Khamis

Formula 72 : Mengira berapa lama pelaburan jadi berganda

Assalamualaikum

Aku takde la pandai bab bab pelaburan ni. Tapi selain dari buku pasal kesihatan, aku ada mengumpul buku berkaitan dengan pelaburan jugak. Dalam sebuah buku yang menerangkan tentang linear income dan jugak exponential income ada menerangkan tentang formula 72.

Formula 72 ni digunakan untuk mengira berapa lama masa yang diambil untuk double kan jumlah pelaburan kita. Provided. Tak ada pengeluaran dan penambahan. Contohnya letak modal RM10k. Banyak tu je. Kita biar dia beranak pinak sendiri.

Source ; Google

Pada aku, pelaburan adalah something yang kita lakukan untuk long term. Kalau short team dalam setahun ke 3 tahun tu boleh la nak dapat income sikit. Pengiraan ni cuma estimation saja. Sebab dalam formulanya, interest adalah dikira sebagai tetap. So, kalau banyak berubah maybe kurang tepat. Tapi boleh dijadikan panduan untuk nak tau berapa duit yang kita laburkan by the time kita pencen nanti.

Cara kiranya mudah je.

72/(kadar faedah tahunan)

Contohnya macam ASB. Katakanlah faedah tahunannya 8%

So pengiraannya adalah = 72/8  = 9

Maksudnya pelaburan kita ke dalam ASB akan double dalam masa 9 tahun.

Contohnya kita masuk RM10k

9 tahun = RM10,000 + RM10,000 = RM20k
18 tahun = RM20,000 + RM20,000 = RM40k
27 tahun = RM40,000 + RM40,000 = RM80k

dan seterusnya..

So kalau sekarang umur 28 tahun, masuk RM10,000 dalam ASB. Masa umur 55 tahun dapat RM80,000.

Lebih tinggi interest lebih cepat gandaan akan berlaku. So, kena pandai cari peluang pelaburan yang bagus. Asalkan jangan masuk skim cepat kaya.

Ada kaedah lebih cepat untuk menggandakan pelaburan, tapi tak semua orang boleh terima dan ramai yang tak sanggup.

Inspired dari entry RM50k nak buat apa

:: Support for ConsumerLab access, share this entry with your friend ::

Daa

Bayi tersangkut dalam tayar

PEACE :D

Brand 1Malaysia murah ke?

Assalamualaikum

Aku tak pernah lagi sopping barang kat kedai 1Malaysia. Katanya murah. Tapi kat k4 ke econsave pun ada jugak barang yang ada cop 1Malaysia macam tepung. Tepung la yang aku nampak pun. Sebab memang yang tu yang aku beli.

Ada banyak brand tepung kan. Kalau cap sauh tu RM2.40. Kalau cap wau murah sikit kot tapi still mahal sikit la. Kalau nak paling murah cap bunga kenanga kalau tak silap. Bunganya kuning. Cap bunga lily pun murah. Plastiknya hitam kuning. Harganya RM1.35 sepeket.

Satu ketika..Tiba tiba tepung yang harga RM1.35 tu tak dijual di mana-mana. Bila diorang restock baru baru ni. Harganya masih sama RM1.35. Tapi dah ada logo 1Malaysia.

Apakah..apakah.. Persoalan dalam diri aku
Kenapa nak kena ghaibkan tepung tu dan kemudian muncul balik dengan logo 1Malaysia, tapi jual dengan harga yang sama jugak?

Ke memang macam tu kekdahnya?

Daa

Rabu

Jom jadi guest blogger di Ourkizuna

Assalamualaikum

Terima kasih atas sokongan dan galakan semua dalam usaha aku nak mendapatkan access ke ConsumerLab. Sangat aku hargai. Dan sangat terima kasih kepada yang sudi klik klik share pada kengkawan.

Sebagai tanda penghargaan, aku nak memberikan ruang kepada sesiapa yang berminat nak mengiklan diri, menjadi guest blogger di Ourkizuna.


Sumber : Google

Selain dari dapat buat satu entry promote diri sesuka hati di Ourkizuna, aku juga akan bagi ruang kepada yang bertuah tu untuk letakkan feed mereka untuk seminggu.

Entry sebagai guest blogger adalah bebas. Tapi maaf, tak boleh promote product ya. Promote diri atau blog tak apa. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan komen. First come first serve basis.

Daa

Selasa

ConsumerLab - Please support me!

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama aku dah jumpa web ConsumerLab ni dan dah beberapa ketika dok whine dengan incik shujin untuk beli full access to the web. Malangnya ayat killer dari shujin adalah "use your blogging money to buy the access" chaitt.. He knew too well that aku bukan ada earn apa pun. Nak harapkan iklan Nuffnang, bertahun tahun baru cecah angka boleh cash out. Dan aku sama sekali tidak dibenarkan untuk menggunakan pocket money other than duit yang aku earn melalui blog.

Apa yang best sangat tentang ConsumerLab ni adalah kita boleh review report tentang vitamin dan supplement yang terdapat di pasaran. Walau pun ramai orang yang tak setuju ConsumerLab ni adalah independent company dan kata ConsumerLab dapat fund dari certain company untuk buat test pada jenama mereka. Still, report tu sangat menarik untuk di review dan di baca. Brand yang terlibat banyak yang brand US. Tapi ada sesetengahnya yang boleh didapati di pasaran Malaysia. Seperti GNC, Seven Seas dan even beberapa MLM company terkemuka di Malaysia.

contoh newsletter dari ConsumerLab

Aku dapat FREE trial sign up untuk 24 jam dan cuma dapat view 2-3 jenis report. Reportnya boleh dikatakan sangat lengkap dan aku sangat sangat berminat untuk dapatkan full access yang cuma berharga dalam USD25 untuk 12 bulan subscription.

So, dengan tak malunya aku nak mintak tolong korang click click share mana-mana entry aku yang bagus dengan kawan-kawan. Di samping kita sharing, dapat gak membantu aku mendapatkan access ke web tersebut. Apa yang pasti, aku akan share info terbaru tentang vitamin dan supplement dalam blog ni.

Ok..ok? Hehehe..

Daa

Isnin

10 cara mengempiskan perut yang berkesan dalam masa sebulan

Assalamualaikum

Ramai orang sekarang mengalami sindrom lemak di perut ni senang cakap buncit lah. Tak kira lelaki atau pun perempuan. Kalau lelaki tu boleh la kata sebab isteri sayang. Tapi kalau orang perempuan, macam macam tohmahannya. Kesian orang perempuan ni. Hehehe.



Oleh itu, aku nak suggest kaedah mengempiskan perut yang berkesan. Tapi dengan syarat. Kena istiqamah betul betul. Bunyinya macam menakutkan. Takde lah susah sangat pun sebenarnya.

