Ahad

I'm not a super mom

I wish that I'm a supermom. Sayangnya aku tidak. Aku tak mampu manage rumah dan kerja dengan sempurna. Ditambah lagi dengan keadaan badan yang memang sangat tidak larat sekarang. Jeles aku denga ada ibu-ibu yang bangun pukul 3-4 pagi untuk buat kerja-kerja rumah yang tergendala sebab seharian sibuk bekerja dan melayan kerenah si kecil.

Sudahnya aku kemas rumah bila sempat. Basuh baju bila bakul da hampir penuh. Walau pun aku paksa jugak diri aku sapu sampah sebab taknak habuk berkeliaran mengganggu salur pernafasan si kecil tu, tapi aku tetap segan kalau ada orang nak datang rumah. Sebelum ni aku boleh lagi bangun awal sikit untuk pam susu, mengemas permainan Aqil yang bersepah, menyapu apa yang patut. Tapi sekarang, nak bangun pergi kerja pun sangat lah liatnya. Terus betul hormon orang mengandung ni.. (Yeah..blame it all to the hormone..hihi)

Paling mengerikan bila family aku nak datang dengan short notice. Kalau ikutkan hati aku nak aje aku hire hourly paid maid tu. Nasib baikla fikiran aku waras buat masa sekarang. Kalau duit melimpah ruah memang da lama aku sedekah barang lima puluh nam puluh ringgit pada bibik tu utk kemas rumah. Tak dapat aku bayangkan bila adik Aqil lahir nanti. Mampu ke aku nak uruskan rumahtangga dengan kerenah mereka berdua. Semoga jalannya dipermudahkan. Aminn..

Seminggu ni aku sangat risaukan kesihatan Aqil. Hari ni genap seminggu dia ada masalah penghadaman dan colic yang sangat teruk. Stoolnya berwarna sangat pale dan agak kerap muntah. Ada sekali tu aku kat tempat kerja, hampir je aku menitiskan air mata bila hubby bagitau Aqil muntah dan berak sampai lembik. Bila panggil dia mampu gerakkan mata je. Nak aje aku terbang balik. Sampai hari ni pun kalau dia berak dia akan kelihatan sangat lemah. Stool pun masih cair dan pale. Mungkin sehari dua lagi kalau tak ok lagi aku nak bawak lagi sekali ke klinik. Sangat merisaukan...

Jumaat

1001 definisi nyaa~

Sejak sejak da mula bole mimic orang ni riuh renda mulut si kecik hero tu. Antara perkataan pertama yang paling panjang dia sebut "nak mamam" selain tu perkataan senang2 macam

-awoh (Allah..bila denga azan busy la dia meratib awoh..awoh..)
-ok oww.. (bila buat something yang tak sengaja..tapi kadang2 sengaja)
-ewoo (hello sambil tekap henset ibu/ayah kadang2 remote tv pun jadikkk)
-nyaa~ (miao)
-pah (uppah..nak dukung..tapi kadang2 mamam pun dokong..nak ibu pun mamam..sabo je la)
-tit (picit channel tv ke picit2 semua panggil tit)
-tit tit tesh tesh (iklan kid & cash kat tv)
-teteh..(tatau la maksud apa)

walau pun nya~ tu secara literature nya bermaksud miao atau bunyik kucing..tapi sekarang dalam pemahaman aqil binatang = nyaa~

insiden 1
last week kitorang balik johor..tiba2 dia tepuk aku..mata bulat..mulut buat bentuk o.."tu..tu.. nyaa~ nyaa~" aku toleh tengok takde kucing pun..bila perati keliling aku nampak ayam..aikk.. ayam pun nyaa~??!! "aqil tu bukan nyaa~ la..tu kokok" dia terus buat juga.. "nyaa~..nyaa~" cam duk buat bunyik kucing..ayam pun confuse..hehe..

insiden 2
dia duk sibuk main motor rm12.90 yang ayah belikan kat kelantan..tiba-tiba dia terjun dari motor tu..sampai jatuh2..mata bulat..mulut bentuk o (expression normal bila nak tunjuk yg dia tgh amazed) tepuk-tepuk ayah dia.."tu tu..nyaa~...nyaa~" ayah dia tengok..sekali burung da... sian anak aku..kelakar pun ada..sohih nya tu dia ingatkan binatang..abis semua nyaa..

Selasa

Pam susu de toilette

Aku memang da dapat greenlight dari para bos aku untuk guna meeting room masa nak pam susu.. Cuma masalahnya bila semua meeting room fully occupied..time tu menjajo (bahasa kampung mak aku) aku carik tempat nak pam.Since sekarang aku guna spectra 3 nak kena ada electric point. Lepas tu aku tanya la dgn sorang minah HR representative kat department aku tu..

Sungguh mendatangkan marah!! dengan muka poyo dia suruh aku pam kat toilet!! geram gila aku. Aku kata la tak hygiene pam kat toilet. Dia kata memang selama ni orang lain pam kat toilet.. Orang mana tu!!?? Kalau ikutkan mulut celupar aku tu nak aje aku cakap "apa kata kalau aku buatkan ko air kopi kat toilet lepas tu ko minum..Agak2 ko ada selera tak nak minum" Pandai je nak suruh bagi anak aku minum susu pam kat toilet.

Lepas tu aku gi jumpa senior manager kat department aku. Nasib baik la dia memahami. Maklumla orang da berumur...Walau pun insiden tu da berlaku 3-4 hari yang lepas aku still rasa bengang bila tengok muka minah tu..Jenis cakap tak guna otak sungguh..Benci betul..

Sabtu

Sakit

Waaaa..lamanya tak mengupdate blog..kalau aku ni berkedai abis lari semua pelanggan..hehehe.. Sejak pindah opis ni walau pun keja tidak la sehectic mana..tapi oleh sebab baliknya pukuol 6.. sampai rumah bertambah-tambah la lewatnya..si kecil pulak tak abis "na ma-mam".. tak sempat nak online pun..apa lagi memblog hopping ke blog kawan2...sedehnya...

Selain dari tu malas nak menaip pun ada jugak..kadang2 sebelum duk mengadap banyak je idea yang nak ditulis..tapi bila da duk depan pc..semua nya terbang melayang-layang..cewah..

sebenanya aku ada satu berita sedih..Aqil da 2-3 hari start top up dengan susu formula sbb sejak aku pregnant (12 minggu) ni susu memang segan2 nak keluar..kadang-kadang tengok susu tak keluar, air mata yang keluar lebih2..3 hari lepas susu yang aku bagi memang tak cukup. tak sampai 5 oz.. so aqil terpaksa minum susu anmum..kesian dia..jangan la dia syok susu anmum taknak susu ibu pulak..isk..

aku start ambik pil maxolon jugak utk tambah susu tapi side affectnya asyik nak pitam je.. kesian hubby asyik tengok movie sorang2..ajak aku tengok lepas tu aku pitam..aqil pulak bukan main manjanya sekarang..da bole cakap sikit2 dan mimic apa ibu ayah dia cakap.. alhamdulillah..

next week aku nak balik johor..jangan la orang tua aku suruh berenti menyusukan aqil pulak.. aku belum bersedia..nak bagi susu formula tu pun aku rasa sayu sangat..kesian aqil...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com