Jumaat

Steril

Sejak-sejak Aqil chan da makin membesar ni, aku jarang yang amat mensteril botol susu dan juga peralatan pam yang aku guna..Aku tahu bahaya..tapi kemalasan tahap maksima..ditambah pula dengan keletihan melampau bila sampai di rumah..nak cuci pam pun kadang-kadang aku mintak tolong dgn hubby..tapi aku tau hubby memang rajin merendam peralatan tu semua ngan air panas.. hehehe..cuma tak boleh la nak suruh dia selalu-selalu..hehehe..

alaaahaii..nak menaip pun malas...

Selasa

Apa yang mesti anda tahu mengenai kamera II

Istilah yang mesti diketahui sono 2 - ISO sensitivity

Nilai ISO adalah nombor yang menunjukkan nilai sensitiviti sebuah kamera digital terhadap cahaya. lebih tinggi nilai yang dipilih, semakin kurang cahaya yang diperlukan. Kelemahan sewaktu memilih nilai ISO yang lebih tinggi adalah kerana ia akan menyebabkan noise yang lebih jelas. Tetapi ia juga bergantung kepada jenis kamera yang digunakan.

Berikut adalah panduan memilih ISO mengikut kadar cahaya di sekeliling. (sumber gugel)

Biasanya dalam keadaan cahaya rendah, nilai ISO yang tinggi digunakan bersama setting shutter speed yang rendah. Manakala di bawah cahaya yang mencukupi nilai standard ISO adalah 100 bersama nilai shutter speed yang sepadan dengan keadaan cahaya.

ISO settings

AUTO ISO - digital camera automatically sets the ISO speed according the the brightness of the scene, increasing or decreasing the sensitivity. User has no control over which ISO number is used.

ISO 80 - for taking photos in bright light; excellent for close-ups, landscape, and portraits. Produces fine detail and image quality.

ISO 100 - for extra sensitivity with little, if any, reduced image quality.

ISO 200 - cloudy and overcast days. Acceptable image quality, with some visible noise.

ISO 400 - suitable for indoor photography whether or not a flash is used. Useful for “stop-action” and sports photographs. Most compact digital cameras produce high to very high image noise.

ISO 800, 1600 and above - useful for taking photos in very low light, or outside in good light when increased shutter speeds are required. Results can be disappointing when shooting at these high numbers with compact digital cameras, so take test photos before photographing an important event.

High Auto ISO mode- the camera uses automatically chooses a very high ISO number. If the camera has a High ISO mode, it is usually a fixed number, such as ISO 3200. The camera may also automatically reduce the size of images shot in High ISO mode.

Isnin

Siapa nak beli car seat...

Saya mempunyai sebuah car seat jenama sweet cherry berwarna biru yang hanya digunakan kurang dari 5 kali.

Gambar : CS411 Star Car Seat
Reason : Aqil chan tak mahu duduk atas car seat tu..
Harga : RM160 (neg)
Penghantaran : Penghantaran percuma di pick up point kawasan berdekatan Shah Alam.

Sila hubungi saya di kesoma.rai[at]gmail.com

Sabtu

Our 8 month old kizuna

Aqil chan dah 8 bulan ++..

(1) Susu ibu masih ichiban
(2) Tak merangkak atas tummy terus merangkak atas knee..
(3) Suka tarik rambut ayah
(4) Merisaukan ibu dan ayah sebab suka sangat memanjat dan asyik jatuh je
(5) Kalau orang jarang jumpa atau tak kenal suka tenung tak berkelip
(6) Menangis kalau dengar ucu gelak besar
(7) Makin manja lebih lebih lagi kalau ibu ada kat rumah
(8) Tak suka naik walker dah..kejap je bosan
(9) Minum susu ibu dengan pelbagai gaya..meniarap..menungging..mengiring of course..duduk pun aci
(10) gigi dah tumbuh dua batang dan sangat tajam!

Jumaat

Peformancing Ads - Affiliate system

Saya terjumpa website ini ketika saya sedang mengkaji cara-cara membuat duit dengan blog.. Apa salahnya cari duit pasif kan..hehehe..Memandangkan nak join pun free (yaa..saya suka percuma) saya pun cubalah..Mana lah tahu kalau kaedah ni membantu cita-cita saya untuk menjadi surirumah tangga..

