Isnin

Air yang sihat Part 3 : Buat apa beli penapis air ?

Assalamualaikum

Baca
Part 1 : Perlu ke ada penapis air
Part 2 : Penapis air yang baik

Ada orang kata, ala..mana-mana penapis air pun sama je. Tapi aku yakin. Setiap penapis air berbeza. Beli penapis air. Masak tak air yang ditapis? Ada penjual penapis air yang kata penapis air yang mereka jual boleh tapis kuman. Actually diorang pun tak tahu pun benda tu betul ke tidak. Diorang cakap macam tu sebab syarikat cakap macam tu. Ni adalah cakap dengar. Biasanya ramai yang tak terfikir nak tengok bukti.

Contohnya baru-baru ni aku terbaca satu katalog syarikat jualan langsung terkemuka. Dalam tu diorang tulis penapis air diorang boleh tapis sampai 1** bahan cemar. Yang paling tinggi dalam sejarah penapis air setakat ini. Tanpa bukti hitam putih. Menyedihkan lagi. Bila aku check kat NSF.org senarai bahan cemar yang mampu ditapis oleh penapis air keluaran syarikat tersebut tak sampai separuh atau pun suku pun dari jumlah yang dinyatakan.

So suka aku mengingatkan kepada orang yang memiliki penapis air, dan yang nak membeli penapis air. Sila hati-hati. Memang penapis air yang bagus adalah mahal. Dan kadang-kadang yang tak berapa bagus pun mahal jugak. Tapi make sure yang korang beli tu adalah berbaloi dengan nilai wang dan kesihatan yang korang pertaruhkan.

Dalam badan kita ada 2 jenis penapis bahan cemar yang tak boleh ditukar ganti. Iaitu hati dan buah pinggang. Kalau rosak. Nak ganti perlukan wang yang banyak dan prosesnya sangat menyakitkan. Kalau malas nak ambil tau, sila lah ambil tau for the sake of orang-orang yang kita sayangi. Ambil tahu apa yang kita masukkan dalam badan kita.

Masa nak beli penapis air ingatkan diri kita
Kenapa perlu ada penapis air?
Sejauh mana penapis tu boleh menapis?
Mintak report dan bukti bahan cemar yang boleh ditapis. Kalau boleh report dari pihak ketiga. (Badan bebas macam NSF)

Bagi aku even bayar seratus ringgit saja sekali pun, kalau penapis tu takde tapis apa-apa memang tak berbaloi.


Ini adalah bahan cemar yang biasa terdapat dalam air minum

Kalau malas nak masak air tapis, make sure cari penapis air yang ada standard 55. Kalau tak baik masak sebab bakteria biasanya tak mati kalau tapis secara fizikal sahaja.


Daa

B'day = Busy day

Assalamualaikum

Macam biasa weekend aku super busy. Balik dari kerja hari Jumaat aku terus ke kelas. Nak dekat pukul 12 malam baru sampai rumah. Kesian anak-anak. Besar pengorbanan diorang pada kami. Petang tu aku dah bagi hint kat shujin pasal birthday aku. Aku rasa dia ingat, tapi aku saja nak test dia. Nasib baik dia ingat. Hehehe.. Walau pun bukan aku nak mintak hadiah apa pun, tapi kalau dia terlupa terasa gak dalam hati. Huhuhu..

Shujin kata dia tak lupa dan dia sebenarnya nak buat surprise kat aku. Hampeh. Nak buat surprise bagitau kat aku pulak. Hahaha.. Tapi aku cakap kat shujin. Tahun ni aku taknak hadiah. Shujin pandang aku dengan muka ayashi (pelik) lepas tu tanya "Tapi???" Aku kata, takde tapi tapi. Aku takde nak mintak hadiah apa tahun ni. Dia ingat tarikh birthday aku cukup lah. Aku nak hadiah tahun depan. Aku tanya dia "Awak taknak tanya ke hadiah apa saya nak mintak tahun depan". Shujin kata "Taknak lah.." Ceh..Aku tau dia dah tau aku nak mintak apa tahun depan. Alaaa.. Dia kenal aku lebih dari aku kenal diri aku sendiri. So apa yang dalam otak aku semua dia boleh agak dah. Aku rasa dia memang tahu aku nak mintak apa walau pun dia tak baca blog ni. Hehehe..Aku assume dia tau dah apa aku nak tahun depan. Kalau dapat, tu lah hadiah paling bermakna dalam hidup aku.

Walau pun aku kata aku taknak hadiah, shujin berkeras nak celebrate jugak. Memandangkan hari Ahad tu akan sibuk dengan kelas, kitorg just celebrate kat rumah. Shujin order dominos pizza. Makan kat celah-celah timbunan buku preparation untuk kelas hari Ahad. Aku memang tak ambik gambar sebab rumah super sepah dengan kertas shujin gunting untuk kerja rumah dia. Anak-anak pulak sibuk dengan LEGO dan Gundam. Kesian Gundam terakhir shujin. Kata dia, takpe lah. Anak punya pasal. Hehehe..

Hari Ahad, hantar anak-anak duduk kat rumah akak ipar aku. Kami pergi kelas. Kelas yang aku pergi ni adalah 4 weeks course untuk build leadership. Dia akan ajar attitude sebagai seorang leader, macam mana nak manage masa, pemakaian, dan antara yang aku paling lemah sekali adalah bercakap depan crowd. Dalam kelas tu macam-macam jenis manusia dan pangkat ada. Ada yang pangkat Datuk yang ada business sampai ke luar negara, yang Tan Sri. Hadeh.. So kerja rumah kami adalah dream chart yang kena buat presentation kat depan semua orang. Ketar beb.. Tapi diorang tu sangat sangat baik dan encourage walau suara aku agak tergagap. Dah la presentation english.

Tapi aku rasa semua tu adalah pengalaman yang baik buat aku. Selama ni aku pakai selebet je pergi office. Aku mula berkira-kira nak invest untuk baju yang lebih presentable dan mula nak belajar-belajar ber make up. Dari segi rohani, aku rasa aku makin confident dengan apa yang aku nak buat. Ni minggu kedua. Aku ada kerja rumah nak kena siapkan dalam masa 4 hari. Harap-harap aku berjaya. Insya allah.

Daa

Jumaat

Now i'm older and perhaps wiser - Happy becoming birthday to me~

Assalamualaikum

Aku memang tak buat entry masa hujung minggu. So aku buat entry wish birthday aku ni awal dua hari. Hahaha.. Aci lah kan. So this year aku masuk umur 28 tahun. Semoga dengan pertambahan umur ni aku semakin matang dalam membuat penilaian, keputusan dan apa juga tindakan. Dalam masa yang sama mengekalkan keremajaan kulit dan wajah. Hehehe..


Sempena birthday aku kali ni aku takde harap apa-apa hadiah dari shujin. Cuma aku harap sebelum birthday aku yang akan datang dia akan menghadiahkan 21% pada aku. Walau pun memang rajin nak cari gaduh je 24 jam dengan shujin. Percayalah. Tu gaduh-gaduh sayang. Hehehe.. Awak pun tahu kan saya tak boleh kalau takde awak.

Dari anak-anak aku cuma harapkan agar mereka membesar jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Patuh perintah Allah, perintah ayah dan ibu selagi mana perintah kami tak bercanggah dengan suruhan Nya. Aku harap mereka akan bersabar sementara aku usahakan satu jaminan untuk masa depan mereka. Dengan adanya jaminan tu bukan bermaksud mereka boleh goyang kaki. Aku nak anak-anak belajar macam mana kesusahan ayah dan ibu membina empayar tersebut untuk anak-anak dan generasi seterusnya. Insya allah. Jangan lupa doakan kejayaan ayah dan ibu.

Untuk ayah dan ibu yang telah banyak berjasa membesarkan dan mendidik aku selama ini, aku sememangnya tak akan mampu membalas jasa-jasa mereka. Tanpa mereka siapa lah aku.

