Selasa

Cara-cara memasak puding Caramel (step by step)

Assalamualaikum

Saja gatal nak share resepi puding caramel (confirm tak bau telur sebab tak guna telur :P)
Bahan-bahan
Sori. Segera je. Tapi yang ni takde bahan pengawet. Salah satu produk yang agak laris dalam bulan puasa ni.

Bahan-bahannya
Sebungkus serbuk caramel segera + gula caramel ready made (brand premium gold)
Satu tin susu cair (lagi mahal lagi sedap hasilnya, aku guna marigold)
2 tin air (sukat guna tin susu cair tadi)
Total cecair 1000ml~1200ml. Boleh guna fresh milk kalau suka
Periuk untuk memasak, microwave pun boleh!

Kaedah membuatnya
Masukkan susu cair ke dalam periuk
Masukkan 2 tin air
Masukkan puding caramel powder
Kacau sehingga tiada ketulan powder
Nyalakan api kalau masak atas dapur (api kecil saja), atau set periuk ke mode memasak.
Sambil tu atau sebelum mula masak tuangkan caramel ready made ke dalam bekas, caramelnya pekat so tak payah tuang banyak sangat. Oh jari comel di bawah tu jari Aqil. Yang menuang tu aku lerr..
Bila dah ada buih sikit sikit da boleh terus masukkan dalam bekas. Sila abaikan pelakon tambahan dalam watak lego tu ya.



Dah siap. Boleh masukkan dalam peti sejuk untuk dimakan masa berbuka




Kalau bekas kecik-kecik macam kat atas tu kalau isi takat leher leher gitu boleh la dapat dalam 10-12 bekas. Sedap dan caramelnya pun bau wangi.

Puding cream caramel serbuk ni harganya cuma RM7.50 bagi satu set (Maaf harga dah naik baru ni) . Dapat sekali dengan gula caramel yang pekat dan sangat wangi. Cuma tinggal campurkan dengan satu tin susu cair atau susu segar.

Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com untuk pesanan.

Selamat mencuba.

Daa

Mengandung : Supplement yang perlu dan tidak

Assalamualaikum

Terus terang. Aku bukan nak tunjuk pandai dalam bab kesihatan ni. Since aku bukan medical officer atau nurse. Jauh sekali seorang doktor mahu pun nutritionist. Mungkin apa yang aku tulis ni takkan dapat menggantikan nasihat doktor atau nurse yang sememangnya belajar tentang sick industry ni bertahun tahun. Cuma apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan apa yang aku belajar dari beberapa orang doktor (doktor neurology, doktor kulit, doktor bedah jantung) beberapa orang nutritionist, dietician dan medical officer pencen. Dan dari bahan bacaan buku dan internet.

Dalam bab dietary supplement untuk orang mengandung. Aku bersetuju kalau mana-mana individu kata supplement yang klinik bagi masa check up mengandung dah mencukupi. Biasanya klinik akan bagi iron folic dan calcium lactate. Atau pun obimin. Supplement ni dah cukup untuk mengelakkan dari kecacatan pada otak dan tulang belakang bayi yang dikandung, serta membantu untuk top up calcium dalam diet ibu mengandung. At least bagi kurang sakit belakang.

Kalau dah cukup kenapa aku perlu ambil sampai 5 jenis supplement?
Serba sedikit kenapa aku ambil 5 jenis supplement ni aku dah ada tulis DISINI sebenarnya.

Bagi kebanyakan orang. Morning sickness adalah sinonim dengan orang mengandung. Mengidam itu normal. Tak suka dengan sesetengah jenis makanan tapi sangat suka sesetengah jenis makanan lain adalah kerana perubahan hormon.

Kalau muntah muntah pergi jumpa doktor, biasanya doktor atau nurse akan bagi Maxolon untuk bagi hilang loya. Tapi biasanya nurse sikit pun tak bagitau sebenarnya masalah morning sickness ni adalah petanda bahawa wanita tu kekurangan vitamin B6 atau B12 atau kedua duanya. Malah, mengidam sesetengah jenis makanan juga dikatakan menunjukkan bahawa tubuh wanita tu kekurangan sesetengah jenis nutrient.

Developing another body dalam tubuh adalah satu proses yang kompleks. Kadangkala kehamilan tidak disangka boleh menyebabkan kemurungan dan masalah emosi. Dan sekali lagi kita akan blame pada hormon. :D Mengambil ubat adalah satu jalan singkat yang bakal memberi kesan untuk satu jangkamasa yang panjang. Ianya boleh diatasi dengan langkah selamat dengan pengambilan nutrisi yang betul. Of course, stress management dan persekitaran serta orang orang terdekat terutamanya suami perlu memainkan peranan.

Bayangkan. Kadang-kadang kita tak mengandung nak carry out tugas biasa pun dah rasa penat. Sistem pencernaan, sistem perkumuhan jadi haru biru. Apa lagi bila tambah satu lagi dalam perut. Cepat letih. Ramai orang kata ini biasa. Malangnya ia menunjukkan tubuh kita sebenarnya missing something yang penting.

