Jumaat

Ucapan Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Ni mungkin posting terakhir aku sebelum Syawal. Tengah malam ni atau esok pagi aku bertolak balik kampung mak aku kat Kulai, Johor. So kat kampung nanti kemungkinan besar aku memang takde update blog ni. Lepas raya baru aku kembali bersiaran.

Buat semua pembaca dan kawan-kawan blogger, aku mintak maaf kalau ada penulisan aku yang menyinggung perasaan atau menyakitkan hati sesiapa. Kalau ada yang rasa penggunaan "aku" dalam penulisan aku ni kasar sangat, minta maaf banyak-banyak. Aku memang begini. Hehehe..

Bagi yang nak pulang ke kampung hati-hati bawak kereta. Kunci rumah betul-betul. Kalau ada alarm, periksa dan pastikan alarm berfungsi dengan baik. Kalau takde alarm dan nak buat pesanan boleh koling koling aku. Aku datang pasang. Hahaha. Jangan lupa pastikan kenderaan yang diguna dalam keadaan baik. Barang-barang jangan ada yang tertinggal. Kuih raya, kasut raya, baju raya. Jangan dah sampai kampung baru menangis tak berlagu.

Kalau ada sesiapa yang beraya kat Johor nak datang singgah beraya rumah mak aku dipersilakan. Akak aku tengah bertungkus lumus buat kuih raya tu. Jom kita perabis kuih dia pulak. Sebab kuih raya yang aku buat memang da lama abis.

Birthday budak ni raya ke-13, shujin pulak raya ke-5

Selamat Hari Raya juga dari budak buas, hari-hari gigit abang
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Insya allah panjang umur lepas raya kita jumpa lagi.

Babai~

Daa

Khamis

Ajal boleh ditunda

Assalamualaikum

Ada satu kisah di zaman kegemilangan Islam, seorang lelaki yang sepatutnya dah sampai ajalnya. Malaikat izrail pun datang padanya untuk mencabut nyawanya. Kemudian ditegah oleh Allah kerana lelaki itu bersedekah. Maka ajalnya telah ditunda.

Aku tak pasti sejauh mana kesahihan kisah ni sebab aku terdengar dalam satu ceramah agama. Tapi sememangnya antara fadhilat bersedekah adalah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur seseorang itu. Since kita pun tak tahu bila kita akan dipanggil mengadap Nya. So banyak banyakkan lah bersedekah. Semoga ajal kita akan terus ditunda sehingga amal kita lebih banyak dari dosa yang kita lakukan. Insya allah.

Sempena bulan yang penuh keberkatan ni jom kita bersedekah banyak-banyak semoga Allah panjangkan usia kita dan murahkan rezeki kita.

Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni.

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368 atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319

Jom bersedekah dan tundakan tarikh ajal kita. Jangan tunggu-tunggu. Kita tak tau bila ajal kita.

Daa

Sarapan pagi

Eh laaa..puasa rupanya :P

Rabu

Free buka puasa buffet for 2 @ Golden Horses Health Sanctuary

Assalamualaikum

Aku dapat SMS ni dari Maxis minggu lepas. Tangan aku saje gatal nak reply. Hari ni dia call tanya aku nak booking hari apa. Aku tanya la ni totally FREE ke. The lady kata totally FREE. Cuma kena bayar parking RM6/Entry.

Seriau gak aku. Tempat tu kan mahal kan. Huhuhu.. Kalau kena  sembelih mati laaa..

Ada sesapa tau pasal benda ni betul ke tipu semata-mata?

Takoottt...

Daa

Suami isteri sebagai satu kumpulan

Assalamualaikum

Bagi wanita yang bergelar ibu dan isteri. Aku ada satu soalan. Kalau anak nak satu barang, permainan contohnya. Menangis sampai berguling-guling anak kesayangan duk mintak. Kalau suami korang tak setuju nak belikan benda tu untuk anak korang adakah korang

(1) Bantah. Siap bagi amaran dan jelingan manja pada suami
(2) Redha. Pujuk anak.
(3) Janji dengan anak yang korang sendiri akan belikan
(4) Berbincang pro dan kontra.


Jelingan budak baru bangun tidur. *abaikan persekitaran yg bersepah :P

Jawapan korang ni sedikit sebanyak akan menentukan sikap dan tingkah laku anak korang bila diorang dah besar nanti. Jangan salahkan budak tu. Semuanya adalah berpunca dari mak ayah tu sendiri.

Kalau jawapan
(1) Besar kemungkinan anak akan menjadi anak yang kurang rasa hormat pada ayahnya.
(2) Besar kemungkinan dia akan menjadi anak yang faham dan tahu tak semua benda dalam dunia ni dia boleh dapat
(3) Besar kemungkinan anak akan lebih sayangkan korang sebagai maknya dan setiap apa yang diorang nak diorang akan mintak dengan ibu
(4) Besar kemungkinan dia akan lebih menghormati kedua orang tua dia. Dan tak membelakangkan mak ayah dia dalam apa juga keputusan

** Nota penting : Ini teori aku semata-mata. Mungkin pendapat korang lain. Tak semestinya sama ngan aku. Aku tak kata aku betul ok. Ni adalah cara aku. Tak sama ngan orang lain

Sebagai isteri dan ibu, seorang wanita tu memikul tugas yang penting dalam mencorakkan tingkah laku anak-anak. Dalam hal macam ni, bagi aku seorang isteri wajib mendahulukan suami dia. Apa pun keputusan suami dia. Kalau sekali pun dia tak setuju. Jangan tunjuk depan anak-anak yang korang tak sefahaman dalam buat apa-apa keputusan yang macam ni. Tapi kalau takat nak pilih makan kat kedai mana tu tak sefahaman takpe lah kot. :D

Anak-anak akan perhatikan tingkah laku mak bapak dia. Kalau lah seorang anak tu tengok mak dia bantah keputusan ayah dia secara terang terangan. Dia akan baca yang mak dia lebih berkuasa buat keputusan. Sedikit sebanyak anak-anak akan hilang rasa hormat pada ayah dia.

