Jumaat

Abang sayang adik

Assalamualaikum

Masa aku dapat tau aku pregnant kali kedua, aku rasa bersalah pada Aqil dan serba salah. Masa tu Aqil baru cukup setahun. Aku memang dah berniat nak breastfeed dia sampai cukup 2 tahun. Bila aku pregnant, susu merudum gila. Aku bangun pukul 5 pagi pam susu sambil tidur duduk. Kat ofis aku buat kerja sambil pam susu. Lastnya bila dah 4 bulan pregnant aku give up sebab aku pam, susu cuma meleleh je.

Aku terpaksa supply Aqil dengan susu Anmum. Syukur Aqil bagi kerjasama, walau pun tiap kali turn aku kena bangun tengah malam nak buat susu aku rasa macam nak ngamuk je. Bila perut aku dah besar sikit, aku cerita kat Aqil yang dia nak dapat adik. Ada baby dalam perut. Rajin la dia peluk-peluk perut aku.

Masa aku kena admit ke hospital, Aqil tinggal dengan mak aku. Shujin teman aku kat hospital. Dua hari tak jumpa. Seingat aku tu lah paling lama aku tak jumpa Aqil. Bila datang ambik aku tu happy gila. Mulanya dia jeles jugak bila aku susukan adik. Dia pun sibuk nak jugak. Tapi dalam masa yang sama dia sayang gila adik dia.

Diorang berdua kamceng gila. Kalau adik terjatuh ke apa ke Aqil mesti cepat-cepat pegi kat adik dia tolong adik bangun. Lepas tu gosok-gosok tangan dengan lutut adik. Sibuk-sibuk tanya adik sakit ke tidak. Kalau jalan nak pimpin tangan dengan adik. Adik bukan faham sangat lagi pasal brotherhood ke sisterhood ni. Kalau dia nak gigit abang dia selamba badak dia gigit. Kalau dia nak ketul ngan bucu remote pun dia ketuk la.

Abang penyayang

tidur pun sama. Kadang-kadang gaya pun sama. Buahss pun sama..

nak teman adik masa adik sakit
Kalau kena gigit ke kena ketuk ngan adik pun Aqil tak balas. Dia kata "Adikk...sakit lah.." Lepas tu datang mengadu kat aku atau shujin. Kalau pergi mana-mana mesti nak kena bawak adik sekali. Tak boleh tinggal adik dia.


Nak beli apa-apa kena beli untuk dedua orang. Walau pun kadang-kadang bila Aqil nak barang kat tangan adik, dia ambik je. Lepas tu dia kata "Adik baby. Adik tak boleh main ni" Kalau adik main something yang bahaya pun dia concern.. Mesti duk larang adik dia. "Adik..jangan...Adik..no no"

Kalau naik kereta sama-sama membuas. Kalau ayah emergency break atau ambik corner sampai adik terjatuh mesti kena marah dengan Aqil. Biasanya dia akan kata "Ayah ni..ayah ni" sambil tangan tu pap pap duk tampar pipi ayah dia. Hehehe..

Kalau adik nak tidur dia pun tolong tepuk adik. Bila dia taknak mandi, aku pujuk adik mandi dulu sebab adik mandi mesti dia nak ikut mandi.

Aritu masa mandikan diorang, dia tanya shujin, "yah yah..shishi adik mana?" (Shishi = tempat kencing/kencing dan sewaktu dengannya)Shujin terpana tak tau nak jawab apa. :D

Kalau korang, korang jawab apa?

Daa

Bayi 7 bulan koma tapi celik

Assalamualaikum

Baru lepas lunch. Masa lunch tu aku sempat belek-belek Harian Metro. Biasa lah kan untuk berita yang sensasi dan disensasi kan. Hehehe..

Gambar muka depan gambar sorang baby 7 bulan. Actually budak tu koma. Tapi dalam gambar tu sebelah matanya celik. Pendarahan yang teruk pada kepala. Menurut doktor mungkin sebab hentakan atau ketukan yang kuat. Kejadian tu berlaku kat pusat jagaan kanak-kanak. Kata pengasuhnya, dia tidurkan budak tu macam biasa. Bila nak dikejutkan tak bangun. Dia terus call parents budak tu dan dibawa ke hospital. Doktor dah buat pembedahan untuk keluarkan darah beku kat kepala. Kemungkinan sebelah otaknya rosak. Wallahualam. Kita doakan semoga budak tu akan sedar kembali dan sembuh.

Actually kejadian-kejadian macam ni bukan baru dan bukan tak biasa berlaku. Masyarakat kita akan ternganga dan kata macam-macam pada pengasuh. 2-3 hari lepas tu atau paling lama pun seminggu lepas tu redalah. Masing-masing dah lupa. Sibuk dengan urusan harian. Apa yang berlaku tak dijadikan iktibar. Pengasuh masih macam tu. Mak bapak yang hantar anak mereka pun masih hantar anak macam biasa. Yang kekal ingat kejadian tu cuma ibu bapa dan keluarga yang terlibat.

Sampai bila keadaan ni akan berterusan. Aku tak tau pasal undang-undang, tapi kenapa pusat asuhan dan pengasuh ni seolah-olah dilindungi oleh satu akta khas dalam perundangan negara. Paling terus pun cuma kena denda. Mereka masih beroperasi macam biasa. Mak bapak yang tahu kes tu tahu lah. Yang tak tahu menahu pun ramai.

Kenapa lah mak menteri, pak menteri yang terlibat tak ambil tindakan tegas pasal kes bersabit dengan nyawa ni.

Tolong cadangkan pada menteri berkaitan

(1) Revoke lesen pusat asuhan yang ada kes. Diorang tak boleh apply lesen tu selama-lamanya
(2) Pusat asuhan yang jaga budak bawah 2 tahun mesti ada CCTV yang berfungsi dengan baik
(3) Pantau operasi dari masa ke semasa. Toksah kata tak cukup tenaga kerja lah. Duit orang bayar lesen tu gunalah untuk hire orang yang pergi buat pantauan tu.
(4) Setiap pengasuh wajib ambik kursus latihan kecemasan dan ada sijil

Kalau at least boleh kuatkuasakan empat perkara ni aku boleh jugak la rasa lega nak hantar anak-anak ke pusat asuhan. Aku pernah hantar Aqil sekejap. Damia memang aku tak pernah hantar. Shujin pun sangat-sangat risau nak hantar. Lagi la bila ada je kes-kes macam ni. Menakutkan tau. Ingat senang-senang ke nak bawak perut 9 bulan ngandung, nak beranak lagi, nak bagi susu lagi. Senang-senang je cederakan anak orang.

Nota kaki : Diorang ni tang duit laju je..bila terlambat ambik terus cas overtime la apa la.. Tapi tengok la bila ada kejadian macam ni, mesti senyap je. Buat-buat tak reti buat buat bodo.. Yang peliknya undang-undang kita tak boleh buat apa-apa. At best kena denda. Main nyawa anak orang kena denda 2-3 ribu je. Aku bayar duit hospital masa nak bersalin lagi mahal la..

Daa

Khamis

Tips bagaimana memilih vitamin/supplement yang baik

Assalamualaikum

Aku rasa zaman sekarang ni ada macam-macam jenama supplement dan vitamin ada kat pasaran. Malah ada sesetengah tu boleh dapat PERCUMA bila pergi klinik kerajaan. Pening kepala nak pilih mana satu. Tapi sebenarnya sejauh mana vitamin dan supplement tu berkesan dan digunakan dengan baik oleh tubuh badan kita. Kita pun tak tau. Malah, kalau makan supplement tapi badan takde rasa kesannya pun nak buat apa kan. Sama je makan ke tak makan.

Aku pun pernah rasa macam tu dulu.

