Khamis

Tempahan kuih raya 2012 - Gila murah

Assalamualaikum

Sebenarnya aku tak berapa nak up to date dengan harga pasaran kuih raya. Tapi aku rasa ni memang boleh consider kuih raya paling murah tahun ni(kononnya). Ni aku tolong akak ipar aku ambik tempahan untuk kuih raya tahun ni. So kalau ada yang berkenan nak menempah boleh email aku kesoma.rai@gmail.com. Kuih rayanya akan dapat dalam 2 minggu ke seminggu sebelum raya. So aku personally tak suggest kalau yang duduk jauh jauh tu nak menempah. Bukan apa. Aku tak berapa nak pandai sangat berurusan pos dan handling kuih muih ni. Nanti sampai kat tangan da hancur. Kesian orang beraya dengan serdak kuih raya kan.

So kalau yang duduk kat area lembah klang ke Nilai tu insya allah boleh cash on delivery nanti. Aku tinggal kat Shah Alam je.

Choco Drop (Macam Famos Amos gitu la rasanya.Mungkin tak serupa, tapi serius sedap. Aritu akak ipar aku bagi sample 2 telap, dedua anak aku balun.) saiz mini - Berat 400gram
Harga RM20
Biskut sunflower - biskut yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan
Berat 400 gram (lebih kurang 70-75 biji)
Harga RM20
Crispy flakes - Cornflakes dan bertih bermadu ditaburi bijian berwarna warni
Kandungan 40 biji
Harga RM17
Love Almond - Dengan setiap gigitan menerbitkan rasa cinta (geli pulak aku nak tulis..wakaka)
Berat 400gram (lebih kurang 70-75 biji)
Harga RM23
Last but not least
Kuih siput idaman kalbu - pecah kepala woo..
Berat 500gram
Harga RM14

Haa..murah kan. Tapi kalau compare dengan biskut kilang yang jual kat Carrefour ke Econsave ke memang tak boleh lawan la. Tapi biskut ni semua homemade. Ada sentuhan kasih sayang gitu. So kalau nak menempah sila email ke kesoma.rai@gmail.com secepat mungkin. Tapi jangan wat niaya kat aku nanti last minute nak cancel ke apa. Matila aku beraya dengan linangan air mata bertemankan biskut raya yang orang taknak claim kan.

Tempahan kurma juga dibuka. Arabian dates dari jenis khidry (antara 10 jenis kurma paling ngetop di Arab Saudi), satu yang biasa (450gram RM18) dan satu lagi ada badam panggang di dalamnya (240gram RM20) Kurang manis dan halus. Pasti terpikat :D

Murah murah..

Daa

Vitamin Supplement : Baik atau buruk

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai orang dah mula aware tentang kebaikan mengambil vitamin tambahan dalam bentuk supplement tablet. Tapi, ada pula kajian yang mengatakan bahawa vitamin supplementation ni sebenarnya tak membawa kebaikan, malah ada pula kajian yang mengatakan bahawa ianya berbahaya.

So.Korang rasa?

Insya allah aku share pendapat aku later. Pagi ni sibuk dengan kerja kerja pengkeranian kejap. Ngecopppp~

Nota kaki: Alhamdulillah kerisauan dah berkurang. Semalam shujin belanja nasi kerabu dengan keropok lekor. Beli kat pasar malam je. Tapi the thoughts yang count kan. Ada berita disebalik kerisauan aku tu. Nanti aku share kemudian. Belum sedia lagi. Thanks pada yang sudi beri komen semalam & yang bagi kata kata perangsang. Insya allah aku akan balas kunjungan petang nanti.

Daa

Rabu

Muffin pisang - Makan laaagii

Assalamualaikum

Tunjuk makan je aku skang ni kan.. Aritu balik Johor, mak ayah bagi dekat satu tandan pisang. Separuh pisang berangan. Tengah masak molek je. Diorang tau cucu cucu diorang tu hantu pisang (tiap kali ayah aku nak ajak cucu dia balik pun dia umpan dengan pisang "Aqil balik la. Pisang banyak da masak tu"..Sabo je la aku). So bawak balik sini aku ingat nak buat kek pisang ke muffin ke. Kebetulan hari isnin tu shujin duk rumah dengan diorang. Aku balik petang tu tinggal 2-3 biji yang dah nak busuk je. Sabo je lah. Dah janji kena la buat jugak kan. Buat buat jadi 6 ketul je. Sampai hari ni shujin duk perli aku sebab muffin pisang buat tak cukup.