Begitu juga kalau korang janji ngan anak yang korang sendiri akan belikan benda tu untuk anak-anak. Bagi aku, ini bukan soal duit ringgit. Tapi berkaitan dengan team work. Suami dan isteri kena tunjuk dengan anak-anak yang mereka adalah satu kumpulan. Ayah sebagai ketua kumpulan. Bukanlah bermaksud semua keputusan ayah tu betul dan wajib ikut. Tapi tak boleh tunjuk dengan anak macam seolah-olah mak lebih berkuasa dan mak boleh overwrite keputusan ayah bila-bila masa.

Sekali pun ada bantahan, kena buat secara berhemah. Berbincang. Lihat pro dan cons bersama-sama. Bagi anak tu faham kenapa ayah tak belikan barang tu. Bukan dalam soal barang je. Ini apply jugak bila anak buat salah. Salah seorang akan bertindak sebagai orang yang marah-marah. Tapi sorang lagi jangan sekali kali back up anak. Nanti anak akan naik lemak. Dia tau bila dia buat salah akan ada orang back up dia. Later, sikap ni akan diorang bawak sampai besar. So jangan salahkan anak kalau anak tak dengar cakap. Tengok macam mana kita sebagai mak bapak bagi didikan pada dia.

Tapi jangan jugak mengapi-apikan yang tengah marah tu. Nanti lain jadinya. Lebih baik berdiam diri. Nasihat anak dengan lembut, tapi dalam masa yang sama kena sampaikan pada anak bahawa "diorang memang salah", dan kena bagitau apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Kalau marah semata-mata, tapi anak tak faham apa yang sepatutnya dia buat, di masa depan dia akan ulang kesilapan yang sama.

Dalam hal rumah tangga, komunikasi sangat penting. Dalam banyak kes perceraian yang berlaku. Masalah paling biasa adalah bermula dari masalah komunikasi. So, sebagai isteri pandai-pandai lah mainkan peranan. Isteri yang dapat redha suami, jaga ibadat, akhlaknya boleh masuk dari mana-mana pintu syurga.

Nota kaki : Idea entry ni datang dari SINI

Daa

Selasa

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI


Assalamualaikum

Nak join sila klik gambar di atas.

Sapa nak tukar link ngan aku~ Meh meh..Dua singgit..dua singgit..

Daa

Hanya pinjaman

Assalamualaikum

Haih..Bila la nak balik..Aku tengah kerinduan pada dua budak notti ini

muka suci waktu tido
Semalam aku tak dapat nak main sangat dengan diorang sebab aku sakit gigi. Baru lepas tampal lubang. Seksa gila. Berdenyut denyut. Sampai shujin cakap hari ni nak pergi kat klinik tu belasah doktor tu sebab buat bini dia sakit sampai meleleh air mata.. Hahaha..Tipu jek. Tapi shujin membebel jugak la sebab lepas tampal tu gigi aku lagi berdenyut sampai aku tak boleh nak buat apa. Nasib baik pagi ni dah tak berapa sakit. At least dah tak berdenyut. Kalau tak bermandi darah la kota kemuning. Hahaha.

Sapa tak sayang bini kan kan.. :P

Actually aku terbaca satu kisah sedih pagi tadi. Puteri kecil bernama Dania Emelda Aqasha telah kembali mengadap pencipta Nya kerana penyakit leukimia. Ibu mana yang tak terkesan baca berita macam ni. Tak kira macam mana punya nakal pun anak-anak kita, luka sikit pun tentu kita rasa susah hati. Aku sedar anak-anak cuma pinjaman. Tapi aku takut nak menghadapi saat-saat mereka diambil semula oleh Nya. Aku takut aku tak mampu nak hadapi. Aku harap ibu dan keluarga Nia akan tabah menghadapi dugaan ini.

Aku pelik kenapa ada orang yang sanggup dera anak. Sanggup bunuh anak sendiri. Macam kes bapak tolak anak dia masuk dalam kolam. Bukan sorang ok. 3 orang. Macam mana la agaknya perasaan anak-anak tu menghadapi kematian mereka di tangan ayah sendiri? Kes tu masih dalam siasatan. Tak confirm lagi. Tapi kalau betul itu yang berlaku. Masyarakat kita dah semakin zalim? Apa dah takde rasa kemanusiaan ke kita ni? Terdesak sangat ke sampai berbunuhan?

Dalam badan manusia ada seketul daging, kalau busuk daging tu busuklah perilakunya. Kenapa daging tu busuk? Tengok balik apa yang kita makan? Dari mana sumber pendapatan kita? Zaman sekarang orang dah makin tak kisah semua ni sebab kebanyakannya dah semakin terdesak. Yang penting ada duit. Dari mana datangnya tak penting. Macam yang aku pernah sebut dalam entry ni

Mungkin ramai pandang ringan akan benda macam ni. Tapi inilah salah satu punca masalah akhlak masyakat zaman sekarang.


Nota kaki : Petang ni ada orang nak belanja bukak pose. Yey~~

Daa

Raya dan rintangan insulin

Assalamualaikum

Raya makin dekat kan. Sure ramai dah dok berangan nak makan apa time raya tu. Yang ketupat, lemang, rendang. Kalau kat Johor yang disukai ramai semestinya lodeh. Family mak aku pulak wajib ada kongo. Kongo tu lebih kurang macam kurma, tapi lagi kehitaman warnanya. Shujin pun suka bangattt. Selain dari tu nenek aku punya resepi terhebat adalah kuah kacang. Tiap kali raya memang confirm dapat sambutan hangat. Sebaik lepas semayang raya. Apa lagi kan. Makan makan makan makan dan makan.

Kesian perut. Rehat sebulan masa ramadhan lepas tu kena dera. Tu pun kalau yang jaga makan masa ramadhan. Kalau yang jenis masa buka puasa juadah penuh semeja tu memang takde ubat lah tu. Patutnya bulan puasa lagi turun berat badan. Ada jugak yang bertambah. Yang tambah berat. Tambah gula. Tambah naik darah tinggi. Macam-macam jenis penyakit hinggap. Dek kerana makan ikut nafsu.

