Sabtu

Perkembangan Aqil & Damia

Assalamualaikum

Bukan nak meriak nak membanding dengan anak sesiapa. Jauh sekali nak membanding antara dua beradik ni. Pemerhatian aku, Aqil dengan Damia perkembangannya berbeza. Aqil lebih ikut macam shujin, kreatif dan suka mencipta. Manakala Damia lebih macam aku, suka membaca dan mengingat benda.

Muhammad Aqil Mubarak
4 tahun
- Bercakap tak pelat tapi ada sikit sikit masalah nak menyebut perkataan yang start dengan suku kata "k". Contohnya kereta. Dia akan sebut keketa (ke sebutan bagi kelapa, ke tu sebutan bagi kesah yg ada aku kesah tu..)
- Cepat mahir dalam bermain game (tablet, psp)
- Dapat tangkap tone dan rhythm dengan baik. Kalau tengok cerita yang ada music, dia akan tau tu lagu untuk cerita apa bila shujin bagi dengar lagu. Kadang-kadang dia nyanyi kan kat aku. Tapi mak dia tone deaf. Memang tak pikap T_T
- Kreatif, imaginasi tinggi. Dah boleh cipta macam-macam dengan lego yang kitorang belikan untuk birthday dia yang lepas. Kalau sebelum ni nak buat kapal terbang ke kereta ke, mesti nak kena shujin buat. Sekarang dah boleh buat sendiri. Cuma kadang-kadang kureng sabar sikit bila lego tu payah nak lekat.
- Bercakap saangattt banyak sampai dah nak tidur pun duk bercakap tak renti. Pengsan mak dia nak melayan.
- Abang yang sangat penyayang. Dan kadang-kadang datang kat aku nak cium perut. Hehehe. Siap bawak tali bekas air dia untuk pura pura jadi doktor. Tanya aku sakit kat mana.

Nurul Atiqah Damia
-Masih berdiapers sebab aku masih agak bercinta nak bergaduh dengan mop kalau dia terbocor. Tapi, kalau nak yak da pandai mintak nak yak kat toilet macam abang. Dan kadang kadang saja saja suka dia konon nak kencing kat toilet walau pun boleh kencing kat diapers. Aku ingat nak cari training pants bagi dia pakai. So at least kalau terbabas sekali tu takde la bocor terus kan. Tau kat mana yang jual murah murah?
- Very good at memorizing - 2-3 kali je ajar dia baca doa makan. Now da boleh baca dengan lancar walau pun ada yang sebutannya kurang tepat. Dah ingat nama penuh aku, nama sendiri dia sebut Atiqah Manya, nama abang Aqil Mubarak, tapi nama shujin kena remind sikit nama depannya. Hehehe.
- Ada orang kata degil. Tapi aku lebih suka panggil dia persistence. Kalau nak apa-apa. Dia akan melalak sampai orang lain fed up. Tapi kalau dengan ibu dia, nak lawan degil ngan aku memang payah la sikit. Kadang-kadang pening jugak shujin menengokkan dua beranak ni berlawan siapa lagi persistence. Wajib mak dia yang menang kan. Patut ke aku bangga? ceitt..
- Suka membaca. Tak suruh pun kadang-kadang duk saja dia ambik buku belek belek.

Dari segi sifat, ikut pemerhatian aku Damia sebenarnya banyak ikut perangai shujin. Suka menyakat, bergurau. Tapi pantang kena tegur. Garang! Abang dia pun dia lepuk selamba je. Abang penyabar sikit, kalau adik lepuk pun dia tak balas. Dia nasihat dulu. Tak makan nasihat nanti dia mintak aku rotan adik :P Bukan aku kata ikut perangai aku la. Hehehe. Tapi Aqil sebagai abang, aku yakin dia boleh bimbing adik-adik dia kelak. Ciri-ciri tu dah ada. Insya allah.

So far yang aku ingat lah yang ini. Aqil dah nak sangat pergi sekolah sebab selalu tengok Upin Ipin tu. Aku belum habis fikir lagi. Aku da start asingkan jugak diorang tidur. As preparation nanti nak menyambut orang baru. Tapi kadang-kadang masing-masing still suka tido bawah ketiak ibunya juga. Lagi-lagi sejak aku da start ke kelas balik bila hari Jumaat. Sampai aku nak pergi kerja pun masing masing duk pujuk tak payah pergi kerja. 

Ibu pun kalau dapat taknak pegi kerja anak-anak. Tapi ekonomi belum mengizinkan. Doa lah semoga ibu dengan ayah lebih maju. 

Gambar lama
Daa

Jumaat

Gaduh

Assalamualaikum

Petang petang ni kelaparan pulak kan. Sejak pregnant ni tak boleh nak makan banyak. Kalau biasa beli makan kat kedai tu selamba je aku habiskan. Skang ni terpaksa ambik separuh je. Takut tak habis. Cepat je sengkak rasa perut.

So, bila makan sikit ni kena makan kerap lah kan. Petang petang ni buat milo kat pantry untuk cicah biskut.
Masukkan biskut dalam bekas gaya pemalas.

Nak keluarkan tak boleh..tarik tarik tak boleh. Koyak je.

Patah dua sebelum dicicah.
Comel jari jemari aku. Kikikiki.

Bukan gaduh dengan sapa sapa pun. Kesnya aku gaduh ngan bekas biskut tu je.

Ngantuk lah. Semalam Damia meragam masa tidur. Rupanya hari ni baru baby sitter bagitau, mulut dia macam ada ulcer. Belah dalam pipi tu dedua belah. Kesian anak ibu T_T Dah la hari ni aku balik lewat. Ada kelas. Ponteng leh tak? Heh..

Shujin lari balik jap tadi bagi madu. Dengan suruh minum air banyak. Perut pun macam ada kembung. Maybe sebab 2-3 hari ni hujan malam ke pagi. Bebudak ni tidur bukan nak berselimut. 

Harap esok dapat jumpa seseorang blogger itu. 

