Rabu

Aku memang cool~ Anda bagaimana?

Assalamualaikum

 

Hari ni aku cuma sempat reply komen untuk satu entry je. Lepas tu sangkut balik. Nyampah aku. Terpaksa aku jadi macam Irfa, baca blog melalui google reader. Sungguh tak cool. Nak komen pun tak boleh. Baca je dengan hati meronta-ronta nak komen.

 

Tapi aku tetap ada cerita cool. Iaitu tentang gambar ini.

Seingat aku, masa sekolah rendah je aku duduk di front row atau pun center. Bring it on di situ. Kahkahkah.

Bila masuk sekolah menengah je, aku duk belakang sekali. Tak hairan lah kalau masa sekolah asrama dulu aku antara makhluk yang pertama sampai kat dewan makan. Siap kena berdiri atas meja. Memalukan sungguh. Sampai sekarang parents aku tak tau pasal kisah-kisah gelap aku.

Bila fikir balik sebab tu aku malas nak sambung study dah.

I'm too cool for school

Hahahaha...

 

Daa

Air yang sihat part 6 : Reverse osmosis sistem terbaik?

Assalamualaikum

Topik berkaitan dengan penapis air ni semakin menarik nampaknya, dah sampai part 6. Terutamanya bagi yang menjual dan menjadi pengguna penapis air dengan sistem reverse osmosis. Aku rasa ramai yang nak tahu kenapa aku tibai habis habisan RO ni. Mungkin ada yang anggap aku ikut perasaan. Tapi kat sini aku akan bagi beberapa link untuk pembaca semua nilai sendiri apa yang aku katakan. Dah sedia?

Cop cop. Sebelum tu aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada mana-mana entry aku yang menyinggung hati sesiapa. Memang pada asalnya tujuan aku adalah untuk mengkaji lebih mendalam tentang penapis air aku dan memberikan keyakinan pada diri aku untuk menjualnya. Tapi kemudian, ia bertukar menjadi rasa nak bagi awareness tentang pentingnya mempunyai pengetahuan tentang menilai sistem penapis air yang baik dan bukan sekadar beli dan ada.

Ok. Jom teruskan.
Sistem Osmosis
Air RO dikatakan air yang almost 100% bebas dari segala bahan cemar dalam masa yang sama tidak mengandungi sebarang mineral baik. Kandungannya dikatakan menghampiri pure water. Berdasarkan kenyataan bahawa bahan mineral dan nutrient yang terdapat dalam air adalah terlalu sedikit, menapis segala mineral tersebut dari dalam air adalah satu langkah yang selamat memandangkan kita masih mendapat mineral seperti kalsium, magnesium dan sebagainya melalui makanan.

Sejauh mana kebenarannya...? jeng jeng jeng...Ini adalah hasil gugelan dan pembacaan aku

Bahan cemar yang ditapis melalui reverse osmosis
Aluminum, Arsenic, Asbestos, Atrazine, Benzene, Chlorides, Chlorine, Copper, Cryptosporidium, Cyanide, Fluoride, Giardia, Lead, Mercury, Nitrates, Radium, Radon, Silver, Sodium, Sulfide, Trichloroethylene, dan Total Trihalomethanes.

Manakala bahan cemar yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil dari molekul air boleh melepasi membran sewaktu proses ini.  Satu kajian yang dijalankan oleh Bruce I.Dvorak (University of Nebraska), gas yang larut dalam air seperti hidrogen sulfida tidak ditapis. Selain itu, beberapa jenis racun rumpai dan VOC (volatile organic chemicals) juga dapat melepasi membran sewaktu proses RO dijalankan.

Tambah lagi, membran yang digunakan bagi proses RO mudah memerangkap mikroorganisma (hidup atau mati). Membran yang tersumbat boleh menyebabkan aliran air menjadi lambat dan mengurangkan prestasi membran tersebut. Ia seterusnya akan menyebabkan membran rosak. Masalahnya adalah bukan senang nak tau kalau membran tu rosak. Kita mungkin terguna penapis air yang dah rosak membrannya kalau penapis air tu tak ada monitoring sistem.

Sistem reverse osmosis menyebabkan pembaziran
Ketika proses RO dijalankan, air yang telah di tapis akan disalurkan ke paip untuk diminum, manakala air bersama bahan cemar akan dibuang. Hasil kajian menunjukkan, air yang diminum hanyalah 1/5 daripada jumlah sebenar air yang digunakan. Iaitu 4/5 lagi dibuang.
Walau pun ramai yang claim, mereka semakin sihat dan kekal sihat untuk satu jangka masa yang panjang selepas minum air RO, banyak laporan dan kajian yang menunjukkan bahawa air RO adalah tidak sesuai untuk diminum. Ini berdasarkan kajian dan laporan yang dikeluarkan sendiri oleh WHO pada tahun 1980.

Menurut kajian ini, demineralized water yang merangkumi air RO atau nano filteration dan distill water adalah berasid dan sangat aggressive atau corrosive. Oleh sebab itu tak pernah ada negara buat salurkan air RO ke rumah-rumah. Walau pun mungkin ada yang kata ada. Ini kerana, sifat corrosive air RO ni boleh menyebabkan batang paip terhakis dan sangat berbahaya untuk kesihatan jika diminum. Mungkin ada yang salah faham antara demineralization dan desalination yang dilakukan oleh beberapa negara yang kurang air tawar seperti di negara timur tengah.

Daripada apa yang aku baca dalam laporan WHO tu, sebenarnya air yang dimineralized ni adalah untuk kegunaan industri dan jugak untuk kegunaan dalam lab. Bukan untuk diminum. Malah, walau pun ramai yang claim air yang kosong semata-mata tanpa sebarang mineral mahupun nutrient ini selamat dan menyihatkan, laporan dari WHO menunjukkan sebaliknya. Aku pun tak reti nak terangkan macam mana. Sila lah baca sendiri : Studies conducted on human volunteers by the WHO, 1980.

Kalau nak baca senarai kajian mengenai air yang dimineralize aka air RO ni boleh rujuk di Lenntech.

