Khamis

Bila mak bapak kaki game

Assalamualaikum

Aku mula berjinak-jinak dengan dunia game ni masa zaman aku study kat Jepun dulu. Zaman tu gila online game macam ragnarok online dengan gunbound. Mula-mula tu aku layan sikit-sikit je. Tapi da lama-lama agak addicted jugak la. Kalau weekend atau cuti panjang aku sanggup tak tidur sebab main game. Masa tu aku da kenal ngan goshujin sama. Tapi dia kat Malaysia. So kitorang di dating dalam game la. Hahaha.. Jimat kan :P


Kami dating dalam game je


Comel sampai bulih gian


Masa tu jugak aku menemukan member baik aku dengan husband dia. Betull.Diorang jumpa dalam game, sama-sama jatuh hati. Husband dia pulak member husband aku. Yang paling aku tak puas ati sekali, diorang kawen dulu dari kitorang!!


Lepas aku balik Malaysia pulak. Aku terjebak dengan game PS2. Sampai aku da kawen, masa tengah pregnant pun aku gila main game PS2. Balik kerja main game, weekend main game. Kitorang memang tak berapa suka jalan-jalan sebab taknak perabis duit duk main game je manjang. Sampai kadang-kadang PS2 tu tak OFF lebih dari 24jam. Akhirnya PS2 pun dah tak tahan dengan perangai kitorang ni. Sebelum Aqil lahir, dia mula buat perangai. Kitorg hantar untuk baiki. OK kejap.


Disgaea - Prinny sangat comel!!!


Basara - Character yg aku main ni namanya oichi. Adik perempuan Oda Nobuyuki.
Game ni dibina berdasarkan sejarah betul Jepun
Dalam game Basara. Ni bukan aku. Gamba culik kat Google ni

Antara game favourite aku yang aku still teringin nak main adalah Basara dan jugak Disgaea. Theme songnya pun sangat best dan syahdu. Selain dari tu aku main jugak game kanak-kanak seperti The Sims City, Digimon, Everybody Tennis. CD game je berkotak-kotak.

Tapi sekarang PS2 dah totally rosak. Hantar kedai pun kedai dah tak boleh baiki. Motherboard rosak. Aqil still mintak nak main game kalau dia nampak kotak PS2. Kesian..
Bukan tau apa..main tekan je :P

Gaya beria ria

Yang ni main XBox kat rumah bestfriend aku

Lepas PS2 rosak aritu kitorang main computer network punya game kat PC. Tak ingat namanya. Nanti ingat aku update. Tapi best jugak la. Lepas husband beli PS3 aku da tak main sebab dia sibuk main game Gundam. Tension tau sebab aku tak boleh nak join.

Daaa

Rabu

Apa anda tahu tentang Hepatitis B

Hari jumaat ni bersamaan dengan 1 July company aku buat program derma darah. Program ni memang ada tetiap tahun. Dengar kata memang ramai yang menderma tiap kali ada event ni. Aku pun sebenarnya teringin jugak nak menderma darah. Malangnya aku sememangnya tak layak menderma darah.

Salah satu sebabnya adalah berat badan aku tak cukup. Ok aku memang underweight gila2.. Hehe.. Kemudian sebab yang menyebabkan aku tak boleh menderma darah seumur hidup aku adalah sebab aku adalah seorang active carrier virus Hepatitis B (HBV). Aku tau ramai yang tak berapa tahu tentang virus ni. Aku sendiri pun sebelum pregnant memang takde awareness pasal virus ni walau pun aku tau yang kakak aku seorang carrier.

Hepatitis B adalah sejenis virus yang menyerang hati. Seseorang yang dijangkiti virus ini mempunyai risiko mengalami kerosakan hati. Sel hati yang mati ni dipanggil sirosis. Kalau sirosis dah teruk akan jadi kanser hati (kalau tak silap!) Dan of course menyebabkan kematian. Ada dua jenis jangkitan hepatitis B. Kebanyakan orang yang dijangkiti adalah carrier bagi virus ni. Bezanya virus tersebut active atau dorman. Kalau dorman simptom penyakit memang takde. Kebanyakan kes hepatitis B adalah jangkitan kronik. Bermaksud jangkitan dalam jangka masa yang panjang. Virus secara perlahan-lahan menyerang hati tanpa disedari. Kadang-kadang dah teruk baru tahu. Biasanya doktor akan nasihatkan supaya carrier virus ni buat ujian darah setiap 6 bulan sekali.

Satu jenis lagi jangkitan hepatitis B adalah dipanggil acute. Acute bermaksud jangkitan dalam masa yang singkat. Biasanya virus menyerang hati dalam masa 2-6 minggu selepas pesakit terdedah kepada virus. Simptom jangkitan adalah seperti demam kuning, lemah seluruh badan.

Dikatakan virus hepatitis B adalah 100kali lebih berbahaya dari HIV (Aids) sebab kaedah jangkitan yang sangat mudah. Kan kalau orang yang ada HIV, kita boleh cium, peluk takde masalah kan. Tapi virus hepatitis B ni boleh menjangkiti seseorang melalui air liur. Antara kaedah penyebaran penyakit adalah melalui air liur dan sentuhan. Kalau duduk serumah dengan orang yang ada hepatitis B, WAJIB ambik vaccine. Medical practitioner pun kena regularly ambik vaccine hepatitis B dan juga buat blood test untuk pastikan mereka bebas dari virus ni.