Make Money With PerformancingAds

Sebenarnya saya pun belum habis study..tapi bayaran dibuat melalui paypal. Selain dari menjadi affiliate bagi perfomancing ads, kita juga boleh menjadi publisher yang mempromosikan produk orang lain..mcm adsense.Lepas tu sesiapa yang ada produk boleh juga join untuk promosikan produk sendiri..tapi yang jenis ni kena la bayar..

Targeted Blog Advertising With PerformancingAds

Rabu

Tips mengambil gambar indoor versi saya


Kebanyakan professional photographer mengelak dari menggunakan flash secara direct kepada subjek dalam gambar. Ini kerana, sekiranya jarak antara subjek dan kamera terlalu dekat, subjek akan kelihatan overexposure di dalam imej yang dihasilkan. Malah, kesan dari penggunaan flash, subjek akan mengecilkan mata akibat silau dan dalam sesetengah kes warna gambar adalah kurang neutral.

Antara option yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan cahaya dari sumber semulajadi. Contohnya mengambil gambar berdekatan dengan tingkap. Bagaimana pun pastikan kamera membelakangkan tingkap kerana ia boleh menyebabkan imej subjek gelap kerana background yang terlalu terang.


Bagi pengguna kamera Digital SLR yang mempunyai portable flash boleh menggunakan kaedah bounce flash dalam keadaan cahaya yang kurang. Manakala bagi yang tidak menggunakan DSLR atau portable flash kaedah semudah menggunakan cermin untuk membalikkan cahaya boleh digunakan. Kaedah bounce flash ini digunakan bagi mennyebarkan sumber cahaya supaya cahaya tersebar dengan sekata di dalam imej yang terhasil.


Secara peribadi saya sering menggunakan manual mode tanpa flash. Bagaimana pun hasilnya tidak juga selalu menjadi (maklumla masih amatur..)

(1) Set mode kepada manual mode

(2) Sekiranya agak gelap gunakan skala ISO yang tinggi (antara 400~800) Bagaimana pun risikonya adalah lebih tinggi ISO lebih banyak noise yang dihasilkan)

(3) Gunakan shutter speed yang lebih rendah. Gunakan tripod jika perlu, kerana shutter speed yang lebih rendah amat sensitif kepada pergerakan yang kecil.

(4) Sekiranya mempunyai option untuk setup Aperture, gunakan bukaan aperture yang lebih kecil nilainya.


Slamat mencuba..

Selasa

Review for my Fitted diaper

Hihi..saya dah pun menggunakan fitted diaper buatan tangan saya. Dengan menggunakan cover pigeon saya mendapati bonbon Aqil chan masih kering selepas 4 jam. Ia mungkin turut dipengaruhi oleh cuaca panas di mana Aqil chan kurang pee sebab berpeluh. Getah pada kakinya juga sedang-sedang elok aja..tidak begitu ketat dan tidak begitu longgar. Yang menjadi masalahnya adalah disebabkan saya terpaksa menggunakan dua lapis (fitted+cover) ia kelihatan agak bulky berbanding menggunakan dispo. tetapi kurang bulky berbanding diaper pertama yang saya buat.

Kesimpulannya saya cukup puas hati dengan diaper ini. Mana nak cari PUL dengan harga murah ya..sebab saya kurang yakin dengan fleece cover tu..

Isnin

Tips mengambil gambar

Sebagaimana ibu-ibu lain, aku memang sangat suka mengambil gambar Aqil dalam proses tumbesarannya...Tapi macam biasalah..dalam 100 frame gambar yang aku ambil..gambar yang worth untuk di print cuma 2-3 keping..hehe..

bukan senang nak ambik gambar..terutamanya bila Aqil memang sangat excited bila tengok kamera ibu dia..bila lensa kamera hadap kat dia je..berebut-rebut dia datang kat ibu nak tolong tekan butang..hehe..sabar je la..

Antara tip-tip menarik yang aku boleh kongsikan bersama ibu-ibu lain bagi mendapatkan gambar yang menarik.. (tip adalah tajaan encik gugel)

Get down to baby’s level.
One way to make babies look like blobs is to shoot them from above. If you get down to their level, you’ll see all the details in their faces.

Take a lot of pictures in a row.
It might be your 5th or your 11th picture that really captures that smile
Bring out the birthday suit. Little naked babies are the cutest thing in the world, and the images look more iconic than those in lots of clothes

Photograph all the expressions.
One of my favorite pictures of my daughter is this one of her crying. No, I’m not heartless! It’s just that she’s so little and this is an expression I used to see a lot when she was hungry or tired. Those days are over, and I like remembering these boo hoo’ey baby moments as much as the smiley ones.

