Selasa

悩み事

今日、涼しい。。

気持ちが沈んでしまいそうになります。。

それでも前向きにがんばるしかないけれど.。

心が起き上がらない

胸がしめつけられるように苦しくて



言葉で伝えられない想い。





すごく悲しい。。。。。

Isnin

Please keep your daytime job, but....

Pernah baca quote ni?
Keep your daytime job, be a great hard-working employee, but keep building that asset column.
Ramai orang beli rumah untuk build asset diorang. Dengan harapan bila suatu hari nanti bila harga rumah melambung, rumah tersebut boleh dijual dan mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Tapi tak ramai yang sedar sebenarnya, rumah yang dibeli untuk diduduki adalah satu liabiliti. Ia hanya akan bertukar menjadi asset bila rumah tu terjual. The real asset adalah rumah yang dibeli untuk disewakan.
Pada aku yang dikatakan sebagai asset adalah benda/perkara yang mendatangkan pendapatan. Ni kira passive income la. Kalau beli rumah untuk duduk. Tiap bulan duit keluar untuk bayar installment. Tapi kalau disewakan, tiap bulan dapat duit dari sewa. Mungkin kena allocate sikit untuk bayar installment, tapi dapat duit secara passive kan. Selain tu, saham juga adalah asset. Tak kirala apa jenis saham sekali pun. Business adalah sejenis asset yang ramai orang tau ia boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan. tapi tak ramai orang berani cuba. Sebab menurut statistik yang aku terbaca tapi tak ingat kat mana...

The odds are against success: Nine out of 10 companies fail in five years. Of those that survive the first five years,  nine out of every 10 of those eventually fail, as well.
Dan nak mulakan business pun perlukan modal yang besar. Risiko besar. Bergantung pada business the first 5 to 10 years adalah masa paling sukar. Nak rolling modal dan tarik pembeli. Tapi kalau dah survive lepas 10 tahun insya allah tak ada masalah nak continue. Dengan syarat, tiada penyelewengan. Banyak syarikat melayu (sori!!) yang collapse adalah kerana berlaku penyelewengan (nak kaya cepat..) dan juga tak manage kewangan dengan betul. Bila nampak duit lebih sikit terus otak ingat nak berjoli je..Dapat duit lebih sikit terus tukar kereta mahal, beli barang mahal, melancong ke tempat yang mahal. Nak tunjuk diorang ada duit. This is another quotation dalam koleksi aku..

An important distinction is that rich people buy luxuries last, while the poor and middle class tend to buy luxuries first.  The poor and the middle class often buy luxury items such as big houses, diamonds, furs, jewelry or boats because they want to look rich.  They look rich, but in reality they just get deeper in debt on credit. The old-money people, the long-term rich, built their asset column first.  Then, the income generated from the asset column bought their luxuries. The poor and middle class buy luxuries with their own sweat,  blood and children's inheritance.

OK.Now, untuk orang yang bekerja makan gaji 9-6 apa yang sesuai untuk mereka. Beli saham? of course. tapi make sure that you fully understand macam mana ia berjalan. Paling mudah invest dalam saham amanah. tapi tau tak yang still ada orang yang invest dalam mutual fund but still rugi. sebab mereka just harap pada ejen. Tak paham pun. Tak pernah check pun status saham tu. performance nya.

kenapa aku cerita pasal asset tiba-tiba..kenapa aku cerita pasal saham tiba-tiba..sebab baru-baru ni aku terberkenalan dengan seseorang yang dah bekerja selama lebih dari 20 tahun. Lagi 10 tahun lebih sikit je nak pencen. Tiba-tiba jatuh sakit. Tak dapat bekerja. Anak-anak sedang membesar. Masih bersekolah. Bila kenalan aku ni sihat kembali. Masalah bila nak cari kerja..Zaman sekarang ni anak muda lepasan degree pun susah nak dapat kerja. Apatah lagi seseorang yang dah hampir nak masuk zaman pencen. So timbullah macam-macam kesukaran kerana mereka tak mempunyai passive income selama ni.

So. jangan ingat kerja bagus kat company besar tak ada risiko. Bila-bila masa je boleh hilang pekerjaan. Sebab tu sangat sangat sangat penting adanya passive income. Event orang yang kerja dengan gomen pun perlu ada. Bayangkan kalau kita berada kat tempat kenalan aku tu. Mau pecah kepala nak cari duit untuk sara anak-anak. Apa pun. Hidup mesti diteruskan.

Akhir kata dari aku..one of the best quotation dalam simpanan aku (perasaan aku la..)
Wealth is a person's ability to survive so many number of days forward... or if I stopped working today, how long could I survive?

--------------------------------------------------
Kalau ada sesiapa masih tercari-cari kaedah mencari passive income boleh la datang tanya aku. Aku tak janji ia adalah satu cara yang mudah. Sebab memang tak ada benda mudah dalam dunia ni. Nak dapat kerja kat kilang pun kena lepas PMR. Sekolah 8 tahun. Tapi insya allah ianya berkesan.

Ahad

kesoma ask you to join her in SAYS.my!