Aku baru tau aku adalah carrier virus hepatitis B waktu aku check darah masa pregnant kali pertama dulu. First blood test adalah untuk mengetahui kewujudan virus ni. Then kena follow up second test untuk tahu status active virus ni dan count berapa banyak virus yang active. Kalau sikit je yang active most probably takde masalah. Dan boleh menjalani kehidupan macam orang normal. Dan satu lagi further test adalah untuk check kesihatan hati kita.

So far aku rasa aku menjalani kehidupan yang normal. Walau pun selalu jugak doktor pesan kat aku untuk pergi further check up sebab aku terlalu underweight walau pun mencekik macam orang da seminggu tak jumpa makanan. Anak-anak pulak dapat imunisasi (vaccine) hepatitis B sebaik dilahirkan. Aku bersyukur sebab suami aku develop antibodi sendiri againts this virus since masa kitorg kawin mmg aku tak tau aku adalah seorang carrier. So for now, aku je yang ada virus ni. Menurut doktor, maybe aku dapat virus ni dari mak aku dulu. Hampir seluruh ahli keluarga aku adalah carrier virus ni sebab kitorang tak pernah tau bahayanya hepatitis B.


Aku sepatutnya buat regular check up untuk mengetahui status virus dan hati aku. Tapi tak buat buat lagi. Jenuh bising dah doktor aku.

Bagi ibu-ibu yang pernah pregnant. Blood test utk check virus ni memang ada buat masa bulan ke empat tak silap aku. Sebab kalau ada virus ni bayi yang dilahirkan perlu diberikan suntikan hepa big untuk elak dari jangkitan daripada ibunya. Kalau yang belum pernah buat blood test pergi la check. Kalau clear. Ambik vaccine. Kat klinik yang aku selalu pegi tu vaccination untuk hepatitis B cuma RM19. Baik cegah sebelum terkena.

Update : Ketika entry ini ditulis aku mempunyai pandangan berbeza mengenai vaksin. Kini, setelah belajar melalui pengalaman dan pembacaan. Aku rasa suntikan vaksin bukanlah satu langkah pencegahan yang paling berkesan yang ada.

What's wrong with vaccination
Saya bukan anti vaksin
Bagaimana meningkatkan imun sistem tanpa vaksin

Our petite dragon yang demam

Gamba recycle lagi!! aku tak import gamba baru lagik

Aqil dan Damia tiba-tiba je panas malam tadi. Temperature 38.6 degree. Goshujin sama berjaga sampai pukul 4 pagi lap badan diorang sebab panas sangat. Aku? Aku membongkang. Serius aku ngantuk gila semalam. Nak angkat mata pun tak  larat. Sorry yek oppa! (tetiba korea hak hak..)

Dah lama tak bagi ubat kat anak-anak. Aqil kami hancurkan vitamin c org dewasa. Mula-mula aku masukkan dalam coklat. Dia kunyah terasa aku terus bagi air. Lepas tu husband nak bagi lagi dalam coklat dia taknak dah. So terpaksa buat kaedah yang sedikit kijam. Hancurkan dan paksa. Masa tu dia duk kunyah burger. Mula-mula dia taknak gak. Lepas tu dia kata "nak dash" (pedas, dia ingat pahit=pedas) Bangga aku ngan bujang kesayangan kami ni. Berani. Tapi da rasa sekali tu lepas tu tak mau dah la. Nangis-nangis takmau..Kesiann..Tapi kena paksa gak. Sebab nak bagi turun suhu.

Pagi ni Damia masih panas. Abang da reda sikit. Tapi abang yang nampak tak larat. Si adik duk buahss cam selalu. Haihss.. Anak perempuan ibu gakkk..

Selasa

Antara nasi lemak dan onigiri

Nasi Lemak Google
Nasi lemak bungkus ni masa zaman aku sekolah rendah harganya 20sen. Paling mahal pun 30sen. Bila aku sekolah menengah, kantin sekolah jual sepinggan 50sen. Saiznya masih sama. Kadang-kadang lebih sedikit. Biasanya kurang sedikit. Sebelum aku terbang ke Jepun, harganya rm1 sepinggan dengan sebiji telur mata kerbau. Sekarang. Nasi lemak kosong dengan 1/4 telur rebus harganya rm1. tambah telur 1/4 lagi jadi rm1.50. kalau tambah telur mata kerbau rm2. Nasinya sedikit sungguh. Kacang kadang ada kadang tak ada. Ikan bilis 2 ekor. Harga barang naik fenomena biasa bagi kita. Memang tak boleh dielakkan.


Onigiri Google
Onigiri ni dari sejak aku jejak kaki ke Jepun, harganya 100yen. Harganya masih 100yen hingga kini. Saiznya masih begitu. (105yen sebab ada GST 5%) Sedapnya onigiri berintikan tuna mayonis :D

Jom LIKE ramai-ramai

Entry ini khas untuk kawan blog saya cik Yantz


cara2 nak vote senang jek...korang smue mesti ada fesbuk kan????
ini cara2 nya ikut arahan betul2 yea...


1. 'Like' page Nippon Paint Blobbies http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2169101709065&id=1292383692#!/nipponpaintblobbies?sk=app_146717525397132

2. Klik pada tab ' I Like My Home '...

3. Klik 'Vote Now'...pi kat gallery

4. Klik gmbr narizan saleh kat page no 3

5. Klik 'I Like'...

6. Jwb survey dari Nippon Paint. pastu korang tekan lah SHARE THIS...

7.kalo boleh tinggal lah jejak/ komen supaya aku leh trace sape yg telah komen...kat page tersebut eh!!!