Don’t look, just shoot!
The best way to get those huge grins is to interact with your baby while you’re shooting. They’re not interested in the camera, but they are interested in your expressions. Make goofy faces and maintain eye contact with your baby, while shooting the camera. You don’t need to look through the viewfinder, just trust it and shoot. Check your frame now and then, and keep making silly faces.

Include others in the pictures.
Seeing a newborn in someone’s arms gives context to how teeny they are. Shoulder shots are a great way to see both parent and baby.

Ahad

Al kisah mat rempit

Baru-baru ni, aku menonton berita tv3..Aku tertarik dengan paparan tentang Mat rempit yang semakin menjadi virus..lebih teruk dari virus swine flu..

Dalam paparan tersebut tv3 ada membacakan satu surat (read : email) dari penonton tentang masalah mat rempit ni..dalam surat tu ada menyebut..di zaman 90-an, mat rempit ni bermula di kawasan bandar yang mana mat-mat motor tu duk tiru cerita azura, ali setan etc...kemudian penyakit akhlak ni menular pula di kawasan kampung dan felda..dalam surat tu lagi ada menyatakan bahawa, mat-mat rempit ni makin mengganas sebab mendapat perhatian media..

yaaa..betull...semua ni berpunca dari media..terutamanya media elektronik..pada aku to be specific.. masalah ni berpunca dari pengarah dan producer filem yang mata duitan tu..tengok zaman sekarang..ramai orang tak kira remaja ke orang tua pun ada yang suka sangat tengok cerita-cerita rosak akhlak macam impak maksima (lagu tah apa-apa..please la..nyanyi macam orang gagap..naik menyampah aku tv asyik duk tayang cite ni) dan lepas tu yang baru-baru ni pulak.. bohsia - jangan pilih jalan hitam..haha..

secara tak langsung..bagi mat-mat rempit ni...merempit adalah satu tugas mulia yang membantu industri perfileman negara..aku mungkin lebih suka menonton filem barat.. sebab filem diorang memang bermutu..ya..mereka ada banyak duit sebab diorang nak hasilkan cerita yang bagus..jadi ramai orang nak taja..cerita impak maksima tu aku nengok kereta tak variasi langsung..stunt buat gaya samaaaa je..meluat aku..tak bes lansung pun..tu pun ramai duk tergila-gila cerita tu..

Dan lagi..selagi ada orang duk pi buang duit tengok cerita macam tu..selagi tu lah masalah merempit dan gejala sosial yang sewaktu dengannya takkan selesai..

Apa yang mesti anda tahu mengenai kamera

Mari belajar terms yang biasa digunakan pada kamera. Memahami terms ini sedikit sebanyak akan membantu kita sewaktu memilih setting yang sesuai sewaktu manual mode.

Shutter speed
Seperti mana namanya, shutter speed adalah kelajuan "shutter" berkelip sewaktu gambar diambil. Dengan kata lain, ia adalah untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Ketika berada di bawah cahaya terang hanya sedikit cahaya sudah mencukupi untuk menerangi gambar tersebut. Oleh itu, nilai yang perlu dilaraskan adalah 100 ke atas. Nilai 100 ini membawa maksud 1/100 saat. Di mana, shutter kamera akan berkelip sepantas 1/100 saat. Nilai shutter speed yang betul adalah penting bagi mengelakkan gambar tersebut menjadi "overexposure" atau "underexposure" di mana cahaya yang masuk berlebihan atau cahaya terlalu kurang hingga menyebabkan gambar menjadi terlalu gelap. Ketika berada di bawah cahaya yang kurang, gunakan nilai rendah pada shutter speed. Bagaimana pun, pada skala shutter speed yang lebih rendah, pergerakan yang sedikit akan menyebabkan gambar menjadi gegar dan kabur. Oleh itu, sewaktu menggunakan shutter speed nilai bawah dari 50(1/50) tripod digunakan bagi mengelakkan gambar menjadi gegar.

