Sabtu

GA Final Day

Hari ni adalah final day untuk GA ourkizunastore!! Penyertaan terakhir adalah sebelum pukul 8 malam ni. Terima Kasih kepada sesiapa yang sudi menyertai GA ourkizunastore kali ini. Cabutan akan dibuat malam ni dan pengumuman pemenang adalah pada esok malam :D

Good luck semua!!

Isnin

Alhamdulillah :D

Jualan masa bukak booth kat Bangi tu aku kira menggalakkan walaupun aku sampai lambat. Acara bermula pukul 9. Peniaga lain katanya sampai dari seawal pukul 8 lagi nak setup booth. Aku sampai pukul 10.30. Siap bawak bebudak berdua tu lagi..haha..tapi alhamdulillah puding cups semuanya habis dijual. Tak banyak pun aku bawak  masa tu. Sebab tujuan aku bukanlah semata-mata pasal untung. Aku nak memperkenalkan akan kesedapan puding  caramel aku tu kepada warga bangi :D. Alhamdulillah. Ramai yang teruja dan ada yang call aku semalam dan pagi tadi nak buat tempahan puding.

Walau pun meniaga ni penat. Tapi seronok bila orang suka dengan apa yang kita jual kan..Open day tu officially habis pukul 5 petang. Tapi aku takut kalau lambat sangat nanti jem kat Puchong. So aku pun wrap booth pukul  4.30 petang. Dapat ramai kenalan yang meniaga pada hari tu dan dapat ramai pelanggan yang sukakan puding aku. Insya allah kalau UniKL buat open day lagi aku join lagi.

Berminat dengan puding caramel OurkizunaStore? Emailkan pada ourkizunastore@gmail.com

Rabu

UniKL MFI Open Day 2011

Esok aku bukak booth jual puding caramel, kek dan jugak cekelat di MFI Bangi (Ala yang dekat dengan Masjid Teras Jernang tu) Bermula pukul 9 pagi hingga ke pukul 5 petang. Apa yang menarik kat Open Day ni selain dari ada aku? hahaha..


Katanya ada MYTV3 dan jugak FREE drinks dari IndoCafe. So kepada sesiapa yang lalu lalang atau berdekatan dengan tempat kejadian mai la singgah merasa puding caramel ku yang lemak berkrim tu ya! Jangan lupa..booth no 14 :D

Sabtu

Saba Shioyaki - Mudah dan sihat

Saba yang belum dimasak
Saba ni diorang tangkap kat Laut Pasifik dalam kawasan perairan Jepun. Nama omputehnya mackerel. Kalau kat Malaysia orang panggil tenggiri biru. Badannya ada corak, berkilat takde sisik, isinya warna putih. Bila pegang rasa berminyak je. Antara ikan yang sangat kaya dengan DHA dan EPA.


Kandungan nutrition dalam 100gm saba mentah
calorie 230kcal
protein 19.8g
fat 16.5g
calcium 22mg
iron 1.5mg
Vitamin A 100IU
vitamin d 440IU
EPA 1210mg
DHA 1780mg

Kandungan EPA nya hampir 3 kali ganda lebih tinggi berbanding salmon. Manakala DHA nya pulak 2 kali ganda lebih tinggi. Saba juga kaya dengan Omega 3.

Ikan ni adalah antara ikan favourite aku masa kat jepun selain dari tuna dan jugak salmon. Rasanya sangat lemak Biasanya aku prefer saba shioyaki(grill) atau saba miso (rebus dengan miso) berbanding sushi atau sashimi sebab saba ni rasa ikannya agak kuat. Bila da abis makan pun duk rasa ikan dalam mulut. Sebab tu biasanya diorang serve saba dengan lemon untuk nak bagi kurang rasa hanyir ikan tu.

Saba kat Malaysia ni susah nak jumpa yang segar. Biasanya yang jual kat pasaraya tu yang frozen. Ada sorang nihonjin kat ofis aku ni kata dia biasa beli yang segar tapi tak pernah pulak aku jumpa. Maybe sebab aku tak pandai beza tenggiri Malaysia dengan ikan saba ni kot. Hehehe..Aku biasa beli saba kat Carrefour kat rumah tu dengan harga RM13.90 satu peket yang ada dua slice (sekor). Biasanya da takde tulang tengah siap2. Aritu pegi kat Jusco murah sikit RM11.90 brand yang sama. Kalau yang dalam peket murahan sikit dan rupa kureng sikit tu RM4.90 satu slice.

