Isnin

Pemandu kurang ajar!

Gamba lama-lama sebab aku malas nak upload
Tajuk hujung minggu..tapi entrynya tulis hari Isnin.Hehehe..Aku memang tak berapa nak rajin update entry weekend. Sibuk dengan aktiviti bersama anak-anak. Hari sabtu aku pergi ke Sunway Pyramid, konon nak jengah-jengah konsert Faizal Tahir dengan Adibah Noor. Tapi tak beli tiket awal-awal..So tak merasa tengok Adibah Noor nyanyi LIVE. Padan ngan muka aku.

Kitorg just pergi MAXIS utk discontinue dan register broadband special price utk special member. Cewah.. Lepas habis tu terus nak balik. Tiba-tiba kat parking lot aku dgn adik kena sondol dengan kereta yang mengundur. Berdebuk debak jantung aku masa tu. Nasib baik adik tak apa-apa. Aku pun tak apa-apa la of course.

Hari ahad pulak kami melepak kat Tasik sambil makan aiskrim. Mulanya ingat nak bagi roti kat ikan, rupanya ikan da kekenyangan sebab banyak sangat roti yg diorg baling. Da beberapa minggu aku tak berbisnes waktu hujung minggu. Jangan lah aku lemah semangat pulak.

Jumaat

Ada apa dengan C

Sejak-sejak terjebak dengan pemakanan supplement nutrilite ni aku rajin la sangat men"google' pelbagai info berkaitan pemakanan ke arah tubuh yang lebih sihat. Salah satu supplement nutrilite yang paling aku suka adalah Bio-C. Kalau perasan namanya Bio-C instead of Vitamin C.hehehe.. Bio tu adalah sebab supplement vitamin C keluaran nutrilite ni mengandungi bio-flavonoid yang di derive dari buah pulpa lemon (yang putih-putih tu). Manakala vitamin C yang terkandung dalam Bio-C ni adalah di extract dari pekatan buah ceri acerola yang terkenal sangatt kaya dengan vitamin c. Ikut instruction makan memang dia suruh telan, tapi aku pernah la cuba-cuba hisap. Rasanya masam+pahit. Ada sorang pakcik tu beritahu aku vitamin c memang sepatutnya masam, sebab tu lagi masam buah lagi banyak vitamin c. yang pahit tu pulak adalah dari bio-flavonoid yang di derive dari lemon tadi tu.


Rupa acerola cherry masak


Buah yang da masak manis rasanya sebab vitamin c da berubah jadi gula. Sebab tu peladang-peladang nutrilite ambik ceri acerola tu masa belum masak sebab kalau da masak vitamin c nya da makin kurang.


Aku bukan jenis rajin makan supplement unless aku nampak perubahan pada diri aku lepas makan supplement tu. sebab tu bila orang suggest kat aku apa2 jenis supplement, aku cuba, lepas beberapa ketika aku tengok takde perubahan positif aku pun malasss nak continue. terbengkalai la supplement tu. So perkara yang menyebabkan aku ni sungguh suka nak menelan berbiji-biji Bio-C nutrilite ni setiap hari adalah kerana aku rasa banyak perubahan positif yang aku rasa selepas consume benda ni..Antaranya adalah aku ni ada sipi-sipi kena resdung (family trait ). Bila kena selesema je mesti parah gila boleh sampai berminggu-minggu tak baik-baik. Sampai ada ketika aku ada bau busuk kat hidung aku. Horror kan..hehehe..Bila aku start makan Bio-C ni bila tekak mula gatal ke, mula bersin-bersin sikit, aku terus ambik extra dose. Kalau biasa ambik sebijik sekali, aku ambik 3-4 biji - 3 kali sehari sampai simptom reda. Last sekali aku kena selesema aku tak pegi klinik, aku just ambik extra dose Bio-C. Hari keempat aku fully recover tanpa perlu makan piriton.


Selain tu someone yang aku kenal ada masalah batu karang (yg kecik2). So aku cuba bagi dia makan Bio-C di samping bagi minum jus lemon segar+olive oil. Since then memang takde masalah tu. Aku pun terkejut gak sebenarnya sbb tak sangka berkesan. Tapi till date si polan itu masih meneruskan ambik Bio-C.


Dan antara yang menggembirakan aku dan menambah kerajinan aku nak makan Bio-C ni adalahhh tekstur kulit aku semakin baik sejak amalkan makan Bio-C 2 biji 3 kali sehari (kadang-kadang missed jugak..hihi..tapi biasanya paling sikit pun 4 biji sehari..) Setiap tablet mengandungi 250mg vitamin c. so 4 biji tu dapat 1000mg la..Cik Abang pun tegur tentang kulit ku itu.Istiqamah la nampaknya sbb aku dari dulu lagi ada masalah kulit kering melampau.

