbat. Keputusan respons yang diambil tu sangat definite. Sebab bersin dia kira berapa kali. Takde rasa-rasa melibatkan perasaan ke apa. Kalau ada gatal score nya 1, kalau tak gatal scorenya 0. Gitulah lebih kurang.

So, aku pendekkan. Kesimpulan daripada ujian klinikal ni. kombinasi acerola cherry, kulit kayu manis dan jugak spanish needle dapat mengurangkan simptom alergi dan hidung tersumbat dengan kadaran yang sedikit lebih baik berbanding anti-histamine drug loratadine dan of course berbanding placebo.

Kesannya
(1) Maintain healthy histamine level
(2) Maintain healthy nasal passage (hidung tak tersumbat)
(3) Bonus : Improve the state of nose caused by hypersensitivity reaction
(4) Safe

90% dari subjek yang menjalani ujian klinikal ni berpuas hati dengan keberkesanan produk.
85% dari subjek berasa semakin baik dalam masa 14 hari

Kesannya boleh dilihat seawal 3 hari selepas pengambilan, atau maksimum 14 hari. Dosage yang digunakan adalah sebanyak 2 tablet 3 kali setiap hari.

Ok. Aku review sikit kebaikan ambik product ni berbanding ubat (read:drugs/dadah)

Ubat biasanya datang dengan side effect. Biasanya ubat selesema akan menyebabkan mengantuk dan banyak side effect yang sikit tapi sebenarnya bahaya untuk badan. Kebanyakan ubat selesema atau nasal spray (utk melegakan hidung tersumbat) hanya melegakan simptom secara sementara. Maksudnya ianya melegakan simptom hidung tersumbat tapi bukan menyembuhkan. Dan lagi, hingus still jalan. Dan lagi,dinasihatkan jangan guna nasal spray lebih dari 3 hari (ada yang kata 5 hari) kalau tak nanti jadi dependent pada penggunaannya. Ada juga yang kata boleh dapat rebound effect. Jujurnya aku tak pernah guna, so aku tak pasti ianya betul ke tidak. Tapi kalau dah kat botol pun tulis jangan guna lebih dari 3 hari tu maksudnya jangan lah kan.

Berbanding dengan pengambilan herbal supplement macam clear guard. Ianya mengekalkan pengeluaran histamine pada level yang sihat, so that segala simptom bersin, hidung tersumbat tu berkurang. The best thing adalah, ianya tak ada side effect dan melalui ujian klinikal yang dijalankan, product ini adalah selamat tanpa sebarang kesan sampingan. 
Semua tumbuhan dan herba yang digunakan adalah ditanam dan diproses sendiri oleh Nutrilite Institute di ladang mereka sendiri yang dapat pengiktirafan organik. Dari benih sampai jadi tablet adalah melalui quality control yang sangat ketat.

Product Clear Guard ni adalah keluaran Nutrilite. Setiap botol ada 180 tablet. Harganya adalah RM132.50.

Yang menariknya. Semua product keluaran Nutrilite ada jaminan kepuasan. Kalau guna 14 hari (atau 25% dari jumlah dalam botol), tak ada kesan, atau simply korang tak suka dengan product tu, boleh pulang balik dan dapat bayaran penuh.

Nota kaki : Personally aku tak guna lagi Clear Guard ni sebab baru launch 1hb Oktober lalu. Selama ni aku makan Vitamin C yang berasaskan cherry acerola. Tipu la kan kalau kata tak sakit langsung. Cuma kalau dulu aku mudah kena, kalau kena pulak pernah sampai 2 minggu tak hilang hidung tersumbat. Skang ni susah nak kena selesema, kalau kena pun 3-4 hari da lega. 

Aku jenis alergi habuk dengan sejuk. Kalau rasa gatal tekak je aku kemam (mcm gula gula..tapi serius tak sedap..vit c dia tak manis..masam dan orang utara kata melugai)  sebijik vitamin C sebelum tidur malam. Alhamdulillah tak jadi selesema. So buat masa sekarang simptom alergi aku terkawal. Sebab tu aku tak makan.


