Jumaat

CRZ kami

Assalamualaikum

Ni lah CRZ kami buat masa sekarang..hehehe.. :P


Berseri-seri dak? Rajin shujin basuh kereta sekarang.. Dua minggu sekali dia cuci kereta. Alasannya nak perabih sabun basuh kereta dengan polish kereta tu cepat-cepat. Setahun lebih pakai tak habis-habis. Padahal dari sejak beli pun 2-3 minggu sekali mesti basuh kereta. Heran aku.

Nota kaki : Takpe lah kan gila basuh kereta. Dari gila yang lain lain yang tak masuk akal. Hehehe..

Daa

Hidup tanpa sempadan

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Minggu ni kita cuti panjang lagi..

Satu ketika dulu aku pernah post satu kisah pasal seorang mamat yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Nick Vujicic. Siapa yang biasa pergi motivation seminar mungkin biasa dengar kisah mamat ni.

Video dia adalah antara video favourite aku. Dan everytime aku rasa down sebab something yang bother aku ke apa ke. Aku tengok video dia dan ingatkan diri aku yang aku kena bangun jugak walau apa pun berlaku. Mostly kata-kata dia memang jadi inspiration buat aku. Bayangkan dia yang tak ada tangan tak ada kaki. Hobi dia adalah swimming, golfing dan fishing. Kalau ada masa please please tengok video dia. Aku yakin. Lepas tu kita akan menjadi manusia yang lebih bersyukur dengan apa yang kita ada berbanding whining tentang apa yang kita tak ada.

Dalam masa yang sama. Sebelum mengalah dalam apa juga yang kita buat bandingkan diri kita dengan dia yang tak ada tangan kaki tapi boleh buat something yang beyond manusia normal punya imagination.

"There is time in life when you fall down, you feel you don't have the strength to get back up. Do you think you have hope? I'm telling you that I am down here, facing down, and I have no arms and no legs. It should be impossible for me to get back up. But it's not. You see I'll try one hundred time to get up. If I fail 100 times, and I give up. Do you think that I am ever going to get up? No. But if I fail and I try to get up again, again and again.

I just want you to know that it's not the end. It matters how you're gonna finish. Are you gonna finish strong? You'll find that strength to get back up, like this."
We are put in situation to build our character, not to destroy us.
Jom kuatkan diri!
Nota kaki : Nak masuk tahun baru. Apa pun azam korang, aku doakan semoga korang terus berusaha dan tak putus asa. Cari seberapa banyak sebab kenapa korang kena capai azam tu sebelum habis 2012. Bukan alasan kenapa tak boleh buat.

If you failed. Are you going to try again?
Daa

Khamis

Demi masa, sesungguhnya manusia selalu berada dalam kerugian

Assalamualaikum

Sebagai seorang muslim, aku yakin ramai yang hafal surah ni dan terjemahannya. Tapi adakah kita benar-benar memahami dan mengamalkan apa yang disampaikan dalam surah tersebut.

Demi masa, sesungguhnya manusia selalu berada dalam kerugian
Kadang-kadang kita lupa
- Usia kita adalah terlalu berharga untuk dihabiskan dengan membenci atau berhasad dengki sesama manusia
- Masa muda kita terlalu berharga untuk dihabiskan sekadar untuk mencari rezeki semata-mata...Adakah kita meletakkan work, life, family balance pada tempatnya. Ramai orang bangga boleh bekerja sampai larut malam. Claim OT ribu-ribu sebulan..Sedangkan kebanyakan mereka hanya cari duit untuk hidup day to day.
- Kita lupa wang boleh dicari..tetapi masa yang dah berlalu tak akan kembali
- Kita selalu membuang masa yang terlalu berharga mengingatkan kekesalan dulu, sedangkan kita tahu yang kita tak akan mampu mengubah apa-apa

Aku tak berniat nak menyindir sapa-sapa. Sekadar nak mengingatkan diri sendiri.

Seseorang pernah tanya aku. Kenapa tak kerja kerajaan? Rugi!!

Aku tanya, apa yang rugi?

Rugi lah sebab kerja kerajaan ada pencen.

Aku cuma tersenyum. Mengingatkan diri aku jangan berikan jawapan yang boleh mengguris hati sesiapa.

Dalam hati ku jawab.. Aku rasa lebih rugi kalau aku berharap pada sesuatu yang tak pasti. Sedangkan aku tak tahu sama ada aku akan hidup selama itu untuk menikmati duit pencen. Macam mana kalau tak sempat masuk 35 aku mati? Apa akan jadi pada anak-anak aku. Duit insurans boleh tahan lama mana? Duit KWSP ciput je. Lebih baik aku usahakan sesuatu yang aku pasti akan dapat aku wariskan pada anak cucu aku.

Dari pengalaman yang aku nampak. Ramai yang tak sanggup nak pencen sebab duit pencen tak dapat nak support pun kehidupan diorang. So ramai yang lepas pencen pun terpaksa bekerja.

Aku baru nak sambut anniversary ke 5 tahun bekerja next year..Aku dah rasa bosan gila jadi pekerja..Nak cukupkan umur pencen 60 tahun? Aku rasa aku akan muntah hijau tengok muka bos aku. Hehehe..Ada tak tips supaya tak rasa bosan bekerja?

Nota kaki : Aku pun bukanlah tak membuang masa..banyak je aktiviti kurang berfaedah aku buat..hehe..dah namanya pun manusia...

Jom sama-sama membaiki diri..

Daa

Rabu

Vanilla Coklat - Izara Aishah yang shomel

Assalamualaikum

Aku takde la rajin sangat tengok slot Lestary kat TV3. Drama Cinta Elisa aritu pun aku tengok sesekali je. Sempat tengok. Tapi banyak tak sempat dan tak teringat. Semalam kebetulannya aku bukak TV3. Tertengok pulak drama baru ganti cerita Cinta Elisa tu. Vanilla Coklat.

Pakej sesuai buat menantu aku..eh rasa macam dah tua pulak :P
Aku kan ala-ala suka tengok Iqram Dinzly tu. Lepas tu aku tengok Izara Aishah yang berlakon jadi Zara tu comel. Aku suka karakter dia yang tegas. Cool gila tengok. Mungkin dia terlalu pandai berlakon sampai aku rasa dia yang kat luar pun perangai macam tu. Siapa peduli kan..hahaha..

Apa pun..tak sabar nak tengok next episode. Entah dapat tengok ke tidak. Aku masih lagi sibuk dengan kelas di sana sini. Belajar tu memang takde kesudahan kan.. Kalau jenis aku ni..cerita melayu dapat tengok episod satu dengan episod akhir cukuplah. Yang tengah-tengah tu somehow dah boleh agak bila tengok episod last. Hehehe..

Aku tergelak tengok gaya bapak si Amir tu berlakon sakit jantung sebab nak suruh anak dia kahwin. Komplot bapak-bapak. Macam kejam pun ada jugak kekdah menentukan jodoh anak macam tu. Apa pun drama je kan..

Bab-bab buang masa menelaah TV ni memang seronok kan. :P

Daa

Halal saja tak cukup

Assalamualaikum

Pernah dengar cerita pasal telur? Telur ayam..