Cara memasak saba shioyaki ni mudah gile!! Insya allah fail safe dan akan jadi sesedap yang serve kat Japanese Restaurant tu.

Oven grill

Bahan-bahan
Ikan saba dicuci bersih
Garam
Tisu dapur
Lemon

Cara-cara
Lap ikan dengan tisu. Taburkan garam pada kedua belah ikan. Kemudian masuk dalam oven. Bakar pada suhu 180-200 darjah (bergantung pada jenis oven) lebih kurang 10 minit. Terbalikkan ikan dan bakar lebih kurang 5 minit atau sehingga masak. Bila nak makan perahkan lemon. Saba shioyaki ni sedap dimakan dengan nasi panas. Nak pan fry boleh jugak. Tak perlu letak minyak sbb saba ni banyak lemak. Kalau rasa-rasa takut melekat, letak sikittt je minyak.

Senang je kan..selamat mencuba!

Jumaat

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


Klik banner utk join

Jom sertai segmen BEN ASHAARI GEGARR LAGI

Caranya mudah jee
Sila letak header
Tajuk : BEN ASHAARI GEGAR LAGI dan linkkan ke entri ini
Lagi ?? tu jeee.. tak susah ponnnn .. kan kan ?

Khamis

Diabetes penyakit zaman moden

Da lama tak menulis pasal pengambilan supplement. Baru-baru ni aku dapat tau makcik sebelah mak aku nak kena cucuk insulin setiap hari. Dengar kata level gula dia da 19 sekarang ni. Makcik aku tu adik bongsu mak aku. Kira-kira 40an umurnya. Aku terkejut dan tak terkejut sebenarnya. Hehehe..

Aku tak terkejut sebab family belah mak aku memang ada history diabetes Tapi aku terkejut level gula makcik aku sampai 19, tapi makcik aku tu memang nampak sihat dan ceria je.Makcik aku tu bukan gemuk pun. Family belah mak aku ni semuanya selim melim. Takde kes obesiti ke overweight ke.

Zaman sekarang ni kita tengok orang tu tak sakit, tapi tak semestinya dia sihat kan.. dan orang kurus tak semestinya takkan dapat penyakit kencing manis. Malah, masa aku borak dengan dia tu dia da 3 bulan makan ubat kurangkan kolestrol. Semua tu penyakit gaya hidup. Kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi..penyakit yang berpunca dari pemakanan dan gaya hidup yang tak sihat. So kalau dah terkena penyakit ni jangan harap boleh jadi orang sihat semula hanya dengan makan ubat yang doktor bagi.


Kalau selama ni malas nak bersenam, dah mula kena berjinak-jinak dengan senaman. Tak perlu masuk gym. Berjalan pun satu senaman. Makan pun kena berpantang. Kalau selama ni apa melintas semua pun bedal, bila da sakit nak kena jaga-jaga. Fast food is a BIGG NO.Kalau selama ni tak suka sayur dah kena ambik extra sayur. Kalau tak pernah ambik supplement, aku cadangkan ambik supplement.


Sebab ubatan yang doktor prescribe biasanya ada kesan sampingan. Even makan panadol selalu pun boleh bagi beban berlebihan pada buah pinggang. So, elok amalkan makan supplement. Tapi still tak boleh tinggal ubat yang doktor bagi ok. untuk kes macam makcik aku ni, aku cadangkan supaya dia ambik
b complex - bantu pecahkan gula dalam darah supaya jadi tenaga. Ini sekali gus boleh bantu menurunkan kadar gula dalam darah.setiap 4 jam ambik 2-3 bijik..
lecithin e - vitamin e adalah sangat essential untuk orang yang diabetes sebab vitamin e ni membantu menggalakkan rembesan insulin. Lecithin penting untuk emulsify lemak supaya mudah untuk disingkirkan dari tubuh. pstt..sapa yang nak buah lemak berlebihan boleh la cuba2 ambik lecithin e.
bio c - vitamin c ni banyak fungsinya. Salah satu darinya adalah untuk bantu fungsi buah pinggang, lembutkan salur darah. bagi orang yg hari-hari makan ubat, wajib ambik vitamin c agar buah pinggang tak rosak.


tapi jangan expect akan nampak kesan dalam masa 2-3 hari sebab supplement bukan macam ubat. Kalau diambil secara konsisten, biasanya boleh nampak kesan dalam masa 2-3 minggu bergantung pada individu. Ada jugak yang ambik masa sebulan baru nampak perubahan. Bagaimana pun, JANGAN abaikan ubat yang doktor bagi. Doktor akan beritahu bila tak perlu makan ubat lagi dah.

