Jumaat

Rancanganku dihujung minggu..menjelang ramadan


Klik banner kalau nak join

Assalamualaikum

Memandangkan aku memang ada rancangan yang agak lain dari rutin biasa hujung minggu ni aku nak join segmen oleh Lulu yang cun ini.

Rancangan untuk hujung minggu ini.

Malam ni nak bersiap bertolak balik ke rumah mak aku kat Kulai sebelah kampung Mawi ler. Mawi tu classmate sepupu aku.tapi skang Mawi dah tak gleme kan. Hahaha..

Tapi macam biasa mesti kitorang tertido kat tah mana-mana nanti. Esok pagi nak melawat school mate husband aku. Petang esok pulak mak aku nak tengok kekdah masak dodol 5 minit dan jugak bihun goreng kukus. Kalau sempat boleh la aku tunjuk dengan mak cara nak buat serunding ikan yang pedas lemak tu (20 minit je).

Balik kali ni special sebab ayah dah tak sabar nak bagi cucu kesayangan dia yang kemaruk durian tu makan durian fresh dari ladang. Rambutan pun dah boleh ambik katanya. Banyak la ole-ole dari kampung kali ni. Untung orang duk kampung kan. Hehehe..

Lepas tu, of course aku akan dapat merasa sahur pertama dengan masakan dari air tangan mak. Macam-macam la aku order nanti. Aku dah ambik cuti untuk hari Isnin. So Isnin lepas sahur baru bertolak balik Shah Alam semula.

Tak lupa jugak aku nak mintak mak masakkan siap-siap lauk untuk berbuka hari pertama ni. Rindu masakan mak aku. Huhu.

Selamat menjalani ibadah puasa Cik Lulu

Nota kaki : Dok tengah pikir nak buat biskut raya apa ni.

Daa

saiyaku vs saitei

Assalamualaikum

Aku tau aku berutang entry pasal kencing manis dengan pembaca sekelian. Cewah Aku tak sempat lagi nak mengarang. Harap takde yang frust sebab aku dok buat entry lain. Hahaha. Perasan tahap gaban

Satu lagi aku berutang entry GA ngan cik Puan Bunga Aku da letak puan ni weh! hahaha Tak nyempat lagi aku nak mengarang slogan tergagai macam ko.

Oleh kerana aku tak de idea segera nak buat entry maka aku tiba-tiba rasa cam nak buat entry pasal saiyaku dan saitei. Kedua-duanya bahasa Jepun.

Saiyaku ; Dieja sai-aku dalam suku kata jepun 最悪
Saitei ; Sai-tei 最低

Kalau tengok "sai" dalam kedua-dua perkataan adalah sama. Maksud sai ialah "paling"

aku (悪) pulak bermaksud "teruk", saiyaku adalah paling teruk.
Biasanya digunakan untuk menggambarkan keadaan yang sangat-sangat teruk. Di luar jangkaan.

tei (低) bermaksud "rendah", saitei adalah paling rendah.
Ia boleh menerangkan kedudukan sesuatu yang sangat rendah, atau nilai yang sangat rendah.
Kalau ditujukan kepada seseorang. Seperti ayat dalam komik atau anime "お前最低だ!" omae saitei da. Ia membawa maksud "ko ni teruk gila!"

Sekarang mari kita berlatih gunakan kedua-dua perkataan ini

Ini yang dikatakan saiaku

Saiaku

Saiaku lagik. Gaya kucen tu sangat comel okeh.

Mamat ni memang saitei

Ini adalah combination, perempuan tu saitei dan situasi mamat seluar merah tu adalah saiaku sekali

Ni gamba takde kena mengena..aku kenal domo kun masa zaman skola lagik. Sekarang baru terpk. Comelnya~
Gambar-gambar curik dari SINI. Selamat berhujung minggu.

Nota kaki : Aku balik Johor malam ni. Yeyeh~ Esok ada upacara demonstrasi masak dodol 5 minit dan bihun goreng kukus. Mak aku nak tengok. Hihik

Daa

Khamis

Di mana ada kemahuan di situ ada HIWAY~

Assalamualaikum

Musim-musim nak raya ni mesti ramai berkira-kira nak cari duit lebih. Lebih-lebih lagi kalau yang dah berkeluarga. Nak belikan baju untuk anak-anak, bini nak mintak tukar langsir, tukar perabot. Kalau boleh rumah pun nak dicat dengan cat baru. Kalau yang belum kahwin pun nak sedekah sampul hijau pada anak-anak buah.

So kira-kiranya ramailah yang berkira-kira nak cari extra income masa ni. Yang mana boleh dijimatkan berjimat. Yang kurang nak ditambah. Aku sendiri pun sejak azalinya memang suka bab-bab duit ni. Bukanlah aku ni bisnes minded sangat. Tapi bagi aku bila kita ada sebab nak buat something tu memang kita kena cari jalan untuk buat. Biasanya orang yang tak ada sebab susah nak jumpa jalan.

Macam nak cari duit lebih. Kalau sebab korang nak cari duit lebih tu betul-betul kuat. Maka korang memang akan bersungguh sungguh nak. Tapi kalau sebab nak cari duit lebih tu setakat nak beli langsir baru. Biasanya agak kurang berjaya. Kalau seseorang tu impiannya nak jadi kaya (macam aku) Dia kena ada sebab yang kukuh kenapa dia kena jadi kaya sebelum dia cari cara macam mana nak jadi kaya. Aku bukan nak perlekehkan sesiapa ok. Tapi aku selalu jumpa orang yang tak punya impian yang besar. Dengan alasan, "cukup lah dengan apa yang ada. Aku syukur dengan apa yang ada" "Makan cukup pakai cukup"

Kalau nak berimpian, impikan satu benda yang sangat besar. Sebab kita tak tau bila impian kita akan jadi kenyataan. Mana tau tiba-tiba jadi kenyataan. Kalau impian just nak kereta kancil. Bila termakbul kan dapat kereta kancil. Kalau impian nak dapat kereta BMW. Mana tau tak dapat kereta BMW, tapi dapat kereta volkswagen beetle tu.