Zaman dulu...orang bela ayam jantan, ayam betina..dapat telur...halal tak? HALAL...toyyib tak? toyyib...

Lepas tu, orang bela ayam betina..suntik-suntik dapat telur..Halal tak? HALAL..toyyib tak?
jawab dalam hati...tapi pakcik aku panggil telur haram sebab takde bapak..

Baru-baru ni gempar kat cina..tak ada ayam betina..tak ada ayam jantan..tiba-tiba dapat telur..
Yang ni kita panggil telur haram jadah :P

Hehehe...

kalau rajin cari lah buku ni

Ramai orang zaman sekarang mementingkan halal. Masa aku pegi jual chupa chup tu ada sorang pakcik tanya aku. Halal ke ni? Aku senyum je.

Tapi berapa ramai yang mementingkan makanan yang halal dan toyyiban. Kalau ada yang tak faham toyyiban. Toyyiban ni maksudnya yang baik. Tapi bukan setakat baik. Yang terbaik. Dalam pemakanan kita sehari-hari. Kita cari yang halal. Adakah kita pentingkan kualiti?

KFC halal. McD halal. Tapi adakah ia yang terbaik? Allah berikan kita padi. Apa kita buat? Strip out segala vitamin dan nutrisi penting melalui proses pengilangan. Halal tak? Halal.. Tapi adakah itu yang terbaik. Jawab dalam hati.

Makan kat kedai halal tak? ..Ya..Halal..
Tapi adakah penyediaannya yang terbaik? Adakah bahan yang digunakan yang terbaik?

Ada ustaz pesan..kalau hantar anak sekolah..mengaji nak bagi soleh..tak soleh soleh..Mesti ada something wrong dengan pemakanan atau sumber rezeki.

Careful orang yang company nya menjual barang dan perkhidmatan yang bersangkut paut dengan benda yang haram atau mengamalkan riba. Careful dengan apa yang kita suap ke mulut anak-anak. Walau pun kita yakin duit kita halal, apa yang dimakan tu halal. Tapi halal saja tak cukup.

Ramai orang tiap-tiap bulan servis kereta. Sebab nak jaga supaya kereta tahan lama. Tapi ramai orang tak peduli pada badan sendiri. Segala sampah suap masuk dalam perut. Sori aku cakap sampah. Tapi itu hakikatnya. Perlu tak pewarna tiruan? Perlu tak perasa tiruan? Tak perlu. Tapi tengok lah. Apa makanan yang tak ada pewarna dan perasa tiruan?

Bersenam tak sempat. Makan sayur buah tak suka. Tambah ajinomoto sebab sedap. Apa juga alasan.

Allah beri kita tubuh badan yang sempurna. Badan yang sihat. Tapi bila pulangkan balik. Macam mana keadaannya? Buah pinggang rosak. salur darah penuh lemak. Jantung lemah. Paru-paru hitam.

Tak malu ke?

Luaran nak cantik. Mekap. Lotion. Lipstick. Foundation. Dalaman kita belek dak? Minum air cukup 8 gelas? Makan sayur 5 serving? Protein ambik cukup tak?

Bila sakit makan ubat (drugs). Tapi itu ke yang badan kita perlu? Ramai orang zaman sekarang. Bila sakit, makan ubat. Sedangkan kebanyakan mereka sakit sebab tak cukup nutrition. Menyedihkan bila tengok macam mana orang berharap pada ubatan yang sebenarnya membunuh mereka secara perlahan-lahan.

Selamat berfikir. Jom hidup lebih sihat!

Daa

Selasa

Kemenangan tak disangka-sangka..Selasa yang ceria

Assalamualaikum

Dah bekfest? Aku makan roti gardenia mil penuh dengan susu kotak HL je hari ni. Takde grand grand pun. Cengkonon sihat la kan. Hahaha..

Tetiba hari ni dapat komen dari cik PrettyWriter Becoz I'm Kelantanese kata aku menang peraduan teka harga towel. Kehkehkeh. Memang tak sangka. Seriously aku tak pernah menang apa-apa peraduan kat blog ni. Hahaha..

Thank Prettywriter yang comel..Hahaha..menang hadiah dan dan aku panggil comel kan kan.. :P

Eksaited lebih pagi-pagi ni kan. :P

Daa

Jumaat

Menegakkan benang yang basah

Assalamualaikum

Aku yakin ramai tak pernah dengar pasal Bon Kerajaan Malaysia. Pada aku benda tu too good to be true dan aku nampak benda tu tak lebih dari skim pak man telo atau skim cepat kaya or whatever you call things like that.

Walau pun sangat berhati-hati, tapi takdir dah menentukan. Entah macam mana family aku terpesona dengan janjinya. Bermula lebih kurang setahun yang lalu. Aku boleh kata seluruh ahli keluarga aku melabur kat benda tu. Selain dari aku. Puas mak aku pujuk-pujuk aku suruh aku masukkan. Seratus pun cukuplah katanya. Nanti kalau orang lain dapat aku tak dapat, kesian pulak kat aku. Pulangan yang dijanjikan adalah 1000 kali ganda. Yang pada aku obviously penipu je yang buat macam tu.

Aku bukan nak jadi anak derhaka. Tapi aku cakap baik-baik dengan mak aku. Aku taknak benda tu. Aku taknak terlibat dan aku pernah baca kat internet tak pernah lagi ada orang yang dapat. Yang menunggu nak dapat tu memang ramai. Since tahun 2004-2005. Walau pun seratus tu tak besar mana pun. Tapi bila mengingatkan ia akan jadi hak milik manusia yang penipu tak bertanggungjawab macam tu aku keraskan hati je.

Tarikh untuk distribution duit tu di postpone dari semasa ke semasa. Membuatkan aku lebih suspicious lagi. Dan nyata. Sampai hari ni duit tu tak dapat-dapat lagi. Macam-macam alasan yang diorang bagi. Aku yakin duit tu memang tak ada dan sekumpulan manusia penipu tu pun dah boncit makan duit haram. Cakaplah apa pun. Selagi tak ada bukti yang ada orang dapat duit tu. Dengan sepenuh hati benda tu penipu. Ditambah lagi pulangan 1000 kali ganda. Bill Gates pun boleh bankrup tau bagi pulangan 1000 kali ganda pada share holder. Ingat sikit duit? Sila teruskan bermimpi.

Aku tiba-tiba sembang pasal ni sebab semalam ada orang komen kat entri bon kerajaan malaysia yang aku buat dah lama dulu. Sekelip mata darah aku mendidih. Kalau mamat tu cakap depan aku memang dah kena penumbuk dah. Berani lagi cakap macam tu. Tak ingat dosa pahala ke diorang ni eh.. Betul la orang melayu dah parah. Duit haram pun sebat jugak.
Aku harap aku dan family aku akan dijauhkan dari skim penipu macam ni lagi. The first and last aku akan kena tipu adalah dengan gores dan menang. (Sila abaikan penggunaan "saya" dalam entri tu..hahahaha)

Nota kaki : Thanks pada yang wish dalam entri dilema  semalam. Aku bukan dalam masalah. I mean bukan satu masalah pun. It just that aku kena buat satu decision yang sangat besar untuk start something yang memang aku mimpikan selama ni. Cuma aku ada masalah nak meyakinkan diri aku sendiri yang aku boleh buat. Shujin yakin dengan aku tapi aku tak yakin dengan diri sendiri. Seharian aku memikirkan betapa susahnya nak convince diri sendiri yang aku boleh buat. Hehehe.

