Jumaat

Gaya supermodel

Budak perempuan memang semulajadi suka bergaya ek?
Salam Jumaat. Esok Sabtu.

Daa

Khamis

Mulut luas + mata sepet = comel

Assalamualaikum

Satu lagi projek sempena cuti raya cina adalah buat cup cake. Aritu shujin yang buat lemon cup cake. Tapi lemon dah abis, so kali ni aku buat vanilla cup cake je. Resepinya aku alter dan kurangkan gula sebab manis sangat.

Anak-anak macam biasa. Aktiviti paling diorang teruja adalah nak mix bahan-bahan. Sibuk nak tolong pegang mixer. Sampai aku pun kena marah dengan shujin sebab dia risau anak cucuh jari kat batang mixer yang berpusing tu. Lepas habis mix semua bahan, sibuk diorang nak batang mixer tu sorang satu. Jilat tepung. Macam ni lah rupa masing-masing.

gaya pandai sendiri..pantang nampak kamera

gaya ibu ajar :P

dapat sorang satu batang mixer
Resepi vanilla cup cake aku ambik dari buku bread and baking. Alter dari resepi asal lemon cake. Tapi resepinya aku lupa. Gambarnya pun tak ada. So lain kali je lah aku tepek resepi. Hehehe..

Sila abaikan baju lain seluar lain tu ya. Maklumlah ibu pemalas. :P

Daa

Rabu

Resepi Mee Bandung sedap

Assalamualaikum

Hari ni aku dah start kerja. Memandangkan kat team aku cuma aku sorang je melayu dan 2 lagi indian, yang lain semua chinese. Tinggal kami bertiga je kat opis. Best gila. Senyap sunyi je. Nak tidur pun takpe. Hahaha..

Chinese New Year aku takde pergi mana-mana. Cuma shujin request nak makan mee bandung sedap air tangan isteri dia. Setelah sekian lama mengidam, aku tunaikan lah jugak walau pun mood nak memasak agak suam-suam kuku. Hehehe.

Resepi Mee Bandung sedap air tangan isteri

Bahan-bahan
Bahan-bahannya
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 biji ------- Ditumbuk lumat. Blender pun boleh. Aku rajin nak tumbuk
Cili kisar - cili kering, bawang besar, bawang putih, sikit kunyit hidup (guna yang ready made pun tak apa)
Sos tomato 4 sudu
Sos cili 1 sudu
Sos tiram 2 sudu
Kacang tanah segenggam ---- Di goreng, buang kulit dan ditumbuk kasar
Stok ayam semangkuk ---- Lebih pun takpe. Aku tambah 2 mangkuk air lagi
Ayam ---- Ikut suka hati
Udang ------ Lagi banyak lagi manis kuah. Tapi janganlah sampai sekilo. Hehehe..
Daging ---- Ikutlah banyak mana nak
Telur sebiji ----- untuk pekatkan kuah
Taugeh ---- Agak-agak segenggam
Sawi ----- 2-3 batang pokok
Mee yang dicelur dengan air suam

** Ada orang guna udang kering dalam bahan tumis, tapi pada aku, rasa udang segar tu memang dah jadi penyedap dalam mee bandung ni. So aku omitkan je. Kalau nak tambah boleh jugak. Guna udang kering atau udang geragau.

Bahan hiasan
Daun sup
Daun bawang
Tauhu digoreng
Limau kasturi
Cili merah besar
Telur
Bawang goreng - kalau nak buat sendiri mayang bawang merah dengan bawang putih dan goreng sampai garing

Kekdah membuatnya
(1) Tumis bawang yang ditumbuk lumat dan cili kisar sampai naik bau dan garing
(2) Masukkan stok ayam dan biarkan sampai mendidih
(3) Masukkan sos-sos,kacang tanah dan sedikit garam. Kacau sampai larut dan masukkan ayam, daging dan udang. Biarkan sampai mendidih 2-3 minit.
(4) Masukkan telur dan kacau bagi hancur. Masukkan 2 biji telur (utk hiasan) dan biarkan sebentar (bagi sampai kuning telur masak sikit)
(5) Tutup api dan masukkan sawi dan taugeh. Tutup sebentar.