Cara-cara mengempiskan perut (obvious result dalam masa sebulan)
(1)Pakai bengkung/barut/corset atau apa apa saja nama yang sewaktu dengannya. Nak mudah beli baju corset tu. Tapi tak payah la yang mahal melampau. Sebab baju dalam tu sebenarnya untuk perbaiki postur badan dan juga sendal lemak. (Pandangan peribadi) Yang memahalkan sesuatu baju dalam tu adalah material dan design nya (tapi bukanlah additional material sampai magic bila pakai tu lemak terus cair disebabkan oleh tut..pepaham lah). Material yang baik akan menyendal lemak dengan baik tanpa menyebabkan pernafasan terganggu. Ia secara tak langsung membantu perjalanan darah dan memastikan kita berada dalam postur yang betul. Untuk permulaan atau nak cuba cuba teknik ni aku sarankan just guna bengkung orang bersalin tu je. Tapi kena rajin nak mengikatnya la. Sebab nak kena pakai at least 8 jam setiap hari tak kira hujan ke panas. Seeloknya pakai waktu siang sepanjang hari masa pergi kerja tu. Bila pakai bengkung ni nak terover makan pun akan rasa sengkak. 



(2) Pastikan duduk dan berdiri dalam postur yang betul. Jangan slouch.
(3) Sentiasa lakukan stomach vacuum technique (Boleh google kaedahnya) Oleh kerana pakai bengkung, automatically kita akan sentiasa aware yang kita dalam proses nak mengempiskan perut. Sambil buat vacuum technique, kena kawal pernafasan dengan baik.
(4) Senaman setiap pagi atau sekurang kurangnya dua hari sekali. Kalau tak cukup masa nak bersenam boleh refer pada entry
senaman 10 minit. Plank adalah salah satu teknik senaman berkesan untuk menguatkan tubuh sambil mengempiskan perut
(5) Makan sedikit tapi kerap dan make sure ambik breakfast selepas bersenam
(6) Banyakkan makan serat, sayur dan buah buahan

Sumber : Google
Teh hijau jangan ditambah gula. Baik untuk meningkatkan kadar metabolisme
(7) Minum teh hijau dan pastikan minum air yang cukup. Teh hijau sangat sangat membantu melawaskan buang air besar. Selain dari tu bantu menurunkan kadar kolestrol kalau diambil berterusan dalam masa 12 minggu (menurut kajian) Kalau rasa lapar macam craving nak makan. Minum air kosong segelas dulu. Lepas tu baru tengok. Kalau lapar jugak, makan lah.
(8) Paling baik kurangkan makanan berminyak dan berlemak
(9) Lebih baik lagi kalau elakkan dari makan makanan yang diproses
(10) Amalkan secara istiqamah selama sebulan. Dan memang akan nampak kesannya. Dalam 2 minggu pertama, nafsu nak makan secara berlebihan akan berkurang. Dan badan akan rasa lebih "ringan" kerana senaman yang konsisten





Selamat mencuba.


Nota kaki : Teknik ni aku amalkan ketika nak mengempiskan perut selepas bersalin. Bengkung tu guna bengkung bersalin je. Tambah lagi gunakan tepel kat perut tu. Rasa selesa je perut. Habis keluar angin bagai. Ada orang kata, ala..ko kurus apa nak risau..Hakikatnya, aku da bersalin dua orang ni memang risau bab bab perut tu. Ditambah lagi, aku memang amat amat suka makan. 




Daa

Tragedi Himpunan Belia - Keluarga mereka sangat positif

Assalamualaikum

Ketika ditemuramah media bagi mengulas tentang kemalangan yang berlaku ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, Menteri Penerangan Datuk Shaberi Chik berkata "Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain.Kami telah menemui keluarga mereka yang terlibat dalam kejadian itu, dan mereka sangat positif serta tidak menyalahkan mana-mana pihak"

Sumber : MieCyber
Pecah limpa, patah dua dua kaki... Hehehe..hehehe..

Aku tatau nak komen apa.. Korang je la komen.. Hehehehe..

Nota kaki : Tengok gambar retis korea kat blog Mantot Cursing Malay. Macam pakai spender je.

Daa

Latihan mengekek - Fail safe trick untuk buat vanilla sponge cake

Assalamualaikum

Memandangkan aku memang sangat sangat beginner dalam ilmu membuat kek. Banyak sangat yang nak kena belajarnya. Baru tau terms terms macam topping, filling, icing dan sebagainya. Walau pun bunyinya macam nipu benoorr.. Tapi percayalah. Aku memang fail bab bab tu.

Okeh. Arahan shujin sangat ringkas (ceh..arahan tu..)

Bunyinya - Kali ni kita (read:aku) buat sendiri kek.

So, kerana kecintaan aku kepada kek. Aku ter"paksa" lah cari kek yang terbaik untuk dipersembahkan. Hahaha.. Kuat drama nih! (Aku rasa aku tau dah mana datangnya perangai Drama Queen si Damia ituh...)

Back to the topic. Aku dah google segalanya dah. So, tinggal nak decide macam mana rupa bentuk kek tu nanti. Sekarang ni aku tengah berlatih buat keknya dulu. Test resepi mana yang paling senang dan kejadiannya yang paling elok serta sedap untuk dipersembahkan pada shujin. Heh! Anak melayu pantang dicabar tau. :P

Kekdahnya semalam balik dari sopping ada kawan shujin nak datang rumah. Oh..Nak masak apa ni? Aku pura pura tanya kat shujin. Tangan dah pegang mixer letrik dah :P. Shujin pun kata. Roti sempat tak? Kawan tu dah duduk kat Ampang Park (on the way) Mana sempat bang. Nak bagi kembang je setengah jam. Eh..bajet aku panggil shujin tu abang kan.. Hehe.. Buat kek lah eh, aku propose. Sempat ke? Shujin tanya pulak. Eh sempattt.. Kita bagi sempat lah. Awak tolong kemas sikit ok.

So, aku pun mula bersilat.

Sponge cake vanilla
Bahan-bahan
3 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
90g gula
80g tepung naik sendiri - diayak
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
30ml Butter dicairkan - Aku guna minyak bunga matahari je (tak sempat << kononnn)

Kaedah membuatnya
Putar telur putih sampai kembang. Kalau nak tambah sikit krim tartar. Ikut suka. Bila dah kembang bertanduk tu baru masukkan kuning telur dan gula sedikit demi sedikit. Bila dah kembang lagi masukkan esen vanila dan putar sikit lagi sampai sekata. Masukkan tepung dan baking powder dan kaup balik sampai rata. Akhir sekali masukkan butter cair. Masukkan dalam bekas. Kemudian hentak sikit. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180darjah selama 30 minit.

Serius. Kejap je buatnya. Tak sangka aku!

Tara. Tadak gambar. Sebab tetamu dah sampai baru siap. Lepas tu aku terus potong dan ngap. Sayangnya isteri tetamu tak suka kek. Sikit pun dia tak jamah kek aku. Komen shujin. Sedap dah tapi kalau dapat lembab sikit lagi sedap. Yang ni rasanya agak kering macam makan bahulu.

