Jumaat

Resepi Garlic Bread TERBAIKK!

Assalamualaikum


Sebenarnya dua hari lepas dah aku buat garlic bread ni. Kebetulan terserempak dengan post Izah si Muffin Lover tu pasal garlic finger bread, terus aku salin err print resepinya. Petang tu pegi beli barang-barang. Aku memang suka garlic bread sebab rasanya tak muak, ditambah dengan bau harum bawang putih dibakar. Haihh.. Korang boleh bayang tak? Hehehe.. Tapi shujin tak berapa sangat. Makan tu makan lah. Tapi takde lah suka sampai meroyan cam aku.

Ok. Kalau nak tengok resepi asal Izah dan rakan-rakannya boleh klik link kat atas ye. Macam biasa lah aku ni. Beria ria menyalin resepi, tapi tak penah nak ikut resepi betul betul. Maklumlah, panfandaifai. Bengkok pinggang aku balik balik kerja menguli pulak. Nasib baik hari tu turn shujin prepare dinner.
Resepi Basic Dough
Bahan A
500gram tepung gandum (nak guna tepung roti pun boleh, aku guna tepung gandum cap sauh..sokong company cik ina..eh kan kan)
100gram gula
1sudu kecil garam
2sudu kecil bread improver double action (uncle kedai kek tu kata dalam tu ada bread softener sekali. So aku guna je lah)
11gram yis (sepeket)

Bahan B
Susu full cream secukupnya
1 biji telur
Bahan C
80gram margarine cap pelangi..hehehe...
Garlic Spread
50gram butter (salted)
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 pokok ketumbar dicincang halus
Gaulkan sebati
Kekdah membuatnya
1.      Gaul sebati bahan A
2.      Masukkan bahan B, telur dulu. Lepas gaul rata, masukkan susu sampai agak agak licin
3.      Masuk bahan C dan uli sampai tak melekat kat tangan. Nota - Masa mula mula masuk margarine tu memang rasa macam tak jadik dah. Teruskan je menguli sampai margarine tu betul betul sebati dengan adunan. Hasilnya memang menakjubkan. Taraaaa...
4.      Biar adunan naik dua kali ganda
5.      Tumbuk manja adunan untuk keluarkan angina. Uli sebentar, lepas tu bulat bulatkan pada saiz yang disukai. Aku konon nak buat finger jugak tapi malas nak mencanai bagai. So aku buat macam bentul bantal bulat panjang tu. Susun dalam loyang. Spray air dan biarkan sampai kembang
6.      Bila dah kembang baru sapukan garlic spread tu atas roti dan bakar pada suhu 180 darjah, 25 minit atau sampai permukaan roti jadi perang.
Roti ni dah pagi aku panaskan balik pun masih lembut lagi. Rupa memang dah iras iras roti kedai dah. Cuma garlic spread tu aku letak sikit sangat. Consider yang shujin tak berapa suka garlic bread. Kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan sikit jumlah gula sebab letak susu full cream pun rasa lemak manis dia cam kuat jugak. Shujin kata ok dah, tapi aku jenis tak kuat manis so aku rasa manis sikit.



Insya allah kalau rajin aku nak buat lagi weekend ni. Daun ketumbar pun berpokok pokok lagi.

Komen shujin - "Rasa lebih sedap dari beli kat kedai. So okay laa. Texture pun lembut & puffy. Next time boleh buat lagi. Concept macam "cun tak berapa sangat, boleh tahan. Tapi hati pekerti baik". Camtu laa... Hahahaha..."

Jemput makannn...Daa~

Khamis

Annoying

Rabu

Tiada lagi alasan tak sempat nak bersenam

Assalamualaikum

Typical orang kita bila nampak orang bersenam mesti ada yang tanya, nak kurus ke? Kalau nampak orang yang dah sedia kurus bersenam mesti ada yang gatai mulut cakap "ai, nak kurus macam mana lagi?"

Siapa taknak bentuk badan yang menarik macam retis barat ye dak (nampak sangat tak tau nak sebut siapa..ahahaha) Tapi nak bagi komitmen bukan satu perkara yang mudah. Especially bagi ibu ibu, tak kira la sama ada yang bekerja sepenuh masa atau pun yang jadi surirumah sepenuh masa. Hei, ingat surirumah tak sibuk ke? Ramai yang menjadikan sibuk dengan urusan harian sebagai alasan tak bersenam. Tapi nak mengadap TV ada pulak masa.
Kalau dah malass...
Sebenarnya bersenam bukanlah nak kena masuk gym atau pun ada peralatan baru boleh bersenam. Kat mana-mana dan bila bila masa boleh bersenam. Tapi kena taulah senaman yang sesuai dengan masa dan keadaan. Jangan pulak buat push up masa tengah beratur nak beli makanan. Haru pulak jadinya. Aktiviti senaman boleh dibuat sebanyak 3-5 kali seminggu. Kalau yang jenis nak betul betul fit macam ahli sukan ke biasanya kena maintain bersenam setiap hari. Kalau rakyat marhaen macam aku ni dua hari sekali pun ok lah. Duration untuk bersenam untuk beginner adalah 10 minit. 5 minit untuk warm up. Dan 5 minit untuk senaman. Kalau stamina dah banyak boleh buat 30 minit.

Senaman boleh dibahagikan kepada empat ategori
(1) Strength and resistance - Untuk kekuatan otot dan tulang
(2) Flexibility - Untuk menambah flexibility joint dan otot
(3) Stamina and endurance - Untuk stamina dan kekuatan jantung (jenis jenis senaman aerobik)
(4) Balance and coordination

Bergantung pada tujuan senaman, kita bebas memilih kombinasi aktiviti senaman yang hendak dilakukan. Of course the best adalah dengan combine semua sekali. Jangan stick pada kombinasi senaman yang sama lebih dari 3 minggu. Badan manusia sangat hebat. Once dia dah biasa dengan rutin senaman tu, lebih sedikit tenaga akan dibakar.

Bila masa paling sesuai untuk bersenam? Bila bila masa pun boleh. Tapi janganlah baru lepas tolak pinggan nasi terus nak berlari. Ada yang recommend pagi sebelum breakfast. Logiknya adalah once kita makan, badan kita akan rembeskan hormon insulin, insulin adalah sejenis hormon yang akan menghalang lemak dari dibakar. So, kalau bersenam lepas breakfast kurang effective berbanding bersenam sebelum breakfast. Kalau tak sempat nak buat waktu pagi, petang atau malam pun boleh.

Kat office aku ada disediakan gym, ramai jugak yang aku tengok bersenam waktu lunch. So diorang senam kejap. Lepas tu baru makan. Aku tak dan lah. Pukul 12 je terus cari nasik. Hehehe..Aku prefer senam pagi. Biasanya aku buat 15-30 minit. Depends banyak mana ada masa. Warm up, lepas tu jogging setempat, flexibility dan jugak resistance. Balance dengan coordination tu aku buat sepanjang hari bila sempat dan teringat.

Bila dah kerap kerap buat rasa seronok jugak bersenam.