Terima kasih Abah Amrafahan yang pomote Ourkizuna di blognya. Jom tengok Amrafahan si abang dengan adik kembar tiganya yang comel bangattt.. amrafahan.blogspot.com/

Daa

Teknologi berkaitan penapis air

Assalamualaikum

Dalam entry entry yang lalu, ada juga kawan-kawan yang komen tentang teknologi yang digunakan dalam penapis air. Memang susah nak decide yang mana yang baik. Semua akan kata teknologi mereka yang terbaru dan terbaik di pasaran. Ada yang berani kata terbaik di dunia lagi. Hehehe. Tapi ye ke? Dari segi apa?

Aku takde niat nak kondem mana-mana brand secara terbuka. Tapi aku memang dah kumpul banyak info pasal brand brand utama di pasaran. Terutamanya yang registered dan certified by NSF. Tapi, kalau yang jenis re-brand, beli cap China murah murah, tukar sikit design luar kemudian jual atas jenama lain tu aku tak banyak info. Cuma yang aku boleh kata. Ada sorang senior engineer yang syarikat bapaknya ada related dengan industri air dan penapisan bagai ni cerita kat aku. Ada kontraktor bagitau dia, yang jenis rebrand tu sebenarnya filter yang diorang guna sama je. Dan replacement partnya pun sama je. Ada yang mahal dan ada yang murah. Hehehe.. Kalau dia tipu aku, maka aku tipu korang lah. Wallahualam.

So, ada banyakkk teknologi water filter ni selain dari teknologi reverse osmosis yang aku selalu tulis. Masing-masing dikatakan ada kelebihan mereka masing-masing. Dan masing-masing nak kata teknologi mereka yang terbaik.

Aku selalu ikut tips Albert Einstein. 
So. Dalam kes penapis air. Banyak yang ada teknologi berbelit belit yang kadang kadang kita tak belajar kat sekolah dan sampai ke tahap magic lagi tak logik di kepala.

Bayangkan. Ada bebudak jual penapis air pergi kat rumah kawan aku. Demo diorang adalah. Kononnya sebelum minum air yang ditapis oleh penapis air yang diorang jual tu masing-masingnya tak bertenaga. Bila 3-4 orang cuba angkat suami kawan aku ni tak larat. Bila da minum air tapis tu terus kuat sihat bertenaga. Dapat angkat. Tak ko rasa macam nak hantuk kepala kat dinding?

Apakah tujuannya kita menapis dan merawat air? 
Adalah untuk dapatkan air yang bersih dan sihat

Apakah dia air yang bersih dan sihat?
Air yang bebas dari pencemaran dan mengekalkan mineral baik yang sepatutnya ada dalam air

Itu je kan..So, kita boleh la consider air mineral tu sihat, tapi bersih ke tidak tu bergantung jugak lah sebab setau aku takde specific regulation yang control pasal air mineral ni. Kalau brand macam Evian ke Spritzer tu ok la kan. Tapi mahal la pulak. Thats why kita pakai penapis air.

Ada banyakkk teknologi penapis air di pasaran yang kebaikannya tak dapat dibuktikan secara saintifik. Malah. Ada yang twist the fact, mengatakan bahawa air yang ditapis boleh mengubat penyakit itu dan ini. Sampai ke tahap boleh ubat kanser dan sebagainya. Malah ada yang membahayakan kesihatan.

So. Kalau tak hati hati. We might be paying thousands untuk merosakkan kesihatan kita. :D

Eh tak masuk isi lagi ni..Hahaha..

Antara teknologi penapis air adalah seperti
(1) Activated carbon block
(2) Activated carbon granular
(3) Alkaline water filter
(4) Ozone water filter
(5) Mineral added
(6) Reverse osmosis
(7) Air beroksigen

Activated carbon ni adalah karbon yang di aktifkan dan menghasilkan ruang ruang udara kecil. Ianya adalah satu kaedah yang paling efektif untuk remove organik contaminants macam klorin, VOC dan sebagainya. Carbon block ni dalam bentuk block lah kan. Sejauh mana keberkesanannya menapis bahan cemar ikut saiz ketebalan dan saiz lubang lubang yang terkandung dalamnya. Kalau tube nipis nipis tu jangan expect dia boleh tapis segala bala bahan cemar. Manakala granular pulak dalam bentuk biji biji kecil yang dimasukkan ke dalam satu bekas. Kelemahan granular ni adalah ada kebarangkalian yang air tu akan channel dan tak kena pada carbon filter. So air tu mungkin end up tak tertapis jugak lah.

Alkaline water pulak claims that air yang dihasilkan adalah sejenis antioksidan yang kuat. Yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil untuk diserap oleh badan manusia. Oleh kerana ia antioksidan yang kuat, ianya dikatakan dapat mencegah kanser! Bagaimana pun, tak ada study atau kajian saintifik yang dapat membuktikan perkara ni. Malah, asasnya perut kita mengandungi asid hidroklorik. So, air yang masuk ke dalam perut ni akan dineutralkan pulak oleh asid perut sebelum diserap. Tak guna jugak lah kan :D Dan. Kalau ikut doktor aku cakap. Air beralkali ni akan membebankan pulak perut. Sebab pH tak balance, asid perut kena banyak nak bagi pH tu balance. So beban la kat perut. Lagi pulak, air terdiri dari atom hidrogen dan dua atom oksigen. Takat mana lah boleh nak kecik lagi kan :D

Ozone water filter. Sebenarnya aku tak sure brand apa yang guna teknologi ni. Tapi pernah la dengar. Yang kelakarnya, diorang ni tak tau ke ozone tu sebenarnya berbahaya untuk dihirup dan diminum. 

Mineral added. Tak silapnya mula-mula air tu di RO kan. Lepas tu dia add balik mineralnya. Heran kan..Macam mana dia control mineral apa yang masuk dalam air, dan berapa portion yang masuk dalam air.

Reverse osmosis (RO), yang ni aku da banyak kali share.