Maaf kalau ada fakta yang tersilap sebab aku pun budak baru belajar :)

Daa

Mimpi coklat

Assalamualaikum

Pepagi ni tetiba je mood ke laut. Sorry la ada blog yang aku tak lawat beberapa hari ni. Maklumlah. Jumaat ni cuti. Dateline semua awal sehari. Kelam kabut la jadinya. (Eleh dia kerani je.. buat sibuk mengalahkan CEO :P)

Caya la cakap aku tu... Hehehe...

Aku pernah dengar yang orang kata kita ni dari dalam perut da mimpi. Mak kita mimpi kita pun mimpi jugak. Minggu lepas aku baring tepi Damia dia tido, tiba tiba dia gelak. Entah apa la kan yang dia mimpikan.

Aqil lagi best. Aqil suka gila makan coklat lately. Semalam dia bangun je tido dia tanya ayah dia. 

Aqil : Eh..ayah.. Mana coklat abang?
Shujin : Mana ada coklat (pelik)
Aqil : Coklat abang tadi yang besar sangatt (sambil mulut muncung buat tangan tergawang gawang buat macam coklat tu besar pintu)
Shujin : Abang makan ke?
Aqil : Abang panjat panjat coklat.. Lepas tu abang makan. Besarr sangat coklat.

Lepas tu sampai ke petang dia tuntut nak coklat besar. Asssudahhh.. Sampai meleleh air mata.

Belikan dia cadbury cashewnut yang bar besar tu. Makan dua beradik sekelip mata habis. Pelawa satu bite je kat aku. Hehehe.

Nasib baik mimpi coklat nak oi. Kalau mimpi mee bandung ke mimpi nasi bariyani ke nasi arab ke pengsan ibu nak cari pulak.. 

Daa

Isnin

Mee rebus menjilat sudu

Assalamualaikum

Lama dah buat ni. Bercinta je nak menepek gambar. Resepinya pun tah ke mana mana dah. Sebenarnya shujin teringin nak makan mee rebus mamak. Aku duk ingat dia nak makan mee rebus macam mee rebus johor tu. Rupanya mee rojak mamak tu.
Sedap dah kata dia. Cuma tak menepati syarat mee rojak mamak. Of course la kan. Aku buat mee rebus johor. Hehehe.

So skang ni tetiba aku pun teringin nak makan mee rojak mamak. Acane tu?

Daa

Rezeki dalam berbagai bentuk

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Macam-macam bentuk rezeki kami merasa sepanjang berbisnes. Minggu lepas masa shujin nak order barang untuk Ma (mak mertua) tetiba ada seorang Datin yang datang nak beli puding cream caramel. Lepas berborak, diorang bertukar nombor telefon. Dia jemput datang rumah. Rupa rupanya Datin tu adalah seorang usahawan produk sejukbeku (frozen).

Hari Ahad berkesempatan nak ke rumahnya di Putra Heights. Dia bercerita tentang pengalaman mengusahakan perniagaan frozen rempah selama 15 tahun. Bukan calang calang. Ramai ejen dia. Ada 4 buah deep freezer yang kitorang nampak. Nak balik tu dia siap bagi sample rempah rendang negeri sembilan (teringat rempah rendang yang Achik Erna bagi!) dan satu lagi chilli paste. Chilli paste tu resepi orang Melaka. Sedap untuk buat asam pedas kata. Uh uh.. Yummeh. Shujin beli pulak rempah marinate satay. Sebab bujang kami Aqil memang suka satay. Nak buat satay ayam katanya. Ada banyak lagi rempah lain. Mostly 80-90 percent siap. Tinggal nak buh santan dan bahan basah je.

Menurut Datin tu, bahan yang digunakan memang yang first class sebab nak jaga kualiti. Harga rempahnya agak mahal kalau dibandingkan dengan yang ada dipasaran tapi ramai orang beli sebab kualiti dan rasanya yang sedap. Dan lagi resepinya adalah resepi keluarga turun temurun. Begitu lah katanya lagi. 
Dari kiri, satay marinate, chilli paste dan rempah rendang N9
Contoh peket puding yg puan datin order
Tapi aku panggil Datin tu aunty je. Hehehe. Dah nak balik tu, dia order pulak tart nenas dua kotak. Lain kali datang bawak pulak ya. Katanya. 