Wanita sekarang lebih mudah nampak "tua" dari umur mereka. Bukan saja luaran malah dalaman. Kalau budak budak remaja akan rasa seronok. Sebab nampak tua tu kononnya nampak matured. Konon dah boleh fikir sendiri walau pun seluar dalam pun masih mak basuhkan. Nak beli pad pun mintak duit bapak. Kalau zaman nenek kita dulu umur 40 ke atas baru kena kencing manis darah tinggi. Tapi zaman sekarang muda muda da mati sebab kanser. Ini sebenarnya petanda bahawa tabiat pemakanan kita yang teruk dan menyebabkan sistem kita jadi tak seiring dengan usia sebenar kita. Zaman aku kecik dulu budak perempuan start period biasanya 13-14 tahun. Zaman sekarang umur 9 tahun da period. Puncanya adalah pemakanan kita. Kekurangan nutrisi perlu dan banyak sangat makan processed food.

Supplement perlu atau tidak? Terpulang pada individu. Aku bukan doktor. Aku bukan MO. Tapi aku tau kalau aku morning sickness aku pergi jumpa doktor. Doktor akan bagi aku maxolon.

Rajin ke aku makan supplement banyak banyak? Aku pun tak rajin macam orang lain. Tapi daripada aku sakit sana sakit sini bila umur makin bertambah, baik aku rajin dari sekarang. Aku tak kata semua orang perlu. Macam aku selalu kata. Muhasabah pemakanan sendiri.

Daa

Happy birthday son!

Assalamualaikum

Actually Aqil lahir pada 11 September 2008 bersamaan dengan 11 Ramadhan. So kiranya hari ni 11 ramadhan birthday dia jugak la kan :)

Sempena dilahirkan dalam bulan mulia ni, kakak ipar aku mencadangkan kitorang letak nama Mubarak pada namanya. Oleh kerana kelahiran Aqil agak "mengejut" emergency c-sect, so aku tak cari lagi namanya. Cuma lepas balik dari hospital baru kalut nak cari nama untuk register.

Puas membelek buku nama-nama mulia dalam islam. So aku dengan shujin decide nama Muhammad Aqil Mubarak. Semoga Aqil sentiasa diberkati dan bijaksana dalam melalui liku-liku kehidupan yang masih panjang ni. Insya allah.

Aku harap aku akan menjadi ibu yang lebih baik dan penyabar untuk anak-anak.

Lately tak sempat nak transfer gambar diorang. So tak meriah la entry takde gambar kanak-kanak ribena berdua tu.

Daa

Isnin

Kos dietary supplement orang mengandung

Assalamualaikum

Alhamdulillah sekarang ni da 11 minggu aku pregnant (kira kira sendiri sebab belum start check up). Serba sedikit aku share tentang supplement apa yang aku ambik masa mengandung ni. Mungkin ada orang terasa makan banyak banyak supplement tu mesti kosnya agak tinggi. Hmm.. Mungkin jugak. Ye lah. Lima jenis yang aku makan.

Sebenarnya kalau rasa banyak sangat boleh limitkan pengambilan kepada supplement yang penting macam iron folic dan jugak calcium magnesium je. Atau pun just ambik multivitamin. Kosnya takde lah mahal sangat bagi aku. Lagi pun ianya cuma supplement. Kita adjust bilangan pengambilan mengikut keperluan kita. Kalau rasa diet da cukup baik tak perlu ambil terlalu banyak jenis.

Ok. Mesti ada yang tertanya tanya. Berapa aku spend untuk 5 jenis supplement ni sebenarnya.

Kos sebiji (lebih kurang..aku round up kan je)
Multivitamin - 70 sen
Iron folic - 30 sen
B complex - 30 sen
Vitamin C - 45 sen
Calcium magnesium - 30 sen

So kalau aku ambil sebiji je sehari setiap satu baru RM2.05. Harga jajan pun da mahal dari tu kan :D. Just skip jajan dan ambil supplement. Hehehe. Pada aku harganya sangat affordable. Cuma mungkin masa nak beli tu rasa "sakit" sikit sebab ianya dijual dalam botol dan takde trial trial set. 

Kalau still rasa mahal. Just skip yang lain dan ambik multivitamin je. 70 sen sebiji sehari.

Mahal ke?

Daa

Pregnancy Update : Berpuasa dan morning sickness

Assalamualaikum

Actually aku tak pergi start buat check up lagi. First check up schedule lepas raya nanti. Doktor kata since ni 3rd baby, so dia takde kalut nak suh check up awal sangat.

Alhamdulillah so far aku masih berpuasa penuh. Berkat shake kurma badam kot? Hehe. Puasa kali ni selera tak berapa nak ada. Biasanya orang kena morning sickness pagi pagi. Aku pulak menjelang petang baru terasa loya melugai bagai. Azabnya adalah bukak puasa pun kurang selera. Biasanya nasi jadi pilihan 3-4-5 atau pilihan terakhir. Kalau terlebih makan pulak mula la nak keluar balik.

Supplement untuk pregnancy aku ambik iron folic, B complex, Calcium Magnesium, Vitamin C dengan Multivitamin.Aku tau bunyinya macam banyak sangat. Meh aku terangkan serba sedikit kenapa ya. Kalau orang yang dah perfect diet tak perlu ambik banyak macam ni pun takde masalah sebenarnya. Tapi bulan puasa ni especially aku risau sikit. Dah la aku kurang selera sekarang ni kan.