Harapan aku kepada diri sendiri, semoga aku akan lebih berani dan yakin dengan apa yang aku usahakan. Semoga segala usaha aku akan membuahkan hasil. Semoga aku tak menjadi manusia yang mudah berputus asa.

Buat rakan-rakan pembaca dan pengunjung setia blog yang tak seberapa ni, aku ucapkan terima kasih sebab sudi datang dan menceriakan hari-hari aku kat ofis yang bosan ni. Hehehe..

Happy becoming birthday untuk aku. 30th October 2011.

Selamat berhujung minggu.

Daa

Khamis

Goal Setting : Bagaimana merancang untuk mencapai impian atau matlamat

Assalamualaikum

Aku selalu menekankan pasal pentingnya hidup kita mempunyai matlamat dan impian. Bagi aku kalau tak ada impian, tak ada matlamat, kita akan jadi macam daun yang gugur dari pokok. Melayang-layang takde arah tujuan. Ikutlah angin nak tiup pergi mana. Bila dah ada matlamat, dah ada impian, jangan pulak lupa pasal perlaksanaannya. Kalau tidak apa yang kita impikan tu tak lebih dari sekadar angan-angan yang tak ada makna.



Nak mencapai impian, perancangan tu penting. Bila kita gagal nak merancang. Bermaksud, kita merancang untuk gagal. Alah, biasalah tu. Mana-mana pakar motivasi pun akan cakap macam tu. Aku cedok je kata-kata diorang. Hehehe.. So macam mana nak merancang matlamat kita.

Yang pertama sekali kena ada matlamat jangka panjang. Matlamat mestilah jelas. Contohnya, nak ada duit RM1 juta sebagai simpanan sebelum tahun 2020. Atau pun nak turunkan berat badan sebanyak 10kg sebelum hujung tahun depan. Matlamat kita tak semestinya logik. Tapi biarlah berpadanan dengan keupayaan kita. Ini penting sebab kita nak kena merancang macam mana nak capai apa yang kita impikan.

Kemudian, tetapkan satu matlamat jangka masa pendek. Ini adalah untuk memastikan kita berada dalam track yang betul. Matlamat jangka pendek boleh ditetapkan ikut jangka masa yang sesuai. Contohnya 2-3 bulan sekali, atau setahun sekali. Jangan lama sangat takut kita hilang fokus sebelum matlamat jangka panjang dapat dicapai. Kalau nak RM1juta sebelum 2020. Bahagikan matlamat jangka pendek kepada beberapa bahagian. Contohnya sekarang tahun 2011. Lebih kurang 9 tahun lagi. So, kalau nak buat jangka pendek, cuba dengan setahun dulu. Katakan kita tetapkan nak simpan sekurang-kurangnya RM100k dalam masa setahun. Bila dah dapat capai dan rasa selesa, mungkin boleh buat matlamat jangka pendek 3 tahun sekali atau 5 tahun sekali. Yang penting, jangan hilang fokus. Review pencapaian dari masa ke semasa.

Seterusnya adalah  perancangan tentang apa yang kita nak lakukan untuk capai impian/matlamat kita. Sekali lagi kita gunakan matlamat RM1juta sebagai contoh. Senaraikan apa yang boleh kita lakukan dan apa yang akan kita lakukan untuk simpan RM100k dalam masa setahun. Dalam proses ni kita kenalah realistik. Jangan nak mengada-ngada rancang apa yang kita tak mampu lakukan. Kalau nak berniaga kena buat perancangan yang rapi. Perancangan mestilah secara terperinci apa yang kita nak lakukan dan bagaimana kita nak laksanakan.

Langkah terakhir dan aku kira paling penting adalah perlaksanaan. Kalau rancangan baekkk punya tapi tak laksanakan pun takde makna jugak kan. So bila dah rancang. Make sure kita stick to the plan. Jangan hilang fokus. Bila sampai masa nak review, muhasabah diri, kenapa kita tak dapat capai target dan dari masa ke semasa kena perbaiki plan kita.



So macam mana? Dah ready nak mencapai impian?

Nota kaki : Kalau matlamat tak logik, bersedia untuk lakukan perkara tak logik untuk capai impian. Ingat, Don't hope for miracle if we are not willing to do something miracle.

Bak kata orang, without goal, you are just dreaming. Nak ada matlamat atau impian tak perlukan duit sebab bila ada matlamat, ada impian, kita akan cari duit untuk capai semuanya. Last sekali, kadang-kadang kita tak dapat nak capai impian kita dalam tempoh yang ditetapkan, tapi jangan putus asa. Yang penting adalah kita cross the line dan proses yang kita lalui adalah pengalaman paling berharga dalam hidup kita.

Daa

Bukan tak sudi nak komen

Assalamualaikum

Kepada sidang pembaca setia Ourkizuna. Aku sangat berterima kasih kerana sudi datang membaca blog yang ntah apa-apa ini. Kadang-kadang ada pembaca yang datang tinggalkan komen, tapi aku tak komen kat blog mereka. Bukan aku tak sudi nak komen. Bukan aku tak singgah blog mereka. Tapi keadaan tak mengizinkan.

Contohnya bila kotak komen tak pop up. Bila kotak komen tak pop up, kalau tak ada option untuk masukkan nama dan url, aku memang tak boleh komen. Akan keluar error macam kat bawah ni.


Aku pun tak faham kenapa. Jadi aku mintak maaf kalau ada yang ingat aku sombong tak balas kunjungan mereka yang datang komen kat sini. Aku sangat berterima kasih kalau yang masih belum pop up kan comment box, tukar setting supaya kotak komen akan pop up supaya aku pun boleh share pendapat dalam entry yang dah di publishkan tu.

Sekian. Terima kasih.

Daa

She's the Drama Queen

Assalamualaikum

Siapa lagi kalau bukan anak dara aku tu. Nama penuh dia Nurul Atiqah Damia. Aku panggil ikut mood aku. Kadang-kadang Nurul. Kadang Atiqah. Kadang Damia. Kalau time aku nak marah aku panggil nama penuh terus..

Aku tak tau la ngikut perangai siapa yang drama queen sangat tu (Sebenarnya buat-buat tak tahu..hahaha) Kalau tegur sikit lari-lari anak sembam muka tak kira la sembam kat tilam ke kat sofa ke. ok yang ni bukan perangai aku. Lepas tu cebik-cebik muka. Sekarang ni lagi la. Tak boleh tegur sikit. Terus menangis. Bukan keluar air mata pun. Kuat drama betul.

Lepas insiden rabu berdarah..lemah2 pun pulun makan biskut tak hingat punya

Tidur dalam kereta

Rambut dah mula lebat

Tidur mana suka

Dongga..hahaha..yang ni ikut ayah dia..hahahaha

Atiqah agak jauh beza dengan Aqil. Walau pun dia manja lebih dari abangnya sekarang ni, dia pandai bawak diri. Biasanya dia main sendiri dia je. Sesekali je datang manja dia tu dia nak panjat-panjat. Nak perhatian aku ke shujin. Kalau dah tiba waktu tidur dia baring kat tilam lepas tu tidur sendiri. Tak payah tunggu aku nak tepuk ke apa ke. Percaya tak percaya, Atiqah jalan naik tangga sendiri (of course aku pimpinlah..) sampai tingkat 4 (Ground floor kira Level 0)  Sekarang ni dah belajar pakai seluar sendiri. Dengan sedikit bantuan dari aku dia dah boleh pakai seluar sendiri. Masalahnya seluar, baju, baju aku, seluar abang dia semua dia sauk nak pakai kat kaki. Haihh..

Kalau kena marah, aku denda dia duduk kat tepi dinding. Dia duduklah kat situ sampai aku panggil. Bila dia duduk diam tu mula lah aku rasa kesian+sayu hati sebab dia dengar kata. Bila dah kena marah pandai pulak nak ambik hati, tolong kutip toys. Tolong kemas rumah. Cair hati mak dia.