Menang belanja aku tau Yantz

Masak lemak labu untuk Nini Hartini

Dari SINI

Khas untuk Nini Hartini yang tengah pening kepala dengan permintaan sang suami. Resepi ni belajar dari mak saya.

Bahan-bahan
Bawang besar
Kunyit (serbuk/kunyit hidup)
Ikan bilis (kalau goshujin sama suka ganti dengan ikan selayang rebus)
Labu dipotong dadu
Pucuk manis (tambah kalau suka)

**kalau guna ikan selayang - rebus ikan dengan garam dan asam keping. Ambik isinya saja diblender bersama bawang besar

Cara-caranya
Masukkan santan, bahan yang diblender dan labu yang telah dipotong dadu ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil dikacau sentiasa supaya santan tak pecah. Bila labu dah lembut, masukkan daun pucuk manis (optional) Garam dan sedikit gula sebagai penambah perisa.

Tak mengenang budi

Masa pergi rumah datuk belah mak aku aritu, datuk aku sibuk la berkempen tentang jasa-jasa kerajaan. Biasa la orang veteran memang kuat sokongannya pada kerajaan. Antara dialog nenek aku yang aku paling tak boleh terima adalah "waktu kita susah dulu sapa kutip kita"

Hehe..Nak gelak pun ada. Aku dengan goshujin sama bukanlah nak kata benci sangat pada kerajaan. Tapi dah naik menyampah dengan cerita dongeng dan wayang yang ditayangkan tiap hari. Bukan aku ni tak reti bersyukur. Tapi sudah sudah la tu.

Lagiii la bila ada orang cakap jenis jenis macam tu. Agak panas jugak la masa tu. Kalut mak aku bagi signal supaya kitorang stop dari bertekak ngan datuk aku. Buatnya orang tua tu sakit jantung. Naya je..Hehehe..

Apa pun pilihan raya akan datang ni aku harap semua orang yang cukup syarat mengundi pergi mengundi. Undi siapa yang korang rasa layak. Yang sanggup bersusah payah demi rakyat. Siapa pun pilihan kita, bukan sebab aku ni tak kenang budi. Aku tak boleh living in the past. Kena terus melangkah. Yang jasanya dulu memang dikenang. Tapi yang akan datang pun nak kena fikirkan juga. Harap pilihan raya akan datang akan cukup BERSIH.

Baca nih : Politik gaya melodi & galaksi

One satisfied customer

Last week aku beli trial pack set pencerah muka. Saje la aku nak try kot boleh putih berseri seri hilang parut bagai kan. Hehehe.. Satu set tu lengkap dengan cleanser, toner, mosturizer dengan night cream. Harga RM35. Kira murah la kan. Katanya boleh cukup untuk dua bulan. Aku pun agak WOW!! sebab sizenya cukup mini. Cleanser tu cuma 30g. Biar betul kan.. Tapi kata penjual tu pakai sikit je da buih banyak.

Malam esoknya aku pun berkobar-kobar mencuba. Bangun pagi esok aku pun tengok muka kat cermin. Budget sekali pakai je dah nampak beza kan. Hahaha..Yang best gila bekas jerawat kat hidung aku makin pudar. Goshujin sama pun tegur. Siap kata ingat orang lain tidur sebelah dia. Ampeh gilaaa..

Mak mertua aku pun berkobar mencuba sebab dia kata nampak betul perubahannya. Memang aku beli extra. So dia ambik satu set untuk kulit kering. Esok paginya senyum je mak mertua aku menunjukkan kesan jeragat yang makin kurang. Mula-mula dia kata nak beli spot corrector nak ilangkan jeragat degil tu. Sekarang tak jadi pulak dah sebab da excited nak pakai set tu.

So kiranya berbaloi-baloi la aku pegi pulang set pencuci muka aku tu tukar dengan set yang ini. Cuma set pencerahan yang besar tu tak pakai lagi sebab aku nak abiskan trial set dulu. Hara-harap raya nanti hilanglah tompok degil yang bersarang atas pipi dan hidung aku ni. Yang untungnya laki aku. Takde la aku bising nak pegi spa buat facial (penah pegi sekali je pun..hehehe)

Isnin

Geylang sipaku geylang

Geylang, si rama-rama..pulang marilah pulang..

Aku balik rumah mak weekend baru ni. Siapkan keja cepat-cepat dan balik hari khamis malam. Kebetulan mak mertua aku pun nak ikut melawat besannya di Johor. (Mak aku lah tu)

Bertolak pukul 11:30 dan sampai depan pintu rumah pukul 4 pagi. Kesian goshujin sama memandu tak berhenti. Sampai je duk kejap terus lena. Aktiviti pagi jumaat, aku tolong goshujin sama basuh keta. Berkilat merelip macam keta baru. Hehehe.. Kemudian, atas permintaan mak, goshujin sama tolong basuh keta ayah sama. Sian keta orang tua tu tak berbela. Bila kitorg balik je basuhnya.

Waktu ayah nak keluar pegi semayang jumaat tu aku tanya ayah "jumpa ke yah ketanya" hahahhaa..Ayah aku sengeh je.

Petang sikit lepas orang balik semayang, makan tengah hari. Kemudian kami melawat datuk ngan nenek belah mak aku. Singgah dalam dua jam lepas tu makan mee hailam kat rumah adik mak aku. Memang berjalan sakan sepanjang kat kampung.