Hi,

Your friend, (kesoma.rai@gmail.com) has invited you to join SAYS.my, the largest influence network in the Malaysia!

SAYS.my is a community of Malaysians who choose cool stuff to share on social media and get rewarded with cash, points and prizes for doing so! Any Malaysian who uses social media can join.

By getting involved, our members get cash, prizes, points, and meet new friends too!

Get started now to see why everyone's inviting their friends to get involved!

http://says.my/rai/invite

See you there.
Yuna

SAYS.my Community Team

***
This is an email message sent on behalf of the SAYS.my Malaysia community for kesoma.
SAYS.my is a Youth Asia community.
Learn more at http://says.my

We respect your privacy!
If you don't want to receive e-mails from SAYS.my forever, ban yourself by clicking on the following link:
http://says.my/unsubscribe?auth=b0a9882a55c18fad7fe5891275910786116de745&email=kesoma.rai.aqildamia%40blogger.com

Jumaat

Himpunan SEJUTA BELIA & Puding Caramel


Salam hari Jumaat. Happy nya esok nak cuti. Tapi cuti aku tak bermakna aku boleh rehat. Hujung minggu ni sempena dengan himpunan sejuta belia 2011 yang diadakan di Shah Alam, aku dapat menumpang booth seorang kenalan untuk jual puding caramel aku tu. Kali ni ada kelainan sikit sebab aku rasa cam nak bagi option untuk tambah topping whipped cream dan juga coklat cair..haaa. terliur tak.. lap lap..meleleh dah ayaq lioq tu..Hehehe..

Pada sesiapa yang berminat nak merasa puding aku tu boleh emailkan pada ourkizunastore@gmail.com untuk dapatkan nombor telefon aku pada hari kejadian. Aku tak dapat nombor booth lagi. Dah dapat nanti aku update. So weekend ni aku busy lah di Putrajaya. Harap jualan kali ni pun memberangsangkan. Maklumlah. Tak lama lagi nak beraya. Kalau ada rezeki lebih, lebih la rezeki untuk anak-anak.. sakan la mereka beraya. Hehe.

Kepada sesiapa yang nak menikmati puding caramel aku yang lemak berkrim tu jomlah ke Putrajaya esok! Insya allah aku bagi secret recipenya.

------------------------------------------
Berblog sambil cari duit poket di SAYS.MY
Nak kereta Mazda 3 FREE tak? klik SINI

Khamis

Jangan ambil mudah, nanti menyesal

Fakta Penyakit Buah Pinggang



(1) Kebanyakan pesakit yang mempunyai penyakit buah pinggang tak menunjukkan simptom yang jelas. Sehinggalah mereka jatuh pengsan dan disahkan mengalami kegagalan buah pinggang.
(2) Setiap tahun lebih kurang 2500 orang di Malaysia disahkan mengalami kegagalan buah pinggang
(3) Menurut statistik yang dikeluarkan oleh National Renal Registry, jumlah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang bertambah dari 100 per sejuta orang pada tahun 2003 kepada 130 per sejuta orang pada tahun 2007 kerana amalan hidup yang tidak sihat
(4) Penyakit darah tinggi menyebabkan serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Malah,80% pesakit  yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah berpunca dari penyakit darah tinggi.
(5) Haemodialysis treatment bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah lebih kurang RM1000/sebulan. Kawan husband saya perlu menjalani haemodialysis setiap 5 jam memerlukan lebih kurang RM2000/sebulan.

Mak mertua kawan saya masuk ICU selama sebulan kerana kegagalan buah pinggang. Kedua-dua belah. Perlu menjalani dialisis 2 jam sekali setiap hari.


Kawan husband saya sihat walafiat sehinggalah satu hari dia jatuh pengsan dan dimasukkan ke ICU. Antara puncanya? kurang minum air. Dia disahkan mengalami kegagalan kedua-dua belah buah pinggangnya. Beliau perlu menjalani dialisis setiap 5 jam setiap hari. Beliau telah kembali ke rahmatullah setelah dua tahun menjalani kehidupan sebagai pesakit buah pinggang.


Gambar MedicalDaily
Kita selalu take for granted apa yang kita ada sehinggalah benda tu diambil dari kita. Kesihatan adalah apa yang kita ada. Kegagalan buah pinggang bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Pesakit hanya boleh bertahan kerana buah pinggang yang telah rosak tak akan pulih kembali. Melainkan kalau ada orang nak dermakan buah pinggang dia.Hari ini banyak yang kita dengar, orang yang sihat tiba-tiba jatuh lalu meninggal dunia. Bila di diagnosis ada penyakit jantung. Kena strok. Kita anggap bila  seseorang tak sakit orang tu sihat. Tapi sebenarnya definisi sihat lebih dari tu.

Jagalah buah pinggang elok-elok. Jangan sampai ia rosak sebelum kita mengadap pencipta kita. Organ dipinjamkan pada kita dalam keadaan terbaik. Kalau boleh jagalah elok-elok dan pulankanlah dalam keadaan terbaik jugak.


