Isnin

Aku yang over emo

Assalamualaikum

Sambungan entry takde mood sebab kena tipu. Sebenarnya nak cakap kena tipu tu mungkin tak lah. Cuma aku rasa macam diberikan janji palsu sebab incik bos tetiba berdolak dalik bila aku cakap nak cuti one whole week next week. Sedangkan aku da bagitau dari last week lagi pasal nak cuti tu. Aku faham la keadaannya sebab sebagai kerani cum penyambut telefon memang susah nak cuti. Sapa nak layan telepon tu kalau aku cuti kan. Huhuhu.. Abis tu kalau tak skang ni bila masanya aku nak cuti. Cuti Golden Week ni je lah client cuti pun. Haihhh.. I really need this..

Shujin pesan, tak pe lah. Jangan stress stress kalau tak dapat cuti seminggu pun. Tapi aku stress jugak sebab bukan senang aku nak boleh dapat cuti dengan rasa senang hati tak payah kalut pasal kerja. Cuti 20 hari nak suruh ambik sikit sikit. Cuti tu aku punya, takkan sampai nak kena moncong lepas tu guling guling kalau bos takmau approve kot kan. Haihhh..

Nak mengerjakan diri pun takde mood dah.

Esok coti. Yey! Tetiba teringin makan karipap pusing. Nampak gayanya tak merasa la karipap pusing KLIA esok. Esok nak cuba buat sendiri lah. Hahaha..

Daa

Kena tipu - Takde mood

Assalamualaikum

Tiba tiba aku rasa macam kena tipu...Minggu lepas bukan main berhemah mengangguk angguk. Bila dah nak sampai masa buat muka macam tertelan biji asam kecut. Hampeh ah.

Daa

Kalau dah namanya perempuan

Assalamualaikum

Kalau pasal bergaya memang serah kat anak dara ni. Ada je accessory dia nak letak. Topi abang dia pun dia sebat. Nampak kurus pulak pipi dia dalam gambar ni.

Nota kaki : Eh aku nyampah la tengok iklan yang dok tayang pasal dok peringat kat orang yang dia bagi bantuan itu ini. Padahal bantuannya sekali je. Bukan semua orang dapat pulak tu.

Daa

Ahad

My personal opinion on BERSIH issue

Assalamualaikum,

Who the hell care rite..haha.. Anyway, aku banyak baca komen kat FB tentang issue BERSIH ni. Dan actually aku sangat sanagt itching nak mengomen. Which is aku rasa not necessary. You know.. bila kita rasa orang tu salah adalah bila kita raa kepercayaan kita betul. So kita tak cuba understand situation dia. Dan bila kita forcefully bagitahu dia kita punya personal belief yang totally opposite dengan dia, dia akan rasa offended. Thats where we collid dan it will become waste of time.

The truth is, there are a lot of truth out there. It depends on what kind of truth are you looking for. If you are searching for the negative comment, you will find it.Sama macam yang baik. Yang penting adalah we listen to each other dan faham yang kita semua berbeza. Ada pendapat berbeza. So mungkin kita tak faham kenapa but in time kita akan dapat faham. So janganlah bodohkan orang lain kerana their personal belief.

Tapi sanagt tak setuju polis ambik(?) ke apa dah..tulisnya busted.. Wartawan aljazeera.. Even dalam perang pun tak boleh tau libatkan wartawan.. sungguh memalukan.

Apa pun aku raa rugi gila kalau peniaga makanan tutup kedai during BERSIH. Untung besar woo..

And lastly. BERSIH are indeed waste of time for some people who cannot understand the purpose. Macam orang pegi stadium tengok bola. Aku memang totaly tak paham the joy. Sesak. Panas. But for some people that is the way it is. 

Jumaat

Air mata the naked chef Jamie Oliver

Assamualaikum

Oh..sapa tak suka good food kan. Aku suka. Tapi kadang kadang dalam kita membuat pilihan dalam pemakanan kita setiap hari kita hanya pentingkan rasa, dan lupa pada khasiat. Last time masa aku bawak ayah pergi jumpa doktor, doktor tu kata "Malay has the worst food along with indian" Goreng, santan, tumis, gulai.. Banyak lemak, banyak minyak.

Semalam aku terserempak dengan rancangan baru kat TV8. Yeah. Aku memang dah lama drooling drooling over Jamie Oliver punya rancangan. Hahaha. Rancangan bertajuk "Food Revolution" Di mana, Jamie cuba memperkenalkan pemakanan sihat kepada satu komuniti masyarakat di sebuah bandar di Amerika. Dikatakan bandar tersebut Hunnington kalau tak silap aku. Adalah bandar dimana terdapat paling ramai orang obese, paling ramai yang mati muda sebab komplikasi obes.

Kat bandar tu, sekolah menghidangkan pizza untuk sarapan pagi, nugget untuk makan tengah hari. Kalau pagi nugget, tengah hari pizza. The food varieties adalah mostly consist of processed food. Sangat mengecewakan bagi Jamie sebab semua pihak tak nak bekerjasama walau pun tahu how bad processed food is. The worst adalah bila, satu akhbar melaporkan yang Jamie cakap penduduk bandar tu adalah naive dan bodoh. So, semua orang tak suka dia. Sampai la dia nangis. Aku pun sedih tau.

Bagi aku, he did a lot of effort untuk memberitahu masyarakat bahawa betapa teruknya eating habit mereka. Dan paling menyedihkan adalah mereka mempertahankan cara mereka dan anggap Jamie adalah orang luar yang tak patut meddle dalam menentukan bagaimana mereka menjalani hidup. While Jamie tak ada apa apa responsibilities to make sure that they it the good food, dia teruskan usaha dia tu jugak.