Air beroksigen. Air dimasukkan oksigen. Ikan je yang perlukan air beroksigen ni. Kalau manusia minum silap silap boleh kembung kot :P Basically, kita dapat oksigen melalui bernafas. Kenapa perlu minum air yang beroksigen sedangkan perut kita tak boleh proses pun oksigen tu ?

Dan ada lagi yang lain. Yang kononnya tambah aura. Tambah tenaga. etc etc.

Wallahualam. Apa yang aku share adalah untuk bagi awareness pada semua orang. Harap ianya bermanfaat dan dapat dijadikan panduan.

Apa pun..Kalau dah pakai water filter tu jangan lupa regularly check dan tukar ye. Takut ada lumut. Nanti minum air yang ditapis dan ditambah mineral dari lumut. Yek.. True story ok.


Entry berkaitan
Perlu ke penapis air
Penapis air yang baik
Buat apa beli penapis air
Risiko minum air RO

Daa

Setengah abad setelah merdeka masih belum berminat dengan belanjawan negara

Assalamualaikum

Sebagai rakyat Malaysia kita bangga bila sebut tentang pembangunan yang dicapai oleh negara. Ada menara kembar yang pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ada rangkaian kereta api transit aliran ringan yang makin berkembang. Ada istana negara yang baru yang cantik.

Tapi kan..

Aku bukan nak kondem. Bagus la kita ada tu semua.

Tapi kan..

Apa guna ada bangunan tertinggi di dunia kalau masih ada tempat yang tak dapat bekalan keperluan asas yang sempurna. Yang tak pernah merasa bekalan elektrik, air bersih, jalan dan sistem pengangkutan yang sempurna. 

Bukan kita tak tau. Kita leka. Sebab yang kena tu bukan sedara mara kita. Aku pun baru tersedar bila ada seorang kawan sekolah duk update status kat FB dah seminggu takde bekalan air. Alasan paling tak logik yang diberikan oleh pegawai yang terlibat adalah "negeri tersebut kekurangan bekalan air"

Pongpang kat TV bukan main lagi. Belanjawan 2013. Belanjawan 2012. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk menampung itu ini. Syukurlah. Kampung mak bapak aku ada bekalan air. Bekalan elektrik sampai. Jalan walau pun bertampung tampung masih lagi boleh dilalui. Lagi nak pilihan raya ni. Yang tak berlubang pun dilubangkan dan ditampal semula. Supaya tunjuk macam buat kerja.

Hakikatnya..Pembangunan kat Malaysia ni tak seimbang. Jurang pendapatan antara orang miskin dan kaya makin besar. Yang kaya terus menindas. Yang miskin terus ditindas. Asal ada duit, komisyen besar. Semua projek jadi. Biarlah takde benefit pada rakyat pun.

Yang kesiannya, kes kawan aku ni tak masuk TV dan mungkin mustahil masuk TV. Sebab dia bukan duduk kat negeri pembangkang. Bagi aku untung duk kat negeri pembangkang ni. Apa apa kes cepat je TV dan suatkabar buat coverage. So kenalah YB dan wakil wakil rakyat buat kerja cepat. Tapi yang negeri dia tu...? Aku rasa mustahil kot.

Macam mana lah negeri yang ada sungai paling lebar kat Malaysia boleh ada masalah bekalan air. Nasib badan la. Tadah air hujan tak pun guna air tasik..

Belanjawan 2013? Belum menarik minat aku lagi. 

Nota kaki : Wawasan 2020? Hehehe..

Daa

Khamis

Panggilan

Assalamualaikum

Tetiba dapat panggilan dari nombor +303. Katanya dari Celcom. Ada promosi nak bagi simcard percuma. Aku agak skeptikal sebab yang call tu suaranya macam orang Indonesia. Bukan aku nak kata orang Indonesia menipu. Tapi company aku memang dalam bisnes berkaitan dengan call center. Biasanya diorang tak hire expat untuk buat telemarketing bagi dalam Malaysia. Expat ni biasanya hired untuk support negara asal mereka.

Aku tak tau detail sebab aku kelentong kata aku masih ada kontrak dengan Maxis dan dia dengan nada kecewa letak telefon. Tapi dapat call tu aku terus teringat entry Kak Net semalam.

Harap-harap niat dia bukan nak mengelentong. Mintak dijauhkan dari orang lain terkena.

Cuma herannya, mana dia dapat nombor telefon dan nama penuh aku. Dah la suaranya jauh. Nombornya pun tak macam nombor Malaysia.

Ntah ntah alamat rumah aku pun dia tau.. Urghh... Takottt...

Nota kaki : Aritu ada sepasang manusia ketuk pintu rumah nak ajar aku menjahit percuma. Shujin nak  suruh aku invite je diorang masuk. Hish.. Tak mau aku. Entah betul entah dia tipu. Bukan boleh percaya orang sekarang ni. Kalau betul takpe lah. Kalau tak. Kesian anak anak aku yang masih kecik tu nanti..

Daa

Tahukah anda risiko minum air RO

Assalamualaikum

Banyak kali dah aku buat entry pasal air reverse osmosis atau nama manjanya air RO ni. Banyak dah aku baca pasal risiko minum air RO. Cuma last week baru aku tau yang sebenarnya WHO ada buat investigation tentang kebahayaan air RO ni pada kesihatan manusia.

Report 22 halaman tu boleh didapati dari laman web WHO. Dalam bentuk PDF. Boleh download secara percuma.

Kalau sebut pasal air RO, ianya meliputi semua jenis. Yang ditapis dirumah dengan sistem penapis air RO, yang dijual dalam botol mahu pun yang beli dalam mesin air RO yang terdapat di depan kedai tu. Tak silap harganya 20sen seliter.

Apa yang bahayanya?

Air RO bersifat diuretik. Oleh itu ia boleh menyebabkan badan akan kehilangan lebih banyak air apabila minum air RO.

