Khamis

Kalau dah kena tetak tu

Assalamualaikum

Kepada wanita. Aku rasa its natural kalau kita rentap balik beg tangan bila ada orang cuba nak ragut beg tangan kita. Tapi kalau gigih tak lepaskan beg tangan sampai kena tetak tujuh kali tu aku rasa tu membahayakan nyawa sendiri. Tak berbaloi.

Apa lagi yang lebih berharga dari nyawa kita. Harta benda boleh dicari. Tapi kalau tangan kena tetak sampai putus urat belum tentu boleh disambung semula.

Para wanita. Hati-hati bila berjalan di tepi jalan. Lebih baik jalan di kaki lima. Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat yang kurang manusia. Elakkan dari berjalan membelakangkan trafik. Alert dengan bunyi bunyian di sekeliling. Sebaiknya simpan duit dalam coli saja :P

Sebaiknya keep personal siren dalam bentuk keychain yang kecik tu. Sentiasa keep dalam handbag dan pegang bila nak jalan ke parking. Lebih lebih lagi kalau takde escort. Sekurang kurangnya bila ada penyerang kita boleh bunyi kan siren tu untuk mengejutkan dan menakutkan penyerang. Siren tu sangat bingit bunyinya. Boleh menyebabkan bengang telinga dan silap silap boleh bagi pekak kejap. Kalau yang selalu kena OT balik lambat drive sendiri tu baik dapatkan satu.

Jangan ambik mudah keselamatan diri.

Daa


Berapa kilo?

Assalamualaikum

Hehehe. Raya baru minggu kedua. Banyak lagi rumah terbuka dan agenda agenda beraya. Maklumlah. Raya kan sebulan.

So..saje la kan aku nak tanya..

By far..berapa kilo dah berat korang bertambah? Atau pun berjaya menten berat dengan jayanya.

Pst  (bajet psst psst macam Kak Aizamia kan..hahaha)
Starting 15 July, kitorang baru launch weight management program. Insya allah ada masa nanti aku update apa yang menarik dan bezanya pasal weight management program ni berbanding program yang lain.

Daa

Define bright future please

Assalamualaikum

Pesanan buat ibu bapa yang ada anak perempuan remaja dan sedang nak membesar. Bukan nak suruh ikat kat rumah. Tapi hati-hati. Ambil tau dengan siapa dia berkawan. Jangan sampai jadi kes buat hubungan luar nikah sukarela tapi yang sedapnya jantan tu sorang.

Kes kali kedua. Alasan dilepaskan adalah kerana lelaki ni ada masa depan yang cerah, plus tak pernah lagi buat jenayah. Bila baca further. Lelaki tu adalah school drop out masa form 2. Tinggal dengan parents dan menjana pendapatan RM30 sehari.

Seriously...

Hakim ni tak rasa budak perempuan tu ada masa depan ke?

So lepas ni, aku takut ramai akan cari pasangan bawah umur supaya bila tertangkap tak payah masuk penjara..

Aku tak pandai bab undang-undang. Tapi...come on la. Budak umur 12 tahun apa dia tahu pasal hubungan luar nikah bagai ni. Maybe la budak zaman sekarang da advance, tapi diorang still tak boleh nak decide apa apa.

Ada sorang anak perempuan kat rumah.. Risau..risau..

Mintak dijauhkan..

Daa

Rabu

Raya ketiga

Assalamualaikum

Bukan aku salah tulis atau korang salah baca. Raya kedua memang kitorang takde buat apa. Langsung tak rasa macam raya. Cuma tengah hari tu aku tolong kakak ipar buat nasi tomato satu periuk untuk lunch dan dinner sebab kitorang nak bermalas malasan sepanjang hari. Hehehe.

Anak-anak duk berlarian ke sana sini. Termasuk mandi air telaga (keluar ikut paip gak) sebab tahap kepanasan terlampau. 

So raya ketiganya aku ingat nak pergi ke rumah "blogger ini". Gaduh ke Kubang Kerian dulu sebelum singgah ke PCB. Tau je la area Kota Bharu tu kalau time raya jem mengalahkan kat KL. Dari Kubang Kerian nak ke PCB tu kitorang lalu jalan alternatif. Konon sepupu shujin tu tau jalan. Mak dia yang kitorang panggil mokchik tapi da macam mak sendiri tu pun ikut sama.

So kami percaya lah kata kata dua beranak tu. Pusing sana pusing sini. Ada masa dia kata suh lipat kanan tapi tangan tunjuk kiri. Lastnya sampai tah kat ceruk mana. Bila check kat google map tengok da off road. Jauh pulak tu dari destinasi. Sabo je la.

Patah balik baru jumpa jalan asalnya. Punya lah jauh. Itu pun dah pukul tiga lebih. Dengan kebulur bagai kan. Sampai tu kitorang cari parking, pergi makan dulu. Aku tengok tengok menu lepas tu aku kata kat shujin. Eleh takat macam ni tak payah nak spend 5-6 hengget sejemput ni aku boleh masak. Lagi sedap lagi. Sebab tu aku malas nak makan kat kedai. Harga cekik darah gila! 

Mengenangkan aku da pernah cakap dengan shujin teringin nak makan ikan goreng salut tepung tu, shujin pun da pujuk pujuk aku ambik gak. Aku pun ambik ala kadar. Dah la servis lambat. Maklumlah kan. Masuk kedai tu masa kebulur. Budak yang ambik order tu ambik order air je. Makan tak tanya. Dah la buat air pun berjam jam.

Aku order mi rebus, tapi yang sampai bukan mi rebus yang biasa tu. Mi yang direbus dalam sup campur gitu kot. Shujin order mi kungfu ke mi kuntau. Tak sure tapi dia punya paling lambat sampai sebab masa orang kedai tu masak diorang baru perasan tepung yang nak bagi pekat mi tu da habis. Diorang bising pergi kedai. Obvious gila bawak balik tepung lepas tu mi terus keluar. Mokchik makan mi goreng. Sepupu shujin punya paling cepat sampai sebab dia order megi.

Ambik jugak yang goreng goreng salut tepung tu. Tapi rega memang cekik darah la. Ikan kembung sekor RM4, udang besar gak la dengan kulit 4-5 ekor RM12, Sotong RM4-7, yang jenis bebola tu satu cucuk 4 ketul RM2. Aku bisik dengan shujin, "tak payah la..takat macam ni kita buat sendiri lagi banyak dapat makan". Ye aku memang kedekut. Bebola tu sekilo baru RM8 ke RM10 gitu. Bukan pure pun. Tepung je banyak. Dalam sebungkus tu boleh la dapat dalam 30 ketul kalau tak silap aku kira aritu. Hahaha :P So korang bayang la sendiri betapa cekik darahnya kedai kedai makan ni. Sepupu shujin order lagi keropok lekor lima batang RM5. Bukan panjang mana pun. Ciss..

Yang pasti aku tengok steambot yang apek duk jual ngan lori tu satu cucuk baru 50sen. Kecik sikit bebolanya. Tapi murah la banding dengan peniaga melayu.

Total damage RM50++. Huhu. Aku bisik kat shujin. Saya bukan nak jadi kedekut. Tapi lain kali kalau nak pegi pantai kita bawak bekal macam piknik okeh. Gelak je shujin dapat bini mata duitan tapi kedekut cam aku kan :P

Lepas habis mentekedarah dengan perasaan tak puas hati, kitorang pegi jengah jengah pantai. Masih panas gila lagi. Pantainya pun curam. So aku tak berani nak bagi bebudak ni mandi. Main kat gigi gigi air je. Aqil da excited sangat dah. Shujin siap belikan dia layang-layang angry bird RM4. Damia nyorok je. Cecah sikit kat air lepas tu lari. Hehehe.

Janji dengan dia esok kita pergi pantai lagi
Sampai sekarang dia tuntut sebab tak sempat nak pegi lagi..

Budak cuak dengan air
Lepas tu kitorang pergi menziarah kubur suami mokchik. Tu sebenarnya tujuan utama ke PCB. Kalau nak ke pantai je kitorang biasanya pergi Pantai Irama atau Melawi je sebab dekat dengan rumah Ma. Bila da habis semua tengok jam da pukul 5 lebih. Badan pun da melekit. So kitorang cancel je nak pergi rumah cik blogger comel tu. Esoknya baru aku pergi.