Dalam entry aku sebelum masuk ramadhan, aku ada tulis pasal bulan puasa ni adalah platform terbaik untuk mengawal berat badan, membebaskan diri dari penyakit-penyakit disebabkan oleh corak pemakanan yang tak sihat. Tapi biasa lah kan. Bila dah penat puasa, nampak makanan sedap sedap. Lupa terus. Akhirnya, azam jadi pekasam. Hehehe..

Sebelum ni aku pernah kata, punca kencing manis type 2 adalah kerana rintangan insulin.

Apa yang dimaksudkan dengan rintangan insulin?
Rintangan insulin merupakan satu keadaan adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat  berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan  glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan. Apabila keadaan ini berlaku, glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan ditolak balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat.Gula meningkat, jadilah kencing manis type 2.

Apakah punca rintangan insulin?
Setahu aku punca sebenar rintangan insulin tak berapa jelas tapi berdasarkan talk yang aku ikut aritu. Doktor tu kata rintangan insulin adalah disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan. Insulin diperlukan dalam metabolisme karbohidrat kan. So, bila karbohidrat tinggi. Insulin pun kena banyak. Bila insulin terlalu banyak, lama kelamaan sel akan bina rintangan pada insulin tu sendiri. Kalau ikut teori kunci, dan pintu tu, bila dah banyak sangat kunci. Pintu pun jadi rosak.

Perubatan moden cuma akan menambah insulin. Memaksa pankreas menghasilkan lebih banyak insulin. Sedangkan rintangan sel terhadap insulin yang perlu dikurangkan. Dengan perubatan moden, lama-kelamaan, rintangan sel terhadap insulin akan jadi bertambah tinggi dan dos insulin yang terpaksa disuntik atau dos ubat yang perlu diambil oleh pesakit akan menjadi semakin tinggi. Ini seterusnya akan menyebabkan kesan sampingan yang lain pula.

Sebab tu doktor selalu ingatkan, ubat kencing manis takkan merawat, tapi hanya mengawal. Maksudnya, kalau makan ubat kencing manis sekali pun, penyakit kencing manis takkan baik. Betullah tu.

Siapa berisiko?
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan biasanya mempunyai rintangan insulin yang lebih tinggi dari orang yang mempunyai berat badan normal. Tapi aku bukan doktor. Nak tau kena buat check kat doktor lah kan. Hehehe.. Selain tu orang yang dalam family ada yang pernah ada sejarah kencing manis memang berisiko. Kena hati-hati. Sukar nak turunkan berat badan, kolestrol tinggi dan jugak tekanan darah tinggi adalah antara orang yang mempunyai rintangan insulin yang tinggi dan berisiko tinggi untuk dapat kencing manis.

Macam mana nak turunkan rintangan insulin?
Rintangan insulin boleh dikurangkan dengan melakukan senaman dan mengawal pemakanan. Pengambilan vitamin tambahan yang betul juga sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Kencing manis adalah ibu kepada kebanyakan penyakit. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. So, berpada-padalah makan tu.

Raya raya jugak, kesihatan jangan lupa jaga.

Daa

Isnin

Countdown raya - tapi kukis raya dah abes

Assalamualaikum

Wah..pejam celik pejam celik. Tinggal seminggu je lagi puasa. Bak kata orang kampung aku, raya is just around the corner. Cewahh.. Hahaha.. Macam aku selalu dok kepoh kepoh. Raya tahun ni aku beraya kat kampung mak aku. Kat Johor. Sesiapa yang duduk dekat-dekat area Kulai tu meh la singgah rumah ya. Tapi kukis raya yang aku buat 2 bekas minggu lepas dah abis dah. Nama dah tak kukis raya dah. Kukis ramadhan :P

Mak ngan anak melahap tak ingat. Macam lah tak pernah jumpa kuih raya. Maklumlah, pes taim buat kuih raya katakan. Aqil mintak kek pulak semalam. Pukul 12 malam mintak kek. Shujin pandai-pandai janji dengan dia hari ni aku buat nanti. Sabo je lah. Malam nanti kalau rajin aku mengekek lagi. Jangan kompelin jadi kek apa nanti. Op kos aku buat kek kegemaran aku. Wahahahaa..

Gaya tidur nak tomoi orang. Kalau berani meh la

Teka siapa dalam kotak?
Aku memang dah takde mood nak kerja ni. Tapi minggu ni lah kerja paling menimbun pun. Haihh.. Spoil sungguh la. Semoga aku survive sampai hujung minggu ni. :P

Nota kaki : Baju raya aku tak beli lagi!

Daa

Jumaat

kukis raya

Assalamualaikum

Sebenarnya ni first time aku dengan shujin buat kukis untuk hari raya. Aku kalau bab-bab buat kek boleh tahan lagi. Tapi bab nak buat kukis ni aku memang lemah sikit. Maklumlah. Prosesnya renyah sikit. Memandangkan tahun ni beraya kat Johor dan mak aku memang takde nak buat kukis mukis ni, so aku buat la untuk anak-anak makan. Cewah..

Aku buat kukis mudah je sebab shujin dah sound awal-awal. Dia tanak kukis cokelat (kegemaran aku dengan anak-anak) Cehhh.. Kedekott..So dengan separuh separuh rela, malam nuzul Al quran tu shujin mengepalai operasi kukis raya kami. Biskut checkers je.

Damia dah tidur. Jadi kuranglah sikit ancaman. Aqil sibuk jugak nak menolong. Sudahnya sibuk main kotak mixer. Haihss.

masa rajin saiznya yang belah kanan tu, bila dah jemu jadi mcm yang jari comel aku pegang

bila makin jemu, jadi macam macam bentuk. Maklumlah, tukang terapnya graphic designer
Bila siap dapat lah 2 telap. Satu telap biskut yang saiznya besar sikit tu. Kalau ikut resepi asal guna tepung gandum. Tapi aku baca kalau guna tepung red rose jadi lagi rangup. Aku cari tepung tu tak jumpa pulak. So aku guna tepung gandum tambah ngan tepung jagung. Jadi rapuh. Sedap la bagi aku yang first time buat ni kan. Hahaha..