Mungkin ada yang musykil sebab dah lama minum air RO tapi tak ada penyakit atau masalah kesihatan lain. Apa yang aku boleh kata adalah korang mungkin bernasib baik. Aku tak pasti tentang sistem penapisan yang guna sistem RO dan kemudian tambahkan mineral pada  air seperti yang di claim oleh sesetengah syarikat pengeluar. Bagi aku masalah yang akan berlaku adalah mengawal jumlah mineral yang bakal masuk ke dalam air. Yang pastinya kadar mineral dalam air semulajadi adalah paling baik. Tapi apa teknologi yang digunakan untuk memastikan penambahan mineral seperti kalsium,magnesium dan sebagainya tu  pada tahap paling optimum.

Ini adalah hasil pembacaan aku. Kalau ada yang nak bagi bahan rujukan lain yang relevan aku sangat alu-alukan.

Terima kasih sudi baca.

Daa

Persiapan ke Itali..Selamat tinggal Malaysia~~

Assalamualaikum

 

Dialog petang semalam,

 

Aku : cepat la sayangg...kita kena hantar mak pegi rumah kak long dulu ni.

Shujin : Kejap la..kan flight pukul 6

Aku : Ye lah. Kan barang satu pun tak kemas lagi... Baju semua awak dah masuk dalam beg ke.

Shujin : Senang je tu.

Aku : Ha..ye lah tu. Nak kena check in pukul berapa ni? Nanti lambat tak boleh check in pulak

Shujin : Yelah yelah..

 

Baru nak mula berkemas..masa tu dah pukul 4 lebih..geram betul aku.

 

Pukul 5.

 

Aku : Eh..awak belum siap lagi ke. Tak sempat dah ni.

Shujin : Awak call je lah postpone flight. Kan ada flight malam pukul 11 kan.

 

Akhirnya sampai sudah tak dapat call. Flight ke Itali terpaksa burn cam tu aje. Hangin gila aku.. Bukan sikit duit tau.

 

Tapi nasib baik dalam mimpi je. Hehehehe.. Kalau betul memang meroyan la aku..Huhuhu..

Aku tak tau macam mana boleh termimpi nak ke Itali pulak. Lebih kurang macam round trip gitu. Ada la beberapa Negara Europe nak pegi kononnya. Kahkahkah. Berangan. Ini semua gara-gara menghantar pakcik angkat kami yang pergi annual trip percuma dia tu. Marah gila tengok dia duk update status kat FB pergi Paris, makan-makan kat hotel five star free. Beg pun orang tolong angkut. Bawak body je. Duit nak sopping pun orang bagi. Dah la tu. Pagi ni kat Belgium. Petang esok ke Switzerland pulak. Jeles aku tau.

 

Nota kaki : Seronok kan kalau dapat melancong 5 star percuma macam tu..

 

Daa

Selasa

Air yang sihat part 5 : Apa pengguna kena faham berkaitan marketi ng penapis air

Assalamualaikum

Aku masih bersiaran melalui email memandangkan aku masih tak boleh nak access dashboard lagi. So maaf aku tak dapat nak BW ke blog rakan-rakan dan reply komen. Bukan aku sombong tau. Kat rumah internet lembab. Hehehe.
Nampak gayanya entry berkaitan dengan penapis air aku agak hot. Yang paling panas bontot adalah pengedar dan penjual penapis air RO system. Aku bukan saja-saja nak kata air RO atau penapis air brand company sekian-sekian tak bagus ok. Aku ada beberapa bukti berkaitan dengan syarikat penapis air yang cara mereka mempromosikan penapis air syarikat mereka sangat mengelirukan. Toksah la dok promote penapis air syarikat mana-mana kat blog aku. Since aku sendiri tak promote walau pun aku sangat-sangat teringin nak share pasal kebagusan penapis air yang aku jual. So far the most trusted and the best in the world. Bukan aku cakap. Ini adalah award dari badan yang sangat outstanding. Malas nak cakap company mana. Find out sendirik.

Okeh. Tujuan aku bukan nak mempoyokan diri mengatakan penapis air aku hebat. Tapi aku nak bagi ingatan sikit kepada sesiapa yang teruja dengan penapis air yang mereka jual. Kalau nak promote sila beritahu pengguna hal yang sebenar. Meh aku bagi hint. NSF standard adalah agak sukar difahami bagi kebanyakan manusia. In fact aku rasa aku sendiri tak berapa nak faham sebelum ni. Ada sesetengah NSF standard cuma certified material sahaja bukan the whole system. Kalau check kat NSF dia akan tulis, "certified for structural and material only". Secara mudahnya mungkin certain material seperti tubing ikut standard tapi macam mana system tersebut berfungsi tak semesti mengikut standard NSF. Tapi, penjual penapis air biasanya takkan terangkan benda ni. Mereka cuma akan bagitau pada orang yang penapis air tersebut certified by NSF. Malah, ada jugak yang lebih berani lagi yang letak "Member of WQA". Ahli WQA bukan bermaksud mereka certified by WQA. Tolong la faham.

Aku malas nak sebut nama brand atau nama company. Aku bukan nak tabor pasir kat periuk nasi orang. Tapi nak berniaga biarlah jujur. Memang tak menipu. Tapi tak bagitau hal sebenar menyebabkan pengguna pada kedudukan yang tertipu. Jangan ingat as long as orang tak tanya tak apa. Jual barang dengan orang biarlah bertanggungjawab. 

Selain dari tu, kepada yang beria ria promote pasal air reverse osmosis. Tolong study betul-betul mengenai system tersebut. Sistem RO tak semestinya removes segala bala bahan cemar. Sebab tu NSF ada letak standard 058 dan apa bahan cemar yang di tapis oleh system RO. Kalau rajin bukak website NSF.ORG dan baca tentang standard yang diberikan oleh NSF. Based on kefahaman aku, membrane pada system penapis air RO menapis molekul/particles yang lebih besar dari molekul air. Kalau lebih kecik, lepas. Maaf kalau aku silap. Aku masih dalam proses study. Tapia pa yang aku dapat melalui NSF adalah, RO system masih perlu diuji sama ada penapis air tersebut benar-benar boleh menapis segala jenis logam berat seperti plumbum, merkuri dan sebagainya.
NSF/ANSI Standard 58: Reverse Osmosis Drinking Water Treatment Systems
Overview: This standard was developed for point-of-use (POU) reverse osmosis (RO) treatment systems. These systems typically consist of a pre-filter, RO membrane, and post-filter. Standard 58 includes contaminant reduction claims commonly treated using RO, including fluoride, hexavalent and trivalent chromium, total dissolved solids, nitrates, etc. that may be present in public or private drinking water.