Nanti bila-bila aku rajin aku sambung tentang kebaikan lain vitamin c secara general. Insya allah.

MAAF~~

Assalamualaikum kawan-kawan alam maya yang membaca dan meninggalkan komen pada entry saya. Saya sangat-sangat minta maaf sebab macam tak bertanggungjawab pulak orang tinggal komen saya tak reply.huhu..

yang pertama - saya tak dapat nak reply komen dari opis sebab opis block blogspot (tapi saya pelik sbb nak masuk dashboard utk update blog bole la pulak..)
yang kedua - saya masih menjelajah blog kawan-kawan yang biasa mengkomen, cuma tak dapat nak tinggalkan komen sbb saya baca through google reader (ada cara tak untuk komen tanpa masuk ke blog??)

kepada yang nak bertanya apa-apa berkaitan penyusuan susu ibu ke saja nak tanya khabar ke boleh terus email saya ke kesoma.rai@gmail.com.

Lepas2 ni saya akan cuba sedaya upaya untuk reply komen sebaik mungkin. Doakan semoga saya tidak dijangkiti penyakit lupa sebaik saja sampai di rumah..

Sekali lagi, saya nak ucapkan terima kasih kepada pembaca blog saya yang sudi menyinggah membaca kisah keluarga saya (hihi..perasan) dan meninggalkan komen..

UPDATE - Just realized that ghupenya saya boleh get through to blogspot from my PC in office. Cpat2 reply komen sebelum kantoi ngan IT...hahaha..

Berita Keluarga Ourkizuna

Hampir masuk bulan March 2011. Anak-anak yang sedang membesar semakin membuas dan makin sukar nak dibendung. Mainan diorang pun nak kena keluarkan sikit sikit kalau tidak habis bersepah satu rumah. Nak pijak lantai pun susah. Nak update blog bukan takde masa. Masa tu ada je yang terluang tapi malas nak menaip. Ni baru cuba-cuba belajar update guna email.hahaha..sungguh terlambat okeh!

Sikit update tentang perkembangan ahli keluarga kami

Atiqah Damia (8bulan)
Ciri-ciri - Mata bling bling bila teruja nampak makanan atau permainan baru abang. Masa lahir sepet je, skang nampak macam makin membolatt matanya.
Kebolehan - Merangkak, meniti, duduk di mana mana bahagian tebing dan sudut meja, pandai panjat tak pandai turun, ketua dalam aktiviti buat sepah terutamanya sepahkan majalah kesayangan ibu
Kelebihan - Pandai buat muka innocent lepas buat salah


Aqil Mubarak (2tahun 5bulan)
Ciri-ciri - Sangat brotherly sejak adik da makin besar, tak boleh tinggal adik dan bawa dia sahaja. Confirm nanges mendayu-dayu suruh
ambik adik bawak sekali. Kalau ayah belikan mainan yg jenis bergerak mula-mula mesti takut2..lepas tu main sampai abis bateri.
Kebolehan - Berlari dengan beria ria sambil hayun tangan macam ibu (hahaha), melompat dan mula menambah vocabulary. Sangat pandai
mengajuk bila orang bercakap. Lagi2 kalau ibu dia membebel.
Kelebihan - Pandai posing masa bergambar. tapi ibu dia malas nak upload gamba ke PC (boleh?)


Kami suami isteri sihat sejahtera, cuma sesekali lelah dengan pelbagai telatah tak disangka anak-anak. Terhibur sebenarnya..hehehe..
Saya masih menyusukan Atiqah Damia dan Aqil Mubarak sepenuhnya. Aqil dah tak minum susu through bottle. Hanya direct feeding. Jika sebelum ni saya kurang yakin dengan penggunaan supplement dalam menambah pengeluaran dan kualiti susu. Setelah mencuba Nutrilite ni alhamdulillah susu nampak semakin pekat dan banyak. Kalau dulu selesema payah nak baik, sejak mengamalkan extra dose Bio C bila tekak mula gatal, kurang dah soksek soksek. Saya pun da lama tak bergantung pada ubat selesema dari doktor.

Since entry ni yang pertama untuk tahun 2011, saya nak meluahkan harapan untuk tahun 2011 ni. hehehe..terlambatnyaaa.. Semoga
perniagaan kami akan lebih berjaya dalam tahun ini dan kami sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya disepanjang tahun ini.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com