Kononnya lepas ni nak tambah sejenis lagi. Tapi tatau la sempat sampai raya ke tidak. Satu telap dah tinggal separuh. Wakaka..

Nota kaki : Sian shujin..tanak kukis cokelat pun dapat cokelat jugak separuh. Hehehe..

Daa

Khamis

Resepi Vanilla Sponge Cake

Assalamualaikum

Aku dah ingat dah aku ambik kat mana resepi Vanilla Sponge Cake yang gebu gila tu. Meh aku share resepinya.

Resepi Vanilla Sponge Cake
Bahan-bahan
160gm gula halus (aku guna gula biasa je)
15gm ovelet
5 biji telur
125gm tepung gandum - diayak (aku guna tepung naik sendiri MFM tu)
Baking powder 1 sudu teh
1 camca teh esen vanilla
40ml air
75gram mentega cair (guna minyak masak atau minyak canola pun boleh..tapi aku buat guna mentega jadi lagi cantik dari guna minyak masak)

Cara-cara membuatnya
Pukul gula dengan ovelet sampai sebati. Masukkan telur dan tepung ke dalamnya. Putar hingga sebati. Tuang air. Putar pada kelajuan yang tinggi sampai gebu macam adunan kuih bahulu. Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan ratakan dengan spatula. Guna kaedah kaup balik (Jangan putar)

Tuang dalam loyang yang dah dilengser dengan minyak. Alas bawah dengan kertas (tak alas pun takpe..tak wajib) hehe.. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 30 minit. Jangan lupa panaskan dulu ovennya. Agak agak 10 minit.

Bila kek masak cepat-cepat keluarkan dari loyang. Kalau tak nanti keknya mendap.

Resepi dari cik Mat Gebu, sebab tu hasilnya gebu. 


Selamat Mencuba

Daa

Aunty ku dara

Assalamualaikum

Bulan-bulan puasa ni ada jugak orang search keyword pelik pelik berbaur kelucahan kan. Macam mana lah boleh sangkut kat blog aku ni. Hampeh betol..


Aunty aku rasanya semua dah tak dara dah. Anak dara ada lah.

Bihun kukus tu boleh rujuk SINI

Bon kerajaan Malaysia hampir sahih adalah satu penipuan. Jangan risau. Duit tu memang takde, dah kena baham dek pengasas bon. Padan ngan muka korang. Sapa suruh jadi tamak tapi pemalas.

Kerap buang air kecil biasanya adalah tanda-tanda ada kencing manis atau sakit buah pinggang. Kalau rasa nak kencing sangat-sangat tapi bila sampai kat bilik air keluarnya sikit tu maksudnya ada masalah la tu. Cepat-cepat jumpa doktor ya. Tapi kalau tak biasa minum air banyak, tetiba minum 2-3 gelas pun kerap kencing jugak :D

Nasi daging yang aku buat memang guna beras biasa je. Cuma rupa parasnya tak secantik nasi daging yang guna beras basmathi lah kan. Resepinya aku ambik dari Majalah Rasa - Nasi  Daging Kebuli. Mudah je. Blender semua bahan. Lepas tu tumis. Lagi mudah sebab aku guna pressure cooker. Lebih kurang 15-20 minit dah siap. Daging lembut cantik je.

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia letaknya kat Jepun. Seram gilaaa..

Vitamin untuk kecantikan ni ada banyakkkk.. Biasanya aku cadangkan ambik Vitamin ACE. Jenis-jenis anti oksidan. Dengan gabungan krim muka dan pencuci muka yang bersesuaian, kulit nampak lebih cerah, lambat kedut.

Sekian laporan keyword terhangit kat Ourkizuna minggu ini.

Nota kaki : Entry orang malas berfikir. Konon kerja banyak. Hoho..

Daa

Selasa

Mayat bayi disangka patung - untuk renungan

Assalamualaikum

Selamat petang. Setengah jam lagi aku nak balik. Aku terbaca tentang kisah mayat bayi yang tersangkut ditepi sungai. Penduduk menyangkakan ia adalah patung.

Kemudian aku terbaca pula nota yang disertakan dalam entrynya

Quote sikit
Mencari ringgit ke syurga
dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang


warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi


kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih

kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi
yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta
inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957

Baca penuh kat SINI

Nota Kaki : Aku sedih tinggal dalam negara yang agama rasminya Islam, tapi tak mengamalkan kehidupan mengikut anjuran Islam yang sebenar

Daa

Vanilla Sponge Cake - gebu gilaaa

Assalamualaikum

Sebelum pose aritu shujin ada belikan hand mixer. Walau pun tak dapat mixer idaman kalbu yang begini. Hand mixer pun jadi lah. Biasanya aku kepuk telur ngan tangan je. Bukan ngan tangan, tangan tu. Dengan pemukul telur yang takde kuasa elektrik. Hehehe.. Bila buat kek tu menjadilah macam ni

sebelum pakai mixer

tapi tak cukup gebu. Asyik kena perli je ngan shujin. Membazir la. Buat kek bantat la. Hish..geram aku. Lepas dia belikan tu aku pun buat kek sipon kesukaan aku. Tapi kurang menjadi sebab masa kaup balik tu aku tak buat betul betul. Ada yang tak rata tepung ngan meringue tu. So bantat jugak separuh.

Kali ni aku buat vanilla sponge cake. Menjadi kau. Naik gebu kemain. Rasa macam kek beli kat kedai. Geram je aku nak potong dua bahagian letak filling pulak kat tengah. Konon nak buat macam secret recipe. Wakaka. Shujin kata yang tu kena guna pisau dia. Sudahnya potong makan macam tu je. Damia makan polok-polok. Sampai tercekik.

Aqil pulak. Despite of dia yang sebenarnya request lebih-lebih kek tu, makan sikit je. Tak pe lah. Yang penting kek tu habis. Suka ibu. Hihihi. Lepas ni ibu buat kek sipon idaman kalbu pulak.