 

Yang ni aku tak ikut resepi betul betul sebab aku lupa tah kat mana aku letak kertas resepi tu. So aku main agak agak je. Nasib baik jadi. Sedap kata shujin. Kalau tak sedap mesti dia kata lagi kat aku. Hehh..

 

Minggu ni mode malas. Kerisauan melanda. Semoga aku cepat sembuh dari penyakit risau ni. Aminn..

 

Daa

Selasa

Baitulmaqdis

Assalamualaikum

Aku keliru sebenarnya. Yang mana patut diutamakan. Apa yang hendak dicapai melalui bantuan ni. Bukan nak kata salah bagi bantuan. Tapi meletakkan keutamaan tu. Kalau kutip derma dari rakyat kemudian disalurkan untuk buat kolej ke hospital ke aku rasa takde masalah. Tapi, bila gunakan wang cukai yang dikutip dari rakyat untuk buat pembangunan di negara lain aku rasa macam tak best. Sedangkan masih ada rakyat yang belum menikmati kemajuan. Ada tempat yang sekolah macam kandang kambing, ada kampong yang masih lagi tak bertar, ada kawasan yang masih guna air perigi dan berteman cahaya lampu minyak tanah. Adakah wajar?

 

Bila pemandu teksi dapat bantuan tayar percuma setiap tahun dan bayaran fee yang mengarut tu dengar kata nak dimansuhkan. Adakah tambang teksi akan jadi lebih murah? Adakah pemandu teksi akan guna meter untuk mana mana destinasi?

 

Aku bukan nak mengungkit. Tapi yang duk bayar tax tetiap tahun, dah ada rasa kenikmatan kemajuan hasil tax yang korang bayar?

 

Dengar kata pekerja swasta Cuma boleh keluarkan semua simpanan KWSP bila umur 60 tahun. Ni simpanan untuk urusan kematian ke simpanan untuk hari tua.

 

Menyampah dah aku baca paper weh..Tapi nak kena baca jugak kan. Haihh..

 

Daa

Resepi Pizza mudah sangat

Assalamualaikum

Actually buat pizzanya hari ahad malam tu, tapi baru transfer gambar pagi tadi.
Topping tuna
Ini topping vege dengan sosej
Pizza topping tuna yang da siap dibakar
Base nya tu aku ambik resepi dari buku "Bread and baking". Simple je resepinya

Resepi base
Tepung 220g (aku guna tepung pau)
Garam setengah sudu teh
Yis setengah sudu teh (mauripan)
Minyak zaitun satu sudu besar (aku guna minyak bunga matahari)
Air suam 150ml

Kaedah membuatnya
Gaul tepung dan garam. Kemudian campurkan yis dan minyak zaitun. Masukkan air suam dan uli sampai licin tak melekit. Perap sejam sebelum dileperkan untuk buat base.

Sos untuk topping
3 biji bawang putih dicincang halus
Sebiji bawang besar
Setengah tin (tin besar) tomato puree
Basil leave (aku tak letak. Da habis)
Pepper
Gula dan garam sebagai perisa
Jus limau nipis setengah biji (kalau tak suka masam tak payah letak pun tak apa)

Kaedah membuatnya
Tumis bawang putih dan bawang besar. Sampai naik bau. Masukkan sos dan kacau sebati. Tambah semua bahan lain dan tutup api bila dah masak.

Topping
Cheddar cheese
Mozarella cheese
Yellow capsicum
Green pepper
Tuna
Sosej di hiris nipis
Cendawan (aku da hiris lupa nak letak..hadehhh)
Tomato dihiris
Bawang besar

Cara mempizza
Canai base atas permukaan bertepung. Saiz ikut suka. Letak sos secukupnya dan taburkan bahan bahan topping yang disukai. Akhir sekali letak cheese sebanyak yang disukai. Bakar pada suhu 220 darjah selama 15-20 minit.