Cuba tapis air coke dengan penapis air mereka dan air yang ditapis tu come out jernih dan tak manis. Kalau berjaya meh email aku kesoma.rai@gmail.com. Aku nak bagi hadiah.

Daa

Sabtu

Resepi roti canai emak yang sedap dan mudah

Assalamualaikum


Sebagai anak emak, aku memang rasa resepi roti canai mak aku yang terbaik yang pernah aku rasa setakat ni. Dibandingkan dengan roti canai kat kedai memang tak terlawan lah. Sungguh pun ada apprentice mak yang datang belajar buat roti canai dan bukak kedai, tapi tetap tak boleh lawan roti canai mak. Aku rasa yang membuatkan roti canai mak yang tersedap bagi aku adalah, rotinya tebal tapi rangup diluar dan lembut di dalam, setiap lapisan roti tu nipis membuatkan roti tu rangup walau pun tebal. Sekilo tepung, cuma dapat lebih kurang 18 keping roti. Makan sekeping dua dah kenyang. Tapi untuk aku tiga keping lah. Hahaha... Dasar mentekedarah..


So setelah beberapa kali shujin mengugut nak hantar aku balik kampung kalau aku tak buatkan roti canai untuk dia, aku pun merajinkan diri buat roti. Aku cakap nak buat 500gm tepung je. Bukan ramai pun. Kitorang laki bini je. Shujin berdegil nak sekilo. Matila aku menguli tepung tu. Tapi shujin nak aku buat kecik kecik je saiznya. Dan nipis. So sekilo tepung tu dapat 35 keping. Makan dua orang okey. Pagi petang siang malam makan roti canai. Mabuk aku!


Resepi roti canai mak aku
Bahan-bahan
Tepung gandum - mak kata cap sauh tu yang terbaik
Air
Gula lebih kurang 2 sudu
Garam sikit
Sebiji telur
Marjerin secukupnya


Kaedah
Gaul tepung gandum dengan garam. Buat bulatan kat tengah. Pecahkan telur dan kacau. Lepas tu masukkan air. Uli sampai tak melekit. Lepas tu bahagikan kepada beberapa bahagian. Lebih kurang 50g setiap bahagian. Lepas tu bulat-bulatkan. Sapu dengan marjerin ke semua bahagian. Jangan ada yang tertinggal. Tutup lepas tu simpan sekurang-kurangnya 6-8jam. Aku biasanya buat malam. Pagi baru tebar. 




Lepas dicanai lipat-lipat dan bentukkan bulat macam ni. Jangan lupa
letak marjerin masa setiap proses
Penyek penyek untuk digoreng 
Selepas digoreng. Goreng pun letak marjerin tau
Kalau kat kedai diorang banyak guna minyak je. Tapi kalau guna marjerin lebih sedap dan wangi. Kos nak membuatnya pun murah gila. Aku dapat 35 keping tu lebih kurang saiz kedai makan. Maksudnya kalau jual dapat RM35. Kosnya baru berapa hengget. Gila lah. Aku patut bukak kedai makan. Hahahaha..






Selamat menyambut Maal Hijrah & berhujung minggu.


Daa

Jumaat

Yey..Jumaat~

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Minggu ni cuti berderet membawak ke Isnin. Ramai ke yang balik kampung?

Mengenai aku tak boleh masuk blog punya dashboard semalam. Jangan risau eh. Aku tak boleh masuk bukan sebab technical error ke apa. Simply because IT block internet aku temporary. Hehehe..

Yang pasal Little Whiz tu, sebenarnya Little Whiz tu kedai jual barang baby. Diorang ada buat affiliate program. Aku letak la banner kat blog tentang Penyusuan Susu Ibu aku tu. Then, bila aku mintak nak cashout diorang sengap je. Tensi jugak duk follow up banyak kali orang tak layan kan.

Aku memang penyabar sekarang ni. Tapi tak payah la buat aku hilang sabar. Hahahaha..

Terima kasih sudi baca.

Daa

Khamis

Memang lembab ke?

Assalamualaikum

 

Ada tak sesiapa pernah ada pengalaman cashout dari Little Whiz punya Affiliate Program? Memang lambat ke reply diorang bila kita request untuk cashout?  Thanks!

 

Daa

 

That day is TODAY

Assalamualaikum

Aku terpaksa berupdate menerusi email pulak sebab sekali lagi Dashboard dan blogspot telah di block. Macam hampeh ada jugak rasanya. Huhu..

Selalu tak dengar pasal orang kata "satu hari nanti..." , "nanti nak..." macam-macam yang mereka nak. Tapi bukan hari ni. Satu hari nanti. Satu sikap manusia adalah suka bertangguh. Termasuklah aku. Bila kena suruh ke apa. Kejap lagi. Nanti la. Nak makan makanan sihat, tunggu la nanti. Esok la mula. Bila dah esok kita cakap esok pulak. Sampai sudah tak start start. Ingat. Kita hidup tak selamanya menongkat langit. So, kalau ada apa-apa yang perlu dilakukan atau yang nak buat. Mulakan hari ni. Atau, jangan cakap nak buat tapi takde action pun.

That day is TODAY. Semalam dah lepas, esok tak pasti. Apa yang kita ada adalah hari ni. So mulakan segera. Jangan bertangguh.

Nota kaki : Maaf tak dapat nak ber BW ke blog kawan-kawan. >_<

Daa

Rabu

This is what i want to live for

Assalamualaikum

Entah kenapa aku ada kecenderungan untuk tulis tajuk entry dalam bahasa inggeris sejak akhir akhir ni. Sawan barangkali. Hehehe.. Ada beberapa keadaan di mana aku rasa disampaikan dalam bahasa inggeris lebih dramatik dan lebih taching. Sebenarnya aku tak pandai berbahasa inggeris pun.

Sumber : Google

This is what I want to live for
To help people around me help themselves live a better life

Macam buku yang pernah aku cakap "First Thing First" - To live, To love, To learn and To leave a legacy.

Over kan aku? Hahahaha.. 