Ketika mengambil gambar objek bergerak, shutter speed turut memberikan peranannya. Iaitu, sekiranya ingin menunjukkan sedikit pergerakan objek gunakan nilai shutter speed yang lebih rendah. Tetapi dalam masa yang sama penggunaan tripod adalah digalakkan bagi mengelakkan gegaran ketika tangan memegang kamera mengganggu imej gambar yang terhasil. Imej yang terhasil adalah sedikit kabur disebabkan oleh pergerakan objek tersebut tetapi bagi sesetengah photographer ia mempunyai nilai yang tinggi berbanding gambar yang kaku. Pastikan juga gambar tidak menjadi terlalu overexposure kerana kelipan shutter speed yang lambat akan menyebabkan lebih banyak cahaya masuk. Ketika ini, penyelarasan skala lain seperti ISO dan juga aperture juga hendaklah dilakukan. Kemudian, jika ingin mengambil gambar objek bergerak yang kelihatan kaku dalam gambar seperti gambar percikan air, kereta yang sedang bergerak pastikan shutter speed diselaraskan pada nilai yang tinggi. Dalam masa yang sama pastikan jumlah cahaya adalah mencukupi kerana ia akan mempengaruhi jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.

Tips : Elakkan penggunaan flash di bawah cahaya gelap kerana objek akan cenderung menjadi overexposure

Hadiah hari ibu dari Kak yong

Hadiah sempena Hari Ibu dari Kakyong. Tenkiu Kakyong!

Sabtu

Happy mothers day

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu..semoga terus tabah dan sabar melayan kerenah anak-anak di zaman yang serba mencabar ini..

Kepada ibu kesayangan saya Puan Aini binti Haron..selamat hari ibu..Terima kasih atas segala kesabaran ibu melayan kerenah akak dari kecik sampai dah kawin..Rindunya dengan masakan ibu.. >_<

Ibu aku bukan seorang ibu yang lemah lembut..hehe..tapi ibu bukan jenis yang suka membebel. Kalau dia marahkan sebab sesuatu dia akan tegur dengan baik. Malah dalam ingatan aku tak pernah aku kena cubet..err..pernah sekali kena tebas ngan batang pokok ubi..haha..itu la ibu pesan jangan main kat luar waktu tengah hari..tapi anak dia degil..pi main jugak..sekali kena tebas daa..

Seingat aku, walau pun aku da kawin dan da pandai (self proclaimed la ni..) tapi aku still tak confident nak masakkan untuk ibu aku..bukan sebab aku takut diorang keracunan ke..hehe..ye la..pengalaman aku yang baru beberapa tahun memasak ni..takut tak kena kat tekak dia.. kesian orang tua tu tak lalu makan nanti..

aii..rindunya dengan ibu..

Fitted


Di sebelah kanan adalah AIO yang kurang menjadi...di sebelah kirinya tu fitted diaper yang baru siap..Semua jahitan tangan..hehe..

Fabricnya masih sama..Inner tu aku guna fleece..luar tu aku guna kain biasa je..aku guna kain cotton sebagai soaker..dari segi rupa dah kurang bulky..dan jahitan lebih kemas..ehem ehem.. puji diri sendiri..kiranya aku berpuas hati dengan rupa CD ni..tapi performancenyaaaa.. tunggguu...

tak cuba lagi..nanti da cuba aku bagi review lagi..hehe..buat sendiri review sendiri laa...

Jumaat

Cubet sampai lebam

sedutan dari Berita perdana tv3 :
Seorang pelajar lelaki berketurunan India mendakwa dicubit oleh gurunya sehingga lebam. Bagaimana pun setelah siasatan lanjut dilakukan, Menteri bertanggungjawab mendapati bahawa murid tersebut telah dicubit leh guru disiplin kerana telah meraba seorang pelajar perempuan. Menteri tersebut mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa tindakan guru tersebut adalah wajar kerana ia adalah sebagai hukuman kepada pelajar terbabit kerana berkelakuan tidak sopan. Menteri bertanggungjawab juga mendakwa tidak ada kesan lebam pada cubitan tersebut dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar terbabit untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara yang baik.

------------

Secara peribadinya, aku kurang bersetuju dengan kenyataan Menteri tu. Aku tak menyangkal yang hukuman mesti dilaksanakan sebab kelakuan pelajar lelaki tu memang tak sopan..Kecik-kecik dah meraba anak dara orang..tapi bagi aku hukuman mencubit tu sound so unprofessional..

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu..masa sekolah..kalau buat salah kena rotan. bukan kena cubit. Lepas tu kalau kesalahan melampau cikgu panggil mak bapak datang sekolah untuk berbincang. Kenapa sekarang banyak kes ibu bapa lapor kes pada media instead of hubungi pihak sekolah? Sebenarnya perkara macam ni takkan berlaku kalau pihak sekolah secara terbuka memberitahu ibu bapa tentang hal-hal yang terjadi dalam waktu persekolahan. Most of parents like to be informed. Tak kira lah kalau anak mereka cheating dalam kelas ke, pukul anak orang ke..

