Selasa

Nuffnang Ad

Menyampah aku dengan Nuffnang. Iklan dia jalan je tapi takde campaign jalan.. Dengan kata lain, duit tak jalan. Padahal unique visitor aku da melayakkan aku dapat campaign. Aritu masa tak selalu sangat update pun dapat je campaign. Hampeh gila..So aku pun buang Ad Nuffnang dari 2 blog aku. Hahahahha.. Cuma satu je aku tinggalkan dengan harapan dia akan bergerak satu hari nanti.. >_<

Nak join innity masih tak layak la pulak kan...

Apa pun sekarang ni aku perasan yang blogger da ada features baru yang sangat menarik! "Stats" Boleh check berapa ramai pengunjung, datang dari mana, keyword apa yang orang search untuk sampai ke blog kita. So nak tangkap pengunjung blog pun akan lebih mudah kan..Harap-harap laa...Nak update pun tenggelam timbul kata orang tu kan..Heheheh..

Khamis

Kini memasak lebih cepat dan mudah



Inilah rupanya pressure cooker kami. Sejak-sejak beli multifunction pressure cooker ni macam-macam permintaan. Multifunction la katakan..Lagi-lagi di bulan ramadhan ni. Nasi beriyani, nasi tomato, nasi daging, tom yam, sup. Bila adik-adik datang nak makan berbuka sekali pun senang sebab saiznya besar. Bole masak banyak-banyak. Lagi pun rasanya pun preserve. Cam kalau masuk lobak merah dengan kentang tu, terasa lagi manisnya. 

nanti lain kali tepek gambar masakan pulak..ngantuk sangat dah ni..

Dapat pulak hadiah ni..
sapa-sapa berminat hubungi saya..hehehe..

Selasa

Ramadhan kali ni

Puasa kali ni agak mencabar bagi aku sebab aku breastfeed untuk dua orang. Lagi-lagi bila cuti hujung minggu, lepas si abang, adik, lepas tu bila abang tengok adik duk mamam dia pun claim mamam dia. Tak sempat tengah hari aku dah kebuluran. Bila difikirkan balik memang boleh buka puasa, tapi puasa tahun lepas pun aku tak sempat nak ganti sebab baru lepas bersalin aritu. So nanti takut pulak banyak nak kena ganti. Lagi pun bukan aku tak larat sangat, boleh je digagahkan. Production setakat bulan puasa ni pun alhamdulillah. Berkat menyusukan dua orang, agak melimpah ruah jugak production walau pun ada sekali aritu aku tak sempat nak bersahur. Siap dapat satu extra bekas untuk stok lagi.Lagi pun aku pam untuk atiqah sorang je, aqil da tak berapa nak minum susu dari botol. Paling-paling pun dia minum susu kotak dari dalam cawan.

Petang aku dengan hubby gilir-gilir masak sambil jaga anak-anak untuk bukak puasa. Thanks to Noxxa Multifunction pressure cooker yang baru beli tu. Masak nasik beriyani pun 7 minit je, lembutkan daging pun kurang 10 minit. Penyediaan bahan pulak yang terlebih lama..Kebetulannya aqil suka makan nasik warna warni, memang senang sangatla bila ada periuk tu. Potong semua bahan, campak je dalam tu. 7 minit siap. Puasa kali ni banyak jugak resepi yang sempat kami cuba. Nasi beriyani, nasi tomato, nasi daging..tomyam pun masak dalam tu. Heavy duty sungguh.. 
Bila sahur pulak aku cuma panaskan lauk buka puasa. Makan pun berdua je. Malas nak masak lain (Mengantuk satu hal) Sudah la sejak ada dua orang anak ni, aku tidur malam tak macam dulu. Sama ada aku kejap-kejap terjaga sebab anak-anak bergilir-gilir nak menyusu atau pun aku memang pitam langsung. Ada sekali tu aku bangun pagi tengok aqil dengan atiqah da bertukar tempat. Nasib baik aqil tak tindih je adik dia.