Iron folic, B complex, Vitamin C dengan Multivitamin aku ambik waktu sahur. HB aku selalu rendah masa pregnancy, so aku memang kena ambik extra iron, tu pun aku cuma ambik sebiji walau pun suggested 2 biji (keperluan masa mengandung up to 27mg). Sebab yang balance tu rasanya aku boleh dapat dari makanan. Untuk boost penyerapan iron aku ambik sekali dengan vitamin C. B complex pulak untuk manage morning sickness sebab Vitamin B6 dengan B12 dalam B complex ni fungsinya untuk mengurangkan rasa loya dan jugak muntah muntah. Mula mula aku ambik sebiji pagi dan sebiji malam. Bila tak berapa nampak kesan aku tambah 2 biji pagi dan sebiji malam. Alhamdulillah dah makin berkurang. Multivitamin tu just untuk fill in the gap.

Calcium magnesium dengan satu batch lagi B complex aku ambik malam. Sebab Calcium magnesium dikatakan inhibit penyerapan iron. So kalau nak ambik asingkan. At least gap selama 2 jam. Calcium tu aku ambik 2 biji je. So far alhamdulillah takde cramp takde apa. 

Dari segi kecergasan, mungkin agak kurang sikit sebab aku tak boleh nak makan banyak sangat. Cepat full. So bila nak petang je dah mula hilang tenaga. Tapi yang bagusnya walau pun kadang-kadang tak berapa nak cukup tidur aku tak mengantuk sampai petang.

Sekian laporan pemakanan aku 10 hari pertama puasa ni. Harap-harap tak banyak masalah dan dapat puasa penuh tahun ni. 

Iron folic tu dari sumber bayam yang kaya dengan folate dan iron
B complex pulak dari yis
Vitamin C dari cherry acerola
Multivitamin campuran, tak ingat. Salah satunya adalah alfalfa

Bukan 100% la, tapi sebahagian darinya :D

Daa

Warna warni buka puasa

Assalamualaikum

Shujin buat puding mangga. Di hias dengan baki buah buahan potong yang ada aritu.
Shujin susun
Aku susun..kengkonon bunga tulip kot..haha
Damia susun. Dia da makan habis yang lain. Dia rembat strawberi lebih
Aqil tak susun. Dia makan je :P

Monday madness :( Ngantukkkk~~~

Sorik tunjuk makanan pepagi. Sabo la ye..

Daa

Jumaat

Sorong tarik sorong tarik jangan sampai tersondol

Assalamualaikum

Aritu ada kata krisis air di Selangor. Banyak tempat nak kena catu. Tapi lepas tu tetiba kata ok pulak. Apa kes..Kihkihkih..

Ya Allah. Jauhkanlah kami dari golongan manusia yang suka menganiaya orang lain untuk kepentingan diri sendiri..

Sakit pulak batang tengkuk aku ni tetiba. Lepas tu lubang hidung duk terbau inti karipap. Haihh.. Menggoda jiwa raga betul. Dan dan aku carik resepi karipap rangup nak buat berbuka nanti. Semalam tengok Kak Ita masam manis buat bihun goreng dengan rojak tauhu aku pun menggelapar kat shujin ajak pi beli bahan. Dan dan balik terus pegi Econsave. Tak penah penah tauhu habis, tetiba time aku nak beli ni habis pulak. Semua orang teruja nak buat tauhu sumbat bila tengok blog Kak Ita gamaknya kan.. Terpaksa pegi beli kat kedai runcit. Kena pow tauhu sebiji 50sen. Saiz biasa je!

Balik tu buat bihun goreng dulu sebab sampai rumah dah pukul 6.30 T_T. Tung tang tung tang. Siap la bihun goreng simple yang aku kukus dalam periuk magic tu :P Shujin pulak potong buah belimbing nak buat jus. Yang budak berdua tu. Orang potong terus masuk mulut. Mulanya ada strawberi dengan kiwi sekali. Yang mengunyah sama laju dengan yang memotong. By the time masuk waktu berbuka strawberi dengan belimbing potong da habis. Tinggal kiwi hancur sikit sebab diorang tak suka rasanya yang ada sikit tangy. Syukur dapat jus belimbing satu jag.

Tauhu sumbat pulak? Aku cuma sempat goreng tauhu je. Yang lelain tu sambung buat lepas dekat pukul 10. Shujin tak larat nak makan. Aku dengan Damia makan 2-3 ketul je. Lebihnya aku makan masa sahur.. Tauhu sumbat aku makan dengan kuah kacang. Kat sini kalau beli kadang kadang dia jual dengan sos. Hish. Mai mana la tauhu sumbat makan dengan sos. T_T

So hari ni kekdahnya balik nanti buat karipap pulak. Aku tak lalu sangat makan nasi skang ni. Kalau makan pun lauk budu. Yang lain tu aku rasa cam tawar kurang perisa je. Tapi takkan hari hari tibai budu. Arnab pun sesekali makan carrot kadang kadang tukar makan pellet jugak tau. Hehehe.