Tapi untuk mencapai impian, kita kena ada sebab yang kuat. Kalau nak jadi kaya, kenapa kita nak jadi kaya. Kalau nak jadi kaya sebab nak beli kereta besar, baju berjenama, nak melancong..maybe orang ni akan jadi kaya. Tapi lambat sikit. Kita tengok orang-orang yang kaya raya. Ramai dari kalangan mereka yang hidup susah, takde pelajaran. Orang-orang ni jadi kaya sebab diorang ada sebab yang kuat untuk jadi kaya. Diorang dah rasa hidup susah. Dah taknak hidup susah.

Biasanya orang yang berpelajaran. Hidupnya tak miskin. Tapi hidup dengan sangat sederhana. Sebab tak pernah rasa susah yang betul-betul punya susah sampai nak isi minyak motor pun ada 50 sen je (lebih kurang 10 tahun dulu) Sekarang, orang ni pendapatan bulanannya 5 angka. Jangan kata nak isi minyak motor. Nak beli motor pun dah lebih dari mampu.

Aku boleh bagi 1001 cara untuk cari duit lebih tapi kalau seseorang tu takde sebab yang kuat untuk dapatkan duit lebih atau jadi kaya. Tak satu pun akan menghasilkan duit.

So pelajaran kita pada hari ini adalah
(1) Jimat tak buat kita jadi kaya
(2) Impikan sesuatu yang sangat besar
(3) Cari sebab yang kuat untuk mencapai impian tersebut

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cari kemahuan lepas tu akan jumpa jalan.

Nota kaki : Aku memang mata duitan, tapi aku tak curik duit orang.

Daa

TRIVIA : Berapa umur pakcik ni? Tak aci google okeh. kena teka..


Assalamualaikum

Pakcik ni pada masa mudanya sangat miskin. Memang miskin gila sampai tidur kat bangku taman bunga. Lepas tu kena halau dengan pakcik guard. Tak silap aku dia beli sebuah restoren dengan harga 700 dollar.Tapi sekarang pakcik ni memang kaya gila-gila la. Billionaire ok. Bukan millionaire. Ladang kuda beratus ekar. Sayangnya isteri dia da meninggal sebab kanser.

Lepas kematian isteri dia pakcik ni buat satu pusat kajian tentang kanser. Advance gila aku tengok (tengok kat video je la..hehehe) Oleh sebab isteri dia mati sebab kanser, dia jadi seorang yang sangat-sangat kisah pasal kesihatan. Rutin pagi dia adalah minum smoothies yang daripada 15 jenis buah dan sayuran. Termasuk capsicum. Kata oprah winfrey rasanya not bad. Hehehe. Entah la. Tak sanggup aku bayangkan.

Pakcik ni sangat-sangat sihat. Pada usia dia ni, dia boleh buah tekan tubi (pumping eh panggilnya) sebanyak 50 kali tanpa henti. Korang boleh? Hahahaha.. Adess. Malu gila.. Ok sekarang korang teka umur dia...














Dapat teka? Berapa?





















Nama pakcik ni David Murdock. Umurnya dah 85 tahun. Aku rasa ayah aku yang belum masuk 70 pun tak larat dah nak buat tekan tubi tu. Pakcik ni kata dia akan hidup sampai umur 125 tahun. - Rancangan Oprah Winfrey

Kalau korang rasa-rasa cam teringin nak hidup lama boleh la amalkan dari sekarang, smoothies dari 15 jenis sayur dan buah buahan. Jangan lupa senaman. Tapi kalau bawak motor macam pelesit tak tentu jugak kan. Ajal maut di tangan tuhan. Kita cuma boleh berdoa.

Nota kaki : Tapi takpe..Medical check up semalam kata umur aku baru 18 sekarang. Beza lebih kurang 10 tahun dari umur sebenar. So kira aku pun muda lagi la. Huhuhu

Daa

Rabu

Stylish Blogger Award

Assalamualaikum

Sebenarnya dah dekat nak seminggu kot kunangkunang bagi aku award ni.. Aku tak ambik-ambik lagi. Busy la kononnya. Terima Kasih sebab bagi aku award ni. Aku sendiri tak stylish dan blog aku pun sesimple mungkin. Tapi gaya bukan ada pada rupa. Ye tak. Hahaha.. Aku still boleh perasan stylish memandangkan dah terbukti bila orang bagi aku Stylish Blogger Award ni kat aku.

Aku pun nak memanjang award ni kepada mereka yang rajin, sudi singgah ke blog tak seberapa aku ini..


Daa

I'm 27 years old lady stucked in an 18 years old teenager..hahahaha...

Assalamualaikum

Hari ni company buat health & wellness day. Ada screening untuk certain benda. Aku buat check dah pagi tadi, tapi belum sempat semua sebab ramai orang. Biasa la benda FREE kan. Antara check yang aku dah buat adalah blood pressure, glucose test, BMI, body age dan body fat dan juga ENT check.

Blood pressure - 118/77 - 2nd check 113/66
Glucose - 5.6 - 2nd check lepas makan terus naik 9.1
BMI - (rahsia..tapi sangat-sangat rendah)
Visceral Fat (lemak pada organ) - 0.5 (low tapi kata consulatant tu bagus sebab takde lemak kat organ )
BMR - 916 (Rendah sangat - normal adalah 1200)
Body fat - 24 (walau pun aku kurus tapi body fat aku agak moderate)
Cholesterol - 4.57 (desirable kata doktor)

Body age - 18 tahun

18 okay~~ Macam budak baru habis sekolah menengah.. Hahaha.. Yang jeles sure kata kat aku "Eleh ko kurus sangatt..sebab tu la" hehehe... Tak kira... Lalalala.. Nak happy gak!