Kadang-kadang dia menangis bila bangun tidur aku takde kat sebelah. On the way nak cari aku tu mesti ada nak sauk apa-apa barang. Tak boleh tak. Mesti nak sauk. Apa jenis habit aku pun tak tau. Sangat suka baca buku, duduk atas buku dan jugak koyak majalah aku.

Dah ada peminat! Hahaha.. Dalam family husband, Atiqah satu-satunya cucu pompuan. So bila dia duduk dengan sepupu-sepupu dia dapat perhatian lebih sikit la dari sepupu dia. Dari kecik lagi kalau kitorang pergi rumah akak ipar aku tu, sepupu dia tengok je. Bila dah besar sikit ni diorang tak kacau. Dengar cerita dari mak mertua aku ada anak sedara aku yang dah kenen-kenen dan kata Atiqah cantik sambil tersipu-sipu. Wakakaka.. Pandai je bebudak zaman sekarang.

Suka nyanyi part Oooo dalam lagu Jam Project. Bila shujin nyanyi lagu tu mesti dia ikut sambil tepuk tangan. Sangat geram. Dah la tangan gemukk. Pipi pun dah makin tembam. Makan pun banyak. Jarang menolak orang suapkan makanan. Kata shujin muka Atiqah dah empat segi sebab pipi makin tembam. Hahaha.. Rasanya bila dia dah pandai bercakap mesti aku garu kepala nak menjawab dua orang budak becok. Mak mertua aku kata Aqil kepoh macam aku. Cheisss..

Bila dah ada dua orang anak ni aku tengok masing-masing ada cara sendiri. Tapi sejak ada adik ni sifat keabangan Aqil sangat menyerlah. Jarang dia buli adik. Dia yang kena buli dengan adik ada lah. Aku harap keakraban dua beradik ni berpanjangan sampai bila-bila. Taknak gaduh-gaduh ye anak-anak.

Nota kaki : Orang kata muka anak-anak ikut muka aku. Tapi sampai sekarang aku ada rasa tak percaya sebab aku tengok anak-anak comel kemain (yess aku Oyabaka - tak paham sila google 親バカ) Adakah itu bermaksud aku seorang yang comel. Hahahaha.. Sila jangan cepuk aku. Tengok persamaan ni

anak=comel,
anak=macam muka aku,
aku=anak=comel..

betul la kan..hahaha..

ps: Buat pencipta lagu, sila jangan gunakan perkataan "aku" sebab aku dok garu kepala bila Aqil dengar lagu ada "aku aku" ni. Payah la nak tengok cerita Cinta Elysa sebab Aqil kata "Ibu ibu..aku no no kan. Pupuk nanti" bila dengar lagu dalam cerita tu..Haihhh...

Vocab Atiqah
Nak
Taknak
Takdak - Bila tanya mana, semua dia kata takdak. Sabo je lah.
Aenn ( Air) - Aqil kata : Apalah adik ni aen aen. Air lah.
Ashik - Nasik
Patip - Kutip
Tutup
Boo - Ibu
Mo - Mamam @ Nenen
Asyuk - Masuk
Pepe - (Sebutan tempe punya pe) Selipar
Yah - Ayah
Manni - Mandi
No no - Jangan. Aku masih lagi gagal ambik gambar dia muncung sambil sebut no no. Rasa macam nak ikat je muncung dia.
Atuhhh - Jatuh
Akit - Sakit. Kadang-kadang tak sakit pun dia kata sakit. Geram je aku.
Allah - Solat
Bobboi - Boboiboy
betulbetul - Upin Ipin

Ada lah yang lain lagi aku tak ingat sangat..

Daa

Deepavali yang tak seronok

Assalamualaikum

Satu hari cuti yang terbazir tak buat apa macam tu aje gara-gara ikutkan perasaan. Haihh.. Malas aku nak cerita lanjut. Kesian kat budak comel berdua tu. Sorang dah siap-siap pakai baju lawa. Yang sorang lagi berdiapers je sepanjang hari. Kesian pun ada. Tapi memandangkan hari pun mendung. Petang pulak hujan lebat mencurah-curah. Aku pun malas nak bergerak ke mana-mana walau pun cadangan asalnya nak bawak mak mertua aku keluar makan-makan. Kesian orang tua tu tertunggu-tunggu anak menantu dia bawak jalan-jalan.
Muka dah bentuk empat segi dah..
Nasib baik kejiranan aku main mercun meriah malam-malam. So dapatlah cover bosan anak-anak satu hari memerap kat rumah. Selebihnya aku teman diorang main LEGO. Serumah bersepah. Tak apalah nak. Asalkan korang bahagia. Pagi pulak aku tunaikan janji nak buat kek kat Aqil. Kek kurang menjadi sebab tak cukup masak. Lebih pedih lagi, aku pegi bengong tak check dulu. Dengan penuh confident terbalikkan kek kat wire rack. Konon nak sejukkan. Tup tup bedebuk semua isi perut loyang kek tu keluar. Berderai kek. Kesian shujin dengan anak-anak dapat makan kek coklat versi hancur. Jangan tanya mana gambar kalau taknak kena cepuk. Hahaha.. Gurau je..

Kesimpulannya..Semalam adalah percutian yang gagal. Tension je aku sepanjang hari. Malam pun aku tidur awal tanda protes lepas perabis nasik seperiuk. Perangai macam hantu Mak Limah! Bukan sebab kebulur. Aku bosan. Nasib baik berat aku takde senang-senang nak naik. Kalau tak memang dah macam tong dram agaknya.

Nota kaki : Appointment kensel, kelas tak pegi..apa pun takde..

Selasa

Langgar supaya mati : Aku speechless kali kedua...

Assalamualaikum

Korang bacalah dan tengoklah sendiri gambarnya kat SINI

Aku tak tau dah nak cakap apa. Dunia dah nak kiamat gamaknya.

Daa

Mula-mula nak happy lepas baca kisah budak tak sunat dah bernafsu binatang ni aku terus bengang

Assalamualaikum


Hari ni aku sampai ofis awal sebab shujin dah malas dan penat dengan jem kat depan ofis aku ni. Naik lenguh kaki katanya. Aku memang jarang sampai ofis awal. Sama ada sharp sharp atau pun lewat. Hahahaha.. Tapi kerja siap tawww.. Bos sayang gitu.. Wekkkkk~

ok..ok..Oleh kerana aku masuk ofis awal aku ingat nak cerita sikit pasal buku ilmiah yang menarik bagi sesiapa yang berminat nak menambah ilmu pengurusan kewangan dan motivasi untuk menambah pendapatan. Oleh kerana aku tengah hangat gila lepas baca pasal gang rape budak tak ambik UPSR lagi dah merogol dan meliwat kanak-kanak umur 7 tahun, Aku ada anak pompuan, anak lelaki sorang. For sure berita macam ni sangat sangat sangat super menakutkan.

Salah satu point yang aku sangat-sangat setuju dengan eyriqazz adalah

Ibubapa sibuk mencari rezeki di atas kos sara hidup yang semakin menghimpit sampaikan anak-anak semakin terabai

Aku sangat-sangat setuju! Aku tak nafikan, zaman sekarang ni dah memang macam wajib isteri bekerja untuk tolong pendapatan keluarga. Tapi bila kerja sampai nak kena OT. Balik jauh malam. Kebajikan anak terabai. Kebajikan suami terabai. Pendidikan anak tah kemana-mana. Jangan lupa, tugas utama seorang isteri adalah mendidik anak-anak. Bukan cari rezeki. Nak tolong suami cari rezeki boleh. Tapi jangan sampai abaikan tugas yang wajib kita laksanakan.

Demi dia

dan dia
So aku memang meWAJIBkan diri aku menjadi seorang ibu sepenuh masa untuk anak-anak sebelum diorang start sekolah. So aku boleh hantar dan ambik diorang. Boleh temankan diorang sepanjang masa. Boleh tengokkan pelajaran diorang. Biarlah kalau diorang naik malu dengan kawan-kawan sebab dah besar pun mak hantar ambik ke. Tapi aku nak pastikan keselamatan diorang.

