Selasa

Money buys happiness

Assalamualaikum

Walau pun ramai orang cakap duit tak boleh beli kebahagiaan, tapi research mengatakan sebaliknya.

Money buys happiness - but only if you spend it on someone else

So, dari sekarang..kalau rasa kurang gembira sila belanja kawan-kawan. Nak belanja aku pun sangat dialu alukan. Hehehe..

Notakaki : It is difficult to change the world, it is easier to change your way to look at it.

Daa

Isnin

Doctors are arrogant

Assalamualaikum

Salam isnin. Aku EL sebenarnya hari ni. Keletihan join seminar semalam. Ramai doktor yang join. Antara yang aku jumpa adalah PAED Subang Medical Center Dr Ali Azman, pakar jantung no satu Malaysia Datuk Dr Hamzah dan isterinya pakar kulit Datin Dr Haslinda, dan jugak pakar neurology dari UM Dr Abdul Aziz Ksechil. Masing masing tak kedekut berkongsi ilmu.

Tajuk entry tu pun actually bukan aku yang cakap. Tu apa yang datin dr haslinda tu bagitau. Dia menceritakan yang doktor kebanyakannya skeptikal tentang perubatan alternatif dengan nutrition atau supplement tu. Kebanyakannya lebih percayakan pada drugs. Sebenarnya tak terkejut jugak sebab doktor belajar tentang penyakit dan ubat bukan belajar pasal nutrition. Dan keskeptikalannya hilang bila dia sendiri sembuh dari night blindness bukan menggunakan drugs, tapi dengan pengambilan supplement tambahan.

Banyaklah topik  menarik yang dapat aku dengar dalam seminar dua hari tu. Sempat aku rembat sebuah buku.

Selasa

Mangsa putus kepala

Bukan mak bapak aniaya..dia buat sendiri hokay!

Isnin

Kes Rotavirus di Perak

Assalamualaikum

Salam Isnin. Sorry. Aku rasa lately aku sangat sangat kurang berposting kat blog atau berjalan jalan ke rumah kawan-kawan. Aku tengah gigih menyiapkan slide untuk presentation seminar hujung minggu ni. Biasanya aku join seminar aku tengok orang bercakap. Kali ni aku pulak kena bercakap. Tapi takde lah seminar besar besaran. Mini minian je. Hehehe. Aku pilih tajuk "Aging is not a disease".  Ianya berkaitan dengan proses penuaan dan penyakit yang related dengannya. Antara yang interesting adalah bagaimana usia badan seseorang itu menjadi lebih tua dari usia sebenarnya. Aku harap aku sempat siapkan by hujung minggu ni.

Terkejut aku baca pasal kisah rotavirus. Walau pun mungkin ramai yang kurang aware yang rotavirus ni ada vaksin khas untuk prevent dari terkena jangkitan. Mungkin aku boleh assume yang 2 bayi yang meninggal dunia tu tak mendapat suntikan virus dan dua ribu lebih warga yang dijangkiti tu tak dapat lagi vaksin tu. Apa yang penting. Aku bukan nak kata vaksin is useless dalam keadaan macam ni. Walau pun aku memang rasa useless. Hehe. Dapat suntikan vaksin bukan bermaksud selamat. So amalkanlah basuh tangan dengan sabun tiap kali nak handle makanan dan bayi terutamanya. Keluar dari toilet jangan lupa cuci tangan dengan sabun. Bukan sikit aku tengok mereka yang keluar dari toilet menonong je tak cuci tangan dulu. Haishh..

Aku tak pasti punca utamanya. Tapi ada desas desus mengatakan bahawa ianya berpunca dari air yang disalurkan tak bersih. Aku tak pasti. Tapi aku nak tekankan. Inilah pentingnya penapis air yang bagus. Bukan semua penapis air boleh tapis bakteria bawaan air ok. Termasuklah penapis air RO. Rujuk pada penjual penapis air tu untuk dokumen tentang apa yang penapis air tu boleh tapis dan apa yang tidak. Penapis air yang boleh tapis bakteria biasanya dapat sijil dari NSF untuk standard 055. Kalau tak ada, kalau boleh masaklah dulu air yang dah ditapis tu.

Rotavirus kalau kena kat orang dewasa tak membahayakan nyawa, tapi sangat sangat bahaya kalau kena kat budak. Jangan ingat kalau dapat suntikan vaksin rotavirus akan selamat. Tapi aku yakin. Lepas ni mesti vaksin rotavirus laku macam pisang goreng. Hehehe..Satu jab dah RM100++.. Kesian orang semekin yang tak mampu..

Nota kaki : Baru baru ni ada dengar diorang tengah develop vaksin denggi. Makin kotor la gamaknya sebab orang dah tak kisah kalau ada nyamuk aedes pun. Masing masing dapatkan vaksin je. Hehehehe.

Daa

Rabu

Karipap, kek coklat dan pecal terung

Assalamualaikum

Dalam pada tak rajin nak memasak masa cuti aritu aku tunaikan jugak permintaan perut yang dah lama teringin nak makan karipap rapuh resepi dari Kak Azlita Masam Manis. Kulitnya aku guna resepi Kak Ita. Isi kandungannya aku guna bahan apa yang ada kat dapur rumah. Cuma aku ejas sikit tambah sesudu cili giling. Pedas sikit. Tapi suami dengan anak-anak kata sedappp.. Alhamdulillah. Kulit karipap pulak memang terbaik. First time aku buat kulit karipap tu menjadi. Hehehe. Biasanya jadi liat.