Daa

Khamis

Dilema..

Assalamualaikum



Never imagined that to believe in myself is soooo hard that i think i want to give up already..

I thought it'll be easier if i just give up but i just don't want to stop trying. Haihh..

Thanks sudi baca aku mengarut. Too much thinking.. Maklumlah.. Hujung tahun.

Nota kaki : Ya Allah. Please make me strong...

Daa

Melayu yang parah

Assalamualaikum


Semalam aku jumpa dengan pak menakan bestfriend aku dengan shujin (bestfriend aku kawin dengan bestfriend shujin). Pak Menakan dia kami panggil Pak Ndak. Kalau ke utara kami singgah rumah dia, dia layan kami macam anak sedara dia sendiri. Sambal belacan Mak Ndak memang super sedap. Ketagih...

Dia bercerita tentang masalah ekonomi orang Melayu yang dah tersangat parah. Paling menyedihkan faktor ekonomi yang parah ni telah menyebabkan moral orang Melayu kita berada pada tahap yang sangat sangat membimbangkan sampai kadang-kadang halal haram pun dah tak boleh beza. Kenapa aku sembang pasal moral orang Melayu. Bukan india bukan cina. Sebab aku Melayu. Bangsa lain aku tak tau. dan aku tak peduli.

Antara buktinya
(1) 90% anak-anak muda yang tengah mengaji kat kolej dan universiti pada hari ni buat pinjaman PTPTN
(2) Bila kerajaan kenalkan apa-apa jenis bantuan, bantuan RM100, bantuan SK1M ke apa dah yang RM500 tu. Day first tu berebut-rebut orang Melayu pergi isi borang. Tak salah ambil. Tapi jangan tunjuk kelapaq sangat.
(3) Ada lori beras terbalik, siapa yang berebut-rebut angkut beras bawak balik rumah? Tak peduli pada mangsa yang mintak diselamatkan. Malu nak sebut.
(4) Kontena bawak duit syiling terbabas bangsa mana yang berebut kutip.

Nasib baik masa lori babi terguling kat hiway aritu tak ada yang angkut bawak masuk kereta. Niaya anak bini.

Banyak lagi contoh lain lagi.

Aku memang salute kat Pak Ndak sebab anak dia 12 orang. Semuanya berjaya. Ada yang kat Mesir dan sebagainya. Tapi seposen takde buat pinjaman.

Bayangkan bila peminjam PTPTN kahwin sesama sendiri. Dan sekiranya mereka ambik masa 20 tahun nak settle kan hutang. By the time hutang settle. Anak pulak dah cukup umur nak masuk kolej. Buat pinjaman PTPTN. Dan takkan berkesudahan. Hidup ada kerja bayar hutang je. Dapat gaji mula-mula bayar pada kerajaan (tax). Lepas tu bayar hutang.

Semalam aku saja buat status kat FB (takde screenshot). Status : Untungnya kalau boleh bagi mak ayah RM1500 sebulan.

Ada yang kata, bagi sikit pun takpe. Yang penting ikhlas. Berkat.

Hakikatnya. Zaman sekarang semuanya duit. Aku setuju kalau kata bagi lebih baik dari tak bagi. RM1500 bukan besar kalau nak buat belanja untuk diri sendiri. Tapi untuk bagi pada orang lain adalah sangat besar. Walau pun mak bapak sendiri.

Sebab duitlah ada anak bergaduh dengan mak bapak sampai keluar pisau parang. So, adakah korang rasa bagi seringgit pun dah cukup. Asalkan ikhlas.

Ikhlas. Jawab sendiri dalam hati.

Nota kaki : There are always thousands of reason not to do something, but if you want it done. Only one reason why you have to do it is enough. I'm searching the one BIGGG reason i have to do "this".

Daa

Makan berat ketika sarapan

Assalamualaikum

Selalu kan dengar orang kata makan "BREAKFAST LIKE A KING, LUNCH LIKE A PRINCE, DINE LIKE A PAUPER" ada jugak aku pernah dengar kata dine like a beggar. Kesian sangat tu. Hehehe..

Sarap penkek..hahaha..berkhasiat lah sangat..sembang kiambang..
Anyway. Orang kita panggil sarapan. Omputeh kata break-fast. Orang Jepun kata choushoku 朝食 atau pun asagohan 朝ごはん yang bermaksud makan pagi. Aku tak pasti perkataan sarapan tu datang dari mana. Tapi breakfast dalam perkataan inggeris tu bermaksud kita break(patah?pecah?) fast(puasa).
Last meal sebelum kita makan sarapan pagi biasanya adalah pukul 8 malam. Kalau ambil late dinner atau pun makan supper maybe pukul 12 malam. So sepanjang masa tidur lebih kurang 6-8 jam atau lebih tu dikira kita berpuasa la kan.  Bersarapan tu bermaksud kita membatalkan puasa jugaklah kiranya. Dikatakan masa paling sesuai untuk bersarapan adalah dalam masa sejam selepas kita bangun pagi. Kalau bangun pukul 11. Maksudnya sebelum pukul 12 dah kena sarapan lah. Hehehe..

Oleh kerana inilah sarapan pagi adalah yang paling penting sekali. Selain dari itu, nak kekal bertenaga kenalah isi perut dulu kan. Apa pun, nak isi perut ni bukan sekadar isi tanpa mengambil kira kualiti makanan tu. Sebab kalau makanan yang kita ambik tak berkhasiat, effect nya akan dapat rasa sepanjang hari tu. Badan akan cepat letih, baru pukul 10 dah rasa mengantuk, rasa malas atau tak bersemangat. Mungkin dalam hal ni ramai yang mementingkan kuantiti.

Ada yang kata, kalau tak ambil "makanan berat" mesti lapar balik sebelum tengah hari.
Ada pulak yang dah terbiasa tak makan sarapan tak kira dengan apa juga alasan. Sibuk, malas, dah biasa dan sebagainya.

Hakikatnya tetap sama. Sarapan adalah permulaan hari kita dan hidangan yang paling penting sekali. Sarapan yang sihat adalah
(1) Makanan yang senang nak dihadamkan - Enjin belum panas, takkan nak suruh full speed terus kan..
(2) Makanan yang seimbang - Burger McD memang ada sayur, tapi tak cukup seimbang :)
(3) Mengandungi nutrient dan serat yang tinggi - Serat yang tinggi penting untuk bagi effect kenyang sampai tengah hari
(4) Kurang lemak dan minyak - Nasi lemak, roti canai, mi goreng out okeh :P Sesekali takpe lah.
(5) Minuman seperti kopi dan teh adalah berasid dan kurang sesuai diminum pada waktu pagi.


Haih..dah semua tak boleh apa yang boleh..?

