Sabtu

Website payah nak handle

Yang pertama sekali aku tertarik dengan entry Kak Yong pasal blogwalking palsu orang pemalas. Suatu ketika dulu, masa mula-mula berblogging aku pun gila nak up traffic jugak. Jalan la sana sini. Baru anak satu la kata kan..hehehe. Makin lama aku makin tak suka nak blogwalking sebab aku lebih suka jadi silent reader dan aku memang tak pandai bab-bab komen tak berapa nak ikhlas ni. 

Sejak akhir-akhir ni, (sejak aku bukak OurkizunaStore) aku penah gak cuba-cuba blogwalking, tapi aku jadi malas bila kebanyakan blog yang aku pegi payah nak loading dan payah nak handle. Bila da loading tu nak scroll sikit punya payah. Macam-macam benda bubuh situ. Sarat kemain. Tersangkut-sangkut. Lastnya aku pun malas nak layan. Maklumla, aku dah la tak rajin sangat. Budak-budak berdua tu pun kadang-kadang ada je halnya.

Apatah lagi aku tak berani nak tinggal sangat Aqil dengan adik dia. Aritu aku tinggalkan kejap masukkan baju dalam washing machine, aku datang balik tengok Aqil da duduk atas adik dia sambil tekap bantal kat muka adik. Bayangkan la macam mana panic nya aku sebab Atiqah pun tak nangis ke apa. Senyapppp jeee.. Berlari aku selamatkan adik. Alhamdulillah tak apa-apa. Aku tak salahkan Aqil sebab dia baru masuk dua tahun. Budak kecik..mana tau apa. Dia tau cuma nak ajak main.

Eh melalut daa..hehe..So sekarang ni, aku memang update blog aku mengikut kesempatan dan kerajinan aku. Blog ni untuk pembacaan semula aku bila anak-anak makin membesar. Hish cam malu pulak nak bagi anak-anak baca benda yang karut-marut aku tulis ni..hahaha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com