Daa

Hari Diabetes Sedunia yang dah terlepas

Assalamualaikum

Bila sebut hari diabetes sedunia rasa macam something yang diraikan pulak kan.. Terbaca paper NST column khas berkaitan dengan penyakit diabetis. Satu bahagian khas berkaitan dengan mitos mengenai diabetes.


Aku tak beli paper tu. Aku baca kat 7e je. (Punye lah kedekut..haha) So aku tulis yang mana aku ingat ok.

Mitos 1
Drugs tidak baik untuk diabetes
Fakta : Drugs boleh membantu mengawal penyakit diabetes

Komen aku : Kalau dikupas dari segi membantu mengawal, aku tak nafikan bahawa drugs memang sangat berkesan untuk mengawal diabetes. Tapi setahu aku, belum ada lagi ubat yang dapat menyembuhkan diabetes kerana diabetes ini merupakan penyakit yang dikategorikan sebagai lifestyle disease. Apa yang diorang tak highlights adalah drugs yang diambil untuk mengawal penyakit diabetes mempunyai side effect dan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penyakit lain pulak. Nak sembuh kena tukar gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat. Agak-agak berapa orang yang makan ubat diabetes aware pasal ni?

Mitos 2
Supplement menyembuhkan penyakit diabetes
Fakta : Supplement tidak menyembuhkan penyakit diabetes

Komen aku : Seperti yang aku katakan, diabetes adalah lifestyle disease. Tak ada ubat yang boleh menyembuhkannya. Peranan supplement hanyalah sebagai sokongan kepada tubuh. Hmm.. Macam mana nak cakap eh. Supplement bukan ubat. So ia tak menyembuhkan. Tapi its proven that dengan changes in lifestyle dan pengambilan dietary supplement yang sesuai secara konsisten, seseorang boleh menurunkan kadar gula pada tahap yang normal. Malah, tak silap aku doktor yang tulis buku the spectrum tu pun ada tulis pasal ni.

Aku bukan nak kata apa yang diorang tulis tu salah. Betul lah apa yang mereka tulis. Tapi kenapa tak tulis in detail. Apa yang aku faham adalah penyakit adalah sejenis business. Selagi ada orang sakit. Selagi tu syarikat pengeluar ubat ada business. Supplement? Ala..makan sayur hari-hari. Makan secara seimbang tak payah makan supplement pun tak apa. Aku yakin kebanyakan orang fikir macam tu. Or at least, kebanyakan orang yang aku jumpa fikir macam tu. Sedangkan hakikatnya berapa orang yang yakin mereka dapat semua nutrisi yang diperlukan melalui makanan.

No such thing as prevention dalam fikiran mereka. Biasanya when they realize it, its already too late.

Ramai orang sekarang muda-muda belia dah dapat macam-macam penyakit. =)

Daa

What Do People Live For

Assalamualaikum

Video yang tersangat taching..CM ni dibuat based on true story. Sila lah lihat ia.

Youtube : What Do People Live For atau bahasa melayunya "Untuk apa kita hidup?"

** Sorry, tak boleh nak upload video masuk dalam ni. Maklumlah internet tumpangan. Hehehe..

Tambahan : Apa yang dikatakan dalam video ni sangatlah mendalam maksudnya. Pada aku kita tak hidup just untuk terus hidup tapi lebih daripada tu. Ramai orang sekarang tak menikmati hidup dan hidup kerana duit. Aku setuju yang apa pun nak kena ada duit. Tapi hidup kerana duit. Bangun pagi pergi kerja, tak boleh berhenti bekerja kerana apa? Kalau berenti kerja takde duit. So kerja kerana duit. Temberang lah kalau ada yang kata "aku kerja bukan kerana duit, aku kerja kerana minat, kerana nak tolong orang" Esok bos suruh kerja tak bayar gaji agak-agak lepas tu ada tak yang nak datang kerja? Sedih kan.. Tapi itu lah hakikatnya.

Nota kaki : Kalau ditanya "what do you live for?" Apa yang korang akan jawab?

Daa

Selasa

Miang macam lalat merah!

Assalamualaikum

Masa aku kecik dulu, kalau kitorang buat perangai mengada-ngada mesti mak aku kata. "Macam lalat merah!" Mungkin mak aku maksudkan anak lalat gamaknya.. Hehehe.. Mak aku memang ada bahasa kampung dia yang tersendiri yang cuma orang kampung dia je paham. Contohnya macam langu, kepai, dan banyak lagi. Yang uniknya. Sampai sekarang mak aku masih lagi bebas mencipta perkataan ikut sedap mulut dia. Dan kitorang adik beradik boleh paham walau pun dengar perkataan tu pertama kali. Hahaha. Hebat dak orang Ayer Baloi.

Sekarang ni kat TV8 ada ditayangkan cerita My Princess. Aku duk biang-biang keladi tengok cerita tu lah. Sambil tengok sambil tersenyum simpul persis anak dara tengah tunggu pinangan boifren. Sekarang aku dalam misi meracun shujin untuk belikan aku DVD cerita tu since aku nyampah nak dengar orang Korea speaking mandarin. Haih! Tak feeling betul. Dah la aku memang dah lama keminatan dengan mamat heronya tu. Since dari tengok dia berlakon dalam cerita Summer erkk..Summer ape tah. Lupa..


Doakan aku berjaya meracun shujin. Dia dah kata hero tak hensem. Ceh! Tinggi betul standard hensem dia tu. Tapi kakak Lee Seol tu comel kan kan.. Hikss.. Malam ni tak bulih tengok pasal ada appointment :(

Huuu...

Hakikat MLM : Wujudkah MLM yang ideal

Assalamualaikum

Aku neutral dalam hal berkaitan dengan MLM. Pada aku bad business adalah disebabkan oleh bad businessman. Kalau bukan MLM pun kalau tak jujur, takde usaha takkan berjaya.

Beberapa orang kenalan aku ada menyertai perniagaan MLM. Beberapa orang pernah promote kat aku dan aku bagi peluang diorang bercerita.Tapi business yang ditawarkan tak memenuhi kriteria yang aku nak so aku terus terang kata aku tak minat dan diorang pun takde lah paksa memaksa ke apa ke. Aku pun takdelah nak ban diorang since aku pun neutral je dengan business MLM ni. Maybe sebab aku tak pernah ada pengalaman kena tipu dengan orang MLM. Kalau gores dan menang tu pernah. (Tapi aku dapat balik duit aku melalui claim menerusi tribunal tuntutan pengguna) Hehehe.