Yang aku rasa semua pompuan suka dengar adalah...umur nak masuk tiga series tapi umur badan tak masuk dua series pon.. Hehehehe.. Kembang semangkuk la aku sepanjang minggu ini.

Waktu check ENT (ear nose throat), doktor tu pakai kamera yang cucuh kat hujung batang panjang. Malu gila seh tunjuk kat skrin TV pulak. Telinga dengan hidung ok. Cuma tonsil aku ada white spots. Doktor tu terus kata nak suruh aku buat surgery remove tonsil aku. Doktor tu betul-betul make it sound yang esok lusa aku terus collapse kalau aku tak remove. Aku terus search. Biasa la. Removal of tonsils adalah last option. Aku memang ada resdung, 2-3 hari ni aku gatal tekak. Aku agak kurang minum air. Tapi aku rajin la sembur mouth spray kat mulut bagi bunuh kuman (Nak kumur2 malasss) Doktor tu siap bagi namecard suruh datang jumpa dia untuk buat surgery tu. Hish.. Gila kot.

Aku memang jenis paranoid sikit. Tapi aku rasa doktor tu over acting je sampai nak suruh bedah bagai. Memang la insurans aku cover. Bukan masalah kos bagi aku. Tapi nak buang-buang bahagian badan ni bukan boleh suka-suka. Hish. Aku nak belek dulu sebelum remove. Sure ada better solution dari tu kan.

Doktor yang consult aku pun tak tau nak cakap apa. Cuma dia suruh naikkan berat badan sebab score untuk BMI aku memang teruk gila. Fail kalau periksa tu. Hahaha.. Less than 18 okeh. Adess.. Macam mana gaya la nak naikkan berat badan ni. Aku makan dah banyak gila dah. Tapi berat tak naik-naik.

Ingat nak kena consume protein powder...tapi mahal weh..sebulan kena makan 3-4 tin..Setin dah berapa..Huhu..

Daa

Selasa

Memahami penyakit diabetes dan karbohidrat

Assalamualaikum


Tarikh melihat anak bulan dah ditentukan pada 31hb Ogos (Ahad ni) Puasa semakin hampir. Puasa kali ni di kalangan kita mungkin tambah berat badan atau turun berat badan. Pilihan masing-masing. Syaitan dah kena ikat. Yang tinggal cuma nafsu kita. Antara nafsu dan akal siapa yang sebenarnya menguasai diri kita. Hujung ramadhan nanti kita akan tahu.


Sebut je bulan puasa, ramai dah terbayang kemeriahan bazaar ramadhan. Kunjungan ke bazaar ramadhan memang antara aktiviti wajib waktu bulan puasa nanti. Aku pun memang tak boleh tahan tengok kuih muih berbagai rupa. Perut pulak lapar kan. Macam nak borong habis. Semua nampak sedap.

Tapi kalau dah ada kencing manis pulak kena la beringat. Pemakanan nak kena jaga. Ramai yang kata "ai dah tak makan yang manis-manis" Tapi bila makan nasi, sental tak ingat dunia. Jumpa doktor, bacaan gula naik lagi. Ada jugak yang kata "oh nasik pun ai tak makan, ai makan roti je" Haih.. Yang ni pun sama. Biskut, roti, nasi, gula adalah sumber karbohidrat. Orang kencing manis kena kawal pengambilan karbohidrat.

Aik!! Kencing manis bukan sebab banyak makan manis ke?

Mula-mula, mari kita mengenali karbohidrat. Karbohidrat adalah makro nutrient iaitu sejenis zat yang diperlukan dalam jumlah yang besar untuk penghasilan tenaga. Karbohidrat terbahagi kepada dua jenis; simple dan complex. Gula adalah contoh simple carbohydrate. Manakala nasi, roti, gandum adalah contoh complex carbohydrate. Beza simple dan complex carbohydrate ni adalah chemicel structure dan juga cara mereka masuk dalam aliran darah.


Gambar ehsan google

Gambar ehsan Google

Pencernaan karbohidrat kepada komponen yang kecil menghasilkan glukos. Glukos ini akan masuk ke dalam darah dan dengan bantuan hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas, ia akan diserap ke dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Bagi penghidap penyakit diabetes type 2, rintangan sel terhadap insulin menyebabkan glukos tidak dapat diserap masuk ke dalam sel bagi menghasilkan tenaga. Akhirnya, tenaga tidak terhasil, ini adalah faktor yang menyebabkan mereka yang menghidap kencing manis selalu berasa letih.

Penghidap diabetes biasanya makan ubat atau kena cucuk dengan insulin atau kedua-duanya sekali. Bergantung pada tahap gula mereka. Walau pun orang kita panggil "ubat", pengambilan pil dan hormon ini takkan dapat memulihkan pesakit sepenuh. Ia adalah untuk mengawal kadar gula dalam darah. Sebab tu kena ambik hari-hari. Seumur hidup.

Diabetes ni adalah sejenis penyakit metabolisme bukan penyakit bawaan virus atau bakteria macam selesema. So nak bagi baik memang kena ubah pemakanan dan gaya hidup. Ingat pasal konsep pintu dan kunci dalam entry yang NI.