--------------------------
Do you know that taking Vitamin C may helps kidney function

Rabu

Persiapan menjelang Ramadhan

Bulan Ramadhan dah semakin hampir. Aku belum habis ganti puasa okeh! Bila tandem nursing ni macam tu lah. Timing nak ganti puasa tu payah sikit. Asyik terlepas bangun sahur je. Bulan ramadhan kali ni kali kedua aku sambut dengan tandem nursing. Aku sebenarnya plan nak wean Aqil sebelum masuk Ramadhan. Tapi nampak gayanya macam terpaksa continue je. Aku dengan husband tak sampai hati lagi. Aqil totally tak sedia nak stop breastfeed. Aku cuma harap aku larat. Maybe nak kena ambik multivitamin lebih sikit supaya tak keletihan.

Macam puasa yang lepas kali ni pun aku berazam nak kurang-kurangkan membeli juadah berbuka di bazaar ramadhan. Alamatnya heavy duty lagi lah pressure cooker tu. Actually sekarang pun aku dah gunakan pressure cooker on daily basis. Masak apa pun semuanya guna pressure cooker. Cepat, sihat dan mudah! Aku cuma perlu prepare bahan-bahan yang nak dimasak macam peel bawang siap-siap, blend cili kering, siang ikan dan ayam supaya bila nak masak tinggal campak je semua sekali. Antara menu peberet aku bulan puasa nanti nasi daging, sup dan nasi bariyani. Masa menyediakan bahan dikurangkan dengan siapkan bahan-bahan awal-awal. Manakala masa memasak dikurangkan dengan penggunaan pressure cooker. Alhamdulillah husband pun jenis boleh diharap kat dapur, so kalau aku malas, dia boleh memasak. Kalau dia malas aku la memasak. Tapi kalau dedua malas, jawabnya makcik bazaar ramadhan jugaklah yang kena memasaknya...

Kalau boleh biarlah tahun ni aku dapat buat lebih sikit solat sunat terawikh dan bertadarus sepanjang  ramadhan. Supaya aku jadi hamba, anak, adik, kakak, isteri dan ibu yang lebih penyabar. Semoga aku lebih bertabah hati dengan segala dugaan dan ujian yang diberikan. Aminn..

--------------------------
Join SAYS.MY and earn
Demonstrasi PERCUMA Multifunction Pressure Cooker - Hubungi ourkizunastore@gmail.com

Weight Management Tips - Strategi pemakanan yang mudah

Bila sebut diet je ramai orang ingat kena diet macam orang somalia. Then baru boleh kurus. Tapi sebenarnya ada strategi tertentu yang diperlukan agar kita boleh menurunkan berat badan secara sihat. Ramai orang yang berjaya turunkan berat badan dengan diet somalia ni biasanya tak sihat. Kena aneroksia la, bulimia la, kalau tak pun badan kurus tapi kulit nampak kusam, muka pun cengkung je.

Strategi pemakanan yang aku rasa paling mudah tapi orang susah nak amalkan

(1) Elakkan diri dari makan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi sebab ianya membekalkan tenaga tetapi tidak mengandungi sebarang nutrients. (Dipanggil empty calorie)
(2) Gantikan makanan dan minuman yang tinggi kalori dengan yang berkalori rendah adalah sangat penting. Contohnya gantikan minuman berkarbonat dengan jus buah-buahan.
(3) Pilih jus buah-buahan yang tidak ditambah dengan gula.
(4) Gunakan pinggan yang berwarna gelap or pinggan yang lebih kecil. Pinggan yang lebih gelap mengurangkan selera makan. Manakala pinggan yang lebih kecil mengurangkan risiko kita masukkan makanan dengan banyak ke dalam pinggan.

**Apabila mengurangkan jumlah kalori yang dimakan, pertimbangkan pengambilan multivitamin dan multimineral supplement bagi memastikan tubuh mendapat segala nutrients yang diperlukan setiap hari.

Selamat berjaya!

Selasa

Secret Recipe Sahkan product mereka HALAL

Sumber dari SINI



ISU halal haram memang sensitif..

--------------------------
Join SAYS.MY and earn

Salah anggap tentang pengambilan supplement

Saya pernah menjalankan survey tentang pengambilan supplement dikalangan wanita yang berumur 25 tahun ke atas. Keputusan menunjukkan

(1) Lebih dari separuh wanita berumur 25 tahun ke atas tidak mengamalkan pengambilan supplement
(2) Kebanyakan yang mengamalkan pengambilan supplement tidak mengetahui dengan jelas apakah perubahan yang dapat dilihat dengan pengambilan supplement
(3) Hampir semua responden bersetuju bahawa pengambilan supplement adalah perlu tetapi mengalami masalah untuk mengamalkan pengambilan supplement.
(4) Hampir semua responden tidak mengetahui apakah jenis supplement yang sesuai dengan tahap kesihatan mereka.
(5) Terdapat responden yang tidak mengambil supplement kerana takut ia akan menyebabkan kegemukan.