Bila tengok rancangan tu aku strongly merasakan bahawa "American are idiots" Hahahaha... Gila ko, tiba tiba out of no where Jamie datang masak untuk ko. Ko tak nak makan. Pehhh.. Berasap je aku.

Nak tahu lebih lanjut tentang Jamie Oliver's Food Revolution? Klik klik.. Resepi yang mudah dan sihat pun ada, tapi rasanya kena ada access kot. Ceh!

Lets fight obesity! (Along with Jamie Oliver) hahaha...

Nota kaki : Aku tatau macam mana shujin buat, but i'm really glad that my kids are all over vegetables. Carrot, cauliflower, broccoli. Damia even rembat makan taugeh mentah mentah. Damia pronounce cauliflower ad "kohli fawer" which at first my shujin ingatkan dia sebut kuali. Hehehe.. Me. A proud mother. Ceh... Abaikan ye.

Daa

Menjana minda kreatif anak-anak

Sayang menyayangi
 Assalamualaikum

Lego ni hadiah birthday Aqil yang lepas. Shujin sememangnya minat lego dari kecik, so dia pun nak anak-anak dia menjana minda kreatif diorang dengan Lego. Aku takde halangan. Cuma aku ni memang tak berjiwa kreatif. So nak suruh aku cipta cipta barang dengan Lego tu memang mintak ampun lah. Tapi syukur shujin rajin je melayan anak anak dia, buatkan Lego. 

Actually Lego ni untuk budak 4 tahun ke atas, tapi kitorang belikan awal. Yang merisaukan sebab adik kecik lagi dia suka masukkan lego dalam mulut. Sekarang dah kurang sikit lah. So jimatlah sikit sementara waktu dari beli toys diorang. Kalau nak kereta ayah dia buatkan kereta, nak helikopter ayah dia buatkan helikopter. Sepah sepah ibu pupuk. Hehehe.. Aqil pun dah pandai cipta benda dari lego tu, kadang kadang dia buat pistol.
Shujin buat

Shujin buat jugak
Insiden tido dengan Lego dalam mulut
Selamat hari Jumaat. Mood dah ke laut dah ni. Hehehe..

Daa

Khamis

B*llsh*t water

Assalamualaikum

Actually dari malam tadi aku rasa sangat sangat bengang. Apa eh masalah orang melayu kita yang takde masalah tanpa rasa bersalah menipu orang melayu untuk dapat untung. Seriously, aku sangat sangat sick dengan jenis manusia macam ni.

Aku tak nak buat lagi sebenarnya, bila orang tanya pasal penapis air aku. Aku tak pernah lagi buruk burukkan brand lain, melainkan kalau orang tanya opinion aku tentang certain brand. Aku ada every evidence that you will ever need untuk buktikan bahawa ada beberapa brand kat luar sana yang tak ada masalah jual penapis air dengan false claim (tak semua la).

Semalam, ada satu pertanyaan aku dapat melalui email. Tentang satu brand "buatan orang Malaysia". Kononnya Muslim. Kononnya sembuh dari penyakit kronik yang patutnya boleh hidup beberapa bulan je lagi sebab minum air dari penapis air tu. Come on la. Nak menipu pun agak agak la.

Read my lips. Tak pernah. Tak ada penapis air yang bila diminum airnya boleh sembuh penyakit. That is bullsh*t.



Air adalah air. Banyak brand aku jumpa. Oh..da lepas tapis, tambah mineral la, tambah pH la. The purpose of water filter water purification or whatever you call it, adalah untuk tapis bahan cemar. Yang nak pi tambah mineral tambah pH tu buat menatang apa.

Aku marah. This is serious. Bayangkan, orang spend ribu ribu. Untuk beli some crap and given false hope that it can cure your illness. And you are happy making profit out of it.



Air adalah air. The water you need is a good clean water. Mungkin pada sesetengah orang, air paip dah cukup bersih. Aku tak salahkan diorang sebab Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri kata "pipe water is drinkable". Which is they never even bother to explain further on how healthy it is. Sebab tu tak ada orang masuk hospital sebab keracunan air. But think again, berapa kerap kita demam atau sakit dalam setahun. Walau pun mungkin ada yang kata ianya takde kaitan, tapi ia memang ada kaitan. To believe it or not. It is up to you.

If someone goes to you and try to sell you a water filter, ask them for the contaminant list that their product can filter. If they cannot produce it, they may not even know how well their product can perform.

Sorry la emo pulak. Hahaha..

Daa

Rabu

Murah rezeki

Hadiah dari kenalan blogger..
Actually dapat dari cik Prettywriter dah lama..lupa je nak transfer gambarnya. Eh bukan
hadiah kunci keta honda tu..hadiah keychain nya..hehehe

Bantal strawberry dari Happy Irfa

Tengoklah gaya anak dara ni

Berebut dengan abang dia, Irfa..kalau ko pegi lagi aku nak satu lagi tau..
hahaha...macehh..

Senaman yang berkesan - Cuma 10 minit

Assalamualaikum

Selain dari pemakanan yang betul, kaedah senaman yang betul juga penting dalam proses menurunkan berat badan. Terutamanya bagi mereka yang benar benar serius hendak menurunkan berat badan.

Pernah tak rasa jogging berkilometer atau berjam jam senam tapi sikit je kalori yang dibakar. Sebenarnya, dengan kaedah senaman yang betul, tak perlu spend masa berjam jam atau jogging pusing satu taman pun. Di rumah pun boleh. Tanpa menggunakan alat.