2 weeks to go. Kena berlatih lagi. Hahahaha..

Nota kaki : Nampak gayanya blog ni dah jadi blog kurang sihat. Dok pakat tunjuk makanan yang tak sihat diamal hari hari. :P Agak-agak berapa kilo aku naik lepas ni?

Daa

Jumaat

Busy bee

Assalamualaikum

Maaf. Hari ni tiada kesempatan nak ber BW. Belajar membuat kek lebih teruk dari belajar tentang kesihatan. Entah kek apa lah yang jadi sudahnya...

Salam weekend.

Nota kaki : Maklumlah belajar dari internet je. Takde nak pegi pegi kelas dah.

Daa

Dikala masih ramai orang miskin tegar

Assalamualaikum

Berita muka depan The Sun "Record RM520,000 bid for WWW 1"

No plat kete je pun...

Tah pape..

Nota kaki : Konon sibuk hari ni.. Banyak hal banyak kes. Serabut perut aku. Nak makan pun tak senang.. Heh.

Daa

Khamis

Dilema seorang ibu

Assalamualaikum

Seminggu dua lagi birthday Damia. Shujin dah bertekad. Kali ni taknak beli kek. Nak home made cake. Yang mana...Aku lah yang kena buat maknanya tu. Hehe. Aku memanglah suka nak membaking bagai ni. Tapi memandangkan kek tu kejap jadi kejap tak jadi. Tak berapa nak confident pulak nak buat untuk special event ni. Al kisahnya. Bila aku tanya Damia nak kek apa. Jawapannya adalah "Manya (Damia) nak kek HIJAU"

Shujin terus happy. Dia kata baguslah. Murah. Buat je kek pandan sayang oii. Hahaha..

So alkisahnya. Aku pun menyelongkar dapur Kak Azlita Masam Manis. Hasilnya..

Kek pandan lapis

Kek pandan marble
Dedua nampak sedap. Tapi macam tak yakin je aku boleh buat camni kan...Ada idea?

Daa

Bihun periuk

Adalah bihun goreng yang dikukus dalam periuk :P

Rabu

Ladies please read and spread this:The horrifying truth about your cosmetics

Assalamualaikum
Last week masa tengah shopping, shujin bisik kat aku.
"Isn't it time for you to look and act like a lady"

Aku menoleh kat shujin dan berkata
"Meaninggg..."

Shujin senyum kat aku
"You know what i meant"

Ceh. Ok ok. Aku admit. Aku memang ada masalah ni. Memalukan. Ada anak dua dan aku still tak reti nak match baju dengan tudung. Apa lagi nak mencalit calit mekap barang lipstick mahupun maskara. Alasannya mudah je.

Tak sempat :P Aku cuma pakai toner dengan mosturiser. Itu pun not until lately bila aku perasan tahun depan aku nak masuk tiga siri. Heh!

So, since dah ada soft threat dari encik shujin, aku tau aku kena buat sesuatu tentang hal ni. And this is not the first time actually. Kekdahnya, aku pun menggoogle kaedah kaedah dan bahan bahan yang diperlukan untuk menjadi seorang lady. Hihi. And then, aku terjumpa cebisan suratkhabar lama..February 2012.

Canadian environmental organization A report on the potential hazards of heavy metals in cosmetics tested 49 well-known brands of cosmetics, including Clinique liquid foundation and L’Oreal mascara. The researchers tested whether these cosmetics contain toxic substances, arsenic, cadmium, lead, mercury, beryllium, nickel, selenium, and thallium, which, four kinds of chemical substances in Canada are prohibited.The results showed that, in addition to the mercury outside, each test cosmetics almost always contain the rest of the seven kinds of toxic substances. Which, true magic of Clinique (Clin-ique) oil liquid foundation contains arsenic, beryllium, cadmium, nickel, lead and thallium, six kinds of toxic substances, another well-known cosmetic brand L’Oreal mascara “Bare Naturale”, but also were detected to contain and Clinique six kinds of toxic substances. In addition, the ultra-perfect eyeliner for “Cover Girl” brands (Cover Girl) containing beryllium, cadmium, nickel and lead.Six kinds of poison in cosmetics

Specifically, Clinique Stay True makeup (Stay Ivory) contained arsenic, beryllium, cadmium, nickel, lead, and thallium while Cover Girl Perfect Point Plus eye liner contained beryllium, cadmium, nickel and lead, reports the site.Popular mascara, L’Oreal Bare Naturale, was shown to include arsenic, beryllium, cadmium, nickel, lead and thallium in its formula.

Ini adalah official list dari FDA - Lead in lipsticks

Almost all of the leading brand yang ada di pasaran, Maybelline is contain the most amount of lead. Termasuk Lancome, Avon, Clinique, Bobby Brown, Shiseido pun ada kalau tak silap. Even MAC pun ada. Ini yang plumbum. Yang cadmium, yang mercury. Ini bukan sebarang racun. Ini adalah logam berat yang accumulate dalam badan. Kita mungkin tak nampak kesannya lagi sekarang. Siapa tau akan datang. And not only lipstick, even mascara and eye liner.

Korang pakai brand yang mana?
But the greatest news for me is my favorite brand,Artistry tak ada dalam list. So boleh la start shopping barang mekap bulan depan. :D

This is like a nightmare for ladies. Please share with others. Agak agak berapa batang lipstick nak kena dump hari ni :D

Nota kaki: Hairan ya..Takde pulak keluar kat berita macam kes Sendayu Tinggi ritu kan. Jengjengjeng~ Hehehe

Daa

Selasa

Drama Queen


Berbanding abang, membuli adik lebih seronok. Kejap je nangis, lepas tu kejap je da ok balik. Memang drama queen sejati. Kalau menangis tu memang sayu habislah kononnya. Mendayu dayu sampai berguling guling, pekup muka kat bantal. Dapat makanan ke toys ke. Kejap je baik.

Adik..adik..Macam macam ragam. Dia dah pandai sebut tanggungjawab..4 suku kata. Abang agak ketinggalan dalam bab ni. Tapi abang lebih pandai memujuk ayahnya. Kalau nak beli biskut kegemaran, dia akan kata "kan abang nak besar, kena makan banyak" Kerana dia bercakap dengan gaya yang terlalu comel. Ayah kalah. :P

Tunggu sampai adik pandai memujuk pulak. Kecil kecil cili padi. Yang kecil tu lebih pedas.

Daa

Tanah pusaka sekangkang kera

Assalamualaikum

Jadi orang miskin susah. Dalam kubur nak kena menjawab dengan malaikat tentang tanggungjawab sebab takde tinggalkan nafkah untuk anak-anak. Jadi orang kaya pun susah kalau sebelum mati tak meninggalkan wasiat dan orang yang memegang harta tak berapa nak amanah.