Sorry entry mengarut. Tajuk dengan isi lebih separuh takde kena mengena. Aku boring sebab department aku semua bangsa cina. Bila lunch tinggal aku tertonggok sorang kat sini. Hari jumaat ni diorang lunch sampai pukul 2 kot walau pun sebenarnya boleh sejam je. Apedehal. Bos pun 2x5. Sat gi pukul 4 kalut diorang turun beli juadah berbuka kat bazar ramadhan bawah tu pulak. Haihh.. Mengalahkan orang puasa. 

Takpe lah. Asal korang bahagia. Asal bos tak bising aku memblog. Hihi..

Daa

Pengorbanan wanita wanita yang bekerjaya

Assalamualaikum

Lepas lepas ni ada alasan nak balik sharp on time bila bos nak suruh OT kan.. wakaka..

Menurut kajian oleh pengkaji di Monash University Australia (data dari pemerhatian ke atas 9000 wanita), wanita pertengahan umur yang bekerja lebih dari 35 jam seminggu didapati lebih mudah mengalami pertambahan berat badan dan menjalani gaya hidup yang kurang sihat. Wanita yang bekerja extra long hours (melebihi 49 jam seminggu) mengalami pertambahan berat badan yang lebih besar. Iaitu puratanya kira kira 1.9% dari berat badan mereka dalam masa 2 tahun, atau lebih kurang 1.3kg bagi wanita yang mempunyai berat 69kg.

So lepas ni kalau bos suruh kerja OT boleh tunjuk research ni. Hehehe.

Tapi rasanya average office hour kat Malaysia ni 8-9jam sehari. So memang sesiapa yang bekerja akan mengalami risiko ni bila capai umur pertengahan.

Ouh..ada alasan yang lebih baik nak jadi surirumah.. Shuuujinnnn~~

Hehehe..

Salam Jumaat.

Daa

Khamis

Supplement bukan ubat

Assalamualaikum

 

Ingat tak aku pernah cerita tentang sakit ayah dan bawa ayah jumpa seorang doktor di PJ. Kemudian bila ayah amalkan diet yang dicadangkan dan makan beberapa jenis dietary supplement keadaannya dah semakin baik. Malangnya, setelah ayah pergi jumpa dengan seseorang untuk berubat (alternative), pakcik tu bagi telur untuk alin pada kaki (alin tu maksudnya guling guling dengan perlahan). Lepas tu makin lega. Sakit makin kurang. Lepas tu ayah start ngelat makan supplement dan makan tak berapa nak jaga. Makin lama tabiat pemakanan makin tak berjaga. Dan supplement pun stop buat seketika.

 

Lepas tu, lepas beberapa ketika. Sakit ayah datang lagi. Bila buat ujian darah. Kencing manis masih 8.3. Aku pujuk ayah supaya teruskan makan beberapa jenis supplement (protein dan multivitamin) Dan tambah lebih sayur dalam menunya. Ayah tanya aku. Kenapa dia dah makan supplement tu pun kencing manisnya masih agak tinggi masa buat ujian darah. (Lepas sebulan lebih tinggalkan diet yang disarankan dan kurang pengambilan supplement)

 

Jawapan aku adalah :-

Supplement bukan ubat untuk sembuhkan penyakit. Ia membantu kita capai kesihatan yang lebih baik dengan mengisi kekurangan khasiat yang kita tak ambil melalui pemakanan sahaja. Macam kita makan hari hari. Kita perlukan supplement tambahan setiap hari. Lebih lagi dengan umur yang semakin meningkat dan amalan pemakanan yang kurang sihat. Walau pun makan supplement, tak bermakna kita boleh abaikan pemakanan yang sihat. Banyakkan sayur dan buah, kurangkan makanan yang berlemak dan bergoreng. Tak boleh nak buat dalam satu tempoh lepas tu stop. Sebab penyakit macam kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang tak sihat. So kalau nak sembuh kena baiki gaya hidup.

 

Ayah diam, tapi aku yakin dia setuju dan faham. Balik berbuka puasa aritu aku bawakkan bekalan multivitamin dengan protein untuk ayah. Semoga kesihatan ayah bertambah baik.

 

Peringatan aku buat yang makan dietary supplement - Jangan abaikan pemakanan sihat dan seimbang. Variasikan makanan untuk dapat lebih banyak zat dari makanan yang kita makan.

Peringatan aku buat yang menjual dietary supplement - Supplement bukan ubat. Stop promote supplement dengan kata ianya boleh sembuhkan penyakit itu dan ini. Walau pun ia membantu tapi supplement tetap bukan ubat. Nanti ada orang salah faham ambik supplement terus boleh baik. Haru...

Peringatan buat yang tak makan dietary supplement - Bulan bulan puasa ni elok consider. Cuaca panas hujan menyebabkan mudah jatuh sakit kalau imun tak cukup kuat. Apa pun muhasabah pemakanan.. Ambil sekiranya rasa perlu. Tepuk dada tanya kesihatan diri..