Oh gambar kek yang menjadi bak span gebuss tu aku tak ambik pon gambarnya. Tak sempat nak interprem dah kena balun. Sori okeh. Lain kali kot. Huhu.

Resepinya pun tak susah. Tapi pakai telur banyak. Hoho.. Gemokss..

Tapi lain kali la tepek resepi. Tak sempat da nih. Nak pegi training. Haihsss..

Nota kaki : Aku suka kek coklat. Tapi shujin dah jemu ngan coklat. So pasrah je buat kek vanilla kegemaran dia. ceitt..

Daa

Isnin

Trip Pahang lagi dan pisang gemokkkss

Assalamualaikum

Sepanjang bulan puasa ni weekend memang kami tak lekat sangat di rumah. Ada saja urusannya. Weekend kali ni kami ke Pahang lagi. Sama urusannya macam minggu lepas. Alhamdulillah walau pun penat travel tapi feedback semakin menggalakkan. Diharap lepas raya nanti boleh tambah lagi pengusaha kelapa sawit dan getah yang nak cuba gunakan penggalak tanaman kami.

Musim menanam padi dah makin dekat. Pesawah kat utara pun dah mula order. Sebelum ni yang mana ragu-ragu nak cuba. Cuma ambik untuk serelung, dah ambik untuk seluruh tanaman. Dengar kata kalau biasa serelung cuma dapat 1.2tan. Dengan penggalak ni serelung dapat 2 tan. Haiwan perosak macam tikus, ular pun tak datang dekat.

Member aku pulak cuba sembur penggalak pada buah pisang. Hasilnya, buah pisang jadi gemoks gila. Isi pun padat. Oleh sebab penggalak ni takde bahan kimia memang takde masalah nak sembur pada sayuran atau pun buah. Maybe lepas ni boleh mulakan eksperimen atas tanaman lain untuk luaskan market.

Jom layan gambar pisang gemok..

[Atas sebab yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa remove gambar pisang gemoks. Harap maklum]


Ni baru percubaan pertama. So memang kena buat banyak percubaan dulu sebelum kita boleh rekomen pada pelanggan. Ayah memang banyak tanam pisang. So boleh la aku sembur-sembur pada pisang dia..

Berbudi pada tanah dapat banyak hasil kan.

Bila la aku boleh jadi petani jugak. Tapi nak beli tanah takdak modal. Huuu.. Duk kampung jugak yang seronok.

Nota kaki : Tak dapat nak menanam, dapat bantu tambah hasil petani pun jadi lah.

Daa

Jumaat

Raya di mana? - Salam perantau

Assalamualaikum

Dah nak dekat musim raya ni banyak la persiapan nak beraya kan. Yang bujang dengan gaya orang bujang. Yang dah kawin beranak pinak dengan gaya masing-masing. Kalau zaman dulu selalu dengar laki bini bergaduh bila dah nak musim raya. Gaduh nak balik kampung siapa. Sekarang jarang dah dengar. Sama ada masing-masing dah makin pandai bertolak ansur atau pun perang dingin je. Hehehe..

Aku buat sistem gilir-gilir. Raya puasa tahun ni kat kampung aku. Raya haji nanti kat kampung shujin. Sebab kampung kitorang sorang di selatan, sorang lagi di pantai timur. So memang kena bergilir-gilir. Kalau nak lari 2 tempat tu memang tak larat. Perjalanan dari Selatan ke Pantai Timur makan masa hampir 12 jam ikut jalan pantai. Aku memang dah sahih takde lesen. So tobat la shujin nak bagi aku drive melainkan waktu emergency.

Excited la aku balik raya rumah mak tahun ni. Siap ada baju tema bagai kan. Shujin tak puas ati sebab nanti raya haji aku tak cuti banyak. Raya kat kampung dia sekejap je. Hehehe..Tapi kesian gak dengan mak mertua aku. Raya tahun ni anak-anak (ipar duai aku) mungkin tak ada yang balik. Adik beradik shujin empat orang. Aku sefamily beraya kat Johor. Adik ipar aku yang belum kawin lagi tu outstation ke Penang masa raya. Akak ipar aku yang kerja nurse tu mungkin raya KL je. Tak cuti kot. Akak ipar sulung aku je yang masih lagi misteri.

Nasib baik adik beradik mak mertua aku tinggal dekat-dekat. So mungkin takde la dia sunyi sangat anak-anak tak balik.

Mak aku pulak tahun ni turn semua anak-anak dia balik. Cuma akak aku yang no tiga tu beraya ngan mak mertua dia sebab bapa mertua dia baru je meninggal aritu. So kira ni raya pertama mak mertua akak aku beraya tanpa suami. So mak aku kesian la kat dia. Tu dia suruh akak aku balik kampung mertua dia je. Temankan supaya makcik tu tak sayu hati sangat.

Raya tahun ni aku cuti seminggu. Ambik cuti 2 hari je. Cuti pun dah tak banyak. Tapi raya ni aku nak jalan sakan. Ingat nak pegi rumah cikgu yang ajar aku subject bahasa melayu. Aku tak sangka pulak dia ingat lagi kat aku. Dia ingat aku sebagai budak yang buat karangan terbaik. Dia still lagi simpan kertas karangan aku tu. Siap bini dia pegi tunjuk karangan aku kat student bini dia kat sekolah lain tu. Bangga gila aku.

Alamak, nak kena buat schedule nak beraya mana la ni kan. Untung la anak-anak. Boleh kolek duit raya. Hehehe..

Korang beraya mana? Kalau yang beraya naik kenderaan awam tu jangan lupa book awal-awal. Nanti kehabisan pulak.

Nota kaki : Raya haji nak balik beraya naik keretapi. Cam bes je kan..

Daa

Khamis

Testim baju raya

Tahun ni go western :P baju kurung belum siap..hehe
Assalamualaikum

Mula-mula Aqil taknak pakai baju tu. Lepas pujuk-pujuk dan tengok Damia pakai baru dia setuju. Yang si Damia pulak pakai baju gegirl tapi buahs kemain. Dia rimas dengan accessories kat baju tu. Sibuk tarik tarik. Jangan belum sampai raya dah punah baju tu sudah la nak oi.. Tema western ni shujin yang pilih. Damia siap dengan topi tapi tatau la dia nak pakai ke tidak nanti.