Puasa tahun ni genap aqil 2 tahun. Ayah dia buatkan birthday cake untuk dia. Aqil makan sikit je. Sudahnya ibu dengan ayah yang kena habiskan. Aqil da makin banyak bercakap walau pun kadang-kadang Tuhan aje yang tahu apa yang dia cakap. Bahasa jerman tak jerman, nak kata jepun pun bukan. Hehehe. Atiqah pulak da boleh nak pusing ke kiri ke kanan sikit-sikit. Suka nak bercakap bahasa dia, lepas tu banyak sangat cakap mula la haus. Tidur malam Aqil banyak berjaga berbanding adik dia.Atiqah kalau da tidur malam, sampai ibu yang kena kejut dia nak minum susu.

Aku pulak risau perut belum ada tanda-tanda nak kembali pasa saiz yang normal walau pun berat aku da normal balik. Padan muka aku. Jangan kata berbengkung, sapu lotion nak bagi turun bumpy2 tu pun malas. Takpe la..azam lepas puasa.Hehehehe~

Ahad

Birthday Mubarak


Hari ni genaplah umur Aqil 2 tahun kalau ikut bulan Islam. Genap jugaklah dua tahun aku jadi ibu. Tak sangka, sekejap je masa berlalu. Kalau belek-belek video masa Aqil meniarap, merangkak dulu rasa cam baru je. Teringat lagi masa mula-mula aku dapat berita yang aku kena bersalin hari tu jugak, tak boleh tunggu-tunggu dah. Sehari semalam aku tertidur sebab ubat bius masa operation.

Sejak dah ada adik ni, aku tengok Aqil makin pandai berdikari. Malah perkembangan dia sangat rapid dalam jangka masa dua bulan lebih ni. Makin banyak cakap. Dah mula terserlah sikap ke"abang"annya tu. Kalau Atiqah menangis cepat-cepat datang nak pujuk. Tolong suap susu kat adik waktu ibu takde (walau pun kadang-kadang botol tu sumbat dalam mulut dia jugak) Kadang-kadang sibuk jugak nak riba Atiqah, nak bagi mamam dia (siap selak-selak baju lagi)

Antara telatah Aqil yang lain
Bila ibu atau ayah sebut "Mubarak..mubarak" Aqil pun sambut "Abiyak..abiyak"
Benda apa pun bole jadi telefon, dengan tali car seat Atiqah pun borak
Suka sangat tengok cerita Madagascar sampai hafal dah scene dia dan da bole pick up sikit-sikit apa yang binatang-binatang dalam tu sebut
Bila denga lagu "I like to move it move it" je mesti nak goyang punggung

Aqil still breastfeed lagi dan aku belum ada plan nak stop buat masa sekarang. Ramai sedara mara yang tau aku still tak wean Aqil duk bagi signal suruh berenti.  Aku pun signal balik yang aku belum plan nak stop. Nasib baik husband aku tak kisah. Apa pun keputusan aku dia akan tetap menyokong.

Sebenarnya pernah jugak sekali dua aku terfikir nak wean kan Aqil, tapi pasal tu lain kali aku cerita.

Khamis

Beg idaman


Nak dekat raya ni gatal tangan nak beli beg baru...    

Ada banyak lagi pilihan beg dan aksesori menarik di kedai kami. Sempena hari raya ni apa salahnya melaram dengan barang baru.

http://ourkizunastore.blogspot.com

Rabu

Bagaimana merancang percutian

Masa study dulu aku sangat suka nak pergi bercuti. Konon-konon hobi melancong la ni..Gatal je tangan aku buang duit nak berjalan-jalan ke sana sini. Aku sanggup buang duit pergi jalan-jalan dari spend duit beli baju mahal-mahal. (Tu yang mak aku bising sebab anak dia berserabai je..) Part yang aku paling suka pasal bercuti ni adalah pasal planning. Aku tak suka pergi jalan-jalan sorang-sorang. Samishi gila kalau pergi sorang-sorang atau pun berdua je. Luckily husband aku sama macam aku. Even masa aku pergi honeymoon lepas kahwin pun kitorang ajak satu couple lagi pegi ngan kitorang. Jimat pun jimat. Seronok pulak tu.