Kekdah menghidang
Masukkan mee yang dah dicelur, letak telur mata untuk hiasan tu. Letak badan hiasan yang lain dan perahkan limau kasturi.

Macam ni lah rupanya...Saratttt...
Aku buat takde pedas sangat. Damia dengan Aqil pun suka sangat. Udang habis kat diorang je. Aku dapat setengah ekor. Shujin dapat dua ekor sebab dia tukang kopek kulit.

Kalau ikut exactly macam resepi kat atas ni kuahnya jadi pekat melekatttt. Aku lebihkan sikit air. Dapat makan dengan dua bungkus mee kuning tu. Buat mee bandung ni nak memasaknya tak sampai 10 minit pun, tak sempat nak berpeluh ketiak. Aku masak dengan pressure cooker - mode stir fry. Tapi nak prepare barang-barangnya tu yang leceh. Sebab kalau nak dapatkan mee bandung yang sedap dan baunya menggoda. Lebih baik buat dari scratch sendiri. Terutamanya bawang goreng tu. Memang jauh beza dari bawang goreng yang dijual. Sebab tu aku bercinta tiap kali datang request nak buat mee bandung ni.

Bukan saja saja tau. Hahahaha..

Resepinya aku dapat dari buku masakan mee.

Daa

Jumaat

Kuat mengadu

Assalamualaikum

Malasnya aku nak mengupdate belog sekarang ni. Masa dah ada, tapi kenapa ntah moodnya tak ada. Baca blog nak taip komen pun malas.

Ni kisah anak dara aku sorang ni. Baru masuk 19 bulan. Sifat-sifat keperempuanannya memang semakin terserlah. Contohnya bila bergambar mesti nak buat muka tergedik-gedik. Bila tak dapat perhatian atau kena marah nangis jerit-jerit dengan suara halus. Satu perkara yang aku abang dia tak pernah buat pun dia buat. Mengadu. Bila ayah dia kata ke buat something ke. Mesti datang kat aku. Lepas tu kata "ibu...ibu...(nada memanggil), ayah (nada menurun)" - sort of macam dia kata "ibu tengok ayah ni". Kalau aku buat, nanti dia pergi pulak kat ayah dia. Buat macam tu pulak.

gambar recycle
Geram tau dengan budak kecik tu. Bila ada barang jatuh ke apa ke. sebut "Allahh".. Macam orang tua pun ada. Hahaha.. Yang ni dedua beradik pun sama. Alhamdulillah la sebab at least bukan dia sebut benda bukan bukan kan.

Banyak dah perkataan yang dia boleh sebut dan kenal. Berbanding abang. Aku rasa adik lebih rajin baca buku. Cakap banyak. Unexpectedly dia dah boleh buat ayat 3-4 perkataan. Contoh "ayah ayah...abang nangis"

Cuma yang merisaukan aku, dia sangat buahsss.. Lompat sana sini. Minggu lepas tersembam kat lantai. Berdarah bibir kena gigi. Dari segi kuat main tu aku rasa shujin tau ngikut perangai siapa. Hahaha..

Biarlah rahsia :P

Selamat bercuti tahun baru cina.

Daa

Selasa

Apa yang doktor takkan bagitau kat kita - tentang vaksin

Assalamualaikum

Entry ni kira macam kesinambungan dari kisah apa yang doktor takkan bagitau kat kita. Tapi ni cuma hasil dari pembacaan aku dan pandangan aku sendiri. Ianya lebih kepada berkaitan dengan pengambilan vaksin. Dari entry yang pertama aritu, ramai yang kurang setuju dengan pandangan pakcik yang tak bagi anak dia ambik vaksin.

Pada aku pengambilan vaksin kat Malaysia ni macam dah diwajibkan. Sebab those thinking adalah ditanamkan dalam diri kita sejak turun temurun dari zaman mak mak kita lagi. Walhal takde pun akta yang kata kalau tak ambik vaksin tu kena tangkap ke apa. Tapi kenapa orang still tak miss ambik vaksin. Walau pun sebenarnya kebanyakan dari kita tak tau pun vaksin tu sebenarnya untuk sakit apa. Contohnya MMR. Gabungan 3 jenis penyakit. Aku pun takde idea macam mana penyakit tu. Tapi dah doktor kata kena ambik. Ambik je la kan.

