Khamis

Lagi kes anak lemas dalam kereta. Aku marah gila ngan mak budak ni

Semalam keluar lagi satu berita pasal kes budak lemas dalam kereta selama 6 jam. Jumpa dah lembik. Mulut berbuih. Aku hairan pun ada jugak pada mak bapak yang cuai macam ni. Biarlah kalau anak tu umur 17 tahun sekali pun. Jangan la dibiarkan tidur dalam kereta. Kerja boleh cari. Anak tu amanah tau. Apa nak jawab kat akhirat nanti bila Allah tanya kat kita pasal kita cuai sampai meragut nyawa anak sendiri?

Aku tau aku pun manusia biasa. Ada jugak masa-masa aku cuai. Aqil hilang kejap dalam supermarket. Aqil panjat itu ini. Aku pun banyak kali dah kena marah dengan husband aku pasal ni. Insya allah aku cuba beringat selalu pasal hal-hal macam ni.

Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaannya budak tu duduk dalam kereta selama enam jam. Sebagai ibu aku rasa aku makin sensitip bab-bab kecuaian macam ni. Memang muka aku cam kijam sikit. Tapi dalam hati ada taman.. :P Tolonglah ambil iktibar. Aqil dengan Damia selalu jugak tidur bila kitorang sampai kat satu-satu destinasi. Kitorang belum pernah lagi tinggal budak berdua tu dalam kereta. Kalau dedua tidur, aku dukung Damia. Aqil aku kejutkan atau baringkan dia dalam kereta. Maybe orang nampak macam kitorang ni mak bapak kejam sebab Aqil da tinggi. So tidur dalam stroller memang nampak sangat tak selesa. Tapi aku rela orang kutuk aku macam tu dari aku ambik risiko kehilangan dua orang permata hati kami.

Kepada mak bapak dan bakal mak bapak. Don't take things for granted. Any possibilities that may harm your kids is consider harm. Jangan sampai menyesal. Sama-samalah kita ingat mengingatkan antara satu sama lain.

10 comments:

Cik Puan Bunga berkata... [Reply]

Sejak adam dijumpai berlegar2 tepi jalan raya depan rumah memang sentiasa beringatlah benda2 macam ni... kdg2 geram dengan parents yang cuai macam ni, macam takde otak pun ada. benda2 mcm ni janganlah dipandang remeh. haih!

Unknown berkata... [Reply]

tu lah..biasanya mentaliti "takpe" tu yg buat jadi macam ni.. biasanya diorang kata "takpe, kejap je" lepas tu lupa..niaya kat anak..emo plak..hehe..

Norhisham Nordin berkata... [Reply]

semua itu telah ditakdirkan...

Segmen Simple : Jom Komen Entry Saya

Unknown berkata... [Reply]

hisham,
betul..takdir..tapi kita mana nak tau akan terjadi macam tu..so sebaik-baiknya sentiasa berhati-hati lah..

Unknown berkata... [Reply]

berapa umur budak tu ek...jadi parents zaman skrg ni kena extra hati2 sikit..byk bendatak elok boleh berlaku

Unknown berkata... [Reply]

budak tu 10 tahun kalau tak silap.. pelik gak sebab tak pandai nak bukak pintu kete..tapi tak tau la mcm mana keadaannya..da la mmg panas sekarang ni..kesian..

syuxer berkata... [Reply]

oh tidak..6 jam terkurung dalam kereta boleh bagi kepanasan melampau bahkan lemas..x boleh nak bayangkan huhu dengan cuaca x menentu huhu

Unknown berkata... [Reply]

kita yg dah tua ni pun masuk keta bahang tak dan 5 minit da mcm nak pengsan..inikan pulak 6 jam.. tapi skang aku tiba2 terpk..budak ni kan skola..cikgu tak call mak dia ke tanya apesal budak ni tak masuk kelas..haihh..

Ilyana berkata... [Reply]

berita sebelum tu baby 4bulan mati tersedak susu.

ngerinya.. mintak dijauhkan benda2 mcm ni.

Unknown berkata... [Reply]

aah..baca gak tadi..kesian mak bapak budak tu..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com