Aku bukan tak suka percutian atau honeymoon yang luxury, tapi bagi aku asalkan selesa dan seronok. Perkara yang aku titik beratkan bila bercuti adalah transportation, accomodation dan juga schedule untuk aktiviti.

Aktiviti
Biasanya sebelum decide nak pergi mana untuk bercuti aku akan check kat mana tempat yang ada aktiviti menarik. Contoh kalau nak mandi laut of course pilih pulau atau pantai kat area pantai timur. Tapi kena la ambik kira jugak masa travelling. Kalau cuti takat cuti hujung minggu nak travel dari Selangor sampai ke Pantai Timur penat pulak, melainkan kalau ada duit lebih nak naik kapal terbang. Pastikan korang plan betul-betul perjalanan korang. Kalau da plan nak bertolak pukul 8 pagi jangan pulak bangun lambat, nanti terlepas keretapi la, terlepas feri la. Percutian yang patutnya nak hilangkan stress pun jadi stress. Lagi-lagi kalau nak pegi ramai-ramai, habis semua orang stress gara-gara kena menunggu orang yang bangun lambat.

Transportation
Walau pun kenderaan awam kat Malaysia ni bukanlah sangat-sangat reliable kita masih ada banyak pilihan, kalau malas nak drive sendiri boleh naik keretapi. Lebih selamat dan selesa.Kalau tempat yang jauh, nak jimat masa dan ada duit lebih nak naik kapal terbang pun bagus. Kalau bercuti beramai-ramai boleh bergilir-gilir drive. Kalau nak pergi pulau make sure yang korang tau macam mana nak bergerak masa atas pulau. Kalau nak kena sewa kereta pastikan yang korang dah tau procedure untuk menyewa.

Accomodation
Sebenarnya bagi aku aspek tempat tinggal ni takde la penting sangat walau pun nak kena ada untuk setiap percutian. Aku tak malu nak ngaku yang aku pernah tido kat stesen keretapi, kat lapangan terbang sebab nak jimatkan kos percutian. Tapi percutian aku still menarik dan jugak adventure. Sebelum pergi bercuti, cuba check kalau ada resort yang sediakan apartment. Kalau just bilik takkan nak share. Tapi kalau apartment biasanya dalam satu apartment ada at least dua bilik. So boleh la share dengan couple lain (AMARAN - Untuk yang sudah berkahwin sahaja dan jangan sampai salah masuk bilik!) Sebab, bagi aku tujuan nak bercuti adalah nak berjalan-jalan. Bilik untuk tido malam dan mandi tukar baju je. Kalau ambik bilik yang mewah-mewah pun kalau tak lepak dalam bilik nak buat apa kan.. Membazir je. Melainkan kalau korang pergi honeymoon dan memang nak spend masa 24 jam dalam bilik saja.

Selasa

Amalan murah rezeki

Sejak ofis pindah kat Subang ni dapat la aku tengok rancangan Tanyalah Ustaz tiap-tiap pagi kat TV9 tu. Banyak jugak tajuk menarik. Satu tajuk yang sangat berkesan kat aku adalah "murah rezeki" oleh Ustaz Fauzi (duta produk Tok Guru tu) Antara amalan supaya murah rezeki yang dia bagi adalah

(1) Banyakkan istighfar - Rasulullah istighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari
(2) Rajin zikir - Subhanallah walhamdulillah walaila ha illallahu AllahuAkbar atau apa saja zikir munajat
(3) Amalkan buat solat sunat Dhuha
(4) Baca surah al-Waqiah
(5) Jangan tinggal solat
(6) Taat pada ibu bapa
(7) Jangan buat dosa
(8) Jangan memutuskan silaturrahim - gaduh tu cepat2 berbaik
(9) Bangun awal, jangan tido balik lepas subuh
(10) Rajin bersedekah - Lagi-lagi di bulan puasa ni.
(11) Yang ni aku tambah sendiri. Zikir nama-nama Allah
- Ar Razaq
- Ar Rafi' - 100x
- Al Latif
- Al Wasi' - 128x
- Al Ghani
- Al Mughni
- Al Warith - untuk orang yang berdagang baca 707x setiap malam


Selain dari tu amalkan ayat 1000 dinar. Insya allah dimurahkan rezeki. Pengalaman aku sendiri, sejak aku amalkan sebahagian (belum dapat penuh lagi) dari tips-tips yang dia bagi ni alhamdulillah bila waktu sesak tu ada je rezeki yang tak disangka-sangka. Apa pun, tawakal tawakal jugak. Usaha jangan lupa.