Aku percaya banyak peniaga yang claim produk diorang yang "bukan ubat tapi mujarab" tu boleh sembuhkan penyakit macam kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, buah pinggang etc etc secara pakej. Macam super food dah pulak. Aku bukan kata diorang tu penipu. Tapi secara logiknya, kalau makanan yang jadi penyebab penyakit, kita tak ubah pemakanan kita, agak-agak boleh ke pulih? Hehehe..Bak kata Nabil. Lu pikir la sendiri.

Amat menakutkan bila dengan beraninya penjual ni suruh makan produk diorang, dan tinggalkan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Bukan sikit kes yang makcik pakcik ambil produk kesihatan macam ni dan stop terus pengambilan ubat dari doktor. Bacaan gula dari 8-9 terus naik ke 12. Sakit kencing manis walau pun takde rasa sakit adoi adoi macam kena lenyek ngan kereta, tapi boleh membunuh. So please lah peniaga penjual produk kesihatan jangan buat main dengan nyawa orang lain.

Bagi yang dah disahkan menghidap diabetes dan yang berisiko nak kena diabetes silalah berhati-hati. Bulan puasa ni, kawal pengambilan karbohidrat. Kuih muih tradisi kita banyak yang buat dari tepung. Karbohidrat tinggi. Kawal pengambilan nasi putih. Tapi bukan tak boleh makan nasi langsung.

Teaser next entry : Cara nak pulih dari diabetes adalah dengan mengurangkan rintangan insulin. Kenapa rintangan insulin meningkat dan macam mana nak kurangkan rintangan insulin.

Nota kaki : Sorry aku tak boleh spesifik tulis apa kandungan diet tersebut sebab aku nak kena monitor sendiri orang yang nak ambik diet tu. Amalkan diet ni masih kena ambil ubat. Kalau bagi random macam dalam blog ni aku tatau siapa yang ambik. Macam mana cara diorang ambik. Aku taknak orang cuba, dan tak buat macam mana yang sepatutnya. Kemudian tak berkesan, lepas tu kata aku tipu pulak. Formula diet ni bukan aku yang cipta.

Daa

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia

Assalamualaikum

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”,
(Surah Al-Kahfi: 46)

Anak yang baik, harta yang dibelanjakan dijalan yang baik adalah kekal menjadi hak milik kita

kamceng je dua beradik ni
Sejak Aqil Mubarak bercerai susu, banyak perubahan positif yang aku tengok dalam diri dia. Sense of abangnya tu makin terserlah. Even nak melintas jalan pun dia akan ingatkan aku "keta, bahaya" Masa melintas siap cakap "cepat cepat keta" Kalau jalan ke mana-mana sibuk nak berpimpin tangan dengan adik. Kalau kat rumah pun ke sana sini dengan adik je. Tengok gambar tu. Siap paut-paut bahu adik dia.

Walau pun Aqil tidur lewat berbanding biasa waktu siang dan malam. Tapi kalau dia nak tidur, dia dah pandai ambil sendiri bantal dan terus lelap. Hanya sesekali dia mintak ditepuk. Aqil semakin faham arahan, kalau ditegah dia tak buat. Malah, sangat mendengar kata. Sejuk hati aku sebagai ibu yang mengandungkan dia. Hehehe..

Damia pulak. Lepas insiden dahi bertanda, makin mengganas. Mulut pun makin becok. Alhamdulillah. Maksudnya kejadian tu tak mengganggu tumbesaran dan perkembangannya. Dah pandai minum melalui straw. Kalau kita cakap, ada je yang nak diajuknya. Damia mungkin lebih cepat belajar berbanding Aqil pada tahap umurnya. Mungkin kerana Damia dah ada abang. Dia dapat banyak belajar dari tingkah laku abangnya.

Sebagai ibu aku sentiasa teruja dengan perkembangan diorang. Bila tengok berita-berita sedih yang meruntun jiwa mula la aku susah hati teringatkan mereka berdua. Semoga putera puteriku yang buas ni membesar bagai juara. Hehe..

Isnin

Diet During Ramadhan - Dah sedia?

Assalamualaikum

Hari sabtu aritu aku pegi talks mengenai diet during ramadhan oleh seorang pakar neurologi kat PJ. Talks percuma. Pegi je la kan. Hehehe..

Aku terlewat sikit masuk dalam dewan talks tu. Bila aku masuk je doktor tu da start speech dia. Aku tengok slide aku rasa macam nak keluar balik. Aku ingatkan aku salah masuk dewan dah. Hahaha.. Kat slide dia penuh dengan info ala ala formula kimia yang aku belajar masa sekolah menengah dulu. Ngeri ngeri. Huhu

Doktor tu tengah cakap pasal pengambilan omega 3 rupanya. Hihi..Oleh kerana aku dah terlambat aku kurang faham pucuk pangkal ceritanya. Tapi aku discover sesuatu yang baru bagi diri aku yang aku rasa aku patut share kan dalam blog ni. Cewah.. Macam la ada yang kisah. Hahahaha..

Topik yang terhot terhangat dalam talks tu adalah pasal penyakit kencing manis (Diabetes) Menurut  kefahaman aku yang bukan doktor ni kencing manis aka diabetes terbahagi kepada 3 jenis

(1) Diabetes type 1 - Tak cukup insulin
(2) Diabetes type 2 - Insulin cukup tapi sel tak bertindak balas (insuline resistence)
(3) Diabetes type 3 - Perempuan mengandung

Sorang kawan husband aku adalah seorang pesakit diabetes type 1. Hari-hari dia kena cucuk insulin kat pusat. Kat pusat okeh. Hari hari. Without fail. Sekali tak cucuk boleh terus masuk ICU.

Makcik aku pesakit diabetes type 2. Bacaan gula adalah 13.1. Note : Bacaan gula normal adalah 5-6. Pada awalnya doktor bagi dia makan ubat untuk kawal gula. Tak lama kemudian, doktor suggest supaya makcik aku cucuk insulin dua kali sehari. Pagi dan petang. Apa masalahnya dengan cara doktor ni?