Kes berebut harta pusaka bukan masalah baru dalam masyarakat kita. Malangnya, masih ramai yang tak ambil iktibar. Tanah sekangkang kera tapi direbut sampai bertahun tahun bermasam muka. Ada yang sampai nak berbunuhan. Aku hairan sebenarnya. Apa lah yang direbutkan sangat harta orang lain.

Kes yang kubincangkan dengan suami semalam. Suami meninggalkan harta sekeping tanah atas nama isterinya. Si isteri kemudiannya bernikah dengan seorang lelaki. Tanah tu kemudiannya diusahakan oleh suami barunya. Apabila isteri meninggal dunia dan anak-anak menuntut harta yang sepatutnya milik mereka, bapa tiri berdolak dalik. Lebih menyakitkan lagi, geran tanah tak ketahuan ada dengan siapa.

Hati-hatilah. Jangan sampai dalam kubur pun tak aman sebab anak-anak marahkan kita sebab tak tunaikan tanggungjawab dalam urusan harta. Anak-anak, usahlah berebut dengan harta yang tak banyak mana. Dan jangan lupa, HARAM makan harta anak yatim.

Nota kaki : Tak tau nak mati bila. Jadi, kenalah sentiasa bersedia menghadapi kematian dari segala sudut.

Daa

Isnin

Apakah hukum anak marah kepada ibu bapa?

Assalamualaikum

Aku ditanya.

Apakah hukumnya sekiranya seorang anak yang merasakan ibu bapa lebih mengutamakan adik beradik lain menyimpan perasaan marah kepada ibu bapanya?

Serius tak tau nak jawab.

Hari ni selalu tengok, ibu bapa utamakan anak yang mereka rasakan “berjaya” berbanding yang kurang. Anak-anak yang kurang berjaya diabaikan. Malah dalam sesetengah kes kasih sayang dibeza bezakan dan dibandingkan. Sehingga anak itu berasa kurang disayangi. Apakah hukumnya sekiranya anak itu menyimpan perasaan marah pada ibu bapa mereka?

Dalam perbualan dengan shujin aku selalu pesan pada shujin. Bila anak-anak da besar, janganlah dibeza bezakan mereka. Walau macam mana pun mereka.

Tahukah, bahawa bukan anak-anak je derhaka pada ibu bapa. Ibu bapa pun boleh derhaka pada anak-anak. Iaitu bila mana seorang bapa tak memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu bagi anak-anaknya, tidak memberikan nama dengan maksud yang baik dan tidak mengajarkan Al Quran pada anak-anaknya.

Sorang makcik pesan kat aku masa pegi kedah aritu, walau macam mana panjang pun nama anak, panggillah dengan nama yang ada maksud. Kalau namanya Muhammad Aqil Mubarak, panggillah Aqil. Jangan panggil mat ke kil dan sebagainya. Nanti masa nak masuk syurga kelak akan dipanggil dengan nama panggilan kita di dunia. Kalau nama elok, tapi nama panggilan tu maksudnya lipas, masa nak masuk syurga malaikat gelakkan sebab nama kita lipas. Hehe.

Kawan shujin nama panggilannya mat dead bulu.

Daa

Gaya tidur

Tiba-tiba rasa jemu berblogging..hehe..

Undang-undang anti obesiti

Assalamualaikum


Haa..panik tak panik tak. Pecah perut aku ketawa masa tengok berita ni. Tapi ini bukan gurauan okeh.


Ni adalah tajuk berita. Menurut berita, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan undang-undang anti obesiti menjelang tahun 2020. Obviously adalah kerana kadar peratusan masyarakat 3G yang semakin berleluasa di Malaysia ini.


Bagaimana perlaksanaannya akan dibuat tidaklah diterangkan dengan lebih lanjut. Mungkinkah sesiapa yang ada sindrom 3G akan didenda lari pusing keliling padang sekolah setiap hari Sabtu? Atau dipaksa mengikuti program pemulihan cara pemakanan.


Apa yang pasti. Orang pertama yang perlu risau adalah wanita pertama Malaysia. Hehehe.


Rilek la. Ni baru 2012. Ada 8 tahun lagi nak menurunkan berat badan.


Semoga berjaya.


Daa

Ahad

Making the right choice



Jumaat

Bercucuk tanam

Assalamualaikum

Shujin mengajar Aqil ilmu bercucuk tanam kacang hijau. Maklumlah rumah atas angkasa. Tak ada tanah. Hehehe. Happy gila hari hari nak siram. Aku cakap nak ambik buat lauk siap marah lagi :P

Selamat hari jumaat.

Nota kaki : Munna, akak pun sampai lambat hari ni..tak tau la kenapa orang pakat nak jem. Spoil mood je kan. Hehehe..

Daa

Khamis

Biar papa kedana asalkan bahagia

Assalamualaikum\

Laaa..tak abis lagi bab miskin kaya ni. Kehkehkeh..Sambungan sedikit dari entry salah ulamak.

Terima kasih pada yang sudi bagi komen dan pendapat. Actually aku terexpect kot la ada yang nak komen pedas pedas ke. Pada aku semua padangan dan pendapat tak salah. Dan untuk pengetahuan aku tak salahkan ulamak dan pendakwah 100% dalam hal ni.

Still, tak mengubah pendapat aku bahawa mereka adalah sebahagian daripada punca. Faktor lainnya adalah salah faham dalam masyarakat kita sendiri.

Antara komen menarik adalah Mommy Danisha, Hana Faza (dua dua schoolmate aku ^_^) dan Mommy Fara.

Daddy Ziyyad, saya tak pernah dengar tentang Minda Jihad Business. Bunyinya macam menarik. Bagus kalau ada program atau ceramah yang menekankan tentang kelebihan menjadi kaya ni.

Mengapa aku menyalahkan pendakwah adalah kerana dalam menyampaikan ilmu Islam mereka sepatutnya menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Di mana, banyak ceramah menekankan tentang amalan akhirat tapi sangat sedikit yang menekankan tentang keduniaan. Seolah olah mencari kekayaan di dunia menjadi satu kesalahan kerana terlalu menekankan konsep syukur. Sebagai orang yang arif dalam hal agama, mereka sepatutnya menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin.

Jika tidak ia akan menyebabkan ramai orang salah apply konsep syukur dan tak kurang yang menggunakannya sebagai alasan untuk tidak berusaha lebih ke arah mencari duit lebih. "syukurlah dengan apa yang ada", "dah ni je rezeki Allah bagi, syukurlah". Lepas tu dok menadah tunggu bantuan.

Mengenai konsep syukur. Ada yang mengatakan. Takut nak kaya. Nanti dah kaya lupa diri. Kufur. Seolah olah orang miskin dan orang yang hidup sederhana tu kebal dari lupa diri dari kekufuran. Ramai orang miskin, terima bantuan dari gereja sebab mereka miskin. Sebab orang muslim yang lain pun cukup makan. Yang merompak, mencuri sebab tak mampu. Yang melacur sebab tak cukup makan.