Leceh sikit membuatnya..tapi senang je.Satu adunan boleh dapat 2 keping pizza saiz regular. Aku buat 2 adunan. Dapat 1 saiz regular (8inci), 2 saiz large dan 2 mini pizza besar tapak tangan aku untuk dua budak cilik tu. Besar besar diorang komplen susah nak makan.

Selamat mencuba

Daa

Isnin

Puas hati : kata dia

Assalamualaikum

 

Seronok bila orang beli barang/perkhidmatan kita dan dia rasa puas hati kan.

Bukan nak tunjuk hs baru shujin belikan (poyo!!!) boleh print screen tau..

Nak bagitau..dia suka dengan barang yang dia beli dengan aku

Kuning tu kawan sekampung dengan aku, aritu dia beli set bersalin dengan aku. Alhamdulillah dia puas hati dengan set bersalin tu. Risau jugak mulanya sebab set tu banyak kandungannya (lengkap dari hujung kepala (tak termasuk rambut) sampai ke hujung kaki), ada orang suka, ada orang rasa leceh. Aku rasa rugi sangat kalau orang beli kat aku lepas tu orang tu tak guna betul betul. Memang boleh pulangkan untuk claim duit balik sebenarnya walau pun dah digunakan (dengan syarat tak habis guna la). Tapi biasanya diorang taknak sebab segan. Serba salah aku dibuatnya.

 

Kan bagus kalau semua customer aku rajin macam member aku ni. Nak berniaga pun rasa seronok. Kalau awal awal da kata tak rajin tu aku pun tak berani nak recommend. Takut nanti result nya tak macam yang aku cakap, dia kata aku nak tipu duit dia pulak sedangkan niat kita ikhlas nak tolong orang. Bukan nak menipu.

 

Contohnya baru ni ada member nak beli allano lotion sebab dia eczema teruk sampai berdarah darah (kena cahaya matahari sikit pun tak boleh) memang kronik (biasa pegi doktor dapat steroid je katanya..eh doktor?). Alhamdulillah dia puas hati. Aku pun happy. Padahal nak kata untung banyak tu takde la banyak mana. Kadang-kadang kos nak menghantar tu pun da lebih dari untung. Tapi bila kita dapat mengurangkan kesusahan orang lain rasa seronok kan.

 

Daa

Mohon Doanya

Assalamua'laikum..


Frst of all terima kasih to owner blog ourkizuna;K.Rai sebab bagi peluang menulis di blog K.Rai ni..yana tak banyak idea macam orang lain nak buat entry so segan2 jugak ni..huhu


Last friday saya dengan my family pergi visit my cucu sepupu,Razif dekat wad SICU HUSM..dia kritikal..kalo yang ada follow di blog saya sebelum ni ada saya ceritakan kisah kemalangan yang meragut nyawa kawannya..di sini and sini jugak..


Masuk wad SICU kena 2 orang jer dalam 1 masa..lepastu kena pakai baju khas dia..saya masuk dengan ma sebab saya memang penakut sikit bab2 hospital ni..nak2 lagi SICU(surgeri icu)..


Saya tak cam pun beliau masa masuk tengok dia..sangat2 kurus dan cengkung..tak keberatan ada yang kata macam tengkorak dah..ya Allah sebak saya tengok..mata dia tertutup tapi tak rapat..ada genangan air mata..saya minta ma sapu tapi tak jumpa tisu..


Ma ajar razif mengucap..kali ketiga baru dia respon..itupun dengan kerdipan mata dia..uhuk!saya da tak boleh tengok dia masa tu..walaupun dia kaku tak berdaya tapi dalam hati dia hanya Allah jer yang tahu..wayar berselirat dengan badan, mulut semua..ada mesin untuk paru2 ke apa tu sori saya tak tahu tapi bacaan dia tunjuk ke angka 11..sangat2 low!


Sebenarnya ada kisah dengan doctor jugak pasal kes Razif ni..Doctor yang sanggup tebuk, operate patientnya berkali2 semata2 ingat family patient ni tak mampu nak bayar kos operation yang berjumlah RM3000 tu..sampai macam tu sekali pandangan seorang doctor..kot ya pun keluarga dia doctor rasakan tak mampu kami saudara mara ni ada..bukan selfish sangat taknak bantu keluarga sendiri..and pasal tu dah settle pun..cuma ya lah still kesal dengan doc tu..kesian Razif..