Daa

Jarang jarang sekali Wordless Wednesday

Selasa

Weight Management - Simple habit

Assalamualaikum

Beberapa ketika dulu aku attend kelas weight management. Actually beberapa kali dah, tapi yang kali ni huraian lebih detail tentang pengurusan berat badan akibat kekurangan protein. Aku tak dapat nak videokan the whole presentation sebab bateri nak abis, tapi sempat la ambik gambar beberapa slide penting. Tak menang tangan nak buat nota. In the end, terpaksa buat research berdasarkan keyword yang aku sempat salin.

Later la aku share in detail tentang peranan protein dalam pengurusan berat badan ni.

Simple yet effective but hard to maintain..hehehe
Mood agak kureng dalam suhu persekitaran yang nyaman. Di tambah lagi dengan krisis ciplak yang kian berleluasa. Aku bukannya nak kedekut sangat tak bagi orang copy entry aku, tapi agak-agak la weh. Haih..Aku malas sebenanya nak disable right click dengan buat watermark bagai kat gambar gambar. Aku berblog suka suka nak share thought aku, tapi tak best lah bila orang salah gunakan usaha aku untuk buat duit cara mudah.

Daa

Isnin

Duplicate entry - Lagi?

Assalamualaikum

Aku terjumpa blog ikanhanyir. Macam mana dia buat eh? Setiap entry tu siap ada link ke entry asal lagi.

Habis entry aku kena duplicate dalam blog tu.

Hairan betul aku. Orang nak buat blog dia pun nak berblog. Tapi entry duplicate dari orang lain.

Macam mana tu..

Ke aku patut bangga je. Cehh...

Resepi Cream Croquette - kurimu Korokke

Assalamualaikum

Aritu aku share gambar korokke, ramai yang kata tak pernah makan. Sebenarnya korokke atau nama sebenarnya croquette ni adalah makanan yang berasal dari France (kalau tak silap aku) hahaha.. Aku pun kenal masa zaman belajar dulu. Biasanya buat dari kentang.

Cream croquette ni lebih kurang macam bergedil je sebenarnya, tapi lebih creamy dan salutannya tu gunakan serbuk roti instead of telur saja. Kalau resepi makanan ala ala jepun ni biasanya aku belajar dari cookpad. Ada banyak resepi bergambar yang diorang tunjuk. Nak buat yang lain dari yang lain pun ada resepinya dalam tu. Untuk resepi cream croquette ni aku baca banyak banyak resepi lepas tu aku alter sendiri sikit sikit. Tau je lah kan. Orang perempuan ni memang suka belek resepi. Tapi tak reti nak ikut resepi.

Aku buat last week, hari bekerja. Siap pun dah dekat pukul 9 malam, nak bengkok pinggang aku mengerjakannya. Tak kuasa aku nak bergambo gambo. Pefenatfat.

Resepi Cream Croquette atau kurimu korokke
Bahan bahan
4-5 biji Kentang direbus hingga empuk (Ada juga yang potong bentuk wedges dan digoreng. Ikut suka- Aku rebus)
1 biji Bawang besar - cincang dan ditumis
Daging cincang - Digoreng (nak guna daging burger boleh jugak)
Susu nak guna cream pun boleh
Garam dan lada sulah
Daun bawang - cincang (optional)
Minyak untuk menggoreng


Bahan untuk menyalut
Tepung gandum
Telur - pukul sikit
Serbuk roti - Kalau nak jimat, buat sendiri. Bakar roti kalau boleh sedang sedang garing. Jangan sampai hitam pulak.
Lepas tu masuk dalam food processor)


Kaedah membuatnya
Lenyek kentang dan campur dengan bawang besar dan daging. Letak atas frying pan, dengan api kecil. Tambah susu. Kacau rata. Susu tu agak agak je. Jangan sampai terlalu cair. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Akhir sekali tambah daun bawang. Kalau terlebih susu, didihkan sampai pekat. Biarkan sampai sejuk. Lepas tu bentukkan sesuka hati. Kalau terlalu cair. Kena sejukkan dalam peti sejuk kejap. Bagi senang bentuk.


Panaskan minyak. Golekkan adunan kentang yang dah dikepal ke dalam tepung gandum. Kemudian telur dan serbuk roti. Ikut turutan. Goreng deep fry sehingga serbuk roti kekuningan.

Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan begitu saja atau dengan salad.

Fungsi letak susu adalah untuk buat tekstur jadi creamy. Jangan terlalu lembik takut masa goreng hancur pulak. Jangan terlalu keras sebab nanti tak jadi la kurimu korokke. Hehehe.

Tricky sikit. Tapi sedapp.. Selamat mencuba.

Anak-anak aku suka makan dengan mayonese cupid (mayonese jepun. Rasanya tak manis macam mayonese lady's choice. Lebih masam dan lemak)

Daa

Jumaat

kisah main dengan cik ina??!!!

Rasanya..ada yang mintak pelempang ni..Sabar je la cik ina


Terima kasih Malaysia...yahoooo...sayangg Najib..

Assalamualaikum

Sayang betul lah aku dengan staf staf kat LHDN. Aku baru buat efiling lebih kurang dua minggu lepas (9hb March - kewajipan). Semalam duit tax return tu dah selamat masuk dalam account aku. Macam ni lah kita nak.. Efficient.

Actually aku panic setengah hari semalam sebab amount tu tak sama dengan yang aku claim. Lebih 70 sen. Surat pun takde sampai kali ni. Last year surat pemberitahuan sampai dulu, seminggu lepas tu baru cheque sampai. Tak tau pulak kali ni dia nak bank in pulak. Amount lain pulak tu. Kelam kabut aku call Maybank. Yelah kan. Tiba tiba duit masuk kat akaun tak tau dari mana. Memang happy. Tapi buatnya duit orang salah masuk ke apa. Tak ke niaya nanti.


Apa pun alhamdulillah..Rezeki anak-anak ni.

Haa..sapa belum buat tax filing baik buat cepat. Jadi lah warganegara bertanggungjawab macam aku. Kahkahkah. Dapat duit dan dan bertanggungjawab kan..

Daa

Khamis

Korokke

kurimu korokke

Rabu

Pok amai amai

Assalamualaikum

Ni bukan pok amai amai Mommy Fara okeh. Hehehe..

Lagu pok amai amai dah diberi nafas baru oleh shujin dan anak-anak. Penggubah liriknya of course shujin dan dinyanyikan semula oleh anak-anak. Penyanyi utamanya siapa lagi kalau bukan Nurul Atiqah Damia.
Gambar recycle : Aktiviti bersama abamm..celoreng askar
Ubahsuai lirik oleh shujin
Pok amai amai
Jom baca buku
Tepuk sampai pandai
Ibu upah susu
Susu lemak manis
Ibu masih muda hahahaha..lirik ambik ati nihh
Adik jangan nangis
Ibu pergi kerja


Tambahan oleh Atiqah
Ayah bawak kereta
Abang tidur
Tiqah no no nanges


Atiqah dah semakin banyak bercakap. Sepanjang perjalanan balik dari kerja melayan dia bercakap.
Ibu, ayah buat Tiqah
Ibu, Tiqah jatuh meja sakit ni >> Ibu, Tiqah jatuh kat meja. Sakit kat sini.
Tiqah makan ashik >> Tiqah makan nasi
Tiqah, abang gigit >> Biasanya memang dia yang gigit abang dulu
Tiqah nak duduk ibu >> Tiqah nak duduk kat ibu (sebenarnya sibuk nak menyusu..)