Last sekali, aku nak tunjuk muka Damia macam nak belasah aku. Hahaha.
Muka cam tak puas ati je.
Padahal masa aku tak halakan kamera kat dia elok je dok gelak gelak. Geram betul!

Daa

Hari Raya Pertama

Assalamualaikum

Orang da masuk kisah raya ke enam ke tujuh. Aku baru nak story mory raya pertama. Hahaha.

Sampai petang sebelum raya tu terus pegi cari ayam dengan shujin sebab nak buat ayam ungkep dengan nasi impit. Mak mertua aku da buat rendang daging dengan ketupat palas. Untuk buka puasa hari terakhir puasa tu nenek shujin masak gulai itik serati.

Lepas berbuka puasa aku terus start masak. Terlebih letak air jadi ambik masa nak bagi kering airnya tu. Chik (Atuk shujin) da tak sabar-sabar nak cuba, ambil seketul. Sedap kata dia. Fuuhhh.. Lega. Boleh mak aku bangga dengan anak pompuan sorang ni. Wakaka..

Actually kitorang pakai baju raya tahun lepas je. Tema ungu. Gambar raya aku sekeluarga hancuss semuanya. Tak tau la kitorang yang blur ke cameraman yang blur. Semua tak jadi. Nyampah gak aku nak share. Comot je nampak rupa aku. Grrr..

Muka pasrah maklong pakaikan selendang

Kena paksa

baru pasan gambar aqil sorang takde. Sibuk main
Geram aku dengan si Damia sekarang. Gambar dia semua susah nak senyum. Serius je kalau aku nak ambik gambar dia. Aqil ceria sikit. tapi aku lupa nak ambik gambar aqil sorang sorang sebab dia sibuk berkejaran dengan anak-anak kak long aku. Yang tiga pakai baju purple kat atas tu anak kembar tiga akak ipar aku. Tua setahun dari Aqil. Anak dia enam orang semua lelaki. Yang sulung tu yang pakai baju kuning, no dua dengan tiga pakai baju biru. Aqil menyelit sorang tengok diorang main game kat Samsung note mak bebudak tu.

Lepas semayang raya, bersalam salaman. Bertangis tangisan. Kehkehkeh.

Makan makan makan.. Anak-anak ikut gerombolan sepupu diorang pegi beraya rumah tok penghulu. Makan daging tajam kata Aqil (satay :P) Lepas tu kutip duit raya kat rumah makcik shujin sebelah rumah. Makcik shujin tinggal dekat dekat. Yang jauh datang kumpul kat rumah Ma (panggilan utk mak mertua aku). Jauh pun kat Pasir Tumbuh dengan Tanah Merah je. Bukan ramai pun. 

Nak pergi beraya rumah sedara mara jauh pun shujin bukan kenal sangat sebab diorang baru je pindah Kelantan semula lepas lebih kurang 20 tahun duduk Kedah. So, kenalan shujin lebih ramai kat Kedah. Balik Kelantan kitorang banyak Jalan Jalan Cari Makan atau pun pergi pantai je. 

Nanti aku update edisi pergi pantai pulak ye.

Daa

Selasa

Raya kami

Assalamualaikum

Lupakan dulu kisah sibuk. Cengkonon...

Raya Aidilfitri 2012 ni balik rumah mertua di Kampung Pauh Lima, Bachok. Dah takdir dapat jodoh dengan orang jauh. Bersabar lah aku dengan sistem giliran. Raya haji nanti turn kampung aku pulak.

Hari Jumaat tu aku ingatkan dapat pelepasan balik awal. Rupanya tetap pukul 5 cam biasa. Ceh!! Dari office terus bertolak ke Temerloh rumah kawan shujin sebab da janji nak makan murtabak tebal orang Pahang. Tapi sebab unexpectedly aku tak dapat pelepasan, so terpaksa berbuka puasa dalam kereta. Nak dekat pukul 9 baru sampai ke Temerloh. Mujur anak-anak tidur almost sepanjang perjalanan. Takde lah diorang membuahss sangat.

Sampai tu isteri kawan shujin dah siapkan kuih muih. Tapi aku terkuciwa sikit sebab murtabaknya tak sesedap yang aku rasa tahun lepas. Yang kali ni rasanya agak manis. Lepas makan kuih muih berehat sekejap sebelum dihidangkan nasi pulak. Oh..isteri kawan shujin tu pun pregnant lebih kurang aku jugak. Dia lambat sebulan.

Lebih kurang pukul 11 malam baru kami bertolak. Sebenarnya aku nak ajak shujin bermalam kat Temerloh je, tapi sebab tengok shujin macam gigih je nak meneruskan perjalanan aku pun ok je. Damia sambung tidur pulak tak lama lepas jalan tu. Half way ke Jerantut, shujin dah mula rasa mengantuk yang teramat. Sampai terlelap. Tambah lagi jalannya gelap dan kereta banyak guna lampu tinggi. Silau dibuatnya.

Akhirnya sampai jugak di Jerantut. Bermalam lah kami di Jerantut malam tu. (Lupa nak transfer gambar semalam..) Kami ambil suite (nama je suite..) Satu katil Queen dan satu single. Anak-anak tidur di katil single. Aqil excited sampai payah nak ajak tidur. Damia dengan shujin dah belayar lama dah. Terpaksa aku terkial kial melayan bujang sorang. Aku lupa pulak nama hotel tu.. Tapi harganya berpatutan dan selesa. Bilik yang aku ambik tu harganya RM88 sahaja.

Tak best nak cerita panjang sebab takde gambar kan. Nanti lah aku sambung pasal hotel tu lepas transfer gambar pulak.

Hari Sabtu pukul 11 pagi baru kitorang bertolak ke Kelantan. Aku guna laluan alternatif. So kereta tak banyak (speed trap pun takde kot :P ) Still.. Nak dekat pukul 4 jugak baru sampai ke Pauh Lima. Nanti aku sambung kisah raya pulak ok.

Apa la scheme budak berdua ni kann.. (Di Pantai PCB)
 Daa

Isnin

Mintak pendapat sebelum ke klinik - gatei -

Assalamualaikum

Aku tau dah padahal apa apa hal pun aku memang nak kena pegi klinik. First check up aku dah nak due esok sebenarnya. Tapi aku duk berdebar sebab masa raya aritu ada 2-3 kali macam rasa ada air yang ala ala air ketuban keluar sikit sikit. History aku dedua anak aku memang dikeluarkan awal sebab masalah kurang air ketuban.

Aqil - emergency csect sebab air ketuban kurang, doktor advice aku csect kat situ (UMRA- dr ummul) atau dia suruh aku refer hospital gomen sebab diorang tak cukup kelengkapan untuk support in case berlaku kejadian tak diingini. Oleh sebab masa tu anak first, aku takde pengalaman nak meneran bagai. Aku opt kepada csect. Aqil keluar dengan tangan kaki kecut sebab ketuban dah kurang. Alhamdulillah takde complication lain. Proses sangat smooth, cuma aku pitam almost whole day lepas operation. Nak susukan ala ala je.

Damia - Sebab aku teringin sangat nak bersalin normal, Dr Ummul taknak terima kes aku. Dari awal lagi dia refer aku kat hospital gomen. Aku pilih hospital serdang sebab yang itu terdekat yang husband boleh masuk teman kat labour room. Masa check up entah minggu ke berapa, tapi da tinggal 2-3 minggu nak due, air ketuban da makin kurang. Doktor terus suruh masuk wad untuk induce(sempat lagi aku mintak donat big apple dgn sundae choc mcd, tapi cuma dapat kfc je). Induce sekali pukul 6 pagi, kali kedua enam jam kemudian. Lepas induce kali kedua baru sakit. Pecah ketuban pukul 830 malam, masuk labour room pukul 11 malam. 3 jam kemudian baru bukaan full. Seksa 3 kali kena gunting T_T

Both case aku takde perasan air ketuban bocor ke apa sepanjang pregnancy. So agak confuse macam mana gaya air ketuban boleh kurang. Doktor pun tak dapat nak explain macam mana air ketuban boleh kurang. So far la. Kali ni, dah 2-3 kali aku perasan yang macam ada air keluar. Sampai basah seluar. Aku sure aku tak terkucil (in case kalau ada yang nak kata aku terkucil..hehe). Risau gak sebab aku baru dalam 4 bulan gitu.