So, siapa yang nak bantu mereka ni? Adakah sebab makan pakai kita cukup kita rasa ok. Rezeki aku takat ni. Rezeki korang pandai pandai la cari sendiri. Bumi Allah ni luas. Rezeki ada dimana mana.

Hei. adakah salah orang kristian yang bagi duit kat umat islam supaya menukar agama? Atau salah kita sebagai umat islam tak mampu nak bagi bantuan untuk menyelamatkan akidah mereka?

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, Islam menggalakkan umatnya nak jadi kaya. So kalau ada kawan-kawan nak jadi kaya tak payah la dok kutuk kata "alah, bukan boleh bawak masuk kubur pun duit banyak banyak"

Aku bukan kata aku pandai sangat bab macam ni. Tapi sedih woo tengok umat Islam hari ni. Masing masing pentingkan diri. Asal diri sendiri dah ok sudah la. Kubur kau, kubur kau, kubur aku, kubur aku. Aku dapat gaji dapat makan tutti frutti. Padan muka ko makan ikan kering hari hari. Siapa suruh malas.

Ok. Aku saje exaggerate.

Nota kaki : Orang kata "kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku" Agak agak ada tak ditanya dalam kubur nanti, kenapa jiran kita pergi merompak/melacur sebab tak cukup makan sedangkan dia tiap tiap minggu makan kat Secret Recipe. Sekiranya ditanya. Apa kita boleh jawab pada malaikat? Bukan orang kaya je perlu jawab mana dia belanjakan hartanya. Setiap dari kita akan ditanya. So adakah wang yang kita belanjakan hari ni, benar benar kita gunakan ke arah kebaikan? Tak berlaku pembaziran?

Daa

Umat Islam di Malaysia ramai yang hidup cukup makan adalah salah ulamak

Assalamualaikum

Hoho.Sure ramai tak puas ati dengan pernyataan tersebut.

Percayalah. Itulah hakikat. Ulamak dan penceramah agama adalah antara punca kenapa umat Islam kat Malaysia ni ramai yang miskin.

Sila ingat balik. Dalam 10 ceramah agama yang ditayangkan di televisyen berapa banyak membincangkan mengenai kepentingan menjadi KAYA. Banyak bab syukur. Balik balik syukur. Balik balik syukur.

Syukur lahir di Malaysia. Negara kita aman takde perang.

Syukur sebab masih cukup makan. Jangan tengok orang yang lebih senang dari kita. Tapi tengok orang yang lebih susah dari kita. Nak makan pun tak cukup.

Seriously. Nabi memang suruh kita syukur. Allah memang suruh kita syukur. Tapi Allah dan Nabi suruh kita jadi kaya jugak. Kesilapannya adalah, penceramah menitikberatkan suruhan mengenai bersyukur, tapi sangat kurang dan hampir tiada ulamak yang betul betul menekankan kepentingan umat Islam menjadi kaya.

Bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun, beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati esok hari.
Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia yang tidak ada nilainya. Dan yang kekal hanyalah amalan soleh saja.

Banyak penceramah membincangkan tentang ibadatnya saja. Banyak ulamak membincangkan tentang harta dan anak-anak cuma perhiasan dunia yang tak bernilai. So, ramailah orang kata, harta tak boleh bawak masuk kubur. Tapi tak membincangkan ayat seterusnya, "dan yang kekal hanyalah amalan soleh sahaja". Iaitu, amalan yang dilakukan dengan harta dan anak-anak boleh bawak mati. Harta yang kita sedekahkan, anak-anak yang berdoa untuk kita akan memberikan kita pahala walau pun dah masuk kubur.


"Jika mati anak Adam, terputus segala amalan kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak lelaki yang sholeh".

Macam mana nak sedekah jariah kalau hidup pun cukup makan. Nak tinggalkan harta macam mana, nak hantar anak sekolah pun berhutang.

Oleh kerana ulamak tak menekankan hal ni, asyik menekankan bab syukur. Ramai orang Islam takut nak cari duit banyak. Takut jadi kufur nikmat.

Sedangkan hari hari sembahyang berdoa, rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wakina azabannar. Tapi di mana usaha kita untuk mendapatkan hasanah di dunia ni?

Tak dinafikan dunia hanya sementara, tapi yang sementara tu yang kita kena rebut peluang yang ada. Dan yang sementara tu yang menentukan di mana kedudukan kita di akhirat.

For 90 percent of the population, being rich is "too much of a hassle."

So..kita yang 90% ke yang 10%. Its up to us :D

Orang tua kutuk ni sedekah jariah RM5.5million, dia tak reti mengucap pun
Nota kaki: Ramai orang takut nak jadi kaya. Tapi ramai yang tak takut kena soal dengan malaikat. "Di mana tanggungjawab kamu sebagai ibu bapa, mati dengan meninggalkan anak tanpa nafkah?"

Sambungannya boleh dibaca di SINI

Daa

Boyfriend orang jauh


Bujang besties aku. Hehehe..

Rabu

Ma

Assalamualaikum

Actually masa aku kat Kedah aku ada mention yang Ma (mak mertua) masuk hospital (putrajaya). Lepas naik lebam dan birat tangan kena ambik darah berbotol botol baru dapat separuh dari whole conclusion. Ma adalah Hepatitis B carrier. Dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Selayang.


Aku tak terus balik sebab Kak Long (kakak ipar) pesan kat shujin. Habiskan kerja baru balik. So, walau pun berat hati, kami teruskan jugak segala plan dan balik hari Ahad. Semalam baru dapat melawat Ma. Tu pun lepas habis waktu melawat sebab balik kerja terus ke hospital. Terpaksa bergilir gilir sebab Aqil dengan Atiqah ikut sekali. Tak boleh masuk.

Semalam kuningnya dah makin ok kata Ma. Tapi pada aku kuning kat mata putih dan kulit mukanya still obvious lagi. Aku tanya dengan Ma, ubat apa doktor bagi. Kata Ma doktor bagi vitamin je. Vitamin tambah darah etc. Aku tak familiar dengan drugs related to penyakit hepatitis B sebab walau pun aku carrier tapi aku tak pernah ada simptom. Cuma aku rasa since hepatitis B adalah sejenis virus, maybe takde ubat yang boleh bantu. Nanti aku search lebih lanjut lagi pasal ni.


Lebihnya Ma suruh aku tanya Kakcik sebab Kakcik lebih tau. Syukur Ma kata kuningnya dah makin kurang compare to 2-3 hari lepas, kak long kata keadaannya tak berubah. Keadaannya tak kritikal tapi serius. Semalam doktor kata Ma dah boleh balik, tapi tak tau bila. Susah hati jugak. Actually aku agak takut sebab aku memang dah tau aku carrier, dan aku tau shujin dah ambik antibodi. Kaklong dengan Kakcik obviously bekerja dalam health (sick?) industry memang kena ambik vaksin. Tapi aku tak sure Ma. So aku takut Ma dapat dari aku.