Menurun siapa lah agaknya perangai tu. Nak menakal je. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi. Ayah dia yang garang tu pun boleh kalah dengan si Atiqah ni.

Ada jugak berebut mainan dengan abang, tapi ada masa diorang pandai jugak mengalah.

Alhamdulillah. Lega jadi ibu.

Daa

Penyelesaian masalah kulit kering

Assalamualaikum

Dari zaman aku muda remaja lagi aku memang ada masalah kulit kering ni. Jeles gila tengok wanita wanita sejati yang kulitnya halus dan lembut serta nampak moist sentiasa. Kulit aku kering tahap kronik sampai nampak berkilat dan bersisik. Sedih gila.

Macam macam jenis lotion aku pakai. Dari yang murah sampai la yang mahal. Tak kira yang jenis rasa berminyak bagai tu. Bagi la cap apa pun. Johnson & Johnson, Nivea, Body Shop. Macam-macam aku cuba. At time aku give up. Malas nak sapu sapu apa-apa.

Minum air banyak bergelen-gelen pun macam tak berapa nak ada kesan. Ada la kejap. Lepas tu tak bertahan. Sampai la aritu aku jumpa dengan sorang Datuk (pompuan). Datuk ni dah pencen dah. Umur dia dalam 63 tahun kalau tak silap aku. Tapi very the humble makcik tu. Dia tu the bekas top management kat TNB. Jumpa dia masa aku duk pegi kelas-kelas tu la. Salam la dengan dia.

Tangan dia mak oii..Sama licin, sama lembut macam tangan Atiqah. Aku rasa macam nak sorok muka bawah kerusi pun ada. Malu gila. Aku umur tak masuk tiga series lagi tangan dah la kasar. Haih.. Malu la nak sembang. So sejak dari tu aku pun tekad nak buat something dengan kulit aku ni. Tanya tanya dengan member aku dia kata ada lotion tu ok. Aku pun pujuk pujuk shujin pegi beli. 2-3 minggu lepas aku beli dan start pakai 2 kali sehari. Pagi dengan malam.

Lotion ni tak rasa berminyak. Tangan rasa moist je. Lepas 2-3 kali pakai aku memang nampak perubahannya. Sekarang ni tekstur kulit dah licin dan makin lembut. Yang nampak garis garis macam bersisik tu pun dah significantly berkurang.

Anak-anak pun suka. Bau sedap dan refreshing. Waiii.. Hopefully by the time umur aku 63 tahun aku proudly boleh salam dengan anak gadis remaja sebab tangan lembut dan licin. Hahahaha..
tu lotionnya. Yang aqil duk peluk. GNH lotion.
Harganya ? RM21. Aku pakai sebotol ni makan 3 bulan jugak la baru nak habis. Yang penting memang berkesan untuk aku. Sekarang ni tak heran dah J&J atau vaseline.

Sekian terima kasih. Sekadar berkongsi ye.

Tambahan : Aku baru discover yang dalam lotion ni ada allantoin. Sejenis herbs yang speed up pertumbuhan sel baru. So bila set baru cepat tumbuh sel tua itu cepat pergi. Kulit rasa smooth je. Besh~ Aku dah berjaya meracun sister in law aku pakai lotion ni. Dia pun happy dengan resultnya.



Daa

Selasa

Weight Management bukan program menguruskan badan semata mata

Assalamualaikum
Salah satu topik yang aku paling suka adalah bab weight management. Mungkin ramai yang rasa mereka dah lakukan macam macam untuk membuang lemak lemak tepu yang berlebihan tapi tak berjaya. Dan ramai yang kecewa dan give up buat sementara waktu.

Ramai yang anggap jaga makan, bersenam adalah untuk menurunkan berat badan samata mata. Sebab tu kalau ada orang kurus bersenam ada orang akan cakap "dah kurus pun nak senam ke". Biasanya, mereka yang ada anggapan begini adalah mereka yang cuma untuk turunkan berat badan dan nampak mata timbang tak bergerak gerak. Lalu mereka anggap mereka tak berjaya dan putus harapan.

Malangnya, weight management bukan semata mata mengenai berapa banyak mata timbang tu bergerak.

Pengurusan berat badan adalah demi kepentingan seseorang punya well being secara keseluruhannya. Dari berat badan, komposisi lemak dan stamina. Menjadikan satu satu program weight management itu tidak membebankan dan menyeronokkan adalah penting untuk jangka masa panjang.

Ingat, pengurangan berat badan yang sihat adalah sebanyak 1-2 pound seminggu.

Kejayaan satu satu weight management program itu bukan hanya dilihat pada berapa kilo yang berkurang. Ini kerana, kita perlu mengambil kira, pengurusan berat badan yang baik bukan hanya membuang lemak dari badan tapi juga membina otot. Oleh kerana otot lebih berat dari lemak, pengurangan berat dalam bentuk kilo tidak akan dilihat.

Tau tak timbang yang macam Omron keluarkan tu, yang kena pegang sekali. Pomot Omron la pulakkk.. Hehehe..Boleh check visceral fat, body fat dan sebagainya. Malah body age pun boleh tau. Oh btw, body age aku 18 tahun. Hahahaha..

Dengan menjaga pemakanan dan senaman yang konsisten, lemak akan dapat dihapuskan dan stamina seseorang akan meningkat.Kalau dulu nak naik tangga setingkat pun semput. Sekarang mungkin tak ada masalah. Bagi yang ada masalah macam kencing manis atau pun darah tinggi malah kolestrol berlebihan pun akan nampak perubahannya bila mengamalkan pemakanan sihat dan melakukan senaman secara konsisten.

Kalau kita fikir dengan begini, kita takkan mudah berputus asa kalau baru seminggu mula jaga makan dan senam berat tak turun turun. Ingat, lemak tu dah bertahun tahun bersarang kat badan, nak buangnya pun ambik masa lah kan.

Nota kaki: Aku rasa hebat gila kalau sapu krim je boleh kurus. I still believe that there is no magic pill or one magic food yang boleh buang lemak dalam badan.

Daa

Tidur berdengkur : Apnoea

Assalamualaikum

Sambungan dari catatan daripada National Geographic tentang masalah tidur.

Dalam bahagian satu lagi ni, mengisahkan tentang bagaimana masalah dengkur berlaku. Apnoea atau dengkur adalah satu keadaan apabila nafas terhenti seketika sewaktu tidur. Salah satu punca utamanya adalah masalah berat badan, selain dari merokok dan minum minuman keras.

Apabila berat badan seseorang tu bertambah, lemak turut terkumpul di bahagian leher. Ini akan menekan saluran pernafasan seseorang. Ketika tidur, apabila seseorang itu menarik nafas, saluran pernafasannya mengecut dan menyekat udara dari disedut. Kalau ikut cakap doktor tu, macam bila kita sedut straw, kadang kadang straw tu mengecut kan. Haa.. macam tu lah keadaannya masa berdengkur.

