Selasa

Bosannya bekerja

Aku makin bosan dengan rutin bekerja..Walau pun aku tak yakin aku boleh tahan duduk di rumah kalau tak pergi kerja..hehehe..Tapi rutin bangun pagi, bersiap pergi kerja, buat kerja, pam susu, kerja...kena marah dengan bos (macam la pernah..hehehe) memang memuakkan aku..

Aku jeles sungguh dengan beberapa orang kawan yang berenti kerja kerana macam macam sebab yang aku tak mungkin boleh jadikan alasan untuk aku berenti kerja macam sambung study - tak sanggup melaluinya untuk kali kedua...buat insurans - aku takde bakat buat insurans..

so pilihan terakhir kalau aku nak berenti kerja adalah buat bisnes..ceh..boleh ke aku..itu lah yang aku fikirkan sekarang..berbelah bagi sungguh hati aku..jiwa meronta ronta nak berenti kerja..

hari ni aku ambik EL.sebahagian kerja aku untuk minggu ni aku da siapkan semalam.sebahagian lagi aku bawak balik yang mana aku tak buat lagi..malasnyaaaaaa....

Oh ya..semalam ada tragedi berlaku pada Aqil chan. Sungguh ngeri bila aku bayangkan semula.. tak sanggup rasa nak ingat. Semalam atas permintaan adik ipar aku, kami pergi ke Bangi bawak adik ipar aku keluar makan. Aqil chan ikut sekali. Sampai kat kedai makan aku letak Aqil chan kat kerusi biasa bukan kerusi baby. Dia berdiri atas kerusi antara aku dgn hubby.

Hubby suruh aku pilih menu nak makan apa. Tengah aku belek menu tetiba aku dengar hubby jerit Allahuakhbar dan aku toleh bangku Aqil chan da jatuh. Aqil chan jatuh flat muka tersembam kat lantai. Aku terus lompat ambik Aqil chan. Masa aku angkat tu baru dia nangis. Waaa...bodohnya aku..nape la aku tak mintak kerusi baby...Cuak sangat masa tu. Tak putus-putus aku doa. Dahi dengan kening sebelah kanan merah tapi tak benjol.

Aqil chan nangis kejap je..Tapi aku still bimbang..balik rumah bahagian tu nampak biru kemerahan sikit. Hari ni Aqil chan aktif macam biasa..tapi aku tetap bimbang...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com