Jumaat

Penutup 2009 yang sedih

Bulan December ni macam-macam berlaku. Apa yang berlaku sungguh menyedihkan dan menginsafkan aku. Apa pun aku percaya mesti ada hikmah disebaliknya.

(1) Kesihatan Aqil tak menentu
Sejak 2-3 hari lepas aku bagi minum Yakult dan ciritnya da ok. Tapi masalah indigestion tu tak kurang. Maybe esok ke aku nak cuba bawak pegi klinik. Aku mempunyai tabiat yang rajin risau. Lebih-lebih lagi kalau aku tengok hubby tak risau mula la serabut kepala aku risau sebab aku risau aku risau sorang-sorang. Aku rasa at least kalau dia risau sama tak ada la aku risau seteruk sekarang. Harap-harap dia cepat sembuh

(2) FM untuk Aqil
Mungkin disebabkan kemalasan aku nak mengepam menjadi punca selain dari hormon mengandung. Ditambah lagi aku sangat-sangat stress dan keletihan dengan kerja bertambah dihujung tahun. Si hero yang semakin ligat dan tekanan dari Paed yang menekankan bahawa Aqil kena tambahan supplement susu FM sebab susu aku tak cukup untuk tumbesaran.

(3) Kereta kena langgar
Last week kereta kesayangan kami yang kami namakan Hikari kena langgar masa parking. Punye la hangin hubby ku sbb tatau siapa yang buat. Nasib baik apek yang buat tu mengaku cepat-cepat kalau tak memang bermandi darah kota kemuning hari tu..hehehe..so sekarang masing-masing pun da buat report dan apek tu pun da setuju nak guna insurans dia untuk baiki kereta kami. Tinggal nak tunggu procedure dapatkan keputusan dari pihak polis. Sakit mata dan jiwa raga ku tiap kali ternampak trunk kereta yang tak boleh tutup dan bermuskin tape tu.. cepat la boleh repair..

Actually bukan semua benda buruk yang berlaku ada jugak benda baik tapi minor sikit contohnya macam performance record utk the whole year of 2008 dijangka akan menunjukkan peningkatan sebab bos baru aku suka aku. (Tapi tak affect gaji pun..so minor la kan..) Selain dari tu, LHDN da pulang duit tax yang terlebih bayar utk tahun 2007. Adala sikit duit yang boleh dijolikan..Alhamdulillah.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com