Aku tau zaman sekarang jiran-jiran pun sibuk. Masing-masing dengan hal sendiri. Tak ada masa nak tengok-tengokkan anak-anak aku. So anak aku tanggungjawab aku. Aku tengok sendiri.

Marah gila baca berita macam ni. Ni semua gara-gara ada movie drama bodoh, gila seks macam cerita bohsia natam tu la..3GP.com la.. Banganglah pengarah kat Malaysia ni. Selagi yang kena rogol tu anak dara dia selagi tu lah dia tak stop buat cerita takde moral macam tu.

Nota buat shujin : Sama-samalah kita lipatkaligandakan usaha supaya saya boleh jadi ibu sepenuh masa sebelum Aqil mula sekolah. MMMMuuaaahhhh.. Sayangggg awakkkkk~~

Daa

Isnin

Malang tak berbau, sediakan payung sebelum hujan

Assalamualaikum



Minggu lepas aku dikejutkan dengan berita kemalangan suami kepada salah seorang rakan di tempat kerja. Suaminya yang menunggang motorsikal ditimpa kemalangan. Kemalangan tersebut menyebabkan suaminya patah tangan dan x-ray menunjukkan terdapat sebahagian tulang yang hancur.

Aku simpati gila. Dah la rakan aku ni rumahnya jauh dari tempat kerja. Selama ni datang kerja suaminya hantar, balik kerja pulak diambil. Sekarang suaminya dah keluar dari hospital. Tapi biasa lah kalau dah patah tangan. Rasanya at least pun ambik 4-5 bulan untuk sembuh. Lepas tu pun belum tentu boleh angkat benda berat. Nak bawak motor lagi memang sangat bahaya. Sesiapa yang bawak motor pergi kerja tolong hati-hati. Ingat orang-orang yang tersayang.

Tapi ye lah kan. Kita ingat orang yang kita sayang. Orang lain bukan ingat. Kesian rakan aku tu. Suaminya pulak kerja memerlukan guna kederat tangan. So kalau nak kerja pulak lepas ni mungkin susah sikit sebab nak kena hati-hati since tangan tu baru lepas patah.

Semoga dia jumpa jalan keluar untuk masalah tu.

Bayangkan perkara yang sama berlaku. Kalau dua-dua bekerja mungkin masih boleh gagahkan dengan satu pendapatan. Kalau dah memang sorang je bekerja. Macam mana nak support perbelanjaan? Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku. Kerja aku ni kerja lah. Tapi WAJIB ada satu lagi pendapatan pasif. Sekurang-kurangnya kalau apa-apa jadi kat aku atau suami satu hari nanti takde lah sesak sangat napas nak cari support.

Mungkin kita ada family, adik beradik, mak bapak yang boleh bantu. Tapi diorang pun ada tanggungan masing-masing. Selama mana dia boleh bantu? Satu lagi perkara yang penting yang mesti ada. Insurans. Kalau sakit at least ada yang boleh tolong bayar bil hospital. Belanja dapur tu tak dapatlah kan.

So fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu selesa dengan kerja kita. Kita rasa tak perlu cari extra passive income. Dalam dunia ni takde yang secure. So kalau nak sakit, nak apa apa lah, kalau boleh sediakan support. Kalau boleh jangan lah susahkan hati dan fikiran orang-orang yang kita sayang. Dah dengan nak fikir yang kita ni sakit. Lepas tu fikir macam mana nak bayar bil letrik, air bagai. Orang sakit bukan tak makan nasik kan.

Jangan sampai dah jadik apa-apa nanti baru lah cakap "kalau itu kalau ini"

Gali lubang sebelum berak. Jangan berak dulu baru sibuk nak gali lubang. Hahaha..Gile punya jijik perumpamaan aku.

Daa

A super weekend

Assalamualaikum

1st of all, rugi gila sebab aku tak dapat join gathering blogger kat rumah kak chik semalam. Tapi aku pasrah je lah. Nak buat macam mana. Dah aku ala ala lembab gila macam mana tah boleh lupa ambik nombor telefon dan confirm dengan kak chik. Lepas tu siap tak tahu alamat. Sesia je kena marah dengan shujin. Huhuhu..

Tapi semalam aku ke Cheras jugak sebab menghantar pesanan set pencuci muka sorang kenalan kat sana. Pagi tu melawat datuk kawan sekolah menengah aku yang kena strok. Kesian orang tua tu. Sebelah kanan masih belum boleh bergerak. Cuma boleh minum susu menerusi tiub. Semoga cepat sembuh.

Hari Sabtu aku ke PJ, menghadiri kelas Optimal Health and Body Type. Yang bercakap tu Dr Cyril Gunalan, lulusan PhD dalam bidang Nutritional Science MBA dari US. Dia merupakan seorang Associate Professor/Consultant IPD di Open University Malaysia. Daripada statistic yang dijalankan oleh Open University mengenai overweight dan obese sampai lah kepada punca dan langkah-langkah mengawal berat badan mengikut bentuk badan. Totally menarik dan eye opening.

Siapa pernah tahu yang salah satu punca masalah berat badan adalah sejenis virus yang dipanggil adenovirus. Dan fastest growing cancer di dunia adalah digestive cancer. Maksudnya, ramai manusia kat dunia ni mati sebab makan. Sama ada terlebih makan atau kurang makan. Tapi lebih ramai mati sebab terlebih makan.

Kalau seratus tahun dulu tok nenek moyang kita ramai mati sebab virus, bakteria dan macam macam jenis wabak. Orang zaman sekarang mati sebab lifestyle disease. Pemakanan dan gaya hidup yang tak sihat. Zaman sekarang yang bagi penyakit kat manusia adalah toksin. Dari air yang kita minum, makanan yang kita makan sampai lah kepada udara yang kita hirup. Semuanya dah makin tercemar. Memang macam-macam lah fakta menakutkan yang dia bagi. 

 Mostly adalah study yang dijalankan oleh Open University Malaysia. Rasa macam best lah pulak Open University ni kan..Dulu aku pandang sebelah mata je. Tu lah.. Lain kali jangan judge a book by its cover.

Tetiba aku rasa rindu dengan anak-anak. Huh! Apa kena mengena. Hahahaha..

Jumaat

Nak pergi ke mana?

Assalamualaikum

Impian aku adalah nak hantar dan ambik sendiri anak-anak aku bila diorang dah bersekolah nanti. Selain dari tu, aku nak pergi belajar asing dan perbaiki bahasa inggeris dan bahasa jepun aku. Pernah dengar tak orang kata,  the best way nak master satu-satu bahasa tu adalah dengan tinggal kat negara yang gunakan bahasa tu. So, aku terpaksa lah tinggal kat beberapa buah negara kalau nak master bahasa tu kan. Hahahaha..

Kenapa penting ada impian? Bagi aku, orang yang tak ada impian ni macam daun kering yang ditiup angin. Orang yang ada impian akan sentiasa ada something to look forward to. Setiap hari mereka akan cuba untuk maju setapak untuk mendekati impian masing-masing. Mungkin akan terjatuh tapi mereka akan bangun semula dan melangkah ke depan untuk capai apa yang mereka impikan.

Impian adalah satu destinasi. Macam mana kita nak pergi ke destinasi tu terpulang pada jenis kenderaan yang kita pilih. Tapi biarlah pilih kenderaan yang bersesuaian. Takkan nak pergi Paris naik beca. Walau pun tak mustahil nak sampai Paris tapi berkurun lah nak sampai.

Kenderaan ni adalah apa yang kita lakukan untuk mencapai impian kita. Contoh paling mudah adalah pekerjaan kita. Pekerjaan adalah vehicle untuk kita capai apa yang kita nak. Kalau impian nak jadi kaya, kerja makan gaji mungkin tak mencukupi. Kita mungkin perlu usahakan satu cara lain bagi mencapai impian kita.