Ok macam ni. Andaikan sel adalah pintu. Insulin adalah kunci. Kunci ada, tapi kunci tak sesuai dengan pintu. So pintu tak boleh bukak la kan. Apa yang doktor lakukan adalah, instead of baiki pintu. Doktor tambahkan kunci supaya kebarangkalian pintu dibuka adalah lebih tinggi dengan harapan dalam banyak-banyak kunci yang ada tu boleh bukak pintu.

Cara ni tak salah. Sebab resultnya masih sama. Gula dalam darah dapat dikawal dengan pengambilan insulin oleh pesakit diabetes type 2. Tapi ia takkan dapat menyelesaikan masalah. Kalau insulin yang banyak tidak dibekalkan maksudnya gula takkan dapat dikawal. So endlessly, mereka yang sakit kencing manis type 2 terpaksa bergantung pada bekalan insulin. Paham tak?

Ini takkan menyelesaikan masalah. Malah dalam sesetengah kes akan menambah masalah.  So macam mana nak menyelesaikan masalah? Punca penyakit kencing manis type 2 adalah sel mempunyai resistence terhadap insulin. Maksudnya, bekalan insulin adalah mencukupi tapi sel-sel tak efficently menerima insulin tersebut. Kalau nak selesaikan masalah ni, maksudnya kita kena buat something yang boleh mengurangkan resistence sel terhadap insulin. Barulah kunci (insulin) boleh bukak pintu (sel).

Macam mana nak buat? Hehehe... Caranya adalah dengan cara mengubah diet dan cara hidup. Dan bulan ramadhan ini adalah satu masa yang terbaik nak mencuba. Menurut doktor tu, 90-98% yang mengikuti diet yang diberikan dapat menurunkan kadar gula,kolestrol dan tekanan darah dalam masa dua minggu.

Aku dah suggest kan kaedah ni kat makcik aku. Dia akan bagitau aku kalau dia nak cuba. Hujung minggu ni aku nak balik Johor, nak share dengan ayah aku. Aku harap ayah nak mencuba.

Nota kaki : Aku bukan doktor. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan kefahaman dan pembacaan aku.

Teaser : Diet yang macam mana boleh menurunkan kadar gula, kolestrol dan tekanan darah tinggu. Keyword nya adalah "karbohidrat". Tapi apa kaitan karbohidrat dengan kencing manis. Tungguu~~

Daa

Antara impian, cita-cita dan angan-angan

Assalamualaikum

Pada korang apa beza impian, cita-cita dan angan-angan. Apa beza pulak dengan matlamat? Masa aku darjah satu. Cikgu aku tanya apa cita-cita aku. Masa tu aku tak ingat kenapa aku jawab kerani. Hahaha..Serius. Report card masa aku darjah satu, cita-cita aku adalah kerani. Masa aku darjah dua dah jadi cikgu. Kemudian professor cewah dan ada jugak aku tulis nak jadi angkasawan.Maklum lah masa tu aku librarian. Baru kenal pasal sistem suria. So konon kepoh la nak jadi angkasawan.

In the end, aku jadi office lady yang cabuk sahaja. Alhamdulillah. Ada jugak pekerjaan nak menyara keluarga. Tapi pekerjaan aku sekarang cuma satu platform untuk aku gain pengalaman untuk jadi manusia. Cabaran aku adalah perniagaan aku.

Apa pulak impian dan angan-angan. Impian bagi aku adalah sesuatu yang aku kejar. Yang jadi matlamat yang paling hujung yang aku nak capai. Angan-angan ni pulak something yang cuma terlintas dalam kepala aku tanpa aku terfikir nak usahakan untuk mendapatkannya. Macam nak jadi angkasawan tu...hehehe

Ramai orang cakap pasal impian. Tapi tak pernah berusaha nak capai impian diorang. End up impian tu cuma satu angan-angan mat jenin. Mungkin orang akan kata ukur baju di badan sendiri. Nak berimpian pun berpada-pada lah. Takkan office lady cabuk cam aku nak pakai kereta ferrari kan.

Impian aku tak besar. Aku cuma nakkan masa dan wang. Sekarang aku bekerja. Aku ada wang. Tapi masa aku tak  banyak. Masa untuk keluarga cuma balik dari kerja dan hujung minggu. Ramai orang yang macam aku. Ada masa bila dah pencen. Malangnya bila dah pencen pulak. Kita akan ada banyak masa, tapi wang dah makin berkurang. Dan yang paling miskin sekali adalah orang yang tak ada kedua-duanya. Tak ada masa dan tak ada wang.

Wang dan masa adalah segala-galanya bagi aku. Dengan adanya masa yang banyak. Aku akan dapat luangkan lebih banyak masa dengan keluarga. Dapat buat lebih banyak ibadat.

Dengan adanya wang yang banyak. Aku boleh tolong lebih ramai orang. Aku boleh bagi lebih banyak lagi pada mak bapak aku, pada masyarakat. Bukan ke tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima? Dengan ada banyak wang. Aku boleh buat lebih banyak ibadat. Ibadat yang cuma orang kaya-kaya je boleh buat. Bayar zakat dan menderma. Orang tak kaya boleh buat jugak. Cuma kurang lah kan.

Aku tengah berusaha nak merealisasikan impian aku ni. Aku tau kalau sekadar kerja office lady cabuk ni aku takkan dapat capai impian aku tu. Aku sangat-sangat pasti. Sebab tu aku buat apa yang aku buat sekarang. Matlamat aku adalah capai 21 sebelum hujung tahun depan. Sebelum hujung tahun ni aku mesti capai 12.