Air RO mempunyai keasidan yang tinggi. Ada satu laporan yang aku baca (laporan lain) yang mengatakan, oleh kerana air RO ni takde mineral dan dikira tak stabil. Ia menyebabkan bacaan pH yang dibuat guna kertas pH tu tak tepat. Dan pengambilan air dengan nilai keasidan yang tinggi adalah bahaya pada tubuh.

Dan antara yang paling menakutkan.

Oleh kerana air RO tak mengandungi sebarang mineral, ianya tak stabil dan boleh menyebabkan logam berbahaya seperti cadmium senang terserap masuk ke dalam airnya. Ini boleh menyebabkan logam toxic ni masuk pula ke dalam badan manusia apabila diminum.

Sebab tu Allah dah jadikan air yang bermineral ni cukup elok cukup baik dah. Mengandungi kalsium dan magnesium yang bukan saja untuk tubuh kita, tapi untuk elak daripada logam toxic tu menyerap masuk ke dalam air dan diminum pula oleh kita.

Nak lebih menakutkan dan tahu lebih lanjut. Sila download full report.

So, agak-agak lepas ni lalu tak nak minum air RO lagi?

Pernah jugak aku dengar yang ada doktor menyarankan mereka yang sakit buah pinggang atau mengalami kegagalan buah pinggang minum air RO. Mengapa ye?

Entry berkaitan
Perlu ke penapis air
Penapis air yang baik
Buat apa beli penapis air
Kenapa perlu mineral dalam air?

Daa

Gambar boyfriend lama - Masterchef Malaysia masuk musim kedua

Assalamualaikum

Ada simpan lagi gambar boyfriend lama? 

Ni la boyfriend lama aku

Dah la hemsom kan. Bergaya pulak. Kikikiki..

Dengar kata Masterchef Malaysia musim kedua dah nak mula dah. Siapa lah agaknya candidate kali ni kan.. Rumah aku takde Astro. Tapi dok layan update kengkawan kat blog. Jadi lah kan. Hihihi. Kak Shahriah dulu peserta musim pertama kan. Kreatif betul tengok masakan masakan dia. Bila lah aku nak jadi camtu. :P

Daa

Rabu

Macam macam

Assalamualaikum

Dalam urusan kerja especially, aku tak suka kalau kena menipu. Dan lebih tak suka bila nak kena menipu untuk cover bontot orang lain. Paling aku benci sekali. Dah la kena tipu untuk cover bontot dia. Bila dah nak terkantoi aku jugak nak kena cover. Cover atas cover. Sedangkan dia yang jawatan lagi tinggi dari aku. Gaji lagi banyak dari aku. Lepas tangan je.

Macam ba**ang kan.

Aku takde la hangin. Cuma stress bila kena buat benda aku tak suka.

Akibatnya.. Terpaksa makan lactul nak bagi proses lancar. Untuk apa.. Google la lactul tu untuk apa. Hehehehe..

Daa

Panduan bakal ibu - Breastfeeding

Assalamualaikum

Post dari Penyusuan Susu Ibu



Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi.

Pada pendapat saya statement menikam ni berlaku di mana mana. Bahkan. Ada juga kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tersentap dengan kenyataan ibu-ibu yang memberikan penyusuan alternatif seperti susu formula. Vice versa.

Semakin banyak komen yang saya baca, semakin saya rasa isu ini diperbesarkan. Hakikatnya, tiada siapa boleh kondem kita cara kita membesarkan anak kita. Even kalau ada yang kondem pun, tak perlu peduli. Tak menguntungkan langsung. Biarlah mulut tu nak berkata kata.

Tapi. Bukan itu saja yang ingin saya kongsikan. Saya sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan amat sukar untuk ditegur kerana ada keadaan di mana mereka menganggap bahawa saya menyalahkan mereka pula kerana tidak berjaya.

Konsep saya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria ria makan supplement atau milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So, adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu kena decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Saya pernah bekerja sebagai tukang angkat telefon. Kena standby depan phone sepanjang operation hours. Masa rehat yang ditetapkan adalah 1 jam untuk makan tengah hari dan 30 minit untuk ke bilik air dan rehat sekejap. Saya cuma boleh pam 3 kali sehari. Iaitu dengan bahagikan masa lunch kepada 30 minit di ambil dua kali dan sekali lagi masa untuk rehat. Saya tiada tempat untuk mengepam susu. Pernah saya pam di bawah meja. Alhamdulillah saya berjaya memberikan susu ibu sehingga anak sulung mencecah 3 tahun. Saya pernah top up susu formula selama beberapa bulan kerana mengandung anak kedua sebelum meneruskan penyusuan apabila anak kedua lahir. Adakah saya anggap saya ibu yang gagal? Tak. Saya tak akan benarkan sesiapa kata saya ibu yang gagal sebab saya dah cuba apa yang termampu.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 
.
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya allah akan di update kemudian.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu
1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.
2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital
3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.
4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. Baca susu cukup?
5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya avent manual. Harganya tak lebih RM200. Saya gunakan selama empat tahun. Beg saya beli dari kedai RM5. Saya gunakan penyejuk coleman yang harganya RM6 ketika itu. Saya tak perlu beli sterilizer kerana saya rebus peralatan apabila balik ke rumah.
6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah puting tenggelam 
7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.
8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.
9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch
10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu
11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan
12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T
13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.
14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.
15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Selamat maju jaya.

Nota kaki : Untuk bakal bakal ibu :D

Daa

Selasa

Janji yang ditunaikan - review untuk perempuan

Assalamualaikum

Aku tak reti sangat nak review review product ni sebenarnya. Apa lagi review pasal product kecantikan. Sebab mekap pun aku tak reti. Aku cuma amalkan penjagaan asas. Itu pun bila tiba tiba tersepuk dan tersedar yang sungguh pun aku malas nak mekap tapi taknak la umur baru masuk tiga siri kulit dah macam orang umur 40 tahun.

Aku segan sebenarnya nak share-share gambar aku kat blog ni. Sebab aku memang tak fotogenik bagai. Lagi pun aku jarang bergambar. Bila aku share pasal eksaited pakai product Artistry aritu aku takde la prepare dengan testimoni dan gambar sebelum selepas bagai.