Kalau nak cepat breakfast cereal atau oats adalah satu option yang baik. Lebih elok lagi kalau tambah fresh fruits dalam tu. Minuman pulak macam unsweetened juice atau susu pun dah ok. Kalau rajin sikit buat smoothies/shake buah dan sayur pagi-pagi pun bagus. 5 minit je. Tak payah masak pun. Ada macam-macam resepi yang sedap kalau google. Guna susu boleh, yogurt boleh, protein powder boleh. Lepas tu tambah segala bala buah dan sayur. Lebih banyak lebih baik. Jangan tapis lah.

Mungkin ada yang tanya..kenyang ke? Kenyang! Aku dah cuba.. Mungkin ada yang rasa, makan nasi lemak lebih kenyang. Aku tak pasti benda ni happen kat semua orang ke tidak. Tapi kalau aku makan nasi lemak. Perut rasa full tapi badan rasa tak berapa nak bertenaga dan mudah rasa mengantuk. Aku saspek rasa full tu mungkin disebabkan oleh lemak dan minyak sukar nak dihadam dan bagi rasa kenyang lebih lama. Masalahnya dalam masa yang sama ia bagi tekanan pada perut untuk bekerja keras menghadamkan makanan tu.

Apa pun old habits die hard kan..Katalah apa pun. Nasi lemak dan roti canai tetap di hati :)

Nota kaki : Susahnya nak train diri makan makanan berkhasiat kan. Haihh..

Daa

Rabu

Orang felda jom melabur di KPF

Assalamualaikum

Bagi yang bergelar anak Felda yang ibu bapanya masih hidup lagi. Sila tersenyum dengan ceria sebab ada satu lagi option untuk melabur yang aku consider sebagai selamat buat masa sekarang. KPF - Koperasi Permodalan Felda. Pada aku bagi yang takut nak ambik risiko melabur dalam unit trust, emas dan saham terbuka. KPF adalah satu option yang sangat baik. Selain dari tu dividen tahunannya lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh ASB. Iaitu antara 10%~16%. Wayyy better than ASB kann..Tak silap aku untuk 2010 diorang bagi dividen 10% dan bonus 5%. Menarik kan..

Tapi downfallnya adalah ianya hanya untuk orang yang ada kena mengena dengan Felda. Kalau ayahnya orang Felda tapi dah meninggal dunia pun tak layak mohon jadi ahli KPF.

Liquidity bagi saham KPF adalah setahun. Maksudnya kalau dah masukkan lepas setahun baru boleh keluarkan. Dan aku tak rasa sesenang macam keluarkan saham ASB sebab kaunternya kat pejabat KPF atau kena hantar surat permohonan melalui pos. Leceh kan..

Minimum investment RM100 dan maximum investment adalah RM250k bagi satu keluarga. Maksudnya kalau family ada 5 orang, nak bagi-bagi secara adil. Sorang boleh invest RM50k sahaja lah. Kalau jenis main siapa cepat dia dapat. Siapa yang kaya untung la kan. Hahahaha..

Nak buat permohonan senang je. Boleh buat menerusi pejabat Felda kat kampung sendiri atau pun directly hantar borang permohonan ke pejabat KPF kat KL. Aku lebih prefer hantar borang terus. Lepas 2-3 minggu call bertubi-tubi tanya status. Diorang boring nanti diorang buat cepat lah benda tu. Once dapat nombor keahlian terus isi borang untuk melabur. Sama ada bagi dalam bentuk wang pos atau pun dapatkan nombor akaun KPF lepas tu bayar kat bank. Lepas bayar jangan lupa fotokopi receipt sebab yang original nak kena pos dengan
borang permohonan investment.

Aku tau kaedah ni sort of ketinggalan zaman. Leceh etc. No wonder lah baru 2-3 tahun ni aku kenal KPF despite of being anak Felda selama err..28 tahun..hahaha..better late than never kan.

This is maybe not the best investment vehicle, tapi it worth a try kan. Anak Felda yang berminat sila jangan sia-siakan peluang yang ada.

Nak tau lebih lanjut boleh baca di laman web KPF

Daa

Aku dan teknologi

Assalamualaikum

Aku rasa aku ada problem dengan kepala aku la. Hahaha..Dah dekat seminggu kepala aku sakit. Tido pun tak jadi apa. Aku makan panadol sekali je 2 hari lepas sebab tak tahan. Lepas tu ok kejap. Bangun tido ada balik. Pelik kan..

Aku memang ada masalah sakit kepala dari sejak umur 12 tahun. Bila pergi jumpa doktor pun doktor bagi panadol. So.In a way aku rasa cam malas nak pergi klinik. Maybe sebab aku ada sinus problem dengan mata aku rabun.

Sejak-sejak dah start bekerja ni aku rasa sangat yang teknologi memang membuatkan manusia jadi malas dan menyebabkan kita tak banyak gunakan otak dan tenaga.
(1) Calculator - Kalau dulu darab 3 digit dengan 2 digit aku boleh buat tanpa calculator. Skang ni terkial-kial gila.
(2) Komputer - Aku boleh baca dan menaip kanji jepun kat PC. Tapi bila nak tulis aku dah lupa stroke nya. Haihh..Tulisan pun dah makin huduh. Hahhaa
(3) Remote control - Pernah tak terfikir bestnya kalau segala benda dalam dunia ni ada remote control. Kat Jepun kipas angin meja tu pun ada remote. So, naturally balik Malaysia bila remote TV rosak aku tukar channel guna kaki. Aku tau huduh. Bila dah ada anak aku cuba control diri aku dari buat macam tu lagi. Hahaha..
(4) Kereta/Motor - Rumah akak ipar aku jalan 15minit je. Kalau jenis macam aku memang tak sempat nak pecah peluh. Tapi naik kereta lebih senang kan. :P
(5) TV/Astro - Memang bagus ada TV. Tapi kadang-kadang nak tidur awal atau nak keluar pergi buat kerja ada tayang cerita best pulak. So hold dulu sampai cerita habis. Haihh..Buang masa kan..


Banyak lagi lah. Aku rasa teknologi memang bagus sebab memudahkan manusia dalam banyak hal. Tapi sesetengah darinya menyebabkan kita jadi malas nak fikir, malas nak bergerak.

Nota kaki : 2-3 hari ni aku buat kerja sambil tersengih sebab sambil baca sinopsis drama. Pelik je bos aku tengok. Mesti dia kata. Tengok nombor pun boleh suka. Hahaha..

Daa

Selasa

92.5% rakyat Malaysia tak makan secara sihat

Assalamualaikum
Hasil dari laporan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ni, cuma 7.5% rakyat Malaysia makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari. Bermaksud 92.5% lagi tak mengamalkan pemakanan sayur sebanyak lima hidangan seperti yang dicadangkan.

Oleh itu tak hairanlah kalau ramai orang yang secara luaran nampak tak sakit, tapi sebenarnya bukan sihat pun. Dan memang tak terkejut lah kalau sampai hari ini takde tanda tanda sakit. Esok lusa tiba-tiba je collapse, sakit jantung, masuk ICU. Innalillah.