Macam mana nak bersenam kalau tak cukup masa, tak sempat nak pegi gym atau memang takde duit nak masuk gym. Kaedah senaman ni cuma memerlukan 10 minit bagi beginner, boleh tambah bila dah biasa dan selesa.
(1) Warm up badan
(2) Lari anak (setempat- kalau dalam rumah) selama 30 saat.
(3) Sprint (lari laju laju) selama 30 saat. Lari selaju yang mungkin.
(4) Lari anak - Sprint adalah dikira satu set. Ulang sebanyak 6 set.

*Gunakan stop watch

Kalau ada basikal kat dalam rumah tu boleh guna kaedah ni jugak. Mula-mula kayuh perlahan, lepas tu kayuh sekuat mungkin. Kalau tak mampu nak sprint sampai 30 saat, buat 20 saat pun boleh.


Senaman ni lebih memenatkan dari berjogging 1km. Kalau tak percaya cubalah. Apa yang penting. Masa bersenam, kawal pernafasan dengan baik. Jangan lupa minum air yang mencukupi (lebih kurang 500ml)

Kalau dah advance, boleh tambah set tu. Selain tu boleh gabungkan dengan jenis senaman yang lain seperti core muscle training untuk kuatkan otot badan secara keseluruhannya. Aku paling suka plank. First time buat nak stay dalam posisi tu 30 saat pun seksa woo..

Contoh core muscle training (dengan gambar)

Tak perlu buat setiap hari. Cuma 3 kali seminggu. 10 ~ 30 minit sehari. Sambil tengok TV pun boleh kan. Hehehe..

Daa

無言な水曜日 - 我が地球

私たちが住んでいるこの地球。Taken from moon..BING.COM
Sarikata
無言 = Wordless
水曜日 = Wednessday
我が = Our
地球 = Earth

Selasa

Kulit cantik dengan collagen, mitos atau fakta

Assalamualaikum

Collagen bagi wanita adalah satu bahan yang tak asing lagi. Lebih lebih lagi bagi yang ingin mendapat kulit yang kelihatan tegang, segar dan menarik. Walau pun mungkin ramai tak pasti macam mana collagen berfungsi, iklan di media massa membuatkan collagen menjadi hot item yang menjadi pilihan wanita.Ziana Zain pun suntik suntik kolagen dengan vitamin C tau..

Seingat aku kegilaan pada collagen ni bermula lebih kurang tahun 2004 (rasanya bermula di Jepun) Siap ada trip jalan jalan cari makan makanan yang kaya dengan collagen. Kononnya untuk mendapatkan kulit yang cantik dan gebuss.. Kini, kegilaannya menular ke banyak negara dan kita boleh mendapati product product kecantikan dari krim sampai la ke minuman collagen yang diwar warkan dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit.

pipi penuh collagen
Betul ke collagen yang di sapukan pada kulit atau pun yang diminum mengembalikan keanjalan kulit.. Yang mana lebih  berkesan?

Walau pun banyak testimoni yang menyokong keberkesanan product ini, hakikatnya saiz collagen adalah terlalu besar untuk menyerap masuk ke dalam kulit apabila digunakan sebagai krim. Oleh itu, ia hanya duduk di atas permukaan kulit. Oleh kerana sifatnya yang menyerap lembapan, ia akan dapat mengekalkan lembapan pada permukaan kulit. Bagaimana pun, ia sama sekali tidak menyerap ke dalam kulit dan menyokong kulit agar menjadi lebih tegang.

Manakala, minuman collagen pula akan dicernakan menjadi asid amino apabila masuk ke dalam perut dan akhirnya bertindak sebagaimana protein biasa. Secara logiknya collagen yang diminum ini tidak akan secara magicnya terus diserap terus ke bahagian kulit. Aku tak berapa baca sangat pasal collagen yang disuntik ke dalam kulit. Bagaimana pun, apa yang pasti adalah collagen yang disuntik takkan sama dan takkan dapat bergabung dengan collagen semula jadi macam tu je. At least pada logik akal aku. Tambah lagi, bayangkan kalau something or somewhere went wrong. Beautician tu salah cucuk, kan tak pasal pasal jadi buruk. Hehehe..

So, macam mana nak menambahkan collagen dalam badan kalau bukan dengan krim collagen atau pun minuman collagen? Collagen dalam badan manusia dibina dengan vitamin C. Oleh itu, kalau nak dapatkan kulit yang tegang dan anjal, amalkan makan buah yang kaya dengan vitamin ACE dan K.

Apa pun, segalanya adalah terpulang pada individu.

Sumber rujukan : Anti aging collagen drinks , Collagen Cream Myth

Daa

Rancangan chiki chiki boom

Assalamualaikum

Last week, aku teman anak-anak tengok rancangan chiki chiki boom di TV2. Since shujin pun takde aku layankan je la. Diorang pegi melawat ladang burung unta. Lepas tu dia bandingkan saiz telur unta dengan telur ayam.

1 biji telur unta = 1.2kg

1 biji telur ayam = 0.3kg

Oleh itu, 1 biji telur unta = 4 biji telur ayam

Sebelum keluar jawapan tu aku da buat kira kira sendiri dalam hati. Sebiiji telur ayam (gred c) lebih kurang 30gram. Maksudnya sama dengan 40 biji telur ayam. Bila keluar jawapan macam tu, aku terus lari masuk dapur. Timbang telur ayam. Hahaha.

Aku terus geram dengan rancangan tu sebab bagi salah maklumat. Gila kot sebiji telur ayam = 300gram. Macam mana diorang bagi rancangan macam ni masuk TV? Mungkin pada sesetengah orang ala takpe la. Dia tersilap. Bagi aku langsung tak boleh nak dimaafkan. Kalau nak ajar baik ajar betul betul, kalau dia nak bagi maklumat salah macam tu baik aku suruh anak aku tengok kamen rider. Hish.