Hari sabtu pulak kami nak ke kedai di Masai sebab nak belikan ayah baja untuk ladang kelapa sawitnya. Sesat berjam jam cari tak jumpa. Rupa rupanya kedai yang dicari bukan kedai. Tapi gudang. Kalau gudang memang tutup pukul 430 petang lagi. Frust sungguh buang masa minyak dan tenaga. Keluar pukul 4 sampai rumah pukul 10 malam. Macam perjalanan balik ke Shah Alam. Kesian goshujin sama lenguh kaki dan pinggang..

Pagi ahad kami tak ke mana-mana. Aku berkemas nak balik lepas makan tengah hari. Ralat sungguh ayah sebab buah durian belum gugur sepanjang kami ada di rumah. Sudahnya dia bekalkan pisang muda. Dalam perjalanan balik pulak singgah ke rumah kawan sekolah goshujin sama. Makan bubur barli dan jagung lepas tu meneruskan perjalanan. Sampai lebih kurang pukul 11 malam. Akhirnya..

Anak-anak dah lena. Mak ayah sambung tengok cerita horror kat tv. Hajat nak tidur awal terus tergendala. Hehehe..

**Mode takde idea, takde mood nak update belog.

Jumaat

Paling praktikal

Pernah tak terfikir yang baju traditional masyarakat Melayu adalah antara baju paling praktikal berbanding baju bangsa lain kat dunia ni. Dari jenis kainnya yang selesa dipakai dalam kebanyakan cuaca sampai la ke bentuk baju yang mudah dikendalikan dan sesuai untuk di pakai dalam apa-apa acara sekali pun. Nak pergi pejabat pun boleh pakai baju kurung kan..

Sumber Google

Aku bukan nak kutuk pakaian traditional masyarakat lain. Cuma pada pandangan aku, pakaian mereka kebanyakannya kurang praktikal. Beli mahal-mahal hanya untuk digunakan setahun sekali dua kali atau pada acara-acara yang sangat penting je. Tak boleh nak jadikan sebagai pakaian harian. Mungkin ada yang berpendapat kalau dah pakai hari-hari takde la rasa istimewa. kan kan.. Itu pandangan masing-masing la.


Aku teringin nak pakai cheong sam, tapi seksi sangat

Saree pun cantik jugak..merelip relip

Aku suka warna Hanbok korea ni

Kimono ada yang sampai 7 lapis, berejam nak memakainya saja

Khamis

watashi no kawaii musume



Budak kecik ni senyumnya memang manis. Kuat merajuk. Sikit-sikit nak protes..Kalau kena marah je mesti nak buat muka toya..Paling aku tak tahan nak tergelak dia buat gaya cam ni


Damia buat sambil duduk bersimpuh. Geram gila aku tengok. Nak tergelak pun ada. Aku tak dapat nak ambik gambar sebab takut nanti dia ingat aku main dengan dia. Marah kena la serius kan..Hehehe.. Padahal aku "haippp!!" cam tu je.

Mana taknya. Dia bukan reti nak duk diam. Mengeletiss je macam ulat nangka. Ada je perbuatannya. Suka menyepah. Dah la emak dia malas tak sempat nak kemas. Last time ayah dia cari dia tak jumpa, tengok-tengok dia sembunyik dalam kabinet dapur. Aku sampai tak boleh nak simpan apa dalam tu. Dia dua beradik duk main dalam tu. Orang sibuk memasak dia sibuk punggah periuk belanga aku. Harap-harap da besar esok rajin masak macam aku. Kehkehkeh..
Vocab DamiaPah - Dukung. Suka mengekor je ke mana orang pegi. Lepas tu tau je orang nak keluar. Duk sekaki je. Nanti dia peluk kaki mintak dukung. Kalau tak dukung dia buat muka frust  dan buat gaya seperti di atas.
Ma - Nak susu. Time ni dia mesti sibuk nak landing kat riba aku sambil selak-selak baju. Belajar dari abang dia.
Nak - Nak
Nanak - Taknak

Rabu

SEGMEN BA - Aku promosi kau, kau promosi aku


Nak join klik banner ya.
Sampai pukul 3:30 je.

Selasa

Main redah je!!

Aku bengang betul bila tengok orang melayu Islam yang wanitanya bertudung bagai makan kat kedai k*ling kat area rumah aku ni. Diorang ni tak reti beza mamak dengan k*ling ke. Ke memang tak kisah makan makanan yang orang bukan Islam masak.

Tolonggg la sensitif sikit. Terang-terang kedai tu bukan kedai Islam. Duk gigih pergi makan kat situ jugak buat apa. Nama je pakai tudung. Tapi tang makan main redah je kut mana bulih.

Rangkaian kedai makan Sri Melur, Sri Mayuri bukan mamak punya. Yang tu original k*ling punya. So pepaham la yang diorang tu bukan Islam. Banyak lagi kedai Islam yang ada. Nak aje aku datang dekat diorang pi tampaq pipi sorang sedas. Tak gheti gheti.. Benda jadi darah daging pun tak ambik serius.

Isnin

Suke ati ko jek!

Aku dah dua bulan pakai satu set penjagaan kulit ni. Brand adalah *Rahsia* Hehehe.. Initially aku ambik set untuk normal to dry skin. Sebab kulit aku lebih kepada jenis kulit kering.

Aku pakai cleanser, toner dan juga mosturizer. Perubahan lepas pakai kulit aku jadi lebih smooth. Masalahnya baru-baru ni aku perasan kulit aku kat area T zone tu agak berminyak. Kemudian ada biji-biji halus kat dahi aku. So aku pun pergi la mengadu domba ngan kawan tu. Dia advise suruh pulang balik.