Layankan pulak anak-anak berposing gaya ultra brother dan sister.. Beria ria muka. Hahaha..
Muka beria ria..hahaha.

Camni la adik

Eh gaya apa tu Damia?

We are ultra bro & sis..shinnngg
Damia pakai baju melayu Aqil masa kecik dulu. Comel pulak aku tengok. Hahaha. Rambut Aqil da panjang. Asyik lupa je nak potong.

Nanti bila da masak rempah-rempah tu aku review okeh. Kot ada yang minat nak try ke nak bisnes frozen ke. Boleh aku rekomen kat aunty tu.

Daa

Isnin la beb!

Happy working!!

Jumaat

Perangai masa mengandung

Assalamualaikum

Pernah dengar tak perangai ibu masa mengandung nanti menurun kat anaknya yang sedang dikandung?

Aku pernah jugak dengar. Tapi takde lah ambik pusing sangat.

Aqil dengan Damia ada karakter yang agak berbeza. Mungkin orang kata, ala..Aqil kan lelaki. Damia kan perempuan. Betul jugak. Tak salah la tu.

Yang aku tengok persamaan yang jelas adalah dedua suka bergambar. Hehehe. Semua budak kecik suka bergambar kot...

Aqil lebih nampak penyayang. Lebih manja, tapi terserlah sikap abangnya tu. Ada masa, Damia tak dengar cakap aku. Tapi bila Aqil suruh dia ikut. 

Damia pulak dalam banyak hal dia independent dan persistent. Kalau dia nak itu, insya allah. Selagi belum menangis berguling guling. Selagi tu dia nak jugak benda tu. Unless, kalau boleh bagi reason yang dia boleh terima. Itu pun still berguling guling jugak. Damia lebih garang dari abang. Aqil tegas, tapi dengan penuh kasih sayang. Damia lain. Garang dia tu. Geram tengokkan. Tak padan ngan kecik tau. Ngan ayah dia pun dia suka suki je nak garang. Ngan aku berani la. Budak manja ibu :P

Shujin kata, masa aku pregnant Aqil aku lebih rileks. Maklumlah. Belum ada anak. Main game je kerjanya. Zaman tu aku duk gila main PS2. Masalah pun takde banyak mana kan. Hehehe. So thats why Aqil lebih tenang dalam banyak hal. Dan masa Aqil pun takde banyak morning sickness. Takde hormon nak buat perangai pelik pelik bagai.

Masa Damia pulak selamba je aku marah shujin. Takde la aku bentak bentak ke apa. Tapi kalau aku rasa tak kena tu direct je aku sound. Celopar betul bini dia ni kan. Hahaha. Sebab tu Damia tu garang. Nak kata dia kata je ikut suka ati dia. Sungguh pun gitu, dia tak memerlukan banyak perhatian. Pandai je nak main sendiri. Sampai kan masa dalam pantang dulu mak aku kata, kesian Damia sebab macam aku susukan je dia tido. Takde main ke apa.

Baby kan.. Nak expect apa. Hahaha. Tapi serius dia memang takde banyak buat perangai masa dalam pantang. Sekarang ni banyak la cengkadaknya. Bila aku ada kat rumah, mandi, makan semua taknak ngan orang lain. Nak ngan aku je. Even nak tuangkan air pun. Kalau aku duk kat hujung dunia tu. Dia sanggup pi kat aku mintak air, walau pun orang lain depan mata je dah pegangkan air tu. Sabo je la. Terharu pun ada. Yelah. Aku ni kan ibarat mak resaksa. Garangnya masya Allah. Hahaha. Sila percaya :D

Apa pun. Aku harap semua anak-anak aku akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Taat pada perintah Allah, rasul dan ibu bapanya.

Eh last week kan.. Aku hangin je baca status kat group ibu mengandung pasal kenan. Ada la yang komen cerita kisah sedara mara rakan taulan dia yang kenan lepas buat aniaya kat binatang. Macam tulah gitu la. Aku rasa benda kenan tu mendekati syirik pun ada. Entah la. Yang pasti. Jangan la aniaya binatang..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com