Kesimpulan yang aku boleh buat daripada survey yang aku buat adalah,
Masih ramai orang yang tak faham sepenuhnya mengenai pengambilan supplement.


Oleh kerana itu timbul persoalan seperti adakah supplement mampu menggantikan segala keperluan nutrient yang  diperlukan oleh tubuh manusia. Malah ada juga yang menegaskan bahawa pengambilan supplement adalah tidak perlu sama sekali sekiranya seseorang itu mengamalkan pemakanan seimbang.


Tanggapan bahawa pengambilan supplement boleh menggantikan keperluan nutrient tubuh seseorang adalah salah sama sekali. Supplement hanya berfungsi untuk membantu melengkapkan keperluan nutrient dan bukan sebagai pengganti. Oleh itu, walau pun anda perlu menurunkan berat badan, anda perlu makan makanan yang seimbang. Diet somalia atau pengambilan minuman/makanan pengganti hidangan semata-mata hanya akan memburukkan keadaan  kerana menurut satu kajian, salah satu faktor kegemukan adalah kerana kekurangan sesetengah jenis zat makanan.


Pada pendapat saya dalam zaman ini, pengambilan supplement bukan lagi satu pilihan tetapi adalah satu keperluan bagi mengekalkan kesihatan seseorang pada tahap yang optimum. Bagaimana pun kita mestilah sentiasa mengutamakan pemakanan seimbang dan tidak bergantung pada pengambilan supplement semata-mata.


Bagi seseorang yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, pengambilan multivitamin adalah permulaan yang baik. Manakala seseorang yang mempunyai masalah kesihatan, keperluan nutrient adalah lebih dari jumlah yang ditentukan oleh RDA.

Kenapa perlu makan supplement
--------------------------
Apakah jenis supplement yang anda perlukan? - Email butiran nama,umur,jantina kepada ourkizunastore@gmail.com untuk menyertai kajiselidik mengenai supplement

Isnin

Secret Recipe mengandungi DNA babi

Dapat maklumat dari belog INI, keterangan lanjut di SINI


Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.



Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’ Syarikat tersebut adalah: Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) link: Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.

Aku dah lama gile tak makan Secret Recipe. Entah la..macam-macam zaman sekarang ni. Hari ni ada sijil Halal. Esok isytihar ada mengandungi bahan tak halal pulak. Masak makan di rumah lebih selamat.

--------------------------
Netbook PERCUMA - ASUS Eee PC Netbook + modem worth RM1,259
Tidur lebih lena dengan ADT
Kitchen Aid Stand Mixer  - Hingga 18 bulan installment. Email ourkizunastore@gmail.com

Choot..choottt...

Sabtu baru ni aku ada bertemujanji dengan bekas cikgu bahasa jepun aku di KL Sentral. Oleh kerana aku memang tak pernah lagi bawak anak-anak naik keretapi, aku cadangkan dengan husband supaya park kereta di Asia Jaya dan kemudian ambil LRT ke KL sentral. Walau pun mulanya husband kurang bersetuju, tapi dia ikut jugak cadangan bernas aku. So dapatlah anak-anak naik train buat pertama kalinya.

Dalam perjalanan pergi kitorang duduk di belakang sekali. Aqil tersenyum riang, adik menjerit-jerit sambil bertepuk tangan. Sungguh comel!! Hahaha..Bila da sampai di KL sentral abang taknak turun pulakk dahh.. Lepas jumpa dengan bekas cikgu jepun aku tu kitorang bertolak balik naik train lagi sekali. Kali ni kami ambik kedudukan di depan sekali. Aku da setahun lebih tak naik train. Manakala husband pun da dekat 7 tahun tak naik train. Aku tetiba macam pening kepala sebab train bergoyang-goyang. Poyo jew..Hihi..Tapi anak-anak tetap excited. Menjerit dan bertepuk tangan dengan gembira.

Lepas ni nak bawak mereka naik bas pulak.

--------------------------
Netbook PERCUMA - ASUS Eee PC Netbook + modem worth RM1,259
Tidur lebih lena dengan ADT
Home Alarm System - email ourkizunastore@gmail.com for more info

Ahad

Mewahnya jadi student

Aku pernah jugak jadi student. Masa study dulu memang mewah. Melancong sana sini. Makan baskin robin tetiap minggu. Oh baskin robin kat Jepun memang murah. Aku suka crepe dia. Biasanya crepe tu tak lebih 500yen. Kalau convert duit sini memang la mahal. Lebih kurang RM17. Tapi kalau consider loan yg aku dapat kat sana kira cam RM5 la. Murah la tu kan. Baskin robin kat sini paling cikai pun tak kurang dari RM10. Tahla. Aku tak pernah teringin nak makan baskin robin sepanjang aku ada kat Malaysia ni.Mahal tak berbaloi.