Haihss..Boleh ke? Aku da guna 2 bulan ni. Katanya kalau ikut polisi memang boleh. So aku pun pulang balik dan dapat tukar ngan set yang lain pula. Hahahaha... Besh besh..

Aku just bawak barang-barang tu bawak pergi ke kedainya semula. Isi borang..Walla..Lepas 2 hari boleh order barang lain pulak. Harap kali ni okay.

Sambutan Hari Bapa

Seperti biasa aku memang tak pandai nak celebrate celebrate benda ni. Masa mother's day pun goshujin sama (encik somi) tak wish pon kat aku. So aku pon saja-saja malas nak wish kat dia. Kebetulan pulak semalam kami ke konsert (tinggal anak-anak dengan baby sitter di rumah for the first time..hihi) So adalah diorang wish kat bapa-bapa. Hampeh gilaaa... Aku pun bagi dia quick peck kat pipi dan ucap selamat hari bapa dengan hati separuh ikhlas.. Hahahaha...

Tu pun lepas dia buat ayat separuh merajuk kata semua org dapat wish. Chaitt.. Lepas wish aku pon kata, alaaa masa mother's day pun aku bukan ada dapat wish ke apa ke..Jahatnya aku..

Tapi aku memang ada buat mango cheesecake. Padahal aku yg lebih2 teringin nak makan..bukan utk father's day pon..Tapi aku kata la..Ni aku buat cheese cake utk celebrate father's day nih. Ucapan dihujungnya adalah seperti berikut

"Ye la..masa mother's day kita bukan ada buat apa ponnn" sambil aku tersenyum meleret membiarkan goshujin sama dijangkiti perasaan bersalah. Hahahaaa..

Konsert yang aku tengok semalam bukan konsert apa pon. Ada cultural dance dengan si penyanyi AF tu..ape ke dah nama dia..yang nyangi lagu sambil melompat2 menari bagai tu. aaaa.........Ah..Stacy..Lagunya quite catchy. So ok lah. Takde la rugi spend RM35 sebab dapat Tshirt dan ilmu bagai kan..

Aku cakap kat goshujin sama. Bagus jugak sesekali tinggalkan anak keluar berduaan begitu. Tapi dalam hati aku tak abis-abis risaukan mereka. Takut tak cukup makan la apa la. Nasib baik dapat baby sitter yang boleh diharap.

**Baby sitter kami lelaki tau. Budak baru abis skola..Hehehe..

Jumaat

Vitamin C VS Paracetamol

Family sebelah mak aku memang ada masalah resdung. Dalam adik beradik paling teruk along yang kedua akak aku yang no tiga. Aku ada jugak sipi-sipi. Selalunya kalau aku kena selesema confirm berminggu-minggu baru nak baik. Itu pun setelah hidung aku bau macam sampah.

Sejak dua menjak ni kawasan rumah aku ni memang berjerebu. Aku pulak kurang sikit minum air. Elok sangat la tu. So semalam da mula ada simptom-simptom nak kena selesema. So dengan pantas malam tadi aku makan vitamin C extra dose. Sebelum ni memang aku ada standby je ubat selesema. Rasa gatal-gatal sikit kat tekak je aku terus makan. Mula-mula ok la berkesan. Sekarang kalau aku makan ubat selesema tu mengantuk pun tak. Makan panadol pun takde kesan da sekarang ni.

Bila aku start kenal vitamin C ni aku da stop ambik ubat selesema. Aku tak nafikan kadang-kadang bila sakit ni makan ubat cepat je baiknya. Kalau makan vitamin ke takde la serta merta rasa perubahannya. Contoh kalau ada insomnia. Makan ubat tidur terus lelap 8-12 jam. Tapi kalau ambik calcium magnesium beberapa kali ambik baru nampak kesannya. Tapi jangan tak tau. Lepas satu peringkat pengambilan ubatan takkan beri kesan sebab sistem badan dah mangli dengan ubat tu. Tapi kesan akan jadi lebih baik kalau ambik vitamin secara berterusan.



Mungkin sebab aku da terlalu banyak makan pil selesema sebab tu da takde kesan mengantuk da kat aku. Sekarang memang aku lebih selesa makan vitamin C je bila selesema. Ditambah lagi dengan status aku sebagai hepatitis B carrier yang active. Kenalah berhati-hati menjaga hati dan buah pinggang ku. Nak guna lama lagi nih..Hehe..

Khamis

Rindu


Bila agaknya aku boleh kembali ke sana...rindunya...

Jangan jadi hamba duit

Ni aku nak kupas sikit kenyataan orang-orang yang mengatakan bahawa mereka yang menjalankan perniagaan MLM ni adalah hamba duit. Aku kompem yang semua orang sedar yang sesiapa pun dalam dunia ni tak boleh hidup tanpa duit. Tanpa cinta? Heheh..No comment. Agak-agak kalau pegi kerja esok bos kata mulai hari ni kita kena kerja secara percuma. Takde gaji. Nak ke kita terus bekerja? Mungkin orang boleh kata, dia sangat suka pekerjaannya sebab dari kecik memang teringin sangat nak kerja sebagai *tutt** tapi nak ke kerja secara percuma?