Dengkur ni bukan saja mengganggu tidur. Malah ia juga menyebabkan gangguan fungsi jantung. Aku tak ingat exactly ayatnya macam mana, tapi doktor tu kata yang mereka yang mengalami masalah berdengkur ni jantungnya tak dapat mengepam darah dengan baik. Kalau kadar mengepam bagi manusia normal adalah sebanyak 55%, orang yang ada masalah dengkur ni cuma 8%. Oleh sebab tu, penghidap apnoea ni biasanya ada masalah stamina. Dan seterusnya menjadi lebih gemuk lagi bila tak aktif.

Kaedah yang dicadangkan oleh doktor tu untuk mengurangkan masalah dengkur ni adalah dengan menggunakan CPAP (Continuous positive airway pressure)

Makcik yang dalam rancangan tu, dia gunakan CPAP selama 6 bulan. Jantung normal, tiada lagi berdengkur dan berat badan berkurang. Apa yang aku faham adalah, apabila jantung dapat pam darah dengan baik. Seseorang jadi lebih bertenaga, so dalam masa yang sama bakar lebih banyak tenaga dan berat badan pun jadi kurang.

Aku tak sure la CPAP ni ada ke tidak kat Malaysia ni, tapi kalau nak mengurangkan masalah dengkur adalah dengan mengurangkan berat badan dan kurangkan merokok serta minuman keras bagi yang berkenaan.

Apa itu CPAP
Continuous positive airway pressure (CPAP)
Moderate to severe cases of sleep apnoea may need to be treated using a type of treatment called continuous positive airway pressure (CPAP). This involves using breathing apparatus to assist with your breathing while you are asleep.  CPAP is used at night when you are asleep. A mask is placed over your nose, which delivers a continuous supply of compressed air. The compressed air prevents the airway in your throat from closing.

Kalau masalah merembeskan air liur basi semasa tidur, disebabkan apa agaknya ye.

Daa

Isnin

Kajian tidur dan masalah mental

Assalamualaikum
Rumah aku memang takde Astro. So far kami memang hidup gembira walau pun takde Astro. Walau pun sesekali aku teringin jugak nak tengok channel National Geographic atau pun Discovery Channel sebab aku suka jugak bab bab yang cengkononnya kajian saintifik gitu. Hehehe.

Tidur dengan botol lotion
Tapi memandangkan aku rasa buat masa ni channel free yang ada pun aku tak terlayan, so aku redha je dengan channel free. Lagi pun aku rasa sakit hati je nak bayar mahal-mahal asyik kena tengok siaran ulangan dengan iklan yang sama banyak macam channel free.

Kalau ada masa aku suka tengok rancangan National Geographic kat TV1. Aku tak sure kalau diorang ada tema mingguan. Tapi dua episod yang aku TERtengok kali ni adalah kajian tentang sleeping behavior. Roughly ia adalah kajian tentang sleeping behavior seseorang dan kaitannya dengan kesihatan mental dan fizikal.

Bagi seorang dewasa, tidur yang mencukupi adalah selama 8 jam. Macam yang kita tahu tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan. Dalam episod yang ini, seorang lelaki ni ada masalah tidur. Diorang kaji tentang mental behavior dia. Di dapati lelaki ni mengalami masalah halusinasi yang hampir menyamai keadaan yang dihadapi oleh pesakit skizophrenia. Dan at times lelaki ni tak dapat membezakan antara realiti atau fantasi. Series of question tentang logic thinking diberikan dan mamat ni fail dengan teruk sekali.

Apabila kajian dengan mendalam dilakukan, saintis mendapati untuk berfikiran secara rasional dan logik, beberapa bahagian otak manusia akan berinteraksi antara satu sama lain sebelum keputusan dilakukan. Untuk kes mereka yang tak cukup tidur, otak tak mendapat rehat yang mencukupi, oleh itu, otak dengan sendirinya akan shutdown. Bukan semua bahagian. Bahagian tertentu. Ini mengganggu mental statement seseorang. Menyebabkan mereka tidak dapat membuat keputusan yang rasional dan kadang kala tidak dapat membezakan antara realiti atau pun mimpi. Semakin kurang tidur yang diperolehi. Semakin banyak bahagian otak yang akan terjejas.

Mungkin melalui kajian ni kita boleh conclude kan yang masalah kurang tidur ni mungkin sebenarnya antara punca kenapa masalah sosial dan jenayah makin berleluasa. Kadang-kadang something yang kita rasa macam tak normal. Kalau zaman kita kecik-kecik dulu. Pukul 10 mak ayah dah suruh tidur. Yelah. Pagi pukul 6 dah nak bangun dah. Zaman sekarang, anak-anak selagi tak pukul 12 takde nya nak tidur. Kalau dah remaja sikit tu. Kadang-kadang pukul 1 pun masih melepak kat kedai mamak.

Tak kata orang lain. Aku sendiri pun sekarang ni, tak pukul 12 memang payah nak tidur. Nak kemas itu ini kononnya. Hahaha. Alasan.  ctually ni baru part satu daripada episod tu. Ada sebahagian lagi berkaitan dengan kesihatan fizikal. Kalau ada masa insya allah aku share. Ada ke yang berminat nak baca. Hehehe..

Daa

Jumaat

Amah yang kaya..majikannya kayap

Assalamualaikum

Banyak orang buat entry dan post di FB tentang gaji minimum amah. Kebanyakannya tak puas hati dan tak kurang yang komen "kalau macam ni baik jadi amah" Hahahaha..

Aku tak nafikan yang RM700 tu tinggi bagi gaji minimum seorang amah kalau di Malaysia.

Hakikatnya...adakah kita rasa gaji tu tinggi sebab memang RM700 tu besar atau gaji tu tinggi sebab gaji orang Malaysia yang sikit?

Jujurnya aku rasa RM700 tu bukan besar mana pun.

Tapi rata-rata orang Malaysia memang tak berduit. So memanglah akan rasa RM700 tu tinggi.

Seriously, akak ipar aku belanja barang dapur saja, sekali shopping untuk supply kurang dari tiga minggu dah RM800. (Anak enam orang)

We are paying money to others to love our children, while we are making money. Kadang-kadang balik pukul 7-8 malam baru ambik anak dari pengasuh. Belum kira yang kena OT lagi. Betul ke kita sayang anak? Berapa jam kita spend masa dengan anak-anak sebenarnya? Kita sayang majikan ke sayang duit ke sayang anak?

Ekonomi kita semakin teruk, orang Melayu terutamanya. Sebab tu lori beras tergolek pun nak sapu jugak.

Eh ada yang dah hantar surat resign nak jadi amah dah ke? Hehehe..

Daa

Politik

Assalamualaikum

Actually aku bukan nak cerita kisah politik negara, tapi politik di tempat kerja.

Sejak azalinya aku mengamalkan dasar berkecuali dalam politik kat opis ni. Walau pun aku rasa aku kepochi je, tapi most of the time, bila waktu kerja aku duk diam diam buat kerja aku. Gossipping dan bickering ni tak termasuk dalam rutin harian. Walau pun jujurnya bukan lah aku duk diam buat kerja aku tu bukan bermaksud aku tak buat kerja lain seperti berblogging kan. Hehehe..