So, kalau nak capai impian, kenalah pilih kaedah yang sesuai. Kalau impian besar tapi tak mahu keluar dari keselesaan, mungkin impian tu jadi angan-angan yang tak ada makna.

Setiap orang mesti ada impian. Tak kira besar atau kecil, tapi kalau boleh nak berimpian biarlah sebesar yang mungkin. Tak ada perkara yang mustahil dalam dunia ni. Dulu orang anggap terbang tu mustahil. Tapi Wright Brothers dah buktikan yang manusia pun boleh terbang.

Pilih kenderaan yang sesuai dan usaha. Dalam dunia ni, kerja keras saja tak cukup. Yang penting adalah pilihan yang kita lakukan. Kalau kayuh beca pun sampai, tapi kena usaha keras. Tak boleh putus asa. Jadi pilihla kapal terbang. Lebih cepat dan tak memenatkan.

So, apa impian korang? Make sure yang impian tu cukup bermakna dan cukup besar untuk korang capai. Kalau tak dapat sampai Paris, dapat sampai ke Rome jadilah.

Apalah aku mengarut ni agaknya..hehehehe..Terima kasih sudi baca. Dah baca jemputlah komen.

Daa

Weight Management Program : Dah sedia ke?

Assalamualaikum

Setiap orang mempunyai faktor yang berbeza kenapa berat badan mereka bertambah. Faktor paling umum adalah tak menjaga pemakanan. Yelah. Malaysia ni kan syurga makanan. 24jam, 365 hari. Tak ada hari yang tak boleh jumpa makanan. Tapi, orang Malaysia masih makan macam esok lusa tak jumpa makanan dah. Selain dari tu, adalah faktor tak aktif. Alasannya adalah sibuk. Allah bagi setiap orang 24 jam. Kenapa ada orang yang ada masa untuk bersenam dan ada yang tak ada masa. Atau pun mungkin sebenarnya kita tak manage masa kita dengan baik?

Selain dari tu, faktor lain macam stress, kurang tidur, akibat dari makan ubat atau pil hormon seperti pil perancang dan juga faktor usia turut memainkan peranan masing-masing sebagai penyebab masalah berat badan berlebihan.

Lebih 21% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, aku yakin ramai yang ingin menurunkan berat badan ke tahap yang ideal. Persoalannya, adakah mereka bersedia dari segi mental dan fizikal? Keazaman saja tidak mencukupi. Seseorang mestilah mempunyai kesediaan mental dan fizikal untuk melakukan perubahan dalam aktiviti harian dan pemakanan mereka.

Adakah sendiri rasa nak turunkan berat badan atau orang lain yang suruh?
Dah sedia nak ubah cara pemakanan?
Dah sedia nak ubah gaya hidup? Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari?
Berapa lama sanggup berusaha sebelum nampak perubahan pada fizikal dan mental?

Selama mana sanggup untuk maintain gaya hidup dan pemakanan yang sihat?

Jawapan bagi setiap persoalan ni akan menentukan sama ada korang bersedia atau tidak. Yang penting dalam program ni adalah consistency. Jangan hari ni follow, esok break the rules. Lusa sangkut lagi. Minggu depan baru sambung balik. Sampai kucing tumbuh tanduk pun takkan dapat berat ideal.

Berita baiknya program ini adalah, tak perlu skip meals dan masih boleh makan makanan kegemaran. Tapi moderate amount lah. Ingat. Lebih baik boleh makan sikit nasi lemak, dari kita kena sakit jantung atau strok dan tak boleh makan langsung nasi lemak.

End of the day, kita kena aware yang melalui program ni walau pun kita berhempas pulas jaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, kadang-kadang kita tengok mata timbang tak bergerak banyak pun. Ini adalah kerana, lemak-lemak dalam badan dah bertukar menjadi otot. Oleh kerana jisim otot adalah lebih berbanding lemak, kita akan mendapati yang berat badan kita tak banyak berubah. Tapi kalau dilihat dari segi peratusan lemak dalam badan dan bentuk badan, kita akan dapati yang yang dulunya menggeleber dah nampak tone up. Kalau dulu senang termengah mengah, sekarang dah rasa makin bertenaga. Setakat nak lari 100meter tu memang takde hal lah.

Ingat. Tujuan weight management program ni bukan semata-mata menurunkan berat badan. Ia adalah satu program untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Kalau berat badan kurang, orang nampak kita kurus macam jerangkung, kulit pun sembab kusam je nak buat apa kan. Kalau angka kat mata timbang berkurang tapi kita rasa lemah, tak larat. Mana sihatnya. Betul tak?

So...dah sedia ke?

Daa

Khamis

Menyingkap kenangan budak lampi

Assalamualaikum

Masa zaman sekolah dulu aku boleh dikatakan duk dalam kategori budak fandai. Bukan pandai sangat. Ada lah sikit-sikit. Walau pun macam tu aku ni ala-ala lampi gitu. Masa aku kecik dulu aku suka la tengok cerita alih bahasa. Tak kira la cerita Oshin ke cerita kamen raider ke moero attack ke. Lagi pun kan zaman aku sekolah rendah tu banyak cerita ala-ala macam tu. Flashman, Maskman, gaban, ultraman..segala macam. Balik dari sekolah agama terus pecut balik rumah sebab taknak ketinggalan tengok cerita tu.

Oleh kerana cerita tu semua alih bahasa, pergerakan mulut pelakon tu semua tak sama dengan bunyi yang keluar dari mulut. Logik la kan. Tapi masa tu aku punya lah lampi. Aku duk berusaha gigih fikir macam mana agaknya pelakon tu buat gerak mulut lain keluar bunyi lain. Aku siap berlatih nak cakap macam tu. Ntah apa lah dalam kepala otak aku masa tu kan.

Lepas SPM, aku apply macam-macam jenis scholarship konon nak belajar kat oversea. Tetiba dapat panggilan dari MARA interview untuk tawaran belajar kat Jepun. Pada usia aku 17 tahun, aku takde pengetahuan pasal Jepun langsung. Aku cuma tau yang Hokkaido letaknya kat utara Jepun. Tu pun sebab akak aku berangan-angan nak melancong ke Hokkaido. Aku pun ikut berangan sama masa tu. Hehehe. Bila pakcik Jepun aka bakal sensei aku tanya aku apa perkataan Jepun yang aku tau. Aku cuma ingat perkataan "anatagasuki". Aku baca kat kamus kawan aku masa aku form 1. Sensei tu tanya ngan aku, aku tau tak maksud Nippon. Haram aku tak tau.


Gambar kenangan kat Hokkaido - Shakotan Misaki, Otaru

Kalau dah namanya Hokkaido kena ada ketam, ni ketam bulu @ kegani. Mahal kemain

Pergi waktu summer dapat tengok kebun bunga, di Furano. Softcream lavender dan rock melon
memang sedap gilaaa

Dah la bahasa inggeris aku memang fail langsung. Bila soalan tanya english aku cakap english separuh, lepas tu aku bantai cakap melayu. Sampai interviewer tu sound aku. Tu pun aku boleh lulus interview tu. Sedangkan initially aku berangan nak belajar kat US.

Tapi Allah kan perancang yang lebih baik dari aku. So, DIA hantar aku belajar kat Jepun. Oleh kerana tu, aku dapat berkenalan dengan shujin sebab shujin minat anime dan game Jepun. Since aku boleh cakap Jepun dia pun minat nak berkenalan dengan aku. Tapi mula-mula tu kawan je lah. Hehehe..

Apa pun aku bersyukur dengan perancangan yang Allah sediakan untuk aku dan aku syukur DIA gerakkan hati aku untuk terima tawaran belajar kat Jepun walau pun masa tu aku kemaruk nak ke US sebenarnya.