Isnin

Azam daku

Sejak anak da masuk dua ni makin susah aku nak carik masa update blog ni. Ye lah, bila anak-anak da tido dan ada masa duduk depan pc pun aku ambik masa nak bukak email, search itu ini..baca blog orang lain..Ya..aku lagi rajin blog hopping dari buat blog sendiri..hehe. Dan entah kenapa la sejak lepas bersalin anak kedua
ni aku mengalami simptom pelupa yang sangat teruk. Kejap je lupa. So kadang-kadang bila duk dengan anak-anak duk pk nak buat entry itu ini.Banyak je benda yang nak ditulisnya. Lastnya bila da bukak blogger tu lupa da nak tulis apa. Itu tak campur bila idea mari, internet connection pulak tak sempoi. Saba je lah kan..

Aku ada banyak projek sebenarnya. Salah satu darinya adalah cuba untuk update blog aku hari-hari dengan maklumat yang berguna kepada masyarakat, selain dari update perkembangan keluarga kami dan telatah anak-anak yang makin membesar. Satu lagi adalah nak berbisnes. Baru-baru ni aku berjaya setup blogshop aku.



Aku jadi reseller untuk barang-barang accessory wanita, lelaki, produk kesihatan dan jugak cloth diapers. Insya allah nanti aku akan tambah beberapa produk lagi. Projek-projek lain bila da ada hala tuju nanti aku update.

Ahad

Snipr -Advanced Internet Business Skills Workshop

Fast-Track to explosively marketing your small business online:

Snipr - Advanced Internet Business Skills Workshop by Shaun Stenning (Australia)
Date: 5th August 2010 (Thursday)
Time: 7:30pm – 10:30pm – Registration starts 7:00pm
Venue: Cititel Hotel Midvalley

Just click the link below to sign up - at the website click “Book Now” to register a seat

CLICK HERE!!

====================================


This is a 3hour intense Advanced Internet Business Skills Workshop.

What you will learn during this 3-hour workshop is a step-by-step process how to build multiple income streams online - just like how the seasoned internet business owners do. It is simple and straight forward, which means you:

*Don't need to know how to build a website
*Don't need an idea
*Don't need a product
*Don't need to know about SEO, SEM, SMO, html, php or any of that techo stuff


Just click the link below to sign up - at the website click “Book Now” to register a seat

CLICK HERE!!

And just so you know that you’ll be dealing with the BEST marketing and business minds in the region, let me tell you 3 things people have been saying about the experts…

“Thank you for opening my eyes to internet marketing, you made my mum start thinking about her lifestyle and that working 7 days a week 364 days a year only having x-mas day off. She now knows that she can have her cake and eat it thanks heaps!”
Dale Wood – New Zealand

“Interesting, Exciting and Simple”

“I have learnt more about internet marketing than I have ever done at the many other internet marketing seminars I have attended. The information was presented in an interesting, exciting and simple fashion, by a presenter who really knows how this all works.”
Jenny Cartwright – Australia
“Made Me Some Money Over Night”

“Unimaginably inspiring. I am a veteran of 5 other internet marketing programs over the years, and I finally took some action and created a website in one night with your tools… it actually made me some money overnight too. I know that this is the internet system for me.”
Nicholas Orosz – England


“Shaun’s Has Been The Best”

“I have attended a number of internet marketing programs in the last two years and without a doubt Shaun’s has been the best. He is a really cool guy who absolutely knows his stuff, knows how to communicate it and have fun at the same time. Anyone wanting to get into internet marketing must see Shaun.”
John Bryant – Australia

Just click the link below to sign up - at the website click “Book Now” to register a seat

JOIN NOW!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com