Cepat la esok.. Ingat nak pegi check hari ni je, tapi takut doktor yang biasa check aku tu takde. Aku nak pegi check kat klinik biasa je dulu. Ada tak yang pernah ada pengalaman kes macam ni?

Mohon pendapat. Aku tau aku kena jumpa doktor. Esok aku jumpa doktor ok.

Daa

Nak nanges!

Assalamualaikum

Awal pagi..sedih nak tinggalkan Damia yang masih lena dibuai mimpi. Sebelum tu dia dah terbangun masa aku bangun nak bersiap. Bangun bangun terus mintak air laici. Nak gelak pun ada. Aku kata air laici tak ada, air kosong ada la. Akur minum, lalu terus sambung tidur.

Abang pulak. Masa aku tengah bersarapan dengan shujin dah bangun. Aku pesan supaya jaga adik, jangan bergaduh, makan etc etc. Hari ni budak berdua tu aku tinggalkan dengan sepupu shujin. Harap harap Damia tak bangun menangis bila aku tak ada. Dari semalam dia dah memujuk supaya aku tak payah pergi kerja sebab "adik nak ibu". Haih.. Jangan la buat ibu sayu macam tu anak-anak.. Mujur dengan Aqil tak ada episod tangisan. Dah makin besar bujang seorang ni. Maklumlah. Tak lama lagi nak cukup 4 tahun tahun Masihi. Kalau diikutkan kalendar hijrah memang dah cukup 4 tahun. :D

Sampai ofis. Mati senyuman dan angan angan nak bermood cuti lagi. Timbunan kertas yang mintak perhatian seakan nak mengundang air mata. Macam mana nak siapkan 2 minggu punya kerja dalam masa 4 hari tanpa perlu OT? Sebab tu aku tak suka cuti panjang. Orang kata bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Kes aku, sebelum nak cuti pun susah, da lepas cuti bertambah parah. Shujin kata minggu ni kerja 3 hari je. Aku kata. Harap-harap kerja 4 hari sebab aku takut tak sempat siap T_T 

Maaf. Belum ada gambar raya. Belum update cerita raya. Belum dapat berziarah ke laman rakan rakan semua.

Insya allah. Selesai ujian ni aku kembali aktif.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin.

Nota kaki : Macam sopan je entry lepas raya ni kan. Hahaha.

Daa

Jumaat

Take care!

Assalamualaikum

Hari ni aku masih kerja. Jalan nak datang ke office da lengang. Biasa jenuh menempuh jem. Hari ni smooth je. Jangan shujin terlebih tekan minyak sangkut ngan saman ekor sudah laaa.. Hehehe..

Aku still busy sebab walau pun nak cuti, hari ni dateline. So kena bagi siap semua ni. Apa pun aku nak ucap selamat hari raya buat semua. 

Insya allah lepas raya kita bertemu kembali. Hati hati semasa pulang ke kampung. Bagi yang dah berpasangan tu jangan gaduh gaduh nak balik kampung sapa. Biar adil. Paling elok buat jadual giliran supaya tak lebih ke mana mana. Bukan apa. Sekarang kita jadi anak kita asyik nak balik kampung kita je. Pasangan ada kampung jugak. Ada mak ayah jugak. Takut takut bila anak kita besar nanti menantu pulak buat kita macam tu. Kan ke haru tu.

Kalau ada salah silap terkasar bahasa aku minta maaf. 

Daa

Khamis

Sebak

Assalamualaikum

Aku tak reti nak gambarkan perasaan aku sejak bangun pagi tadi. 

Aku tak tau wajar ke tidak aku share apa yang berlaku sebenarnya.

Masa aku tulis entry ni, hati aku jadi bertambah sebak.

Nasib baik kat opis, kalau tidak aku rasa da berjurai jurai da air mata aku skang ni.

Ramadhan dah nak tinggalkan kita. Semoga aku dilanjutkan usia untuk bertemu Ramadhan tahun depan.

Insya allah.

Aku lambat publish sebab aku tak boleh nak decide, adakah wajar aku nak tulis entry ni. Sorry. Aku bukan nak kedekut atau berahsia, tapi percayalah. Takde kena mengena dengan apa apa kejadian buruk. Aku sihat. Family aku semuanya sihat. Insya allah. Alhamdulillah. Aku dan shujin memberikan reaksi berbeza pada apa yang berlaku. Sungguh pun begitu. Kitorang memang sangat bersyukur.

Semoga amalan kami yang sedikit sepanjang Ramadhan kali ini diterima dan diampunkan segala dosa dosa silam kami. Amin.

Daa

Rabu

Sampai mati le kita mencarum KWSP

Assalamualaikum

Sumber : Berita Bernama

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 akan dipinda bagi mewajibkan pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun terus mencarum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata pindaaan itu selaras Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat pada Jun lepas, menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun.

“KWSP, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia, bersetuju bahawa pengeluaran caruman KWSP masih kekal pada umur 55 tahun dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta.

“Pencarum yang tidak mengeluarkan duit ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan ketiga pada tahun ini.

Acane gayanya ni.... Nampak gayanya KWSP ni bukan untuk pencen, tapi duit untuk tampung kos pengkebumian xox

Daa

Salam Lebaran

Assalamualaikum

Nampak gayanya banyak blog dah mula wish untuk selamat hari raya. So dikesempatan ni, aku pun nak ambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Semoga ramadhan ni kita tinggalkan dengan penuh bergaya.
Semoga aidilfitri kita sambut dengan penuh ceria dan sederhana

Berhati-hati bagi yang berkereta pulang ke kampung. 
Jangan sampai terlebih makan
Jangan sampai banyak pembaziran
Jangan sampai lupa sempadan agama

Aku tak pandai nak cakap fancy fancy. Tapi aku nak mintak maaf kalau ada entry yang tak berapa nak membina yang menyakitkan hati sesiapa atau mana mana yang tak berapa nak berkenan dengan komen komen yang aku tinggalkan.

Insya allah raya kali ni aku balik kampung mertua kat Pauh Lima Kelantan (sobss..tapi happy sebab aku da rindu dengan masakan kelantan..hihikk) Aku cuti seminggu tapi tak sure berapa hari ada kat sana. So, kalau ada rakan blogger yang tinggal berdekatan nak jemput aku datang beraya (wakaka) insya allah akan aku cuba penuhi.

Sepanjang cuti mungkin aku tak rajin nak memblog. Insya allah kita jumpa lagi lepas raya sebab aku memang kurang rajin nak buat auto publish punya entry.

Aku keja sampai jumaat. So ada lagi entry sebelum aku start cuti. Sila jangan boring nanti korang rindu..Hahaha..

Muka kepochi bangun sahur sekali
Daa

Idea saja

Assalamualaikum

Anak-anak memang suka sangat menonton cerita Despicable Me. Tengok berulang kali pun tak jemu. Mak bapak yang jemu sampai da hafal dialog. Awal tahun aritu pulak dah keluar preview untuk Despicable Me 2 dengan si makhluk comel warna kuning bulat bulat bujur yang dipanggil minion menyanyikan lagu potato banana. Serius comel sangat. Aku pun tak jemu tengok. Ibu ibu boleh search kat Youtube Despicable Me 2 (lagu banana potato..comel gilaaaa..)

So..apesal tetiba aku cerita pasal Despicable Me ni. Sebenarnya dalam cerita ni ada tiga orang adik beradik anak yatim yang tinggal kat rumah anak yatim. Menurut husband trend biasa kat negara omputeh. Rumah anak yatim ke girl scout ke, diorang biasanya akan buat jualan amal. Jual cookies, coklat ke kawasan kejiranan tempat tinggal diorang tu. 

Baru baru ni aku terbaca satu blog yang menceritakan pengalaman dia dengan ahli keluarga pergi buat lawatan amal ke sebuah rumah anak yatim di Banting. (serius aku lupa blog siapa, kalau tuan blog tu terperasan komen sini ya supaya aku boleh link kan post tersebut kat sini untuk rujukan umum) Apa yang aku ingat dia tulis adalah, budak lelaki tidur atas tilam je. Takde bilik takde katil bagai. Lepas tu nak solat pun alas dengan kain je. Tak cukup sejadah. Ada jugak yang tak cukup alas, terpaksa solat atas lantai je tak beralas. Selain dari tu, keperluan harian pun kadang-kadang tak mencukupi. Spender pun kadang-kadang terpaksa berkongsi.