Tapi aku memang mengaku. Aku rasa aku lebih rasa mewah masa aku student dari masa aku da kerja skang ni. Aku tengok ramai student yang duk kata biasiswa tak cukup. Hujung bulan da takde duit. Tapi henset pakai blackberry. At least pun pakai Nokia yang harga lima nam ratus. Asal ada movie baru je tengok wayang. Lagi la yang jenis ada hobi. Kalau jenis hobi yang mahal tu gadget nak mengambik gamba semuanya mahal kemain. Kalau yang gila game wajib ada PSP ke PS3. Paling haru kalau yang tengah bercintan.. Hadiah untuk kekasih. Pegi makan-makan dengan buah hati. Kalau yang setia pada yang satu tu satu hal. Kalau yang ada 2-3 buah hati. Lagi haru..Lepas tu mengadu biasiswa tak cukup.

Yang paling haru mak bapak la. Kalau yang jenis tak mintak duit mak bapak takpe la. Masa aku study dulu aku jaaaaraaanggg sekali mintak duit mak aku. Aku dah dapat biasiswa. Buat apa nak mintak lagi kan. Pandai-pandai la nak manage. Kalau balik kampung kadang-kadang mak aku hulur-hulur jugak. Memang aku tak tolak. Tapi aku tak mintak. So bila aku tengok fenomena anak-anak duk perabis duit mak bapak buat benda takde hala tujuan ni aku rasa kesian gak kat mak bapak.

Aku bukanlah layak sangat nak nasihat-nasihat orang ni. Tapi student ni sedar la. Mak bapak hantar pegi ngaji. Tak salah nak bercinta ke nak enjoy sikit-sikit. Tapi..pastikan result power. Jangan bagi benda yang takde kena mengena tu kacau study. Kesian kat mak bapak.

Sabtu

Weight Management Tips - Program menurunkan berat badan yang berjaya bermula dari...

Weight management tips - How to start
(1) Menjalani program senaman yang membolehkan tubuh membakar lemak yang tersimpan. Matlamat yang baik adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi. Sekiranya anda jarang bersenam secara teratur, mulakan dengan berjalan dengan cepat selama beberapa minit dan kemudian tambah masa sehingga sekurang-kurangnya 30 minit.

(2) Kekalkan diet yang seimbang dan sihat yang mengandungi kalori yang lebih rendah dari yang anda biasa nikmati. Jangan kurangkan secara mengejut. Kurangkan secara perlahan-lahan agar tubuh tidak "terkejut" dengan perubahan yang berlaku. Jauhkan diri dari snek tidak sihat yang mengandungi banyak garam dan MSG

Ihsan Google

(3) Letakkan satu matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh tertentu. Sentiasa positif bahawa anda akan dapat mencapai matlamat tersebut.


**Apabila mengurangkan jumlah kalori yang dimakan, pertimbangkan pengambilan multivitamin dan multimineral supplement bagi memastikan tubuh mendapat segala nutrients yang diperlukan setiap hari.


Selamat berjaya!

Jumaat

Sifat malu yang semakin kurang

Assalamualaikum,

Cewah..mentang-mentang hari jumaat. Mulakan dengan salam la pulak..hehe..ish..kena rajin amalkan ni..

Aku tengok satu rancangan kat TV 9. Cam ceramah agama gitu. Tajuknya lebih kurang macam kurang sifat malu. Aku tak sempat dengar sangat isi kandungannya sebab sibuk dengan house chores dan urusan anak-anak. Tapi tajuk ni membuatkan aku terfikir. Umat islam zaman sekarang ni sifat malunya sangat nipis sebab tu banyak melakukan kemungkaran.

Orang yang ada sifat malu pada Allah, dia malu nak curik-curik buat maksiat. Ye lah. Manusia memang tak nampak, tak tau kita buat apa. Tapi Allah maha mengetahui. Allah maha melihat. Kalau orang yang ada sifat malu pada Allah, dia malu nak buat maksiat sebab dia tau kat mana-mana pun bila-bila masa pun Allah sentiasa tau apa yang dia buat.

Binatang pun kalau nak gomol-gomol tu cari tempat tersembunyi. Tapi manusia? Siap ada yang videokan lagi. Tak kira yang jual video. Memang tak tau malu sungguh. Kadang-kadang aku malu bila ingat-ingat balik kesilapan aku dulu. Tak kira la silap besar ke silap kecik ke. Teringat pakcik-pakcik yang keja satu kilang dengan aku yang tanpa segan silu mencekik masa bulan puasa. Umur da makin senja pun takde kesedaran lagi..

Kita ni memang umat akhir zaman..

Find our about BB-Messenger

Khamis

Tua yang bagaimana?

Gambar culik dari SINI

Zaman sekarang ni memang susah nak cari wanita yang jadi housewife. Walau pun kebanyakannya bukan suka sangat bekerja tapi sebab tuntutan ekonomi yang tak mengizinkan. Gaji RM3k pun belum tentu cukup untuk keperluan rumahtangga. Belum sampai hujung bulan dah terpaksa swipe credit card berkali-kali sebab tak cukup cash. Kemudian hutang credit card pulak bertambah. Sebab tu ramai yang dah mula ada kesedaran nak buat bisnes sambilan, bisnes online dan keja part time.

