Khamis

My 10 month old prince

Aqil chan da 10 bulan (dah lebih-lebih ponnn) Dia sedang cuba memulakan langkah pertama.. ehehe..but still takut-takut..but there are many other things that he can do like...

(1) Babai balik bila orang kata babai
(2) Pandai panjat couch, rak tv, streng kereta..
(3) semakin bijak bergaya depan kamera
(4) pandai menegur orang dan sangat peramah..ish ish..

ibu pulak..still struggle dengan puasa ganti dan juga ganti semula stock frozen untuk Aqil.. 2-3 hari ni susu ibu buat perangai lagi..ish ish..tatau la nak jadi apa..sungguh berliku laluan ku..ehehe..

apa pun esok da cukup ganti puasa untuk tahun lepas..yayyy..akhirnya...

Sabtu

Another baby photo contest you might want to enter


Saya nak jadi camera-man
Disebabkan baby yang lahir sebelum 31 August 2007 tak bole join johnson baby photo contest tu.. aku carik la satu lagi photo contest supaya Faiz (ila) boleh join jugak..hehe..(takde keja nihh..)

Boleh belek details kat website bawah ni..official blog.
MAM photo contest

Tapi photo contest ni strictly kepada pengguna MAM's product iaitu dalam gambar tu mesti ada barangan MAM somewhere bersama-sama baby..Hehehe..since Aqil chan tak guna botol MAM aku terpaksa pass yang ini..

Kalau ada sesiapa yang berminat cepat-cepatlah submit gambar anak-anak yang comel tu ke email mereka.Tak payah attach proof of purchase pun..toddler yang umur 5 tahun pun boleh join..

The JOHNSON'S® Baby 'Baby of the Year' Contest

Mari-mari join baby paling comel dalam tahun 2009 contest anjuran Johnson's baby..hehe..saja lah aku nak tergedik-gedik masukkan gambar Aqil chan dalam contest ni..Oyabaka la katekan.. terlebih lebih lagi bila melihatkan hadiahnya yang cukup lumayan..tuah ayam nampak di kaki.. tuah aqil chan dengan pipi chubby..

Meh bercerita serba sedikit tentang cyarat penyertaan..pertandingan ni terbuka kepada semua baby yang lahir selepas 31 August 2007. Setiap penyertaan mestilah dengan 2 keping gambar..satu closed up dan satu gambar penuh baby..Gambar boleh dihantar secara pos, ambil gambar di lokasi yang telah ditentukan penganjur dan juga melalui email. Boleh hantar sebanyak mana penyertaan tapi mestilah disertakan dengan resit pembelian barangan johnson baby..

Akhir sekali, tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 31 August 2009 dan kepada bayi yang bertuah terpilih oleh hakim tu akan dipanggil untuk berposing depan hakim untuk diadili..

So, ambiklah gambar sebanyak mana..dan hantar sebelum tarikh tutup tu..selamat maju jaya kepada ibu-ibu semua!

Untuk makluman lanjut silalah baca di laman web official pertandingan ini :-
http://www.johnsonsbabycontest.com.my

Jumaat

Having difficulties choosing a digital camera?

There are a few factors that you might want to consider before buying a digital camera for your daily usage.

Many people thought that more megapixel make a better picture. It is a measure of the maximum amount information that your camera can capture – quantity, not quality. Of course ia merupakan salah satu faktor utama dalam memilih kamera. Bagaimana pun, ia bukanlah faktor yang paling utama kerana kualiti gambar bukan hanya bergantung kepada size megapixel yang digunakan. Melainkan anda ingin membesarkan gambar tersebut menjadi sekeping gambar dengan size poster, tidak perlu megapixel yang terlalu besar. Bagi gambar biasa bersaiz 4R hingga 8R, enam hingga lapan megapixel adalah mencukupi.


(1) Budget - Bak kata orang kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.. Lagi besar budgetnya, lebih canggih kamera yang boleh dibeli. Sekiranya anda memiliki budget yang besar, anda boleh memilih kamera DSLR yang mempunyai lebih banyak features.

(2) User friendly - Untuk menghasilkan imej gambar yang baik dan menarik, kamera hanyalah satu alat. Teknik seseorang mengendalikan kamera adalah lebih utama. Ini kerana walaupun anda memiliki kamera DSLR yang paling maju sekali pun sekiranya anda tidak mampu mengendalikan kamera tersebut dengan baik, gambar yang terhasil tetap menjadi kurang menarik. Oleh itu, pastikan anda memilih kamera yang mudah dikendalikan pada peringkat permulaan atau beginner. Setelah anda mahir dengan asas, anda boleh terus menggunakan kamera tersebut atau beralih kepada kamera yang lebih sukar dikendalikan.