Teruk betul kualiti rancangan kat Malaysia ni. Dari drama sampah sampai la ke rancangan yang tema pendidikan. Sorry la kalau aku detail melampau, tapi sebagai ibu takkan aku nak biar rancangan tu bagi salah info kat anak anak aku.

Nota kaki : mattaku desu..

Daa

Isnin

Ayahanda

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Selepas dua minggu menjalani control diet yang disarankan ayah dah nampak perubahan positif. Walau pun sakitnya masih ada, kekerapannya semakin berkurang. Buat masa ni ayah masih teruskan diet tu. Aku masih tunggu keputusan gula dalam darah ayah untuk move on tindakan selanjutnya..

Sebagai anak aku tak sabar nak tengok ayah kembali sihat seperti biasa. Bersiaran dari rumah. Aku memang tak berapa nak gadget savvy sangat. So nak mengedit beria tu memang tak reti. Haihhh, nama je ex engineer.
ayah masa datang s.alam


Jumaat

Gambar Izara Aishah bertudung

Larikkkkk....hahaha...

Hak pembayar cukai

Assalamualaikum

Semalam company aku invite bank punya reps untuk cerita tentang income tax. Aku pun attend la jugak. Actually tak banyak input baru daripada talk tu sebab employment tax adalah yang paling restricted sekali. Sebab tu sebenarnya jadi pekerja makan gaji paling kesian sekali. Sebelum dapat gaji dah kena bayar kerajaan. Lepas tu bayar bank. Last sekali baru bayar diri sendiri. Tu pun belum tentu dapat beli apa yang kita nak.

Antara input menarik tentang peraturan baru berkenaan dengan income tax pada tahun 2012 adalah

(1)    Tax office kena bayar tax return dalam masa 90 (efiling) atau 120 (manual filing) hari selepas kita file kan tax. Kalau tak diorang kena bayar 2% interest per annum. That's explain kenapa tax return aku cepat gila dapat, while suratnya tak pernah sampai pun. Hehehe.

(2)    Takde import duty untuk kereta hybrid dan kereta elektrik sampai 2013. So kalau ada sesiapa berangan nak beli Honda CRZ (aku la tu) ke, Toyota prius ke... Honda Insight ke...baik beli dalam tahun ni. Honda CRZ sekarang dalam RM120k. Duti import biasanya sekali ganda harga kereta. So by next year harganya dah jadi RM240k. Arghhh..Shujin..Saya mahu itu (walau pun sebenarnya takde lesen..nak drive ke kedai je boleh? Hehehe)

(3)    Education fee untuk sekolah rendah dan menengah adalah percuma! (kata orang tu "maklumlah..tahun ni nak ada election..haha..can't agree more about tis)

(4)    Employer contribution bagi EPF naik kepada 13% bagi pekerja yang gajinya kurang RM5000.

Ada lagi yang lain..tapi kurang interesting bagi aku sebab aku takde kena mengena sangat pun.. Hehehe.. Dan yang paling tak berguna adalah goes to!! Jeng jeng jeng..

My first home Scheme. Hehehe. Diorang tambah limit bagi rumah tu dari RM220k kepada RM400k. Ini adalah clarification dari bank officer sendiri. Tak banyak bank yang sanggup nak participate dalam skim ni kerana bagi mereka yang gajinya RM3k ke bawah, kurang mampu nak bayar rumah harga RM200k ke atas. For them sama ada orang tu nak kena bayar deposit tinggi atau pun memang kena cari rumah yang lebih kecik (read:murah) sebab nak bayar monthly installment yang besar bukan satu option. So untuk qualify bagi skim ni adalah sangat tricky.

Apa pun itu pendapat peribadi aku.

Jawapan bagi perumpamaan dalam entry sebelum ni adalah : rahsia. Hehehe. Tapi takde kena mengena dengan family aku. Aku takut kalau jawab nanti blog ni menerima nasib yang sama macam blog AididMuadib...hahaha..

Daa~

Perumpamaan

Assalamualaikum

A rampas wallet B dan ambik duit tersebut. Duit tu dia bagi pada B dan paksa B ucapkan terima kasih sebab diberikan duit tu. Siapakah A... J

Selamat Hari Jumaat.

Daa~

Khamis

Tips bagi membuat roti canai yang lembut di dalam rangup di luar

Assalamualaikum

Macam poyo je aku kan. Aku belajar buat roti canai dari mak aku. Bukan nak kata hebat sangat mak aku ni, tapi aku rasa kalau dia bukak kedai kat Kota Kemuning tu memang melingkup mamak mamak kat situ. Ceh..haha..Pernah la orang yang bukak kedai makan belajar buat roti canai dari mak aku. Mak aku belajar buat dari nenek aku. Sekarang dalam adik beradik mak, dia sorang je yang paling mewarisi skill nenek aku.
Aku pulak belajar dari mak aku sebab shujin memang suka roti canai. Nak belajar buat roti canai memang kena hands on. Tak boleh nak main agak agak je sebenarnya. Mak kata masa dia belajar buat dulu berkilo kilo tepung dia guna sebab asyik tak jadi je. Marah atuk aku. Hehe..