Aku harap tak. Sekarang Ma dah masuk phase treatment (? kott..panggilnya) walau pun tak tau virus count nya berapa. Maksudnya minimum dosage tak diketahui, tapi since doktor judge keadaannya agak serius diorang proceed without knowing the level. Macam tu lah lebih kurangnya.

Aku doakan Ma cepat sembuh. Dan aku harap hatinya masih ok. Oleh kerana aku sangat sangat aware pasal penyakit ni, aku memang sangat takut.

Bagi hepatitis B carrier, aku harap sentiasa berhati hati dan make sure to stay as healthy as possible supaya immune sistem boleh bertindak mengelakkan dari virus berkembang dengan biak. Virus mungkin tak menyerang masa muda, banyak kes virus menyerang masa usia dah semakin lanjut.

Nota kaki : Kata Ma, makan kat Hospital Putrajaya tak best, tawar hebiaq. Makanan kat Hospital Selayang sedap. Siap boleh order lagi. Ada nurse datang ambik order. Hehehe..

Daa

Dahla tua, gemuk..bodo pulak tu!

Assalamualaikum

Bukan aku cakap. Study according to a new study published by National University in Seoul yang bertajuk Age and Ageing. Additionally, according to the study, people with abdominal fat showed lower cognitive performance. Kalau nak sedapkan ati jawab macam ni je. "Ala...study ni untuk orang Korea je. Takkan orang Malaysia pun sama kot naaa" Hehehe.

The most expensive commodity is not gold nor diamond

It is TIME
Assalamualaikum

Bila dah tua. Rather than menyesal sebab kita tak dapat beli itu ini, ramai orang menyesal sebab tak spend masa dengan keluarga. Sibuk bekerja. Buat OT bagai. Alasan sebab nak belikan yang bagus bagus untuk anak, untuk isteri, untuk suami, atau untuk diri sendiri. Tapi hakikatnya yang paling berharga adalah masa yang kita luangkan dengan mereka.

True wealth is not when you can buy thing you want but to do thing you want to do when you want to do it.

If you have to tell anyone that you are rich, then you are not.

Selamat hari rabu. Mati mati aku ingatkan esok cuti hari wesak. Cehh! Tapi selamat gak sebab kalau tidak aku tak sempat nak meet dateline. Arghhh...

Daa

Selasa

Sudahkah anda merancang persaraan?

Assalamualaikum

Ramai orang muda yang aku jumpa, even yang dah masuk tiga series pun masih leka dalam hal berkaitan dengan perancangan untuk bersara. Aku bukan nak cakap pasal bersara awal jom masuk MLM. Hehehe. Cuma, kebanyakan dari kita. Dapat duit, adalah simpan sikit, jangan sampai bila orang tanya ada simpan ke tidak tak boleh nak jawab YA. Padahal simpannya cuma RM50 sebulan. Betul lah baik ada daripada tak ada. Tapi kalau simpan RM50-RM100 sebulan bila umur pencen campur dividen dapat berapa? Cukup ke tak cukup ke. Langsung tak terfikir.

Hakikatnya ramai yang belum terfikir nak merancang persaraan walau pun usia dah masuk tiga puluh. Masih awal katanya. Anak pun masih kecil lagi.

Sedangkan sebenarnya ramai pakcik dan makcik yang lagi 3-4 tahun nak pencen pun dok blur lagi pasal perancangan persaraan. Dengan harapan, duit EPF yang dapat nanti cukup untuk menanggung hidup mereka sebelum mati. Padahal bila dah keluarkan duit EPF tu dok kalut nak belanja pergi haji lah, nak besarkan rumah la dan buat dapur lah. Duit tu lah jugak nak belanja bulan bulan. Ikut kajian duit EPF habis dalam masa 3 tahun lepas bersara.

So kalau tak ada perancangan persaraan yang baik, harap harap la mati cepat sikit supaya tak menyusahkan orang.

Kalau tak bila EPF da habis, terpaksa cari kerja untuk support hidup. Kalau anak-anak ramai boleh la hulur sikit sorang untuk support mak ayah. Kalau anak pun sangap?

Mungkin ada jugak yang kata. Alah. Aku kerja kerajaan. Bila pencen dapat duit pencen. Kalau masa kerja gaji 3-4 ribu pun tak cukup. Apa lagi bila da pencen cuma dapat sebahagian dari tu. Lepas pencen bukan tak payah makan nasik. Kalau yang berpenyakit. Nak kena beli ubat la. Nak masuk hospital la apa la. Bubuh duit tu jugak la.

Kalau orang sekarang ni, kahwin umur 25 ke atas. Dapat anak pertama umur 27. Anak pertama masuk universiti dah nak pencen. Kalau tak ada perancangan macam mana nak support. Kalau anak sorang takpe lagi la. Kalau anak 4-5 orang. Balun duit PTPTN la. Lepas tu aniaya anak sendiri. Lepas budak tu abis belajar nak kena bayar hutang PTPTN pulak.

Tu yang bila dah tua. Sakit. Ramai la orang melayu masuk berita masuk suratkhabar mintak derma sebab tak mampu. Padahal masa muda takde ingat nak berusaha lebih sikit ke apa. Tak kira yang lepas pencen dan belum pencen pun dok ulang alik pejabat zakat sebab nak dapat habuan.

Aku bukan hina mereka yang miskin ni. Cuma aku tengok ramai yang dok keja nak menadah je. Takde fikir nak buat macam mana supaya boleh memberi. Yang beri tu berilah. Beri pun beri pisang. Beri kuih kat masjid. Bukan tak bagus. Bagus jugak lah. Tapi tak terfikir ke nak bagi lebih sikit. Orang yang makan babi tu pun bagi ribu ribu kat gereja, kat tokong diorang. Tengok tempat kita beribadat. Kalau yang baru tu cantiklah. Pegi kat kampung kampung sikit tu. Dengan bilik air hanyir, tempat semayang pun bau kepam. Nak buat macam mana. Orang Islam ni ramai yang nak makan sendiri pun tak cukup.

Masa muda ada duit lebih sikit joli. Enjoy. Bila dah tua dok mintak sedekah. Memang bunyinya hina sebab orang kita selalu guna "derma". Padahal sama je maksudnya.

Ustaz kata, kalau kita mati. Kita tinggalkan anak-anak dengan hutang, tinggalkan mereka dalam keadaan yang miskin, malaikat akan tanya. Kenapa kita tinggalkan mereka dengan hutang? Kenapa tinggalkan anak anak dalam keadaan miskin? Apa nak jawab? Takkan nak jawab. Banyak tu je rezeki Allah bagi pada aku.

Bila kita dilahirkan dalam keadaan miskin, tu adalah takdir Allah. Tapi bila kita mati dalam keadaan berhutang, tu salah kita.

Fikir fikirkan la. Jangan sampai hutang PTPTN pun dibawa mati.


