Selasa

Makan kertas

Actually kejadian ni berlaku hari Ahad aritu..Aku terlupa dah..malam tadi teringat balik.. Cerita nya begini..aku bagi buku "Ugly duckling" kat Aqil..memula memang aku nak bacakan..tapi dia duk tarik2 nak baca sendiri..aku pun bagi je dia pegang..Aku dudukkan kat riba dan aku sendiri duk baca One Piece (boleh?)


Tetiba Aqil tersedak..apalagi..kalut la aku tonggengkan si hero tu..tepuk2 belakang dia..poit..dia termuntah..Aku tengok muntah dia takde apa..Aku ingat ok la kot..Then aku larikan buku tu dari dia..dan masa tu la aku baru perasan yang bucu buku tu da ilang..Alamak..aku tepuk2..korek2 mulut dia..Malangnya..da selamat di telan anak bertuah tu..


Mula-mula aku diamkan..takut nak cakap kat Hubby..5 minit lepas tu..Aku cakap kat hubby..


"Awak tau apa anak bertuah kita da buat"

"Buat apa?"

"Tengok bucu buku ni..dia makan"

"Nape tak bagi tau awal2"


Terus panic..tonggengkan Aqil dan tepuk2 belakang dia..Aqil tersengeh riang..sebab dia ingat ayah nak ajak dia main..hahaha..Antara amaran hubby pada si anak,


"Esok tak boleh naik atas walker..baring je.."

"Tak boleh main kertas dah"


Kemudian aku senyap senyap gi search kat tenet..dan hubby pun sama! haha..

Jawapannya..jeng jenggg



Is it ok for a baby to eat paper?
my 10 month old loves to chew on paper and I am constantly taking it away from her... but does it really do any harm?
1 year ago


Additional Details
For goodness sake, calm down! Anyone would think I was feeding it to her!




Best Answer - Chosen by Asker
Its absolutely fine. Let it chow down on as much paper as it wants. After a year move it up to woodchips and by age 2 it should be able to manage a whole log without difficulty.


Hehe..malam semalam Aqil poo poo..Hubby tanya..da keluar da kertasnya..Haha..Aku tak sanggup nak belek poo dia nak check kertas tu da keluar ke belum..haha

Isnin

Call me paranoid

Weekend aritu aku pegi hari keluarga kat rumah akak hubby..Macam besar-besaran je kan..haha..Makan-makan adik beradik je.Plan nya nak gi pukul 11..Aku pun mandikan Aqil dan pakaikan baju paling comel dalam closet (read : bakul) dia..hensemnya anak ibu..

Bersiap itu ini (termasukla baju salin untuk mak ayah dia terjun kolam renang) lastnya pukul 11:20 baru keluar..Oleh kerana nama pun makan-makan..kami pun plan bawak bahan-bahan nak masak cucuq udang. Pegi beli barang itu ini..pukul 12:30 baru la keluar dari Kota Kemuning. Haha..tertido bangun balik da hero cabi tu..

Sampai sana, anak-anak sedara baru gi terjun kolam..aku turun hantar hubby, lepas tu naik balik lepak ngan akak-akak ipar. Aku cakap kat hubby nak bawak turun Aqil terjun kolam sekali.. hubby kata tayah la...klorin kuat..takut kulit Aqil tatahan..rugi laa..ibu da bawakkan baju spare untuk Aqil..

Lepas beberapa kali makan..aku ajak hubby turun sebab aku nak terjun lak..so nak kave ajak la anak sedara sekali..miahaha..Aqil duk ngan hubby..Muka boring je duk tepi kolam..hubby tak abis gelakkan aku sebab aku tak pandai control napas dalam air..heh~ Hujan pun kitorang main jugak..hujan berenti baru naik mandikan Aqil..