Ramai orang kata MLM ni adalah perniagaan orang yang nak kaya cepat atau orang malas. Tapi bagi aku, kalau motivation seseorang tu join MLM adalah semata-mata kerana duit mereka akan kecewa dan putus asa. Kalau buat semata-mata kerana duit, mereka mungkin akan berjaya pada peringkat awal tapi takkan dapat bertahan lama. Sebab tu kalau tengok yang jenis suka join banyak MLM. Bila ada company baru je terus join dengan harapan boleh buat duit. Tapi akhirnya kecewa sebab tak dapat duit banyak mana pun dalam masa yang singkat.

It it said that MLM is a business for anybody, but not for everybody. - MLM terbuka kepada sesiapa tapi bukan semua orang mampu buat MLM.

So, it is natural kalau ada yang kata MLM is not my cup of tea. Sebab mungkin kebanyakan dari kita ada pekerjaan tetap yang stabil dan tak rasa ada keperluan nak ber MLM buat masa ni. Tapi pada aku MLM memberikan satu peluang perniagaan bagi orang kebanyakan memulakan perniagaan mereka sendiri dengan modal dan risiko yang rendah. Terutamanya mereka yang tak berpendidikan tinggi atau yang tak cukup modal nak memulakan perniagaan. Dengan peluang yang ditawarkan dapatlah mereka memperbaiki taraf hidup kepada yang lebih baik. Atau pun bagi mereka yang dah ada kerja tetap tapi mahukan jaminan tambahan kepada pendapatan yang telah sedia ada. Siapa tahu esok lusa kena buang kerja atau jatuh sakit.

Dengan konsep the power of mouth, seseorang boleh ada rangkaian perniagaan sendiri. Tak perlu pening kepala pasal product, pasal product research and development, pasal stok, pasal premis. Hanya dengan promosi.

Malangnya lebih banyak syarikat dan ramai orang ber MLM dengan tidak beretika dari yang beretika. Hasilnya ramai fobia dan gagal melihat potensi sebenar perniagaan MLM sebagaimana yang dikatakan oleh mereka yang berjaya seperti Donald Trump dan Robert Kiyosaki yang menggelarkan network marketing business sebagai The Perfect Business.

Think like rich can make you rich

MLM sepatutnya
(1) Join fee rendah dan boleh dipulangkan dalam tempoh yang munasabah
(2) Harga barang berpatutan dan justified dengan kualiti product
(3) Bagi yang cuma nak guna barang boleh beli barang bila perlu sahaja. Tak perlu simpan stok, tak perlu jual barang, tak perlu cari orang. Takde upline yang paksa paksa. Tapi of course takde pendapatan. Bagi yang join untuk guna barang.
(4) Tak boleh ada istilah duduk diam dapat duit. Kalau orang yang masuk kemudian lebih banyak usaha. Orang tu yang dapat income lebih. Orang yang masuk dulu (upline) tak boleh makan duit usaha orang yang masuk kemudian (downline).Bukan skim piramid.
(5) Kalau tak puas hati dengan kualiti barang, boleh pulang dalam tempoh munasabah
(6) Tak boleh ada barang yang haram seperti arak dan sebagainya bagi market orang muslim
(7) Product yang berkualiti dan berkesan. Tak ada barang yang terlalu ajaib sampai tak ada bukti saintifik
(8) Bonus bukan dibayar berdasarkan berapa ramai yang kita bawak masuk tapi berapa banyak barang yang dijual
(9) Upline hanya sebagai mentor yang ajar selok belok berniaga dan bukan bos atau majikan yang ada hak nak suruh downline jual barang atau cari orang.
(10) Jaminan bahawa sekiranya ahli meninggal dunia, segala pendapatan yang telah diusahakan akan disalurkan kepada warisnya


Ada orang pernah jumpa MLM macam ni?..hehehe..

Hmm..Orang marah dengan MLM sebab ramai yang menyuruh orang melaburkan duit yang banyak sampai berhutang dan menjanjikan hasil yang lumayan dalam masa yang singkat. Sedangkan itu bukan MLM. Itulah skim cepat kaya atas nama MLM. Diilhamkan oleh yang yang tak tahu dosa pahala untuk orang-orang yang tamak dan pemalas.

Daa

Weight Management Program : Diet Program Step By Step

Assalamualaikum

Salah satu masalah dengan program diet yang selalu aku nampak adalah, susah nak maintain untuk jangka masa panjang. Sebagai ratu nasik, aku sendiri memang tak boleh hidup tanpa nasi. So kalau ada sesiapa boleh maintain seumur hidup tak makan nasi semata-mata untuk maintain berat badan aku memang salute gila.

Tapi, kenapa nak seksa diri kalau ada program diet yang sihat yang tak memerlukan kita menolak nasi seumur hidup. Betul tak?

Dalam satu program healthy weight management yang aku join, diet program dimulakan dengan mengetahui tahap masalah seseorang. Caranya adalah dengan membuat pengiraan BMI. Walau pun dari sekolah dulu kita belajar yang range BMI adalah dari 20 hingga 25, tetapi sebenarnya kerana rangka orang Asia yang lebih kecil, range BMI yang sihat adalah dari 18 ke 23. Lebih 23 adalah terlebih berat. Selain dari tu, nisbah pinggang dan pinggul (WTHR - waist to hip ratio) juga digunakan untuk menentukan tahap kegemukan seseorang selain dari ukur lilit perut. Lebih 35inci bagi lelaki dan 31inci dikira terlebih berat badan. (Dipanggil abdominal obesity)

*Ukuran ukurlilit pinggang adalah satu inci di atas pusat.

Langkah kedua adalah dengan memahami kalori
(1) BMR - Basal metabolic rate iaitu 60% daripada jumlah kalori yang diperlukan. Ia adalah asas, kalau pengambilan kalori kurang dari BMR, kesihatan akan terjejas.
(2) Aktiviti - Bergantung pada tahap aktiviti seseorang. Biasanya 30% dari jumlah kalori yang diperlukan. Kalau lebih aktif seseorang lebih banyak kalori diperlukan.
(3) Thermogenesis - 10%. Iaitu jumlah kalori yang diperlukan untuk proses makanan yang dimakan.