Daa

Bila membaca bukan semestinya amalan mulia

Assalamualaikum

Sejak kecik mak kata aku memang rajin membaca. Tak kira la masa mana, di mana jua. Termasuk la masa pergi beraya rumah orang. Kadang-kadang aku boring sangat mak dengan ayah borak lama sangat aku robek robek bawah meja yang diorang letak kuih tu cari bahan bacaan. Hehehe.

Masa pertengahan usia remaja, akak akak aku buat koleksi novel. Cakap lah apa novel baru. Zaman tu novel Ahadiat Akashah memang meletop. Novel Aznil Nawawi (Pak Nil) tu pun aku pernah baca (tajuknya Fifi kalau tak silap..katanya tu nama anak pompuan dia) Entah la. Aku bukan reti sangat dunia retis retis ni. Balik dari asrama je, sampai tak tidur malam ngadap novel. Akak aku dah bukak kedai buku, sewakan koleksi novel dia tu. So dia ada banyak alasan nak beli banyak koleksi novel terbaru di pasaran.

Tapi aku dah tak ngadap novel sekarang. Takut nanti tak jadi kerja. Bukan bermaksud aku dah tak gila membaca. Cuma bahan bacaannya tu dah lain. Kononla kan sekarang ni aku banyak baca yang konon ilmiah sikit. Ada jugak yang tak ilmiah langsung macam manga (komik). Selain dari melompat ke blog, aku baca la komik. Antara komik terhangat dipasaran yang aku baca macam One Piece (nangis woo dengan semangat setiakawan diorang, aku suka Roronoa Zoro), Kuroshitsuji (Bila manusia desperate, mereka sanggup buat apa saja), dan banyak lagi. Tapi Naruto aku tak minat la :P


Selain dari grafik yang menarik (read:hero yang hensem..hahaha) aku mementingkan jugak jalan cerita. Addicted pada komik adalah salah satu addiction yang aku tak boleh nak bendung buat masa ni. Yang paling tak tahan adalah kerana ia telah mencuri masa aku nak blogwalking.

Entry tak apa apa..

Daa

Isnin

Home sweet home

Assalamualaikum

Baru sampai pukul 8 pagi ni. Mandi mandi terus keluar pegi opis. Ngantuk semua cukop.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga usaha shujin membuahkan hasil. Walau pun sikit frust takde banyak edisi JJCM, aku still happy. Insya allah ada umur kami kembali.

Daa

Ahad

Groupon menipu?

Assalamualaikum

Aku subscribe groupon selama ni. Walau pun tak beli apa apa kupon lagi, tapi mana tau jumpa deal yang best untuk masa depan kan. Hehe.

Hari ni dapat email notification pasal deal makan makan terbaru. Salah satunya adalah dari chicken hartz. Deal tu bernilai RM20. Jimat 39%. Yang peliknya. Dalam 2-3 bulan lepas baru aku singgah chicken hartz cawangan sunway pyramid tu. Masa tu harganya baru dalamcRM20+. Tak ingatla exactly berapa. Tapi rasanya dalam RM25 gitu. Macam mana deal tu boleh kata harga asal RM33.

Melampau betul naik harga cepat epat macam tu. Harap harap takde la dia cuba nak buat trick kononnya bagi discount, tapi sebenarnya dia naikkan harga dan kemudian bagi discount. Harga yang customer bayar sama je.


Ada sesiapa pernah beli deal melalui groupon?

Masih di Kedah. Petang ni balik. Esok keja..sigh!

Daa

Jumaat

Thinking hard for the wrong solution

Assalamualaikum,

Dari Changlun ke Jitra nak ke Simpang Ampat dan akhirnya pulang ke Kulim.

Sekarang masih di Jitra. Berbual dengan shujin tentang macam macam masalah kehidupan. Aku melihar ramai... Sangat ramai yang cuba menyelesaikan masalah dengan skip jalan yang sepatutnya.

Contohnya.. Ada masalah kewangan. Ramai orang yang cuba selesaikan masalah kewangan dengan cara berjimat semata mata. Sedangkan kita semua sedia maklum yang kebanyakan orang tak dapat nak seimbangkan pendapatan dan perbelanjaan dalam keadaan ekonomi pada hari ini. So, naturally masalah kewangan tak dapat diselesaikan dengan hanya berjimat.

Tapii... Ramaii orang buat..

Satu lagi. Breastfeeding. Banyak orang yang cuba sedaya upaya mencari jalan supaya anak minum susu Formula melalui botol instead of cari jalan nak tambah production. Sorry.. How selfish. Aku bukan kata kalau tak dapat susukan anak sepenuhnya tu dia gagal sebagai ibu. Tapi sepatutnya sebagai seorang ibu cari jalan untuk memudahkan anak - breastfeed. Bukan mudahkan diri sendiri - susu formula. Yelah. Kalau anak minum susu formula tak payah susah payah pecah kepala cari jalan macam mana nak tambah susu. Ye lah. Susah la kot nak bagi anak terima susu formula. Tapi the recipe is simple. Ibu keep in mind susu dah takde. So, nak taknak si anak ni terpaksa la terima jugak susu formula pun. Thats why aku kata ibu tu selfish.

As i said, kita akan dapat apa yang kita nak. Kita nak jimat dapat la jimat. Kita nak anak minum susu formula, lambat laun akan dapat jugak. Tapi adakah itu yang terbaik. Terpulang pada diri kita. But never ever ever regret something that we wished for.

Seorang Ustaz pesan, kita hidup di dunia cuma sementara. Tapi segala apa tindakan kita adalah yang menentukan di mana kita hidup selamanya di akhirat kelak. Jangan sampai dalam kubur ditanya, kenapa kita tingalkan anak anak kita tanpa nafkah yang cukup. Ramai orang yang baru berkahwin akan kata, takpe.. Lambat lagi nak fikir soal masa depan atau pendidikan anak anak. Ada tak ada bukak akaun SSPN supaya senang nak buat pinjaman PTPTN.

Seriously...aku pun tak tau orang lain fikir macam mana. I can never understand people.

Daa

Khamis

Mahu tapi malu

Assalamualaikum,

Masih di Kulim. Tapi tak ada gambar nak di share. Sibuk dengan urusan business. Bajet business juta juta kan. Hahaha..

Sebenarnya bila blogwalking ke aku selalu jeles tengok blog blog yang meriah, berinformasi. Kadang kadang bila nak komen tu aku terasa segan sangat. Malu pulak nak menempek komen kat situ. Walau pun hakikatnya aku nak sangat menambah kawan dalam blog. Sebab tu aku terima kasih sangat pada reader setia blog picisan ni. Maaf kalau ada salah dan silap kalau ada kekasaran bahasa. Terima kasih sebab sudi berkunjun ke blog ni sungguh pun kadang kadang yang ditukis entah apa apa. Hehe..

Eh hari ni bukan hari menghargai pembaca blog sedunia ke? Tak haram sambut kan.. Sekarang ni hari ibu pun haram nak sambut. Aku bukan tak hargai mak aku. Cuma aku tak sambut hari ibu. Bila nak bagi hadiah aku bagi. Tapi rasanya tak salah nak hargai ibu pada hari yang specific. Entah la..