Dah banyak kali jugak aku buat roti canai ni. Yang kali ni macam super sukses je. So aku yang konon konon dah amateur (sebelum ni beginner je) ni nak share tips macam mana nak dapatkan roti yang lembut.
Resepi roti canai mak aku simple je, tepung, garam, gula, air dan sebiji telur. Rahsianya adalah masa menguli dan air yang digunakan. Campurkan air sikit demi sedikit sampai tak melekit. Uli sampai licin. Bahagikan kepada berapa bahagian yang dikehendaki. Biasanya saiz doh kecik tu aku buat 50-60gram setiap satu. Agak agak lebih sikit kepal aku. Lepas dah bahagikan tu uli lagi setiap satu. Masa menguli tu, basahkan sikit tangan dengan air dan uli sampai tak melekit. Tambah air sikit demi sedikit sampai doh betul betul lembut. (Macam doh nak buat roti) Mak kata lagi elok kalau uli sampai tepung tu masak.


Nak menyimpan tu sapu seluruh permukaan doh dengan marjerin dan simpan selama 5-6 jam sebelum dicanai.
Masa mencanai, aku dengan mak tak pandai nak canai macam kat kedai mamak tu, so aku guna dulang bulat besar dan canai atas dulang. Mula mula penyek penyekkan doh, lepas tu tarik sampai betul betul nipis. Biasanya kalau saiz 50-60gram tu boleh tarik sampai tutup dulang, jadi macam alas dulang hantaran gitu. Doh yang elok adalah sangat elastic dan senang ditarik. Kalau terlalu lembik atau keras doh akan mudah koyak. Masa nak melipat tu letak sikit sikit marjerin kat setiap permukaan. Supaya bila masak ia jadi gebu di dalam. Yang nipis diluar pulak akan jadi rangup.



Nak masak pulak lebih baik gunakan marjerin, kalau guna minyak kureng.. Kalau mak aku buat sekilo roti dalam 18 keping je. Korang bayangla sendiri betapa tebalnya roti canai tu. Makan sekeping confirm kenyang. Aku buat setengah kilo dapat 11 keping. 



Selamat mencuba!

Amaran - Hidangan ini adalah kaya dengan lemak tepu, makan 2-3 minggu sekali boleh la. Jangan selalu sangat. Hehehe..

Daa

Rabu

Betul ke Sendayu Tinggi tak ada rekod buruk

Assalamualaikum

Bukan niat nak buruk burukkan. Tapi just untuk pengetahuan, Sendayu Tinggi bukan suci dari kontroversi sebenarnya.. Last year satu product yang di daftarkan atas nama Sendayu Tinggi di dapati mengandungi hydroquinone. Search la sendiri apa bendanya tu. Selain dari Sendayu Tinggi, product dari Tia Amelia, Natasya Gold pun ada. Boleh check kat website kerajaan tu. Kopi yang pelik pelik namanya termasuk lah kopi guarano pun ada bahan berbahaya. Ini yang dah di uji, banyak lagi yang tak diuji. Hati hati lah..

www.pharmacy.gov.my/aeimages//File/soap.pdf

A-ma-jonnnnn

They are addicted to kamen rider.. Paling kelakar bila first time adik sebut a-ma-jonn tu.. Siap dengan gaya gaya sekali.. Hehehe.. Abang pulak, asal yang hero je mesti dia..kiranya kalau boboiboy tu dia boboiboy la. Ayah terpaksa jadi Gopal. Aku selalu dapat watak disebelah hero. Anak emak la katakan. Hehehe...

Komen terhadap kenyataan media oleh pengasas Sendayu Tinggi

Assalamualaikum
Sapa terlebih rajin macam aku tengok berita semalam mesti TERtengok kenyataan media oleh pengasas Sendayu Tinggi tentang product menguruskan badan mereka yang dirampas. Nilai rampasan adalah mencecah setengah juta ringgit. Rampasan ini dilakukan berikutan hasil ujian makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menunjukkan bahawa dua product keluaran syarikat bumiputera (salah satunya Xtrimme Slimming kalau tak silap) tersebut mengandungi Sibutramine iaitu sejenis dadah berjadual yang sangat berbahaya. Antara kesan sampingannya adalah lumpuh dan gila.
Ok. Aku tak tau siapa dah termakan product ni aku ucap takziah. Lebih takziah lagi kepada pengasas Sendayu Tinggi yang bercakap tak menggunakan otak. Hasil serbuan mendapati product tersebut adalah product yang dibungkus semula dan diedarkan atas nama Sendayu Tinggi. Aku cadangkan ban aje product ni. Tak kira menatang apa dia jual sekali pun kerana betapa tak bertanggungjawabnya makcik tu sebab bagi kenyataan yang dia disabotaj dan tertipu oleh pembekal. Malah towards the end of kenyataannya boleh dia kata "adatlah orang berniaga" (refer to orang sabotaj dia)
Dan mungkin orang lain kata Sendayu Tinggi mengaku silap dan minta maaf dalam kenyataan media semalam. Apa yang aku Nampak cumalah "blame game". How come ko jual barang tu ko tak tau ko tak siasat menatang apa dalam tu. Ini adalah satu contoh typical bumiputera owned company. Dia beli product ntah kat mana mana, lepas tu rebrand. Lepas tu konon kaya dengan herba itu ini. Dan benda macam ni berlaku adalah kerana these people only think about money. Dia business sebab nak duit semata mata dan tak ada pengetahuan tentang product yang dia nak jual.
Aku encounter dengan ramai orang macam ni. Jadi stokis, sebar kebaikan product itu ini, tapi ada pengetahuan yang half bake tentang product tersebut. Kilang dia kat mana, macam mana barang tu diproses tak pernah ambik tau. Cuma nak duit je. While yang membeli pun Cuma nak tau sama ada product tu berkesan ke tidak. So macam kata P ramlee dalam tiga abdul. Penyangak kena tipu dengan penyamun.
How serious this issue adalah lies on kenyataan media made by the founder. For me, whether there are sibutramine or not, it is right to ban this kind of irresponsible company. Apa guarantee yang product lain adalah selamat kalau dia pun tak tau dan apa dalam tu. Silap silap menatang apa sibutramine tu pun dia takde pengetahuan. However, after all its up to the consumer to judge. Ni Cuma pandangan aku.
Please bare in mind, this is not the only company yang practice repack and rebrand. There is a lottt more..Good luck finding out.
Daa

Selasa

Tak islamic la ko ni....