Saya tak minta apa2..saya cuma minta doa dari kawan2 yang sama2 baca blog k.rai ni..sebab saya percaya doa yang ikhlas dari sahabat yang jauh mudah dimakbulkan Allah..saya tak sanggup lihat airmata seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja untuk anak2nya..ibu Razif seorang yang sangat tabah..


Terima kasih untuk doanya.


Yana,prettywrite.


Never know

Be strong! Lemau bila hari isnin..hehe

Jumaat

Diserang Panda

Assalamualaikum

 

Semalam ofis ni kena serang dengan panda WWF. Ada talk event sebenarnya. Untuk menyelamatkan penyu penyu yang menyinggah di pandai di negara kita ni. Aku tak pegi sebab kena ikut bos pi miting.

Ada pamphlet kat poket dia tu

Kempen selamatkan penyu

Ni panda yang serang aku tu.. Sempat la bergambar dipeluk oleh panda.Hihi

Kalau kempen pasal penyu kenapa tak ambik penyu jadi mascot kan.. Ni mesti Panda dari China yang dibayar mahal duk dalam ekon tu. Kikiki..

 

Daa

My little kitchen helper

Assalamualaikum

 

Pada korang memasak lebih jimat ke makan kedai lebih jimat. Ada member aku membeli lebih jimat. Jimat masa, jimat belanja. Sebab beli untuk sorang kongsi makan berdua. Lagi pun isterinya pun bukan pandai masak (katanya) Ada jugak yang kata, masak sendiri. Penat penat masak. Yang jadi tu tak sesedap mana. Lebih baik makan di kedai. Lebih sedap. Tak payah buang masa memasak.

 

Aku takde la tere memasak. Tapi Alhamdulillah dikurniakan suami yang tak kisah makan apa. Kadang kadang aku masak tak sedap pun dia habiskan sebab aku pun tak lalu nak makan (punye lah tak sedap kan) hahaha.. Alasannya. Tak baik membazir. Alhamdulillah. Practice make perfect kan. Dah lama lama ni ok dah la aku masak. Ada sesetengah masakan, shujin kata aku masak lebih sedap dari yang mak aku masak (cewahh)

Since ada kitchen helper ni aku lebih semangat nak belajar memasak. Sebab? Balik rumah pukul 7:30 pun masih sempat nak sediakan nasi daging untuk hidangan makan malam - Rebus daging 7 minit..Mostly mengurangkan masa memasak sebanyak 50%. Thanks shujin. Bulan puasa nanti heavy duty lah si comel ini nampak gayanya..

Nasi daging : By encik shujin

Mi bandung by me

Bihun goreng 4 minit. Sangat helpful terutamanya bila ada tetamu tak diduga atau malas nak masak (kalau ada bahanlah)

Dodol 10minit..

Lebih setahun dengan periuk ni, memang aku rasa berbaloi. Kalau tidak, kalau balik lambat alamatnya kena makan lauk beli je la aku. Alhamdulillah dapatlah jimat sikit belanja. Pergi kerja pun 3-4 kali seminggu aku bawak bekal. Kat sini makan tengah hari bubuh je ayam atau ikan at least pun RM5.50. Dengan sayur la. Ada tu sampai RM6+. Tak kira air lagi. Kalau 3-4 hari bawak bekal boleh la nak jimat RM20+ seminggu. Kalau beli bahan mentah, ayam RM12+ (ayamas size XL 2kg+), sayur RM4 (2-3 jenis sayur) boleh cukup untuk 3-4 hari makan sekeluarga. Tapi kalau jenis kerap makan ikan siakap ke ikan merah tu kurang la sikit jimatnya. Nak lagi jimat balun telur hari hari. Zaman skang ni sardine pun da mahal (sardine ayam pun RM6+ setin)

 

Korang pulak macam mana? Kalau dah lewat beli lauk kedai je ke memasak jugak?