Secara kasarnya vitamin terbahagi kepada dua kumpulan. Satu yang dihasilkan dari sumber semula jadi dan satu lagi yang dihasilkan melalui proses kimia dalam lab. Contohnya macam vitamin C. Vitamin C juga dipanggil sebagai asid askorbik. Kalau beli vitamin kat Farmasi ke Guardian ke Watson ke kita belek botol tu kita boleh check berapa miligram vitamin C yang terkandung dalam sebiji vitamin tu. Lagi tinggi lagi bagus. Ada yang sampai 1000mg. Tapi aku rasa tak ramai yang check bahan yang terkandung dalamnya. Sebab obviously la kan. Tablet vitamin C, mesti lah ada vitamin C. Mungkin ada vitamin lain menempel sikit-sikit. Tapi kat botol tu kandungan dia tu tulis vitamin C ke asid askorbik.

Aku tak pasti sejauh mana info yang aku dapat ni tepat. Maybe sesiapa yang ambil jurusan farmasi boleh clarify. Tapi menurut sumber, kalau kat bahagian kandungan tu tulis vitamin C. Most probably ia adalah dari sumber natural. Tapi kalau tulis asid askorbik biasanya yang dibuat melalui proses kimia dalam lab.

Actually mana-mana pun takpe. Sepatutnya takde masalah sebab asid askorbik yang dibuat melalui proses kimia tu di derive (tatau Bahasa melayunya panggil apa) dari gula. Sebab tu ada sesetengah tablet vitamin C tu manis. Ada kemungkinan asid askorbik tu dah tukar jadi gula semula (buah yang masam kaya dengan vitamin C). Satu lagi bahan yang juga menghasilkan asid askorbik adalah lebihan dari hasil petroleum. Kira bahan buangan dari proses yang buat minyak tu, diorang ambik bawak masuk dalam lab lepas tu buat asid askorbik.

Apa pun aku tak pasti sama ada asid askorbik yang dihasilkan melalui proses kedua tu dijadikan tablet vitamin C untuk dijual ke tidak.

Perbezaan antara vitamin C yang natural dan yang tak natural adalah. Biasanya kandungan vitamin C dalam tablet supplement yang natural tak banyak. Kalau nak masuk 500mg vitamin C natural dalam satu tablet, saiz tablet tu mungkin jadi sebesar bola. So secara mudah nak paham tablet yang tinggi kandungan vitamin C nya adalah vitamin C yang buat dalam lab.

Tapi, vitamin C natural pun bukan 100% natural. Ada masuk jugak sikit asid askorbik yang derive dari gula jagung contohnya. Satu lagi beza yang nyata antara vitamin C natural dan tak adalah vitamin C natural biasanya mengandungi flavonoid. Flavonoid adalah sejenis nutrient baru yang dikenali sebagai fitonutrient (phytonutrient) atau phytochemical. Actually dah lama. Tapi sebelum ni tak berapa nak gleme. Hehe.. Kawan-kawan dia adalah seperti karetonoid yang terdapat dalam lobak merah.

Flavonoid ni kalau dalam buah oren tu yang warna putih pahit-pahit tu. Biasanya orang buang yang tu kan. Sebenarnya flavonoid memainkan peranan penting sebab dia lah yang membantu penyerapan vitamin C. Dengan kata lain, ada vitamin C tapi takde flavonoid mungkin hanya beberapa peratus kandungan yang dapat diserap dan digunakan oleh badan. Sebab tu sekarang makin banyak kita tengok vitamin C dijual ada tulis "Mengandungi Flavonoid"

Dan kandungan vitamin C yang tinggi pun tak semestinya semuanya akan dapat diserap. Dalam entry aku sebelum ni aku ada tulis pasal kadar penyerapan. Kalau tengok lebih dari 80% vitamin C diserap oleh tubuh kita kalau sekali ambik tu 500mg. Kalau lebih tinggi dari tu peratusan yang diserap akan semakin berkurang. (Sori tak boleh nak link kan pada entry tu sebab aku update guna email)

Setiap vitamin dan mineral ada pemangkin masing-masing. Sebagai contoh calcium, dalam entry sebelum ni aku ada tulis pasal calcium kena ada magnesium untuk diserap dan digunakan. So nak makan calcium kena tambah dengan magnesium sekali supaya calcium tu dapat diserap dengan baik.

Ambik supplement saja tak cukup. Kita kena jugak ambik tau sejauh mana ia berkesan dan dapat diserap oleh badan kita. Baru kita rasa berbaloi nak makan vitamin. Baru kita tak rasa rugi beli.

Ada doktor gelak tau kalau aku kata aku selesema tak makan ubat. Aku makan vitamin C je. Dia kata Vitamin C tak sembuhkan selesema. Tapi aku makan memang sembuh pun. Kalau dulu sekali selesema sampai 2 minggu tak baik-baik. Sekarang paling lama pun 5 hari. Cuma yang tak besnya aku dah lama tak demam. Sejak makan vitamin C ni dah dekat dua tahun kot tak demam. Tension je tak boleh nak MC. Nak MC pun kena tipu-tipu doktor cakap lenguh badan.

Nota kaki : Untuk yang merokok atau terdedah pada asap rokok atau yang rajin makan ubat, sila silalah consider ambik vitamin C.

Mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan dengan penggunaan supplement? Hubungi kami di 0126894617. Product Nutrilite mendapat pengiktirafan halal dan mempunyai ladang organik sendiri bagi product kami. Dari benih sampai ke dalam botol adalah proses kami sendiri. Nutrilite juga merupakan top selling brand supplement dan supplement paling dipercayai oleh pembaca reader digest Malaysia dan Asia.

Daa


Makcik gatal..! ewww geli ah..

Assalamualaikum

Sesungguhnya makcik tersebut adalah tak lain tak bukan diri aku sendiri. Makcik la kan kalau nak dibandingkan dengan Zac Efron tu. Hohoho.. Tapi kalau nak banding ngan Cik Puan Bunga ke Cik Ina Do Do Cheng ke, aku kira muda belia lagi lah. Jangan marah eh..gurau je.. :P

Semalam shujin pegi kelas. Walau pun plan asalnya aku yang kena pegi, tapi oleh kerana nak jimatkan minyak dan juga kesian kat anak-anak (alasan je tuh!) Aku pun suruh shujin je pegi. Dengan hati yang berat pegi jugak lah.

Shujin pesan suruh kemas rumah, mop lantai, sidai kain baju etc etc. Cewah. Nampak gaya macam tak bagi aku bersantai-santai walau pun dia takde kat rumah. Nasib baik shujin dah masakkan nasik. Buat nasik daging lagi ko. Jangan jeles my shujin tere masak nasik daging dah.

Aku dengar berita kejap aku terus tutup TV. Tension aku tengok TV tigasuku sejak perang politik yang makin takde penghujung. Dok katalah ikut suka hati dia.

Eh. Tapi yang aku nak cerita ni bukan pasal berita. Aku nak cerita yang oleh kerana shujin takde kat rumah, aku dapat lah tengok cerita High School Musical kat TV2. Aku tak pernah tengok walau pun berapa kali dah tayang kat TV sebab shujin anti betul ngan cerita tu. Tensi je aku sebab aku nak tengok Zac Efron yang jambu suara lemak merdu tu. So semalam aku tengok cerita tu sambil tersenyum simpul lagak gadeess remaja nak masuk umur 16 tahun. Suweett sixteen gitu. Ceitt.. Gatal sungguh makcik ni. Bila shujin balik dia tengok aku dok sengeh-sengeh depan TV terus je sound. Hoh..cite macam ni pon bini aku tengok.
Hahahaha. Hampeh. Kantoi la pulak..
Eleh..dia dok ulang tayang tengok cerita Miyazaki Aoi aku tak complain pun. Siap dia duk puji-puji minah tu lagi. Cantik la. Lemah lembut la. Aku takde la jeles dia suka ngan Miyazaki Aoi tu, tapi aku jeles sebab akak tu comel gila. Geram aku.
Aoi Miyazaki berlakon dalam cerita NANA, Tada kimi wo aishiteru dengan virgin snow. Yang aku dah tengok lah. Semua best. Yang tada kimi wo aishiteru tu syahdu..sampai nanes nanes makcik. :P
Nota kaki : Sori, hari ni takde entry berinformasi lagi. Aku busy mode.
Daa

Rabu

Cadangan melanjutkan usia pencen - korang memang nak keja sampai mati ke?

