Selasa

Kerja kerja kerja

Sejak tak boleh berinternet ni pergi kerja adalah satu perkara paling stress bagi aku..Kerja aku bukan memerlukan komitmen yang besar sangat berbanding kerja orang lain..sebab aku bergantung pada demand..hehe..cam production susu ibu lak..supply and demand ek..anyway.. aku memang takkan busy all day..most of the time..aku cuma busy 2-3 hari seminggu..the rest tu aku memang banyak masa free..di tambah lagi aku memang jenis yang sungguh productive...walau pun tak pernah dikurniakan sebarang award..ceit..company kedekut..

Apa pun..kalau dulu..hobi berinternet kat opis la yang menemukan aku dengan macam2 ilmu pengetahuan tentang susu ibu..malah membuatkan aku seorang yang obses dengan susu ibu.. tapi skang susah betul nak carik info kalau ada kemusykilan..biasanya kalau darurat sangat aku email je puan sitilina..sensei aku yang tempat kije dia sekangkang kera je dari opis aku..tapi tak dapat2 jumpa sebab dia skang nun jauh di tanah seberang..bila la dia nak balik semenanjung..hehe..

benda lain yang menambah stress aku adalah train..antara tajuk2 utama yang aku pilih kalau menulis update adalah ketensionan dengan khidmat train kat Malaysia ni..naik menyampah aku..nasib baik aku takde pilihan lain..hisshh...

Sedangkan kerja aku sendiri pun bukan satu perkara yang stress..kerja aku satu benda yang mundane..aku dok ulang buat hari2..tapi aku stress bila ada sorang minah tu da setahun lebih kije tapi dia tak boleh pikap range keja dia..tiap kali pun tanya aku..nak menjawab soalan sama tiap tiap hari..okla..aku tipu..tak tetiap hari..tapi almost tiap kali ada issue je..musti nak tanya aku..memang la bagus sbb dia recognize aku sebagai seorang yang tere..miahaha..

tapi mau tak stress kalau asyik nak jawab soalan sama..ape tak reti bahase ke hape...aii..aii..aku kangg kangg..bagi penampa jepun sepam tak pasal2 kena buang kije..hehe..

the bottom line is...tolongggg laa bagi internet access tu balikkkk...aku carik kije lain kangggg...

note : hyper sebab semalam terhantuk kat sofa..satu hari ni sakit kepala..hehe..

Isnin

Balik kampung

Oleh sebab aku cuti hari Jumaat so aku ajak hubby balik Johor hari Khamis malam tu jugak.. Hubby pun ikutkan aje walau pun dia agak kureng pada awalnya..isteri terchenta punya pasal la katekan..hehe..balik kije aku terus bertungkus lumus mengemas dan basuh baju siap2..At last pukul 11 baru kami bertolak balik..itu pun singgah rumah akak ipar aku..ambik bekal untuk makan dalam kereta..hehe...

Sebagai co-pilot yang berwibawa aku memang jarang tido waktu hubby drive nak balik kampung.. melainkan kalau ada orang lain ikut..bukan kenapa..aku takut hubby terlelap time drive..Jalan malam ni bosan..ops..tapi kalau waktu nak gi kije..aku tido je..haha..

So perjalanan kami lancar..aku pangku Aqil sambil susukan dia..Aqil da pejam mata..tapi aku perasan nafas dia lain macam..Aku bagitau kat hubby..tapi since aku tengok elok je dia..aku pun tak berapa nak ambik pusing sangat..tiba-tiba Aqil terjaga..lepas tu dia nangis kuat-kuat..Aku tepuk2 sebab ingatkan dia terkejut..Sampai kat R&R Ayer Keroh kitorg berenti kejap..konon nak gi beli air..Hubby pegang Aqil..dia kata badan Aqil panas sangat..so aku pun ambik termometer sukat suhu dia..39 darjah celcius..terkejut aku!!