 

Nota kaki : Weekend selalu buat movie night. Masak pop corn seminit lepas tu pakat mengadap tv. Jimat tak payah pegi tengok wayang kan (dasar kedekut) kihkihkih.. Dah cari resepi popcorn garret yang mahal lagi glemer tu. Nak cuba resepinya weekend ni. Jemput datang rumah (tapi hidang popcorn dengan air je lah ye). Tak tau lagi nak tengok movie apa ni.

 

Daa

Hukum pertandingan memancing : Jawapan

Assalamualaikum

Ingat lagi kemusykilan agama yang aku utarakan tentang hukum menyertai dan menganjurkan pertandingan memancing. Setelah mengajukan soalan yang sama kepada Lebai Google. Jawapannya adalah seperti berikut :-

PERTANDINGAN JORAN BANYAK BERASASKAN JUDI
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin @DRMAZA.COM

Setelah diteliti didapati kebanyakan pertandingan joran yang sekarang begitu meluas dalam negara ini berasaskan 'judi' atau qimar. Malangnya, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian ini begitu telah membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain. Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Untuk itu beberapa perkara berikut perlu disebutkan ;

1. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar. Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini. Wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta. Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan. Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah.

2. Sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka itu bukan judi dan pertaruhan. Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan'.

3. Umat Islam wajib menghindari penyertaan pertandingan joran atas konsep perjudian yang seperti itu. Ia adalah haram dan dosa besar. Firman Allah : Wahai mereka yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib adalah keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah : 90).

4. Para penganjur yang sekarang sudah membabitkan pelbagai peringkat hendaklah mengelakkan unsur perjudian dalam pertandingan joran yang diadakan. Firman Allah: "Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)." (Surah al-Nisa: 29).

Haram sesiapa yang terbabit dalam menganjur kegiatan judi atau menggalakkannya.
Jawapan aku copy dari SINI 

So kepada kaki pancing. Berhati-hatilah. Lebih baik memancing ikan di laut dari memancing dosa.

Daa

Khamis

Cara-cara menambah berat badan

Assalamualaikum

 

Nak tambah berat badan? Nak gemuk? Mudah je...

 

 

 

 

 

Apply jadi pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) Tengok Maria Tengku Sabri. Bezakan dari 1st season sampai berapa season dia mengacarakan JJCM. Macam dipam pam. Tengok anak Chef Wan si Serina tu. Tak sempat habis satu season dah berisi bukan main. Nak tau sebenarnya kenapa Qi berenti jadi pengacara JJCM? Sebab Yuna marah Qi membulat masa mengacarakan rancangan tu. Tengok pipi dia. Kejap je chubby.

 

Aku tak sanggup tengok diorang menggemukkan si Iqram Dinzly yang kiut itu pulak. Menchubby sampai tak Nampak lesung pipit pemanis dia tu. Warghhh!!

Gugel

Aku memang tak boleh tengok JJCM. Tiap kali pun tak puas hati. Bukan rancangan memperkenalkan makanan. Bagi aku rancangan tu tempat pengacara nak mentekedarah. Aku lagi suka tengok rancangan Ho Chak. Tolong la pengacara JJCM belajar sikit macam mana orang mengacarakan rancangan makanan. Ayat tak boleh blah aku time Serina jadi pengacara adalah "sedappp"... "Freshhh" Macam tahik je komen.

 

Orange dalam rancangan Ho Chak tu rasanya tak pernah bertukar since 1st season. Dok gitu jugak badan dia. Sebab diorang bukan makan bagi kenyang. Makan bagi rasa. Tiap tempat 1-2 menu je. Rasa. Lepas tu bagi komen, bau, rasa (bukan sedap ke tak sedap, ada rasa manis ke masin ke masam ke, rasa bawang ke herba ke apa ke), tekstur makanan (kenyal ke lembut ke larut ke) Dari dulu aku tengok takde improvement langsung.

 

Tiap kali pun komennya cam tu. Lepas tu dok focus pengacara tu dok makan sambil kata sedap. Ada tu punye la tak tau adab. Sambil komen sambil mengunyah. Buat malu je. Aku tak tau la orang lain. Tapi bagi aku sangat disturbing bila tayang kat tv macam tu.