Industri vaksin ni adalah dikatakan satu industri yang diwujudkan berasaskan ketakutan manusia. Setuju atau tidak. Hakikatnya. Kita tak pernah tengok macam mana rupa sakit rubela. Aku tak pernah dengar ada orang sakit rubela kat Malaysia ni. Tapi WHO kata. Dengan adanya vaksin MMR tu, berjuta nyawa berjaya diselamatkan. Betul tak..

Sebagai contoh. Penyakit selesema babi (swine flu) yang havoc satu masa dulu. Bila WHO isytihar kata swine flu dah jadi wabak peringkat 6. Ramai orang mula berpusu-pusu ambik vaksin untuk elak kena swine flu. Sebab takut kena swine flu. Kalau tak takut kena, agak-agak ada tak orang pegi ambik vaksin tu? Aku jumpa satu artikel di website CAP (Penang punya badan consumer), satu artikel merevealkan senarai nama advisor dalam WHO yang dapat duit dari company farmasi besar untuk influence decision supaya WHO isytiharkan swine flu sebagai satu wabak. Sorry kalau kenyataan aku ni melampau, tapi industri dadah ni adalah satu industri orang buat duit dengan misery orang lain. Lagi miserable orang lagi banyak diorang buat duit.

List of flu advisor with financial ties to big pharma vaccine manufacturers

Agak-agak kalau flu advisor tu tak dapat duit dari big pharma tu, diorang announce tak swine flu jadi wabak. Agak-agak pembekal vaksin boleh buat duit tak?

Tujuan aku buat entry ni bukan nak influence orang supaya tak ambik vaksin atau ubat. Tapi adalah untuk orang tahu apa yang diorang suntik dalam badan anak masing-masing. Kadang-kadang kita percaya pada authorities, tapi kita kena ambik tahu jugak apa risiko yang kita ambil. Semua orang hidup dengan membuat pilihan. Terpulang pada diri masing-masing.

Lagi artikel pasal vaksin oleh CAP
Pig virus found in vaccine
Cervical cancer vaccine

Bercakap mengenai ketakutan. Pada aku, penyakit macam hepatitis lebih menakutkan, tapi kenapa masih ramai orang yang tak ambik suntikan vaksin. Sebab kerajaan takde suruh macam suntikan pada anak-anak. So, pada aku. Memang tak boleh dinafikan bahawa industri vaksin ni adalah satu industri berasaskan ketakutan. Orang tak takut kena hepatitis sebab tak ada pendedahan. Walau pun dah ramai yang kena. Orang takde rasa kewajipan nak ambik sebab mostly orang takde idea tentang penyakit hepatitis. Tapi bila aku bercakap tentang vaksin pada bayi. Ramai yang tak setuju. Walau pun bukan pernah tengok pun penyakit tu. Malah. Ada yang dah ambik vaksin full set pun still kena jugak pneumacoccal.

Bare in mind. Pneumacoccal punya injection ambik empat kali. Satu kali kalau klinik biasa tak kurang dari RM150. Kalau kat specialist boleh cecah RM280. Kalau 4 kali. Seribu. Still ada risiko kena jugak. Agak-agak berapa kos untuk buat satu dos vaksin tu? Aku rasa patutnya aku bukak farmasi. Hehehe..

Terpulang pada judgement masing-masing. Aku tak larang ambik vaksin. Aku tak suruh ambik. Apa yang aku tuliskan adalah dari apa yang aku baca. Ni aku sedaya upaya ambik dari source yang tak bias.

Aku pernah tanya PAED tentang MMR, sebab aku pernah baca MMR link to autism. Aku tak ingat apa PAED kata. Tapi dia explain MMR is safe. Sekarang, lepas aku baca banyak-banyak aku rasa takut pun ada.