** Pengambilan insulin pada jangka masa panjang boleh menyebabkan high/low blood pressure. No wonder la kalau mula-mula orang sakit kencing manis..makan ubat dapat darah tinggi pulak..Apa la agaknya side effect ubat selesema selain dari mengantuk..Scary kan...

Isnin

Aktiviti memasak dihujung minggu

Tuna Mayo Onigiri - bugil

Tuna Mayo with nori

Saba (Blue mackerel) sebelum dibakar

Saba Shioyaki (Grill - sedap gila..bulih gian)

Atiqah tido bersama onigiri :P
Since aku baru je dapat payment untuk last year punya tax return aku pun ajak encik hubby bersopping sakan kat Jusco masa hari Jumaat tu. Setelah sekian lama aku menyekat nafsu sopping ku. Walau pun aku ni bukan kaki shopping, tapi sesekali tu nak jugak la pampered diri sendiri. So jumaat malam tu hubby ajak pegi Jusco Bukit Tinggi. Lambat sikit keluar sebab tetiba je hujan lebat. Tapi sebab semangat nak membuang duet tu membuak-buak aku pun redah je.

Sampai kat Jusco da agak lewat. Aku bukan shopping apa sangat. Aku da lama teringin nak makan Japanese food. Nak makan kat kedai banyak yang serve alco. So aku tak berani sangat nak pegi. So aku beli la beras Nishiki yang berharga RM27.50 untuk 2.5kg. My my.. kalau biasa memang aku terasa pembaziran ya amat. Bayangkan la dengan duit tu boleh beli 10kg beras cap rambutan. Siap berbalance lagi kan..Hehehe.. Kemudian aku beli barang-barang nak buat saba shioyaki (mackerel bakar), zaru soba dan jugak tenpura. Ekceli hubby suruh ambik barang nak buat okonomiyaki sekali tapi banyak yang tak cukup. susah betul nak carik aonori dengan sos burudoggu tu. Maybe Jusco da tak jual sangat sebab tak mendapat sambutan kot kan..

Habis bershopping bagai ingat nak makan dalam Jusco je. Tapi banyak kedai da tutup. So kitorang balik makan kat kedai dalam kawasan rumah je. Sabtu pulak aku buat onigiri untuk breakfast. Tengah hari pegi swimming kat Pusat Akuatik Shah Alam. Makan laksa utara di Seksyen 17 dan kemudian balik tu aku buat Tendon (Tenpura don) untuk dinner dan saba shioyaki. Aku cakap kat hubby minggu ni minggu Japanese. Tapi kendian aku nyesal sebab terasa malas nak memasak pulak.Haha..

Btw hari sabtu tu aku membeli belah barangan penjagaan muka. Aku da zaman berzaman tak cuci muka dengan proper. Apa lagi tepek2 losyen ke bedak kat muka aku ni. Kononnya tak sempat. Tapi sebenarnya malassss. So, memandangkan hubby da beberapa kali menegur akan kondisi kulit muka aku yang da nampak jeragat, black heads dan juga liang roma yang membesar disamping kedutan yang mula mengganas..Aku pun mengalah dan spend sikit untuk beli barangan kechantikan ituhh.. :P So aku da ambik gambar sebelum malam tadi. Lepas 2-3 minggu aku nak ambik gamba selepas pulak. Tunggguuuuu~

Jumaat

Says.MY birthday GIVEAWAY~

Says.My ni ala-ala ChurpChurp. Diorang bagi campaign per click. Satu click 20 sen. Satu referal singgit. Selain tu, dengan buat poll dan jawab poll datang point yang boleh convert jadi uwang. Just promote link yang diorang bagi melalui Facebook, twitter, email, blog...mana-mana lah. Yang penting PROMOTE. Untuk join FREE saja. Klik sini utk JOIN

Dan lebih menarik lagi Says.My sedang mengadakan Birthday Giveaway sempena anniversary mereka yang ketiga. Antara hadiah hebat yang diorang offer adalah seperti Macbook Air, Samsung Plasma TV, iPhone 4, Canon SLR, iPad 2, Lomokit, trip to South Korea, IKEA room makeover, front row tickets to Justin Bieber's concert, shopping sprees to TopShop, Forever21, MNG etc...  More about SAYS.MY birthday give away HERE

Antara Hadiah yang diorang offer. Setiap hari ada pemenang..So cepat JOIN dan PROMOTE





Antara pilihan hatiku


Khamis

OurKizunaStore New products


Antara product baru OukizunaStore
Bagi belian sepanjang bulan April, anda mungkin berpeluang menerima hadiah MISTERI dari OurKizunaStore. Setiap belian bernilai RM10, anda layak mendapat satu penyertaan. Bermakna, RM30=3 penyertaan. Tingkatkan peluang anda. Sementara stok masih ada.