 

So peminat Iqram Dinzly. Aku Cuma nak kata. Too bad kali ni Iqram pulak yang terpilih. Wakaka..

 

Daa

Trivia : Ban in US & China but widely used in Malaysia

Assalamualaikum

 

Aku bukanlah baik sangat dalam hal penjagaan alam sekitar ni. Still, yang mana aku boleh jaga aku jaga. Kalau tengok sekarang ni semakin advance dan makin mudah kehidupan kita, semakin teruk ancamannya pada alam sekitar. Contohnya macam diapers pakai buang. Senang je kan. Pakai lepas tu buang. Tak payah gaduh nak basuh.

 

So, bila kita makin advance makin banyak benda pakai buang di pasaran. Dari pinggan mangkuk sampai la ke spender. Bayangkan lah. Spender pun nak pakai buang. Sebaik mungkin, elakkan lah benda pakai buang dalam kehidupan. Especially yang diperbuat dari plastic. Yang mana boleh guna semula tu guna semula. Tapi plastic ni banyak pasaraya dah start guna plastic yang mesra alam (jenis reput). Setau aku Jusco, Carrefour, Amway dah guna biodegradable plastic. Harap harap lebih banyak pasaraya yang gunakan. Dan untuk bantu pekedai kecil, harga plastic yang mesra alam ni patut dikawal. Sebab macam kita tau. Product product mesra alam ni biasanya lebih mahal.

Bukan nak tunjuk pisang goreng. Styrofoam ye..

Orang Malaysia gunakan at least 2 billion Styrofoam setiap tahun

 

Rupanya Styrofoam ni dah di ban bukan saja di US malah di negara China pun dah tak guna. China yang kita semua tahu product dia kadang ok kadang tak ok. Banyak barang tiruan. Dalam bab ni diorang sangat strict. So far Cuma Penang local council je yang dah ban penggunaan pinggan mangkuk Styrofoam ni. Dah ban. Tapi adakah ianya betul betul dikuatkuasakan aku tak tau la. Sebab buang sampah merata pun patut kena bayar RM500. Tapi, so far orang buang jugak kan..

 

As individu, kita mungkin tak boleh nak halang kedai dari guna. Kita mungkin tak boleh halang jiran kita dari guna. Tapi, kita boleh elakkan penggunaan Styrofoam. Kalau buat majlis. Memang penat nak cuci, tapi lebih baik untuk alam sekitar. Bukan untuk orang lain. Untuk masa depan anak-anak kita jugak. Bak kata pepatah

 

Dunia ni bukan kita warisi dari tuk nenek kita, tapi kita pinjam untuk generasi akan datang

Dan yang pasti, ia adalah pinjaman Allah pada kita untuk menjadi khalifah memakmurkan dunia

 

So, adat meminjam. Jagalah dengan baik.

 

Nota kaki : Poyo kan aku, semua dalam paper tu aku ambik gambar jadikan entry. Hahaha..Paper fav aku ialah The Sun. Sebab ianya FREE. Dan aku suka Citizen Nades menulis.

 

Daa

Antara statistik dan hakikat

Assalamualaikum

 

Aku nak menyeru warganegara Malaysia terutamanya wanita, terimalah hakikat yang kejiranan kita dah tak berapa nak selamat. Walau pun statistic mengatakan negara kita pada kedudukan ke 19 paling aman eh ke paling selamat (aku tak tau la macam mana punya huru hara negara yang duduk no 20 paling selamat tu). Selepas baca perempuan mengandung yang menggelupur kena tembak kat belog Dkna ni aku rasa ramai antara wanita yang masih leka dan masih lagi kurang berhati hati di luar sana. Tolonglah terima hakikat, statistic tu tak menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku disekeliling kita.

 

So sentiasa amalkan sikap berhati hati setiap masa. Tak kira di rumah sendiri atau di luar rumah.

(1)    Masuk rumah terus kunci pagar. Kalau tinggal kat kejiranan yang dah banyak kes rompakan dan kecurian, baik cari budget untuk install penggera rumah supaya satu kampong tahu bila pencuri masuk rumah kita. (pomot sikit..aku ada kenalan yang jual..kalau ada yang nak aku boleh kenalkan dengan orang tu)

(2)    Sentiasa tengok tengok keliling ada tak manusia yang suspicious yang tak pernah tengok lepak lepak kat dekat rumah kita.