Apa pun, aku tak salahkan doktor. Doktor pun manusia. Kadang-kadang diorang manusia. Bukan diorang taknak bagitau. Kadang-kadang diorang terlupa nak bagitau tentang side effect ubat yang diorang bagi kat kita. Pernah aku dapat ubat batuk yang bagi side effect gatal-gatal pada bayi kalau breastfeed. Nasib baik aku gatal nak search masa tu. So bukan salah doktor semata-mata. Salah aku jugak kalau aku tak check.

Contoh macam kes NI

Nota kaki : Agaknya kalau kerajaan wajibkan makan sayur, sihat walafiat gamaknya orang Malaysia ni kan. Hehehe..

Credit untuk MommyFara yang inspire aku untuk baca pasal ni dalam komennya pada entry lepas. :D

Daa

Obses susu ibu

Assalamualaikum

Mula-mula masa aku pregnant, aku tak pernah terfikir nak breastfeed kan anak aku. Aku sibuk google susu apa yang paling baik nak bagi kat anak. Masa tu tak tau langsung pasal boleh pam dan simpan susu ibu nak bagi kat anak. Syukur aku kenal komuniti susuibu.com. Dari situ aku belajar macam mana nak breastfeed. Habis aku khatamkan baca segala topik yang berkaitan.

Alhamdulillah. Aku berjaya susukan Aqil sampai 3 tahun. Walau pun ada tersangkut masa aku pregnant Damia. Tapi aku langsaikan tanggungjawab aku. Alhamdulillah aku berjaya yakinkan shujin pasal kepentingan dan kebaikan susu ibu walau pun mulanya dia agak skeptikal pasal penyusuan susu ibu. Dia yakin yang aku boleh buat dan support aku di sepanjang perjalanan penyusuan. Sekarang Damia masih lagi full breastfeed. Sikit pun taknak susu tepung. Alhamdulillah aku dah jimatkan duit beli susu tepung beribu ringgit berbekalkan pam manual Avent yang harganya cuma RM200. Dan yang penting, aku cuba berikan yang terbaik buat mereka. Pengalaman yang tak ternilai.

Aku takde niat nak perlekeh siapa-siapa. Apa lagi nak kutuk hina sapa sapa yang tak berjaya dalam penyusuan susu ibu. Maaf. Sikit pun tak ada. Bagi aku. Ini adalah kemahuan dan rezeki masing-masing. Kita cuma berusaha.

Oleh kerana kecintaan aku tu, aku buat blog khas tentang penyusuan susu ibu. Walau pun dah jarang update sebab aku tak ada idea yang fresh, tapi aku harap ia dapat membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan susu ibu mereka. Baru-baru ni kecoh pasal hukum penubuhan bank susu ibu. Aku rasa penubuhan bank susu ibu adalah satu perkara yang tak perlu dan tidak relevan dalam komuniti muslim. Tapi aku tak menolak kalau ada cadangan nak buat inventory khas untuk ibu ibu yang nak jadi ibu susuan. So bila ada yang nak mencari ibu susuan tidak lah susah sangat kan. Walau bagaimana pun, susukan anak sendiri lebih baik. Sekiranya tak mampu, cuba lah cari saudara terdekat. Yang kita kenal.

Mungkin sebab aku tak banyak masalah dalam penyusuan susu ibu aku rasa ramai ibu-ibu mengeluh tak dapat nak beri penyusuan susu ibu sepenuhnya adalah dari kalangan mereka yang tak berapa nak belajar habis pasal susu ibu dan tak faham tentang konsep penyusuan. Ramai pulak ambil kesempatan jual macam-macam jenis milk booster. Sedangkan susu ibu adalah tentang demand and supply. Telan milk booster sampai muntah pun kalau asyik nak sulam dengan FM pun sudahnya kering jugak susu.

Nota kaki : Lagi aku tak faham ibu-ibu yang tayang stok susu. Memang bagus sebagai motivation. Tapi aku rasa tak perlu kot buat stok susu sampai macam nak tinggal anak tujuh lapan bulan. Stok susu aku biasanya tak lebih dari 20 bekas. Kadang-kadang kurang. Still berjaya jugak.