Yang lambat nak update pasal review ni sebab puas aku carik robek sana sini cari gambar yang aku boleh jadikan testimoni. Tapi nan hado. Gambarnya kabur atau pun jauh sangat. Aku tak sure la gambar aku nak tunjuk ni valid ke tidak. 

Gambar ni diambik dengan tablet Samsung 10.1 shujin. Cahaya lampu biasa. Takde extra effect. Aku tak pakai mekap. Tengok makcik sebelah aku tu. Makcik? Actually nama dia Datuk Aisyah. Ex Vice President TNB. Now da pencen. Umur takde selindung ok. 63 tahun kalau tak silap aku. Aku tak sure orang lain perasan tak. Kulit muka dia serius nampak licin je. Macam takde kedut. Shujin kata aku pun kalah T_T. Ko bayangkan la sendiri apa perasaan aku yang muda remaja (ceh) bila shujin sendiri puji nenek lagi cun dari aku. Mau tak tensen aku.

So bermula detik tu. Aku istiqamah pakai product Artistry ni.
Artistry Pure White mini set
Tak ingat masa promosi bila aku dapat pouch tu. Tapi sangat comel. Lepas da pakai lama sikit, aku upgrade tambah scrub nak bagi hilang blackhead yang bersarang kat hidung.

Scrubnya pada aku best sebab tak mencederakan. Dedulu ada jugak pakai scrub jenama Y. Tapi kadang-kadang rasa pedih. Mungkin cara aku pakai tak betul kot. Tapi pakai scrub ni alhamdulillah takde rasa camtu. Aku pakai dalam 2-3 kali seminggu ikut condition muka. Kalau rasa cam berminyak berkarat sangat aku pakai.
Close up
Mini set ni ada cleanser yang tube berdiri, toner dan moisturizer dalam botol tu dan creme (utk kegunaan malam). Mini set ni limited edition so bukan tiap masa ada. Time ada event je diorang jual. Toner dengan moisturizer tu ikut jenis kulit sama ada berminyak atau pun kering. Kalau combination kawan aku suruh  check kat T zone tu prone kepada berminyak ke kering. Kalau berminyak pilih yang untuk oily skin.

The very first day aku pakai set ni, tetiba bekas jerawat kat hidung aku nampak pudar sikit. Tapi lepas tu tak jauh sangat beza. Cuma dari masa ke semasa aku rasa tekstur kulit aku makin lembut dan licin. baru baru ni je shujin tegur skin complexion aku nampak makin ok dan budak ofis pun cakap benda yang sama. Kalau tak aku pun tak perasan.

Satu set ni aku tak ingat la tahan berapa lama. Tapi 2-3 bulan jugak la. Sebab pakai sikit je. Kalau yang set biasa yang besar tu aku tak pernah beli lagi, so tak tau la boleh tahan berapa lama. Tapi harganya memang boleh tahan la. Hehe. Mini set ni je murah. Mula mula beli dulu RM35. Lepas tu diorang let go RM20 je. Ok la kan..

Gambar ni masa blogger gathering aritu. Gambar curik lagi!! Yang Kak Akuzle Ayu ambik. Aku tak pakai mekap, ke foundation ke apa. Cuma since sabtu tu aku start pakai Artistry Refinishing lotion. Lotion tu buat muka rasa ringan je. Dan lambat berminyak. Pakai lepas pakai toner. Yang best nya bila kita sapu kat muka tu teksturnya berubah jadi velvety powdery gitu. So ringan sangat. Dan paling jelas pores dekat dengan batang hidung aku tu makin kecik.

artistry refinishing lotion
Reward untuk bulan ni lepas berpenat lelah menyiapkan tempahan puding aritu sebenarnya. :D

Ikhlas lagi jujur. Aku tak tau gambar ni sebab pencahayaan ke apa. This is the best yang aku boleh present. Hehehe. Apa pun. Happy sangat sebab shujin da start puji puji pipi aku licin je skang ni. Hihikk~ (gelak gedik)

Supaya aku tak kalah dengan makcik yang pangkat nenek dalam gambar di atas. Aku pun da rajin sangat sangat sapu lotion. So a banyak lah improvement tu. Gila kalau aku kalah ngan mak nenek. Tangan Datuk tu sama lembut dengan tangan anak pompuan aku. Mau aku tak rasa macam nak nangis?

Pasal tekstur kulit maybe tak nampak sangat dalam gambar ni. Maybe later aku mintak shujin ambik gambar close up sikit. Tapi gambar lama tu kena belek lagi la. 

Btw, asasnya product artistry ni buat dari tumbuh tumbuhan organic. Dan setakat aku pakai ni takde masalah pengelupasan ke apa. Tapi lain orang lain kesesuaiannya. Cuma aku berani kata, product artistry ni insya allah bebas dari bahan kimia berbahaya.

Nota kaki : Kalau ada yang nak komplen apesal gambar aku semua tayang gigi. Hish..aku pun tatau nak jawab apa.. Hahahaha.Aku tak reti bergambar T_T

Berminat nak kelihatan muda jelita di usia 30-an seperti daku? Boleh order artistry set melalui whatsapp di nombor 0126894617

Daa

Hadiah yang terlambat dan temujanji kawan lama

Assalamualaikum

Ingat tak kisah hadiah birthday Aqil Mubarak yang katanya enam minggu lagi baru sampai. Actually aku order guna mail order. Sebab da terbekenan terus order. Rupa rupanya lama jugak diorang nak proses.

Yang kesiannya tuan punya badan la. Hari hari duk belek katalog tu tanya aku bila hadiah dia nak sampai. At one time, dia dah fed up nak tunggu dia kata "abang taknak la hadiah ni. Ibu belikan hadiah lain boleh?"

Sedih aku dengar tau. Rasa bersalah gila.