Biasa la..nak raya ni mak bapak yang over..

Daa

Rupanya ada jugak anon nak komen blog aku ni

Assalamualaikum

Aku datang awal hari ni. Petang nak balik awal sikit. Check email, tetiba nampak komen cik anon dalam post aku yg INI



hehehe..for the first time ada anon komen kat sini..ingatkan blog aku ni kuno sangat takde anon nak komen..kihkihkih..

A: Did i said diorg kena dengar? its up to them..kalau taknak dengar pun bagi la alasan yang menampakkan kematangan..ni belum apa2 dah larik..kita adalah apa yang kita cakap, apa yg kita lakukan. Aku tak tau orang lain. Tapi bagi aku sikap yang melarikan diri ni orang panggil tak matang. Bukan pasal nak dengar atau tak nak dengar. Sebab tu aku kata "it is not what you say, but how you say it" nak cakap taknak. Gunalah ayat yang menunjukkan kematangan. Jangan tunjuk yang badan je besar tapi otak macam budak sekolah rendah.
B : ok mcm ni..bagi aku diorg decide utk mak bapak diorg bila diorg kata.."orang tua ai tak minat kot.." while they are not even listening further explanation. Mcm mana diorg tau it is good or bad for them. Kalau taknak dengar. Just cakap "sorry, tapi aku tak minat" instead of "mak bapak aku tak minat" Tak payah lari. Aku tak kejar punya. Bagi dengar bukan bermaksud decide cik anon. Adakah kita layak nak tentukan mak bapak kita patut beli sabun basuh cap unta ke tak patut. Dia nak basuh baju dia, duit yang nak beli duit dia. Penjual kata bagus, tapi kita tak suka sabun basuh cap unta. Kita suka cap kerbau. Ko rasa layak ke kita nak decide yang mana diorang patut beli?
C : peliknya kalau this kind og thing dianggap buang masa..kalau macam tu kita boleh kata salesman tu buang masa..dalam 10 org yg dia promote silap silap sorg nak beli pun payah..Kalau rasa aku buang masa dia, cakap je la. Tak payah bagi alasan yang bunyi cam err..budak2..
D : tu lah..org2 mcm mereka..mcm ko yg anon ni tak matang..taknak dengar..tak tau apa..judge..mcm ni org panggil ignorant..MLM is a system, the product is another case. Ni sama pelik macam taknak beli barang amerika sbb diorg tu sokong yahudi.
E : menarik statement tu..tapi sayangnya they're not even my friend.. mcm aku cakap la..aku takde kisah apa pun..in fact aku tak rugi apa2..aku cuma nak share apa yg aku rasa bagus.ianya win-win situation. ko dengar, ko suka, ko beli..dah beli, cuba, berjaya = dapat duit lebih. beli, cuba, tak berjaya = pulang balik dapat duit balik. Aku yang jual kalau orang berjaya aku akan dapat return customer. Kalau tak berjaya aku pulang balik duit. kata nak suruh melayu tolong melayu..ni la aku nak tolong ni. kalau taknak dengar pun, bukan aku boleh paksa.. tapi tak payah la bagi statement atau berkelakuan mcm budak kecik..nampak mcm tak cukup akal lah..

See..You are judging me "kecewa" dan "kawan" in fact ko tak kenal aku pun. Ko tak kenal pun insan A atau B. Ko tak peduli pun the main point yg aku cuba sampaikan dalam entry tu.

Peliknya yang ko emo lebih-lebih kenapa?  Sampai tanya apa masalah aku. Hehehehe.. Aku rasa blog aku ni memang tempat aku nak menulis catatan benda yang aku perati, perkara yang aku alami hari-hari. Takde restriction apa yang aku boleh tulis, apa yang aku tak boleh tulis. Even kalau hari-hari aku nak tulis pasal kebanggan aku jual berapa botol benda tu ke, dekat sapa aku jual pun takde sapa boleh larang. Tapi mesti ada jugak anon yang rasa aku macam poyo kan..

Setiap manusia ada pandangan berbeza. Tak semestinya ko kena terima pandangan aku, dan tak semestinya aku kena terima pandangan ko. Yang penting macam mana kita menghormati pandangan orang lain.

Daa

Rabu

Perkembangan kisah hajjah sitt al-wuzara

Assalamualaikum

Aku terbaca kat blog INI

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Jaga kau babi setan Gaysec. Ini penerangan yang terakhir dari makcik tentang hal ini. Lepas ni makcik tak akan layan bende merepek ni dan blog makcik akan terus mengganas lagi dan SKMM tidak akan menghentikan makcik!! Aktiviti makcik di internet tidak pernah mengancam keselamatan dan tidak pernah mengganggu kedamaian mana-mana pihak. Makcik hanya bersuara dan ini hak asasi kemanusiaan makcik untuk kata apa yang makcik suka.

Untuk kali yang terakhir: Makcik tiada hubungan kait dengan minah Arlene Tan ni. Lagi pun, kami mempunyai banyak perselisihan fahaman dahulu antara perbincangan-perbincangan tahun lepas. Jadi, makcik jarang berinteraksi dengan minah nie dan makcik tidak kenal siapa minah ni dan tidak pernah jumpa dia pun. Perbincangan itu tidak dapat di kembalikan kerana akaun Facebook makcik yang lama sudah kene report oleh babi-babi penjihad pengikut babi Muhammad sebab makcik menuntut jalang betina jahanam Ustazah Siti Norbahyah meminta maaf atas ceramah die yang amat biadap melibatkan pengharaman Hari Valentine's oleh JAIS dan makcik mencabar ustazah pengecut mulut cibai ini berdebat dengan makcik di kaca TV. Kaki2 jihad di internet menyerang dan report profile Facebook makcik sampai hilang. Oleh itu semua komen-komen yang makcik buat di kumpulan2 di laman Facebook hilang atau kelihatan sebagai "Post deleted".  