Assalamualaikum

Tuu diaa.. Tajuk macam cari gaduh kan. Sori. Saje nak bikin kontreversi.

Sambil makan laju-laju masa lunch tadi aku terbaca yang ada cadangan dan request supaya usia pencen bagi pekerja swasta dilanjutkan. Eh aku pelik la ngan orang ni. Kenapa nak lanjut ek. Best sangat ke kerja tu sampai usia dah lanjut pun nak kerja lagi. Tak cukup ke kerja sampai umur 50.

Aku tak nafikan kalau kita dah biasa kerja, lepas tu tiba-tiba tak payah pergi kerja. Sure blur duduk kat rumah tak tau nak buat aktiviti apa dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang. Tapi taknak ke spend masa dengan family. Bergurau senda dengan anak cucu. Berehat. Banyakkan amal ibadat. Tengok balik kehidupan yang kita dah lalui sepanjang 50 tahun hidup. Segala apa keputusan dan pilihan yang kita dah buat.

Sepanjang kita sibuk-sibuk bekerja. Kita mungkin tak ada masa nak buat semua tu. Mungkin tak cukup masa nak buat penilaian tentang sejauh mana kita menjadikan diri kita khalifah. Abis kalau umur dah senja pun nak terus kerja, bila masa kita nak tumpukan pada amal ibadat kita pada Allah. Nak kutip segala pahala sunat yang tercicir sepanjang hidup kita.

Bagi aku sebenarnya orang-orang yang nak mintak lanjutkan usia pencen ni bukan sebab diorang suka kerja. Mostly adalah kerana diorang tak mampu untuk tak bekerja. Kalau biasa gaji RM3-4 ribu. Tiba-tiba takde. Yang tinggal cuma duit pencen. Kalau tak pun duit KWSP semata-mata. Kepada yang relieved sebab kerja kerajaan ada pencen meh aku bagi tau sesuatu. Kalau sekarang korang hidup dengan duit gaji pun cukup-cukup dan seadanya. Jangan pernah mimpi yang korang boleh hidup selesa dengan duit pencen. Aku bukan nak hina. Aku cuma beri peringatan.


Tak kira orang kerja kerajaan ke swasta ke. Kerja tu kerja jugak. Jangan lupa yang satu hari nanti kita akan sampai masa untuk tak bekerja. Jangan lupa nak plan masa depan kita. Hari tua yang macam mana kita nak. Menyimpan saja tak cukup. Melainkan kalau berjaya menyimpan RM500ribu sampai umur 50 tahun nanti. Tu pun kira boleh laaa.

Dari sekarang bina aset. Belajar melabur. Belajar meniaga.

Tak pandai, belajar. Usia kita tak pernah terlalu muda atau terlalu tua nak mulakan sesuatu. Jangan nanti nanti. Mulakan sekarang.

Nota kaki : Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal.

Daa

Promosi Peserta GA Puding Cream Caramel Ourkizuna - 6

Assalamualaikum

Penjelajahan promosi blog GA Puding Cream Caramel Ourkizuna dah masuk siri ke 6. Fuhh.. Berpeluh jugak dibuatnya. Tapi janji tetap janji. Hehehe..

Kalau nak tengok promosi siri satu dan lima terjah link bawah ni. Kalau ada yang tertinggal sila inform saya.


Baiklah. Mari kita mulakan promosi blog kali ke enam ni.

Fatin - Sempoi kan tagline untuk blog GA Fatin ni. Tergelak saya membayangkan situasi tu "Mak, menang lagi!!" Lepas tu mak dia pun kepoh-kepoh datang tengok GA mana yang dia menang tu. Banyak juga GA yang blog ni dah menang. Nak tahu rahsianya? Rajin-rajin la terjah blog Noor Fatin & Contest contestnya tu..


Syeeda Saniey - Kalau ada sesiapa yang suka membaca cerpen boleh terjah blog ni. Syeeda ada jugak tulis cerpen kat blog dia ni. Berbakat tau. Tak percaya cuba lah baca.
Fieda - Comel je doodle banner Fieda ni. Jeles saya yang tak pandai langsung nak berdoodle. Blog Fieda ni khas untuk join GA dan Contest. Kalau nak baca nukilan dan kisah-kisah tuan punya diri boleh terjah ke myLovelyFieda.

Nak dipromosi macam ni jugak? Meh join GA Puding Cream Caramel Ourkizuna. Hanya tinggal tiga hari lagi saja. Mana tau anda yang bertuah. Boleh dapat instant puding cream caramel yang sedap tu. Berbaloi baloi.

Nota kaki : Ada macam iklan radio tiga suku tak. Hehehe..

Daa

Selasa

Molybdenum : Penting tapi tak popular

Assalamualaikum

Aku pun tergaru-garu kepala dan telinga masa dalam kelas aritu. Sungguh aku tak dapat pikap apa doktor tu cakap sebenarnya. Pulak tu masa aku sibuk tergaru-garu nak menulis nota tu doktor pun dah beralih masuk topik lain. Hantu betul. Lajuu je. Mentang-mentang dia pandai.

So bila balik rumah baru aku google balik apakah mineral yang dimaksudkan oleh pakcik tu.

Molybdenum - Molibdenum
Merupakan komponen pada protein. Terdapat dalam susu, kacang buncis, roti dan gandum.

Molybdenum adalah sejenis mineral yang mempunyai peranan yang kecil tetapi penting dalam tubuh manusia. Ye lah kan. Badan manusia memerlukan 40 jenis nutrisi setiap hari. Tak ada satu pun yang tak penting. Semuanya penting. Walau pun mungkin yang diperlukan tu jumlahnya sikit je.

Ok. Apakah peranan molybdenum dalam tubuh. Asasnya molybdenum diperlukan dalam proses oksidasi belerang. Tak paham? Aku pun tak paham.

Tapi apa yang penting adalah. Molybdenum ni sebenarnya sangat berguna bagi mereka yang mengidapi asma. Menurut info yang aku dapat, pengambilan supplement molybdenum secara konsisten boleh membantu mengurangkan kekerapan dan severity serangan asma. Perubahan boleh dilihat selepas pengambilan dalam masa dua minggu. Kalau ikut clinical study yang dijalankan, 80% dari yang mencuba menunjukkan perubahan positif selepas dua minggu.

Kalau pergi jumpa doktor kebanyakan doktor akan bagi solution sementara untuk kes serangan asma. Antaranya adalah bagi gas (nebulizer, etc), bagi obat (read:dadah). Tak kurang jugak yang cuba macam-macam jenis petua dan ubat tradisional untuk mengubati asma. Sampai kalau dah teruk tu ada yang kena ambik steroid.

Kebanyakan ubat doktor adalah bersifat sementara dan ubatan biasanya akan memburukkan keadaan kerana mempunyai kesan sampingan terhadap sistem badan. So hati-hati lah dengan pengambilan ubat-ubatan. Sekali pun hanya paracetamol. Bagi aku benda-benda ni kadang-kadang lebih banyak yang buruk dari yang baiknya.