Then, dipendekkan cerita. Selepas lebih kurang 2 minggu menunggu. Akhirnya yang dijanjikan sampai kat rumah. Happy gila dia. Yang hairannya nak test drive tu bukan tuan hadiah. Si Damia pulak lebih lebih. Hehehe.

Siap kata. "Abang tepi dulu. Adik cuba kejap"

Kejap dia tu lama kemain. Nasib baiklah dapat abang yang penyabar cam Aqil.

Bila sampai turn abang naik, dia kepoh nak naik jugak. Eh apakah hadiahnya tu kan. Hehehe..

Get set
Cha chammmm.. Kata Damia.. Hehehe. Basikal.

Since rumah kami duk atas awan, aku paksa semua orang pergi beriadah pagi Sabtu aritu. Dah la malamnya tu hujan. Pagi air sejuk gila mandikan bebudak ni. Demi basikal, sejuk pun tahan je. Hehehe.
Destinasinya : Tasik Kota Kemuning

Budak ni pun menyibuk sama walau pun kaki tak sampai

Ibu nak jogging pun tak senang. Datang angin nak berkepit aje
Mengajar budak berbasikal tak semudah mengorder sebuah basikal rupanya. Stress je kitorang nak mengajar dia mengayuh. Hahaha. Padan muka kitorang masa dari kecik belikan motor bateri. Dah tak reti mengayuh budak tu. Ada ke suruh aku tolak je. Sabo je lah aku. Takpe lah. Practice make perfect kan. Nanti pegi lagi. Nasib baik aritu cuaca pun tak berapa panas.

Konon-konon sihat la. Tapi lepas jogging layan 2 keping roti canai. Ceitt.. Nasib baik aku bukan berdiet. Tak logik pulak kalau aku kata aku berdiet kan. So jangan jeles eh. Hehehe..

Balik rumah siap siapkan anak-anak pergi beraya yang terlewat rumah schoolmate aku. Kebetulan dia nak dengar pasal penerangan penapis air. Baru pindah rumah dan cari penapis air.

Sampai-sampai kat rumah dia je, dijamu pulak dengan mee goreng udang besar-besar. Takde la aku ambik gambar bagai. Malu pulak nak tunjuk sangat perangai blogger aku tu. Kahkahkah.

Lepas habis makan tu aku terangkan la apa yang dia patut tahu dan apa yang dia nak tahu sebelum membeli penapis air ni. Berjam jam jadinya. Dekat pukul 6 baru kitorang bertolak balik. Sampai rumah masing-masing keletihan.

So itulah sebabnya aku tak mengekek untuk gathering glamer raya itu. Tapi bagus jugak sebab dengar kata banyak dah kek masa tu. Hehehe..

Daa

Gathering Glamer Raya Bloggers 2012

Assalamualaikum

Lambat sikit aku nak update pasal Gathering Glamer Raya Bloggers 2012 hari Ahad aritu.

Alkisah sebelum ke gathering...

Aku memang da nekad nak pergi. Shujin pun da greenlite. Cuma nak masak apa tu aku still blur blur gitu. Mula-mula nak buat puding. Lepas tu pulut kuning. Ternampak Kak Akuzle Ayu kata nak buat pulut kuning, Cancel lah. Buat kek coklat lah. Tapi Sabtu tu aku agak busy (kendian cite) sepanjang hari. So by malam tu da tak larat. Semangat yang mulanya berkobar kobar tu dah mula pudar. Hadehh.. Nak masak apa la gamaknya.

Pagi Ahad. Rumah macam tongkang pecah. Aku masih lagi pecah kepala nak masak apa. Hoh. Buat bubur jagung je la. Masa tu pukul 11 pagi :P Terus capai kunci kereta (sila jangan contohi makcik yang takde lesen ni ye adik adik) Ke kedai. Balik terus buat. Seb baik ada pressure cooker. Tak payah nak gaduh rendam rendam sagu rendang 30minit bagai. High pressure dalam 5 minit tara~~. Siap bubur jagung express.

Bubur jagung mudah : Gambar by Mubarak
Siap siap. Terus bertolak. Sebutnya macam cepat je kan. Biasa la. Tehegeh sana sini. Pukul 1 lebih baru bertolak :P

Nasib baik tak susah cari Musolla Ehsan Datuk LF Google map ada. Sampai kat sana, aku terus diminta memperkenalkan diri oleh Datuk LF. Bila sebut Rai Ourkizuna je. Semua orang pun cam laaa ni ke orangnya. Antara yang aku kenal adalah Kakcik Ella dengan Aiman sebab selalu nampak gambar kat blog dia. Hehehe. Kak Ayu Akuzle aku agak agak je. Tetiba Kakcik Seroja peluk aku. Terkezut aku sebab tak perasan Kakcik Seroja nampak aku. Hehehe.

Walau pun rata-rata aku tak berapa kenal dan banyak jugak blognya yang aku tak pernah sampai pun. Tapi rata-rata memang peramah. Thanks pada shujin yang memudahkan aku nak beramas mesra melayan anak-anak. Aku cuma duduk dan berborak dan makan (tak blogger sungguh kan..)

Antara gambar yang sempat aku ambik
Seriously aku ambik masa nak mengingat nama-nama yang dah berkenalan. Tapi of kos la Uncle Gedek tu aku kenal. Dah hari hari dia tayang gambar takkan aku tak kenal kan. Kak Yan yang ada kamera super smart.

Antara lain yang datang Kak Ati, Kak Azie (antara orang kuat yang menguruskan majlis), Kak Maiyah yang duduk di tepi aku masa makan, Makchaq yang bila borak rasa macam dah lama kenal dan ada anak dekat sebaya aku. Dan tak lupa bakal mak budak ni yang dah nak balik baru aku perasan dia T_T. 
Gambar yang diculik dari blog MunnaFendy

Yang dia culik dari FB Kak Akuzle Ayu. Eh eh. Lebarnya aku menyengeh. Seb baik takde lekat cili kat gigi. Hohh.. Tayang lengan kudut lak tu. Hish. Malu je.