Dalam lampi lampi aku, yang kadang-kadang sampai hari ni pun aku masih lampi dalam sesetengah hal. Dapat suami yang cool dan penyayang macam shujin.

Nota kaki : Aku rasa stesen TV tak patut dah alihbahasa. Aku nyampah betul nak tengok cerita korea ke jepun ke cakap cina. Tak feel weh!

Daa

Weight Management Program - Memang terbaiklah

Assalamualaikum

Malam tadi aku pegi kelas pasal weight management program. Ini bukan sebab aku nak turunkan berat badan tau. Ni aku pergi sebab kelas ni sangat berkaitan dengan macam mana kita nak dapatkan berat yang ideal dengan cara yang sihat.

Cikgu yang mengajar tu memang sangat best. Ada 22 tahun pengalaman berkecimpung dalam bidang ni. Tak bosan sepanjang dua jam setengah kelas tu. Siap ada workbook macam mana nak mulakan weight management program sendiri.

Antara yang menarik yang aku boleh kongsikan adalah berkenaan dengan bentuk badan dan kaedah penurunan berat badan yang bersesuaian. Ada kira-kira bagai. Yang paling memeningkan kepala adalah nak merancang diet setiap hari mengikut keperluan makronutrient dan kalori yang diperlukan oleh tubuh. The keypoint adalah menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Tak ada magic food, magic pill atau jalan mudah nak turunkan berat badan.

Kalau ada yang claim ada, hati-hati dengan kesan sampingannya terutamanya bila kita stop follow the rules atau stop taking the pills.

Nantilah aku cuba karang dan prepare sebaik mungkin. Insya allah.

Sementara tu, ce kira BMI korang berapa.. ? Kalau dah over 23 tu bahaya tuu..

Menurut kajian, lebih dari 21% rakyat Malaysia adalah overweight, 6% adalah obese. Manakala, 1/3 dari rakyat Singapura menghadapi masalah obesity.

Statistik pula WHO menunjukkan lebih ramai orang yang obesity dari orang yang tak cukup makan dalam dunia ni. Hahaha..

So, korang kat mana?

Daa

Rabu

Morning sickness tu normal?

Assalamualaikum

Bila ada pompuan baru lepas kahwin mula muntah-muntah ramai yang seronok sebab tu tanda-tanda orang pregnant. Hehe. Suami pun bangga sebab kelelakian mereka dah terbukti. Kan kan kan...


Gambar recycle
Ramai yang pelik dan terkejut kalau ada pompuan yang tak muntah-muntah waktu pregnant. Tapi hakikatnya yang mana satu sebenarnya yang normal, yang mana satu yang tak normal.

Menurut satu kajian yang dijalankan di barat (aku tak ingat negara mana), simptom muntah-muntah dikalangan orang pompuan yang mengandung adalah tidak normal. Simptom ni biasanya disebabkan oleh kekurangan sesetengah jenis nutrisi dalam diet harian. Antara yang paling biasa adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin B complex. Begitu juga dengan fenomena mengidam.

Secara logiknya, seseorang yang bertubuh sihat tidak sepatutnya mengalami sebarang masalah seperti muntah-muntah. Walau pun perubahan hormon berlaku, sekiranya mendapat nutrisi yang mencukupi seseorang itu tidak sepatutnya mengalami morning sickness. Ini kerana, biasanya seorang wanita yang mengandung memerlukan lebih banyak nutrisi berbanding wanita yang tidak mengandung. Sekiranya pemakanan mereka masih sama seperti ketika tidak mengandung, simptom seperti muntah-muntah, sembelit dan kekejangan otot akan berlaku.

Sama lah macam waktu seorang perempuan tu period, ada sesetengah yang mengalami PMS yang teruk. Ada kawan aku sampai pengsan sebab sakit sangat. Ada yang naik jerawat kat muka. Ada yang tak mengalami apa-apa masalah. Ada yang periodnya tak teratur. Walau pun ada yang kata ia adalah genetik, aku lebih suka mengambil pendapat yang mengatakan ia adalah masalah yang berkaitan dengan kekurangan sesetengah jenis nutrisi.

Memandangkan adalah hampir mustahil untuk memastikan kita mendapat segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh setiap hari melalui pemakanan, pengambilan supplement adalah sangat digalakkan. Walau pun biasanya doktor akan menggalakkan pengambilan supplement hanya bagi kalsium, zat besi dan asid folik, penambahan keseluruhan jenis nutrisi dalam diet adalah sangat digalakkan.

Setakat aku rajin nak pergi seminar ni aku jumpa ramai wanita yang ada awareness pasal pemakanan seimbang dan diet yang sihat. Kebanyakan mereka mengaku, kalau ambik supplement tambahan yang cukup masa pregnant memang tak ada masalah dengan morning sickness, sembelit atau kekejangan otot.

Selain dari tu, kebanyakannya mengakui bayi yang dilahirkan tak mengalami masalah kuning dan kulitnya sangat bersih dan mulus. Biasanya dalam proses membesar mereka jarang dijangkiti penyakit dan pertumbuhan fizikal dan mental lebih pesat berbanding rakan sebaya.

Oh..tapi berhati-hati dengan pengambilan vitamin A sebab vitamin A yang banyak bahaya bagi orang pregnant. Sila consult dengan doktor atau dieticien sebelum start makan apa-apa jenis supplement ya. Jangan main redah je.

Info menarik
(1) Vitamin C - Perlindungan fetus, mengurangkan risiko keguguran, kelahiran pra-matang
(2) Kalsium - Agar kulit bayi cerah dan kenyal. Baik untuk perkembangan IQ dan tumbesaran. Mengurangkan masalah kekejangan otot.
(3) Iron-Folic Acid - Paling baik start ambil sebelum hamil. Mencegah kecacatan bayi
(4) Vitamin E - Mengurangkan risiko bayi mengalami masalah demam kuning
(5) Magnesium - Mengurangkan masalah sembelit
(6) Protein - Agar lebih bertenaga


Banyak lagi lah. Rajin dengan tak rajin nak makan je lah. Bagi yang pregnant, jaga diri baik-baik.

Daa

Selasa

Killer veggies - shiny, fresh and toxic

Assalamualaikum
Cewah..Tajuk english kak jah. Sori la. Mi spik no inglish. Manglish aku tahu ler. Tapi tajuk ni adalah salah satu topik dalam seminar dua hari yang aku join aritu.

Masa aku kecik dulu mak aku pesan, kalau sayur lubang-lubang tu bagus sebab ulat makan maksudnya takde racun serangga. Masa tu aku fikir gak, kenapa la nak makan bekas ulat. Hehehe..Dah besar ni applicable lagi ke ek semua  tu. Lagi pun sayur yang beli kat pasar daunnya elok je. Cantik dan segar.


Menurut kajian, setiap hari ada 50% chances kita makan racun melalui sayur-sayuran yang kita makan. Ini kerana zaman sekarang kalau nak beli sayur organik mahal bukan main. Padahal sayur organik bukan ada kena modal baja kimia atau pun racun serangga pun. Tapi yang organik lebih mahal. Kadang-kadang sampai 2-3 kali ganda dari yang biasa. Tu pun entah ye entah tidak betul-betul organik. Bukan semua penjual tunjuk ada certification. Yang ada tu ada lah. Yang tak ada pun banyak. Lebih kurang macam sijil halal lah kan..

Yang terbaik adalah tanam sendiri sayur dan jangan gunakan bahan kimia untuk membaja dan meracun. Tapi kalau dah tinggal kat angkasa macam aku macam mana gayanya nak tanam sayur kan. Aku tanam serai dalam pasu pun asyik mati je. Geram betul.