Nota kaki : Walau bagaimana pun, treatment berasaskan supplementation macam ni bukan ubat. Biasanya recovery adalah medium atau long term bergantung pada kadar penyerapan supplement tu ke dalam badan. Jangan ingat makan hari ni esok lusa dah baik terus.

Boleh baca journal tentang kajian Short and long term treatment of asthma with intravenous nutrients. Ingat aku tipu ke..Hehehe..Btw, aku pun tak baca habis lagi sebenarnya :P

Daa

Chocolate Marble Cheese - Cream cheese tak cukop



Assalamualaikum

Actually bukan aku buat semalam, dah agak lama. Tunggu gambar nak upload. Resepinya pun tah ke mana-mana. Namanya pun dah ingat-ingat lupa. Teruk betul kan.

Tapi apa yang aku boleh katakan adalah, sedappppp~. Cream cheese tu lebihan dari buat frosting untuk cinnamon roll. Kalau ikut resepi asalnya memang tak cukup. Tapi aku taram je. Rasanya kalau cukup lagi sedappp.. Aku tak buat manis sangat sebab masa nak buat tu dah nak masuk tengah malam. Malam-malam tak elok makan manis sangat. Hehehe..

Sejak berkecimpung dalam bidang bako membako ni aku rasa sebenarnya takde la susah sangat kalau nak buat kek ke cup cakes yang simple takde topping tu. Yang lecehnya adalah nak membasuh alatan. Lepas tu bila nak start tu rasa cam bercinta. Bila dah mula tu, eh hari-hari pulak nak membako nya. Tensi je shujin tengok aku kepoh-kepoh kat dapur. Dia suka kalau tengok bini dia rehat-rehat je malam-malam. Hehehe.

Resepi korang gugel je lah. Tak silap namanya lebih kurang macam tu dah tu.

Daa

Isnin

kerjalah dengan kerajaan... walaupun gaji tak seberapa, tapi untungnya dihari tua nnt

Assalamualaikum

Aku ambik statement ni dari komen kat entry AbahKhalisha. Harap abah tak marah.. :)

Kerjalah dengan kerajaan, walau pun gaji tak seberapa untungnya di hari tua
kerja kerajaan mnjamin mase dpn.. :)
kerajaan walaupun gj kecik tp banyak manfaat di masa hadapan...

Aku bukan nak hina orang yang kerja kerajaan, tapi kalau ada orang yang kerja dengan kerajaan dengan alasan macam ni memang aku rasa kesian sangat.

Ya. Ikut suka lah ko nak kerja dengan siapa pun kan. Tapi mentaliti macam ni adalah satu penyakit bagi aku. Penyakit macam dah takde ubat.

Biar gaji tak seberapa? Apa tujuan kerja kalau gaji tak seberapa. Bukan nak berlumba-lumba nak gaji banyak. Tapi berlumba nak gaji tak seberapa sebab kononnya hari tua nanti untung.

Untung apa? Pencen? Bukan ke pencen tu biasanya dapat kurang dari gaji terakhir. So kalau sekarang pun dah tak seberapa.. Apa lagi bila dah pencen? Apa ingat dah pencen tak payah makan nasik ke? Dah pencen, dah tua. Lagi banyak sakit. Lagi tinggi kos sara hidup.

Kalau ada yang masih berfikiran nak kerja kerajaan sebab nakkan pencen tu eloklah difikirkan semula niat kat hati tu.

Manfaat lain adalah seperti senang nak buat pinjaman. Kerajaan memang suka dengan orang yang suka memperkasakan budaya meminjam ni.

Mungkin komen aku bias sebab aku memang tak pernah suka dengan idea "kerja dengan kerajaan sebab ada pencen"

Jangan lupa. Walau pun kerja makan gaji, tapi kita sebenarnya berniaga. Kita menjual usia kita pada majikan. Menjual masa kita. Adakah kita sanggup jual usia kita dengan harga yang "tak seberapa" atau "keuntungan di hari tua" yang belum pasti kebaikannya..

Apa ingat kalau tak kerja kerajaan hari tua tak boleh untung ke?
Kalau tak kerja kerajaan tak boleh dapat pencen ke?
Apa ingat takde manfaat kalau tak kerja kerajaan?

Nota kaki : Pandai pandai lah menilai.. Jangan bagi komen yang nampak macam ...cakap kang ada yang hangat.. hehehe..

Daa

Promosi Peserta GA Puding Cream Caramel Ourkizuna - 5

Assalamualaikum

Walau pun pada kelajuan tahap lembab aku masih cuba sedaya upaya menunaikan janji-janji manisku untuk memberikan promosi kepada semua peserta yang join GA Puding Cream Caramel Ourkizuna.

Saingan peserta memang sengit. Aku betul-betul confuse. Nak kena mintak tolong shujin memilih jugak ni nampak gayanya.

Ok. Kalau nak tengok peserta terawal boleh tengok Promosi siri satu hingga empat


Kita mulakan promosi siri kelima pulak

Joelleslie - Budak ni baru 14 tahun katanya. Macam tak percaya aku. Kecik-kecik pandai join GA dah..kreatif pulak tu. Tak caya gi tengok..

Golden Rose - Kalau rajin join GA dan contest boleh jadikan sebagai sumber rujukan. Yang nak mengenali Golden Rose dengan lebih dekat boleh terjah blog peribadi dia SINI

Yaya Azura - Ibu Wafiq ni tengok cerita korea jugak. Saya pun suka cerita Witch You Hee tu..Suka pakcik Jhonny..Hehe..

Kepada sesiapa yang teringin nak makan Puding Caramel yang sedap tu jangan lupa join GA ni. Confirm tak menyesal. Tarikh tutup adalah pada 1hb October 2011 sebelum pukul 12 malam. Hadiah akan di hantarkan guna pos berdaftar lebih kurang seminggu selepas pengumuman. Aku umum pemenang 3hb. Hoh..Berbelit-belit pulak penulisan aku ni. Korang paham kot naa..

Apa pun nanti 3hb October aku umum pemenang.

Daa

Memperkasakan budaya meminjam

Assalamualaikum

Salam Isnin. Aku rasa dalam banyak-banyak negara dalam dunia ni, Malaysia adalah antara kerajaan yang paling aktif menggalakkan budaya meminjam di kalangan rakyat.

Ok, ni bukan entry nak burukkan mana-mana pihak ya. Baca, teliti dan fikir-fikirkan.

Zaman sekarang ni tengoklah nak buat apa pun. Semua ada pinjaman khas yang kita boleh mohon. Nak bukak perniagaan, nak bercucuk tanam, nak sambung belajar, malah nak meniaga kat bazaar ramadhan pun ada skim pinjaman khas yang dikeluarkan oleh TEKUN.

Tu baru pinjaman yang dikeluarkan oleh kerajaan. Belum pinjaman yang bank bagi, Ah Long lagi. Sampai kadang-kadang datang surat tawaran dari bank nak suruh kita meminjam walau pun kita tak mohon. Jangan terkejut. Yang ini betul-betul berlaku.

Kenapa kerajaan suka betul bagi pinjaman. Jawapannya mudah je. Duit. Aku tak nafikan skim pinjaman macam PTPTN yang kerajaan keluarkan untuk biaya pendidikan tu memang berisiko. Antara risikonya adalah orang yang pinjam tak bayar balik. Kalau difikirkan kenapa masih ramai orang mohon pinjaman PTPTN walau pun dah jelas terbukti yang skim pinjaman macam ni sebenarnya menganiaya peminjam. Dengan macam-macam jenis cas dikenakan setiap kali bayaran balik dibuat.