Kebanyakannya kerja hari ni untuk guna esok lusa. Berapa dah simpanan korang untuk hari tua? Terus terang aku kata, simpanan hari tua aku memang tak seberapa. Walau pun dah hampir 5 tahun kerja. So bila nak mula menyimpan? Entah la..Hehehe..Banyak sangat komitmennya. Orang kerja gomen mungkin lebih beruntung sebab boleh dapat duit pencen. Orang yang kerja swasta dengan gaji RM3k. Jumlah duit kwsp masa umur 55 tahun secara puratanya RM500k. Banyak kan...

Andaikan kalau kita akan hidup sampai umur 75 tahun. So lepas dapat keluar duit masa umur 55 tahun ada 20 tahun untuk spend duit RM500k. Maksudnya 240 bulan. Puratanya kita cuma boleh belanja sebanyak RM2083 sebulan. Lebih malang lagi, ikut kajian.. 60% daripada pesara berjaya menghabiskan wang kwsp mereka dalam masa 3 tahun pertama lepas bersara. So baki tu nak hidup macam mana? Takkan nak suruh anak kita sara..Diorang pun ada komitmen lain.. Kalau orang lain tak kisah. Aku kisah. Aku taknak anak-anak aku sara aku.

Sebab tu lah aku berusaha bersungguh-sungguh nak lari dari bergantung pada duit gaji semata-mata. Kalau sekarang aku kerja pun rasa susah. Nanti bila dah tak kerja tentu lebih susah. Aku sedang cuba berubah. Aku nak menukar cara pemikiran, cara berbelanja, cara hidup aku. Aku taknak miskin lepas pencen. Taknak menyusahkan anak-anak aku. Sebab tu aku tukar tempat berbelanja. Aku tukar jenama ubat gigi..aku tukar jenama berus gigi..semoga aku berjaya.

Ada sesiapa sanggup bertukar jenama? bertukar cara pemikiran? Bukan untuk kita..untuk wariskan pada anak-anak kita.

Tua yang bagaimana kita nak? Kita yang tentukan. What we choose today will determine what kind of life we have in future. Choose wisely.

Rabu

Hadiah Pemenang GA - Mode susah ati

Hari ni dapat email dari salah seorang pemenang GA OurkizunaStore yang lalu. Katanya hadiah tak sampai lagi!! Adeh..aku pos 10hb aritu..tapi guna pos biasa je. Husband yang tolong poskan. Tak sangka pulak tak sampai. Shah Alam ke Central Region je..takkan sampai sebulan POS Malaysia oii..Susah atinya...

Tiket murahan?

Satu ketika dulu di zaman remaja aku suka la jenis travel travel ni. Zaman tu kalau travel aku travel secara bimbo ryoko (pelancong miskin). Kalau omputeh diorang panggil backpackers kot naa..hehe..Masa skola skola.. peduli apa takat tido tak tentu hala tu kan..Kota London dan Paris adalah antara tempat yang aku sempat pergi masa study dulu. 

Ye la..masa tu kaya dengan duit scholarship. Aku simpan sikit-sikit. Masa cuti musim bunga, aku pun ambik flight MAS dari Jepun menuju ke Paris via Malaysia. Tiket tu open 3 bulan. So aku sempat balik rumah seminggu dua sebelum berangkat ke Paris. Nak dijadikan cerita, aku dengan member aku tu check in lambat. Seat kelas ekonomi yang sebelah menyebelah da abis. So diorang upgrade kitorang masuk ke business class. Haha..cam orang kaya pulak. Makanan mewah gilaaa.. Steward dengan stewardess semua ingatkan kami ni anak pilot. Cheit..

Dari Paris aku ke Kota London. Kemudian balik Malaysia dan terus berangkat ke Jepun semula. Harga tiketnya? Murah saja. Untuk open ticket 3 bulan tu cuma 900,000Yen. Kalau convert duit Malaysia dalam RM3k. Aku consider murah la kan..sebab kalau dari Malaysia ke Jepun saja pun cikai2 dalam RM2k. Dapat ke London dan Paris pulak..Bonuss bila dapat naik business class..Kenapa tiba2 aku bukak story melancong2 ni..Nak berlagak ke...takde lah. Aku nak share MAS punya deals.

Travel ke London from RM1609 saja. So kepada sesiapa yang da lama teringin nak ke tempat berlangsungnya the famous royal wedding tu cepat2 la book sebelum kehabisan. 

Isnin

Kejadian curi kereta

Assalamualaikum,

 

First of all aku nak mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Terutama cikgu-cikgu yang secara formal dan tak formal telah mengajar aku jadi manusia hari ini.

Hari ni aku terima email ni >>

Just last weekend on Friday night we parked in a public parking area. As we drove away I noticed a lipstick mark in the shape of a woman's lips on the front window of the car. We thought it was a joke and just laughed at it.

When I tried to wash it off, the marks didn't come easily as it was waterproof. Luckily my friends told me to get back into the car as it could be someone waiting for me to get out of the car. The very next day, I parked my car at the same parking area

and when we returned after our shopping, my car was missing. I had to make a police report the stolen car and forward an insurance claim .