Cumanya..entah kenapa..aku memang malas nak melayan sangat kisah kisah politik dalam opis ni.

Once in a while, aku ber"tanya" khabar (gossip lah tu) pada team member.

Ingat tak aritu aku ada cakap yang kedudukan aku dan team aku dalam bahaya. Ramai yang kena berpindah team dan kena cari kerja lain. Buat masa ni, kedudukan aku masih boleh aku katakan selamat.

Yess.. Bos kecualikan aku sebab aku ada special ability. Kehkehkeh.. Kalau takde tu. Aku pun sama je macam orang lain. its not really a good new actually :P

Berkaitan dengan proses pemberhentian ni. Rupa rupanya macam macam dah berlaku di luar pengetahuan aku.

Dan aku tau without the special ability atau pun bila keadaan dah tak memerlukan special ability tu, aku pun akan mengalami nasib yang sama macam mereka.

Pastinya aku takkan menunggu sampai saat tu.

Kenapa eh..orang dalam corporate world ni memang tak boleh hidup aman harmoni. Kat mana mana pun sama. Masing masing lebih pandai berlakon mengalahkan diva.

Aku tak pasti aku layak ke tidak mempersoalkan benda ni sebab aku rasa buat masa sekarang aku tak terjejas dengan politik ofis ni. Tapi mana tau satu hari nanti.

Aku cuma harap sebelum hari tu sampai aku dah tak perlu mengadap semua ni. Hahaha..

Nota kaki : Masliani, ye. gambar dalam entry semalam tu memang aku. poyos je bergambar kan. Nasib baik shujin melayankan je perangai aku berposing kat setiap sudut. haha :P

Daa

Khamis

Luahan perasaan - Plagiarism

Assalamualaikum

Clarification dari aku. Semua entry aku adalah apa yang originally aku karang sendiri. Berdasarkan apa yang aku belajar dan baca. Unless state otherwise. Dan biasanya kalau ada yang aku just copy paste dari mana mana aku akan quote dari mana aku copy. So please please. Aku tak kisah kalau ada sesiapa yang nak copy paste entry aku kalau dia suka.

Bukanlah aku nak kata hebat sangat blog aku ni.

Tapi tersentap la jugak bila tengok orang copy paste entry aku bulat bulat takde cakap dia copy benda tu.

gaya kuciwa
Sedeh tau. Peluh peluh ketiak menulis, orang senang-senang je copy.

Sekian pesanan dari penaja.

Nota kaki : Aku tak marah, cuma tersentap je. Hehehe..

Tambahan : Aku dah directly mengkomen kat entry yang terlibat dan penulis blog tu pun dah mintak maaf atas ketelanjurannya. Menurutnya dia pun tak tau aku sendiri yang tulis entry tu sebab dia ingat aku kopipes dari sumber lain. Anyway. Aku tak marah pun dan aku appreciate sangat sebab penulis tu dah contact aku minta maaf. Perkara ni jadi pengajaran untuk diri aku jugak. Pada penulis. Maaf sebab aku publish entry ni sebelum aku terima email dari dia. Dan aku takde niat nak malukan sesiapa. Buktinya aku takkan bagitau siapa yang kopipes entry tu dan entry yang mana satu. So the bottom line is. Incident ni adalah pengajaran untuk semua termasuk diri aku.

Daa

Rabu

Cara mengira keperluan kalori harian

Assalamualaikum

Menjawab pertanyaan Bujal tentang kaedah mengira keperluan kalori harian seseorang. Actually aku tak boleh nak reply komen, sebab entah kenapa aku tak boleh bukak blog sendiri. Hampeh tak hampeh.

Ok. Ada beberapa kaedah nak mengiranya.

Kaedah paling senang ; Berat dalam kg x activity level (30:Tak bersenam, duk depan PC manjang, tak buat apa ; 32:Senam sikit sikit, aktif sikit dari biasa ; 34:Active gila, marathon, masuk gym 5-6 kali seminggu)

Tapi kaedah ni sebenarnya tak berapa nak accurate.

Kaedah yang lebih accurate
(1) Kira BMR (Basal metabolic rate), basal tu lebih kurang macam basic la maksudnya. Maksudnya berapa banyak kalori yang kita gunakan untuk aktiviti basic (bernafas dalam lumpur, pam darah, hadam makanan dan sebagainya)


Untuk perempuan = 655+(9.6xberat dalam kg)+(1.8xtinggi dalam cm)-(4.7xumur)
Untuk lelaki    = 66+(13.7xberat dalam kg)+(5xtinggi dalam cm)-(6.8xumur)


(2) Kira jumlah tenaga yang digunakan dalam sehari (TDEE) = BMRxactivity level
Activity level tu skala satu hingga lima, satu paling tak aktif, lima paling aktif.
1(tak aktif, duk ngadap pc, tak bersenam) =1.2
2(senaman ringan 2-3 kali seminggu) =1.375
3(aktif lebih sikit) =1.55
4(bersenam sederhana 4-5 kali seminggu) =1.725
5(senaman berat sehingga 6 kali seminggu, marathon, angkat berat etc) =1.9


Contohnya Aminah seorang perempuan umur 25tahun, berat 50kg, tinggi 155cm, aktiviti tak berapa aktif 2=1.375

BMR = 655+(9.6x50)+(1.8x155)-(4.7x25) = 1296.5kalori
TDEE = 1296.5x1.375 = 1782.69kalori


So maksudnya Aminah ni perlu makan sebanyak 1782.69kalori dalam sehari.

Untuk mengurangkan berat badan sebanyak 1pound dalam seminggu, seseorang perlu kurangkan sebanyak 500kalori dalam sehari.

Aminah boleh kurangkan dengan cara hanya makan 1732.69kalori dalam sehari. Atau pun, makan 1782.69kalori dan bakar 500kalori dengan cara senaman. Atau, 250kalori kurangkan makan, 250kalori lagi bakar dengan senaman. Terpulang, tapi kaedah terbaik adalah dengan menggabungkan senaman dan juga makan secara sihat.


Kalau nak kurangkan berat 1kg, perlu kurangkan sebanyak 1000kalori setiap hari. Tapi maksimum pengurangan adalah sebanyak 1200kalori sehari.

Ingat, kalori bukan datang dari karbohidrat semata-mata. Ia juga datang dari protein dan juga lemak.
1gram karbohidrat = 4kalori
1gram protein = 4kalori
1gram lemak = 9kalori


Karbohidrat biasanya adalah sebanyak 50% daripada jumlah keperluan kalori.
Protein pulak dikira dengan beratx0.8 (0.8 kalau tak aktif, untuk perempuan mengandung menyusukan anak pilih 1, kalau yang aktif sangat darabkan dengan 1.8) Ada jugak experts yang recommend protein adalah sebanyak 15%-30% daripada jumlah keperluan kalori harian
Lemak pulak adalah antara 20%-35% daripada jumlah kalori harian. Tapi hanya kurang dari 10% dibenarkan untuk lemak dari kumpulan saturated fat.