 

Daa

Menayang

Assalamualaikum

 

Pagi-pagi da nak tayang kek kan. Hahaha. Actually aku tak pernah terfikir aku boleh buat kek caramel ni. Sebab prosesnya macam leceh dan susah. So aku simpan keinginan nak merasa kesedapan kek caramel tu jauh di lubuk hati terdalam. Wakaka..

 

Tapi...1st ramadhan aritu, adik lelaki aku duk belek majalah wanita versi ramadhan dia teringin nak makan kek ni. So, dalam hati ada rasa gembira sikit. Aku pun ajak adik pompuan bongsu buat. Cuma yang menjadi masalahnya adalah, electric hand mixer akak aku da patah so tinggal manual hand mixer yang buat kepuk telur tu. Hadeh~ Oleh kerana bahan-bahan dah disediakan, so terpaksa jugaklah buat. Bergilir gilir kepuk meringue sampai betul betul kembang (seb baik jadik, kalau tak mesti malu je sbb ni first attempt buat kek untuk makan reramai..hehe)

Punya lah bersememeh rupa kek tu kan..haha

Walau pun rupanya tak berapa nak ada, tapi rasanya sedap. Kata mereka. Aku Cuma larat makan sekeping je

Aqil, Damia of course makan banyak. Anak-anak sedara aku pun makan beria ria. Tak sempat masuk peti sejuk pun. Malam tu dalam pukul 11 lebih pun si Aqil dengan Damia duk ulang makan sampai habis. Lega mak aku. Sebab dia tak suka kalau makanan tak habis. Lagi pun kalau kitorang da balik nanti dia takut takde siapa nak makan. Maklumlah orang tua bukan suka sangat benda manis manis ni. Tapi kek ni tak berapa manis sangat. Aku kurangkan sikit gulanya.

 

Mungkin ni kek yang aku tak ulang tayang buat kot sebab shujin tak berapa suka kek yang banyak pewarna. Tak elok untuk kesihatan. Ni pun aku titis sikit je shujin da kata warnanya scary. Cheh. Tapi dia tetap puji sedap la. Hihi..

 

Thanks pada yang singgah semalam. Sorik aku MC sebenarnya semalam. 2-3 menjak ni makanan tak berapa nak lekat kat tekak. Pagi takde masalah pun, petang je. Makan pun sikit je dah kenyang. Kalau paksa jugak alamatnya keluar balik la nanti. Tapi sahur makan sikit sangat so siang ni agak kurang tenang. Nasib baik aku minum shake kurma tu.

 

Nota kaki : Kalau ada sapa nak tempah kurma lagi roger la cepat sebab stok kurma kat semua cawangan dah nak habis. Mak aku pun kecewa sebab cadar raya yang dia idamkan tu da kehabisan stok. Tempahan kuih raya masih dibuka sampai minggu depan.

 

Daa

Selasa

Ada apa dengan organik

Assalamualaikum

 

Kalau cite makan je aku lapo. So cite lainlah ok T_T

 

Kalau tengok organic ni dah jadi macam satu fenomena dah kat Malaysia. Apa saja kalau diletakkan nama organic tu harganya akan naik at least sekali ganda. Dari syampu, makanan sampai la ke dietary supplement. Semuanya nak organic.

 

Hakikatnya..betul ke organic? The main concern aku adalah pasal dietary supplement. Apa ciri-ciri supplement organic? 100% organic? Separuh? Suku? Hehehe. Mungkin pada sesetengah orang, tak perlu check mendalam sangat. Sama je supplement organic ke tak organic. Vitamin jugak.

 

Kalau di Malaysia, bagaimana regulation untuk petani dapatkan sijil organic? Sebelum kita dengan yakin spend 2 kali ganda dari harga asal sayur-sayuran, adakah kita ambik tau tentang keorganikan sayur tu.

 

Leceh kan?

 

Dari segi sayur sayuran, aku masih terasa sayur organic tu terlalu mahal. Dalam masa yang sama kadang-kadang aku agak ragu-ragu dengan keorganikan sayur-sayur tu. Bukan apa. Maklumlah. Di negara kita penguatkuasaan agak lemah. So ramai orang ambil kesempatan. Susah jugak nak cari syarikat yang benar benar jujur. Sebagai langkah keselamatan dan kesihatan, aku basuh sayur sayur tu dengan menggunakan cecair pencuci pinggan mangkuk yang mesra alam diiktiraf oleh EPA.

Tara...dapat logo ni

Dari segi supplement sebenarnya agak susah nak faham. Supplement yang organic tak semestinya 100% natural. Dan susah jumpa vitamin yang 100% natural. Biasanya ada jugak sintetik. Sebab nutrition dalam bentuk natural takde kadar sedikit tapi high concentrate. Ye lah. Bayangkan limau. Sebiji buah limau tu Cuma ada lebih kurang 60mg vitamin C. So kalau nak dapatkan 500mg vitamin C dalam bentuk yang natural. Pil akan jadi amat amat besar dan boleh jadi sampai sebesar bola sepak (bukan aku cakap) So dalam kes sebiji pil 500mg vitamin C. Mungkin sebahagiannya adalah natural vitamin yang organic dan sebahagian besarnya pula adalah vitamin sintetik sama ada derive dari sumber natural atau pun derive dari bahan kimia seperti lebihan petroleum.