Kek coklat tu semalam aku buat. Bangun pagi meroyan nak makan coklat. Anak-anak tak bangun lagi senang aku nak menggodak. Tapi rasa macam terlebih coklat. Apa pun Damia makan tak renti renti. So sedap la kot naaa..

Pecal terung adalah resepi masakan jawa peberet abang aku. Shujin tak layan sangat makanan jawa ni. Tapi nampak gayanya kali ni tertumpas jugak dia. Kekdah buatnya mudah je. Terung dibakar sampai agak agak masak. Buang kulitnya. Untuk kuah. Perahkan santan. Tumbuk bawang besar (bawang merah lagi sedap), ikan bilis dengan cili. Siram atas isi terung. Aku buat kuahnya banyak. Jadi macam terung masak lemak.

Maaf. Takde gambar. Laju sangat mengunyah. Hehehe.

Kurimu korokke..bestest in the world..haha..shujin belanja..

Cuti kali ni aku duduk rumah. Toilet train Aqil. Sekali dua kali terbabas. Aku ugut nak cubet paha dia kalau dia terbabas lagi. Tak cubet pun lagi. Melalak macam kena belasah. Sabo je la jadi mak. Lepas tu tak terbabas dah. Cuma nak tercirit sikit dalam seluar. Sempat masuk bilik air. Lepas tu dia dah tak terbabas dah. Masalahnya. Dia aku rasa dia tak kencing langsung sepanjang hari. Bila malam pakai diapers baru kencing. Merisaukan. Hari ni aku kerja. So stop dulu. Tak sampai hati nak nyusahkan mak mertua aku kalau dia terbocor nanti. Kesian orang tua tu.

Nota kaki : Aku rasa aku jadi dracula sepanjang cuti. Langsir tutup je. Kena cahaya matahari pun sakit mata. Hehehe. Gedikkss..

Oh ya! Meh la LIKE Ourkizuna di FB. Mekaseh..

Daa

Khamis

Weight Management Tips : Makan nasi tak boleh kurus

Assalamualaikum
Aku rasa aku selalu jugak dengar orang kata kalau nak kurus jangan makan nasi. Kebanyakannya dari golongan pendiet yang mengamalkan diet atkins. Malangnya aku rasa statement ni sangat sangat jauh dari fakta sebenar.

Nasi adalah sumber tenaga utama bagi orang asia. Semua orang maklum dan jelas bahawa nasi adalah sumber karbohidrat yang utama. Dan kat sekolah kita semua belajar yang karbohidrat adalah sejenis makro nutrient. Maksudnya wajib nak kena makan hari hari.

Untuk seseorang yang beratnya 50kg dan aktivitinya sederhana. Kadar kalori yang diperlukan dalam sehari adalah 1500kalori. Bermaksud, jumlah makronutrient yang diambil dalam sehari sepatutnya membekalkan sebanyak 1500kalori. Makronutrient adalah terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak. 1gram karbohidrat dan protein menghasilkan 4kalori manakala 1gram lemak bersamaan dengan 8kalori.

Aku rasa beberapa kali dah aku mention yang aku memang ratu nasi. Aku memang tak boleh takde nasi. Dan frankly cakap aku makan nasi lebih dari manusia normal. Tapi aku langsung tak boleh nak gain weight. So macam mana orang boleh kata makan nasi tak boleh kurus sedangkan aku yang makan nasi jugak tak boleh nak gemuk?

Kalau nak hidup sihat. Kita kena makan ikut kalori yang diperlukan oleh badan kita. Sebab memang banyak tu yang badan kita perlukan. Tapi, kalau nak kurus. Kena lebihkan aktiviti untuk bakar lemak. Please jangan seksa perut dengan tahan makan. Buat apa kurus kalau tak sihat. betul tak?

Bersenam ada banyak cara. Cara paling mudah yang setakat ni orang Malaysia masih ramai tak mampu buat adalah berjalan. Berjalan adalah kaedah nak bakar kalori yang paling mudah.

Tak payah beria ria register diri masuk fitness center. Bersenam kat taman lebih sihat sebab dapat vitamin D dari matahari yang sangat crucial dalam proses menurunkan berat badan.

Setiap orang kena berjalan 10ribu langkah sehari untuk kesihatan. Cuba kekdah ni.
(1) Kalau drive, park kereta jauh-jauh atau pun pusing guna jalan jauh
(2) Sembunyikan remote TV supaya rajin pergi kat TV untuk tukar channel. Jangan jadi macam aku, tukar channel dengan kaki. Aku takpe. Aku kurus..Hahaha..
(3) Rajin rajin bawak anak-anak jalan kat taman
(4) Rajin-rajin kemas rumah
(5) Kalau setakat rumah kat tingkat 5 tak payah guna lif, gunakan tangga.


Good luck!


Daa

Rabu

Simpanan untuk anak

Assalamualaikum

Soalan...Bagus ke buat simpanan kat SSPN? Apa yang bagus sangat simpan kat situ? Berapa pulangan dia bagi setahun?

Dari aku yang keliru

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com