So...back to the topic..kenapa aku paranoid..Anak akak ipar aku lebih kurang sebaya Aqil..dia 3 bulan..berat dia lebih sekilo dari Aqil..sebab lahir pun da 4.4kg..Aqil 2.4kg..berat Aqil sekarang (5 bulan) 6kg..So aku rasa pertambahan berat Aqil lebih menggalakkan..Akak ipar aku tu nurse sebenanya..tapi aku teramatla terkejut...dan aku belajar yang memang ramai org yg lebih tahu pasal medical dari aku ni pun masih tak tahu banyak perkara pasal pemakanan baby..

(1) Masa dalam pantang sepupu Aqil tu da minum susu kambing 2oz sbb nak elak kuning
(2) Awal-awal da top up dengan formula sebab tak cukup susu badan..sayang sangat sebab akak ipar aku bersalin kat hospital pro bf..
(3) sekarang fully formula fed
(4) Makan nestum sejak dalam pantang lagi
(5) Minum air masak

Akak ipar aku pun da suruh aku bagi Aqil makan..sebab Aqil da sedia nak makan...Aku sengih je..ish..aku ingat nak delaykan lagi..walau pun Aqil da nampak eager sangat nak makan sekarang..tapi aku nak cukupkan at least 6 bulan..sampai setakat mana aku tengok dia boleh bertahan...Adakah aku ibu yang tak baik??

Jumaat

Benda favorite Aqil

(1) Langsir
sejak dari hari dia balik rumah..sampai sekarang..sukaaa sangat nengok @ belek langsir kena tiup angin..Kalau naikkan dalam keta dia..sanggup tu pegi tarik2 nak gigit langsir..

(2) Bakul baju
Kalau dia nangis..letak depan bakul tu..senyap la..tak payah buat apa pun..dia tengok je bakul tu dengan penuh minat..tak pahammmm den..

(3) Ibu
haha..part ni paling aku suka..dia akan tolak ayah dia sungguh2 bila dia nak kat ibu..sian ayah..

Macam macam pasal susuibu

Ramai orang yang masih mempunyai kefahaman yang cetek tentang penyusuan susu ibu..contoh nya

(1) Saya exclusively menyusukan bayi saya tapi selalu sakit.
Aii..Superman pun sakit cik kak...Penyakit ni Allah yang tentukan..ada jugak yg Formula fed babies yang tak sakit..Takdir masing-masing..Cuma..dalam banyak survey dan juga kajian dah cakap.. kebanyakan baby yang disusukan dengan susu ibu ni kurang sakit..so tepuk dada tanya selera..

(2) Saya caeser..
Aku pun lahirkan Aqil dengan Caeser..aku ngaku silap aku sebab tak bagitau hospital yang aku nak BF Aqil..sebab waktu aku nak menyusukan Aqil..nurse bgtau Aqil da minum susu Similac.. tapi aku tetap BF kan Aqil..sambil duduk!..sebab takde sapa pun ajar aku cara nak susukan sambil baring..sakit memang sakit..tapi aku nekad gak..cam hebat je kan..kihkih..

(3) Leceh nak pam susu bila da start kije..
Bagi aku yang pemalas tahap dewa ni..Aku lagi malas nak bangun bancuh susu malam-malam buta..silap silap instead of bancuh susu..aku terbancuh kopi..kes bancuh sambil tutup mata.. lagi la nak keluar beli susu time susu da abis..rumah aku dah la duk tingkat atas sekali..

Nasib baik la so far orang yang aku jumpa mostly pro bf..walau pun kurang pengetahuan dan diorang sendiri tak menyusukan baby diorang..takde la diorang bagi alasan tak logik sebagaimana di atas..atau pun condemn aku sebab aku nak menyusukan Aqil sampai 2 tahun.. kalau tak memang kena piak..ehehe..garangnye..

