Ahad

Down with fever

Adalah satu perkara yang menakutkan bila kita demam pada ketika satu dunia dilanda wabak.. Tambahan lagi dekat ofis aku da ada sorang yang warded sebab H1N1..ai..nasib baik la aku ada family yang nak disapot..kalau tidak dah lama aku blah je..Boleh je company aku suruh jugak keja.. Lepas tu cuma bagi face mask dgn check temperature je pepagi. Bagi la aku keja dari rumah..hahah.. Alasan management..we cannot stop the operation..

Aiyah..sabar je la aku..So since yesterday i got runny nose..my throat sore..but just slight fever.. Harap tak jangkit kat Aqil or hubby..Malasnya nak pi keja esok..Kenapa la aku kena jugak gi keja.. Ehehehe..Harap-harap esok da ok..

Selamat berpuasa...

Khamis

nothing...

I was just too lazy to update..not that i don't hv time to do it..but pura-pura busy dengan office work..even on weekend! haha..

Persiapan ramadhan

Teringat aku bulan puasa tahun lepas..Aqil chan lahir 11 Ramadhan. Waktu tu hubby pesan dah kalau tak larat tak payah puasa..Dia tahu jugak yang sang isterinya ini sangatlah degilnya..Puasa jugak..Hari ke 11 kena cirit birit pulak..kononnya nak ambik MC..

Sampai kat klinik rupanya si kecil dah tak sabar nak jumpa ibu ayah dia..Terpaksa jugaklah aku ponteng puasa 20 hari tahun lepas...

Puasa tahun ni juga amat bermakna bagi aku sebab tahun pertama aku berpuasa sambil menyusukan Aqil (dlm keadaan puasa). Aku harap aku dapat melalui Ramadhan tahun ni tanpa perlu memontengkan diri sebab tak tahan kebuluran..hahaha..

Aku da mula dapat simpan stock so harap-harap jangan la Aqil ada growth spurt ke tiba-tiba dia rasa nak minum lebih sikit bulan puasa ni. (jahatnya ibu dia..hehe)

Ahad

Aqil chan da boleh jalan~!!!


Yeyy...Akhirnya aqil chan da memulakan langkah pertamanya beberapa hari sebelum cukup usianya 11 bulan..Dalam masa yang sama aqil chan da pandai babai orang dan semakin sensitif dgn surroundingnya..Dan semakin buas serta pandai "mengemas" tak kira di mana jua dia berada.. Kalau pergi rumah orang mula-mula tu malu-malu la..lepas tu habis di"kemas"nya rumah orang tu..mesra alam sungguh anak ku..

Oh yek, di sebelah tu gambar Aqil chan pakai baju dragon hadiah dari pak su dan girlfriendnya..Hubby kata nak buat jadi baju tidur untuk malam raya..

ps: kenapa la aku malas sangat nak mengupdate ni ye..teruk betul..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com