Walau pun aku rasa ramai orang sangat cemerlang dalam peperiksaan sains dan kenal rupa piramid makanan, tapi masih ramai yang gagal nak apply pengetahuan tu dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa ramai yang cemerlang dalam peperiksaan tapi dalam kehidupan realitinya ramai yang gagal. Sebab kebanyakannya gagal untuk apply pengetahuan yang dapat di sekolah pada kehidupan seharian.

Salah kementerian pelajaran atau salah cikgu, murid zaman sekarang belajar untuk peperiksaan bukan belajar untuk kegunaan hidup. Apa pun. Tak hairan kalau kita tengok doktor yang tak cukup fit,smoking. Cikgu yang berperangai macam samseng, sepak terajang anak murid. Akauntan yang bankrupt.

Kalau ada pengetahuan, tapi tak digunakan adalah sama macam tak tahu apa-apa.

Nota kaki : Nak suruh sihat pun susah kan..Banyak je alasan. Sibuk lah. Tak sempat lah. Ngadap Astro ada masa pulak :P

Daa

Durian runtuh pelabur ASB

Assalamualaikum

Semalam ASB announce dividen tahunan diorang. Aku dah terlupa sebenarnya. Terbaca entry kat blog mamaema. Baru teringat balik.

Sedikit aku nak sentuh bab membuat pelaburan ni. Seingat aku, kesilapan aku yang paling jelas masa aku start belajar nak menyimpan dan melabur ni adalah target.


Target tu adalah berapa banyak kita nak capai dan dalam masa berapa lama kita ambil untuk capai matlamat tu. Benda macam ni mungkin remeh. Tapi penting sangat untuk kita. Contohnya macam ni, kita nak pergi Johor, tapi tak tau nak pergi mana dan tak tau nak sampai dalam masa berapa lama. So kita mungkin end up, singgah Melaka. Pergi A Famosa. Lepak kat Pagoh. Bila sampai kat Johor pun kita tak pasti nak ke mana. Nak buat apa pun tak tau. Rasanya ada kepuasan tak? Macam buang duit buang masa kan.

Macam tu jugak matlamat kewangan kita. Kita melabur ke menyimpan ke kena set satu matlamat. Contohnya kita set nak cukupkan simpanan RM100k dalam masa 5 tahun.  Bila ada matlamat macam tu kita akan ambik inisiatif untuk kaji pelaburan yang macam mana yang bantu kita untuk capai matlamat tu. Maksudnya dalam setahun kita kena ada RM20k. Berapa banyak kita nak laburkan untuk capai RM20k setahun. Berapa peratus interest/dividen/pulangan whatever you call them, yang pelaburan kita tu bagi dalam setahun. Perlu buat pinjaman ke? Berapa banyak pulak interest pinjaman tu. Berbaloi ke tidak.

Mungkin ada yang tak setuju buat pinjaman untuk melabur. Tapi dalam kewangan, ada yang kita panggil good debt ada yang kita panggil bad debt. Meminjam untuk melabur adalah sejenis good debt. Provided, kita ada plan lengkap untuk buat bayaran semula. Jangan main redah je.

Kalau tak ada satu matlamat yang betul-betul jelas. Kita akan berakhir dengan, bila sesak je cashout duit simpanan. Sudahnya adala simpanan 2-3ribu. Ulang alik macam tu. Kalau duit gaji tak cukup untuk buat simpanan atau pelaburan, ini adalah masanya untuk manage duit dengan baik. Bayar gaji pada diri sendiri dulu baru bayar hutang lain. Duit gaji sendiri tu untuk simpanan/pelaburan. Kalau duit nak bayar hutang tak cukup. Pandai-pandai la buat bisnes ke keja part time ke. Kita tak tahu jadi apa pada kita di masa depan. Jangan tinggalkan anak-anak dalam keadaan yang lebih teruk dari miskin (menanggung hutang mak bapak) Yang mana aku rasa senario biasa masyarakat zaman sekarang.

Pada aku melabur dalam ASB ok je untuk matlamat simpanan jangka panjang. Bagi yang nak lebih cepat dengan matlamat simpanan yang lebih tinggi, aku cadangkan option lain macam unit trust ke. Sebab returnnya lebih tinggi. Tapi biasala. Return tinggi datang dengan risiko. Kena faham jugak sikit sikit selok belok pelaburan. Jangan harap pada ejen semata-mata. Kalau anak orang Felda, cuba risik risik pelaburan KPF. So far returnnya tak kurang dari 10% dan pernah capai 16%. Kira-kira 2 kali ganda jugak dari ASB. Dan dalam masa yang sama, risikonya rendah. Cubalah. :D

Nota kaki : Berapa dah simpan?

Daa

Isnin

Melelehhh...

Assalamualaikum

Aku tak sure aku layak ke tidak cakap pasal dream car sebab aku takde lesen. Hahaha. Tapi aku sangat-sangat impressed dengan Honda punya brand. Dedication diorang untuk menghasilkan kereta yang mesra pengguna dan mesra alam.


Website Honda Jepun
Kereta yang aku senaraikan sebagai kereta idaman aku kalau aku kaya dan ada lesen adalah Honda CRZ. Sejak cerita pasal CRZ concept car yang sangat amazing. Hasil penceritaan shujin. Aku dah drooling dengan featuresnya sebelum aku tengok kereta tu. Kalau tak silap aku, Honda CRZ adalah the first electric sport car. Amazingly, maximum speednya 180km/h.

Yang warna biru tu semuanya digital. Meleleh ko...
Ok la kan. Bukan nak pegi racing kereta. Aku dengan takde lesen ni bawak 70-80km/h pun dah cukup hebat. Kahkahkah.. Apa yang menawan hati aku adalah segala benda kat atas dashboard tu digital. Erghh.. Tak tahan. Dari segi performance aku tak berani cakap lah. Tapi knowing Honda. Aku memang suka sangat dengan kereta keluaran diorang. Sejak dari zaman aku kenal motor Honda cup lampu bulat tu. So..kalau ada rezeki. Aku nak shujin belikan yang ini kat aku. Hahaha..

Shujin lagi suka X6. Tapi aku rasa besar sangat kot. Features aku yang kecik ni patutnya kereta mini je. Tapi sebab kereta ni pun less expensive dari yang aku bayangkan. Aku prefer CRZ. Cantik kan kale kuning. Kata shujin CRZ dah boleh order since last year. Harganya RM115k. Aku consider murah la untuk green technology punya kereta. Cantik pun cantik. Aihh...

Daa

Kasih emak

Assalamualaikum

Salam Isnin. Mood weekend duk melekat lagi nih.

Jeles je tengok post mortem entry oleh mereka yang join blogger gathering semalam. Haihh..