Sedih kan.

Kat Malaysia ni tak semua rumah anak yatim dapat bantuan rasanya. Ada yang sendirian berhad, tapi tak cukup dana untuk manage dan maintain. Sebab tu kadang-kadang kesian sebab jadi tak selesa kat anak-anak tu. Cadangan aku adalah, apa kata rumah-rumah anak yatim sendirian berhad ni buat jualan makanan macam cookies, roti, puding.. Bekalkan ke kedai kedai runcit atau buat jualan amal masa hujung minggu. Tak salah kutip derma. Tak salah jual produk ubat kuat, tapi bukan semua orang makan ubat kuat. Tapi rata-rata kita setuju kalau kata rakyat Malaysia ni suka makan cookies, puding dan sebagainya. 

Nak raya contohnya. Buat la biskut raya. Tapi jangan sampai mengganggu masa belajar mereka yang bersekolah. Cuti sekolah boleh dimanfaatkan dengan baik. Shujin pernah cerita kat aku, dia pernah pergi ikut badan amal menghantar pakaian dan keperluan kepada rumah anak yatim. Ada antara anak anak ni yang kata "eleh..balik balik hantar baju..bagi la duit ke"..

Aku rasa ini lebih baik lagi dari hantar budak budak tu pergi mintak derma merata rata. Tapi jangan la pergi buat jualan kat tempat jauh jauh melainkan melalui apa-apa event. Buat kat kawasan kejiranan yang biasanya tau kewujudan rumah anak yatim tu. Selain dari dapat pendapatan sikit sikit boleh bagi anak-anak tu pendidikan pasal perniagaan.

Mungkin pengetahun tu akan berguna bila diorang dah keluar dari rumah tersebut.

Pandangan aku je. Nak tidur semalam tetiba terfikir pasal ni.

Daa

Selasa

Kurang sakit dah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Sakit perut da makin kurang. Cuma bila berjalan tu terasa sikit sikit ngilu gitu. Tak gigil dah. Shujin datang sebenarnya kejap tadi sebab aku da janji nak pergi hantar kuih raya orang tempah. So shujin bawakkan susu dengan biskut in case kalau aku terpaksa berbuka puasa. So, tengok aku pun da ok. Shujin benarkan aku sambung je puasa. Dengan syarat kalau sakit je nanti kena lebur gak. 

Ai ai kapten. Hehehe.

Terima kasih pada yang mendoakan :D

Berkenaan dengan No Nama tu, aku tak berhajat nak memberi jawapan panjang lebar pada komen dia. Aku terbuka sebab masing-masing mempunyai kefahaman dan pendapat masing-masing. Apa yang aku tulis sekadar pendapat aku. Selebihnya, aku da tulis sambungan entry tersebut DISINI.

Berkaitan dengan kaya dan sederhana ni banyak dah aku tulis. So malas jugak la nak membuat ulangan. Cuma suka aku nak bagitau kat sini, entry aku tu bukan bermaksud aku degrade ustaz dan aku menaikkan darjat orang bukan Islam macam Dalai Lama tu. Cuma aku nak mengajak supaya kita sama-sama berfikir. Orang bukan Islam ada yang tak percaya pada kehidupan akhirat tu pun nak berbuat sebanyak kebaikan di dunia ni. Apa lagi kita sebagai muslim yang dah tau segala kebaikan yang kita buat di dunia ni akan diberi ganjaran yang besar di hari akhirat. Yang mana kita boleh beramal tanpa modal (harta), tapi ada pahala lebih besar bagi yang beramal dengan modal (harta). Contoh kalau ada duit lebih boleh sumbang kipas, sejadah, telekung supaya selagi orang gunakan barang-barang tu selagi tu lah kita dapat pahala. Walau pun kita dah meninggal dunia. Harta tak boleh bawak masuk kubur, tapi harta yang kita wakafkan dan kita tinggalkan untuk anak-anak akan memberikan pahala.

Apa yang ingin aku sampaikan adalah supaya, ustaz ustaz menekankan bukan saja tentang amalan untuk hari akhirat. Malah untuk kesejahteraan hidup di dunia juga. Sebab tak boleh tidak. Apa yang kita lakukan semuanya akan ditimbang di akhirat kelak. Ada yang kata Allah lebih sayang orang miskin, tapi jangan lupa, sahabat nabi yang kaya macam Saidina Umar masuk syurga tanpa hisab, salah satunya adalah kerana sifat dermawan yang dia ada.

Dan berkaitan dengan icon (favicon). Pembaca tegar blog aku tau perangai aku. Sungguh pun aku ni bukanlah kategori alim sangat. Tapi aku sensitif jugak bab bab memuja agama lain ni. Dan aku sangat sangat tak setuju kalau No Nama mengatakan aku benci ustaz dan memuja agama lain dengan menggunakan simbol yang dikatakan simbol ankh. Setau aku simbol tu cuma simbol lelaki pompuan. Serius aku tatau. Tapi aku da tukar favicon aku kepada lambang penguin untuk mengelakkan salah faham lagi di masa depan.

Dan yang aku tulis bukan hadis je. Rasanya cuma satu je hadis aku tulis dalam entry tu. Yang lain adalah ayat al quran. Kalau pun ustaz tak berapa pandai nak membincangkan bab ekonomi, janganlah ditakutkan dengan menakutkan kalau banyak harta boleh kufur nikmat dan sebagainya. Sebab kufur nikmat bukan saja boleh kena pada orang kaya. Malah orang yang miskin pun sama. Jangan sampai kerana ilmu Islam tu tak disampaikan dengan betul menjadikan umat Islam menyerah pada takdir semata mata tanpa mahu berusaha. Dengan alasan, "syukur pada rezeki yang Allah beri"

Haihh..Panjang lebar jugak jadinya..

Apa yang penting. Aku tak kata pun pasal mencari harta dengan sewenang wenangnya. Cuma penceramah agama janganlah menakutkan umat Islam dari mencari kekayaan. Kaya atau miskin ada kelebihan masing-masing. Tapi semua orang wajib berusaha dan disuruh supaya berusaha untuk mencari kekayaan. Dan kena ingat. Rezeki Allah yang bagi. Kita cuma berusaha. 

Kita dah tengok betapa teruknya moral orang zaman sekarang kerana masalah ekonomi salah satunya. Sampai sanggup mencuri kerana takde duit nak bagi anak minum susu. Adakah kita nak terus hidup with in our means dan membiarkan diorang terus hidup susah. Dengan adanya saudara saudara kita yang kaya, hasil kutipan zakat akan dapat membantu ekonomi golongan yang berpendapatan rendah. (jgn cerita bab distribution zakat la ye) Tapi takkan kita nak harap orang lain je yang memberi zakat. Atau kita harap nak terima zakat. Kena lah berlumba lumba nak mengeluarkan juga.

Sekian.

Daa

Tanpa nama mengamok?

Assalamualaikum

Ourkizuna bukan blog glamour yang ramai peminat di kalangan Tanpa Nama, Tiada Nama atau lebih mesra dengan panggilan Anon. Melainkan komen komen spam yang aku filter tu la. Pagi ni aku agak sibuk (sambil sakit perut gara-gara makan nenas malam tadi). Tetiba masuk notification email encik No Nama ni memberikan pendapat dalam entry aku yang ala ala menghentam ustaz di Malaysia.