Aku akan buktikan yang impian aku bukan sekadar angan-angan. Insya allah.

Apa impian korang?

Daa

Jumaat

Habuan budak buas - anak dara ku sayang ku timang timang

Baru balik dari klinik, terus pitam. Tidur sepanjang malam

Abang penyayang tumpang kepoh

Keesokan harinya, buas seperti biasa

Patut pakai lagi balut kepala sampai 5 hari. Hari ketiga dah kemana-mana balutannya

Semalam. Muka ada nampak cam insaf tak? Hehehe
Rentetan dari kisah INI

Khamis

Dapatkah anda bayangkan kesakitannya sekiranya anda berada ditempat mangsa


Aku tak sanggup weh!!! Semoga Allah selamatkan anak-anak kita dari ujian dan dugaan yang begini. Aku sanggup aku yang sakit. Jangan diorang yang sakit.

Sumber : Harian Metro

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Assalamualaikum
Nak join klik kat banner ya.

Ok.Aku tau aku perasan baru. Padehal blog ni dah dekat 4 tahun umurnya. Hahaha.. Tapi kira baru la sebab bukan ramai mana pun follower aku. So aku kira setahun jagung la ni kan kan. Hihi..

Mari la kita mengeratkan silaturrahim sesama blogger ya.

Daa

Sampai hati...

Assalamualaikum

Malam tadi dapat SMS dari tuan rumah

"ikut harga pasaran rm*** di randa apt lama tahun, harga sewa akan naik ke tahap rm*** bulan depan" - Tambahan RM150

Ayat dia mengarut tahap gaban. Tapi mesej yang dia nak sampaikan bahawa sewa rumah akan naik mulai bulan depan tetap sampai. Aku rasa macam nak buat-buat tak paham je. Aci dak?

haih...Duit lagi...

Daa

Rabu

Kegemaran anak-anak

Assalamualaikum


Minggu ni aku memang betul-betul takde mood nak bekerja. Asyik hilang tumpuan je pada kerja. Dah la aku jenis tak boleh kalau buat kerja tak ikhlas ni. Kalau aku stress. Aku tak ikhlas buat kerja mula la datang sakit kepala. Bahu semua sakit. Padan ngan muka aku. Siapa suh buat kerja tak ikhlas kan. Tapi yang peliknya bila aku sampai rumah je terus ok. Sakit bahu ilang. Sakit kepala pun takde. Huhu..


Walau pun balik rumah aku still takde duduk diam. Nak memasak. Melayan Aqil dengan Damia yang asyik nak suruh bukak anime kegemaran diorang. Walau pun aku stress jugak sebab asyik ulang tayang anime yang sama je. Boring gila. Nasib baik rumah aku takde pasang Astro. Kalau tak harus aku berebut remote Astro dengan anak-anak.


Antara anime kegilaan Aqil sekarang ni adalah chikyuu bouei kazoku (keluarga penyelamat bumi). Kisah pasal ahli keluarga yang takde kesefahaman diberikan tugas untuk menyelamatkan bumi. Antara perkataan yang dia pick dari cerita tu adalah seperti "yappa~!" dan juga "asonde". Yappa tu aku tak sure maksudnya apa. Tapi rasanya takde maksud yang spesifik sangat kot. Asonde tu maksudnya main. Secara literature nya bermaksud "jom main".

Tiap kali bukak cerita ni, Aqil mesti tengok dengan muka penuh emosi. Bila sampai part sedih ke part gaduh-gaduh bulat je mulut. Siap kerut-kerut dahi. Bila sampai part gembira, senyum simpul je.

地球防衛家族

Selain dari tu, Aqil suka jugak azumanga daioh. Cerita budak-budak sekolah menengah yang sengal-sengal. Salah sorangnya adalah seorang budak umur 10 tahun yang genius. Sangat comel. Kalau seharian duk ulang tayang cerita ni pun dia tak kisah. Aku dah naik hafal dah episod dalam anime ni. Haih.. 

あずまんが大王
 
Sekarang ni dia dah pandai nak operate DVD player tu sikit-sikit. So kadang-kadang kalau aku malas nak pasangkan, aku bagi arahan je. Dia buat sendiri. Cuma kadang-kadang tu, waktu dia betul-betul tengok tu memang dia tengok la. Tapi yang paling tak bestnya bila dia suruh bukak lepas tu dia tak tengok pun. Duk sibuk buat benda lain. Tapi bila aku nak tukar cd ke nak tengok tv ke dia tak bagi. Tensi je aku.


Damia pulak. Lepas jatuh aritu nampak gayanya semakin mengganas. Semalam dia naik belakang tv. Panjat macam naik motor. Lepas tu lekat. Turunkan lepas tu naik balik. Haih..Merisaukan sungguh anak dara aku sorang ni.

Daa

Penyelamat hari aku


Mouth spray - Menghalang kuman selesema. Hehe. Sekali sembur kat tekak cukup
untuk menghilangkan rasa gatal
  

Selasa

Kita mungkin tak cukup kalsium

Assalamualaikum

Korang suka minum susu tak? Aku tak suka gila susu. Aku tak suka bau susu tu. Of course bau macam lembu la kan. Tapi tekak aku sungguh tak boleh menerima bau susu. Tapi hasil tenusu lain macam cheese tu aku ok je. Ngade. Hehe. Eh yogurt tu hasil tenusu ke? Tapi yogurt pun kaya dengan kalsium kan.

Baiklah saudara saudari sekalian. Hari ini aku nak bercerita tentang kalsium. Kalsium ni adalah salah satu mineral penting untuk pembentukan tulang dan gigi.