(3) Zoom - Terdapat 2 jenis zoom pada kamera - optical zoom dan digital zoom. Kebanyakan iklan kamera menunjukkan nilai digital zoom. Bagaimana pun, pastikan anda meneliti nilai optical zoom kerana ia akan menentukan kualiti gambar yang terhasil ketika anda menggunakan zoom sewaktu mengambil gambar. Apakah perbezaan digital zoom dan optical zoom.

"Optical zoom refers to magnification within the lens itself when you zoom in or zoom out on the subject (also known as changing focal length). In other words, the lens adjusts forward and backward just like with a film camera. Optical zoom does not diminish the quality of the digital photo. If you like to zoom, make sure the camera has a powerful optical zoom capability.

Digital zoom doesn't change focal length. Instead, as you zoom in closer, a smaller and smaller portion of the digital sensor is used to record the digital photo. This has the effect of lowering the number of pixels in the photo. Zoom in too much and when you make a print from the photo it lacks clarity and sharpness."

Sumber : Beza digital zoom dan optical zoom

(4) Other factors to consider

# Size and transportability

# Special features - image stabilizer, LCD display etc

Walau apa pun jenis kamera yang anda pilih, pastikan anda mencuba semua features yang terdapat di dalamnya di samping mempelajari teknik-teknik mengambil gambar yang baik. Jangan takut untuk mencuba kerana anda bila-bila masa sahaja anda boleh memadam gambar yang "tak jadi" dari memory card anda.

Rabu

Mengapa perlunya bertukar kerja

Sebenarnya nak diikutkan hati aku memang sangat bergumbira dengan kerja aku walau pun pada awalnya aku sebenarnya kena force join this team. Kerjanya mudah dan aku dengan mudahnya adapt dengan kerja aku. Bukan nak sombong tapi hampir semua team mate aku senang hati bekerjasama dengan aku. (Agaknya lah..kalau ikut feedback diorang..kalau diorang pura-pura aku peduli apa kan..yang penting bos sayang aku..perasann..haha)

So senang cakap, dalam 2 tahun ni aku berada dalam comfort zone aku. Family aku lebih senang kalau aku stay kerja dalam team sekarang. Senang kan..semua orang senang hati dengan kerja kita. Kita pun of course senang hati dengan kerja kita. Takde susah payah..Tapi aku tahu, aku takkan maju dalam team aku sekarang. Dengan kata lain, dalam team sekarang ni memang tak ada harapan nak naik pangkat.

Naturally memang semua orang pun nak naik pangkat. Walau pun aku tak pasti yang aku ni layak ke nak menyandang jawatan tinggi2..nak membimbing orang lain..hehe..tapi tak cuba mana nak tau kan. Oleh sebab tu, aku ambik kesempatan untuk apply bila department lain offer jawatan lain (actually sama level je..tapi aku apply untuk tambah skill aku sebelum apply kerja yang pangkat tinggi sikit dari level aku) So, aku berjaya dapat kerja tu tapi aku kena pindah ke office kat Kl sentral.

Mengamuk head of department aku tau aku nak pindah, tapi bukan mengamuk kat aku la.. Mengamuk kat bos yang hire aku tu..hahaha..Lantak korang la. Aku tau kerja baru aku nanti mungkin lagi susah dari kerja aku sekarang tapi aku kena tambah skill aku kalau aku nak terus maju. Mana la tau satu hari nanti aku diberi peluang untuk naik pangkat pulak..Aminnn..

Apa pun, aku puas ati sebab sekurang-kurangnya pemergian (cewahh) aku dari team sekarang ni akan dirasai oleh diorang. Hihihi..bangga la jugak sebab at least aku tau aku ni ada value..

Isnin

Kena dera

Sejak Aqil chan dah tumbuh gigi atas empat batang gigi bawah dua batang ni aku asyik jadik test subject dia je..Pantang jumpa ibu dia mesti nak gigit..sakit pulak tu. Rasa macam kena dera pun ada..haha..Sabar je la aku..Aii..anak..anak..Orang lain dia tak gigit pulak..pelik sungguh.

tapi aku syukur jugak..takde la aku susah ati kalau mak bapak datang kat aku mengadu si bujang aku tu gigit anak dia kan..hehe.insya allah setakat ni belum ada lagi..ye lah. kalau sampai mencederakan anak orang lain bahaya jugak. Walau pun sebenarnya cederakan mak sendiri pun tak patut..hehehe..