So kalau bagi contoh Aminah ni (50% karbohidrat, 20% protein, 30% lemak)
Karbohidrat = 22.8gram
Protein = 89.1gram
Lemak = 59.4gram (kurang dari 19.8gram dari lemak tepu)


Dari pengiraan ni boleh la kira untuk sekali makan, nak dapatkan banyak mana kalori. Berapa karbohidrat, protein dan lemak. At  best, makan 6 kali sehari, 3 kali makan berat dan 3 kali snack. Kalau serius nak turunkan berat badan, sediakan satu diari makanan harian. Kalau terlebih kalori dalam hari tu kenalah lebihkan workout untuk bayar balik hutang kan.

Kita boleh dapatkan 450kalori cuma dengan makan satu serving french fries kat burger king, tapi beware of the total saturated fat yang terkandung dalam tu. Yang aku check dia tak mention saturated fat dalam tu, tapi dia mention total fat adalah sebanyak 21gram. Itu baru french fries, belum burgernya. Belum airnya. Pegi burger king rugi lah kalau tak order float kan. Hehehe.. Satu set fast food biasanya senang-senang boleh capai 700k~1000kalori..

Kalau nak sihat, choose your food wisely. Always opt to makanan yang kurang lemak dan kaya dengan serat.

Nota kaki : Rasa macam blog diet pulak blog aku ni kan. Hehehehe..

Daa

Weight Management Tips : Memahami karbohidrat - siri dua

Baca Memahami karbohidrat - siri satu

Assalamualaikum

Kalau sebelum ni aku dah terangkan tentang glysemic index makanan, kali ni aku akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan bad carbs. Keperluan karbohidrat bagi setiap individu berbeza mengikut umur, tinggi, jenis aktiviti dan juga size frame badan. Bagaimana pun, paling optimum adalah antara 50-55% dari jumlah keperluan kalori sehari sepatutnya datang dari karbohidrat.

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai keperluan kalori sebanyak 2000kalori memerlukan 250g hingga 275g karbohidrat dalam sehari. Menurut diet rendah karbohidrat, seseorang boleh menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat sampai ke tahap 20g sehari bagi tempoh induksi. Jumlah pengambilan karbohidrat kemudiannya ditambah sedikit demi sedikit apabila telah mencapai berat ideal.

So bayangkan berapa banyak lemak yang dimakan untuk mencukupkan keperluan kalori seseorang. Dan yang paling menarik tentang atkins diet adalah, boleh makan seberapa banyak daging tapi kurangkan makan buah.

Ini adalah punca kenapa ramai yang rasa macam nak pengsan ketika melakukan diet rendah karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber tenaga utama manusia. Menurut teori atkins, ketika tempoh induksi dengan pengambilan karbohidrat yang sedikit, lemak dari tubuh akan dibakar bagi menghasilkan tenaga. Dan seterusnya penurunan berat badan yang lebih cepat akan berlaku. Bagaimana pun menurut pakar, penurunan berat badan pada minggu minggu pertama diet ini adalah kerana kesan diuretic. Malah, sehingga kini masih belum ada jawapan pasti sama ada pengurangan berat badan melalui diet rendah karbohidrat adalah disebabkan oleh pengurangan karbohidrat atau pun pengurangan pengambilan kalori.

Oleh itu aku selalu percaya bahawa menggunakan kaedah low calorie, low carb, low fat diet adalah kaedah diet yang kurang sihat. Kaedah diet yang sihat sepatutnya adalah dengan memilih makanan yang berkualiti. Sebagai contoh, instead of snacking dengan biskut atau kek, makan salad atau buah buahan. Biskut dan kek adalah contoh bad carbs. Manakala buah dan sayur sayuran adalah contoh karbohidrat yang baik. Dan instead of makan nasi putih, makan nasi beras perang adalah lebih sihat sebab ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi. Malah ada juga vitamin B yang sangat penting untuk menjadi pemangkin dalam membolehkan glukos ditukarkan menjadi tenaga. Nasi putih pula, akibat dari refine proses yang dilaluinya telah kehilangan fiber dan kebanyakan vitamin dan mineral penting.

Bad carbs adalah karbohidrat yang biasanya mengandungi kadar lemak dan trans lemak (trans fat) yang tinggi tetapi mengandungi fiber, vitamin dan mineral yang rendah.

Biasanya adalah refine food seperti gula, nasi putih dan tepung putih. Ianya lebih mudah dihadamkan dan menyebabkan hormon insulin dirembeskan dengan banyak dalam masa yang singkat. Apabila keadaan ini berlaku, lama kelamaan, otak akan mula menghantar signal yang kita dah ada cukup tenaga dan tak perlukan insulin dah. Iaitu keadaan dimana sel menghalang insulin dari membawa glukos masuk. Keadaan ini dipanggil insulin resistance. Bila insulin resistance berlaku sel tak nak terima insulin, tapi glukos masih ada dalam darah. Glukos yang tidak dapat dibawa ke sel untuk menjadi tenaga ini akan disimpan sebagai lemak. Keadaan ini sekiranya tidak diperbetulkan akan menyebabkan penyakit diabetes di mana terdapat glukos berlebihan dalam darah.

Keadaan ini boleh dielakkan dengan makan makanan yang mempunyai kadar GI rendah seperti nasi beras perang. Actually aku pernah cuba jugak makan beras perang. Unexpectedly takdelah teruk sangat rasanya. Aku ok je. Dan harganya pun tak jugak mahal. RM19++ untuk lima kilo. Tapi beras ni memang cepat rosak berbanding beras putih. So nak menyimpannya tu tricky lah sikit. Tapi shujin berjaya menurunkan berat badan beberapa kilo sejak makan beras perang. Of course dengan aktiviti senaman dalam 3-4 kali seminggu. Tapi bukan pegi jogging ke apa pun. Just buat 4-5 set workout dalam rumah. Hehehe.

Kalau macam Bujal yang rasa nasi beras perang tak sedap mungkin boleh campurkan nasi putih dengan nasi beras perang. Atau pun kalau rasa costly nak buat macam tu boleh buat portion nasi 50%, sayur 25%, protein 25% dalam pinggan. Makan buah sebelum makan. Lepas tu kurangkan makan kuih muih, kek dan biskut. Kalau nak makan  jugak make sure biskut tu tambah dengan banyak fiber. Hehehe.. Biasa lah kan. Makanan yang sihat biasanya kurang sedap. Tapi ada cara nak buatkan supaya ianya nampak sedap. Dan sesekali tak salah kalau nak makan makanan yang sedap dan kurang sihat.

Untuk anak anak kecil pulak, biasakan bagi diorang snack dengan salad dari kecil. Contoh bagi makan baby carrot ke. Biasakan makan buah buahan berbanding makan junk food.

Dan yang paling penting, kurangkan gula dalam masakan dan tambahkan manis dalam senyuman. Hehehe..

Healthy weight loss adalah tidak lebih dari 1kilo dalam masa seminggu. Kalau turun berat cepat sangat, most probably seseorang tu hilang air dan muscle berbanding hilang lemak. Biasanya kalau orang yang turun berat dengan cepat, bila naik pun akan cepat jugak berbanding mereka yang turun berat secara perlahan lahan.