Sumber semulajadi kalsium
(1) Produk tenusu
(2) Sayuran hijau seperti bayam
(3) Kekacang

Bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang kuat. Tapi perasan tak. Bila dah umur pertengahan 20 an. Ramai yang mula tak menitik beratkan pengambilan kalsium. Mula minum susu semula bila mengandung bagi wanita. Kalau orang lelaki bila dah masuk 40 an. Tu pun kalau takde sakit-sakit sendi dan tulang. Still tak regularly minum susu. Aku sendiri masa study dulu minum susu coklat Van Houten sebab sedap gila. Susu UHT susu segar bagai tu guna kalau nak buat dessert je. Hehehe..

Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium  adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.

Contoh tulang padat dengan tulang osteoporosis
Fungsi lain kalsium selain dari untuk pembentukan tulang dan gigi
(1) Pembentukan struktur normal sel
(2) Sistem saraf
(3) Pembekuan dan tekanan darah
(4) Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal

Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. So kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least 600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti
(1) Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut (orang kampung aku kata kepai)
(2) Sukar tidur (Insomnia)

(3) Usus menjadi lemah dan sering sembelit
(4) Sakit pinggang dan kaki
(5) Cepat naik angin dan mudah terkejut
(6) Luka susah sembuh, darah lambat beku
(7) Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
(8) Menurunkan kadar metabolisme
(9) Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
(10) Lemah, tidak berdaya dan cepat letih

Simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak pulak
(1) Selalu berpeluh ketika tidur
(2) Sukar tidur lena
(3) Terkejut, menangis pada waktu malam
(4) Hyperaktif
(5) Tiada selera makan, memilih makanan
(6) Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
(7) Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
(8) Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
(9) Rendah, lemah badan

Kalau ibu-ibu yang dah lepas bersalin, rambut mudah gugur. Salah satu puncanya juga adalah kerana kekurangan kalsium. Biasa la perempuan ni delicate sikit. Aku sendiri lepas anak masuk dua ni selalu jugak sakit-sakit sendi dan lenguh otot kaki. Kalau kurang secara extreme, gigi pun boleh rosak. So pada wanita-wanita diluar sana. Jangan abaikan pengambilan kalsium ya.

Oleh sebab aku memang tak suka sangat nak minum susu, patut at least minum dua kali sehari. Aku minum sekali je. Lebihnya aku supply dengan ambik tablet calcium magnesium. Aci dak? Hahaha.. Tapi aku suka ambik tablet tu sebab kalau sakit kaki ke lenguh2 tu. Malam aku ambik 2 bijik terus tidur. Lena sampai pagi.

Bagi yang selalu kena migrain ke sakit kepala. Rajin-rajin ambik kalsium. Sebab kalsium ni salah satu fungsinya adalah sebagai penenang semula jadi. Takde la kesan serta merta macam makan panadol. Tapi dia akan mengurangkan severity sakit kepala dari masa ke semasa. Kalau payah tidur pun elok makan kalsium dari makan ubat tidur.

Penting bagi seorang wanita memastikan tulang mereka adalah pada tahap yang sangat padat sebelum masuk umur 30 tahun. Sebab selepas umur 30an, berapa banyak ambik kalsium pun kepadatan tulang akan menurun. Kalau tulang dah sedia ada reput. Lepas umur 60, sendiri mau ingat lah ya. Hehehe..

Graf kepadatan tulang wanita dan lelaki
Tak semestinya kalau sakit tu sebab kurang kalsium je. Tapi kekurangan kalsium adalah penyumbang. Sama jugak macam entry aku pasal kesan kekurangan Vitamin C. Semua nutrisi yang kita ambik memang saling berkait. Kalau kurang Vitamin C. Kalsium susah nak diserap. So kena pandai balance kan pengambilan. Tak ada nutrisi yang tak penting. Semuanya penting. Walau pun perlunya dalam jumlah yang sikit. Banyak penyakit zaman sekarang adalah berpunca dari apa yang kita makan.

Nota kaki : Aku bukan doktor. Mungkin ada fakta yang silap. Kalau korang perasan tolong betulkan ya.

Daa

Siapalah kita nak dibandingkan dengan mamat ni

Assalamualaikum

Tiap kali aku tengok clip video ni aku rasa malu gila. Aku malu sebab kadang-kadang aku jeles bila tengok apa yang orang lain ada tapi aku tak ada. Bukan aku tak bersyukur. Tapi biasalah manusia ni. Suka tengok kelebihan orang lain. Kalau dari segi ibadat memang kita kena tengok orang lain lebih dari kita. Baru datang sikap nak berlumba-lumba masuk syurga tu. Tapi kalau jeles dengan kelebihan material dan keduniaan. Akan aku cuba kurang-kurangkan.

Nama mamat ni Nick Vujicic. Dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Antara kata-kata hikmat dia adalah "It matters how you're gonna finish. Are you gonna finish strong?"


Sedikit info pasal mamat ni
Nick's biography
First-born child into his devout Serbian Christian family, Nick Vujicic was born in Melbourne, limbless, missing both arms at shoulder level, and having one small foot with two toes protruding from his left thigh. Initially, his parents were devastated. However, Nick turned out to be otherwise perfectly healthy.
Nick graduated from college at the age of 21 with a double major in Accounting and Financial Planning mengalahkan orang biasa yang nak habiskan satu major pun semput..huhu... He began his travels as a motivational speaker, focusing on the topics that today's teenagers face. He also speaks in the corporate sector, although his aim is to become an international inspirational speaker, in both Christian and non-Christian venues. He regularly travels internationally to speak to Christian congregations, schools, and corporate meetings. He has spoken on four continents (Africa, Asia, Australia, and North America), in over twelve countries, and to over two million people face-to-face.