Dengan timbang macam ni boleh buat assessment berat dan lemak
Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza mengikut berat dan jenis aktiviti mereka. Kaedah mengira kalori adalah dengan mendarabkan berat dengan kumpulan aktiviti (aku tak berapa ingat yg ni..untuk orang yang sederhana aktif darab 30, untuk yang terlalu aktif macam ahli sukan tu darab dengan 31) Aku ada buku panduan lengkap tentang program ni kat rumah. Malas la pulak nak refer. Hehehe..

Contoh pengiraan : Berat 40kg, jenis aktiviti sederhana (30) - Keperluan kalori harian adalah 40x30=1200kalori. **Maksudnya dalam sehari kena makan 1200kalori

Kaedah terbaik yang dicadangkan adalah dengan mengurangkan portion makanan yang diambil dan makan secara kerap. Maksudnya, instead of makan 3 kali sehari dengan large portion (400kalorix3 - Breakfast, Lunch, Dinner), bahagikan kepada 5 kali sehari. Tiga kali makan berat dan dua kali snack. Kita akan rasa kenyang lebih lama dan possibility untuk overeating adalah kurang.

Contoh pembahagian :-
Breakfast - 300kalori
Snack - 150kalori
Lunch - 300kalori
Snack - 150kalori
Dinner - 300kalori

Kalau nak munching jugak, amalkan snack sihat. Kurangkan garam dalam masakan sebab garam akan menyebabkan kita craving lebih banyak makanan. Pilih makanan yang kaya dengan fiber supaya rasa kenyang lebih lama.

Dalam kebanyakan program lain, berat badan dikurangkan dengan cara mengurangkan jumlah kalori yang diambil disamping menambah aktiviti senaman, tapi melalui program yang dicadangkan ni, untuk menurunkan berat badan seseorang tak perlu mengurangkan jumlah kalori yang diambil setiap hari.

Tapi mengikut bentuk badan, jumlah makronutrient (karbohidrat, protein dan lemak) yang perlu diambil adalah berbeza. Jenis senaman yang perlu dilakukan bagi mengurangkan berat badan juga berbeza mengikut bentuk badan. Senaman yang dicadangkan sangat mudah dan tak perlu ke Gym tapi kena konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 10~30 minit sehari, up to sejam.

Khas buat pengamal atkins - Atkins Diet Berkesan?, Tentang Atkins Diet

Ingat, kadar metabolisme akan menjadi semakin rendah bila jumlah kalori yang diambil terlalu sedikit. Maksudnya, once kita terbabas makan terlebih kalori, badan lambat proses dan lebih banyak akan jadi lemak. So kepada sesiapa yang mengamalkan diet rendah kalori hati-hati bila stop program. Sebab akan ada kebarangkalian yang berat akan bounce dua kali ganda dari berat asal. Ini risiko yang sering dihadapi.

Aku harap entry ni sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia agar menjadi lebih sihat. Taknak lah dapat nombor satu lagi. Hehehe..

Nota kaki : Setiap individu ada toleransi yang berbeza terhadap karbohidrat. Ia berbeza mengikut bentuk badan. Aku rasa ini bahagian paling penting dalam program ni sebab kalori yang diambil dari sumber berbeza mempunyai  tindakbalas yang berbeza pada tubuh.

**Sebab tu serba sedikit kena tau jumlah kalori makanan yang kita ambil. Tapi ingat, bukan karbohidrat je menyumbang kalori. Protein dan lemak pun menyumbang jugak.

Daa

Botak M

Assalamualaikum

Pertama tamanya nak ucapkan sekalung tahniah kepada skuad bola sepak negara kerana kejayaan mereka menggondol pingat emas sekaligus mempertahankan kejayaan mereka selaku juara pada Sukan Sea. Lebih kurang 2 jam yang penuh dramatik, bergegar rumah dengan laungan dan jeritan penyokong tegar sukan bola sepak.

...tapi aku tengok last minute je..betapa tak patriotiknya aku..hehe..Maaf..Sibuk melayan kerenah anak-anak sebab shujin keluar malam tadi.

Belek-belek gambar adik masa kecil aku tergelak tengok pesen rambut dia yang berbentuk M kat dahi

Bentuk M kan..hihihi..

Rambut dah panjang sikit..tutup bentuk M
Tengok majlis penyampaian pingat skuad bola semalam, terserlah kekecewaan penyokong Indonesia. Apa pun harap mereka semua menerima kekalahan kali ni dengan positif. Takmo gaduh-gaduh la.

Nota kaki : Apa lah cerita takde kena mengena ni..Haihh...

Daa

Isnin

Aha!! Kantoiiii....!

Assalamualaikum

Pekerjaan anak-anak..
Abang sembur air ke belakang sofa, adik tampal Goofy di peti sejuk

Muka takde rasa bersalah

Toya je dia
Bila anak-anak senyap main sendiri-sendiri mereka lega jugak. Tapi kalau tak diperhatikan langsung. Macam ni lah jadinya. Ada je idea masing-masing. Lagi-lagi yang kecik tu. Tak padan dengan kecik. Dia yang jadi mastermind.

Nota kaki : Sejuk hati bila anak-anak datang peluk-peluk cium pipi dengan tak semena-mena. Nak marah pun tak jadi marah.

Daa

Weight Management Program : Healthy Diet Management

Assalamualaikum

Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kegemukan. Dan orang selalu fikir mereka akan dapat menurunkan berat badan
dengan mengurangkan jumlah makanan. Terutamanya karbohidrat.


Badan kita tak sukakan kejutan. Sama ada kejutan baik atau pun buruk. Sebab tu kalau tak pernah bersenam, tiba-tiba berjogging pusing keliling taman pun boleh jatuh sakit. Kalau nak mulakan apa-apa, mulakan secara perlahan-lahan dan konsisten. Kalau hari-hari makan nasi 3 kali sehari, tiba-tiba tolak nasi, memang rasa macam nak pengsan. Contoh macam, kita puasa, puasa tapi tak sahur, hari pertama puasa mesti rasa macam nak makan nasi bila masuk waktu zohor.

So, ingat. Jangan bagi kejutan pada badan.