Khamis

Hari hari yang sibuk

Aku mengalami hari hari yang amat sibuk bila mana rakan sekerja aku ambik cuti selama seminggu untuk pulang ke kampung halamannya..nak patah jari jemari aku menaip, sakit tekak aku menjawab segala macam panggilan mengada-ngada...

ditambah lagi aku sibuk risaukan demam Aqil lepas kena cucuk dua belah kaki last Saturday.. 3 kali aku mandikan dia dengan air sejuk sebab risau..di mana..aku seorang ibu yang teramat degil yang delaykan pemberian ubat demam kat Aqil..walau pun paed da pesan..temperature dia akan slightly naik..so beri la ubat demam katanya..apa la aku ni..membahayakan kesihatan anak sebab degil sendiri..Apa pun Alhamdulillah sekarang da takde apa..sehari je demamnya..

so terlambat beberapa hari aku nak mengkiroku (?...err..ape yekk) yang Aqil da boleh balikkan badan..yatta...mungkin orang kata lambat sebab dia sekarang da 5 bulan..tapi aku sebagai ibu rasa sangat la happy nya melihatkan perkembangan putera cabi ku seorang itu..kih kih..

tapi acara membalikkan badan tu cuma happen limited tu 3 kali sehari..nak tengok kena ambik tiket siap2..kalau tak terlepas..haha..takpe la..untuk permulaan..punye la excited aku beritahu hubby yang Aqil da bole terbalikkan badan..Aku duk belek2 internet pasal early education untuk baby..tapi aku rasa aku prefer kaedah yang aku guna sekarang..free style..

Aku bacakan story book the ugly duckling over and over..sekarang Aqil da pandai selak sendiri buku tu..(kadang-kadang dia makan..hehe) Aku nyanyikan ABC..nyanyi lagu sambil tunjuk body part dia..bahasa melayu, arab, jepun, english..semua aku campo..rojak la perbendaharaan kata anak aku..Biar la..aci la dia tau sikit2 dulu..da besar nanti dia boleh decide bahasa mana yang dia paling suka..boleh gituu??

Jumaat

Komplen untuk KTM

Aku teramat sakit hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini..Terutamanya syarikat KTM komuter. Duit nak..service macam hampeh..ingin saja aku sekeh-sekeh kepala mamat yang buat announce kat KL sentral semalam..Apa tidaknya..dengan selamba tanpa perasaan bersalah dia buat announce

"Please be informed, the train to Port Klang will be arrived as schedule at 7:03 pm"

As schedule apanya kalau train pukul 6:45 pm tak sampai..Apa dia lupa ke janji-janji manis KTM yang kata perkhidmatan komuter adalah setiap 20minit.. Sedangkan train tu sebenanya delay.. Apa la salahnya admit yang train tu delay..at least orang tak maki @ kutuk dia sebab dia menipu. Ini tidak..dosa menipu pun dapat..kena kutuk sebab train lambat pun dapat..

Aku pernah pegi ke beberapa buah negara "maju"..perkhidmatan pengangkutan awam mereka bukan setakat "ada"..tapi sangat bagus. Sebab pengangkutan awam ni kan tanggungjawab kerajaan..ambik untung sikit-sikit dah la..service kena excellent..bukan takat idup segan mati tak mau..mentang-mentang la kita ni rakyat marhaen...takde pilihan..nak kena guna jugak perkhidmatan yang disediakan..aii..saba je la labu..

sudahnya aku sampai rumah pukul 8 malam...kesian Aqil..ibu keluar gi keja hari gelap lagi..balik pun hari dah gelap..

Isnin

Okonomiyaki

Kesian aku..kemaruk nak makan nihonshoku..aritu ada sorang akak osakajin yang tere memasak ajar aku resepi osakafuu okonomiyaki..tapi since tak berapa nak cukup bahan (ditambah lagi dengan kemalasan aku yang tak dapat ditolong..) aku pun masak ikut bahan-bahan apa yang ada je

Bahan-bahan
Kubis dicincang halus
Tofu jepun (kadang-kadang aku guna tofu telur yg dlm bekas panjang)
Tepung gandum
Telur
Udang pepai
Tuna dalam tin (biasanya tak masuk pun..original je)

Topping
Cupid mayonese
Tonkatsu sauce (Bulldog)
Katsuobushi
Aonori

Cara buat
Campur semua bahan. Masuk air sikit, tapi jangan bagi cair sangat.
Agak-agak da sebati. Lempengkan dalam pan. Bila da masak kedua-dua belah.
Letak topping.Biasa aku ikut turutan tonkatsu sos>aonori>katsuobushi>mayonese.
Kalau ada dashi lagi sedap. Beni shouga dengan tenkatsu pun kena letak sebenanya.. tapi aku skip. So far, hubby sangatt suka makan..tapi limited to 2-3 keping je la..cepat kenyang.. hehe..