Actually dalam MLM it is not always about the money. Walau pun rata-rata peniaga MLM ni akan promote pasal unlimited income, boleh bersara awal blablabla. Tapi the truth is ia bukan semata-mata mengenai wang. Mungkin agak pelik bunyinya. Memang betul dalam perniagaan bermodelkan MLM ni, seseorang tu berpotensi mendapat pendapatan yang tinggi. Mungkin sebab tu bila orang kata dia buat MLM, manusia disekeliling akan kata, eleh..pakai kereta cabuk je. atau pun, aku tengok tak kaya-kaya jugak. Kalau sesiapa yang join MLM kerana potensi pendapatan yang di offer, lepas 2-3 bulan confirm orang tu akan stop buat bisnes dengan kekecewaan. Paling lama pun 6 bulan.

Bila seseorang nak berniaga, dia kena belajar macam-macam ilmu perniagaan
(1) Cara nak menjual
(2) Manage kewangan
(3) Manage people
(4) Overcome the fear of rejection
(5) Goal setting

dan banyak lagi. Ini adalah antara ilmu yang sangat penting dalam mana-mana perniagaan. Dan ianya percuma.Agak-agak kita berniaga nasi ayam, competitor nak tak ajar cara-cara nak menjual pada kita? Hehehe..

Perniagaan MLM memang boleh menjana pendapatan yang sangaatt besar. Tapi bukan dalam jangka masa yang singkat.
dan bukan dengan cara yang mudah. Kalau sesiapa yang kata singkat dan mudah. tu confirm skim cepat kaya.

Aku kenal dengan seorang pakcik yang mempunyai 12 orang anak. Semua anaknya disekolahkan tanpa meminjam dengan PTPTN dan sebagainya. Orangnya biasa-biasa. Pakaiannya biasa-biasa. Keretanya biasa-biasa. Semua anak dia, dia hantar pegi sekolah sendiri, ambil dari sekolah. Setiap hari. Siapa kata orang MLM hamba duit? Siapa kata orang MLM abaikan keluarga? Kenapa kaya miskin seseorang mesti diukur dari segi kereta mewah yang diguna, baju berjenama yang dipakai..

Kalau pun income dari MLM hanya RM3-4ribu sebulan, boleh hantar anak ke sekolah sendiri, ambil sendiri. Tak perlu berhadapan dengan bos yang tak memahami. Bila ibu bapa meninggal dunia, perniagaannya diwariskan pada anak-anak. Adakah pekerjaan boleh diwariskan pada anak-anak? Income? Mustahil..Ada tak ada pun pencen.

Sebab tu ada CEO company besar yang buat MLM, ada pemilik kepada 14 buah syarikat pun buat MLM. kerana diorang
tahu, besar mana pun perniagaan diorang, bila diorang mati..syarikat mereka tak semestinya jatuh kepada pewaris mereka. Tapi dalam perniagaan MLM, semuanya akan diwariskan kepada anak cucu. Sampai 5 generasi.

Aku mula faham kenapa ramai orang masih terus ber MLM sampai ada yang tertipu. MLM halal atau haram. Aku tak berani komen. Macam aku kata dalam entry ini, ia bergantung pada pembahagian bonus syarikat.

Tinggalkan anak-anak kamu dalam keadaan yang kaya lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan yang miskin.

Rabu

Turun jua akhirnya

Sumber SINI

RON97 turun 10 sen mulai tengah malam ini.

Biar pun hanya seposen.. Ada la kurang sikit..Minggu depan balik kampung. Jimat la lebih kurang lapan hengget.. hehehe..

Err..RON95 bila pulak..Hahaha..dasar beri betis nak paha :P

Yadaa~ Sila baca dengan nada mengada-ngada

Semalam aku sakit gigi. Takde la sakit sangat actually. Saja ngada-ngada carik alasan nak MC di samping jaga encik somi yang demam panas. Kesian pulak nak paksa dia hantar aku pegi kerja dalam keadaan macam tu. Aku memang bercita-cita besar nak jadi mem..sebab tu tak pernah ambik lesen.kehkeh...So since cuti aku da banyak habis tahun ni aku pun ambik MC je kebetulan je gigi aku rasa sengal-sengal sikit. Doktor tu buat scaling sebab katanya gusi aku bengkak. Yer je doktor tu. Siap suruh datang 2 minggu lagi untuk 2nd time scaling.

Tengok la kalau aku rajin..hehehehe..Aku still ngeri ngeri nak jumpa doktor gigi. Opsss..

Aku masih lagi dalam misi menambah berat badan anak-anak. Aku tengah mencuba protein powder+active 8 perisa oren untuk Atiqah. Aqil minum sikit-sikit je. Sekali suruh sekali minum. Dia lebih suka minum air kosong. Dari segi pemakanan, aku buat nasi beriani mudah. Sumbat segalanya dalam tu tett ngan pressure cooker. Selamatt..

Resepi beriani mudah aku
Bahan blender & tumis
Bawang besar sebiji
Bawang putih beberapa biji
Halia agak2 setengah inci
rempah beriani (tak ingat cap apa.dijual di pasaraya)

Bahan lain
Ayam perap dengan rempah beriani sekejap
beras basuh dan rendam
potato
carrot
susu
daun pandan
garam secukup rasa
minyak sapi & minyak masak utk menumis

cara-cara
mula-mula set pressure cooker mode stir fry. bila agak-agak da panas masuk minyak sapi & minyak. Masuk bahan-bahan tumis bila agak-agak minyak da panas. Tumis sampai agak kekuningan. Masuk garam & rempah beriani serbuk tu. Tumis sampai agak-agak naik bau. Kemudian, masuk ayam. Gaul seketika. Masuk beras, potato, carrot dan daun pandan. Masuk air secukupnya. Tutup periuk dan off stir fry. Buat mode high pressure untuk 7 minit. Bila da cukup 7 minit, gaul rata nasi dan masukkan susu. Gaul & tutup kembali. Kalau agak-agak kentang & carrot tak cukup lembut tekan mode steam untuk 2-3 minit. Taknak pun takpe. Tutup dan biar sekejap.