Jumaat

Recovering but...

Sebelum aku menceritakan apa-apa tentang kisah perjalanan kehidupan breastfeeding aku..aku nak menyampaikan rasa tak puas ati aku pada maxis broadband..aku rasa macam nak tendang je muka CEO diorang..duit tiap2 bulan nak kena bayar.tapi service macam hampeh..da dekat seminggu maxis punya modem tu macam idop segan tapi tak mati mati..geramm aku..nak buat apa pun tak boleh..

Mintak-mintak la tis week ok sikit..Macam production aku..hehehe..Aku pegi jumpa Farah atas suggestion dari Mommy Lina. So aku pun call Farah untuk buat appointment weekend tu. Sampai sana berborak-borak sambil bercerita pasal permasalahan aku yang makin serius waktu tu..sebab aku terpaksa mintak baby sitter bagi Aqil chan amount yang kurang sikit dari amount yang sepatutnya dia minum. Jahatnya aku kan..huhu..sebab frozen stock dalam fridge aku cuma tinggal 3-4 bekas je..

Sebenarnya masalah aku ni agak pelik sikit sebab sometimes aku rasa b* berat..konon cam banyak susu la..tapi bila pam tak keluar..atau pun menitik je..letdown pun takde..mula mula orang kata aku pregnant kot..so panic sikit jugak la aku..tapi takkan la secepat tu kan..sebab bulan lepas bendera jepun berkibar macam biasa..takkan la sebulan da affect production sampai macam tu sekali..so aku just monitor dulu..bulan ni pun berkibar jugak..tak pregnant..

tapi kenapa all of the sudden production aku merudum..entah la..sampai hari ni pun aku pelik.. sebab lepas tu aku ingat pam aku ada masalah..sibuk la aku memujuk cik abang nak beli double pam..hehehe..cik abang hold dulu..Lepas tu aku cuba urut2..stimulate sikit sebelum pam sebab aku found out yang kalau aku pam sebelah..susukan Aqil sebelah..sekejap je da dapat 2oz.. mewah la sebab waktu tu production aku merudum gila..hehe..

Farah suggestkan aku banyakkan mengepam..dia takde la cakap suruh makan itu ini..sebab dia kata asalkan kita banyakkan mengepam atau bagi direct kat baby..gradually susu akan bertambah..aku ikut la macam dia pesan..tapi aku minum jugak melilea (ape tah ejanya..hehe) soy tu..so far..aku tak berapa nampak kesan minum tu..tapi susu bertambah..aku rasa sebab aku banyakkan mengepam..instead of 3 kali..aku pam 5 kali..dalam pada production merudum pun malas nak pam jugak..teruk betul aku ni..huhu..

kiranya sekarang ni aku da boleh tarik nafas lega sebab da boleh mula stocking sikit2..aku still pam 5 kali sebab jumlah yang aku dapat waktu setiap kali pam tak normal lagi..aku tak beli pam baru sebab aku found out yang punca susu minitik2 je waktu pam tu sebab kurang stimulation.. now, sebelum pam aku ambik masa untuk stimulate dulu..lepas tu baru ada letdown.. sebelum ni tak payah pun..just bayang muka aqil..susu keluar..gradually akan ada letdown..hehe..

tapi timbul satu masalah baru..Aqil chan baru tumbuh gigi atas 3 batang..bawah ada 2 batang. sebab gigi tu baru je timbul..dia tak pandai nak control lagi..tergigit sampai luka..waa.. seksanya waktu nak bagi direct mahupun pam..nak nangis rasanya..nasib baik la lepas tu dia tak gigit dah..kiranya dia pun tak sengaja la..(sebab sebelum ni da kena marah sebab saja2 nak test bite b* ibu dia..haha)

Khamis

Critical

Kadar kemeruduman production ku masih pada stage critical..Malah frozen stock pun dah nak depleted secara keseluruhannya..Hubby dah mula pesan keluarkan tin susu anmum untuk kegunaan waktu kecemasan. Sedihnyaaaaaa...

Ahad ni ada appointment ngan Farah owner Sarakids. In the mean time aku duk makan benda-benda yang harapnya dapat membantu menambah pengeluaran susu..Tapi yang peliknya.. kalau aku pam sebelah susukan aqil sebelah..kejap je dapat 2oz..kalau pam je..punye la jenuh..

ke pam aku tu da kurang berkesann..ishkkk....

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com