Aku kopipes sini la ye

Komen No Nama
Selamat pagi semua. Syabas kerana telah berjaya meluahkan isi hati saudara. Begitulah, biar kita berterus terang daripada hanya memendam rasa.
Entri ni saya jumpa secara tak sengaja, nak cari benda lain, jumpa benda lain. Nasib badan ler...
Saya tak nak sentuh entri ni dulu, saya cuma nak sentuh tentang icon yang digunakan untuk blog ini. Takpe mungkin saudara tidak tahu. Biarlah kita kongsi bersama. Simbol itu disebut ankh sila rujuk dipautan berikut.
http://www.touregypt.net/featurestories/ankh.htm
Komen saya, jika kita benci sangat dengan OSTAD-OSTAD (ustaz) ni, janganlah sampai kita cari simbol agama lain untuk dijadikan sebagai icon (pujaan) kita pula. Rasanye tak betul tindakan tu.
Dalam hal tak cukup makan bukan salah ulamak, tetapi salah kita, kita yang mendengar. Mengapa kita pula yang bersalah?
Renung semula tentang hadis yang saudara bawa (ada yang mempertikaikan taraf hadis ini), memang ler OSTAD tu tak pandai nak cerita pasal ekonomi sebab sistem kita telah memisahkan hal-hal agama dengan hal-hal dunia, orang agama hanya belajar bab hukum saja dan sedikit berkaitan ilmu dunia, dan yang lain belajar banyak-banyak tentang dunia dan sedikit tentang agama (itupun ada yang hanya sampai ting lima shj). Jadi t/jawab siapa nak membetulkan hal ini. Kitalah yang mendengar kuliah tu. Yang dengar kuliah tu bukan semua OSTAD, ada doktor, lawyer, mekanik, jual burger dll. Kitalah yang kena realisasikan semua tu.
Oh ya, seperkara lagi, cuba saudara gi kat surau-surau atau masjid, selidik sikit sape yang selalu gi dengar kuliah tu, BERAPA ramai yang bawak motor kapcai atau basikal buruk? Selalu yang kelihatan adalah kereta menjalar-jalar, sebut jer apa jenama yang saudara tak mampu pakai, semua ader, kalau tak ader kat tempat saudara mungkin ader kat tmpt lain. Dan berapa ramai yang merempat kat tepi jalan tak cukup makan dan sebagainya dikalangan mereka yang HADIR kuliah agama? Cuba bagi statistik sikit sape-sape yang telah mati kebuluran kerana belajar agama.
KURANG AJAU PUNYA BUDAK.
SAUDARA JANGAN BUAT FITNAH. Kita ni tak habis-habis nak persoalkan tntang rezki, kita nak makan sampai lubang kubur ker? Kalau rezki kita berkat, Insyallah ianya akan menjadi talian hayat semasa kita dalam kubur (ianya akan dijadikan sebagai sumber manfaat oleh orang lain seperti sedekah, wakaf dsb nya). Dapat pula menjana ekonomi umat Islam yang lain dengan menyediakan pekerjaan kepada mereka dsb (contoh terbaik sekarang ialah Sheikh al-Bukhari – jutawan dermawan Malaysia). Jika tak berkat jadilah ianya bahan perbalahan adik-beradik lantaran merebut harta pusaka, hatta sanggup berbunuhan antara satu sama lain. Atau kalau janda kita masih muda, rezekilah bagi lelaki yang berjaya menambat hati ex istri kita... wallua’alam. 

Ada lagi....
Allah telah berfirman dalam al-Quran surah al-Jumu'ah ayat 10, yang maksudnya..."Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan". Ayat tersebut seolah-olah meminta kita mencari apa sahaja punca rezeki yang ada untuk kita ambil manfaatnya. Tetapi jangan lupa dihujungnya,...serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kajayaan. Apa maksud ingat Allah banyak-banyak? Adakah sama dengan kita ingat kat makwe atau pakwe kita? Kalau macam tu senang ler, kita tak payah solat atau sebagainya, bila masuk waktu solat, kita niat saja, tak yah buat apa-apa. Pastu kita tuntut ngan Allah syurga. Kalau cam tu punya simple, tak yah ler Allah turunkan al-Quran utk kite, sekadar ayat tadi dah cukup.
SEPERKARA lagi, saudara ada tunjukkan gambar Dallai Lama kan? Rakan pembaca budiman, SEDARLAH, rezeki yang melimpah ruah, suasana yang aman damai tidak boleh diukur tentang kasih sayang Allah terhadap kita. Kita kena bezakan antara Pemurah ALLAH dengan Pengasih Allah (al-Rahman dan al-Rahim). Allah bersifat Pemurah, sebab tu Allah memberi rezeki kepada semua orang, sama ada kafir ataupun tidak. Malah realitinya kadang-kadang kita lihat orang kafir memang lebih kaya dari orang Islam. Tetapi kepada orang beriman Allah kurniakan IMAN. Mana yang lebih bernilai? Iman atau kaya? Kita nak dua-dua? Ikutlah apa yang disebut didalam surah al-Jumu’ah di atas, baru kita boleh jadi macam Abd Rahman bin ‘Auf.
Sememangnya ada dalam kalangan kita yang kaya raya macam juga dengan orang yang belum lagi Islam (not Islam yet – kata-kata dari Ustaz Hussein Yee), tetapi tidak mengamalkan Islam dengan betul. Allah sememangnya memberikan ganjaran keatas kebaikan-kebaikan mereka ini walaupun not Islam yet, tetapi ganjaran mereka hanya di atas dunia sahaja. Tanpa iman mereka mungkin tidak mendapat mengecapi Syurga Allah.
Syurga ALLAH tu apa?
Kan kita selalu dengar para OSTAD ni sering menyebut, ... dunia ni hanya tempat ujian semata-mata,akhiratlah tempat dan matlamat hidup kita. FAHAM ke tidak? Senang citer, camni lah sebagai analoginya... Sebuah syarikat kereta ingin menghadiahkan kepada pekerjanya kereta-kereta mewah keluaran syarikat tersebut serta ganjaran-ganjaran lain bersempena ulang tahun syarikat tersebut kepada pekerja-pekerjanya yang terpilih. Pekerja yang ingin mengambil bahagian akan diberikan sebuah basikal dan peserta dikehendaki membuat laporan atau persembahan tentang manfaat basikal tersebut kepada manusia serta cara-cara penjagaannya mengikut syarat-syarat yg di tetapkan. Peserta-peserta yang berjaya akan dberikan kereta mewah, petrol, penyelenggaraan dengan percuma. Hadiah-hadiah lain seperti perempuan cantik, rumah, tanah dsb juga akan diberikan mengikut kreativiti kepatuhan pada syarat pertandingan dan kesungguhan para peserta.
Sememangnya ada sebahagian peserta yang berjaya dan mendapat hadiah yang tidak pernah ditawar oleh mana-mana pihak sebelum ini, tersangat lumayan. Mereka hidup dengan selesa sekali. MALANGNYA, ada dalam kalangan peserta/pekerja syarikat tersebut terlupa/tidak mengendahkan dengan syarat tersebut. Mereka leka dengan basikal tersebut, mereka melakukan pelbagai ubahsuai bagi memenuhi citarasa mereka, sehinggakan ada yang berjaya menjadikannya sebuah kereta juga. Bagi mereka, basikal itulah segala-galanya, mereka langsung tidak mengendahkan amaran tentang perlanggaran syarat serta ganjaran yang lebih hebat jika mereka berjaya nanti. Akhir sekali mereka memohon kepada boss syarikat itu utk mereka milki basikal tersebut, dengan senang hatinya boss tersbut kasi mereka basikal tu.
Begitulah perbandingan Syurga Allah dengan dunia ini. Jika kita berjaya menjadikan dunia ini sebagai tempat mencari keredhaan Allah, nescaya kita akan berjaya seperti yang dinyatakan diakhir ayat 10 surah al-Jumu’ah “...semoga kamu beroleh kejayaan”. Amin, ya Rabbal ‘Alamin. 

-------
Marah betul No Nama ni kan.

Aku da tukar icon aku, demi menghormati pendapat encik yang berkenaan ni. Aku memang tak tau pun kalau simbol laki pompuan ni ada kena mengena dengan agama ke kepercayaan mana mana. Sori. Aku yang jahil.

Berkenaan dengan komen dia. Aku tak sempat nak mengarang lagi.

Tetiba lepas  cherry berry jap ni. Aku sakit kat bawah perut yang amat sangat. Bos aku da bising sebab aku makan nenas malam tadi. Aku sure orang lain pun akan bising bila baca ni. Aku da gigil teruk dan sakit perut teruk. Bos da suruh aku buka puasa je. Minum air suam. 

Tak boleh tulis panjang da.

Daa

Isnin

Angin naik ke kepala

Assalamualaikum

Tiktok tiktok..Rasa lambat betul masa berjalan hari ni. Kalau ikutkan hati nak je aku lebur tapi rasa macam aku still boleh bertahan lagi so sabo je la kejap. Orang boleh pergi perang dalam bulan ramadhan takkan aku nak tahan puasa duk dalam aircond kejap pun tak boleh.