Oh..rupanya Kak Ayu ni berjiran je dengan aku tau. Banyak la benda yang boleh diceritakan.

Tapi agak kuciwa jugak (salah sendiri hokay!) sebab ramai jugak blogger yang aku tak dapat jumpa macam Pakcik Lie, Khairul Hakimin, Kak Hanis Azla, cik wani DJ hot, dan ramai lagi. Sori yang aku tertinggal nama.

Pada jawatankuasa yang menjayakan majlis ni aku ucapkan tahniah dan terima kasih banyak banyak. Harap tak nyesal organize event macam ni untuk blogger semua beramah mesra.

Insya allah jumpa lain kali.

Gambar aku sefamili kena postpone sebab semalam tak boleh nak ditransfer gambarnya.. T_T Sila bersabar dengan gambar aku yang aku curik tu :P

Daa

Isnin

Misteri

Assalamualaikum

Aku cuti peristiwa hari ni. Tak masuk opis biasa takde la aku nak hapdet. Duk bertapa kat rumah je.

Petang sikit tadi tetiba rasa cam peristiwa lama berulang kembali. Kes air ketuban membocor. Cabaran sungguh pregnant kali ni rasanya.

Tapi bukan tu yang misteri. Aku nak bagitau. Maaf sebab aku datanh lambat ramai blogger yang aku tak sempat jumpa. Tak berjodohan sungguh la.

Maka, rupa pemilik Ourkizuna ni masih agak misteri la kot naa. Hahaha. Rata rata jumpa aku sure terkezut da. Sembang cam besar je orangnya. Tapi sebenarnya saiz budak sekolah je. Kudut lagi kot.

Insya allah esok aku update gambar yang aku ambik kat sana. Insya allah aku selit sekali gambar kami sekeluarga sebagai ganti tak berjodohan semalan.

Insya allah ada umur kita jumpa lagi masa gathering blogger akan datang.

Full update esok naa..

Daa

Jumaat

Beza non-muslim dan kita

Assalamualaikum

Tak sudah sudah lagi kes bantahan kecaman terhadap penghinaan pada Nabi Muhammad. Kecoh kes filem pendek "Innocence of muslim" timbul pulak kisah kartun yang dikatakan menghina Nabi kesayangan kita. Sampai polis terpaksa kawal bangunan yang menempatkan pejabat yang mengeluarkan kartun tu.

Dan dan kat FB ajak boikot Google dengan Youtube.

Sebenarnya aku bukan nak marah orang boikot. Cuma pada pendapat aku, boikot bukan satu tindakan yang bijak.

Sejauh mana boikot pada company yang dikatakan terlibat dengan penindasan orang Palestin berkesan?

Setakat ni boikot paling berkesan yang aku tau adalah boikot rangkaian kedai makan ikan bakar sekinchan. Hehehe..

Tau tak kes Kate Middleton yang baru baru ni gambar bugilnya tersebar di akhbar di Perancis. Bagaimana akhbar-akhbar di UK berperanan dalam meningkatkan semula imej Kate ni. Dia keluarkan gambar Kate berselendang masa lawatannya ke negara negara asing dan keluarkan cerita cerita baik yang boleh meningkatkan semula imej Kate.

Ingat masa Rasulullah kena baling batu di Thaif? Peristiwa kena baling dengan najis dan sebagainya. Adakah Rasulullah pegi baling batu semula? Dia pergi berperang dengan orang tu? Adakah Rasulullah pegi tampar pengemis yang tak habis habis menghina Rasulullah walau pun orang beri makan pun?

Kes ni. Terpulang pada individu. Pada aku instead of kita duk merusuh, dok boikot. Lebih baik kita share dan tonjolkan perilaku yang baik sebagai umat baginda. Jangan sampai orang bukan Islam kata "tengok umat Islam pengikut nabi muhammad perangai huduh. Nabi Muhammad tu entah macam mana la perangainya"

Kalau kita tonjolkan sikap yang baik tentu diorang lagi berminat nak kaji pasal betul ke perilaku Nabi Muhammad tu macam yang ditonjolkan dalam filem pendek tu. Dari situ dia akan tahu hal sebenarnya tanpa perlu kita merusuh nak bagitau satu dunia yang filem tu penipu.

Tahu tak Nabi Muhammad adalah "the most influential man in history" Suka tak suka. Orang non muslim pun terima fakta ni.

Kenapa? korang baca la sendiri.

Daa

Jom gather gather blogger

Assalamualaikum

Korang pegi tak? Jom jom kita gather gather reramai kat Bangi hari Ahad 23hb ni.

Bawak periuk bertuah (read : potluck) masing masing ye.

Aku satu family dengan tambahan seorang nanny insya allah akan pergi (provided kalau takde hal last minute macam tahun lepas!). Apa aku nak bawak tu actually rasa macam blur blur lagi. Tapi cadangannya nak mengekek sebab whipped cream yang guna masa birthday Aqil pun ada lagi aritu. So kalau tak habiskan rosak je pulak nanti. Redho je lah jadi benda apa nanti okeh! Yang penting korang takkan sakit perut. Sedap tak sedap tu belakang kira :P

So siapa yang pergi?

Untuk detail boleh jenguk blog kak Azieazah atau Kakcik Seroja

Daa

Khamis

Pengalaman huduh di Ayamas

Assalamualaikum

Bukan semua Ayamas. Pengalaman huduh ni aku dapat dengan Ayamas di Kota Kemuning. Shujin memang tak berapa suka dengan Ayamas sini sebab bebudak yang kerja kat branch ni macam jenis tergagai. Orang utara tau kot maksud tergagai ni. Aku nak terang pun tak reti. Tapi kalau bahasa kawan-kawan aku masa sekolah dulu "bengong"

Jenis yang macam tak boleh harap. Berkejar kejaran dalam kedai. Bergurau sambil ada pelanggan. Tak hangin ko? Ok fine la takpe. Budak nak membesar. Takpe la kot.