Sori. Entry mengarut. Daaaa

Isnin

Makan sedap

Assalamualaikum

Haih..dah ada masa nak menaip, mood berblogging pulak ke laut. Aku kepenatan sebab dah dua kali weekend berturut turut aku kerja. Bermaksud aku kerja tanpa cuti since cuti tahun baru aritu. Sabtu Ahad full. Nyampah aku. Tapi takpe lah. Dapat gak rezeki lebih buat belanja anak-anak nak cuti raya cina ni nanti.

Oh. Last week, sebelum pegi kelas aku sempat posing-posing dengan cendol tersedap di abad ini. Ceh.. Semangkuk RM2.20. Oklah. Actually shujin yang order. Aku makan kue tiau goreng RM1.80 dengan otak-otak super pedas singgit. Makanan kat situ rata-rata memuaskan hati dan murah. Spagetti dengan white sauce pun cuma lima hengget lebih je. Boleh kata tiap-tiap minggu kalau nak pergi kelas aku singgah makan kat situ. Hehehe..

Ni ada gambar cendol je. Kue tiau lain kali lah ya.

Cendol lemak
R&J Cafe ni kat PJ. Nanti internet aku laju sikit aku update gambar kedainya.

Tak sabar nak hujung minggu. Cuti first dalam 2012. Haihhhh..

Daa

Rabu

Aqil with tux

Assalamualaikum

Last weekend shujin dengan Aqil pergi join satu event kat PWTC. Masa raya aritu dia ada belikan tuxedo untuk bujang kesayangan tu. So sebelum dah tak muat pakai dia pun pakaikan untuk event tu. Park kereta kat Asia Jaya lepas tu pergi dengan train. Aku tak ikut sebab kerja. Dua beranak tu je yang pergi. Damia tinggal dengan Ma sebab shujin tak larat nak control dua orang. Sorang pun nak pengsan. Hehe..

Banyak gambar dia ambik. Tapi internet aku lembab. So dapat transfer dua gambar ni je. Masa event tu ramai lah orang nak bergambar dengan Aqil. Kepoh je budak kecik tu. Hahaha..

Layan...

Hensem anak aku..hahaha..

Damia
 Daa

Selasa

Dilema sunglass

Assalamualaikum

Sunglass is form of protective eyewear designed primarily to prevent bright sunlight and high-energy visible light

Tapi hairan kan bila tengok orang pakai sunglass waktu bershopping dalam Jusco. Macam nampak orang pakai sweater di tengah panas mentari sebab nak ikut gaya Eminem.

Aku cuma mampu geleng kepala sambil tersenyum.

Daa

Isnin

Apa yang doktor takkan bagitau kat kita

Assalamualaikum

Aku attend satu lagi kelas yang aku rasa pengetahuan yang diberikannya sangat-sangat berguna. Kelas tu sorang medical assistance yang dah pencen yang conduct. Bayar doblas hengget je laki bini. Seronok jugak.

Topiknya adalah berkaitan dengan "apa yang biasanya doktor takkan bagitau kat pesakit"

Apa yang menariknya. Pakcik tu anak dia ada 3 orang. Dan dia tak bagi anak dia satu pun suntikan vaksin (imunisasi) kecuali BCG kalau tak silap aku. Anak dia dah besar-besar sekarang ni, tak sorang pun pernah makan ubat batuk. Dia cerita pengalaman dia sebagai seorang medical assistant, dalam sebulan 100kg gula digunakan untuk buat ubat batuk. Ngeri okeh.

Berkenaan dengan kenapa dia tak bagi anak dia suntikan vaksin. Antara sebabnya adalah, seperti yang kita tahu, mendapat suntikan vaksin tak bermaksud kita akan bebas 100% dari kemungkinan untuk mendapat penyakit tersebut. Pengalaman aku sendiri. Anak kenalan aku dapat pneumacoccal walau pun lepas ambik suntikan pneumacoccal. Selain dari tu, katanya vaksin yang digunakan tu biasanya disimpan dalam peti sejuk. Walau pun sebaik baiknya diorang gunakan kaedah first in first out. Tapi kadang-kadang hospital dan klinik terlalu sibuk nak manage semua tu. Ada kes dimana vaksin yang disuntik ke dalam badan pesakit adalah yang dah expired. Ada beberapa sebab lain lagi. Tapi aku tak sempat nak salin. Aku rasa 2 sebab ni dah cukup serius.