Dalam kepala tengah tak boleh nak layan skrin sangat ni ada pulak kes kes berat dalam kerja. So kalau ada yang tanya kenapa tak coti je. Aku tak boleh nak coti sebab tetiba ada kes. Tak sampai ati pulak nak biar TL aku berhempas pulas sorang-sorang. Tapi aku cam banyak gak serah kat dia hari ni. Macam nak melepek je macam kain buruk. Kalau ada tikar bantal lama dah aku landing skang ni. T_T

Layan blog bulis pulak. Kehkehkeh. Tu sila jangan tanya :P

Aku nak update aktiviti hujung minggu ritu. Walau pun tak bergambar. Weekend ritu aku dalam misi menghantar pesanan kuih raya yang di order. Salam seorangnya rakan blogger dan senegeri sekampung aku cik Ujie

Tapi aku takde borak lama pun. Lagi pun kesian tuan rumah baru balik dari luar. Dengan tak sopannya aku bagi alasan "takpe lah. Bulan puasa ni bukan boleh minum air pun" Lepas tu aku terus terasa. Cam hampeh je alasan aku tu. Kok ye pun takyah la bagi alasan sebegitu rupa. Sori ye Ujie. Bukan niat dihati nak berkata tak supan. Ni lah jadinya bila mulut lebih laju dari otak yang berfikir.

Anak-anak siap dapat sampul hijau lagi dari cik Ujie. Bebudak tu kepenatan+mengantuk meround hantar kuih raya. Masing masing buat muka bila aku suruh salam cik Ujie. Malu je.

Ujie dengan husband sangat peramah. Lembut je orangnya. Biasa la. Orang kampung aku memang peramah belaka. Lemah lembut pulak tu. Kihkihkih. Apa pun aku nak ucapkan terima kasih buat Ujie atas layanan baik kamu dan suami. Insya allah kalau ada kesempatan kita jumpa lagi nanti.

Kalau nak baca kisah pertemuan kami versi Cik Ujie boleh klik SINI

Macam mana nak lebur puasa. Tengok gaya aku menulis langsung takde macam orang tak larat kan. Huh! Tak patut betul nak bukak pose.

Tengok post Kakzakie teringin nak minum iced lemon tea. Wajar tak?

Daa

Kenapa ikan dan pancing

Assalamualaikum

Rentetan dari persoalan tentang ikan dan pancing.

Munnafendy tanya, apa motif dihantar ke pulau tu. Irfa pulak nak request makanan lain dari ikan. Demand ko Irfa :P

Sebelum aku terangkan motif dan matlamat soalan aku tu meh aku imbau imbau kenangan lama.

Sebenarnya 2-3 hari ni aku teringat kisah beberapa tahun dulu. Untuk tidak mengaibkan sesiapa aku ubahsuai la sikit latarbelakang orang ni. Lagi pun sebenarnya senario macam ni biasa kita lihat dalam masyarakat kita. Kita panggil dia A lah ye.

A tak dapat cari kerja dan terpaksa bergantung harap pada pendapatan isterinya. Macam-macam dia dah lakukan untuk menambah pendapatan keluarga tapi tak satu pun berjaya. Pinjaman kereta dah beberapa bulan tak dapat dibayar. Insurans dan cukai jalan kereta pun dah hampir tamat tempoh. Sebenarnya keluarga A bukan tergolong dari golongan orang susah. Ibu A menawarkan untuk membayarkan semua bayaran yang tertunggak bagi mengelakkan daripada kereta A ditarikh oleh pihak bank.

Saranan ini telah ditolak oleh A. Katanya "mudah je kalau mak nak bagi duit tu, tapi saya tak boleh terus hidup mengharap pada ihsan orang semata mata. Walau pun keluarga sendiri." Diusahakannya juga untuk membayar tunggakan pinjaman kereta sedikit demi sedikit.

Hampir setengah tahun kemudian, A telah mendapat pekerjaan dengan gaji yang agak lumayan. Dan dia tak pernah menyesal menolak bantuan dari ibunya walau pun terpaksa bersusah payah selama beberapa tahun.

Sekian kisah A.

Ok. Kenapa kena hantar ke pulau. Pada aku la. Walau pun hidup kita dikelilingi oleh ramai orang termasuk ahli keluarga dan sanak saudara. Hakikatnya kita sendiri. Tak salah kita menerima bantuan tunai dari orang lain. Tapi selama mana kita nak hidup dengan bergantung pada orang lain. Kalau orang yang kita gantung harapan tu hilang tak ada atau berhenti beri bantuan. Adakah kita beralih cari bantuan orang lain pulak? 

Sama macam kita nak beri bantuan pada orang lain. Pada orang susah contohnya. Bersedekah tu sangat sangat digalakkan dalam Islam. Tapi sampai bila mereka tu nak bergantung harap pada duit sedekah. Golongan macam ni memerlukan satu peluang yang boleh membantu diorang berdiri dengan usaha mereka sendiri. Lebih lebih lagi bagi golongan miskin dan fakir yang masih sihat. Kalau sakit tu memang la agak sukar bagi mereka nak berusaha. Kalau kita bagi bantuan kewangan. Dan mereka spend duit tu. Macam tu je lah. 

Cuba kalau kita bagi bantuan kewangan dan ajar mereka berniaga contohnya. Ajar bercucuk tanam contohnya. Hasil tu akan bantu ubah kehidupan mereka. (Tapi please jangan ajar diorang mulakan dengan berhutang. Buat loan untuk meniaga. Terlalu berisiko bagi orang yang memang tak ada apa. Dan kalau nak ajar orang tu meniaga, follow closely sampai orang tu berjaya. Provided dia sendiri ada keinginan nak ubah hidup la kan) Bukan harap pada bantuan kita semata mata. Atau pun berikan diorang ni peluang pekerjaan yang lebih baik bagi yang ada potensi.

Macam anak-anak kita sekali pun. Bila anak susah. Sebagai ibu bapa mesti rasa nak tolong. Kalau ada duit hutang tu nak tolong selesaikan. Masa kita hidup boleh la. Kalau kita da mati esok. Siapa nak tolong?

Ini adalah sikap masyarakat kita yang perlu kita ubah sebenarnya. Kenapa orang cina boleh berjaya kat mana-mana pun mereka? Maybe tak semua la. Kalau kita tengok. Kebanyakan kan. Sebab diorang ni ilmu survival tinggi. Aku bukan nak kondem BR1M ke apa. Tapi iklan pun tunjuk. Dapat duit beli cermin mata. Dapat duit bayar bil letrik. Alahai. Bil letrik da dua ratus lebih. Lepas tu tarik sana sikit sini sikit habis. Lepas tu apa? Takde apa la. Cuma iklan duk tayang macam bank in duit tetiap bulan la kan.

Dan ingatlah. Kita sentiasa diberi pilihan. Setiap hari kita buat pilihan. Pegi pasar ramadhan pun kena pilih. Jangan salah buat pilihan. Dan kalau dah salah pilih belajar dari kesilapan. Kalau tak silap tak belajar kan. So takpe buat silap. Asalkan kita belajar dari kesilapan pilihan kita. Setiap pilihan ada baik buruknya. Teliti baik baik.

Yang mana lebih baik? Ikan atau pancing? Pilihan di tangan masing masing.

Nota kaki: Cabaran berpuasa semakin getir nampaknya. Bila start muntah2 tak keluar apa. Kaki pun menggigil. Rasa macam nak balik rumah je T_T

Daa

Sudah jatuh ditimpa mixer

Assalamualaikum

Pagi Senin yang kurang ceria. Pagi tadi da bangun 430. Duk snooze sampai pukul 5. Lepas tu stop alarm sebab ingat nak bangun. Lepas tu eh..lelap jap la. Terjaga lagi sekali lagi seminit nak azan. Sempat kejut shujin bagi tau. Sayang..Seminit lagi nak azan. Sambil sama sama mendengar sayu laungan azan subuh di pembaringan. Adess.. Harap-harap boleh bertahan.

Pagi pagi dah low blood pressure. Darah takmo naik kepala. Sikit lagi nak berguling depan almari. Terpaksa la kensel penghantaran kuih raya ke TTDI tengah hari nanti nampak gayanya ni.