Assalamualaikum

Aku bukan tak suka guna product keluaran bumiputera yang jenamanya lebih islamik dan halal...Banyak aku tengok yang claim nya melampau dan nipu benorr.. Contohnya..ayam yang diazankan..Susu tepung dengan bacaan ayat suci alquran..Kalau ayam tu diazan macam mana sekali pun..Kalau yang makan tu tak baca bismillah cam tu jugak..Islam tak suruh kita azankan pun ayam tu. Yang nak tunjuk islamik sampai nak azankan ayam tu nak buat apa..Mungkin Nampak macam bagus. Tapi memberikan impression yang kurang baik pada umat yang bukan islam yang kurang faham tentang islam. Diorang akan rasa "susahnya nak makan ayam kalau jadi orang islam..ayam pun nak kena azan..susu pun nak kena bacakan satu juzuk alquran"

Biarpun sebenarnya azan ke yang baca quran tu guna record je. Tu belum kira yang jual penapis air cakap boleh sembuhkan macam macam penyakit. Tak ke pembohong tu air kosong boleh ubat gout. Tak ada bukti saintifik kata air tapis boleh ubat darah tinggi ke apa. Memang membantu, tapi bukan mengubat. Bayangkan kalau benda macam tu diorang boleh bohong, apa lagi benda benda yang tak obvious. Aku pernah dengar cerita sorang kenalan yang adiknya kerja dengan R&D satu company bumiputera. Buat makanan baby. Diorang buat test atas anak owner company tu. Anak dia muntah buat semula. Kalau tak muntah boleh jual. Patut tak patut R&D macam tu? Serius aku memang ban company tu dari kamus hidup aku..

Tepuk dada tanya iman. Aku bukan taknak sokong, tapi terlalu tak reliable. Sepatutnya sebagai muslim lebih utamakan kualiti, bukan saja halal sebab islam bagi garis panduan halalan dan toyyiban. Tapi setakat ni company yang bukan muslim yang lebih utamakan kualiti. Kita dok sibuk cari halal. Toyyib tak jugak...

Daa

Sarapan di luar

Assalamualaikum

 

Aku jarang breakfast kat luar. Hujung minggu tak hujung minggu. Shujin lebih suka makan di rumah. Lagi pun anak-anak tengah nak membesar ni sibuk nak membuas dalam kedai. Tak larat aku nak kawal. Dah la waitress (kedai mamak padahal..haha) kat kedai tu asyik dok cuit cuit kenen kenen anak dara aku. Lepas tu bila takde buat apa diorang pakat tengok ramai ramai sambil senyum senyum. Risau pulak aku. Hahaha..

Masing masing belum mandi tu...Baru lepas makan roti canai telur sorang sekeping.. Gambar makanan memang tak ambik sebab biasanya masa makan aku tak menang tangan nak melayan diorang ni. Walau pun dah pandai makan sendiri tapi macam macam gaya kelakuannya.

Errkk..tiba tiba takde idea nak tulis apetah..haha..

Daa

Isnin

Dapat RM86400 setiap hari!

Assalamualaikum

Imagine setiap pagi kita dapat RM86400. Terpulang kat kita nak guna macam mana. Invest, save atau apa saja. Dan setiap hari selepas pukul 12 malam. Setiap apa yang tak di laburkan akan hilang. Esoknya kita akan dapat lagi RM86400. Kat mana kita nak invest..apa kita nak buat...

 

Sebenarnya 86400 tu bukan duit, tapi adalah masa selama 24 jam. Masa adalah sejenis asset yang tak boleh ditukar ganti. Setiap yang dah berlalu tak akan kembali walau dengan sebanyak mana wang sekali pun. Laburkan masa kita pada perkara yang berfaedah. Beza antara orang kaya dengan orang miskin bukan saja pada wang yang orang kaya ada. Tapi adalah cara mereka melaburkan masa mereka.

Betul duit bukan matlamat sebab duit sebenarnya tak ada value. Tapi imagine apa yang kita dapat capai dengan menggunakan duit. Termasuk spiritually. Nak derma, nak berbakti..bukan tak boleh kalau tak guna duit pun. Senyum pun sedekah jugak, tapi berkatnya tentu lebih lagi.

 

Ramai orang bangga bila mereka busy. Hakikatnya mereka lupa priority kehidupan. Bak kata mantot (Cursing Malay), kita dilahirkan untuk keluar bekerja dan tinggalkan keluarga.

 

Whats your priority?

 

Malam ni kat TV ada cerita apa best eh... :D Hiburan tak salah kan... Asalkan tak berlebihan..

 

Daa

Beli dua percuma satu

Beli dua kotak pudding caramel percuma satu biskut suji gajus. Rezeki mak mertua datang rumah..

Entah apa apa

Assalamualaikum

Ngantuk! Bangun awal untuk pick up shujin kat stesyen bas di seksyen 17 shah alam. Sudahnya pemandu bas yang kurang prihatin turunkan penumpang di stesyen seri muda. Sementara menunggu kebetulan aku ternampak beberapa orang pekerja alam flora (mungkin..lori sampah kepala biru badan belang putih dan hijau) memunggah longgokan sampah masuk ke dalam tong.