Pengurusan diet yang sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Gunakan pinggan yang kecil dan gelap. Penuhkan pinggan dengan 50% sayur, 25% nasi dan 25% sumber protein. Amalkan makan buah-buahan sebelum makan. Makan dengan cara bijak iaitu dengan membakar, gril, atau stim dua hari sekali (sehari bakar, sehari makan macam biasa, lepas tu stim, tukar-tukar) Baca label makanan. Rajinkan diri masak sendiri di rumah dan control penggunaan lemak, gula dan garam dalam sayur-sayuran.

Kalau jenis suka snacking antara waktu makan, amalkan snack yang sihat. Potongan buah-buahan atau salad, atau makanan yang rendah kalori. Tak silap aku pop corn pun rendah calori. No junk food.

Kalau nak mulakan bersenam, mulakan dengan berjalan. Kalau memang tak pernah bersenam, jalan perlahan sampai nafas pertama rasa berat tu stop. Tengok berapa minit. Esok berjalan lagi, tambahkan minit sedikit demi sedikit. Berjalan yang sihat adalah 10,000 langkah setiap hari. Average langkah orang Malaysia adalah lebih kurang 2700 tapak sahaja. Hutang 7300 tapak. Hehehe..

Jangan skip waktu makan, replace meal. Badan kita memerlukan nutrient untuk segala proses berjalan dengan baik. Ambil supplement tambahan bagi mengisi kekurangan nutrient yang biasanya diambil melalui makanan.

Biasanya minggu-minggu pertama proses menurunkan berat badan, berat badan akan turun lebih banyak dan rapid. Tapi biasanya yang turun tu adalah air dan glikogen. Nak menurunkan berat lemak akan mengambil masa yang lebih lama. Oleh itu berat akan nampak static sikit.

Fakta tentang lemak
(1) jumlah lemak dalam badan kita tak berkurang bila kita berdiet. Sel lemak ni macam belon, bila kita manage pemakanan dan bersenam, selnya akan mengecut. Tapi jumlah sel tetap sama.
(2) Orang yang gemuk akan lebih senang obese sebab bila sel lemak mengembang sampai ke tahap maksimum, ia akan duplicate. So, sel lemak akan bertambah banyak. Bila berat badan turun sekali pun, jumlah sel lemak takkan berkurang semula. So risiko nak gemuk semula adalah lebih tinggi.


Keberjayaan diet bukan semestinya nampak melalui angka pada mata timbang, ingat yang bila kita mengamalkan diet yang sihat dan bersenam, badan akan menjadi lebih berotot (bukanlah macam malek noor tu ok) So, berat mungkin takkan banyak berkurang, tapi kita akan rasa lebih sihat. Kalau setakat naik tangga 4 tingkat tu tak mencungap.

Nota kaki : Most people are vertically sick and they not realize it.

JOM JADI LEBIH SIHAT!

Daa

Kedek bukan gedek

Assalamualaikum

Pagi ni walau pun senin aku semangat sikit sebab pagi-pagi shujin dan bukak lagu Lady Gaga. So aku masih lagi dalam mood roar roar.. Hihihi..

Menceritakan tajuk entry ni, sepanjang weekend ni Aqil sibuk ajak aku naik kedek (disebut "ke"- nak "ke" mana punya ke. "Dek" - Dekat punya de dan ditambah "k") Penat aku fikir, entah benda apalah kedek tu. Uncle Gedek aku tau la.. Yang sawan bergambar tu. Hehehe.. Jangan marah na uncle. Hehehe..
Gaya ada macam ejen 007 tak..hehehe
Rupa-rupanya dia tengok cerita Toy Story ada kuda mainan dalam tu. Aku selalu main kuda-kuda dengan dia dan buat bunyi "cikedek cikedek" Dan Aqil pendekkan jadi "kedek". Haaa..camtu pon boleh.

Liatnya Damia nak bangun pagi sekarang. Puas aku gelak tengok dia berguling semula lepas aku kejut 2-3 kali. Kecik-kecik dah ada perangai liat bangun pagi. Ngikut perangai sapa lah agaknya tu. Hehehe..

Daa

Jumaat

Hakikat MLM : Jangan masuk MLM

Assalamualaikum

Peringatan dari aku yang aku rasa mostly orang tau tapi saje gatal merenyam nak highlights.

Jangan masuk MLM bila
(1) Orang yang ajak join tu datang bawak kereta besar, sembang juta-juta. Boleh dapat income ribu-ribu dalam masa yang singkat - Aku pelik tengok sesetengah orang yang join MLM tu suka tayang luxury item.Hakikatnya MLM hanyalah satu  perniagaan. Jual barang bukan jual orang. Tak jual barang tadak untung. Bezanya dengan perniagaan yang lain adalah ia dijalankan secara berkumpulan. Setiap perniagaan ada potensi untuk mendapat pendapatan yang tinggi, tetapi bukan dalam masa yang singkat dan tanpa usaha.

(2) Duduk diam diam boleh dapat duit/Tak payah cari orang - Tidak ada satu jenis pekerjaan/perniagaan pun dalam dunia ni yang membolehkan seseorang jadi jutawan hanya dengan duduk diam tanpa usaha. MLM adalah networking business. Ia memang memerlukan seseorang mencari network, tetapi ia tidak perlu dijalankan dengan cara menipu.

(3) Diminta melaburkan sejumlah wang bagi mendapatkan "pangkat" dan "duit cepat" - Asas perniagaan MLM adalah memulakan perniagaan dengan modal yang rendah. Ini bertujuan bagi membolehkan sesiapa saja menyertai perniagaan ini. Demi keadilan, semua orang mestilah bermula dari bawah. Malangnya kerana ketamakan sekumpulan manusia ini, MLM telah dikaitkan dengan hutang dan pinjaman.

(4) Diwajibkan membeli produk setiap bulan atau menyimpan stok yang banyak - Ini adalah salah satu downfall yang menyebabkan orang sangat takut dengan MLM. Kalau dah join mesti upline call tiap-tiap bulan suruh beli barang atau pun pergi jual barang. Perbezaan antara perniagaan MLM dengan perniagaan lain adalah syarikat menyediakan produk dan peniaga hanya perlu promosikan barangan tersebut. Memandangkan syarikat telah menyediakan warehouse, maka peniaga/pengedar tak perlu menyimpan stok sendiri.