Nota kaki : kalau nak makan gaya sihat untuk kesihatan pun rasa susah itu ini, tak payah la sembang nak kurus nak kurus...nak kurus macam mana kalau nak suruh makan sihat pun tak nak. uzai to omoimasu. hehehe...

Daa

Selasa

Weight Management Tips : Memahami karbohidrat - siri satu

Assalamualaikum

Hehehe...Awal awal dah bagi tajuk memahami karbohidrat siri satu. Maksudnya topik ni agak panjanglah ye. Actually kalau kita faham betul betul tentang karbohidrat, tak perlu berdiet kekdah diet atkins atau pun diet on low carb sampai rasa macam nak mati. It is true that doctors dan experts dieticien masih tak pasti apakah kesan buruk mengamalkan diet atkins pada jangka masa panjang. Bagaimana pun kita kena tahu yang karbohidrat adalah sumber tenaga utama manusia. Ini yang orang panggil sunnatullah. So aku rasa lebih baiklah jangan melawan sunnatullah. Rasulullah dulu pun makan roti gandum kan.

Sebenarnya pasal karbohidrat ni sangat sangat susah nak difahami. Apa yang aku cuba terangkan kat sini cuma pengetahuan asas saja.  Tapi penting untuk kita tahu sebab dengan memahami karbohidrat ni kita dapat mendapatkan kesihatan yang lebih optimum, mengurangkan berat badan dan mengelakkan dari mendapat macam-macam penyakit terutamanya penyakit kencing manis. Kalau berminat nak belajar lebih lanjut lagi banyakkanlah membaca.

Secara asasnya karbohidrat terbahagi kepada dua. Iaitu complex carb (karbohidrat kompleks) dan juga simple carb (karbohidrat ringkas) Pengkategorian (hahaha..ada ke istilah ni..bedal je lah ok) ini adalah berdasarkan kepada kadar penguraian karbohidrat itu sendiri. Ianya diukur berdasarkan Glysemic Index (GI) makanan tersebut. Ia diukur pada skala 0 hingga 100. Lebih tinggi GI makanan tersebut lebih cepat ianya diserap ke dalam darah. Bagi makanan yang mempunyai GI yang rendah, ianya lebih lambat dihadamkan dan diserap ke dalam tubuh.

Contoh makanan yang tinggi GI : Nasi putih, roti putih, kentang, kuih muih dan kek
Contoh makanan yang rendah GI : Nasi beras perang, roti wholemeal, buah-buahan

Mungkin ada yang rasa, baguslah kalau cepat diserap. Lebih cepat dapat tenaga. Masalahnya adalah tak jugak. Sebab lebih cepat makanan tersebut menjadi glukos dan lebih cepat ianya diserap oleh tubuh, lebih cepat kita kehilangan glukos. Sentiasa ingat yang tubuh manusia tak sukakan kejutan.

Even kalau tak pernah pernah bersenam tiba-tiba nak lari 2-3 kilometer pun badan jadi sakit kan. Mungkin ada orang kata, no pain no gain. Tapi sebenarnya sakit tu adalah disebabkan oleh damage yang diterima oleh otot. So, kalau tak pernah bersenam tu nak mula senam mula sikit-sikit.

Oh melalut pulak.
Ini adalah graf perbezaan kadar glukos dalam darah apabila kita makan simple carb dan juga complex carb. Apakah yang akan berlaku bila glukos dalam darah berkurang.

Jawapannya adalah, kita akan rasa lapar. Jadi, Lebih cepat glukos diserap menjadi tenaga, lebih cepat rasa lapar. Jadi kita akan makan lagi dan lagi dan lagi. Bila kita makan makanan yang skala Glysemic index nya rendah, kita akan rasa kenyang lebih lama.

Bagi yang nak mendalami lebih lanjut tentang Glysemic index dan tengok senarai makanan yang mempunya kadar GI yang rendah boleh tengok kat Glysemic Index

Bagi yang masih percaya bahawa atkins diet berkesan boleh baca kat food for thought

Untuk siri dua, aku akan terangkan tentang karbohidrat jahat yang menyebabkan kegemukan dan menjadi punca diabetes.

Daa

Isnin

Resepi serunding ayam : konpem menjadi

Assalamualaikum

Semalam buat projek membuat serunding ayam. Asalnya akak aku nak bawak balik beras ketupat yang kecik kecik tu. Since dia makan tak banyak, dia bagi kat aku separuh. So, shujin pun cakap "kalau makan dengan serunding sedap ni" Sedap la bukan dia yang berpeluh ketiak kan.. Hehehe..

Aku pun gigih mencari resepi serunding ayam. Resepi asalnya dari kak erra Myresepi. Aku ubahsuai dari segi kandungannya je. Bahan-bahan masih sama.

Bahan-bahan
  • 1 kilo isi ayam (beli kat ayamas) atau seekor ayam(ambil isi shj)  - Aku beli ayam kat carrefour lebih kurang 1.3kg seekor.
  • 1 kilo santan - Aku gunakan santan dari 2 biji kelapa
  • 3 genggam jintan kasar
  • 3 genggam ketumbar
  • 0.5 kilo bwg besar
  • 10 ulas bwg putih
  • 2 senduk gula, garam secukup rasa - Aku tambah 3-4 sudu je. Kurangkan gula dalam masakan, tambahkan gula dalam senyuman.kehkehkeh..
  • 5 senduk cili kisar -kalau suka pedas sila tambah sendiri - Aku letak kurang dari sesenduk, takut pedas anak-anak nak makan
  • 2cm halia
  • 1 paket kerisik( harga rm2.00). kak erra selalu buat sendiri pakai sebelah kelapa - Aku pakai sebiji kelapa
  • Minyak untuk menumis
  • Secawan air asam jawa, kalau tak asam keping pun boleh - Aku guna segenggam asam jawa bancuh dengan semangkuk kecik air.

Cara-cara

  1. Rebus isi ayam sampai empuk dan boleh disiat-siat halus(makan masa juga ni) - Aku high pressure 7 minit. Ayam jadi sangat lembut dan senang nak disiat.
  2. Isi ayam yg telah disiat ditoskan
  3. Blendkan bwg merah, bwg putih dan halia - ready utk tumis.
  4. Jintan dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak) seterusnya diblend kasar-kasar sedikit, hancur sangat tak sedap. Tapi aku buat terhancur jugak sikit sebab anak-anak seronok main blender. Hehe
  5. Tumiskan bwg tadi bersama cili kisar, biar garing sebentar
  6. Masuk pula jintan dan ketumbar yg telah diblend
  7. Masukkan santan
  8. Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, masukkan garam, gula, dan kerisik
  9. Last masukkan air asam
  10. Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3 jam. Sampai garing baru angkat. Boleh makan dengan nasi atau roti juga. Hari Raya makanlah dgn ketupat. (resepi asal kata 3 jam..aku masak dalam periuk multifunction pressure cooker mode stir fry, siap dalam 2 jam saja)
Aku mengacau depan tv sambil tengok drama jepun. Itu pun lenguh bukan main. Shujin tolong jugak sudahnya, kesian gamaknya tengok isteri dia peluh peluh mengacau. Siap melecur terpercik santan lagi. nasib baik cepat sapu lotion, kalau tak berparut tangan. Malam tu mintak shujin urut bahu dan tampal salonpas. Hahaha.. Gambar tak sempat nak upload lagi. Kendian lah ye.