Bagi aku semua ni berlaku adalah apa yang berjaya ditanamkan oleh kerajaan dalam diri masyarakat kita melalui iklan yang ditayangkan kat TV. Apa yang diperlihatkan adalah melalui pinjaman pelajaran, anak-anak akan mendapat pendidikan yang lebih baik walau pun ibu bapa kurang mampu.

Hasilnya, ibu bapa memang tak berusaha untuk mampu sebab tahu kalau diorang tak mampu pun PTPTN ada. Aku bukan nak kata kerajaan huduh ok. Tapi sepanjang aku kat luar negara belum pernah aku tengok iklan pasal kerajaan galakkan rakyat buat pinjaman untuk sambung pelajaran, untuk bukak perniagaan atau untuk bercucuk tanam sekali pun. Budaya meminjam bukan satu budaya yang patut kita terapkan dalam masyarakat.

Masa aku kat Jepun, mak bapak berebut suruh anak dia belajar rajin-rajin sebab nak apply sekolah yang lebih baik, kalau boleh nak anak diorang berjaya apply biasiswa kerajaan. Tahu tak yang biasiswa kerajaan Jepun tu kita rakyat Malaysia pun boleh apply. Biasiswa. Bukan pinjaman. Sesen tak payah bayar.

Bukan kata kat Malaysia takde biasiswa. Tapi jumlahnya terlalu sedikit. Biasiswa lebih sinonim pada mereka yang nak sambung belajar kat luar negara.

Tabung simpanan SSPN mungkin bagus sebab ia menggalakkan rakyat menabung. Tapi entah kenapa aku memang tak boleh bersetuju dengan kewujudan tabung macam ni. Tabung SSPN adalah tabung simpanan di bawah PTPTN. Secara tak langsung menyokong kewujudan PTPTN. Bagi aku, skim pinjaman PTPTN hanya menguntungkan satu pihak. Merugikan peminjam. Mungkin ada orang kata pinjaman pelajaran adalah sejenis good debt. Tapi ia bukan sesuatu yang kita patut budayakan.

Nak bukak perniagaan, nak pinjam. Kita kena consider yang dalam 5 orang yang mula berniaga. Cuma sorang yang boleh bertahan sampai tahun kelima. Yang 4 lagi tutup kedai. Kumpul-kumpul yang sorang yang berjaya tu jadi sepuluh orang, cuma sorang dua yang berjaya sampai tahun kesepuluh. Kalau buat pinjaman sampai RM100k. Lepas tu perniagaan lingkup, nak cekau kat mana duit nak bayar pinjaman tu?

Ini adalah salah satu kegagalan sistem persekolahan kita, ia tak menyediakan seseorang untuk menghadapi realiti hidup. Sebab tu ramai kita tengok akauntan yang tak dapat urus kewangan sendiri. Yang ambik kelas pengurusan ekonomi tak kaya kaya.

Macam mana pun, bagi aku ia hak masing-masing. Sebagai ibu, aku memang takde plan nak buat apa-apa jenis pinjaman untuk biaya persekolahan anak-anak aku. Insya allah. Ini cuma plan aku. Aku boleh usaha, doa dan tawakal. Tapi mungkin lebih baik dari takde usaha apa-apa kan..

Daa

Jumaat

Cara nak buat perempuan happy

Assalamualaikum

Cara paling mudah nak buat perempuan (read:aku) happy adalah dengan duit dan makanan. Hahaha.. Aku memang tak gilakan handbag branded, baju mahal, barang kemas atau pun koleksi kasut. Aku pemalas dan pakai apa yang selesa je. Lagi murah lagi bagus. Kalau dapat beg ECO yang free tu pun aku taram je. Tak kuasa aku nak pakai yang cantik-cantik ni. Aku buat beli makanan lagi bagus. Ya! Aku kuat makan tapi berat aku err..malu lah nak ngaku.. Nanti orang ingat aku ni budak sekolah rendah..Hehehe..

Pagi tadi kan aku monyok je tak bulis masuk dashboard kan. Lepas pukul 11 aku check kat Maybank2U tengok gaji dah masuk. Terus blink blink mata call shujin tanya dia malam ni nak makan kat mana. Last time birthday dia aku takde bagi apa-apa. Even wish pun lebih kurang je, konon sebab sibuk beraya. So, ni gaji dah masuk aku nak ajak dia makan kat tempat special (sebenarnya aku yg nak mentekedarah..hehehe)

Mula-mula aku ingat nak tinggal anak-anak kat mak mertua aku dan detimm berduaan dengan shujin je. Tapi tak sampai hati la pulak. Nak tinggal budak berdua tu pergi makan berdua je. Tunggu diorang besar sikit lah nanti. Kat mana agaknya nak makan lasagna yang sedapp. Dah lama shujin kata teringin nak makan. Nak buat sendiri ni boleh. Tapi first try tu takkan nak terus buat untuk special occasion kan.

Kalau ikut tekak aku teringin nak makan Japanese food, tapi shujin bukan makan sangat ikan. Yang mentah-mentah tu lagii la tak makan. Hmm..ada sesiapa ada suggestion nak belanja shujin makan apa? Budget dalam RM200 gitu. Setahun sekali punya occasion.

Selamat hari Jumaat. Esok wiken. Yippie..Happy wiken semua.

Nota kaki : Masih lagi bersiaran melalui email. Aku gila blogging okeh. Minggu depan aku qada' blogwalking kat blog korang.

Daa

Second day update melalui email - Apa pon tak boleh!

Assalamualaikum

Wahhh..Nyampahnya aku!! Semalam tak boleh nak access google langsung. Sekali je tetiba boleh bukak blog untuk reply komen. Tu pun sebab aku restart. Hari ni google da boleh bukak, tapi masuk dashboard tak boleh, nak reply komen tak boleh, nak blogwalking pun tak boleh..APA PON TAK BOLEH!! Mencik!!

Oh..adekah aku addicted pada blogging..Hehe..ade jugak kot.Bosan la tak multi tasking kat opis ni. Duk ngadap buat kerja je jem kepala..

Blog aku kena block dengan security. Hampeh! Kedekot gila.

Kepada peserta GA, aku mintak sori bangat sebab patutnya aku buat promosi hari ni, tapi maybe kena postpone sebab masalah security ni. Harap-harap minggu depan dia loose sikit.

Kalau rajin aku update through email lagi. Tapi tak feel lah update ngan email ni. Dah la format ke laut. Arghh...Pagi-pagi dah tensi..

Daa

Khamis

Berdosa baca Al-Quran dalam surau

Assalamualaikum

Selamat pagi semua~ Actually aku nak tulis entry ni semalam tapi kalut dah nak balik. Tak sempat pulak.

Kisahnya macam ni, waktu aku bersiap-siap nak solat asar, aku terdengar seseorang baca ayat suci al-quran dalam surau. Terdetik nak tegur, tapi aku takut akak tu kata aku poyo pulak. So sebagai seorang manusia yang lemah imannya aku cuma tegur dalam hati je dengan harapan dia terdengar suarau hati aku.

Aku rasa ramai yang masih terkeliru dan kurang faham konsep beribadat ni. Betul dah niat baik dia tu nak buat pahala dari amalan sunat. Tapi jangan silap, baca al-quran dalam surau dan mengganggu orang tengah solat hukumnya berdosa. Kalau nak baca tak ada masalah, tapi jangan sampai mengeluarkan suara yang boleh

didengari oleh orang yang tengah solat.

Sama jugak macam baca pak bilal baca al-quran guna pembesar suara sebelum azan subuh. Hukumnya berdosa sebab mengganggu orang yang nak tidur. Tak silap aku hal ni ada disebut oleh Rasulullah dalam hadisnya tapi minta maaf aku tak ingat terjemahannya.