Sebarang pertanyaan hubungi ourkizunastore@gmail.com.

**tidak termasuk shipping fee :D

Selasa

Atiqah almost 10 bulan

Asyik senyum je dak kecik nih kan..
Princess ibu ni da nak masuk 10 bulan. Kalau Aqil dulu aku consider aku agak rajin nak update perkembangan anak di blog. Tapi sekarang ni aku cam malas-malas gitu..Hehehe.. Tapi untuk ingatan aku di masa depan aku mewajibkan diri aku update. At least bila baca balik aku boleh sengeh sorang2.. :P


Tengoklah gaya tidurnya tu..Tak macam perempuan melayu terakhir langsung..hehe..
Atiqah definitely lebih aktif dari abang masa kecik. Abang aktif jugak, tapi Atiqah sangat sangat buahhhhhsss
(1) Meniarap umur dua bulan
(2) Seret dada kejap je, 6 bulan+ merangkak, 7 bulan+ mula meniti
(3) 8 bulan+ da pandai berdiri sendiri kalau tak perasan, tapi tak confident
(4) Suka ikut orang menyanyi
(5) Bila orang tunjuk-tunjuk dia pun nak tuding jari jugak - 8 bulan+
(6) Tetiba je dia tepuk tangan bila dengar melodi - 9 bulan+
(7) Sometimes dia mumle something like "anakk" (taknak..perhaps), "abang", "ayah"..sadly anak-anak ibu selalu lambat nak pandai sebut ibu. Abang pun still lagi tersasul panggil ibu >> Yah yah..haizzz..
(8) Tumbuh gigi - 2 batang gigi bawah batch pertama seminggu sebelum cukup bulan
(9) Second batch - 2 batang gigi atas masa umur 8-9 bulan. Unlike abang si kecik ni sangat kuat makan dan jarang menolak bila orang sua makanan. Kalau Aqil dulu, selain dari mak ayah dia bagi dia tak berapa nak bukak mulut.
(10) Seminggu ni sangat manja dengan ayah..sanggup hisap lengan ayah, punyelah nak tidur dengan ayah. Jeles ibu sebab selama ni dia anak ibu. Huhu..

Semoga adik membesar menjadi wanita yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat. Insya allah.

Ahad

Nasi Daging 15minit


Cashew nut nya terhangus sikit la pulak. Hehe..Nasi daging ni aku masak lebih kurang 15-20minit je. Tak termasuk masa menyediakan bahannya. Rebus daging hingga lembut 8minit. Lebih kurang 5minit untuk tumis bahan perencah. 7minit lagi untuk masak nasi. Semuanya dalam periuk yang sama. Resepinya aku ambil dari majalah rasa. 

Sebelum ni guna perencah nasi daging cap Iman tu. Tapi rasa cam mahal sangatlah RM5 untuk sikit je. Belek-belek majalah rasa yang hubby belikan masa nak bersalin aritu ada pulak resepi nasi daging kebuli. Mudah je pulak tu. Ni aku guna beras biasa. Kalau guna beras basmathi lagi sedap. Carrot dengan kentang pun terasa manisnya. Masa masak pun jimat sebab nak tunggu daging empuk tu biasanya berjam-jam. Guna high pressure nyet kejap je. So rajin lah aku nak memasaknya sebab mudah dan cepat.

Jumaat

Cerita kotor

Lepas korang qada' hajat tak kira la hajat yang besar ke kecit ke..nak flush tu korang tutup penutup toilet tu tak? Sebab aku tau ada sesetengah orang yang tak tutup. Bukan kenapa, kalau tak tutup takut-takut daya air flush tu terpercik kat baju (kan ke baru melepas kan..) Kira cam terkena najis la.. So baju tu tak boleh bawak semayang. Kalau bawak gak, takut tak sah pulak solatnya.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com