*Susu boleh masuk masa nak masak nasi atau bila nasi da masak.

So, alhamdulillah. anak-anak pun suka. Aqil yang suka carrot happy sebab carrot tu manis je rasanya. Adik suka kentang. Aku yang memasak pun mudah sbb tak gaduh nak masak lauk lagi. Hehehehe.. Dasar pemalass..

Isnin

Share resepi

Apa ya agaknya resepi yang budak kecik umur 3 tahun suka makan. Aqil ni suka makan nasi, sayur, ayam. Makan segala. Tapi ada time yang dia picky sikit. Kalau ada tips yang boleh membantu supaya dia makan lebih banyakkk lagi share lah. Aku duk garu kepala nak bagi dia makan supaya berat dia bertambah.

Ahad

Anak-anak bertuah

Ni lah permainan mereka.. Haihs..

Sabtu

Meniaga Larut Malam

Aku terbaca entry Ila berkaitan dengan perasaan ragu-ragunya tentang status halal haram MLM. Rata-rata orang tak berminat dengan MLM sebab tak suka nak cari orang.

Aku rasa ramai orang salah sangka pasal kaedah menjalankan perniagaan MLM ni. Bila sebut je MLM  dalam kepala otak masing-masing fikir macam mana nak carik downline. Memang la MLM system ada downline dan  upline. Tapi the real MLM bukan money game atau head hunting. MLM ni adalah referral program. Perniagaan berasaskan word to mouth. Contohnya aku guna ubat gigi company A. Lepas guna ubat gigi tu, gigi aku makin putih berseri-seri. Kesan kuning teh pun hilang. So aku pun cerita pada kawan-kawan aku. Siapa yang gigi kuning nak beli ngan aku, belilah. Kalau rasa nak beli dengan harga murah jadilah ahli. Lepas tu dia pun buat perkara yang sama. Secara tak langsung, ramai orang yang akan tahu kebaikan ubat gigi company A dan dalam masa yang sama lebih ramai orang yang jadi downline aku sebab diorang suka dengan ubat gigi yang aku kenalkan pada kawan aku pada mulanya.

Lebih kurang sama macam kita beli kek secret recipe. Kek tu memang sedap giler lah..So kita pun cerita kat kawan kita. Bila kawan kita dengar akan kesedapan kek secret recipe dan ditokok tambah oleh kita sampai meleleh air liur kawan tu. Dia pun mengidam nak makan kek secret recipe yang kita dok canang-canang tu. Bila dia pergi makan, maka ternyatalah bahawa kek secret recipe memang sedap. Si kawan ni pun tokok tambah lagi ceritanya dan sampaikan pula pada kaum keluarga dia. Kemudian, ramai-ramai pakat suka nak makan kek secret recipe.

Lebih kurang sama lah senarionya kan..

Bezanya..bila kita kenalkan ubat gigi company A kat kawan kita, kita dapat komisyen. Lagi ramai orang guna ubat gigi yang kita kenalkan lagi banyak komisyen company bagi pada kita. Tapi secret recipe ada bagi kek free kat kita? kirim salam laaa..dapat sepotong kek pun da cukup hensem.

Kesimpulannya, sedar tak sedar kita memang jadi ejen untuk semua benda yang kita sebut. Bezanya kita berbayar atau secara percuma.

Sebab tu la rata-rata orang yang benar-benar berjaya dan konsisten dalam perniagaan MLM ni bukan terdiri dari orang-orang yang pandai cari bisnes partner semata-mata. Tapi dikalangan mereka yang pandai bawak mulut pasal produk yang mereka bawak. Memang sejak azalinya kita memang suka bawak mulut pasal sesuatu benda. Baik ke buruk ke. Masuk jamban busuk kita cerita kat laki kita. Kat ofis ada makhluk perangai macam mangkuk kita cerita kat jiran kita. Cerita pasal ubat nak kurus yang sedara kita makan pun kita nak cerita. So program macam ni sangat sesuai untuk orang yang suka bercerita. Lebih-lebih lagi kalau jenis cerita sampai orang yang dengar tu melopong.

Nama pun perniagaan. So adalah jual belinya. Ye tak? Downline? ia datang kemudian. Bila produk bagus. Kita ada pelanggan. Bila ada pelanggan akan ada lah orang yang teringin nak cuba cari pendapatan dengan program perniagaan yang macam kita jugak. Malangnya ramai yang mencacatkan perniagaan ni dengan cara nak kaut untung cepat. Paksa orang join, paksa orang beli. Walhal kalau dibuat dengan cara yang elok memang sangat perfect sampai ada orang gelarkan MLM ni sebagai "The perfect business". Almost zero risk, modal sikit, boleh buat part time eventually ke full time. Cukup dengan 2-3 jam sehari dengan konsisten.

