Ahad

Kad Raya dari Kak Yong

Terima Kasih Kak Yong~
(Sorry terlambat ambik..beraya sakan sampai tak check blog..huhu)







Selamat hari raya~

Salam aidilfitri buat semua kawan-kawan. Tahun ni saya beraya kat Johor. Seronok bila balik kampung sendiri. Tapi biasa la..ada saja cerita yang kurang enak di mata dan telinga saya. Kalau disenaraikan tak cukup kertas A4 sekeping..Biarlah disimpan dalam hati..hehe..Apa pun satu cerita yang kurang enak yang saya ingin kongsikan bila balik ke kampung mendengar cerita ibu-ibu yang nak men"sapih" (istilah nak ceraikan susu) anak masing-masing.

Kesian tengok pada si anak yang masih nak bermanja-manja dengan ibu. Cabul jugak mulut saya kata pada ibu-ibu yang taknak susah ni. Ramai lagi orang kat luar sana nak menyusukan anak diorang tapi tak kesampaian sebab susu kurang. Tapi ramai orang yang ada susu tapi nak berentikan menyusu sebab rasa susah. Masing-masing kata tak mahu anak manja sangat. Dalam hati saya rasa sedih je..Iya lah..normal la budak kecik nak manja-manja dengan mak dia. Kenapa taknak pulak..

Macam-macam orang pun ada. Bak kata orang..rambut sama hitam. Hati lain-lain..Kalau dikata nanti orang kata saya ni masih beringus..memandai2 pulak..Biarlah..mungkin ada yang saya tak tahu apa yang mereka dah lalui..Saya doakan semoga mereka tak menyesal dengan keputusan tu satu hari nanti dan semoga saya tidak menjadi sebahagian dari golongan itu..Amin..

Selasa

Selamat Ulang tahun pertama!!!

Phew...sukarnya aku nak mendekatkan diri ke PC untuk mengupdate perkembangan Aqil chan putera kesayangan kami..Lebih-lebih lagi masuk bulan ramadhan ni.

Hari ni 11 ramadhan err tak ingat tahun berapa..hehe..genaplah Aqil chan setahun kalau ikut bulan Islam..Kalau ikut bulan tak Islam 11 September.So beberapa hari lagi Aqil chan dapat sambut birthday sekali lagi!! Macam la ayah dengan ibu dia nak buat majlis sambutan gitu kan..hehehe..

Tak ada gambar terbaru Aqil chan yang makin ligat ke sana sini menolong ibu dan ayah mengemas sebab kamera Along pinjam..uhuhu..sedihnya..

Walau bagaimana pun..aku da submit 2 penyertaan untuk masuk dalam johnson baby photo contest.Kalau ada rezeki adalah..kalau tak ada tak rugi jugak..sebab beli barang untuk digunakan.. Tapi harap2 boleh menang!! dapat consolation jadiiii laa..Aminnn...~~!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com