Macam mana kita basuh sayur sayuran? Nak basuh sayur ni tricky sikit sebab kalau terlebih basuh vitamin B dan C dalam sayur akan hanyut dalam air. Kalau kurang sangat basuh pulak, kesan racun serangga mungkin akan tertinggal dan dimakan tanpa kita sedari. Kalau nak basuh sayur jangan kerat dulu, basuh bersih-bersih dulu, kemudian baru dipotong. Aku basuh sayur dengan sabun cuci pinggan aku. Tapi aku takde la guna sabun sunlight. Aku guna sabun basuh pinggan organik yang selamat kalau nak minum pun. Cuma aku tak minum la.

Sayur, buah semuanya aku cuci dengan sabun dulu sebelum dimasak. Aku rasa sekarang dah banyak dijual sabun untuk cuci sayur kat pasaraya.

Aku rasa sejak aku rajin mengattendkan diri ke seminar ni, aku ada lebih banyak awareness pasal benda-benda yang macam ni. Kalau dulu aku basuh sayur pun guna air. Lebih kurang je. Maklumlah herbisid, pestisid ni bukan nampak pun. Ada ngan tak ada sama je. Tapi sekarang ni dari segala segi aku nak ambik tahu.

Mungkin pada sesetengah orang, susah payah je nak kaji pasal penapis air. Susah payah je nak pilih produk yang mesra alam. Dah la biasanya lebih mahal. Tak jauh beza pun dari yang biasa guna.

Entah kenapa sekarang aku rasa jauh gila beza. Kalau dulu syok pakai sunlight sebab banyak buih. Sekarang kalau aku pakai sunlight ke sabun Glo ke rasa tapak tangan kering, kasar. Macam hampeh kan. Tapi dari dalam diri aku, aku rasa aku jauh lebih baik dari dulu. Walau pun mungkin orang lain tak nampak macam tu.

Minggu ni ada 3 kelas malam dan satu talk berkaitan dengan weight management aku nak attend. Doakan aku dapat ilmu yang baik untuk dikongsikan dengan semua. Insya allah.

Nota kaki : Eh..tapi jangan jadikan ni alasan untuk taknak makan sayur ya..sayur sangat sangat super penting dalam diet kita. Kalau boleh makan 5 warna sayuran - Hijau, oren, merah, ungu dan putih. Sebab setiap satu ada kepentingan berbeza. Sekarang mungkin tak rasa. Nanti dah masuk umur evergreen baru sedar pentingnya diet seimbang.

Daa

Ibu bapa pun kena minta maaf dengan anak

Assalamualaikum

Hari ni on the way nak hantar aku ke tempat kerja Aqil mengadu dengan ayahnya


Shopping kat Econsave

Rambut ada macam gaya kpop tak - sila abaikan background yang bersepah sepah

Aqil : Yah, yah.. Cakap aku no no kan.. Tapi ibu cakap aku tak pe pun
Shujin : Mana boleh cakap aku kan. Haa. Ibu jawablah..
Aku : Hish.. Malu lah ibu cakap aku pulak. Sorry ok. Lain kali ibu tak cakap aku lagi. Cakap aku no no kan..

Rupa-rupanya persoalan cakap aku tu masih bermain di fikirannya. Aku sungguh tak expect dia akan bangkitkan semula benda ni. Apa boleh buat. Terpaksa lah aku mengaku salah aku dan minta maaf dengan Aqil sebab cakap tak serupa bikin. Huhuhu..

Nampaknya aku kena lebih bersedia dan berhati-hati bila bercakap. Aqil dan Damia masing-masing dah makin pandai mengajuk cakap kitorang. Lebih-lebih lagi Aqil.

Damia pulak menjadi-jadi manjanya sekarang. Pantang ditegur. Mula lah nak buat drama. Nangis mendayu-dayu. Geram je aku dengar. Bila kena marah dengan shujin pandai je datang nak peluk kaki aku. Dah la kuat main. Kalau Aqil pulak lain sikit, bila kena marah dia diam je. Pandang je kat kita. Lepas tu dia duduk jauh-jauh. Mungkin sebab dia abang. Dia tunjuk yang dia lebih kuat.

Dedua pulak kalau dah lepas kena marah pandai nak ambik ati kita. Tolong kemas rumah, kutip toys dia yang bersepah-sepah.

Bila dah macam tu kadang-kadang rasa bersalah pulak marah-marah dia.

Nota kaki : Best kan melayan kerenah anak-anak

Daa

Isnin

Air yang sihat Part 2 : Penapis air yang terbaik?

Assalamualaikum

Baca Air yang sihat Part 1 dulu ya.

Apakah kriteria penapis air yang baik?
Adakah berbaloi beli penapis air yang murah yang tapis tak seberapa atau pun beli yang mahal tapi sebenarnya tak tapis apa-apa jugak? Sejauh mana penjual penapis air jujur dalam keterangan mereka? Ada yang kata boleh tapis 140 contaminants, ada yang kata boleh tapi 150 jenis contaminants. Ada yang kata semua pun boleh tapis. Tapi betul ke? Macam mana nak tahu yang diorang sebenarnya tak menipu kita. Boleh penjual bagi kita list apa yang diorang boleh tapis?

Air RO terbaik?
Kalau air bersih, tapi takde khasiat. Kosong. Itu bukanlah air yang sihat. Biarlah aku berterus terang ya. Aku rasa ramai yang dah tahu pasal ni. Tapi aku akan tulis jugak bagi yang belum tahu. Sekarang ni antara air yang sangat popular adalah air yang dihasilkan melalui proses reverse osmosis. Aku tak nafikan air yang dihasilkan adalah bersih dan bebas dari kandungan logam berat dan contaminant yang boleh membahayakan kesihatan. Bagaimana pun, adakah air RO ni benar-benar sihat adalah terpulang pada judgement individu tersebut. Ini kerana, air RO tak mengandungi sebarang zat. Maaf kalau ada yang sentap. Ia macam minum air bateri sebab air bateri tu adalah air suling yang tak mengandungi sebarang mineral. So, sama ada air RO ni sesuai untuk diminum atau tidak, terpulang pada korang sendiri.

Standard bagi penapis air
Bercakap pasal air yang bersih. Kita tak boleh lari dari bercakap tentang penapis air. Ada beratus jenis penapis air boleh didapati dipasaran. Masing-masing kata produk merekalah yang terbaik. Bila kita membincangkan tentang produk yang baik pulak. Kita akan tengok macam-macam jenis standard dan qualification atau certification dari badan bebas pada satu-satu produk. Standard yang paling popular bagi penapis air ada NSF.

NSF adalah satu organisasi bebas yang memberikan sijil standard bagi pelbagai jenis produk. Salah satu daripadanya adalah produk penapis air. Macam-macam informasi yang kita boleh dapati kat website NSF - htt://www.nsf.org



Website NSF

Antaranya adalah seperti
(1) Contaminants guide - Jenis-jenis bahan cemar yang biasa terdapat dalam sumber air
(2) Tips untuk memilih penapis air yang baik - Guideline bagi nak tau penapis air macam mana yang ideal dengan keperluan kita
(3) Database produk dan syarikat yang dah dapat sijil dari NSF - Ada 1740 jenis produk penapis air yang dapat sijil NSF. Boleh check setiap satu, standard mana yang produk tu certified dan apa jenis contaminants yang berupaya ditapis. Ada sesetengah siap provide official link bagi product tersebut lagi.
(4) NSF standard bagi sistem penapis air - Ada banyak standard bagi certification oleh NSF ni. Standard paling biasa adalah 042 dan 053


dan banyak lagi

Standard 042 adalah standard paling basic bagi sesebuah penapis air. Kalau penapis air tu dapat tapis klorin, baiki rasa dan bau air, boleh dapat dah sijil.

Standard 053 adalah bagi menapis bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan. Ada banyak bahan cemar (Rujuk pada list bahan cemar yang biasanya terdapat dalam air) Tapi apakah yang dapat ditapis oleh penapis air tersebut. So, kalau ada yang kata diorang boleh tapis 140 jenis contaminants tu boleh tengok listnya dengan rujuk pada database NSF.