Membuatkan aku terfikir. Alangkah kesiannya pekerja angkut sampah di Malaysia. Kerjanya busuk, jijik, kena angkut sampah tak tentu masa. Dari awal pagi kadang-kadang sampai ke malam. Gajinya tak seberapa. Memanglah tak boleh nak banding dengan student Malaysia yang buat part time kerja angkut sampah di Jepun. Sampahnya bersih, kering, malah disusun dengan baik oleh penduduk. Lorinya tak berbau. Kerja hanya dari pukul 8 pagi ke pukul 5 petang. Gaji untuk kerja part time mencecah JPY10,000 sehari (lebih kurang RM320 rate sekarang) Sehari tau, bukan sebulan, bukan seminggu.

Aku tau dan sangat faham, kalau nak banding memang tak terbanding. Kita masih mempunyai third class punya mentality. Iaitu, semuanya adalah tanggungjawab authority. Kalau sampah nak ulat, busuk. Salah MBSA sebab lambat datang kutip. Kalau longkang tersumbat jadi banjir salah kerajaan negeri sebab tak selenggara dengan baik. Seolah olah kalau berak tengah jalan, baunya busuk pun salah MBSA sebab tak datang cuci. Jangan hairan kalau satu hari nanti cerita macam ni masuk TV. Lebih lebih lagi kalau kesnya terjadi di negeri negeri panas (paham paham sendiri lah)

Menyampah aku nak tengok TV sekarang ni. Negara kita ni demokrasi ke k03*@#!$. Pernah tengok drama Change (Lakonan Kimura Takuya). Bagusnya kalau ada PM yang begitu kan.

Nota kaki : Maaf. Takde niat nak cerita soal politik. Agak-agak dapat tak 1Malaysia capai negara maju pada 2020. Kita ada lapan tahun nak mengubah mentality masyarakat. Dapat ubah dua perkara pun aku rasa sangat sangat baik. (1) Beratur naik kenderaan awam, (2) Buang sampah di tempat yang disediakan dan bungkus elok elok. Bukan main humban je.

Daa

Jumaat

Kena tinggal

Assalamualaikum

 

Esok shujin ada kursus di Kedah, kali ni aku dengan anak-anak tak ikut. Shujin pergi dengan bas je. So, boringla kitorang hujung minggu. Hari isnin pagi baru dia balik. Aku kena pegi ambik kat stesyen bas (eh bukan aku tadak lesen kaaa..?) Situasi ini dipanggil kecemasan okeh. Hehehe..

Atiqah kalau bergambar mesti letak jari kat muka camtu. Sapa lagi yang ngajar kalau bukan mak dia. Hehehe..Masing masing muka notti je. Basikal ni tipu tipu je. Rantai pun da berkarat tercabut cabut tu. Sepupu dia punya.

Selamat berhujung minggu! Daa~

Khamis

Sambutan Hari Pertabalan YDP Agong

Shujin yang masak...

Rabu

Kesan pengambilan statin drugs

Assalamualaikum

From the book "Supplement your prescription" by Dr Cass.

For every dollar we spend on prescription drugs, we spend a dollar to fix a complication. Understanding how nutritional supplements affect these drugs could make them safer and more effective
- Mermet Oz MD Prof Of surgery ar Columbia University

Seseorang yang banyak menyimpan lemak di bahagian perut (badan berbentuk apple) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah jantung berbanding mereka yang menyimpan lemak di pinggul (badan berbentuk pear) Ini adalah disebabkan oleh inflamasi (inflammation) yang berlaku dalam badan.


Keadaan ini lebih buruk lagi bagi mereka yang mengambil ubat dari jenis dadah statin bagi mengawal masalah kolestrol. Statin hanya mengawal simptom tetapi inflamasi yang disebabkan oleh kolestrol yang berlebihan tidak dapat diatasi. Malah menyebabkan banyak kesan sampingan seperti mengurangkan CoQ10 dalam badan. Kekurangan CoQ10 bukan saja menyebabkan badan menjadi lemah dan kesakitan pada otot, malah boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung.

So, jadilah macam tikus yang cuba membaiki labu. Sudahnya labu pun rosak.

Dalam hal ni aku tak salahkan doktor sebab doktor memang belajar tentang ubat apa nak makan bila sakit. Mereka tak diajar, vitamin apa akan kurang bila makan ubat tu. So, pesakit kenalah bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Jangan asyik harap disuap je.

Take care. Selamat bercuti.

Daa

Selasa

Circumstances

It is not our fault if we born poor, but it is our fault if we live and die poor

Assalamualaikum

Bukan nak cakap soal politik..tapi aku selalu rasa bantuan RM500, ke RM100 ke RM50 dari kerajaan tu ibarat kita bagi ikan pada seseorang. Sehari tak bagi ikan mati kebulur la dia. Cuba kalau bagi pancing dan ajar cara-cara memancing, tentu tak payah dok harap bantuan je. Yang manusia tu pun, tak payah la dok harap sangat bantuan. Hidup kita tanggungjawab kita. Allah da pesan, DIA takkan mengubah nasib seseorang melainkan mereka berubah.

Amai mono wa doku! :P

Daa

Nak ke tak nak

Assalamualaikum


Kita selalu dengar pasal orang nak change the world blah blah.. Tapi sebenarnya perkara paling penting adalah mengubah diri sendiri. Tapi, ianya adalah perkara paling susah nak buat. Macam dalam kes ayah aku, in order nak cepat sembuh dari sakitnya dia kena tukar diet kepada diet yang sihat. Mungkin bunyinya macam mudah, tapi nak melaksanakan tu susah.