Ya, ramai ibu bapa zaman sekarang sukar nak terima yang buruk-buruk pasal anak mereka sebab
ramai anak-anak yang dah pandai berlakon baik depan ibu bapa mereka. Of course ibu bapa mesti lah nak dengar yang baik-baik pasal anak mereka..Anyhow, apa pun response mereka pihak sekolah wajib memberitahu ibu bapa so at least their parents are aware that there is something wrong about their children. Yalah kan..kalau takde beruk atas pokok kelapa takkan pokok tu goyang bagai nak gila..

Sebenarnya aku tak pelik sangat kalau ada ibu bapa yang tak dapat terima bila anak mereka kena rotan kat sekolah. Banyak yang aku dengar cikgu-cikgu (tak semua) hukum pelajar macam nak lepas geram. Ada kes aku dengar student tu kena cubit sampai koyak kulit. Ada pulak yang kena tampar sampai bengang kepala. Then of course la ibu bapa ni marah..Kesalahan tak seberapa, hukum sampai macam nak membunuh. Nak menghukum biarlah dengan niat nak mengajar. Aku lebih prefer rotan dan aku tak suka skin contact kalau pihak sekolah nak menghukum anak aku. dan cara merotan tu pun harus ada garis panduan supaya guru-guru tak overdo pulak. Taking advantage from the punishment..semalam bergaduh ngan bini..lepas geram kat anak murid..hehe..

Apa toy kegemaran anak anda?

Dalam banyak-banyak toys (cam banyak sangat je kan..hehe) Aqil paling suka sekali radish ni.. Mungkin sebab radish tu ibu dengan ayah yang jahit..kiranya penuh dengan nilai kasih sayang la konon-kononnya..haha..


Naik berbulu radish tu digigitnya..aritu da basuh sekali..since ayah dia taknak radish tu jadik cam bantal busuk...ayah suruh ibu basuhkan..nasib baikla lepas basuh pun Aqil tak kisah dengan radish tu..duk gigit jugak muncung radish..

Khamis

Idea for CD


Ketidakberjayaan AIO CD ku tidak mematahkan semangat aku untuk cuba-cuba meng CD kan si cabi Aqil chan. Bak kata Thomas Edison...dia bukan gagal sebanyak 1000x..tapi dia telah menemui 1000 cara untuk gagal..yaaa..positif..positif...ehehe..

Oleh itu, masa ke summit aku singgah di Babyland untuk membeli diaper cover cap pigeon.. Beli satu je dulu kata hubby..Bukan apa, dia takut isteri dia hangat-hangat taik ayam..So, alkisahnya.. Aku pun masukkan insert (napkin je) pada net diaper cover tu..Pakaikan seluar labu yang aku buat tu sebagai liner..heh~


Disebabkan aku ni terlalu curious, aku check bukak nappies tu every hour..haha..kesian anakku.. mangsa eksperimenku.. So far Ok la..cuma insert tu tak tampung banyak air kencing..Sebelum tido aku tukar insert..Menjelang pagi..bahagian belakang atas tu dah basah sikit..

So maybe kalau nak CD kan Aqil dengan kaedah ni kena pk insert yang sesuai..hmm..hmm...

Rabu

Pull up fleece cover

Sewaktu aku sibuk menggugel pattern untuk CD tu, terjumpa lah pattern untuk buat CD cover ni.. Melihatkan lebihan kain yang masih banyak..gatallah tangan ini nak menjahit seluar labu untuk putera kesayangan kami..hehe..

Aku tak tau ia akan berfungsi dengan baik atau tidak...tapi aku da cakap kat hubby..kalau gi berenang nak bagi Aqil pakai seluar ni..
Trace pattern dari kertas suratkhabar. Lepas tu gunting kain mengikut pattern suratkhabar tu.
Lepas tu sambungkan jahitan.Kononnya aku nak bagi tebal sikit bahagian bawah seluar untuk elak kebocoran.Aku tampal sikit kain fleece jugak kat belah dalam..
Lipat ke dalam bahagian pinggang..agak-agak dalam setengah inci..Kemudian masukkan getah 1/4. Panjang getah mestilah kurang 1 inci dari saiz pinggang anak..Begitu juga pada bahagian kaki.