Pakcik tu kata, dia tak suruh sesiapa ambik langkah macam dia. Itu adalah pilihan dia. Ambik suntikan vaksin dapat mengurangkan risiko. Lagi pun pakcik ni memang sangat strict dalam mengamalkan pemakanan sihat. So dia memang make sure anak-anak dia dapat nutrisi yang secukupnya supaya antibodi anak-anak dia cukup bagus. Thats why anak-anak dia tak pernah makan ubat batuk. Sebab diorang tak pernah batuk.

Dia suggestkan baca sebuah buku yang bertajuk  What your doctor doesn’t know about nutritional medicine may be killing you - By Ray D. Strand, M.D.
Aku belum beli dan baca buku ni. Tapi dari sinopsis yang diceritakan kat aku adalah, isteri penulis dapat sejenis penyakit yang sangat sukar nak diubati. Iaitu Fibromyalgia. Aku pun tak reti nak sebut dan tak tau penyakit apa. Apa yang penting. Penyakit tu dikatakan sebagai "a true miserable disease". Macam-macam jenis ubat dia bagi isteri dia makan, tak jugak sihat. Akhirnya dia cuba bagi isteri dia makan supplement tambahan. Dalam masa 3 bulan. Isteri dia nampak lebih sihat dari sebelum sebelum ni.

Oleh kerana dia dapati yang medical school tak pernah stress kan pasal nutritional medicine, so dia pun buat kajian klinikal dia sendiri. Dari situ, dia dapati yang sejenis proses yang oxidative stress menyebabkan banyak jenis penyakit degenerative. Ia merupakan sel yang telah dirosakkan oleh radikal bebas (free radicals) di mana radikal bebas ini biasanya terdiri daripada molekul oksigen yang tak cukup elektron. Seperti yang kita tahu, radikal bebas ini terhasil daripada asap rokok, tekanan yang terlampau, pencemaran air, udara dan sinaran UV. dan jangan tak percaya, radikal bebas juga terhasil apabila seseorang bersenam dengan terlampau.

Untuk meneutralkan radikal bebas ni kita perlukan antioksidan. Oleh kerana badan kita tak menghasilkan antioksidan, kita perlukan antioksidan dalam pemakanan atau dengan mengambil supplement. Kalau kita tak ambil antioksidan yang mencukupi untuk mengawal radikal bebas yang terhasil tubuh akan lebih mudah mendapat penyakit yang membunuh seperti Coronary artery heart disease, cancer strokes arthritis, multiple sclerosis, Alzheimer dementia dan macular degeneration. Macular digeneration tu adalah penyakit pada mata. Kalau nak check boleh buat amsler grid test. Biasanya kalau kena kencing manis senang kena penyakit ni.

Biasanya medical doktor takkan beritahu semua ni pada pesakit. Malah, studies tentang perkara yang negatif tentang vitamin yang di highlight kan. Oleh sebab itu kadang-kadang kita tak hairan bila orang pandang remeh pada pengambilan vitamin supplementation. Logiknya sebab industri dadah (read: ubat) adalah menghasilkan banyak duit. Apa pun, menurut penulis, seorang doktor yang baik akan menyampaikan mesej yang berikut pada pesakitnya

Both drugs and a healthy immune system is needed which is why he recommends high quality nutritional supplement – because he has ‘never seen patient achieve this kind of response with traditional medicine alone’
A nutritional supplement is not alternative medicine but complementary medicine.

Arghh..Banyak nya buku nak kena baca dalam list aku! Tapi aku rasa buku ni memang antara must have. Walau pun anak-anak aku dah terbabas minum ubat batuk. Insya allah in future aku memang nak pastikan diorang tak perlu ambik ubat. Aku dah start praktis bagi diorang makan extra vitamin C bila demam. Alhamdulillah. So far anak-anak payah nak demam berbanding dulu, 2 bulan sekali mesti kena pergi klinik.