2-3 hari lepas aku call mak. Biasalah kalau borak dengan mak kalau tak setengah jam memang tak sah. Sambil-sambil tu  sibuk lah aku tanya mak masak menu apa hari tu. Mak pun macam biasalah. Jawabnya "Makan biasa-biasa je". Hehehe. Aku tanya lagi. "Masak apa mak..ala..kita tanya la..mak ni kita tak kisah pun" Mak jawab "Ikan sembilang asam pedas" Gulp!! Sedapnyaaa..Kata aku dalam hati."Ala...semalam mak pergi Rengit. Singgah beli ikan sekali. Nanti akak balik kita pegi ok" Sambung mak nak sedapkan hati aku. Aku pun jawab "Mak ni. Kita tak kisah la. Kita tanya je. Lagi pun bukan kita tak pernah duk jauh tak boleh makan semua tu. Nanti kita balik cuti krismas ni mak buat lah..Hehehe" Mak kata pulak "Ye la. Mana tau nanti akak terliur pulak" Erghhh.. Memang pun. Ikan sembilang asam pedas mak memang belum pernah mengecewakan aku. Pekat. Berminyakk..Haihh.. Nak buat entry ni pun aku dah terbayang ikan sembilang yang isinya lembut-lembut tu. Lagi-lagi kalau letak kuah banjir lepas tu tuang kicap. Huhhh..Boncit pun boncit lah.

Gambar Google : Ikan sembilang bukan ikan keli tau!
Tapi takkan aku nak kata ya. Kesian pulak orang tua tu kerisauan nanti. Takut anaknya kempunan. Hihiih..Sayangg mak.. Mak-mak memang macam tu kan. Masa aku belajar dulu lagi la. Tobat dia sembunyi taknak bagitau masak apa kalau dia masak sedap-sedap. Walhal pada aku mak kalau masak apa pun sedappp je. Biar sadin je pun. Hahaha..Dah nama pun anak mak kan.

Balik kali ni nak kena belajar masak asam pedas. Berapa kali dah mak ajar. Tapi biasa lah aku. Mak masak lagi sedap. Shujin pulak tak berapa sangat makan ikan. So aku pun malas nak meroyan sorang-sorang makan ikan. Balik Johor baru lepas gian. Nasib lah shujin kahwin dengan anak penjual ikan. Kitorang kalau ayam ke daging kurang sikit. Tapi kalau ikan. Memang macam-macam jenis. Ikan laut je la. Ikan sungai tak berapa. Sejak kahwin ni je aku belajar makan ikan keli. Tu pun bila shujin kata dia teringin nak makan. Eh jadi cerita ikan pulak kan..

Hujung minggu ni nak balik Johor. Hishh..Rindunya dengan masakan emak. Nasib la kahwin dengan orang jauh. Tinggal kena tengah tengah nak bagi adil. Dah balik sebelah sini. Kena lah balik sebelah sana pulak. Kalau tiap-tiap bulan nak balik bengkok jugak laki aku.

Nota kaki : Macam mana agaknya bila anak-anak aku da besar nanti. Agak-agak diorang teringat tak masakan aku macam aku teringat masakan mak. Maklumlah. Aku ni tangan tak berseni. Masak pun lebih kurang je. Hehe

Daa

Ahad

Kecewa sekali lagi

Assalamualaikum


Pukul 12 tengah hari 18hb December.. lebih kurang sebulan jugak aku tertunggu-tunggu tarikh ni. Dah janji nak ke Gathering Blogger kat rumah pakcik LuahFikiran. Dah janji dengan Irfa. Shujin pun dah setuju. Aku dah janji dengan kawan sekolah aku nak lepak dengan dia lepas habis gathering. Aku dah masak kuih bakar pandan untuk dibawa. Tapi.......




Tapi..........




Kita cuma merancang.. Tuhan yang menentukan. Belum ada jodoh aku nak jumpa kawan-kawan blogger nampaknya. Aku tak dapat pergi jugak kali ni..Mesti kengkawan yang datang tengah seronok beramas mesra...


Kecewa...Tapi nak buat macam mana. Dah takdir Nya.


Aku redha...Rugilah Irfa tak dapat rasa kuih aku. Hihihi..


Daa

Jumaat

How are you living your life?

Assalamualaikum

Selamat hari Jumaat. Hujung minggu yang ditunggu-tunggu pun tiba. Terima jemputan secara rasmi dari pakcik LuahFikiran ke blogger gathering hari Ahad ni. Sambil-sambil aku masih pening nak bawak apa. Hahaha.

Aku dah boleh masuk dashboard, dah boleh BW..insya allah aku akan terjah blog kawan-kawan semua. Tapi maaf. Aku maybe tak reply komen entry yang lepas-lepas sebab dah banyak sangat tertinggal. Selain dari tu aku menyampah tengok format entry yang berterabur je.

Aku terjumpa secebis kata-kata (cewah) ni kat dalam buku nota aku.

How are you living your life?

Sejujurnya...jawab dalam hati..

Are you on a mission, or are you living it day to day?

Katakanlah..seorang student. Misi nak dapatkan kerja yang baik. Bila dah dapat kerja yang baik. Pernah tak tanya diri sendiri. Whats next?

Dalam kita menjalani hidup sehari-hari, kadang-kadang kita terlupa tujuan kita dilahirkan ke dunia ni. Termasuk aku. Kadang-kadang aku rasa kehidupan aku sehari-hari adalah mencari kebahagiaan dan keseronokan. Sedangkan semua tu sepatutnya bukan sebab kenapa kita dilahirkan. Kebahagiaan dan keseronokan akan datang bersama-sama apabila kita menjalani misi kehidupan kita.

the purpose of life is to live a life of purpose


This is mine
What are yours?

Suke sangat ayat ni
Nota kaki : There's nothing you can do if you believe. Satu masa dulu orang kata manusia tak boleh terbang. Tapi Wright Brothers buktikan bahawa kita boleh terbang. Diorang berjaya sebab diorang percaya. Bak kata Albert Einstein logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.

Selamat berhujung minggu. Jumpa kat gathering kepada yang pergi. Insya allah.

Daa

Khamis

23000 rakyat Malaysia dah berdaftar..korang bila lagi?

Assalamualaikum

 

Baca dak berita semalam? Nak sembang semalam tak sempat. Kerja kerani pun sibuk rupanya. Nyampah aku!

 

Ni statistik baru keluar dalam paper semalam. Maaf kalau dah basi sikit. Just untuk sesiapa yang belum baca :D.

 

Statistik nombor

RM700 juta digunakan oleh rakyat Malaysia untuk perubatan dan dialisis setiap tahun

Setiap pesakit membelanjakan hampir RM30k dalam setahun

23000 orang pesakit buah pinggang telah berdaftar, tetapi kementerian kesihatan percaya bahawa angka ni lebih lagi sebab ramai orang tak sedar keadaan buah pinggang mereka.

** Note - Buah pinggang adalah antara organ paling loyal sekali. Tak komplen apa pun melainkan kalau dah terlalu teruk.

15% rakyat Malaysia berisiko mengalami masalah buah pinggang, bermaksud 4.1juta rakyat Malaysia adalah berisiko.

Ramai orang ambik mudah penyakit buah pinggang sehinggalah bila diorang realize buah pinggang dah tak boleh diselamatkan. Dan hanya boleh bergantung meneruskan hidup melalui dialisis. Menurut ketua Nephrology di kementerian kesihatan menegaskan bahawa menambah kemudahan pusat dialisis dan pusat pemindahan buah pinggang adalah tidak membantu. Hehehe. Of course lah. Macam bina jamban lepas dah terkincit. Huhu..