Demam lagi~

Buat kali kedua dalam masa tak sampai sebulan aku demam lagi.Mild fever je..tapi merisaukan la sebab aku takut Aqil jangkit selsema aku. The worst..aku tak bole cuti walau pun terpaksa merangkak gi keja sebab aku kena cover orang lain lagi..ceit..ni yang orang panggil bermati-matian untuk sesuap nasi..hehe..sedih je bunyiknya..

Bagusnya kalau aku leh duduk rumah waktu sekarang ni kan...Lepas tu hubby masakkan bubur nasik lak..besnya...>_<

Tak larat....

Khamis

Tabung Gaza

Sejak akhir-akhir ini, banyak sekali saya melihat orang membawa tabung derma untuk Gaza. Baik di stesen LRT. Malah kat ATM machine pun ada. Saya bukan kedekut nak menderma. Tapi, kadang-kadang saya melihat badan-badan yang melancarkan tabung untuk Gaza ni seolah-olah sedang mencari keuntungan daripada wang yang didermakan.

Saya bukan nak bersangka buruk. Tapi realitinya..saya ingin sekali mengetahui berapa peratus dari wang yang didermakan oleh orang ramai benar-benar sampai kepada penduduk Gaza yang amat memerlukan bantuan. Sekiranya mereka benar-benar ingin membantu, kenapa perlu diadakan banyak tabung berasingan. Adalah lebih baik sekiranya adakan satu tabung. Menjimatkan kos untuk membayar orang yang menguruskan kewangan itu.

Mungkin mereka ingin mengambil nama daripada kerja-kerja kebajikan yang mereka lakukan.. Ish..ish..tak baik bersangka buruk..tapi..sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, saya terfikir..masih ramai lagi orang yang tak cukup makan di Malaysia..Masih ramai lagi kanak-kanak yang tak dapat pergi sekolah sebab kemiskinan dan kekurangan kemudahan..Kenapa masih banyak kemiskinan kat Malaysia sedangkan berjuta-juta duit hasil kutipan zakat. Lebih penting ke bantu orang di luar negara berbanding rakyat di negara sendiri..

Seolah-olah..kera di hutan disusukan..anak dalam buaian mati kelaparan..

Note : Tapi anak orang sekarang tak lapar walau pun ibu dia tak susukan dia..minum susu Lembu..hehehe..

Rabu

How to ask your Boss for a salary increase

A friend of mine forwarded this letter to me :

One day an employee sends a letter to Her boss asking for an increase in her salary !!!

Dear Bo$$

In thi$ life, we all need $ome thing mo$t de$perately. I think you $hould be under$tanding of the need$ of u$ worker$ who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company. I am $ure you will gue$$ what I mean and re$pond $oon.

Your$ $incerely, Marian $hih


The next day, the employee recieved this letter of reply:

Dear Marian,

I kNOw you have been working very hard. NOwadays, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet. NOw the newspaper are saying the world`s leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the NOvember presidential elections things may turn bad. I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean.

Yours truly, Manager

Dengan kata lain..jangan harapp...

Selasa

Friday night dinner

Last week aku teringin sangat nak makan ikan. Oleh sebab banyak ikan yang hubby tak makan, aku serba salah nak beli. Memang la hubby suruh beli je kalau aku nak makan, tapi takkan la aku makan ikan, hubby makan lauk lain yang tak sebest lauk ikan aku tu kan..haha..