Apa kena mengena coolblog dengan blog eh.. Maaf. Cuaca yang panas trigger hormon merapu.

Daa

Salah siapa?

Assalamualaikum

Salah kerajaan kalau harga barang terlalu mahal. Tapi salah kita kalau kita tak mampu nak beli barang dan hidup miskin.

Sudah sudahla mengutuk memaki ibu yang dera anak dia tu. Syukur kita dikurniakan dengan rasa kasih sayang pada anak yang kita kandung dan lahirkan. Bayangkan seorang ibu yang bersusah payah mengandung selama sembilan bulan dan bertarung dengan maut kerana melahirkan seorang zuriat tapi tak mampu nak menyayanginya. Aekurang kurangnya simpati lah pada ibu tersebut.

Kasih sayang juga adalah satu nikmat..

Daa

Rabu

Adakah wajar perlaksanaan gaji minimum

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah selamat sampai di Kulim sejak semalam. Tengah memujuk anak manja ayah yang tersedu sedu ditinggalkan.

Aku tertarik dengan entry Yana Prettywriter yang share pasal kawannya mungkin diberhentikan kerja sebab majikan tak mampu nak support gaji minimum. Aku membincangkan hal ni di meja makan dengan besties aku sebenarnya. Suaminya orang gomen. Hehehe.

Rupanya perlaksanaan gaji minimum bagi syarikat besar adalah dalam tempoh enam bulan, manakala perlaksanaan bagi syarikat kecil adalah dalam tempoh setahun. So sepatutnya majikan tak perlu terburu buru dalam melaksanakan gaji minimum. Memandangkan ia akan memberikan impact pada cashflow syarikat, mereka perlu memikirkan strategi dalam perlaksanaannya. Dan ianya perlu dilakukan dengan berhati hati dan secara berperingkat.

Dalam masa yang sama kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik bagi membantu syarikat ini terus survive dalam dunia perniagaan. Mungkin bagi tahun tahun pertama boleh bagi rebet cukai. Bukan announce lepas tu buat tak tau.

Apa pun kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sama ada ianya wajar atau tidak adalah bergantung pada dari mana kita melihatnya dan bagaimana ianya dilaksanakan.

Daa

Selasa

Tarikh Pilihanraya umum ke-13


Assalamualaikum,

Tengah menonton ucapan PM di Jerantut. Mencari cari wajah ayah dengan mak yang dijemput khas dari Kulai untuk meramaikan majlis. Berapa agaknya duit poket dapat kan. Hehehe...

Maklumat tak rasmi,
Pembubaran parlimen Isnin 14 Mei
Penamaan calon Sabtu 26 Mei
Hari mengundi Sabtu 6 Jun

Jommm

Daa

Isnin

Sudah kebah

Assalamualaikum

Dengan bangganya aku nak announce yang anak anak dah sembuh pagi tadi. Without taking the antibiotic. Nampak benor aku ni takde keja benda camtu pun nak update kat blog kan.. Haha..

Memang takde keja pun.. Shujin keluar hantar Ma ke Hospital Putrajaya. Kata doktor hati Ma dah bengkak. Kakinya pun bengkak. Sebenarnya dah beberapa ketika aku saspek something sebenarnya. Tapi sampai keluar keputusan penuh nanti baru aku cerita apa saspeknya itu.

Ma mungkin kena tahan di wad. Banyak sungguh cabaran nak ke utara kali ni. Harap harap semuanya baik baik saja.

Doakan kami ya.

Daa

Its not like i don't trust doctors

Assalamualaikum,

Anak anak demam panas pulak. So shujin postpone tarikh untuk ke business trip nya. Pagi tadi sepagian aku berjaga sebab demam Atiqah cecah 40 darjah celcius. Aqil pulak bertukar tukar. Ubat masuk punggung memang standby dah. Selain tu ada ubat demam sirap dengan antibiotik.

Doktor tu kata antibiotik tu mild je. Since demam diorang kejap ok kejap tak ok, aku ada gak saspek diorang kena viral infection. Memandangkan selama ni pun aku memang tak berapa nak bagi anak anak even aku sendiri pun tak ambik dah antibiotik, kali ni aku keraskan hati tanak bagi jugak. Shujin agak risau sebab Aqil pernah high fever sampai tarik. Still. Aku tak boleh nak setuju bagi.

Simply sebab aku tau antibiotik can do more harm than good. Sebagai ayah, shujin bimbang sangat. Sebab doktor da pesan jangan sampai Aqil tarik sekali lagi. Tapi sebagai ibu, aku lebih bimbang nak bagi. So the whole day aku sort of berperang dengan anak anak bagi diorang minum air barli yang aku campur dengan serbuk vitamin C 

Untuk make sure suhu tak selalu tinggi, aku jelum budak budak tu dan make sure diorang minum cukup air. Actually aku bukan tak bagi langsung makan ubat. Sebab demam diorg dah terlalu tinggi aku bagi jugak makan ubat demam sirap tu. Cuma tak ambik antibiotic je.

Mitos dan fakta tentang antibiotik


At last, malam ni nampaknya da makin kebah demamnya. Aku bukan tak percaya pada doktor yang prescribe antibiotik untuk anak aku. Aku cuma tak sanggup.

Bagi aku ini adalah pilihan individu. Aku tak ajak dan aku tak suruh orang ikut cara aku. Aku dan shujin dah stop bawak Atiqah dari imunisasi asas masa umur dia 18 bulan. Kami tambahkan supplement untuk fill in the gap dalam nutrisi harian anak anak to make sure their immune system working properly. Dan actually aku rasa berbanding dulu anak anak jarang jatuh sakit.

Don't blame my choice. I'm just trying to be a good mother. Same as others. Just the method are different.

Bila antibiotik diperlukan


Antibiotik cuma berkesan pada jangkitan bakteria. Cara antibiotik berfungsi adalah dengan merungkaikan dinding sel bakteria. Since virus takde dinding sel. So antibiotik tak berkesan pada jangkitan virus. Malangnya, adalah sukar dan biasanya doktor tak tau pun sama ada demam seseorang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Oleh itu, doktors just prescribe, especially bagi yang demam da lebih tiga hari.

Malangnya banyak kes, doktor still prescribe antibiotic pada pesakit yang dapat common cold, knowing that it will never help them since common cold adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Aku bukan nak influence orang ambil tindakan macam aku. Tapi kita kena tau risikio setiap tindakan yang kita ambil. Where.. Semua antibiotik datang dengan side effect. So, as a parents you have to decide whether side effect tu berbaloi ke tidak dengan kebaikan yang antibiotik boleh bagi. Which is, useless kalau anak kita kena jangkitan virus.

Antibiotics - Unnecessary prescription


Doktor aku cakap, baby below 12 months cuma boleh di prescribe antibiotic once in 6 month. How many of us aware about this..?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com