Ada jugak standard lain macam 055 bagi penapis air yang ada gunakan teknologi ultra violet untuk bunuh kuman dan bakteria dalam air. Macam-macam lagi lah. Basically lagi banyak standard yang satu-satu jenis penapis air tu dapat, lebih bagus la kan. Lagi panjang list of contaminants yang boleh ditapis lebih baik lagi.

Bila nak beli penapis air, tanya model penapis air mereka. Cari dalam database NSF untuk tahu sejauh mana penapis air tu boleh menapis. Dari situ, kita akan tahu harga yang ditawarkan berbaloi ke tidak dengan penapis air tu. Banyak product yang kata mereka ada dapat sijil NSF. Tanya pada penjual standard yang mana satu. Kalau setakat standard basic 042 nak jual dengan harga ribu ribu aku rasa kurang berbaloi. Tapi terpulang pada kemampuan individu dan pandangan masing-masing.

Berhati-hati! Ada sesetengah penapis air ada sampai 5-6 penapis. Check sama ada semua penapis dapat sijil NSF ke tidak. Mungkin ada yang tak semua. Cuma yang menjadi masalah adalah bila syarikat pengeluar penapis air adalah berbeza dengan syarikat penjual. Maksudnya syarikat yang beli produk penapis air dari syarikat negara China, kemudian dilabel dengan brand mereka. Nama model pun berubah. So susah la sikit nak cari info produk dalam database NSF. Melainkan kalau penjual nak bagitau apa nama model yang di register dengan NSF.

Bagi aku kesihatan bukan boleh dijual beli. Jadilah pengguna yang bijak, pengguna yang ada pengetahuan. Penjual pun tak boleh nak tipu kita kalau kita ada pengetahuan.
 
Daa

Air yang sihat Part 1 : Perlu ke penapis air?

Assalamualaikum

Dalam tips supaya nampak muda dan sihat ada aku tekankan pasal pengambilan air yang bersih. Sebenarnya air yang bersih saja tak mencukupi. Air yang sihat adalah lebih tepat lagi. Air yang sihat bermaksud air yang bersih dan kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Menurut kementerian kesihatan malaysia, air paip di Malaysia adalah drinkable. Maksudnya boleh diminum. Dan seperti yang kita semua tahu, keadaan sungai-sungai yang menjadi sumber air di negara ini amatlah menyedihkan. Dari bangkai binatang, manusia,sampah sarap dan bahan buangan dari kilang. Apa yang dilakukan oleh syarikat bekalan air adalah menapis segala sampah sarap, kemudian bahan kimia seperti tawas, klorin dan flouride digunakan untuk memperbaiki rasa, warna dan  bau air tersebut. Selain dari itu, klorin juga berfungsi untuk membunuh virus seperti salmonella, e coli dan bakteria lain yang common.

Bagaimana pun, air yang mengandungi klorin sebenarnya adalah sangat berbahaya kepada kesihatan. Gas klorin adalah gas pembunuh yang digunakan pada zaman perang suatu ketika dulu. Selain dari itu, macam yang aku cakap sebelum ni, logam berat yang terdapat dalam air yang kita minum akan terkumpul dalam badan dan dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan macam kanser, fibroid bagi wanita dan boleh menyekat pertumbuhan IQ kanak-kanak.

Malah, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, toksin boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu mereka. Toksin adalah sejenis bahan asing yang merbahayakan kesihatan. Detoksifikasi dalam tubuh manusia melalui beberapa peringkat. Hati adalah organ utama yang membantu menapis segala toksin dari mencemari tubuh. Kemasukan toksin yang tidak terkawal akan menyebabkan bebanan pada organ tersebut. Bahan cemar logam berat seperti lead dan mercury adalah super bahaya kerana menurut kajian, kehadiran kedua-dua jenis logam berat ini boleh membunuh tikus dengan serta-merta.

Tak dinafikan, tikus tu kecik. So dalam jumlah yang sikit boleh membunuh dengan serta merta. Tapi jangan lupa. Logam berat takkan keluar dari badan. Ia akan terkumpul dalam badan. Lead boleh merendahkan IQ, menyebabkan seseorang mudah lupa, menambahkan free radicals dalam badan dan boleh menyebabkan seseorang tu risau tanpa sebab.

Jadi, bukan saja pemakanan seimbang yang kita perlukan. Malah, air yang bersih adalah sangat penting. Air paip yang mengandungi klorin apabila dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Bagaimana pun, ia tidak menghilangkan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung dalam air tersebut. Bahkan, air berklorin yang dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa orang zaman  sekarang lebih mudah kena kanser berbanding orang zaman dulu.

Gambar google paling relevan kot
Oleh kerana sumber air pada masa kini adalah sangat kotor, jumlah bahan kimia yang dimasukkan untuk merawat air semakin banyak. So pada aku, penapis air yang baik adalah sangat penting dalam setiap rumah. Kalau kurang mampu nak beli yang mahal, sedaya upaya dapatkan penapis air yang sekurang-kurangnya boleh tapis klorin. Tapi kita mesti nakkan yang terbaik kan..So macam mana nak tau penapis air tu betul-betul bagus sebab semua penjual penapis air mesti akan kata penapis air syarikat mereka lah yang terbaik. Yang paling laku. Yang paling hebat.

Since aku taknak bagi entry ni panjang sangat (dah panjang pun kan :P) Aku akan bincang pasal macam mana nak kaji pasal penapis air yang ada dipasaran. Aku apply benda ni kat diri aku sendiri. Lain orang lain caranya. Aku cuma bagi cadangan ok. Bukan semestinya kaedah aku yang terbaik.

Terima kasih sebab sudi baca.

Daa

Ibu ketam yang mengajar anaknya, kemudian anak ketam ajar maknya semula

Assalamualaikum

Hinss..Salam Isnin. Semalam shujin balik pukul 4 pagi. Aku dengan anak-anak dah tergolek golek tidur baru dia sampai. Biasa lah orang lelaki kalau dah jumpa kawan-kawan. Jangan dia pergi dangdut sudaaa.

Semalam masa shujin tak ada, ada kawan aku masa belajar call. Lama jugak kitorang borak. Aku bercakap dengan guna "aku kau". Biasa lah kawan-kawan kan. Lepas tu Aqil datang kat aku.

"Ibu, aku no no lah."

Erkk..Aku dah beberapa kali tegur dia sebab kadang-kadang dia cakap aku. Pengaruh dari sepupu-sepupu dia. Budak-budak kan lebih mudah terpengaruh dengan orang yang lebih kurang sebaya dengan dia dari orang yang lebih dewasa. Selama ni aku guna "aku kau" tu tak ada pun dia ngikut. Bila dia dengar sepupu dia cakap gitu terus dia terikut. So bila aku dengar tu aku dengan shujin pun tegur lah.

Lepas tu aku terlupa yang anak-anak ni dah makin pandai.

Bila dia dengar aku borak cakap "aku kau" dia pun tegur lah. Adeh. Malu habis. Terpaksalah aku berhati-hati lepas ni.

Bila shujin balik aku pun cakap kat shujin. Shujin pun kata yang dia pun pernah kena.

Aqil datang tepuk-tepuk pipi shujin lepas tu kata "Ayah, aku no no lah. Malu lahhh"

Hahahaha. Sejak makin petah bercakap ni kadang-kadang tak sangka dengan apa yang dia cakap.

Ada sekali aku berborak dengan shujin dalam kereta. Biasa lah aku kan kepochi je gaya bila bercakap. Aqil pun sound,

"Ibu ni bising lah" Boleh??

Kadang-kadang aku terfikir, rugi jugak kalau aku takde blog. Even aku tak sempat nak rakam dengan kamera atau dengan video cam semua moment tu tapi aku boleh tuliskan semuanya. So, in future boleh la aku baca balik. Mesti aku rindu saat-saat ni nanti.

Bila diorang dah besar nanti, kalau diorang nak tahu perangai masing-masing boleh baca blog ni. Kelllass cik jahhh..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com