Walau pun aku da tak tidur lepas subuh. Still jugak keluar lambat sebab badan rasa lemah gemalai. Saiko betul! Dah la lambat keluar. Kereta pulak habis minyak. KESAS pulak jem tak hengat. (Eh pernah ke KESAS tak jem :P )

Sampai kat atas nak turun ke Jalan Airport Subang tu ada pulak kereta menghimpit. Nasib baik kami tak terhimpit ada sorang mamat yang jalan kat tepi tu (motor dia rosak agaknya) Hangin je shujin. Naik office rupa rupanya aku pakai selipar je. Hehe.

Kaki pulak sakit sebab semalam masa nak keluarkan mixer tu mixer jatuh atas kaki. Nasib baik hand mixer je. Kalau kitchen aid mau beraya kat hospital gamaknya aku. Tapi melalak jugak la. Nasib baik aku ni saiz S je. Senang nak mengada ngada shujin bagi ohime sama dakko. Hihihi.

Choc chip, beskut cornflake dengan beskut cornflake yang da habis cornflakenya aku gaul badam cincang.
Shujin request nak beskut dahlia pulak. Haihh. Nasib baik raya setahun sekali (kata aku) Shujin potong kata "Raya setahun dua kali la" Adess. Nampak gayanya bertunggu bertangga depan oven lagi la raya haji nanti.

Rasanya kitorang takde beli baju raya tahun ni. Maybe aku nak sambar selai dua untuk anak-anak. Baju kitorang baju tahun lepas pun ok lagi. Langsir perabot bagai tu memang tak pernah lagi dalam sejarah kitorang tukar masa nak raya. Hehe.

Macam mana persiapan raya korang. Ke dah ada yang start cuti. Wahwahwah. Bestnya..

Daa

Jumaat

Ikan atau pancing

Assalamualaikum

Hampir terlupa yang hari ni Jumaat sebenarnya.

Aku nak bertanya pada yang membaca, sekiranya korang dihantar ke satu pulau, tanpa bekalan makanan. Cuma boleh memilih sama ada ikan yang segar dihantar setiap kali waktu makan atau pun sebatang pancing (assume that umpan mudah didapati & bagi yang tak reti memancing akan diajar cara-cara memancing).

Yang mana satu akan korang pilih.

Selamat menjawab soalan & selamat berhujung minggu.

Daa

Pengalaman berpuasa zaman belajar

Assalamualaikum

Zaman paling jahil zaman paling kelakar. Dan mostly yang paling paling lah zaman belajar ni. Kalau mungkin ramai orang complain nasi kat dewan makan asrama paling tak sedap aku boleh senyum senyum. Sebab nasi dan lauk pauk kat dewan makan sekolah sains kota tinggi dulu memang antara yang paling sedap. Jauh lagi sedap dari lauk hospital. Malah kalau makan makan special tiap hari rabu (nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak) tu memang boleh beat yang beli kat kedai. Diakui oleh ayah aku sendiri. Tapi rasanya skang tender dewan makan pun da bertukar. Maybe da tak sesedap dulu.

Zaman berpuasa kat asrama memang best. Bersahur seawal pukul 430 pagi. Adik adik yang tak tau peraturan dewan makan buat macam rumah sendiri masuk dewan makan dengan pakai baju tidur doraemon atau seluar track suit. Ada yang pompuan siap tersilap sarung. Pakai baju kurung dengan kain dalam saje. Kecoh la kat sekolah lepas tu. Yang malas lagi sanggup sambung tidur pun ramai. Bila ramai yang malas turun bersahur, yang untung adalah insan kuat makan macam aku la. Mintak extra itu ini dengan brader yang cedok lauk. Hihi.

Bila da habis sekolah. Still rindu dengan masakan pakcik dewan makan. Walau pun kadang kadang kuihnya masa minum petang tu keras kematu kitorang baling je atas bumbung dewan makan. Konon tak baik buang makanan dalam tong sampah. Buang atas bumbung mulia sikit kot sebab tinggi darjatnya :P

Zaman belajar kat kolej biasa je. Kalau berbuka puasa tu tumpang kawan-kawan yang ada kereta pegi la kat pasar ramadhan. Kalau tak, bersabar je la dengan makanan kat kedai tepi tepi hostel tu. Sahur pulak ada masa dapat makan FREE sebab ada kursus guru-guru diorang makan sahur. Kitorang tumpang sekali. Harap diorang halalkan T_T

Paling sadis masa zaman belajar kat Jepun. Untungnya masa zaman aku belajar dulu bulan puasa jatuh musim sejuk. So siang pendek. Sahur lebih kurang macam kita kat Malaysia. Berbuka seawal pukul 5 petang. Kalau tengah kelas. Pakat gigit pemadam nak batalkan puasa. Nak makan segan sebab aku sorang je muslim dalam kelas tu.

Habis kelas sipi sipi nak masuk isyak. Lepas solat isyak bagai baru keluar pegi cari makanan. Bayangkan le sejuk sejuk time tu. Komuniti pelajar Malaysia kat tempat aku bukan ramai. Aku pulak jenis lone ranger (pemalu la konon sebab mostly yang tinggal dekat tu semuanya jantan :P) So, ke mana mana sendiri aku je. Naik basikal. Alhamdulillah tak ada apa yang buruk berlaku walau pun kadang-kadang aku kena stay kat lab sampai nak dekat tengah malam. Memang selamat pun kat sana. Pernah sekali. Balik dari kelas da pukul 645. Aku tak sempat nak masak sebab kelas pun full. So konon nak pegi makan spagetti la. Aku ni kampung. Mana pernah makan spagetti. First time makan kat sana la. 

Order spagetti bolognese. Mana aku tau dalam tu daging. Nasib baik aku golek golek dulu. Tanya kat waitress tu rupanya bolognese tu ada daging cincang. So aku pun cakap kat dia. Ambikla balik. Aku tak boleh makan. Aku ambik salad. Rupanya salad tu pun ada ham dalamnya. Hampeh gila. Aku minum air. Lepas tu aku bayar. Bagusnya diorang tak cas pun harga spagetti yang aku terorder tu. Aku bayar salad je. Air kosong FREE.

Lepas tu aku pegi seberang jalan ke kedai tujuh sebelas. Beli pau. Kebulur gila dowh! Makan satu untuk berbuka. Simpan sebiji lagi untuk sahur. Since time tu sejuk gila. Bangun sahur aku hulur sebelah tangan ON danbou (pemanas). Lepas tu aku duk dalam selimut sambil makan pau sejuk beku T_T. Lama gak nak habiskan tu pun. Sebab aku ngantuk. Satu bite lepas tu tertido, lepas tu sambung makan pulak. Hampeh.

Pagi raya. 1st year tu aku skype dengan family aku. Nanes gak la. Hihihi. Dah tahun seterusnya tu aku pasrah je. Pegi sambut kat embassy dengan student Malaysia yang lain.Takde da nanes nanes. Mak aku kirim biskut. Sampai tu ada yang da jadi serdak. Tu pun aku makan jimat jimat. Zaman tu mana ada terpk nak buat sendiri ke apa. Pernah sekali musim buah, ayah kirim rambutan. Bila sampai tu da mala kata orang (mala tu cam da terlalu masak airnya da meleleh2 gitu) Aku kopek kulitnya siap siap simpan dalam peti sejuk.

Sampai skang kalau teringat balik aku mesti sengih sengih. Walau pun pendek sangat masa kat sana. Tapi banyak aku belajar. Mula-mula masuk rumah tu rasa bangga bila apa yang dimasak tu jadi sedap. Walau pun tak segigih sekarang belajar memasak. Still aku gigih sebab aku dari kecik mak aku tak ajar aku masuk dapur. Da nak pegi tu baru ayah aku ajar memasak. Bukan mak aku pun yang ajar. Tu pun ayah ajar masak asam pedas yang sampai sekarang aku masih fail lagi. Kadang jadi kadang tak jadi.

Still rindu zaman tu. Still rindu pada crepe baskin robin yang sedap tetiap minggu aku wajib pegi makan at least sekali. Murah je baskin robin kat sana. Crepe dengan 2 scoop aiskrim sekali dengan benda benda lain tu baru dalam 380yen ke 450yen. Jangan convert duit sini la. Kira kalau kira pendapatan kat sana 380yen tu macam RM3.80 kita lah.