Aku harap akak tu terbaca entry ni.

Nota kaki : Update dari email sebab tiba-tiba tak boleh nak access dashboard. Nak balas komen pun tak boleh. Apa pon tak boleh..Hampeh!

Daa

Rabu

Sistem pendidikan kita menghasilkan manusia yang gagal

Assalamualaikum

Peperiksaan UPSR dah habis. Ramai ibu bapa dah boleh tarik nafas lega. Gempar UPSR kali ni sebab ada kes murid-murid dikurung oleh guru sebab takut keputusan diorang jejaskan prestasi sekolah. Ibu bapa mana yang tak marah. Susah payah bayar yuran tiba-tiba bila nak ambik periksa, dikurung pulak.

Sebenarnya perkara macam ni timbul disebabkan oleh kecacatan sistem pendidikan tu sendiri. Tengok pada sistem pendidikan yang ada sekarang. Kecacatan paling utama adalah sistem pendidikan kita mementingkan pencapaian.

Kementerian Pendidikan sendiri buat ranking bagi sekolah sekolah yang berjaya. Bagi sekolah yang berjaya,  macam-macam kemudahan yang boleh dapat. Macam-macam pujian diorang dapat. Pengiktirafan. Mostly sekolah yang  kat bandar. Maklumlah anak orang bandar biasanya mak bapak hantar pergi tuisyen. Cikgu belum ajar bab tu, kat kelas tuisyen dah ajar. So advance la. Bila cikgu kat sekolah ajar, terus boleh masuk kepala.

Berapa kerat la anak orang luar bandar yang masuk tuisyen. Paling hebat pun masuk kelas tuisyen PERCUMA ehsan guru-guru yang mengajar kat sekolah tu jugak. Penyampaian masih sama. Gayanya sama. Kalau dapat tu dapatlah. Kalau tak dapat nasiblah. Kalau yang lemau sikit tu jenuh la nak catch up. Tu belum kira yang datang tuisyen sebab nak dating (pengalaman peribadi..tapi bukan aku yang dating la..aku nerd..haha)

Kalau dalam kelas. Sejak zaman berzaman, kita diajar melalui sistem pendidikan bahawa jawapan yang salah adalah satu kesalahan. Adalah sangat memalukan kalau angkat tangan dalam kelas lepas tu jawap salah. Confirm kena gelak ngan kawan-kawan. Hasilnya, student dalam kelas malu sangat nak angkat tangan walau pun tahu jawapannya. Sebab takut salah. Sampailah masuk universiti. Kalau ada yang jenis suka angkat tangan tu memang, kawan-kawan panggil dia budak nerd dah.

Aku rasa ramai setuju yang sistem pendidikan yang mengutamakan pencapaian macam yang ada sekarang ni patut dikaji semula. Realitinya, bila kita melakukan kesilapan, baru kita belajar. Kita belajar melalui kesilapan kita. Bila kita jawab salah dalam kelas, kita akan ingat jawapan yang betul sampai bila-bila. Tapi bila kita jawab semua betul, soalannya pun kita tak ingat.

Dalam hidup pun macam tu. Jangan tengok kesilapan tu satu kegagalan. Edison yang buat lampu tu gagal 1000 kali buat lampu. Tapi dia tak anggap tu satu kegagalan. Dia kata, "I have not failed. I've just found 10000 ways that won't work"

Apa yang ditanamkan melalui sistem pendidikan kita adalah. Bila buat silap, elakkan diri dari buat kesilapan yang sama. Ramai orang kata "belajar dari kesilapan", tapi mostly cuma mengelakkan diri dari buat silap.

Macam pelajar dalam kelas. Bila cikgu soal, diorang jawab. Jawapan tu salah. Instead of diorang cuba untuk buat ulangkaji awal supaya lain kali boleh bagi jawapan betul, mostly akan mengelak dari jawab soalan cikgu lagi dalam kelas. Sebab takut salah. Bila dah abis sekolah pun macam tu. Nak buat apa-apa takut. Sebab takut tak berjaya. Takut salah. Takut gagal.


Zaman sekolah dulu, aku suka tidur dalam kelas..duk pun belakang sekali..hehe
Kita tak boleh lupa. Setiap insan ada potensi masing-masing. Pendidikan di sekolah sepatutnya membantu kita mengenalpasti potensi diri masing-masing. Mengeluarkan potensi diri.

Realitinya, kalau kita tengok yang berjaya dalam hidup bukanlah dari orang yang pencapaian akedemiknya bagus sangat pun. Aku sendiri, belajar jauh-jauh sampai ke Jepun. Balik Malaysia makan gaji je (buat masa ni) Ada kawan sekampung aku, mintak maaf aku cakap perangai dia masa sekolah mengalahkan bohsia. Sekarang ni dah jadi pemilik syarikat kontraktor. Malu aku jumpa dengan dia.

Ingatlah. At one stage. Pendidikan kat sekolah memang penting, tapi tak berjaya dalam akedemik bukan bermaksud kita akan jadi manusia yang gagal. So, kepada para pendidik, janganlah perlekeh potensi pelajar yang pencapaiannya kurang memberangsangkan.

Kalau yang rajin membaca boleh cari buku If You Want to Be Rich and Happy,Don't Go to School oleh Robert Kiyosaki.

Nota kaki : Ada lagi ke cikgu yang rotan murid yang bagi jawapan salah ek? Harap-harap takde lah. Apa kata Cik Bunga dan Tini kita..hahaha..

Daa

Kisah kena main dengan apek

Assalamualaikum

Mulanya aku nak buat tajuk letak "bangsa" tapi macam racist sangat pulak bunyinya. So aku letak la kena main dengan apek. Rasa-rasa korang penah kena main tak?

Actually semalam aku dengan shujin pegi menyinggah kat Tropicana Village yang kat Damansara tu. Konon nak survey LEGO untuk Aqil punya birthday gift. Kebetulan kitorang tak pernah ke situ. Yang tak best pasal shopping mall ni adalah escalator duk jauh antara satu sama lain. Lepas naik setingkat kena jalan pulak nak cari escalator naik tingkat satu lagi. Aku dah la puasa. Macam nak pengsan sebab kena dukung Atiqah. Budak kecik tu tak boleh jumpa escalator. Dia eksaited nak naik. Geram je aku.

Kitorang pegi kat ToyRus kat tingkat atas sekali. Masuk dalam tu budak berdua tu terus tak terkawal. Yang Aqil sibuk nak duduk mengadap computer game. Tak pandang dah benda lain. Like father like son betul..Si Atiqah lari sana sini punggah toys. Jumpa mainan yang keluar bunyi je mesti nak tekan lepas tu golek golek bontot. Marah aku. Hehehe..

Lenguh kaki aku mengejar budak berdua tu. Nasib baik ToyRus kat situ tak besar sangat. Lepas tu, on the way nak turun ke car park tu terjumpa pet shop. Terjingkit-jingkit Atiqah kat pagar arnab tu. Aku suruh pegi tengok kucing takut pulak. Dah la siap jerit-jerit lagi. Wat malu je. Hehehe..

Sementara tu pulak shujin pegi tengok kedai jual accessories game kat tepi tu. Dia dah lama cari button PSP dia. Button PSP tu dah terkoyak sebab Aqil celup PSP tu masuk dalam air soya. Lepas tu getahnya jadi keras dan koyak. Kalau beli online murah je (less than 20USD) kalau tak silap aku. Dapat sekali dengan casing baru. Kalau button semata-mata tak sampai 5USD. Masalahnya diorang takde buat delivery ke Malaysia.