 

Then we received this email yesterday:

WARNING FROM POLICE

THIS APPLIES TO BOTH WOMEN AND MEN

BEWARE OF LIPSTICK PRINTS ON THE FRONT OR BACK WINDOW OF

YOUR VEHICLE-- NEW WAY TO DO CARJACKINGS (NOT A JOKE)'

Heads up everyone! Please, keep this circulating..... You walk across the parking lot, unlock your car and get inside. When you get into your car, you notice a lipstick mark on the front or back windscreen. Many drivers do not take this seriously and end up just wiping those lipstick stains off. This is a new syndicate making their rounds in Malaysia . This lipstick stain is a marking for the syndicate members to identify which car to be stolen or car jacked. This new method has been discovered already in Penang , Malacca , KL and JB.

Be careful if you see the lipstick mark on your windscreen. This means your car has already been marked and could be

stolen from under your very eyes , even in the car park. You are advised not to leave your parking ticket in the car in any carpark and if you discover that your car had already been marked by the lipstick stain, please be advised to install a reputable alarm system in your car to deter the thieves.

BEWARE OF THIS NEW SCHEME THAT IS NOW BEING USED...

If you see a lipstick stain on your window, don't just ignore it.

Baru baru ni agen kereta aku suruh kitorang install security system pada kereta. Nak install tu mahal kemain. Tapi aku agak teruja dengan pakej yg disediakan. Huhu..duetnya saja tak mari nak install tu. Kalau keta hilang @ kena samun terus dapat RM5k. Dalam masa 48jam kalau tak silap aku diorg bagi RM10k pulak. Tapi dengar kata tak ada orang dapat RM10k tu sbb dengan kecanggihan alat yang di install kan tu. Kereta akan dapat dikesan dalam masa 24jam.Menarik kan..

Mengulangi kegilaan zaman remaja

Sejak zaman kolej lagi aku ni suka menonton drama. Especially drama Jepun dan Korea. Bila aku sambung study ke Jepun aku jarang miss tengok drama diorang. Kemudian bila aku kenal rapat dengan husband aku, aku gila online game macam Ragnarok dengan Gunbound. Aku suka sebab character dalam game tu comel kemain. Hehehe..Melalui game jugak aku menyatukan best friend aku dan bestfriend husband. Diorang kawin dulu dari kitorang. Tak aci gila okeh!!

Bila aku balik Malaysia aku menyambung kegilaan game aku tu dengan game PS2 husband. Aku suka gila main game macam Disgaea, Orochi dan banyak lagi. Banyak cd yang kitorg kumpul. Bila dah kawin kitorang stay up sampai jauh malam main PS2 sama-sama. Kalau esoknya Sabtu, sanggup tak tidur main game. Memang game addict gila la. Yang sedihnya bila Aqil lahir, PS2 tu rosak.

Now husband pun da beli PSP untuk ganti PS2 dia. Aku bengang je bila dia asyik main PSP dia sbb PSP bukan boleh main sama-sama macam PS2. Tu yang tak best tu. Tapi sepanjang hujung minggu baru ni husband teman aku sengeh2 tengok drama korea. Seronok juga sesekali mengulangi kegilaan zaman remaja kan..Stay up jejauh malam tengok drama. Haha..

Rabu

We love you both!





Anak kecil ibu dah berjalan~~. She can menapak a bit masa 9 bulan. Tapi tak berapa berani nak berjalan. Now dah makin jauh langkahannya. She's a good girl, tak banyak meragam dan buat perangai sejak dari lahir. However, jangan terpedaya dengan wajah innocent nya tu. Ada je kelakuannya yang buat ibu nak marah tapi tak jadi. She's sooo cute (hehehe..oyabaka desu~) Not to forget. This little girl sangat kuat makan. Ayah kata, sambil buat apa pun kalau suap makanan dia memang tak menolak. Haha..


Abang pulak lately sangattt manja. Ada tantrum sampai ibu pun tak tau dah nak handle macam mana. Takkan nak marah je kan.. Belajar gak sikit-sikit dari rancangan Nanny 911 kat NTV7 tu. Tapi biasa la.. Ibu dia lembut ati sangat. End up ambik masa sikit nak control dia. Aku pun dalam usaha nak mengawal perilaku aku sebagai ibu supaya takde marah-marah tinggi-tinggi suara kat anak-anak.

Selasa

Puding Cream Caramel

Cream Caramel Pudding
Haa..inilah rupa cream caramel pudding yang aku buat tu setelah ditelangkupkan ke dalam piring. Harganya? Cuma RM1.30/cups. Kalau dimakan sejuk2 memang boleh gian..anak-anak suka betul bila hidangkan puding ni.

Ahad

Pemenang GA OurkizunaStore telah dikenalpasti

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia. Juga kepada surirumah yang tak henti-henti bekerja memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih. Tamatlah sudah GA OurkizunaStore yang bermula pada 1hb April 2011. Saya dengan ini ingin mengumumkan pemenangnya.

Jeng jeng jeng...

Sorry saya tak pandai gimik..hehehe..