Padahal balik sini aku langsung tak hingin nak makan baskin robin tu. Mahal gila. Rasa tak berbaloi nak makan (sebenarnya sebab takde crepe :P)

Melalut da..

Apa pengalaman kelakar/sedih/menarik korang masa berpuasa zaman belajar dulu?

Daa

Khamis

Duit syiling taknak ye

Assalamualaikum

Semalam di masjid tempat shujin solat terawikh ada diadakan kutipan derma untuk bina masjid (bukan untuk kahwin tau :P ) Ada jugak pelajar dari tahfiz yang datang buat kutipan derma.

Bagus la. Di penghujung ramadhan ni elok kita tambah amalan melalui bersedekah pulak.

Cuma yang tak bestnya, yang buat kutipan tu awal-awal dah bagitau.

Duit syiling tak nak ye

Macam lah duit syiling tu bukan duit. Kenapa la nak kena buat statement macam tu. Macam mana dengan orang yang tak mampu nak bagi duit kertas. Cuma ada duit syiling je. Tak pasal pasal terbantut niat dia nak buat pahala.

Kadang kadang aku tak suka dengan golongan AJK masjid ni. Bukan semua. Ada la sesetengahnya. Bukan main lagi buat masjid tu macam dia yang punya. Marahkan orang tidur dalam masjid. Marahkan ibu bapa yang bawak anak kecik dengan alasan mengganggu. Budak kecik. Kalau budak pompuan tu tahan lagi la. Budak lelaki. Jumpa ramai ramai sama-sama dia. Heaven la. Last year shujin bawak Aqil. Initially dia behave la. Tapi sepupu sepupu dia pulak duk main lari lari. Dah lama-lama kawan ni pun tak tahan la nak join sama.

Sudahnya kena sound dengan AJK masjid. Esok jangan bawak anak datang.

Kalau dari kecik kita dah larang macam tu macam mana anak kita nak biasa dengan suasana masjid. 

Semalam aku ternampak perbahasan pasal orang non muslim tak menutup aurat masuk ke masjid. Ada yang mati mati mempertahankan orang non muslim ni berhadas besar. Tak menutup aurat. Tak suci. Haram masuk masjid. Hadeh.

Janganlah dibuat macam Islam tu discriminate manusia. Kalau diorang nak masuk bagi je la. Mana tau terbukak pintu hidayah untuk dia. Jangan lah buat macam non muslim tu satu makhluk yang kotor pulak.

Jujur aku tak pasti apa hukumnya. Tapi kalau non muslim tu nak masuk dengan niat nak dengar ceramah ke apa salahnya.

Nota kaki : Orang muslim yang munafik jauh lebih bahaya dari non muslim tau.

Daa

Kecik kecik dah stress

Assalamualaikum

Aku suka ambik The SUN hari Rabu. Aku memang suka paper the SUN ni. Tapi kalau hari Rabu aku especially suka sebab ada parenting guide punya section. Dalam section 2-3 muka tu ada beberapa topik dibincangkan. Minggu ni pasal homeworks, spanking, tips bagi anak makan sayur dan satu lagi tak ingat.

Main topik yang dibincangkan adalah pasal homework budak sekolah.
Macam dalam topik pasal let children be children sebelum ni. Topik kali ni pun membincangkan betapa pentingnya masa bermain bagi kanak-kanak. Zaman sekarang ni, pra sekolah pun cikgu bagi kerja rumah. Sampai ada parents yang complain kerja sekolah anak-anak mereka terlalu banyak. Ada jugak yang kata, kerja rumah budak budak sekolah ni orang dewasa je boleh selesaikan (sama ada terlalu susah atau terlalu banyak!)

Ramai parents zaman sekarang berlumba lumba nak anak belajar membaca seawal mungkin. Umur 2-3 tahun da ajar ABC dan mengira. Takpe lah. Tapi yang tak bestnya parents parents ni akan membandingkan kebijaksanaan dan mempertikaikan parents yang tak ajar anak diorang belajar membaca seawal usia tu.

So benda ni jadi trend. Masing-masing taknak malu kalau anak dia tak pandai recite ABC seawal usia 2-3 tahun. Dalam artikel ni ada menulis menurut satu kajian yang dijalankan oleh PISA ( Programme for International Student Asessment) pada tahun 2006 menunjukkan bahawa, pada usia 15 tahun, tak ada advantage bagi budak yang pandai membaca pada umur 5 tahun berbanding pada umur 7 tahun. Maksudnya, tak kisahla umur berapa pandai baca 5 tahun ke 7 tahun ke. Masa umur 15 tahun nanti, tak ada apa advantage pun pada budak yang pandai baca awal awal pun. Lebih kurang gitulah maksudnya.

Tapi... Ada tapi. Ada banyak disadvantage (kekurangan) bagi budak yang tak cukup main masa usia mudanya. Budak yang dari kecik diajar atau fokus pada math dan literacy akan kurang dari segi creativity dan curiousity apabila mereka membesar. Bukan tu saja. Mereka ni akan ada masalah nak control diri dan emosi.

Mungkin tak heran jugak zaman sekarang banyak kes budak yang kecik kecik dah membuli, kecik kecik dah join geng ugut pukul sana sini. Masalah sosial makin teruk etc. Ini semua adalah result dari stress sebab tak cukup main. Sebab zaman sekarang ibu bapa berlumba lumba nak sekolahkan anak-anak seawal mungkin. Sistem sekolah pulak mementingkan pencapaian akedemik. Kalau ko tak pandai kat sekolah maka cikgu pun malas nak layan ko.

Aku pernah terbaca seorang guru tulis kat FB stress sebab ada budak yang datang sekolah tak pandai ABC. Mungkin nampak biasa. Dan dengar kata kerajaan nak cepatkan pulak anak-anak sekolah. Instead of start sekolah umur 7 tahun, pada masa depan anak-anak cucu kita maybe kena start sekolah pada usia 5 tahun.

Kesian...

Jadi mak bapak jangan dok penting air muka sendiri je. Fikirkan lah apa yang terbaik untuk anak-anak dan masa depan diorang juga.

Nota kaki : Dengar kata sistem pendidikan di Finland adalah yang terbaik di dunia, kenapa kita tak adopt je kaedah mereka?

Daa

Rabu

Marah!

Assalamualaikum

Bukan marahkan sapa sapa. Marahkan blog ni ah. Asal pukul 10 pagi lebih sikit je da tak boleh nak bukak. Tak sempat nak habis blogwalking. Kronik betul!

Maaf sebab ada yang saya tak sempat nak jengah. Tak sempat jengah dah keluar error. Tensi je tau!

Daa

Anak dara kuat melaram

Assalamualaikum

Bila dah ada anak perempuan ni baru aku tau yang melaram tu adalah natural instinct bagi pompuan. Hahaha. 
Sibuk nak pakai kasut
Kalau abang dulu sikit punya susah nak suruh dia pakai kasut. Damia ni volunteer je pakai kasut. Malah nak ke mana mana semua nak berkasut. Kasut tu kasut Aqil sebenarnya. Since Aqil ada kasut lain dia suka suki je sambar. Dia pandai dah pakai sendiri kasut tu. 

Aku tak berapa suka accessories. So aku pun belum berminat lagi nak belikan dia gelang ke pakaikan subang ke rantai ke. Rasa macam kecik sangat pulak. Tapi Damia ni pantang kalau jumpa getah ke yang ala ala boleh gantung tangan dia. Jadi gelang. Kalau yang panjang sikit dia gantung kat leher. Kalau beg aku tu sibuk nak melaramkan jugak.

Haihh.. Aku rasa aku tak kuat melaram pun. Shujin kata, Damia besar sikit kalah aku. :P

Oih!! Mana boleh mak kalah dengan anak ni. Aku pun kena belajar melaram nampak gayanya ni. Hahaha. Ada kot alasan nak mintak gelang rantai baru bagai kan. Hehehe..

Daa


Ibu mengandung yang belum ada set bersalin kalau berminat boleh email aku. Bengkung ni kainnya tak panas, labuh sampai ke bontot so takde kes kalau duduk bengkung tu bergulung ke atas. Boleh resize untuk yang kurus dan berisi. Memang best. Bulan Ogos ni ada promosi menarik.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com