 

Penting sebenarnya untuk kita tahu semua ni. Sebab kesannya berbeza. At best, cuba ambil supplement yang totally derived dari sumber yang organic. Organik bukan cuma kira dari penjagaan pokok tak guna baja, tak guna racun perosak saja. Malah the whole system dan environment persekitaran pun perlu diambil kira.

Guna biri biri untuk clearkan tanaman yang dah di tuai. Kumbang ladybug dan mayflies malah burung helang dan burung hantu untuk melindungi tanaman dari serangan serangga perosak burung dan lain lain makhluk perosak. Ko hado?

Bukan senang menanam secara organic. Walau pun penanaman secara organic ni kira kiranya baru je glemer, tapi "kami" dah organic sejak 75 tahun dahulu. Dah "green" sejak 50 tahun lalu. Green product lebih mahal, tapi aku bangga sebab aku still jimat dengan menggunakan produk yang mesra alam.

 

Aku tengah berkira kira nak mengreenkan diapers bakal baby nanti (since aqil dah diapers free, atiqah coming soon) Cuma tengah berkira kira. Mampu tak aku nak merajinkan diri membasuh nanti T_T

 

Daa

Pagi

Assalamualaikum
Have you made a mistake today?
Mode takde idea nak buat entry. Selamat berpuasa hari ke-4.

Sebenarnya aku nak menulis pasal ole ole Achik Erna berikan aritu. Macam macam kami dapat. Sempat juga berbual dengan suami Achik yang kelakar tu. Tapi gambarnya semua tak ada. Aqil dengan Damia dapat sampul hijau (belum masuk raya dah dapat sampul hijau ye anak-anak..), kemudian dapat lemang dan rendang yang Achik belikan (tak sempat kereta berjalan budak berdua tu da merengek-rengek mintak) dan akhir sekali Achik bekalkan dengan dua bekas perencah untuk rendang (aku tak sempat buat lagi. Kena tanya resepinya semula kat Achik sebab aku lupa). Sampai di rumah mak pukul 1.30 pagi. Bertolak dari Shah Alam lepas jumaat. Bayangkan lah betapa penatnya yang tukang bawa. Hihi. 

Daa

Isnin

Puasa tak wajib

Assalamualaikum

 

Hujung minggu aku balik ke Johor atas permintaan mak ayah dan keluarga nak berbuka puasa beramai ramai. Kebetulan ada delivery ke beberapa kawasan (aku update kemudian pasal ni) so aku ambik cuti half day dan terus bertolak lepas solat Jumaat.

 

Aku bukan nak cerita pengalaman berbuka puasa dengan mak ayah :D, tapi nak share tentang bagaimana Wardina mendidik anak melakukan ibadat puasa dan penekanan yang dilakukannya. So far aku bersetuju dengan kaedah yang dia lakukan dalam hal mendidik anak. Of course la kan. Wardina siap keluarkan buku pasal kanak-kanak. Takkan aku boleh lawan pengetahuan dia dalam hal tu.

 

Anak sulung dia umur 9 tahun. Tahun kedua berpuasa. Zaman sekarang ni aku rasa ramai ibu bapa yang berebut rebut dan excited nak menggalakkan anak anak mereka berpuasa. Ada yang seawal 5-6 tahun sudah diajar berpuasa. Bagaimana pun, Wardina berpendapat bahawa tidak perlu mengajar berpuasa terlalu awal. Apa yang lebih diutamakan adalah mengajar anak-anak mengerjakan solat lima waktu apabila usia mereka mencapai 7 tahun. Setelah asas tentang solat mereka telah kukuh, barulah diajar berpuasa. Malah, mengajar mereka berpuasa ini juga bukanlah dengan mementingkan kesempurnaan ibadat itu sendiri, tetapi adalah sebagai pengenalan tentang ibadah berpuasa.

 

Aku kesian kalau anak-anak seawal usia 5 tahun didedahkan dengan berpuasa. Sedangkan kita orang dewasa pun lelah nak menyempurnakan puasa seharian. Inikan pula budak budak pada usia begitu. Dan, kebanyakannya ku lihat, bila anak-anak dah lembik berpuasa, penekanan tentang solat itu dah kurang. Budak budak akan letih dan tidur sahaja. Sedangkan puasa bukanlah mengenai lapar dan dahaga semata-mata. Tapi budak pada awal usia 5-6 tahun ni, apalah yang mereka faham. Melainkan kalau dah diterangkan dengan jelas oleh ibu bapa.

 

Aku bukan nak kata orang dera anak. Tapi, kita sebagai ibu bapa, cubalah utamakan hal yang lebih utama. Sebagai ibu bapa, kita wajib mengajar anak-anak bersolat lima waktu pada usia mereka 7 tahun. Bagaimana pun, ibadah puasa masih lagi sunat bagi anak-anak ini. Jadi, tekankanlah apa yang lebih penting.