Pemenang 3 hadiah utama yang berupa Animal Children Cloth Book adalah....

Sila hantarkan alamat lengkap dan nombor telefon ke ourkizunastore@gmail.com secepat mungkin. Penghantaran hadiah pemenang akan dilakukan sebelum 10hb May 2011. 

Pemenang 2 hadiah saguhati yang berupa Voucher 20% untuk belian dia OurkizunaStore
(1) Salma
(2) Chara

Kepada semua peserta yang menyertai GA kali ini saya ucapkan ribuan terima kasih. Diharap tak serik menyertai GA OurkizunaStore lain kali. Insya allah dilain masa saya buat lagi. Kalau ada rezeki. :D

Senarai Peserta GA - STICKY POST

Please scroll down to read the latest entry. Thank you :D

Saya sungguh terkejut dan terharu atas kesudian ramai yang menyertai GA ourkizunastore kali ini. Saya akan senaraikan peserta GA yang menyertai kali ni. Kalau ada sesiapa yang tak tersenarai boleh tinggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak.

Bagi peserta GA yang saya dah check saya akan letak tanda "OK" ditepi nama mereka. Bagi yang tak menepati syarat, saya akan letak sebab. Supaya mereka boleh betulkan. Kalau belum letak apa2 maksudnya belum check.

Bagi yang ada masalah cepat-cepat betulkan. Ni minggu terakhir. 30hb April saya akan mulakan cabutan. Kaedahnya tulis nombor pada kertas dan cabut. Nombor pada senarai di bawah akan mewakili peserta. Peserta yang berjaya perlu hantar alamat mereka secepat mungkin untuk urusan penghantaran. Lambat sangat saya cabut nama orang lain. :D

Senarai
(1) Nadiah - OK
(3) Nana - OK
(4) Asleenda - OK
(5) Aleesya Mummy - OK
(6) Izan Ishak - OK
(7) ZaiKulim - OK
(8) Farhana - OK
(9) MamaDarwish - OK
(10) Mama Adam - OK
(12) Cempaka Kuning - OK
(13) Izzatul Iman - OK
(14) Cute Mum - OK
(15) Una - OK
(17) Mama Zakuan - OK
(18) Su - OK
(19) Mama Rifqy - OK
(20) Nana Kimie - OK
(21) Story of My life - OK
(22) Tie Fazati  - OK
(23) Cik Anna  - OK
(24) Anim - OK
(25) Fieda - OK
(26) Ika pukpuk - OK
(27) Mama Zhafran - OK
(28) Ummu Ukasyah - OK
(29) Nureen - OK
(30) Ummi Haza - OK
(31) Ummi Hanna Luqman - OK
(32) Cik Dya - OK
(33) Shima Salleh - OK
(34) Chara - OK
(35) Nur - OK
(36) Aisya - OK
(37) Yatie Chomeyl - OK
(38) Ogy - OK
(39) Mrs Fiza - OK
(40) Azni - OK
(41) Taufidris - OK
(42) Efi - OK
(43) Amor - OK
(44) Salma - OK
(45) Jieda - OK
(46) Yaya Azura - OK
(47) MRizal - OK
(48) Lulu Caldina - OK
(49) Akak Nora - OK
(50) Cik Dah Ganu Kiter - OK
(51) Eb Ezrin - OK
(52) ctnurkhijah - OK
(53) ct - OK
(54) Zie - OK
(55) IbuAleesya OK
(56) Jaa - Takde logo sidebar
(57) Mrs Asida - OK
(58) Makbed - OK
(59) Umie Roza - OK
(60) Fazzlim - OK
(61) Ibu Ayra - OK
(62) My Shaizhar - OK
(63) Butique4u - OK
(64) Rosilah - OK
(65) Azatie - OK
(66) Mas - OK
(67) Syuhada - OK
(68) EB - OK
(69) Mama Syima - OK
(70) Nini Hartini - OK
(71) Mama Balqis - OK
(72) Nisa' Pasir Gudang - OK
(73) Nadiah Sidek - OK
(74) Ayu Selalu - OK
(75) Transformed Housewife - OK
(76) Kyra Mom - OK
(77) Fiqaliqa - OK
(78) Ada Dalina - OK
(79) Sarah - OK
(80) Nur Fatin - OK
(81) Queen Pink - OK
(82) Golden Rose - OK
(83) Nea Flerida - OK
(84) Dilaz - OK (sorry tak tinggalkan komen kat blog..ada masalah dgn komen box.huhu)
(85) Mama Zakwan - OK
(86) Cik Puan Hady - OK
(87) UmmiLiza - OK
(88) Eita - OK
(89) Huda - OK
(90) Qieranna - OK
(91) Acu Atiq - OK
(92) Aien - OK

Alhamdulillah dah melawat hampir semua blog yang join GA kali ni. Terima kasih atas kesudian semua menyertai GA ourkizunastore ni.

Join Says.MY today and get REWARDED. Its FREE!!
SAYS.MY Birthday GIveaway 9 days left. HURRY~
What BERRY are you? Lets find out

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com