So far banyak kedai dah shujin pegi tanya pasal button PSP tu. Mostly takde jual. Kalau ada pun diorang nak pasangkan. Kononnya susah nak buat benda tu kalau takde kepakaran. Silap-silap boleh rosak cip. Sedangkan button tu takde kena mengena langsung dengan cip. Nak bukak pasang pun senang je. Asalkan ada screw driver. Shujin memang biasa bukak untuk lap-lap sendiri bahagian dalam tu. Maklumlah, bujang dia suka celup PSP tu masuk dalam air.

Apek kedai yang shujin tanya semalam pun kata macam tu. Dia kata PSP tu kena bawak pegi hantar ke technician dia untuk pasang. Kalau pasang tak boleh jugak, mungkin cip rosak. Kena tukar cip. Dia nak cas RM200++. Gila punya cekik darah. Nasib baik shujin ada pengetahuan am pasal benda-benda tu. Kalau tak memang dah kena tipu dah. Peniaga ni memang suka betul ambik kesempatan pada pelanggan kan. Dia ingat semua pelanggan ni bodoh kot senang-senang dia nak tipu.

Sian shujin, sampai sekarang susah nak main PSP sebab button "o" tu dah koyak. Kadang-kadang bila tekan tak detect.

Nota kaki : Seronok tengok Aqil suap roti kat adik dia. Siap cubitkan kecik kecik supaya adik mudah nak makan. Sayangnya hs shujin abis bateri tak dapat nak tangkap gambar tu. Hs aku cikai je. Takde kamera pon..

Daa

Promosi Peserta GA Puding Cream Caramel Ourkizuna - 4

Assalamualaikum

Aku nak buat promosi blog siri ke-4 pulak. Kepada peserta yang terdahulu boleh tengok senarai promosi blog masing-masing dalam entry sebelum-sebelum ni okeh.


Azatie Sayang - Puan Azatie dah kali kedua join GA Ourkizuna. Memang peserta GA dan contest yang tegar. Tak lengkap kalau dia takde join GA yang mana mana blog buat. Antara sumber rujukan utama jugak bagi blogger yang suka GA. Selain dari tu, dia sangat kreatif tau. Kali ni dia siap buat pantun gitu. Terjah la baca nanti.

Mama Syima - Pun pernah join GA Ourkizuna sebelum ni. Siap menang lagi tau. Hehe. Selain dari tu banyak jugak GA lain yang dia dah menang. Sila sila lah tengok mana tau ada GA yang korang berkenan nak join jugak

Cik Rose - Blog khas untuk GA & Contest pun cik rose bagi header cantik bukan main kan. Kalau nak tengok macam mana header blog personal pulak sila terjah SINI. Boleh lah kenal kenalan dengan tuannya. :D

Maaf kepada semua peserta sebab aku buat promosi pada phase yang sangattt lambat. Ada yang aku  boleh tinggal komen. Ada yang tak boleh sebab comment box tak pop up dan bila nak komen je jadi ANON. Lepas tu tak boleh komen. Maaf yek.

Sesiapa yang belum join, masih ada masa lagi. Tarikh tutup adalah pada 1hb Oktober 2011 sebelum pukul 12 malam.
Nak join boleh klik SINI

Selasa

The more reason isteri kena rajin memasak

Assalamualaikum

Aku faham kalau seorang wanita berkerjaya memang busy. Balik rumah mungkin dah lewat. Mana nak sibuk dengan anak-anak kalau yang masih kecik. Mana nak mengemas membasuh. Tapi pesanan aku, cuba sedaya upaya untuk memasak di rumah. Bukan tak boleh nak makan kat kedai. Walau pun kadang-kadang kita rasa makanan kat kedai lagi sedap, lagi jimat masa, lagi mudah dan sesekali memang teringin nak makan kat kedai. Cubalah kurang-kurangkan.

Selain dari makanan kat kedai tu belum tentu terjamin kebersihannya. Status halalnya. Soal keselamatan anak-anak dan diri kita sendiri pun kena ambik kira. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecik. Elakkan dari makan kat kedai yang crowded atau ruang antara meja dengan meja yang sempit. Kalau boleh pilih meja yang agak jauh dari orang ramai. Kemalangan terjadi kat mana-mana. Yang paling kita takutkan adalah bila pelayan bawak makanan yang panas dan tertumpah pada ahli keluarga. Lebih-lebih lagi pada kanak-kanak. Kalau yang suka berlari sana sini tu cuba lah pastikan dia duduk baik-baik kat tempat dia.

Kalau rasa-rasa tak boleh nak pastikan diorang duduk diam, lebih baik beli bungkus makan di rumah. Aku terbaca kisah Aisya yang baru 7 bulan menderita melecur sebab kuah tomyam tertumpah pada dia. Ibu mana yang tak sedih tengok keadaan si kecil tu. Aku macam nak menitis air mata tengok penderitaan dia. Terkena air panas sikit pun kita dah terjerit. Bayangkan budak sekecil tu tertumpah semangkuk tomyam panas.

Cuba ambil iktibar. Aku tak kata kat rumah kemalangan tak berlaku, tapi kita kena berhati-hati kat mana-mana sekali pun. Bagi aku kalau kat rumah kita lebih mudah mengawal keadaan berbanding kat luar.

Baca lebih lanjut kisah Aisya

Daa

Menyesal saya kahwin dengan awak

Assalamualaikum

Aku dengan shujin bertekak malam tadi. Kisahnya macam ni, pagi semalam cuaca sangat sejuk sebab malam hujan. So pagi tu shujin panaskan air mandian untuk aku. Dengan perasaan yang sangat terharu dan gembira aku pun mandi lah. Waktu shujin nak masuk bilik air

Dialog pagi
Shujin : Eh..awak tak tinggal untuk saya ke?
Aku : Laa..awak nak ke?
Shujin : Teruk betul. Tak tinggal untuk saya ponn..
Aku : (Gelak-gelak) Mana cukup nak mandi sikit-sikit.
Shujin : Mandi la ngan shower lepas tu bilas ngan air tu
Aku : Sejuk la sayangg..
Shujin : Teruk betul bini dia.. tak tinggal pun untuk laki dia
Aku : (Serba salah) Aaa..awak nak saya panaskan air untuk awak ke
Shujin : Tak payah laa (gelak-gelak)

Dialog malam tadi. Aku tak ingat topik asalnya, tapi tiba-tiba terbukak kisah air mandi pagi tadi

Shujin : Air mandi kat laki dia pun tak tinggalkan. Eee..teruk betul
Aku : Mana ada...kan cukup untuk sorang je
Shujin : Nyesal saya kahwin ngan awak tau (gelak-gelak)
Aku : Elehhh..pandai nak nyesal. Eh esok puasa nak. Awak puasa la sekali.
Shujin : Pernah ke saya tak teman awak puasa.
Aku : Alaa..berapa tahun saya kahwin ngan awak, ada la sekali dua awak teman. Eh ke takde langsung..Ganti puasa masa bersalin Aqil pun saya puasa sorang-sorang tau.
Shujin : Hahahaha.. (Cubet perut aku)

Grrr..Aku marah betul kalau dia main cubit-cubit perut tau. Sensitip.

Lepas tu kitorang terus tengok anime Bleach. DVD pinjam dari kawan shujin hujung minggu aritu.

Jangan risau. Kitorang memang gurau cakap kasar sikit. Hehehe..

Nota kaki : Dialog ni dipublishkan dengan kebenaran shujin. :D

Daa

Isnin

Bro Ahmad : Misi merebut ruang untuk RSS feed di TrioSeposen Dot Com

Assalamualaikum

Aku saja nak test ilmu SEO aku dengan melibatkan diri dalam cabaran Bro Ahmad pengendali Trio Seposen Dot Com moga dapat menghasilkan trafik yang lumayan buat blog aku ni. Aku tak pandai sangat bab-bab SEO ni, tapi kat blog Trio Seposen Dot Com memang banyak info berguna bagi sesiapa yang minat nak main SEO dan tingkatkan SERP sekaligus memperbaiki ranking ALEXA dan jugak Page Rank. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila sila lah melawat ke blog Bro Ahmad.