First time shujin hangin sampai tinggi suara masa bulan puasa aritu. Shujin nak menyenangkan keja aku sebab kesian bini dia masak hari-hari. Konon taknak pegi Param. Sudahnya ke Ayamas. Boleh gitu? Hehehe.

Dalam pukul 6 lebih kitorang pegi. Bebudak tu kata ayam yang masak tu da habis. Kalau nak siap masak pukul 6.30. Aku still nak kena balik masak nasi. So, shujin hantar aku balik dulu. Dia pergi semula. Sampai sana bebudak tu kata ayam da habis! Next batch pukul 7 lebih pulak.

So shujin balik buat call. Order tu diorang buat penghantaran. Bukan FREE pun. Diorang cas tiga hengget. Takpe la. Dia kata lambat sikit sampainya sebab dah nak berbuka puasa. Shujin kata takpe lah. Dia pun faham. Tapi kalau boleh jangan lewat sangat sebab dia nak pegi masjid pulak solat terawikh.

Tunggu punya tunggu. Pukul 8:30 baru sampai. Dah la shujin pun dah kebuluran sebab tunggu ayam tu. Aku masak nasi dengan sayur sikit je. Sampai tu yang kitorang order dengan coupon budak tu cas sekali masuk receipt. Nasib baik aku yang sambut. Dah la budak tu cam lemau je. Aku tanya dia kata tak tau apa-apa. Yang ambik order dalam talian tu tak bagitau kitorang nak guna coupon tu pun! Henset nak call orang kat kedai pun takde.

Mintak pelempang tak?

Lepas tu shujin terus call kedai. Memula tu dia tanya elok elok lagi. Lepas tu bebudak yang angkat telefon tu masing-masing nak lepas tangan. Kejap orang lain, lepas tu pass kat orang lain. Tak hangin ko? Habis hilang separuh gak pahala pose shujin hari tu aku rasa. Punye lah dia mengamuk masa tu. Lastnya diorang hantar ayam yang patutnya FREE tu.

Sejak tu kitorang tak masak ayam. Sebab ayam mentah pun kitorang beli kat ayamas selama ni. Masa raya je beli ayam kat Kelantan nu. Balik dari sana tak makan ayam dah.

Semalam aku ajak shujin beli ayam. Shujin tanya. Nak ajak dia masuk ke. Aku kata tak payah la. Biar aku je handle.

Masuk tu aku terus pilih ayam dan letak kat kaunter. Harga ayam RM12.03.

Aku pun bayar RM20.10.

Kalau dia nak cas 3sen tu jadi 5sen maksudnya dia pulang kat aku RM8.05 la kan.

Bila dia pulang balik duit jadi RM7.90

Lepas tu dia kata dia takde duit 5sen.

Aku pun katalah. Aik. Kan bagi RM20.10 tadi. Aku tengok receipt. Dia kata yela. Tapi dia takde duit 5sen.

Aku kata. Cuba kira. RM20.10 tolak RM12.05. Kan ke bakinya RM8.05.

Budak tu blur. Lepas tu dia buat macam aku paksa dia bagi aku baki lebih. Muka still blur tak paham lagi.

Serius aku start hangin masa tu. Dah la muka sengih sengih. Langsung tak serius. Eii. Nak je aku tepuk dahi dia laju laju.

Simple calculation pun tak reti ke? Dah tau tak reti mengira tu key in la RM20.10 kat cash register tu.

Lepas tu aku malas nak tunggu. Takut aku tak sabar nak mencarut bagai. Aku ambik duit tu aku blah je. Dapat RM8 je balance.

Dalam kereta aku pun start la membebel. Shujin pun hangin sebab aku sedekah 10sen macam tu je. Aku kata awak dok kira sedekah 10sen tu. Tak kira aku hangin tengok muka budak tu.

Kalau tak sebab aku nak bagi anak-anak aku makan ayam memang takde la aku nak pegi ayamas tu. Masa tulis ni pun aku duk terbayang muka budak tu. 

Arghh.. Hangin gila!!

Daa

Penyakit buah pinggang pembunuh senyap

Assalamualaikum

Sebenarnya tergerak nak buat entry ni lepas baca entry Kakcik ni.

Kepada golongan yang berisiko tu sila silalah buat medical check up periodically. Supaya senang nak detect keadaan buah pinggang tu awal awal

Macam berita tahun lepas kata, 23000 pesakit buah pinggang yang berdaftar memerlukan dialisis. Hampir RM700 juta dibelanjakan untuk perubatan dan dialisis setiap tahun, dimana.. seorang punya belanja mencecah RM30k.

Kisah benar yang aku dah story berkali kali kat dalam blog ni.

Kawan shujin (sebaya shujin - awal 30an), meninggal tahun lepas selepas 3 tahun hidup dengan dialisis setiap 6 jam. Dia cuma tahu buah pinggang tak berfungsi bila dia jatuh pengsan dan koma. Masuk ICU. Doktor sahkan buah pinggang dua dua belah da rosak. Punca utamanya... kurang minum air.

Mak mertua kawan aku, 2 jam sekali dialisis. Baru habis dialisis kena dialisis lagi. Hish..

Susah nak detect penyakit buah pinggang ni sebab simptomnya mungkin datang sekali dengan simptom penyakit lain. So kalau dah tau berisiko tu ada baiknya kalau pegi buat medical check up sekurang kurangnya setahun sekali. 

Nota kaki : Shujin marah kalau aku banyak guna pewarna bila buat kek sebab nanti beban kat buah pinggang. So tiap kali nak buat pun aku buat kek vanila kek coklat sesekali buat cheesecake. Aritu buat kek karamel tu pun dia bebel sikit walau pun aku guna sikit je pewarna. Katanya bukan ada fungsi apa pun pewarna tiruan tu, cantik je la. Buat rosak buah pinggang je T_T. Tapi teringin nak buat red velvet. Tapi mengenangkan jumlah pewarna yang nak digunakan tu.. jadi bahan kena marah je nanti.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com