Masa tu jugak aku perasan yang mata hitam Aqil duk pandang atas je..masa tu dalam ati aku da pk macam2...termasukla gangguan yang bukan2..memandangkan kitorg travel malam..hubby kata tu tanda2 nak sawan..sebab badan panas sangat..macam2 aku baca..kak long hubby pesan suruh bukak air cond kekuat dan cari klinik terdekat..

since kitorang pun tak familiar dengan kawasan Melaka..di tambah lagi bila aku call insurance company office aku diorang takde panel klinik yang dekat ngan area kitorg stop..Punya la hubby speed..travel yang biasanya ambik masa 4 jam jadi 3 jam je..

Sepanjang2 perjalanan aku baca doa bebanyak sambil lap kepala Aqil dengan kain basah.. Alhamdulillah..akak yang jaga tol kat ayer hitam tu siap bagitau klinik 24hours yang paling dekat..siap bagi no. telefon lagi..walau pun service klinik tu takde la bagus sangat..maklumla.. da pukul 2 pagi..doktor pun ngantuk..hehe..tapi lepas masuk ubat ikut punggung dengan tampal kool fever..suhu dia gradually turun..


pengalaman paling menakutkan bagi aku..dalam otak aku da pk macam2 waktu tu....yang peliknya..sepanjang hari tu dia sihat..malah masa singgah rumah kakak ipar aku pun Aqil still sihat..tak de panas ke apa..pelik..hairan bin ajaib sungguh...

harapan aku..takde dah berlaku kejadian mcm ni lepas ni..lebih lebih lagi waktu kitorg on the way nak balik kampung hubby..dan kena beringat..tiap kali nak balik kampung bawak kool fever...ubat-ubatan bukan untuk anak je..suami pun sama..sebab aku da penah mengalami keadaan di mana hubby yang sakit..situasi yang lebih kurang sama..hehe..

Jumaat

Kenapa aku nak peti ais baru...

(1) Aku nak lebih freezer space untuk simpan susu dan makanan beku Aqil
(2) Freezer sekarang mudah lekat frost..menyampah nak de-frost..
(3) "Sesuatu" berlaku pada freezer tu..( Hubby ku..dirimu lebih mengetahui..hehe)

Actually aku da menyatakan hasrat aku tu sejak sebelum Aqil lahir lagi...
tapi disebabkan takut susah masa nak pindah randah nanti..Aku lupakan niat aku tu..
sehingga lahh "sesuatu" berlaku...

nak peti ais dua pintu....~

Rabu

Enam bulan

Kecik-kecik da main PC..

Gaya si Hero


Hari ni genaplah 6 bulan aku menyusukan Aqil sepenuhnya..
Terima Kasih hubby sebab bagi sokongan penuh atas usaha aku ni..
Susah aku nak berjaya tanpa sokongan moral dari encik hubby
sebab aku memang payah sikit nak istiqamah..

Aku belum start bagi makan untuk Aqil lagi..tapi kami dengan bersemangatnya
beli satu pot khas untuk masak makanan dia..Aku ada gak nak invest beli
slow cooker..tapi untuk permulaan ni bia la guna pot murahan tu dulu..hehe..

Mungkin sekarang adalah masa paling sesuai untuk start makanan semi-solid untuk
Aqil..memandangkan..

(1) Da cukup 6 bulan
(2) Berat lebih 6kg (Mengikut suggestion Paed)
(3) Da hilang tongue reflex
(4) Da bole dudu dengan sedikit bantuan
(5) Boleh mengawal pergerakan kepala
(6) Sangatttt berminat dengan makanan

Walau pun faktor ke-6 tu tak berapa nak boleh pakai sebab pada stage sekarang
ni memang dia berminat dengan semua benda..semua pun nak masuk mulut..
Ikut plan asalnya kami nak start weekend ni..mengikut tahap kerajinan sang ibu..
kih kih..

Jumaat

Internet connection

Marahnya aku! Dek disebabkan virus yg tah pape..Aku tak dapat internet connection sepanjang masa kat opis..sebab company aku block semua website luar..dengan kata lain..aku jadik katak dalam cawannn!! dan aku tak tau bila aku boleh mengsurfing sesuka hati mak ayah aku.. dan bila aku bole melawat blog kengkawan alam cyber aku..apatah lagi mengupdate blog aku!!

Janganla permanently diorang pi block firewall tu plak...harus aku gi carik keja lain..haha.. sanggupppp...

banyak aku terlepas nak update kat blog..tapi tak sempat....

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com