Ni pulak Arlene Tan punya statement

PUBLIC STATEMENT: I AM WRONGLY ACCUSSED

August 9, 2011 in my little darn mind
I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment.

Komen aku
Perkembangan ni sebenarnya agak menarik sebab kalau tengok catatan makcik hajjah sesat tu, dia kata dia ada selisih paham ngan Arlene tahun lepas. Dan kalau tengok komen panjang lebar dia pun ada unsur-unsur dia back up Arlene. Tapi Arlene pulak tulis dalam blog dia, dia tak kenal langsung makcik ni. 2 hari lepas baru tau kisah makcik ni.

Jengjengjeng....

Persoalannya...siapa yang tipu? Kita tunggu perkembangan selanjutnya. Aku pun harap jugak identiti makcik ni didedahkan. Tapi kalau boleh jangan sampai ada fitnah. Bulan-bulan ramadhan ni. Perut lapar. Hati pun jadi panasss je kan.

Nota kaki : Harap gaysec memang ada bukti kukuh nak kata Arlene tu memang makcik tu. Kalau benda tu just fitnah, kesian kat budak tu. Huhu..

Daa

SEGMEN BA - Jom kenali Blogku

Assalamualaikum


Nak join klik Banner


Ya aku tau aku kata tanak join segmen bulan pose ni. Tapi aku teringin plak. Hahaha.Sori yeh.


Latar belakang blog aku
Blog Ourkizuna ni adalah blog kedua aku lepas blog pasal penyusuan susu ibu. Dah berusia hampir 3 tahun. Aku buat blog ni sebaik Aqil Mubarak lahir. Blog ni ada sikit aku cerita pasal perkembangan anak-anak. Pasal pendapat aku tentang hal-hal berkaitan dengan kesihatan, penyakit, isu semasa dan macam-macam lagi. Aku tak pandai nak mekap lawa-lawa sangat. Malas sebenarnya Banner tu pun aku baru je buat guna excel. Ya..microsoft excel tu laa..

Dapat tau dari blog Encik Ben sendiri.

Salam kenalan.

Blog yang dah ditakluki
(1) Cik Bunny - Lama gak dah jadi silent reader Cik Bunny. Kenal Cik Bunny masa segmen BA follow memfollow tu. Blog Cik Bunny senang nak loading. Warna pun tak menyakitkan mata.
(2) Frame And Lenses - Suka baca cerita kerana ulat bulu tu. Hehehe.Comel je. Blog encik Nadh ni simple dan yang penting senang nak loading. Takde lah kena tunggu lama. Tapi warna tulisan widget tu tona sama dgn background. Susah nak baca label.
(3) Fareez - Pernah terjah sekali dua dari blog BA. Tak sangka ownernya lelaki tapi pilih background kale pink. Hehehe.. Header shantek. Widget pun simple je.
(4) 1001 kisah izyan Malik - Mekap blog simple je. Header lawa orang pun lawa. Susunan bloglist pun menarik. Cuma, rasanya saya prefer entry yang publish kat muka depan tu kurangkan sikit. Jangan marah ek. Tapi nak publish banyak pun takde masalah.
(5) Laman ayahsu - Dah jadi follower ayahsu dalam segmen BA yang dulu tapi jadi silent reader je. Widget sikit je tapi nape tah nak scroll tu cam sangkut-sangkut. Archive entry saya prefer yang dropdown. Lepas tu boleh tambah sikit widget yang tak memberatkan bagi tak nampak kosong sangat. Sori eh. Pandai je aku komen blog orang kan.Hehehe
(6) Dayah Jelita - Comel je blognya secomel orangnya. Tapi nape tah list blog yg "cool girl" tu nampak bertindih2.. Maybe view saya je kot..Tak pasti..
(7) Amy Liana - Nape tah tak boleh bukak blog ni. Nampak background pink je. Yang entry dan widget2 nya semua berkelip2..tapi tak boleh nak view. Tak boleh nak komen. Sori ek tak tinggal komen.
(8) Bicara Mak Dara - blog simple..senang nak load..suka tengok gambar posing kat header
(9) CtHaslinda - Nape tah..tak boleh view. :(
(10) Hajar - Sejuk je mata memandang backgroundnya yang hijau. Senang nak view. Tak berat
(11) Lulu Caldina - Cik lulu yang comel. Mana dapat eh nama lulu caldina..hehe..
(12) DoodleLicious - Dudelnya sangat shantek..Psstt kalau nak dudel FREE boleh join GA kat sini.
(13) Kuini - Blog comel tapi geram tengok burung churpchurp terbang sana sini. Heheh.
(14) Bella - Header dudel yang shomel. Simple dan mudah loading.
(15) Maya Lisa - Header cantik, tapi background cam serabut sikit..kalau pilih warna tak berapa garang lagi senang nak baca..

Daa

Selasa

Resepi No bake mango cheesecake - Siang siang buta bulan pose buat entry makanan

Sebahagian kecil yang dapat diselamatkan dari di NGAP

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama pun aku buat cheesecake ni. Tak bakar dalam oven pun. Cuma campak-campak dan peram dalam peti sejuk. Senang pantas dan sedap. Aku dah buat dua kali. First time aku guna whipping cream macam yang resepi asal tu tulis. Kali kedua tu aku ganti whipped cream dengan susu pekat manis F&N. Ikut resepi yang lain. Kata suami yang kedua tu lebih sedap, tapi cepat muak. Aku rasa aku bedal ok je dua-dua pun. Tapi aku prefer yang guna susu pekat manis kot. Murah pun murah. Sekotak whipping dah berapa hengget. Ganti ngan susu pekat manis tu tak sampai lima hengget setim. So ok la kan. Hasilnya pun mantop. Huhu..

Bila la nak datang balik aura rajin nak mengekek bagai. Adehh..