Selalu jugak aku dengar orang kata sistem MLM ni mengkayakan orang yang di atas. Memang aku tak nafikan company akan bayar saguhati lebih pada orang atas yang total group sales nya banyak. Of course la yang banyak downline tu banyak sales kan. Tapi kita kena belek semula kaedah pembahagian komisyen company tersebut. Ada tak dia  ambik dari komisyen jualan kita? Ada yang tidak. Yang saya pasti insurans memang ada sistem ni. Ia dipanggil  overriding. Overriding ni setahu aku salah disisi agama. Tapi bagi insurans macam takaful ada penjelasan lebih lanjut. Sebenarnya mana-mana sistem pun, kita memang akan kayakan orang yang di atas. Kita kerja makan gaji teruk-teruk. Siapa yang kaya? Bos la kan..Siapa gaji banyak? Manager kita kan.

Pada aku, aku tak rasa sistem MLM tu yang menganiaya. Tapi upline tu yang buat orang bawahnya derita. Paksa beli barang. Paksa jual. Dia duduk goyang kaki. Tapi jangan tak tau. Ada upline yang berkorban masa & wang ringgit untuk pastikan orang yang dibawahnya berjaya.

Halal haram satu MLM tu aku taknak komen. Itu bergantung pada kaedah pembahagian bonus syarikat. Setau aku lain company lain kaedahnya. So tak boleh nak pukul rata kata MLM ni haram or semua MLM tu halal. Kena check lah sendiri kriteria perniagaan yang sah disisi Islam. Orang kata there is a thin line between halal and haram dalam perniagaan MLM. Sebab tu kena selidik betul-betul sebelum sertai. Buat research sendiri. Jangan dengar dan judge. Ianya tidak adil bila kita kata si polan tu makan duit haram hasil dari MLM. Sedangkan kita tak pernah pun tau macam mana sistem pembahagian bonus syarikat tu.

Pesanan aku, Jangan sesekali percaya kalau ada orang bagitau yang boleh kaya dengan mudah dan dalam masa yang  singkat melalui MLM. Nak kaya dengan MLM dalam masa yang singkat adalah memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jangan harap nak goyang kaki.

Jumaat

Yatta!!

Akhirnya berakhir minggu yang sungguh stress. Jumaat!! Yey~

Semalam aku tak sempat nak buat entry birthday musume (anak pompuan) aku tu. Hubby dengan sepupu bawak Damia pegi cucuk 12 bulan kat klinik seksyen 7 shah alam. Aku tak ikut ke? Aku tak boleh bercuti minggu ni. So encik somi tolong bawakkan. Hihihi..Setelah ditimbang-timbang, nurse suruh kami datang semula 6hb July nanti sebab Damia dengan Aqil underweight. Kena consult dengan paed. Anak-anak aku ni ikut genetik aku gamaknya. Berat susah nak bertambah walau pun melahap macam anak rimau. Haihss..

Mula la aku kena plan pemakanan diorang sebelum sampai tarikh tersebut. Diharap aku berjaya menaikkan berat badan kedua budak kecik tu supaya by the time kena jumpa paed tu berat dia da pada tahap selamatt.

Itu berita buruknya..

Berita baiknya..Pada hari yang sama, genap Damia setahun bermaksud genap setahun aku tandem nursing anak-anak tanpa bantuan susu formula. Yippie!! Bila nak wean Aqil? Itulah masalah problemnya.. Aqil tak sedia dan walau pun kadang-kadang aku letih sampai macam nak tercarut dalam hati bila Aqil mintak bahagian dia. Jahatnya aku jadi ibu..waaaa mengucap mengucap..

Dan satu lagi berita baiknya..cik P kembali setelah sekian lama tak menjenguk..Hehehe..Lega..Tak pasti kenapa aku lega..tapi aku legaaa..

Aku pun tak sempat nak meraikan birthday anak dara tu sebab minggu ni sangat-sangat hectic. So malam ni atau esok aku ingat nak masak-masak sikit. Semoga Nurul Atiqah Damia menjadi anak yang solehah. Yang taat pada Allah dan ibu ayah.

Tengoklah gaya makannya..macam mana la berat boleh tak naik..ajaibb..


Otanjoubi Omedeto..itsumo shiawase ni narimasu you ni


Main cikgu-cikgu dengan Aqil..Damia berlakon jadi white board
**Selamat hari lahir. Semoga bahagia selalu

Selasa

Jangan lupakan daku~ cheh

Mode curik-curik update. Minggu ni aku kebizian. So memang amat sukar nak berblog walking dan mengupdate. Buat pengunjung-pengunjung harap bersabar ya..Aku akan kembali....secepat mungkin..


haihh..malasnya nak buat kije..

Khamis ni birthday my musume Nurul Atiqah Damia..Yang ke setahun..Nak buat apa ya...

Khamis

harga petrol turun..yeyeh~

Info dari SINI



Hehehe...bukan kat Malaysia laaa :P Bila la minyak kat Malaysia nak turun pulak kan...

Bila bujangku memasak






Rabu

Jom Join Bloglist -Belogfarr-




Klik untuk join

Jumpa kat blog Tini

Jantina saya : Girl

Syarat-syarat penyertaan :
Seperti biasa, follow Belogfarr. Bagi yang dah follow, takyah follow dah laa.
Buat satu entri tajuk : Jom Join Bloglist -Belogfarr-
Letak banner kat atas tu dalam post kalian. Linkkan ke belogfarr ye!
Dalam entri tu, bagitau la kalian ni boy or girl. Nanti senang nak asingkan.
Tag sekurang-kurangnya 3 orang or lebih dan pastikan diorang tahu.
Bagitau siapa Referer kalian. Kalu dapat tau dari blog ni, tulis nama Rai
Tarikh tutup : 20.06.2011


Saya Tag Faizah's

Referer saya ialah Nini Hartini

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com