Penyakit buah pinggang bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. Ia adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang tak sihat. Kalau tak silap aku, buah pinggang menjalankan lebih daripada 300 fungsi dalam badan manusia. So bayangkanlah kalau tak boleh guna dah. Rajin makan ubat adalah salah satu kaedah yang paling mudah nak rosakkan buah pinggang. Drugs akan membebankan proses buah pinggang. Ubat kalau kena makan, waaajibbb makan. Tapi jangan lupa, kita hidup dengan membuat pilihan.

Contoh mudah macam ni. Kalau sakit kencing manis. Memang kena makan ubat. Tapi dalam masa yang sama kena kawal pemakanan, dan ubah gaya hidup. Ni tidak. Makan lebih dari orang sihat. Lepas tu wonder kenapa makan ubat pun sakit tak baik-baik jugak. Kita boleh pilih untuk kawal penyakit dengan ubat, which is hanya akan menambah masalah dikemudian hari atau pun ubah cara hidup. Pilihan terletak di tangan kita.

Dalam satu buku aku baca dia tulis, kalau kita tak ada masa nak bersenam, kita cari masa untuk cari penyakit. Something like that la. Aku tak ingat sangat ayatnya.

Bila dah sakit, jangan kata takdir semata-mata pulak. Takdir memang takdir. Tapi jangan lupa yang sendiri cari penyakit.

Bisnes ubat memang meriah kan.. Walau pun tak menyembuhkan, ramai org letak hopes pada ubat tanpa mengetahui yang diorang letakkan harapan pada tempat yang salah.

Nota kaki : Selamatkan buah pinggang, minum air bertapis bersih supaya buah pinggang tidak terbeban. Makan vitamin C untuk bantu buah pinggang tapis pewarna tambahan dalam makanan yang tak perlu pun, tapi orang tambah bagi makanan nampak sedap

Daa

Fake it till you make it

Assalamualaikum

Salam Khamis. Waiii...rindunya nak berblogging macam manusia normal. Post entry melalui dashboard instead of email. Baca entry kat blog instead of google reader. Komen pun tak bolehhss. Mood nak berblogging pun ke laut jadinya.

Since internet kat rumah aku lembab tahap dewa dewa, aku mintak maaf sebab cuma boleh lawat beberapa blog setiap hari. Aku cuba rotate sebaik mungkin okeh!

Bercakap tentang fake it till you make it. Aku rasa banyak perkara aku boleh apply benda ni. Contohnya gaya berjalan aku. Sejak dari zaman sekolah aku memang tau aku kena buat something tentang gaya jalan aku yang lain dari yang lain. Ayah pun selamba je perli-perli aku kalau aku masuk kawad kaki. Tak terkeluar dari barisan ke. Sebab aku jalan dengan gaya yang amat bersepah katanya. Dan seorang lagi lelaki penting yang sound direct kat aku pasal gaya berjalan ada encik shujin. Tensen tau bila dia gelakkan gaya aku berjalan. Membuatkan aku berazam nak berlatih jalan ala-ala model.

Aku rasa bila aku berjalan, pinggul aku agak stiff. Aku segan nak lenggang-lenggang sebab aku rasa macam mengada-ngada sangat. Bila diteliti dengan baik sebenarnya hayunan pinggul tu penting supaya rentak kita berjalan tu nampak lebih lemah gemalai. Entah. Aku dalam proses nak mencuba dan aku harap aku tak terover menghayun pinggang. Nak tanya shujin memang tidaklah sebab aku nak buat surprise bagi kat dia. Tak surprise la kalau aku bagitau awal-awal aku nak ubah gaya jalan kan. Hahaha.

Letih woo pinggang nak berayun sebab aku dah terbiasa dengan gaya jalan yang err..entah cemana tah. Orang lain semua kata ok. Tapi dua lelaki penting dalam hidup aku ni kata tak ok. Haruslah aku percaya mereka kan. So by hujung tahun ni aku berazam aku dah dapat train diri aku untuk berjalan dengan baik. Sekarang aku sedaya upaya untuk ingat gaya jalan tu. Masalahnya masa kat office aku concious aku ingatlah nak jalan bergaya-gaya ni. Tapi bila balik rumah pakai pun selipar je, takde gaya dah. Hahaha.

Aku harap teori fake it till you make it aku ni berjaya. By 31 December 2011, aku akan berjalan dengan gaya yang shujin leh bangga nak ngaku aku bini dia walau pun nampak dari belakang. Hahahaha.. Aku harap dia tak baca lagi entry ni.

Nota kaki : Tak sabar nak tunggu blogger gathering anjuran Dato LuahFikiran kat Bangi weekend ni. Haihh..Nak bawak apa dah?

Daa

Selasa

t-efal - sorry

Assalamualaikum

Sorry kalau ada misleading information dalam posting aku sebelum ni. Aku tak boleh nak komen dan tak boleh nak letak additional information to the post sebab internet condition kat ofis ni. Which is s*ck!! I mean sick. Hehehe..

Bukan aku kata tefal tu mengandungi chemical. Masalahnya adalah coating Teflon. Kalau ikut kajian, Teflon dan most non stick punya cookware ni akan release chemical atau pun toksin pada suhu tinggi. So there is a risk there. Lagi pun, in time dan most of the time yang berlaku adalah, non stick pan tu calar. Ini akan menambahkan lagi possibilities makanan yang dimasak tu contaminated. Walau pun sedikit. Terbaik sekali adalah pakai stainless steel punya barang atau again..kuali cam cik ina.. nasib baik ayah bagi hadiah kahwin dulu kuali tu. Thanks ayah!!

Daa

Nak bunuh semut racun anak sendiri

Assalamualaikum
Mati-mati aku ingatkan hari ni Isnin. Hehehe. Lupa pulak senin cuti.
Aku yakin ramai dengan pasti rasa rumah mereka cukup sihat. Meh buat gaya trivia sikit. Tahukah anda bahawa udara di dalam rumah adalah 5x lebih tercemar dari udara di luar rumah. Meh tengok video ni untuk tahu lebih lanjut.


Video di atas ni sebenarnya adalah related dengan sebuah buku yang bertajuk "The Healthy Home: Simple Truths of Protect Your Family From Hidden Household Dangers"
Baca lah kalau rajin, sangat bagus

Buku ni menceritakan tentang bahaya peralatan rumah yang dikatakan memudahkan kita, tapi secara tak langsung ia mengeluarkan toksin yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Even non stick pan seperti err t-efal tu pun bebaskan chemical pada suhu yang tinggi ok. Alaaa..kan kan..paling bagus pakai kuali cam yang cik ina selalu tunjuk kat sesi masak2 dia tu. Selain itu, ada juga diterangkan kaedah bagi mendapatkan rumah yang sihat. 

Antaranya yang dihighlights adalah dengan menggunakan product yang chemical free dan mesra alam. Yup. Selama ni kita mungkin tak peduli sangat banyak mana toksin yang dibebaskan oleh mister masel sebab ia sangat berkesan untuk mencuci bilik air tanpa perlu memberus hingga tangan keluar masel. Tapi lepas baca buku ni, kita akan lebih aware pasal semua tu..Nak mop lantai pakai f-a-bulo-so pun fikir banyak kali. Hihihi..
Kalau boleh cari natural product. Nak lebih baik lagi yang dah di approve oleh Environmental Protection Agency (EPA). Bebas dari chemical berbahaya. Selamat untuk alam dan yang penting selamat untuk kita.