 

Menurut Wardina, dia mengajar anaknya bersolat lima waktu pada usia 7 tahun. Dan mula melatih anaknya berpuasa ketika umurnya 8 tahun, setelah melihat asas solat anaknya semakin kukuh. Bagaimana pun, awalnya sahur bagi anaknya adalah pada pukul 7 pagi sebagaimana waktu sarapan. Kemudian, waktu sahur tu dipercepatkan sedikit demi sedikit agar tidak menyebabkan anaknya tidak terasa berat untuk menyempurnakan ibadah berpuasa tersebut. Dalam masa yang sama, anaknya diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa sekiranya tidak mampu. Dan apa yang ditekankan sepanjang proses ini adalah tentang maksud berpuasa, kelebihan dan fadhilat berpuasa dibulan ramadhan.

 

Bagus kan..Insya allah, aku rasa aku pun nak ikut cara ni untuk mula didik anak-anak dalam beribadah. Tak sampai hati nak ajar diorang berpuasa terlalu awal.

 

Daa

Jumaat

Permulaan ramadhan

Assalamualaikum

 

Esok dah ditetapkan sebagai hari permulaan puasa bagi warganegara Malaysia yang beragama Islam. Di kesempatan ini, aku nak mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa, atau ada yang terkecil hati dengan mana-mana tulisan aku. Maaf sebab kat blog ni aku guna "aku". Mungkin agak kurang mesra bagi sesetengah orang. Bukan nak kurang ajar. Cuma aku lebih selesa. Tapi insya allah. Kalau bercakap dengan orang atau tulis komen pada kawan-kawan, aku gunakan kata ganti nama diri saya atau akak kalau komen kat blog adik adik (ceh..terasa cam tua pulakk..)

 

Mungkin hari ni aku tak dapat nak melawat blog kawan-kawan semua meninggalkan pesanan dan kata dua sempena 1 Ramadhan esok, tapi aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Puasa puasa jangan tidur je. Jangan lupa solat (pesanan untuk diri sendiri . Semoga bulan ramadhan kita tahun ni lebih baik dari bulan ramadhan tahun sudah.

 

Hari ni aku half day insya allah pergi buat delivery kurma, pudding caramel segera dan rempah-rempah segera pada kawan-kawan yang dah buat tempahan (tak sempat nak transfer gambar barang tempahannya). Termasuk Kakcik Erna dan jugak Kak Hanis Azla. Terima kasih ye kak. Lepas tu terus balik Johor. Semoga perjalanan kami selamat.

 

Salam Jumaat.

 

Daa

Khamis

Ulasan Buku : If you want to be rich & happy don't go to school

Assalamualaikum

 

Actually buku ni adalah one of the series yang ditulis oleh penulis Rich Dad Poor Dad - Robert Kiyosaki.

If you want to be rich and happy, don't go to school

Are you?

Actually pada aku buku ni sesuai untuk jadi bahan bacaan ibu bapa dan guru guru. Sebab ia menerangkan tentang masalah konsep pendidikan yang jenis exam oriented dan keburukannya. Macam pernah aku sentuh sebelum ni, setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Walau pun hari ni kita selalu nampak yang pendidikan yang baik akan memberikan jaminan pekerjaan pada kita. Hakikatnya adalah mereka yang berjaya dalam pendidikan adalah biasanya orang orang yang di upah (hired) oleh orang orang yang tak berapa bagus pendidikannya untuk build castle mereka. Yang mana, golongan professional ni adalah orang yang kebanyakannya live from paycheck to paycheck.

 

Try la baca. Maybe tak semua orang agree pada semua yang Robert Kiyosaki ni tulis dalam buku ni (sesetengah orang masih menganggap yang pencapaian akedemik menjamin masa depan!) Tapi ianya sedikit sebanyak membantu kita membuka minda kita tentang kepentingan financial education. Bukan untuk kita saja, tapi untuk anak-anak jugak.

 

Selamat membaca.

 

Daa

Air|Water|Mizu

Assalamualaikum

 

Hairan eh..cuaca tak menentu seluruh Malaysia. Tapi yang menghadapi water crisis cuma di Selangor. Apa kes di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Terengganu? Kalau dia catu air rumah aku, aku rasa aku pi tebuk tangki air kat tepi taman aku ni. Hahahaha..

Alhamdulillah pagi ni hujan lagi. Insya allah sungai sungai di sekitar Shah Alam mengalir deras. :D

 

Nota kaki : Pilih nak air FREE (janji ditepati okeh) ke nak dapat 20meterpadu pertama percuma. Hihi..

 

Daa

Rabu

Doa & Solat

Assalamualaikum

Dua sharing di Facebook yang membuatkan aku rasa agak "sentap". Semoga menjadi panduan buat kawan kawan juga. Aku tak ingat ayatnya. Tapi lebih kurang macam ni

(1)    Jangan asyik bersolat kerana nak mintak sesuatu dari Allah. Tapi bersolatlah kerana kita nak bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah beri pada kita.
(2)    Orang selalu kalau nak mintak sesuatu dari Allah nak mintak supaya permintaannya ditunaikan secepat yang mungkin. Tapi bila masuk waktu solat sering berlengah lengah menunaikan kewajipan kepada Nya.