Nak berubah sebenarnya tak susah. Ianya adalah mentality seseorang.
If you want to change your attitude, change the environment
Or
Change your paradigm
Maksud change environment adalah, orang lain kenalah positif yang dia boleh berubah. Dan diri sendiri perlu percaya yang dia boleh berubah. Change the paradigm adalah paling extreme sekali. Sebagai contoh. Kalau ada longkang 2 meter lebarnya. Agak agak kita boleh lompat tak? Kita nak tak lompat kalau nak kena menyeberang.  Mungkin boleh, tapi susah sikit kot kan. Mungkin kita cari alternative ke apa. Cuba kalau letak anjing kejar kat belakang. Agak-agak boleh lompat ke tidak. Boleh ke tak boleh ke mesti kena lompat jugak.

Macam tu jugak attitude kita. Macam ayah aku da sakit. It is hard to change the environment actually. Sebab aku tak boleh nak kawal orang lain yang tinggal dengan ayah. So sekarang aku tukar paradigm. Actually aku cakap dengan ayah. "Kalau ayah nak sihat semula, nak boleh makan semua tu tanpa sakit sakit, baik ayah jaga ikut betul betul program ni. Lebih baik jarang jarang sekali boleh makan dari tak boleh makan langsung"

Betul tak? Kalau gemuk nak kurus, tapi laki pun duk kata.. ala kurus pun saya sayang. Alamatnya lambat lah kurus. Silap silap memang tak kurus kurus.. Cuba kalau laki kata.. Kalau awak tak kurus, saya kahwin lain. Agak agak berapa lama isteri ambik masa nak kurus.

Everything we did, is our choice. What we are now is what we chosen yesterday. So, pucuk pangkalnya adalah sendiri nak berubah ke tidak.

Kita ada satu je nyawa. So janganlah hidup dengan alasan. Jangan nanti da tua baru dok kata "kalau lah...kalau lah" Menyesal pun tak guna.

Time is our asset. Duit boleh cari, tapi kaya macam mana pun seseorang tu tak boleh kembalikan masa yang dah berlalu.

Daa

Isnin

Pemakanan bagi diabetes - Apa yang doktor suggestkan untuk ayah

Assalamualaikum


Sebenarnya aku ada jugak suspect yang sakit pada kaki ayah adalah disebabkan oleh masalah kencing manisnya. Tapi, beberapa kali dinafikan oleh ayah.

Doktor ayah ada mention something tentang sakit pada kaki ayah adalah disebabkan oleh sakit pada saraf. Dan menurut ayah doktor tu tak boleh nak bagi solution untuk symptom tersebut. So aku pun tak pasti apa punca sebenarnya.

Sewaktu perjumpaan dengan Dr Aziz, dia ada mencadangkan bahawa sakit pada saraf ayah ada kemungkinan disebabkan oleh viral infection daripada virus demam campak yang pernah dihidapi oleh ayah satu ketika dullu. Ia tidak akan diketahui melainkan ujian lanjut dijalankan. Bagaimana pun, semua masalah tu dan juga kadar gula dalam darah ayah boleh diturunkan ke tahap normal melalui kaedah mengawal pemakanan secara seluruhnya dan juga pengambilan vitamin tambahan bagi mempercepatkan proses pemulihan. Dan aku sangat setuju dengan Dr Aziz yang menyatakan bahawa tak ada pil, makanan, atau minum ajaib yang boleh menyembuhkan penyakit seperti ini memandangkan ianya adalah berpunca daripada pemakanan yang tidak dikawal.

So apa yang dicadangkan oleh Dr Aziz adalah program pemakanan terkawal yang sangat strict. No more goreng goreng for at least 2 weeks up to 1 month. The main food adalah sayur dan buah buahan. Dia bagi tips lengkap apa yang nak kena makan, apa yang kena ambil sikit sikit dan apa yang tak boleh dimakan. Termasuklah vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan dan dosnya untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Melalui program ni, sistem penghadaman akan dibaiki dan boost immune sistem seseorang. Di samping akan menurunkan kadar gula, kolestrol dan darah tinggi pada tahap normal. Malah, clogged artery pun boleh clear kalau terus diamalkan secara konsisten.

The advice is priceless. Alhamdulillah ayah bersetuju walau pun bunyinya sangat susah nak dilaksanakan.

Consultation tersebut adalah PERCUMA, memandangkan aku kenalan Dr Aziz. Hehehe..

Selain dari tu, menurut Dr Aziz, ayah tak perlu makan ubat darah tinggi dan kolestrol kalau normal. Just makan ubat kencing manis untul control gula. Bila check up, doktor akan beritahu sama ada gula dah normal ke tidak. Kalau normal boleh berenti makan. Sebab kalau dah sakit memang nak kena makan ubat untuk control tapi penjagaan pemakanan dan kaedah rawatan alternative yang selamat boleh membantu mengurangkan dos ubat yang diperlukan dan seterusnya menormalkan kandungan gula dalam darah. This is what I totally agree.

Ramai yang jual makanan/minuman kesihatan atau kaedah rawatan alternative yang irresponsibly suruh pesakit berenti makan ubat dan amalkan makanan/minuman/ubat yang mereka jual. Ni paling bahaya, banyak kes yang orang tua stop makan dan bila jumpa doktor, the sugar level jump sky rocket dan anytime boleh menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku.

So, lets see..2-3 minggu lagi adakah ayah mampu bertahan dengan program ini dan kembali sihat seperti sediakala.. Insya allah.. Aku doakan yang terbaik buat ayah.

Nota kaki : Dr Aziz adalah pakar Neurology cum scientist dan salah seorang doktor di Tan Sri Datuk Paduka Saleha Complementary Health Care Centre (PJ). Tan Sri Saleha tu isteri dia, tuan punya klinik tu.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com