[Update resepi] - Tak ingat ambik dari mana
No bake Mango Cheesecake
Bahan-bahan
250 gm cream cheese
200gm condense milk (atau pun whipping cream)
1 1/2 sudu gelatin - campur dalam 4 sudu air. Panaskan dengan kaedah double boiler. (Kalau malas tambah je air panas yg baru masak.tapi ambik masa sikit)
1 sudu besar parutan lemon
1 sudu besar lemon juice
3 sudu besar mango puree (nak lebih pun boleh)
setengah biji mango yang di potong dadu
1 cawan biskut hancur (biskut meri atau biskut tiger) *
1/2 cawan mentega cair *

Cara-cara
Campurkan bahan bertanda * dan tekan dalam loyang padat-padat. Sejukkan dalam peti sejuk.
Pukul cream cheese sampai gebu. Masukkan susu, gelatin, mango puree, parutan lemon dan lemon juice. Pukul sebati. Tambahkan mango yang dipotong dadu. Kacau rata.
Tuang atas base yang dah disejukkan.

Biar dalam peti sejuk at least 3 jam sebelum tambah topping tabur serbuk agar-agar dalam mango puree sikit bagi jadi nampak cam jelly. Kalau tak puree tu cair sangat. Kalau leceh nak buh topping boleh terus ngap!

Nota kaki : Lunch hour, dan aku tak mengantuk walau pun tidur 4 jam je malam tadi. Haih.. Bukan boleh makan pun.

Isnin

It's Not What You Say, It's How You Say It - Mengenali orang yang kurang matang

Assalamualaikum

Selalu dengar quote "It's Not What You Say, It's How You Say It" ? Dalam bahasa melayunya. Ia bukan apa yang kita cakap. tapi macam mana kita cakap. Walau pun pada sesetengah orang benda ni nampak remeh tapi bagi aku ia boleh menunjukkan sama ada seseorang tu matang atau tidak. Seseorang tu layak menjadi seorang leader atau tidak.

Aku selalu berhadapan dengan orang yang tua dari segi kiraan umurnya tapi tak matang dalam memilih perkataan dan ayat. Kebetulan sekarang ni aku tengah nak cari orang yang nak mencuba produk penggalak tanaman (tested oleh kawan aku kat pokok kelapa sawit, padi dan getah). So aku pun asking around kalau-kalau aku boleh tunjuk produk tu pada orang yang mengusahakan mana-mana tanaman yang kawan aku dah cuba tu. Bukan aku nak suruh beli lagi pun. Aku just nak kan peluang untuk tunjuk dan cerita je.

Dialog aku dan insan A (Dalam lif)
Aku : Boleh tak kalau nak tunjuk kat orang tua
Insan A : Orang tua I orang kampung je
Aku : Cuma nak datang tunjuk je
Insan A : Taknak la. Tak suka la benda-benda macam ni.
terus lari dari aku duk kat depan pintu lif

Dialog aku dan insan B
Aku : Boleh tak kalau nak tunjuk kat orang tua
Insan B : Ni MLM ke? Orang tua I upah orang lain buat. Diorang tunggu hasil je
Aku : Tak pe la. Boleh diorg tambah hasil.
Insan B : Takpe lah. Diorang tak minat kot.

Mungkin bagi orang lain ayat ayat penolakan ni adalah ayat biasa nak lari dari penjual. Tapi sedar tak sedar menunjukkan betapa tak matangnya insan ni. At least bagi diri aku la kan.

Insan A
(1) Statement orang tua orang kampung - Statement takde kena mengena
(2) Melarikan diri dalam satu-satu situasi adalah trick budak-budak. Aku pun dah tak guna dah trick ni. Seingat aku Aqil dengan Damia pun jarang guna trick ni. Most of the time, bila aku bagi time out kat anak-anak diorang akan duduk kat mana aku letak diorang. Walau pun sambil menangis atau menjerit. Bila aku panggil baru dia gerak.

Insan B
(1) Statement ni MLM ke? - Apa kena mengena jual booster untuk tanaman dengan MLM? Kalau aku jual barang yang baik, penting ke benda tu MLM ke tidak. Untuk nota : Penggalak yang aku jual ada jaminan pulangan wang 100%. Kalau guna separuh, rasa tak puas ati boleh pulang dengan dapat duit penuh
(2) Buat keputusan untuk orang lain - Aku tau ramai suka guna trick ni. Macam mana kita boleh tau ayah kita tak minat kalau kita sendiri tak tau adakah benda tu mendatangkan kebaikan atau tak untuk mereka.

Kedua-dua insan A dan B langsung tak tau dan tak tanya lebih lanjut pasal produk aku. Kedua-dua tak berminat nak ambik tau. Mereka cuma tak nak beli produk aku.

Kenapa aku nak hebah-hebahkan benda ni kalau aku tak kisah diorang tak beli barang aku. Ok macam ni. Aku tak kisah diorang taknak beli. Yelah. Atas muka bumi Malaysia ni aku bukan kena dua orang ni je. Aku memang percaya pada produk aku sendiri, so aku tak ada masalah nak jual pada pekebun kecil. Shujin dah riki riki dengan pemilik ladang dan Sime Darby plantation. Insya allah kalau ada rezeki dapat aku jadi pembekal booster untuk diorang.

Sayang sekali sebab orang tua mereka mungkin takkan pernah tau produk ni boleh tambah hasil tanaman dan pendapatan mereka sekali ganda. Dia mungkin takkan pernah tau yang produk entahkan MLM entahkan tidak aku ni mesra alam. Yang paling menyedihkan, sikap mereka hanya akan menutup peluang mereka untuk berjaya di masa depan.

Aku sendiri ada banyak kali yang aku tak nak beli barang yang orang nak jual pada aku. Tapi aku bagi mereka peluang untuk terangkan pada aku. Nak say No memang tak susah. tapi macam mana gaya kita cakap tidak tu akan memperlihatkan sikap kita. Bukan ke kita ada dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap.

Dalam aku berniaga, aku jumpa ramai kawan dan kenal siapa kawan yang sebenar. Seribu kali orang nak tolak aku, aku tak kisah. Aku tau apa yang aku nak. So takde siapa yang boleh lemahkan semangat aku. Ehem..

Nota kaki : Aku meniaga bukan sebab aku tak cukup makan.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com