Oh..Daripada sekilo lebih ayam dengan tulang tu, dapat lebih kurang 500gram ke 750gram serundingnya. Aku tak sure sebab baru keluar periuk dah kena serbu. Sabo je lah. Hari ni bawak bekal nasi impit dengan serunding ayam. Kalau ada kuah kacang lagi sodap ni kan. Hehehe..

Nota kaki : Bila buat sendiri ni takde la sayang sangat nak makan. Kalau beli terasa macam mahal kemain. Haihh..

Daa

Majalah 3 yang mengecewakan

Assalamualaikum

Tengok iklan pasal majalah tiga nak buat liputan tentang kisah selepas tsunami di Jepun, membuatkan aku tertunggu tunggu kat depan tv. Malang seribu kali malang. Aku rasa aku terpaksa cakap aku kecewa dengan overall liputan tu. Yelah. Aku memang takde apa apa kelayakan dalam bidang penyiaran. Tapi aku strongly merasakan bahawa one of the responsibilities wartawan ni adalah menyampaikan maklumat di samping memberikan satu liputan yang boleh memberikan pengajaran untuk orang yang menonton.

Tapi untuk liputan majalah tiga dalam kes bencana tsunami kat Jepun ni lebih kepada fokus kepada certain invidu punya misery ketika kejadian dan macam mana dia meneruskan kehidupan. Aku rasa liputan tu akan lebih menarik lagi kalau diorang fokus kepada apa progress pembangunan di kawasan kejadian selepas 11 bulan kejadian tsunami melanda. Dan bagaimana seluruh rakyat jepun menghadapi krisis yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Sebab, pada aku alangkah ruginya kalau tak tunjukkan semua tu memandangkan betapa impressive nya mereka membangunkan semula kawasan yang teruk dilanda gempa bumi. Ada sorang kenalan aku, orang kat Jepun cerita betapa cepatnya tindakan diorang. Jalan yang rosak sebab gempa bumi dapat disiapkan dalam masa satu malam je. Walau pun yoshin (after quakepunya gegaran) masih terasa. Rumah untuk mangsa yang terlibat pun disiapkan dalam masa yang singkat.

Kita perlu belajar semua tu. Sebab dari situ kita akan tahu macam mana Jepun boleh dapat capai tahap negara maju dalam masa kurang dari 50 tahun selepas kalah dalam perang dunia kedua. Kalau setakat nak cerita pasal misery orang. Setiap bencana menyebabkan misery. Tapi mengembalikan sebuah bandar yang musnah dan dipenuhi berjuta tan sampah jadi rupa bentuk yang boleh didiami manusia bukan semua orang mampu lakukan. Itu yang kita nak kena belajar.

Gambar cilok dari fuhsantai.dom. Gambar kanan tu 3 bulan selepas kejadian tsunami. Gila kan.
Search je gambar kat internet..Banyak lagi contoh yang lain. Kagum gila aku. Attitude yang sangat sukar untuk kita ikuti kan.

Nota kaki : Entry ni halfway aku buat kat rumah. Tapi entah kenapa tak boleh nak masuk gambar pulak. Terpaksa edit balik kat opis.

Selamat menyambut hari Isnin.

Daa

Jumaat

Kewajipan

Assalamualaikum

Wahhh..gembiralah kakitangan awam ye. Dengar cerita beloved PM dah announce increment sampai 13%. Banyak tu. Increment aku pun biasanya tak sampai 5%. Rezeki kakitangan awam. Orang lama macam mak aku dengan makcik makcik aku mula lah berkempen ajak anak-anak muda belia macam aku ni kerja dengan kerajaan. Hehehe.. Entah. Aku memang tak nampak kebaikannya pada diri aku. Aku selesa dengan kerja aku sekarang. Lagi pun bukan aku nak kerja sampai umur 50-60 tahun. Lain lah kalau aku err..kebuluran dengan duit pencen. Maaf. Jangan ada yang terasa hati. Pendapat aku jehh..

Aritu beli barang dapat bekas thermo ni dua set. Sebiji bagi kat mak mertua. Satu set lagi shujin baru pegi ambik tadi sebab last time kehabisan stok. Bagus betul guna untuk simpan lauk. Tahan panas kurang kurang pun 5 jam.
 err..Tapi dengar cerita SBPA yang ketipak ketipung dari awal tahun aritu kensel pulak. Berapa juta agaknya terbazir bila perkara macam tu kensel eh. Mungkin bagi kakitangan kerajaan yang tak setuju dengan perlaksanaan SBPA tu tarik napas legaa. Tapi hakikatnya, aku rasa bila ada cadangan nak buat apa-apa mestilah ada ongkos kan. Hmm..semua tu cuma mereka dan keluarga mereka yang tahu. Apa pun pengajarannya adalah, kalau nak buat something tu biarlah buat kajian habis habisan. Tapi jangan pulak dok perabis duit mengkaji manjang. Bila berlaku perkara macam ni. Siapa yang rugi. Rakyat jugak yang rugi. Duit tu kan duit rakyat.

Terutamanya yang dok bayar cukai..macam aku..huwaaa

Aaaa..

Dah buat tax filing? Jangan last minute baru kelam kabut. Aku baru je buat e-filing. Sebab bos aku baru bagi borang BE tu tadi. Alhamdulillah. Tahun ni pun dapat tax return. Tunggu je lah cheque dari LHDN nanti.

Kepada yang kena buat filing tu belajar belajarlah buat. Mana tau satu hari nanti nak dapat tax return pulak kan. Walau macam mana pun pentadbiran negara, cukai tu tanggungjawab kita. Selesaikanlah kalau boleh. Selebihnya kita doakan duit tu digunakan dengan sebaiknya.

Jangan pulak lari dari bayar cukai. Hehehe..

Daa

Khamis

Lama

Assalamualaikum

Sekian lama aku mengabaikan blog ni. Nak kata aku sibuk, aku rasa semua orang sedia maklum kerja aku bukan jenis yang sibuk 24jam. Dulu pun aku sibuk, tapi still ada masa nak menulis. Cuma aku sebenarnya dari dulu lagi lebih minat nak membaca dari menulis. So aku banyak meluangkan masa membaca dari menulis. Tak kira apa bahan sekali pun. Aku memang suka nak baca. Bila dah start membaca mula la teralit. So aku pun jadi malas nak menulis. Sebab bila aku baca tulisan orang lain, aku mula lah terasa aku ni memang takde bakat nak menulis bagai. Hahaha..

Apa pun hari ni aku memecah tradisi semula, aku cuba merajinkan diri menulis semula kat blog. Mungkin dah tak seaktif dulu, tapi aku cuba sedaya upaya okeh. Apa pun, dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari wanita antarabangsa kepada semua wanita. Terutamanya pada wanita wanita yang dah bergelar ibu. Korang memang ohsem.

Take care.

Nota kaki : Kalau malas sangat, bila hari rajin tu aku buat entry banyak2 buat schedule entry..hahaha..tak feeling gila kan.. :P

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com