(3)    Bawak henbeg dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang pada henbeg tu. Kalau boleh asingkan wallet dan barang berharga. Kalau tak bawak henbeg lagi bagus.

(4)    Jangan jalan dekat sangat dengan jalan.

(5)    Kalau jalan kat tepi jalan tu mengadap kea rah trafik jangan membelakangkan. So kita tau kalau ada orang nak datang ragut ke apa.

(6)    Masuk kereta terus lock, kalau menunggu sesiapa pun make sure lock pintu kereta

(7)    Jangan jalan sorang sorang kat parking lot dalam bangunan tu. Make sure berteman. Walau pun siang. Kalau takde choice mintak tolong dengan security escort sampai kereta

 

Ya. Malang memang tak berbau. Tapi kita kena berhati hati sentiasa. Jangan bagi sedikit pun ruang pada penjenayah nak buat apa apa kat kita.

 

Hati hati ok..

 

Daa

Trim tummy, healthy body

The SUN

 

Weight management program - commencing July :D

Rabu

Princess masuk kampung

Assalamualaikum

Susah betul nak ambik gambar budak ni sekarang..baru naik +-2kg bulan lepas

Jangan yang ni..anytime anywhere..punya la tak biasa pakai dress..sibuk angkat angkat..tak princess sungguh.. bawah mata dengan kelopak mata merah sebab kena gigit serangga kat kampong..

Alahaii..

Daa

Musykil agama - Hukum menganjurkan dan menyertai pertandingan mem ancing

Assalamualaikum

 

Aku memang tak tau, dan mohon pencerahan sesiapa yang ada kenalan Ustaz atau Ustazah yang arif dalam persoalan ini. Apakah hukumnya menganjur atau menyertai pertandingan memancing.

Antara hujah yang aku pernah dengar

(1)    Haram - Kerana, duit penyertaan peserta digunakan sebagai hadiah oleh penganjur. Jadi macam money game = judi.

(2)    Halal - Kerana, mereka yang menyertai menang bukan kerana nasib. Tapi adalah kerana skill memancing. Dan wang penyertaan digunakan sebagai hadiah dan bakinya digunakan untuk menguruskan kolam memancing.

 

Masing-masing ada point mereka. Dan aku pernah dengar yang mana-mana pertandingan yang menjadikan wang penyertaan sebagai syarat, hukumnya adalah haram. Tapi aku tak sure kesahihan maklumat ni.

 

Thanks. Daa

Tolonglah YB

Assalamualaikum

 

Balik Johor aritu ayah mengambil kesempatan ajak aku pergi melawat abang ayah yang sakit sebab kena strok. Sakitnya dah lama, tapi sebab semangatnya jadi lemah, agak susah nak kembali pulih. Memandangkan dah lama ayah tak pergi jengah, dia pun ajak kami pergi sekali. Abang Ayah (kami panggil Wak Kat) tinggal kat Rengit. So ambik jalan sikit lepas tu naik highway keluar exit Simpang Renggam.

 

Balik tu lalu jalan Bukit Batu. Rasanya kalau orang Johor memang sangat arif pasal keadaan laluan Bukit Batu ni. Penuh pancaroba. Kalau naik 4 wheel drive memang takde masalah. Tapi kalau naik kereta biasa (terutamanya yang baru lepas basuh dan polish pagi tu) baik jangan lalu situ.

Gambar gegar..sebab kereta bergegar..Bukan diambil dengan DSLR atau pun kamera yang dilengkapi dengan sistem yang boleh menyerap hentakan..

Kata mak bertahun tahun dah jalan ni tak siap siap. Hanya berbatu. Kalau tak hujan macam ni memang penuh debu. Rasa macam dalam cerita koboi naik kuda sebab dok gegar dan debu naik ke udara. Nasib baik masing-masing tak pegang pistol sorang satu kan.

 

Memandangkan dah nak pilihanraya ni harap harap YB di kawasan berkaitan boleh percepatkan proses penurapan jalan di Bukit Batu.

 

Kesian tengok pokok sawit tepi jalan. Penuh debu.

 

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com