Kalau dapat dapatlah. Tak dapat tu nak kena belajar lagi lah tu maksudnya. Hehehe.

Keywordnya adalah BRO AHMAD

11 yang pertama terindeks dalam Google akan dipromosi percuma. Macam mana gaya promosinya? RSS Feed blog yang terpilih akan dipaparkan di blog Bro Ahmad selama seminggu. So apa jugak entry terbaru, akan terpapar kat situ. Wajarlah aku cuba kan. Saje nak mencari publisiti di promosi selama seminggu di blog Trio Seposen Dot Com yang PR 2 tu.

Kalau ada yang berminat nak cuba ilmu SEO, boleh cuba klik link ke entry INI

Nota kaki : Harap-harap dapat..Aminnn..

Sambungan kisah CSR takde telo

Assalamualaikum

Aku boring dan tetiba aku teringat aku tak update lagi rentetan kisah email bengang aku pada sebuah syarikat kewangan terkemuka kat Malaysia ni.

Aku tunggu jugak reply dari diorang walau pun tak berapa nak harap diorang boleh bagi jawapan munasabah dalam masa dua hari macam yang aku tulis tu. Second day aku check email, ada pulak email dari diorang tu.


On the same day, ada sorang budak perempuan suara halus, lembut dan takut-takut call aku dengan nada paling sopan yang pernah aku dengar. Nasib baik aku ni pompuan. Kalau tak aku memang tangkap cintan dah ngan budak tu. Aku sure budak tu budak baru kena buli call customer bermasalah macam aku. Sebab tu suara takut-takut. Hehehe.. Memandai je aku kan.. :P

Aku takde buat garang pun dengan dia. Aku ni bukan jenis hot temper punya orang (sekarang..dulu ade la sikit) So bila diorang buat action yang proper send out email & call macam tu sejuk la ati aku ni. Takde la aku nak marah mengkhinzir buta kan. Itu cerita Rabu lepas. Aku ingat nak tengok agak-agak cukup seminggu ke baru nak follow up pulak. Tengok la pada mood aku. Hehehe

Nota kaki : Ke diorang terbaca blog aku ni, sebab tu yang diorang kalut email lepas tu call pulak. Kalau baca bagus la... Nasib baik aku tak reveal je nama company tu. Hahahaha.. Baik korang approve je permohonan aku tu. Hahahaha.. (Gelak jahat la konon nak blackmail orang)

Daa

You Don't Need Money to Make Money - but it won't work for everybody

Assalamualaikum

*Entry yang dah agak lama bersarang dalam draft.. :D

Apabila di Google Translate : Anda Tidak Perlu Wang Buat Duit - tetapi ia tidak akan bekerja untuk semua orang

Walau pun maksudnya agak ke laut sikit tapi rasanya boleh paham lagi la..Hehehe..

Nak buat duit bukan semestinya bermaksud kena buat 2-3 kerja dalam satu masa. Kena faham dulu apa jenis pendapatan yang kita boleh perolehi. Baca : understanding type of income

Tidak dinafikan nak buat passive income akan memerlukan sejumlah wang sebagai modal. Tapi jumlah modal tersebut tak semestinya besar. Kalau yang mampu nak buat investment puluh ribu atau juta juta mesti lah bagus. Bagi yang tak mampu jangan kecewa.
Masih ada banyak cara untuk mendapatkan pendapatan pasif tanpa mengeluarkan modal yang besar. Apa yang penting adalah idea dan usaha. Oleh kerana menyediakan idea yang baik dan usaha yang berterusan bukan sesuatu yang mudah. Tak semua orang mampu. Kalau wang ringgit mungkin kalau tak cukup duit boleh buat pinjaman dan sebagainya. Mungkin tak semua kaedah mendapatkan pendapatan pasif memerlukan idea yang bernas. Tetapi usaha yang gigih adalah sangat penting.

Kalau jenis tak berapa nak tahan dengan cabaran memang susah. Sebab tu bukan semua orang mampu jana pendapatan pasif. Biasanya yang berjaya adalah mereka yang ada sebab yang kuat yang memerlukan pendapatan sampingan atau nak jadi kaya kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sebagai contoh, investment dalam bidang hartanah boleh dilakukan tanpa memerlukan seduit pun. Tetapi kena lah tau caranya. Yang ni aku pernah study sikit-sikit je. Kenalan aku yang aku kira tere bab-bab ni adalah MommyLyna. Kalau yang nak melabur dalam emas pun boleh jengah-jengah blog dia untuk baca mengenai pelaburan dan simpanan emas pro dan cons nya. Minta maaf aku kurang minat dengan emas, so aku takde study banyak mana sangat.

Penyanyi antarabangsa ramai yang buat duit dengan duit royalti hasil dari jualan album mereka. Tengok macam Amy Winehouse yang dah mati baru-baru ni. Album dia meletup lepas dia mati. Duit royalti tu dapat kat kaum keluarga dia. Mostly modal diorang adalah idea dan suara yang lemak merdu. Kalau kat Malaysia ni aku tak pasti lah sebab aku rasa kalau album tak tembus pasaran antarabangsa tu biasanya duit royalti bukan seberapa sangat.

Kalau suara tak sedap boleh jadi penulis buku. Tau tak Aznil Haji Nawawi tu pernah tulis novel? Novelnya nipis je. Novel tu keluar masa zaman aku budak-budak lagi. Kalau susah nak cari company yang nak terbitkan buku kita boleh buat e-book je. E-book pun laku apa. Yang penting ideanya menarik minat ramai untuk beli.

Ada orang hobinya mengambil gambar, sanggup beli kamera DSLR nak belajar ambik gambar yang berkualiti. Dari hobi macam ni pun boleh dapatkan royalti dari orang yang nak gunakan gambar tu. Atau pun yang pandai buat graphic boleh jual template untuk buat website.

Pendek kata, macam-macam gaya nak dapatkan passive income ni. Hanya kita nak atau tak nak je.

Bagi yang memang total lost. Tak pandai, takde bakat, tak berani nak tanggung risiko. Belajar-belajar lah buat business. Nak belajar buat bisnes yang percuma, belajarlah dengan orang yang join network marketing atau MLM. Biasanya mereka ini diajar dan mengajar pelbagai ilmu tentang mengendalikan sebuah perniagaan dan pengurusan kewangan. Jangan cari MLM yang suruh buat loan untuk join, join fee biasanya tak sampai seratus pun.  Elakkan juga MLM yang baru 2-3 bulan dalam bisnes. Cari yang dah stabil. Kan kalau kita nak cari kerja kita  cari kerja kat company yang dah lama kan.. Macam tu jugak lah perniagaan network marketing. Lagi lama mereka, lagi banyak rahsia tentang pengurusan perniagaan yang boleh dikorek.

Apa yang boleh dipelajari dari perniagaan MLM

Ni adalah sebahagian contoh bagi membuktikan seseorang tu tak perlu ada duit yang banyak nak cari pendapatan sampingan yang pasif. Yang kena ada ialah kemahuan. Tapi setakat mana kemahuan kita membawa kita ke arah kejayaan adalah bergantung sekuat mana keinginan kita nak mencapai kejayaan.

Banyak buku yang ditulis oleh ahli perniagaan berjaya berkata kalau nak tambah pendapatan atau nak kaya, cari kenapa kita nak cari duit lebih, selepas tu along the way, kita akan discover macam mana nak cari pendapatan lebih.

Good luck!

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com