Orang liat nak makan vitamin, tapi makan ubat laju je kan..

Daa

IC tu kita yang punya!

Assalamualaikum

Salam Isnin. Minggu ni harap-harap kurang sikit kesibukan aku nak meneruskan aktiviti biasa. Hihi.. Hujung minggu aritu aku ke Jusco Bukit Tinggi Klang. Anak-anak sibuk nak naik kereta Jusco. Nak pinjam tu kena letak IC kat kaunter dia. Aku pelik sebenarnya dengan peraturan macam ni.

IC tu maksudnya identity card la kan. Kalau orang yang jaga kaunter tu bawak IC yang kita letak pergi merompak, IC tu jatuh kat lokasi rompakan. Agak-agak yang kena tangkap tu dia ke kita? Aku rasa IC sepatutnya tak boleh dibenarkan disimpan oleh orang lain atas apa tujuan sekali pun. Mungkin sekarang kita boleh kata, ala..letak kejap je. Takkan lah dia nak buat macam tu. Belum jadi boleh la cakap. Kalau dah jadi agak-agak jadi apa.

Tak ada ke undang-undang yang melarang orang pegang IC kita. Terutamanya untuk kes kes macam kat Jusco tu.

Hari ni shujin sepatutnya ada appointment kat KL, tapi rasanya macam kena postpone je kan.. Ada perhimpunan 901 kan. Jem gamaknya KL hari ni. Harap-harap yang tinggal dan bekerja di KL dapat bersabar.

Daa

Jumaat

Syaz HotFM Klate telefon aku oii...lihatlah dunia!! hahaha

Assalamualaikum

Terpaku aku dengar suara comel DJ Syaz. (Err actually aku panggil dia Wani tadik) Hahaha.. Serius aku eksaited sampai gigil suara. Aku harap takde orang gelakkan aku. Hahaha..

Thank Wani aka DJ Syaz HotFM klate sebab memeriahkan hari Jumaat aku yang dah seminggu kepam sebab tak sempat update blog. Aku gagahkan diri aku mengupdate blog sebagai tanda penghargaan aku pada DJ suara lemak merdu ni. Ahahahahaha.. Serius aku eksaited tadi.



All the best buat DJ Syaz. Aku sayanggg ko. Hahaha. Dan dan sayang. Sila faham perasaan aku yang first time nak masuk radio ni. Kahkahkah..

Jangan jeles okeh.

Dah nak sambung menyibuk. Harghhhh..

Daa

Khamis

Alamak!!

Assalamualaikum

Seriously...Aku tak sangka aku akan sebusy ni bila dah masuk 2012.

I will be back as soon as i can. Hahaha..speaking gittew..

Rindu nak baca blog! Rindu nak update blog! Rindu nak mengomen!

Haihhhh...Jumpa lagi!!

Daa

Ahad

Ulasan filem ombak rindu

Assalamualaikum,

Semalam pergi rumah akak ipar, kebetulannya dia melanggan Astro first cerita ombak rindu. Setelah operasi membaking choc chip kitorang layanlah ombak rindu kan.heehehe

Filem ombak rindu adalah hasil dari adaptasi nlovel yang ditulis oleh Fauziah Ashari. Aku baca novel ni masa zaman aku belajar lagi. Kakak aku memang pengumpul novel tegar. Sekarang siap dah bukak kedai buku dan sewakan novel novel koleksi dia tu.

Secara ringkasnya ia mengisahkan seorang gadis kampung bernama Izah yang dijual oleh bapa saudaranya untuk dijadikan pelacur. Kemudiannya bertemu dengan Harris, anak seorang usahawan terkemuka. Harris kemudian membeli Izah setelah dirayu yang kemudiannya merayu supaya Harris mengahwininya bagi menjadikan hubungan mereka sah. Harris bersetuju setelah Izah berjanji tidak akan menuntut apa-apa dikemudian hari.
Walau pun telah menjadi isteri Harris yang sah,kehidupan Izah tidaklah bahagia. Bagaimana pun Izah tetap melayan Harris dengan baik dan dalam masa yang sama mereka saling jatuh cinta.