(5) Syarikat mereka baru dan untung kalau masuk awal - Pada pendapat aku skim piramid dan MLM adalah dua sistem yang berbeza. Dalam MLM tak kira siapa masuk dulu, kalau yang masuk kemudian tu lebih kuat berusaha mereka akan dapat pendapatan yang lebih tinggi dari mereka yang masuk dahulu. Manakala, skim piramid, siapa masuk dulu dia kaya. Hati-hati dengan syarikat baru, kerana syarikat baru lebih berisiko. Walau pun mungkin ramai kata berdasarkan teori duplication market MLM akan tepu tapi biasanya syarikat akan kaput dulu sebelum market tepu. Hehehe..

(6) Product lain dari yang lain dan sangat ajaib - Dalam mana-mana perniagaan sekalipun, product adalah yang paling penting. Kalau product macam haram macam mana nak market. Dah nama pun perniagaan. Bila sebut product MLM, orang biasanya akan membayangkan product seperti krim ajaib. Hanya perlu sapu bagi menyembuhkan apa juga jenis penyakit. Dari demam panas sampailah ke kanser. Sapu je. Hahaha..Adalah sangat penting mengedarkan product yang boleh dipercayai. Oleh itu, clinical study dan pengiktirafan dari badan bebas berkenaan dengan product adalah sangat penting. Bukan hanya testimoni sahaja.

Kan kan.. Setuju tak..?

Ok. Jangan tembak aku pasal posting ni. Ni pendapat aku daripada pemerhatian aku.

Daa

Resepi scone yang mudah tapi sedap terlampau

Assalamualaikum

Aku dah lama terliur dengan scone cik ina yang menggoda gila tu. Tapi barang tak cukup. Aqil pulak merengek nak kek nak kek. Memandangkan aku malas dah nak buat kek sebab buat pun sudahnya shujin dengan aku yang tolong perabih. Budak-budak tu makan sikit lepas tu berterabur je lebih. Nyampah aku nak kemas. Mak dia dah la pemalas.

So, oleh kerana nak buat scone macam cik ina tu tak cukup barang aku pun search la resepi yang ringkas-ringkas je. Ni yang paling simple yang aku jumpa. Tapi hasilnya memang menggalakkan. Aku buat satu adunan. Dapat satu tray sebab aku terap kecik-kecik. Biar senang anak-anak nak makan.

Shujin rajin susun-susun scone dalam pinggan.
Okeh. resepinya ambik kat SINI

Bahan-bahan A
2 cawan all purpose flour
1/4 cawan gula (aku tersalah tengok resepi..aku letak setengah cawan..manis gila..)
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
1/3 cawan butter sejuk(aku guna unsalted)

Bahan B
1/2 cawan susu/cream (aku guna susu dutch lady full cream)
1 biji telur
** dipukul sedikit

Kekdahnya
Gaul rata tepung, gula, garam, baking powder. Kemudian gentel butter ke dalam tepung sampai jadi macam serbuk roti. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Gaul je jangan uli. Sampai jadi doh. Jangan melekit sangat. Lepas tu canai setebal 1inci dan terap ikut bentuk yang disukai. Sapu baki susu dan telur atas scone tu. Bakar dengan suhu 190 darjah celcius selama 40 minit. Dah siap boleh makan dengan jem.

Kalau nak tengok resepi yang cik ina buat tengok resepi scone cameron highland dia..kehkehkeh..

Aku rasa scone aku tak berapa menjadik dari segi rupanya sebab aku pegi uli adunan tu. Bila tengok balik resepi cik ina baru aku perasan. Tapi shujin dengan anak-anak puji. 2-3 kali puji sedap. Kembang idong mak dia. Lain kali boleh buat lagi.


Nota kaki : Sampai lambat pagi ni sebab kereta habis bateri. Haih!!

Daa

Khamis

Buat geram aje..

Assalamualaikum

Aku tak tau la kat manalah anak dara aku ni belajar bergambar gaya macam ni. Tiap kali aku tunjuk henset nak ambik gambar dia je dia buat hidung berkerut sambil sengeh nampak gigi. Geram tau bila shujin kata semua tu ngikut aku. Hahaha..

comot makan aiskrim murah..mak dia makan yg mahal..haha..kejam!

tiap kali pun nak kerut hidung. Marah aku!

Ngikut sapa la ni ek

Abang dia pun ada pesen macam tu jugak rupanya


Muncung ni aku tau la ngikut sapa..hahaha..
Adik...adik..macam-macam telatahnya. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi.

Kadang-kadang rasa macam taknak bagi diorang besar. Tapi kalau tak besar-besar mesti duk menyepah je kerjanya. Aku jugak yang hangin. Hehehe..

Nota kaki : Sila abaikan kualiti gambar yang teruk sebab aku pakai kamera hs cap ayam

Daa

Banana Choco Daifuku

Assalamualaikum

Lebih kurang sebulan yang lepas ada sorang kawan aku dah habis study (buat Master) kat nihon (Jepun) balik Malaysia. Kebetulan aku ada barang nak ambik dengan dia, aku tunggu kat KLIA. Biasalah kalau balik dari nihon mesti bawak omiyage (buah tangan) kan.

Dia bawak banana choco daifuku. Daifuku ni dibuat dari mochi (pulut). Tak terlalu manis. Aku rasa yang popular adalah sakura daifuku. Kalau pergi nihon kalau tak rasa sakura daifuku memang terasa rugilah.

Oklah.. Malas cerita panjang. Meh tengok rupa banana choco daifuku tu. Sedappp << komen tak boleh blah macam dalam JJCM. Hahaha..

sebahagian besar telah dibalun. Baru ingat nak ambik gambar

Luar serbuk choco, dalam cream banana. Bau banana wangii..
Daifuku ni lembut dan tak terlalu liat. Serbuk kokonya tu pahit sikit tapi bila makan sekali dengan cream banana dalam tu rasa lemak lemak manis pisang tu balance kan rasanya. Anak-anak tak berapa suka. Shujin pun makan sikit je. Since aku je yang kemaruk aku rasa lebih separuh box tu aku je yang makan. Hahaha..

Kat 7E pun dah ada jual daifuku. Tapi tatau lah sesedap yang original ke tidak sebab aku tak pernah beli. Jeling-jeling je. Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com