By the age of 25, Nick hopes to become financially independent kita yang cukup tangan kaki ni umur 25, jangan kata financially independent. Ada lagi yang duk perabih beras mak bapak lagi. He wishes to promote his words through shows like The Oprah Winfrey Show, as well as by writing books. His first book, planned for completion by the end of 2009, is to be called No Arms, No Legs, No Worries!


A DVD, Life's Greater Purpose, is available on the Life Without Limbs website. Most of the DVD was filmed in 2005, featuring a brief documentary about his home life, and how he does regular things without limbs. The second part of the DVD was filmed at his local church in Brisbane, and was one of his first professional motivational speeches.


His secular DVD "No Arms, No Legs, No Worries" is available online through his corporate motivational speaking company "Attitude Is Altitude."


Nick's first worldwide television interview, featured on 20/20 (ABC) with Bob Cummings was aired on March 28, 2008.

----------------------------------
"There is time in life when you fall down, you feel you don't have the strength to get back up. Do you think you have hope? I'm telling you that I am down here, facing down, and I have no arms and no legs. It should be impossible for me to get back up. But it's not. You see I'll try one hundred time to get up. If I fail 100 times, and I give up. Do you think that I am ever going to get up? No. But if I fail and I try to get up again, again and again.

I just want you to know that it's not the end. It matters how you're gonna finish. Are you gonna finish strong? You'll find that strength to get back up, like this."
----------------------------------
 
Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan ujian yang Allah bagi pada mamat ni. Apa lah sangat takat ujian tak cukup duit, tak cukup makan. Duit boleh cari. Ada duit boleh beli makanan. Tapi kalau takde tangan kaki? Air ada depan muka nak sua kat mulut sendiri pun ntah macam mana. Semoga kita menjadi hamba yang lebih bersyukur. Lebih berusaha. Lebih bermatlamat.

Orang takde tangan kaki pun matlamat nak financially independent by umur 25. Aku nak masuk three series pun masih duk harap keja makan gaji. Bukan aku kata hina sangat keja makan gaji. Tapi renung-renungkan lah. Kita tak tau apa nak jadi pada diri kita suatu hari nanti. Siapa tahu hari ni kita ada tangan kaki, esok lusa Allah ambik balik tangan kaki kita? Adakah kita akan jadi sekuat mamat ni? Setabah hamba Allah yang namanya Nick Vujicic.  Adakah kita akan jadi manusia yang kufur menyalahkan takdir? Dunia tak adil? Sementara diberi peluang. Usahalah bersungguh-sungguh. Di samping, jangan lupa jadi manusia yang bersyukur.
 
Daa

Review Juvana episod terakhir TV3

Assalamualaikum


Sebenarnya cerita juvana ni aku takde la tengok tetiap episod. Asyik missed je sebab aku tak suka sangat tengok berita TV3. Aku tengok TV9. So da pukul 9 tak perasan. Tapi semalam diorg kepoh-kepoh kata Juvana nak episod akhir dah aku pun memaksakan diri aku tengok berita TV3. Berkobar jugak la. Pukul 9 tepat aku terpacak dah depan TV3.Hahaha..




Mungkin aku kurang layak nak bagi review sebab aku tengok beberapa episod je (termasuk episod pertama dan terakhir..hehe) Tapi aku nak jugak review sikit-sikit.

Aku tak berapa nak faham kenapa yang Cikgu Ariffin yang sampai suku episod tu dia join geng Tuan Raja tu  tiba-tiba berpaling tadah selamatkan Cikgu Zakiah. Dari segi plot tak berapa nak saspen bila semua nak lari tapi kena tangkap balik tu aku rasa ok dah. Tapi agak kurang logik bagi Daim yang kena tikam dengan Botak kat tepi pinggang tu boleh bertahan sampai malam. Biasanya orang kena tikam kalau tak cepat-cepat pergi hospital boleh pengsan sebab hilang banyak darah. Berdasarkan pengalaman aku la. Damia luka aritu pun tidur sepanjang malam sebab hilang banyak darah. Tapi Daim siap boleh berdiri tegak elok je masa polis sampai tu. Siap takde ambulans datang ambik pun. Caya lah.


Bagi aku dari segi endingnya yang happy ending untuk Daim tu takde masalah. Tapi aku tak best sebab endingnya terlalu typical (Daim tu jadi cikgu mengajar kat situ. siap pakai sunglasses datang melapor diri.ceh!! poyo gila) Aku rasa ending akan lebih menarik lagi kalau dia tunjuk apa jadi kat semua bebudak yang duduk dalam tahanan tu selepas 10 tahun. Macam ala-ala cerita grid iron gang gitu. Ye lah. Secara realiti nya tak semua budak yang keluar dari tahanan tu akan jadi baik. Ada yang jadi lagi jahat. Ada yang jadi baik. Ada yang masuk penjara.


Untuk sebuah cerita melayu. Endingnya semua orang pun suka. Nasib baik dia tak tunjuk yang Tuan Raja tu tetiba jadi gila kan. Kalau tidak memang confirm jadi cam typical cerita melayu punya ending. Hahaha..


Daa

Isnin

Bihun goreng kukus

Assalamualaikum

Bihun goreng yang dikukus. Bahan-bahannya sama macam nak buat bihun goreng. Bezanya bihun tak payah direndam dahulu. Setelah ditumiskan perencahnya. Kukus selama 3-4 minit. Mudah kan. Sayurnya sihat tak jadi lodoh atau layu. Senang bila ada tetamu yang tiba-tiba singgah.

Setelah perencah ditumis masukkan bihun yang tak direndam. Gaul sikit.

Letak sayur, tauhu kut atas

Kukus selama 3-4 minit

Tara~~ Bila nak makan, gaulkan sayurnya

Rasanya macam bihun goreng. Cuma ianya kukus.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com