Harris mengakui yang dia sayangkan Izah setelah Izah cuba melarikan diri ketakutan kerana disangka mengandung. Bagaimana pun kebahagiaan mereka hanyalah sementara apabila ibu Harris mula menghidu perhubungan mereka dan berhasrat untuk mengahwinkan Harris dengan seorang model dan pelakon terkenal bernama Mila.

Erkk..aku cut short lah ek..hahahaha...

Harris dan Mila berkahwin, tetapi Harris berjanji dengan Izah bahawa dia tidak akan mensia siakan Izah. Bagai mana pun hubungan sebenar mereka berdua tetap menjadi rahsia. Izah terus makan hati apabila melihat kemesraan Harris dan Mila. Lebih malang lagi apabila Harris cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Izah telah dihalau oleh Datuk Sufiyah,ibu Harris dan segala barangan yang dibelikan oleh Harris telah dirampas. Datuk Sufiyah mengambil kesempatan itu untuk meracuni fikiran Harris dengan mengatakan bahawa Izah telah curang.

Harris datang untuk bertemu dengan Pak Dollah dan terjumpa dengan Izah. Izah memeluk Harris dengan gembira tetapi Harris yang telah termakan fitnah ibunya telah menolak Izah danberjanji tidak akan menceraikan Izah dan terus hidup gembira dengan Mila. Izah yang tidak tahu apa-apa cuba mengejar tetapi terjatuh dan mengalami pendarahan. Ohhh..lupa nak bagitau.. Izah mengandung X-P

Pak Dollah yang tidak sanggup melihat Izah diperlakukan sedemikian rupa telah datang ke rumah Harris dan menceritakan hal sebenar. Termasuklah kenyataan bahawa Harris sebenarnya adalah anak beliau yang di"pinjamkan" atas dasar simpati kepada bapa Harris yang juga sahabat baiknya. Harris walau pun sukar menerima hakikat tersebut terpaksa menerima kenyataan. Kemudian datang mencari Izah di kampungnya. Kandungan Izah selamat. Manakala Mila mengambil keputusan untuk mengundurkan diri setelah mengetahui perihal sebenar.

Ok...sebenarnya aku tengok takat tu je. Patut da habisla kannn...hehehe

Ulasan aku :
Secara keseluruhannya aku rasa cerita ni patut di rate kan sebagai 18SX. Banyak scene yang terlebih mesra sampai laga-laga pipi cium pipi yang boleh tengok dalam ni. Aku tak salahkan pengarah sebab tak boleh nak adapt cerita ni dengan baik. Tapi aku rasa dari segi emosinya, penderitaan Izah yang digambarkan dengan baik berbanding dalam novel. Sedangkan aku rasa nak gambarkan dengan lakonan mungkin lebih mudah dari mengajak orang beremosi melalui penulisan. So aku sikit pun tak sedih semalam.

Dari segi setting cerita tu aku bercelaru sikit dengan lokasi rumah rumah tu. Paling aku tak boleh tahan masa kejar mengejar Izah dengan Harris. Seb bajet gila pakai four wheel, dahla tu. Orang dalam tu cedera parah tapikereta kemik pun tidak.

Maybe orang kata nak komen senang la..tapi tu lah...aku faham jugak kenapa penulis cerita ni, fauziah tu tak puas hati.. Aku yang pembaca pun tak puas hati. Watak Mila lakonan Lisa Surihani tu di adaptasi mengikut perwatakan Lisa Surihani yang lemah lembut. Seingat aku watak Mila tu lebih agresif dari tu. Dan keseluruhannya penulis skrip ambik permulaan dan pengujung novel untuk di adaptasikan. Bahagian personal development Izah kat tengah tengah tu cuma sikit je dia sentuh.

Maybe cerita ni diselamatkan oleh penggunaan Aaron Aziz sebagai watak Harris. Maklumlah...org lawa..

Apa pun..selamat tahun baru..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com