Allah maha pengasih kan, bila ada dugaan datang selalu aku akan terbaca atau terdengar kisah dugaan orang lain. Tak kisah la sama ada dugaan aku lebih berat ke dugaan orang lebih berat ke. Sebab sama ada berat ke tidak dugaan tu adalah bergantung pada macam mana kita melihat dugaan tersebut. Dan, setiap manusia tak akan lari dari dugaan. So, whining doesn't change anything in our life. Fokus pada hal yang lebih utama dan banyakkan bertawakal. Insya allah. Allah sentiasa ada plan yang lebih baik untuk setiap umatnya. Yang kita tak tau. Sabar ok (mode pujuk hati sendiri :P)

Daa

Oreo cup cake dah pemenang teka & menang

Assalamualaikum

Oreo cup cake yang kak Ana bagi minggu lepas. Boleh aku tak tau ni namanya oreo cup cake. Sedap kemain. Konon lepas tu nak try buat sendiri sebab Damia dengan Aqil memang hantu oreo. Tapi tak buat buat lagi.

Hehe..Pemenang bagi teka dan menang tu adalah Munnafendy. Jawapannya ialah Nutrilite. (Euromonitor)

Munna. Nanti email akak no account (kalau ada maybank lagi bagus..senang sikit) okeh.

Tahniah :D
 
Nota kaki : Ada bajet lebih lain kali aku buat kuiz bagi kat 2-3 pemenang pulak ya.. 

Daa

Teka dan menang

Assalamualaikum

 

Ini adalah ranking sales bagi vitamin dan dietary supplement di Malaysia pada tahun 2011 berdasarkan market share survey oleh Euromonitor.

Soalan, apakah brand yang duk kat No 1 tu. Hehehehe.. :D

 

Yang pertama dapat meneka dengan tepat dapat cash RM10.

 

Daa

Selasa

Menu sahur ibu mengandung dan menyusukan anak

Assalamualaikum

Ceh..Poyo je kan. Harap tak cepat sangat share pasal menu sahur ibu ibu ni..Hehehe. Actually menu ni aku da amalkan sejak dari berpuasa masa tandem nursing budak berdua tu. Insya allah ramadhan kali ni pun aku teruskan jugak. Menu bersahur yang mudah dan mengenyangkan.

Shake kurma almond
Bahan-bahan
Kurma (buang biji)
Buah badam / serbuk badam
Susu / serbuk protein+secawan air
Oat secukupnya
Sedikit madu kalau suka yang lebih manis

Kaedah membuatnya
Masukkan susu, kurma dan badam ke dalam blender. Blend sampai hancur. Letak oat. Tambah madu. Dan minum masa sahur.

Resepi asal aku pernah share kat SINI

Aku tak suka sangat susu so aku ganti dengan satu scoop protein powder nutrilite(soya) + air. Bagi aku rasanya lebih sedap la sebab aku tak suka susu. Dan yang penting. Lambat rasa lapar dan rasa bertenaga sampai petang. Takde la tengah hari tu aku rasa mengantuk, lembik bagai. Production susu pun Alhamdulillah takde masalah walau pun berpuasa. So far Cuma masa aku breastfeed aqil + pregnant Damia je susu drop. Selain dari tu puasa ke, bendera jepun berkibar ke. Alhamdulillah cukup dan tak perlu top up dengan susu formula.

Kalau yang tak pregnant tak breastfeed yang tak berapa rajin nak memasak masa sahur pun boleh amalkan. Lebih sihat. Resepi ni sangat flexible. Boleh ubah suai ikut suka hati.
Sambil tu aku nak pomot sikit. Sempena ramadhan ni aku ada bekalkan dua jenis kurma Arabian dates. Kurma ni dari jenis khidry. Satu kurma biasa. Yang satu lagi ada isi badam panggang. Kurma ni teksturnya halus dan tak berapa manis. Kalau ada yang berminat boleh email kat aku. Kalau area Shah Alam/Puchong/Klang/Subang/Sunway ni insya allah aku boleh hantarkan. Kalau luar kawasan aku tengok dulu sebab ada pembekal lain kat kawasan Kedah dan Pahang. Tapi aku kena notify dulu la.

Selamat berpuasa.

Sempena ramadhan ni, nak promote set supplement untuk ibu mengandung dan menyusukan anak yang sangat berkesan.. Insya allah kurang rasa lapar dan bertenaga sepanjang hari. Boleh whatsapp ke nombor 0126894617 untuk pesanan.



Daa

Tipah tertipu di Sakae Sushi Paradigm Mall

Assalamualaikum

Sebenarnya aritu masa craving Japanese food aku baru baru nak mula ada sorang akak (blogger jugak!) kat opis aku ajak pegi makan sushi kat Sushi King. Dia pun sebenarnya dah semalaman tak tidur punya lah mengidam nak makan sushi. Since hari tu aku da bawak bento (lunch box). So aku set date kepada esoknya. Tapi tempat tu pulak kitorang tukar ke Sakae Sushi. Memandangkan aku dengar dengar khabar yang Sakae Sushi tengah buat lunch promosi.
Gambar rembat kat blog kak Ana
Memandangkan aku busy memilih sushi yang berpusing pusing tu. Aku takde masa nak ambik gambar. Semua kak Ana yang ambik. Nak tau kisah selanjutnya sila lah terjah ke SANA. Hehehe..

Total damage : RM57.90

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com