So, masa bershopping barang dapur aku terdapat la idea..haaa.apa kata masak ikan cencaru. Beli 2 ekor. Lama jugak la ikan tu bertapa dalam peti sejuk sebelum aku masak..Sebenanya aku da lama teruja nak masak ikan cencaru sumbat..Jumaat malam tu aku pun masak ikut resepi yang aku buat ikut suka..

Ikan cencaru sumbat

Bahan-bahan :
Ikan cencaru dibuang perut dan dibelah belakang ( Aku belah kat 2 tempat atas arahan hubby )
Garam-kunyit (Nak sedap pakai kunyit hidup)
2 sudu cili boh
* 1 inci halia
* 1 sudu besar udang pepai
* 3-4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
sedikit garam

Cara buat :
Lumur garam kunyit yang pada ikan cencaru.
Tumbuk bahan bertanda "*", kemudian campurkan sedikit garam dan 2 sudu cili boh.
Gaul hingga rata. Sumbatkan kedalam ikan cencaru yang telah dilumur garam-kunyit.
Goreng sehingga garing.
Sedap makan dengan nasi panas.

Jiran ketuk pintu pun buat tak layan.Takut diorang mintak..haha..Lepas ni nak try cencaru sumbat yang guna kelapa pulak..

Family outing - Melaka

Last weekend, angah ajak satu family outing makan-makan + jalan-jalan ke Melaka. Mulanya hubby tak mahu sebab

(1) dia takde interest ngan Melaka
(2) Kereta nak bawak pegi servis
(3) Dia rasa Melaka tak menarik

Aku pun jual mahal dengan angah..hehe..tapi lastnya disebabkan rasa bersalah kalau tak pegi.. Aku pujuk jugak ajak hubby pegi..Disaster jugak la pegi sana..

Dah la pagi sebelum pegi tu aku tercubit pipi hubby yang dalam proses nak baik dari sakit gigi. hehe..Ampun..orang lupa..Lepas tu ok la..sampai Melaka, kitorang pegi ambik angah kat bus stand Melaka..Konvoi 3 kereta. Pegi kat apartment yang nak sewa tu.

Petang sikit kitorang keluar, aku da siap mandikan Aqil sebab takut balik malam. Disebabkan oleh miscommunication, kitorg lost kat bandar. Ayah dengan ibu naik dengan kitorg, ayah instruct hubby drive pegi kat tempat nak makan (Pernu) Lepas tu, tengok orang lain semua pegi arah lain. Bila call rupanya diorang pegi kat Dataran Pahlawan..Sakan la ayah marah sebab diorang tak bagi tau awal-awal..

Tanya-tanya ngan orang jumpa gak jalan nak pegi Dataran Pahlawan tu. Sampai sana, terus konvoi pegi tempat makan. Jumpa Along kat sana. Da siap semayang maghrib semua, baru lah order makanan. Tengah-tengah makan tiba-tiba hujan pulak. Aku balut kepala Aqil dengan kain lampin macam singh..hehe..Sedap tapi aku makan sikit je..tak ada selera..Orang kedai pulak, buat taktau je..bukannya nak bagi payung ke apa ke..Servis macam hampeh. Nasib baik sedap.

Lepas tu ayah nak cari rumah kawan lama dia.Sesat lagi..hehe..Actually memang taktau kat mana. Almost pukul 11 malam baru jumpa..Kiranya macam jejak kasih la ni. Aku dengan hubby tak kisah pun..since Aqil pun goodboy sungguh..Langsung takde meragam. Orang lain da tak sabar nak balik..Kesian ayah..baru kejap borak..

Sampai apartment da pukul 1 pagi lebih..Aku mandi jugak sebab tak selesa seharian tak mandi. Bila nak tidurkan Aqil. Dalila nangis sebab tak puas main lagi..So aku pun lari gi tido kat hubby. Satu katil single tido 3 beranak..Haha..sakit bahu aku tido mengiring sepanjang malam.. The next day, kitorang pegi naik menara taming sari dengan pegi zoo Melaka.

Sampai tertido-tido Aqil letih..Sampai rumah semula pukul 6:30..Home sweet home..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com