Baca  lebih lanjut tentang kekdah mendapatkan rumah sihat di MyHealthyHome 

Apa yang menarik bagi aku adalah, penggunaan barangan yang mesra alam di rumah bukan sahaja demi kesihatan kita, tapi adalah untuk memelihara alam untuk generasi akan datang.

Bak kata orang, "DUNIA INI BUKAN KITA WARISI DARI GENERASI TERDAHULU TETAPI KITA PINJAM DARI GENERASI AKAN DATANG"

Nota kaki : Glad that I involve with such a wonderful people yang bagi banyak pengetahuan tentang nilai kemanusiaan macam ni.

Dah namanya pinjam. Takkan nak pulang dalam keadaan yang tak elok kan. Fikir fikirkan. Jangan kerana nak bunuh semut, kita racun anak sendiri. Nak cantik, tepek macam-macam jenis barang mekap dari chemical..sama cam bubuh racun kat muka.Haaa..takut tak..takut tak..Hahaha..

Daa

Jumaat

Malaysia memang boleh!!

Assalamualaikum

Aku jarang lunch makan selain dari nasi. Hari ni ntah apa mimpi aku order mi soto. Sedap pulak sesekali makan mi soto :P

Sambil makan aku membelek surat khabar. Perasan ala-ala bisnesman tengok saham la kot naa..Hahaha.. Sambil tu sempat jugak aku jeling-jeling meja lain yang duk khusyuk makan. Jenuh jugak lah kiranya aku nak habiskan semuanya. Tapi aku tengok beberapa orang ni. Lepas tolak pinggan nasik, bangun pulak ambik jejemput. Hebat gila. Aku memang kuat makan. Tapi aku prefer makan kerap instead of makan tak berenti renti.

Aku yakin dalam masa yang sama masing-masing duk komplen berat badan yang dah terlajak dan bising pasal nak berdiet. Dalam masa yang sama, rasa leceh sangat nak berdiet. Tak ada masa untuk bersenam dan macam-macam lagi. Sambil duk rakus mengunyah jejemput.

Malaysia boleh!

Everything comes with a price. Mungkin bukan dalam bentuk duit.

Sembang nak kurus tapi tak sanggup nak makan dengan sihat, tak sanggup nak ubah gaya hidup. Atau pun, bising duit tak cukup tapi nak duduk dalam comfort zone je.

Cakap kosong memang seronok. Tapi, in the end kita pun dapat kosong je lah. Apa pun tak dapat. Aku pelik bila orang-orang macam ni terus jugak mengeluh kerana hidup mereka takde perubahan.

Renung-renungkan..

Selamat hari jumaat & selamat bercuti panjang

Daa

Khamis

Calcium Deposits in blood vessel - Tak pernah dengar, tapi mungkin terjadi pada kita

Assalamualaikum

Dalam salah satu health talk yang aku attend, doktor tu ada sentuh tentang calcium deposits in blood vessel. First time aku dengar. Sayangnya doktor tak ulas lebih lanjut tentang fenomena tu. Just dia kata, ada mesin untuk check calcium deposits tu kat hospital sime darby kat sunway ni. Aku tak ingat panggilnya apa SJMC eh. Dan dengan bangganya doktor tu mention dia dah try mesin tu dan resultnya adalah pada umur 60 tahun lebih, dia takde mengalami benda tu. Katanya adalah kesan daripada mengamalkan gaya hidup sihat selama lebih 30 tahun. Harap-harap sebenarnya bukan mesin tu rosak. Hehehe..

Since aku still takde banyak maklumat pasal calcium deposits ni, pembacaan melalui hasil Google semata-mata. Agak banyak jugak fakta yang bercanggah antara satu sama lain. So susah sikit nak buat kesimpulan pasal ni.

Apa yang pasti adalah. Calcium deposits ni adalah satu fenomena di mana kalsium mengalir ke dalam salur darah seseorang dan membentuk mendapan. Mendapan ni kalau dibiarkan akan menyebabkan salur darah mengeras dan tersumbat. Macam yang kita tau, 99% daripada kalsium dalam badan kita adalah terdapat pada tulang dan gigi. Dan hanya 1% mengalir dalam darah bagi proses-proses penting. Sefahaman aku lagi, fenomena ni mungkin berlaku kepada orang yang tak mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada kurang bersenam atau tidak makan makanan yang seimbang.

Kalau tak bersenam, calcium akan leaking. Walau pun mungkin ada orang yang ingat kalsium berlebihan adalah salah satu punca fenomena ni berlaku, tapi sebenarnya kalau seseorang tak ambil cukup kalsium mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ni.
Selain dari tu, kekurangan vitamin dan mineral yang associate dengan kalsium seperti vitamin K dan juga magnesium juga boleh jadi penyebab. Simptom bagi masalah ni agak sukar dikenalpasti. Aku masih dalam usaha mendapatkan maklumat yang tepat tentang penyakit ni.

Apa pun, kesimpulan yang aku boleh buat adalah, lebih ramai orang zaman sekarang mati disebabkan oleh penyakit gaya hidup berbanding penyakit yang disebabkan oleh virus. Walau pun virus HIV tu menakutkan, tapi sebenarnya ramai yang mati kencing manis dari yang mati sebab AIDS.

Selain dari tu, kekurangan kalsium juga menjadi salah satu punca penyakit batu karang.

Nota kaki : Kalau ada yang pernah dengar pasal calcium deposits ni meh la share.

Daa

ADVETORIAL - Kitchen Aid Mixer

Assalamualaikum

Salam Khamis. Tawaran khas bagi sesiapa yang dah lama mengidam nak mendapatkan mixer yang selalu digunakan oleh chef terkemuka Kitchen Aid Mixer. Kitchen Aid Mixer ni memang terkenal sebab tahan lama dan lebih senyap.

Warna macam ni je

Features

Colour - Cavier

Warranty - One year warranty against manufacturing defects for all parts. Additional four years warranty against manufacturing defects for the motor only. Please keep warranty card for warranty claims.

Beater

Wire Whip - Eggs, Whipped Cream, Sponge Cakes, etc

Flat Beater - Cookie Dough, Cake & Pie Batter, Creamed Frostings, etc

Dough Hook - Yeast dough, Breads, Pizza Dough, etc

Designed to mix ingredients

- Unique 67-point Planetary Mixing Action & blends ingredients all the way to the edges without rotating bowl to ensure thorough, consistent result

- 300W

- 10 speed control

- 4.8 litres bowl

- Mixer head tilts for convenient access to beater and bowl

- Lock lever holds the head in place

- Bowl fastens tightly to the base

Cookbook PERCUMA

FREE! Kitchen Aid Mixer cookbook & *mystery gift

(*Purchase dalam bulan December)

For those who have a credit card can get futher discount with 0% interest 12 month easy payment.

Email kepada kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Nota kaki : Orang kata buat kek guna kitchen aid confirm kek naik gebu. Hahaha..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com