Hasil nyaaaa...

Aku da cuba pakaikan kat Aqil pun..tapi sebab drumstick Aqil besar dan ibu dia salah ukuran.. tercekik sikit peha anakku...Aku da siapkan satu pattern yang diimprovise (sikit je..hihi)
Belum ada masa nak buat since cuti panjang ku telah pun berakhir..sob sob...

Review on my AIO

Sebenarnya aku memang tak meletakkan harapan yang tinggi untuk AIO CD aku ni..Sebab

(1) jahitan makcik kedai jahit tu memang tak kemas
(2) CD tu nampak terlalu bulky
(3) Aku rasa bahagian peha CD tu akan menyebabkan kaki Aqil merah (mcm ketat sangat)

Ok..soon after aku basuh (dua kali basuh) CD tu..Aku pun cuba la pakaikan kat Aqil..Seperti mana yang aku sangkakan, CD tu memang teramat-amat bulky hingga menyebabkan Aqil nampak macam bee (lebah tu la..) dengan punggung yang amat gebu..Lepas tu bahagian kakinya memang menyebabkan kaki Aqil merah..So aku pakaikan half night je..(Aqil pun sempat kencing sekali je kot kat CD tu..)..sebab kesian sangat..Aku bukak CD tu dan pakai kan dispo je sebab aku takde back up CD..hehe..

Disebabkan oleh itu...aku decide nak jahit sendiri CD aku (tamau da mengharapkan makcik tukang jahit hampeh tu..jangan harap aku nak pi tempah baju raya kat kedai dia..!!) Tis time aku ingat nak buat fitted je untuk prevent dari masalah punggong bee..hehe..covernya nanti aku pk balik macam mana..

Sabtu

Hasil projek nasional : AIO CD

Seperti yang telah aku janjikan (ehehe..macam la orang pedulik) projek nasional yang membuatkan aku termimpi-mimpi telah menunjukkan hasilnya..jeng jeng jeng..Lupa pulak..Tajuk projek nasional aku tu sebenanya AIO cloth diaper punya projek..Dah beberapa minggu aku mengumpulkan fabric (termasukla mengorbankan beberapa helai baju dan kain yang aku kira dah takde kegunaan nya demi menjayakan projek ni..

Walau pun pada asalnya aku nak sub-contract kan projek ni kat mak mertua aku..tapi memandangkan kami tak jadi balik kampung..aku terpaksa menjelajah kampung jalan kebun sebab nak carik kedai jahit..tumpang jahit diaper aku tu..hihi..sian hubby kena tunggu dalam kereta kepanasan..
So, hasil nya..taraaa



Sebenarnya outcomenya tak macam yang aku nak kan..dah la bayaran "tumpang" jahit kat kedai tu mahal gilaa (consider mahal la sebab aku cuma tumpang jahit..dah la dia duk bising cakap kita banyak kije ni..nasib baik aku da tak sanggup tunggu nak pakaikan Aqil dgn CD buatan tangan aku..kalau tak memang aku da blah da..Dah la tu..masa nak bayar siap cakap..Mahal kak..saya cakap kang akak terkejut pulak..ek eleh..ko ingat aku takde duit ke nak bayar..kata aku dalam hati..)..tapi still tak la mahal sangat berbanding kalau beli..Boleh la untuk first try.. Aku belum cuba pakaikan pada Aqil lagi.. Tumpang jahit tu pun cuma untuk sambungan dengan jahit getah je..

Since CD ni AIO, nampak bulky sikit..lepas tu aku kurang puas ati ngan area kaki tu..takut nanti melecet peha anak..Apa pun..nak kena basuh dulu..Lepas tu cuba pakai kan..Tengok lah berjaya ke tidak.. Kalau berjaya, boleh la aku buat 2-3 helai lagi sebab baki kain tu memang ada banyak lagi.. Aku ada satu lagi projek nasional..hihi..Banyak sunggoh projek nasional dia..Aii..nak kena menagih simpati hubby beli mesin jahit ni..kihkih..

Ourkizuna new look

hihi..sempena cuti labour day, aku telah meluangkan sedikit masa aku yang tak seberapa tu untuk mengecat wajah baru untuk blog kami..walau pun hasilnya tak seberapa..sebab layout tu aku curik je dari website...

sekarang tengah tunggu ayah aqil chan buatkan banner untuk ourkizuna bagi mengindahkan lagi ropa blog ku ini..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com