Selasa

Kena tinggal

Sehari lepas caeser aku terus boleh bawak balik rumah. Since rumah kitorg duk kat tingkat 4, aku duduk kat rumah kak long utk sementara waktu. Aku still tak boleh mandi sbb balutan tu belum bukak. Kadang2 waktu aku gi p, kena gak air sikit2..Ada bau yg tak menyenangkan. Risau gila aku. So 4 hari lepas caeser aku gi UMRA semula utk bukak balutan tu. Waktu bukak tu ngeri gak la..padahal takde apa pun. Tapi kata hubby kain pembalut tu kale + bau cam air longkang..hehe..segan aku ngan Doktor tu..

Lepas tu doktor belek Aqil sbb Aqil nampak kuning sikit..Dia suruh ambik darah dan terus admit..Ok oww..ni tak bes ni..So lepas ambik darah kitorg naik atas hantar Aqil kat nursery. Waktu bagi tu Aqil nengok aku dgn hubby dgn mata yg berkata "Ibu nak tinggal kita ke..." Bila aku masuk je lif..Aqil terus nangis.. Hubby naik balik lepas tu nak ambik no phone nursery pun dia duk nangis lagi..Waktu tu aku cam terdenga2 Aqil kata "Kita janji tak nakal..Ibu ngan ayah jangan la tinggal kita kat sini..." Petang tu kitorg datang balik dgn pampers dan keperluan Aqil. Aku pinjam Spectra 3 kak long utk pam susu bagi kat Aqil. Tapi still tak cukup sbb nurse kata Aqil minum banyak..Nurse terpaksa top up dgn similac.. adess..Waktu datang balik petang tu, aku nak menyusukan Aqil, tapi dia macam letih sangat... sayu aku nengok muka dia..

Khamis

Delivery

Aqil lahir lebih awal daripada jangkaan doktor disebabkan oleh air ketuban aku kurang dan merbahayakan nyawa kandungan. Pagi 11 september aku cirit birit, aku call ofis beritahu bos aku yang aku mc due to cirit birit..Pukul 10 pagi aku ngan hubby bertolak gi UMRA.

Sampai sana dlm pukul 11 pagi. Sampai giliran aku doktor Ummul scan baby. Sambil scan dia kata, air da kurang ni..tetiba dia nak check ada contraction ke tidak..Dah la aku pose hari tu. Maka terbatal la pose aku..lepas tu doktor ummul suruh naik atas buat CTG scan sbb air ketuban da kurang. Sampai atas bebudak nurse pelatih tu dok carik jantung baby dekat setengah jam tak jumpa. Hubby aku da buat muka semacam da..diorg panggil staff nurse. Dia carik2 jumpa gak.

Rabu

Pregnancy

Actually aku tak menghadapi banyak masalah sewaktu pregnant. Since aku pun berbadan kecik, hubby sangat risau dgn pemakanan aku..dia takut anak dia yg didalam tu kurang makan..hehe.. At one time, hubby belikan aku different flavour of 12 slices secret recipe`s cake. Hehe..naik muak aku makan nak bagi habis..tapi aku tak salahkan dia..progress berat badan aku mmg slow. Aku tak menghadapi morning sickness yg teruk. Tapi...kalau salah makan sikit rajin la aku gi cuci toilet..hehe..Mengidam pun takde. Cuma waktu pregnant ni aku suka makan laksa. Tak kira la apa jenis laksa pun..da lepas bersalin takde sangat pun..aii..pelik pelik..

Apa pun pengalaman mengandung memang satu pengalaman baru yg indah. Walau pun pada mulanya aku rasa bercampur aduk..gembira..takut..lagi2 bila ada org tanya aku..taknak honeymoon dulu ke setahun..hehe..tapi lama2..lagi2 bila orang kat dalam duk menendang.. aku rasa bahagianya jadi ibu...time tu aku da decide nak suruh anak aku panggil aku ibu..haha.. hubby lak..happy sangat2..In fact, dia yg banyak pilih barang2 persiapan utk baby.. Aku? Aku rajin surf kat internet pasal penjagaan baby lepas bersalin..waktu tu la aku terjumpa satu website yg pro breastfeeding yg betul2 bukak minda aku utk breastfeed anak aku. Memang sebelum ni pun aku nak breastfeed anak aku. Tapi aku takde knowledge pasal breastfeed selepas kembali bekerja. So since then, aku prepare mind aku utk breastfeed anak2 yg akan aku lahirkan sampai 2 tahun.

Selasa

Pengenalan

Aku officially menjadi isteri kepada Mohd Fadzir bin Fatah sehari lepas general election 9 Mac 2008 dengan sekali lafaz..hehe..tere ayah aqil..dan ibu kepada sorang cahaya mata Muhammad Aqil Mubarak pada 11 September 2008. Sama tarikh dengan incident world trade center attack.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com